You are on page 1of 5

SEK. MEN. KEB.

SERI MUTIARA,

JALAN 31/119, TAMAN TAYTON VIEW,

56000 CHERAS, KUALA LUMPUR

KERTAS CADANGAN PROGRAM GURU PENYAYANG 2015

1.0 PENDAHULUAN
Guru penyayang merupakan satu program yang dibentuk oleh Kementerian Pendidikan Malaysia
dalam usaha untuk mewujudkan suasana yang baik dan penyayang untuk semua warga sekolah
khususnya pelajar.

Program ini mempunyai hubungan yang cukup erat dengan cabaran ketujuh dalam Wawasan 2020
iaitu masyarakat penyayang dan budaya penyayang. Program ini juga mampu untuk menjana
generasi pelajar yang seimbang dari segi emosi, rohani, intelek, jasmani dan mempunyai disiplin diri
yang tinggi

Program ini juga merupakan satu elemen penting dalam melahirkan warga negara Malaysia yang
mempunyai minda kelas pertama. Apabila sekolah menyediakan suasana yang kondusif dan baik,
akan menarik minat para pelajar untuk ke sekolah. Minda mereka akan dapat dibina dan diisi
dengan unsur-unsur yang boleh membangun jati diri sebagai warga Malaysia yang membesar
dengan acuan kita sendiri.

2.0 OBJEKTIF

2.1 Menerapkan nilai-nilai positif dalam kalangan murid, guru dan seluruh warga sekolah.
2.2 Mewujudkan pengurusan, persekitaran sekolah, guru dan kakitangan sekolah, murid, ibu
bapa serta komuniti yang saling bekerjsama ke arah mewujudkan sekolah dan masyarakat
penyayang.
2.3 Membantu menangani pelbagai masalah sosial dalam kalangan murid.
2.4 Meningkatkan perasaan kasih sayang dalam kalangan guru dan kakitangan sekolah
terhadap murid-murid di sekolah.
2.5 Mewujudkan perpaduan dalam kalangan seluruh warga sekolah.

3.0 SASARAN

Semua Murid SMKSM


4.0 BUTIRAN PROGRAM

4.1 Pelancaran Program Guru Penyayang 2015

Tarikh :
Masa : 7.20 pagi
Lokasi : Dataran Perhimpunan SMKSM
Sasaran : Semua Guru dan Pelajar SMKSM

4.2 “Selamat Datang Anakku”

Tarikh : Setiap hari bermula 12 Januari 2015


Masa : 7.00 pagi hingga 7.30 pagi
Lokasi : Pagar Sekolah SMKSM
Sasaran : Semua Guru dan Pelajar SMKSM

4.3 Mentor Mentee

Tarikh : Setiap 2 bulan sekali (Februari, April, Jun, Ogos)


Masa :
Lokasi :
Sasaran : Semua Guru dan Pelajar SMKSM

4.4 Sambutan Hari Lahir

Tarikh : Setiap 3 bulan sekali (Mac, Jun, September, Oktober)


Masa : 7.20 pagi
Lokasi : Dataran Perhimpunan SMKSM
Sasaran : Semua Guru dan Pelajar SMKSM

*Rujuk Jadual Pelaksanaan

5.0 AHLI JAWATANKUASA

AJK INDUK
Pengerusi : En. Mohd Amir bin Abdul Ghani (Pengetua SMKSM)
Timbalan Pengerusi : Pn. Sabariah binti Mustanuddin (GPKPentadbiran SMKSM)
Naib Pengerusi : Pn. Yean Hoor Shian (GPK Hal Ehwal Murid)
: En. Mohd Nazri bin Siweng (GPK Kokurikulum)
Penyelaras : Pn. Rashidah binti Ramlan (GBKSM)
Setiausaha : Pn. Chen Boon Yee (GBKSM)
Bendahari : Cik Eliza Yong Mee Heng (GBKSM)
AJK : Pembimbing Rakan Sebaya (PRS)
6.0 IMPLIKASI KEWANGAN

Bil Perkara Justifikasi Sumber Kewangan


RM 100.00 PCG BIMBINGAN DAN
1 Kain Rentang (Banner)
KAUNSELING
RM 200.00 PCG BIMBINGAN DAN
2 Alatulis
KAUNSELING

JUMLAH RM 400.00

7.0 PENUTUP

Diharapkan kertas kerja ini dapat dipertimbangkan dengan sewajarnya demi membina murid yang
cemerlang akademik dan seimbang perkembangannya dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek,
serta mempunyai disiplin diri yang tinggi, berketrampilan, patriotik, tidak bersikap individualistik
sebaliknya mempunyai semangat kerjasama berpasukan serta mampu memain peranan dalam
masyarakat.

Disediakan oleh,

(RASHIDAH BINTI RAMLAN)

Guru Bimbingan dan Kaunseling SMKSM

Disemak oleh,

(YEAN HOOR SHIAN)

Penolong Kanan HEM SMKSM

Disahkan oleh,

(MOHD AMIR BIN ABD GHANI)

Pengetua SMKSM
SMK SERI MUTIARA
Jalan 31/119, Taman Taynton View
56000 Cheras, Kuala Lumpur

KERTAS KERJA
PROGRAM GURU PENYAYANG
2015

ANJURAN:
UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING

SMK SERI MUTIARA

JADUAL PELAKSANAAN
4.1 Pelancaran Guru Penyayang

7.20 pagi : Semua pelajar berhimpun di Dataran Perhimpunan

7.30 pagi : Kata Alu-aluan Pengerusi Majlis


: Bacaan Doa
: Ucapan Perasmian Pengetua
: Gimik Perasmian
: Penyerahan Surat Pelantikan, Fail dan “Button Badge”
kepada Mentor
: Bersurai

You might also like