You are on page 1of 4

SOSIOLOGI PENDIDIKAN

PQI 6002

TAJUK:
TEORI-TEORI SOSIOLOGI PENDIDIKAN DAN IMPAK:
FUNGSIONALISME, KONFLIK, INTERALSIONALISME DAN
PASCAMODERNISME

TUGASAN INDIVIDU: PENULISAN AKEDEMIK

PENSYARAH:
DR. MEGAT AHMAD KAMALUDIN BIN MEGAT DAUD

SEMESTER 1 2023/2024

NAMA PELAJAR: ANIS IZZATY BINTI AKMALUDDIN

NO. MATRIK: 17159766


1.0 PENGENALAN

Mengikut Ottoway (1964) di dalam buku yang ditulis oleh Sharifah Alwiah Alsagoff
(1985), Sosiologi Pendidikan, sosiologi adalah satu bidang sains
kemasyarakatan .Sosiologi pendidikan ialah sains sosial yang menggunakan ilmu
sosiologi untuk mengkaji bidang pendidikan dalam sesebuah masyarakat .Dalam erti
kata lain sosiologi pendidikan melihat kepada pendidikan dari perspektif sosiologi.

2.0 PENDEKATAN MAKRO

Ahli sosiologi mengkaji peristiwa yang berlaku dalam masyarakat dengan mengkaji
secara makro iaitu bagaimana perlakuan sosial manusia dipengaruhi oleh
masyarakatnya. Sebagai contoh kajian ini meninjau tentang pandangan pengguna
perpustakaan di Negara Malaysia. Kajian jenis ini memerlukan responden yang
mewakili keseluruhan pengguna perpustakaan. Maka pengumpulan data perlu
dijalankan secara makro untuk melihat sejauh mana perpustakaan menolong
pengguna dan adakah perpustakaan menyediakan keperluan pengguna dan apakah
halangan penggunaannya. Ia melibatkan soalan kaji selidik (questionnaire).

Teori Fungsionalisme

Masyarakat selalu dianggap seperti tubuh badan manusia yang mempunyai bahagian-
bahagian dengan fungsi-fungsi yang tersendiri. Teori fungsionalisme memberi
penjelasan mengenai organisasi sosial dan menerangkan bagaimana sesuatu organisasi
itu dipertahankan. Menurut teori ini, struktur-struktur sosial akan menentukan
keharmonian masyarakat. Pengkaji-pengkaji telah merumuskan tiga andaia iaitu
stabiliti, harmoni dan evolusi. Stabiliti merupakan kriteria penilaian utama untuk
menentukan sejauh mana sesebuah masyarakat dapat dikekalkan. Harmoni
menunjukkan bagaimana semua bahagian dalam masyarakat bekerjasama untuk
mencapai tujuannya. Evolusi pula menggambarkan perubahan-perubahan yang
berlaku kepada masyarakat melalui proses yang diadaptasikan daripada struktur sosial
kepada pembaharuan. Maka, tidak dapat dinafikan lagi bahawa ibu bapa, pihak
sekolah, rakan sebaya dan media massa mesti memainkan peranan yang penting
dalam mengatasi masalah jenayah yang wujud di kalangan remaja pada masa kini
untuk memastikan suasana di dalam dan di luar sekolah lebih harmoni. Teori ini
biasanya digunakan secara survey atau tinjauan yang telah disediakan berdasarkan
kaji selidik (questionnaire). Teori ini banyak digunakan di institusi atau sekolah-
sekolah di Malaysia.

Teori Konflik

Apa yang tidak boleh dijawab oleh teori fungsionalisme akan dijawab oleh teori
konflik. Teori konflik ini menganggap bahawa akan berlaku permasalahan di antara
individu dan kumpulan-kumpulan di mana mereka akan cuba untuk mempertahankan
idea atau pendapat masing-masing. Melalui pendekatan ini , pengkaji dapat mengkaji
secara tinjauan (survey) yang akan ditanya berdasarkan soalan kaji selidik
(questionnaire) yang telah disediakan. Terdapat beberapa konflik yang selalu menjadi
masalah di sesebuah institusi iaitu sebagai contohnya guru diarah melakukan kerja-
kerja pentadbiran pada masa yang sama mereka perlu menjalankan tugas mengajar.
Maka timbullah konflik di antara tugas mendidik dan tugas sampingan yang di arah.
Manakala bagi pelajar pula mereka di tekan oleh ibu bapa dan guru untuk mendapat
keputusan yang cemerlang dan ini telah merampas sebahagian usia kanak-kanak.
Mereka masih ingin bermain dengan rakan sebaya. Maka tercetuskan konflik ke atas
jiwa kanak-kanak tersebut. Jadi , dengan menggunakan pendekatan makro ini , para
pengkaji dapat mengetahui apa masalah yang selalu timbul dalam jiwa masyarakat.

3.0 PENDEKATAN MIKRO

Ahli sosiologi mengkaji peristiwa yang berlaku ke atas individu dalam masyarakat
dengan berasaskan sudut pandangan individu tersebut. Pendekatan ini digunakan
dalam teori interaksionisme. Kajian yang menggunakan pendekatan mikro selalunya
menggunakan kaedah berbentuk kualitatif iaitu melalui pemerhatian dan temu bual
secara individu. Sampel kajian selalunya kecil dan terdiri dari sebuah darjah dan
sebuah sekolah sahaja.

Teori Interaksionisme

Lebih memfokuskan kepada proses di mana pengkaji akan mengkaji seorang


responden sahaja dan hanya di sebuah sekolah yang dipilih sahaja. Pendekatan mikro
merupakan sistem yang bukan dipaksa kerana ia mempunyai kebebasan tersendiri
terutamanya dalam menginterpretasikan pendapat sendiri dalam sesuatu situasi. Mana
– mana kumpulan bebas menyuarakan pendapat masing – masing. Teori ini
menekankan pendapat responden dan bukan dari pendapat pengkaji itu sendiri. Temu
bual ini dijalankan secara mendalam dan lebih terperinci(face-to-face) bersama
responden yang dipilih tersebut. Pendekatan mikro ini jarang digunakan di institusi
dalam mengatasi masalah-masalah di sesebuah institusi kerana setiap institusi lebih
menekankan kepada pendekatan makro. Terdapat beberapa aspek yang boleh
dititikberatkan dalam menggunakan pendekatan mikro iaitu simbol, perkataan dan
bahasa. Dalam teori interaksi simbol, pendekatan yang digunakan berkaitan dengan
individu dan emosinya. Kajian mendapati individu, emosi, perlakuan dan tindak balas
mereka di analisa melalui interaksi sesama individu dalam proses sosial mereka.
Interaksi yang dilalui hari – hari dapat menjana pemahaman dan peranan individu itu
kerana dalam interaksi mereka banyak menggunakan simbol – simbol, tanda – tanda,
isyarat dan kata – kata. Melalui interaksi simbol ini, individu akan memperlihatkan
emosi sama ada suka atau duka, gelisah atau tenang (melalui perlakuan fizikal),
mimik muka dan kata – kata. Kemudian mereka mengintepretasi situasi, bertindak
dan mencipta serta mengubah sesuatu situasi itu kepada situasi yang mereka
kehendaki. Dari aspek perkataan contohnya, simbol atau simbolik itu dipenuhi dengan
kiasan. Kadangkala terlalu banyak kiasan boleh menimbulkan kekeliruan dan konflik
dalam masyarakat kerana tidak semua perkataan bentuk kiasan di fahami, dinilai dan
diterima secara saksama antara individu dalam satu situasi itu. Seperti contoh untuk
menerangkan suatu kesalahan itu, guru berkias agar pelajar tidak berasa sakit hati
dengan teguran guru. Namun begitu tidak semua pelajar akan beranggapan begitu.
Dari aspek bahasa pula, boleh dikatakan Bahasa Melayu menggunakan banyak simbol
dan simbolik terutamanya dalam Bahasa Melayu klasik, di dalam puisi, dalam ceritera
dan hikayat Melayu klasik dan kitab – kitab lama. Simbol – simbol dalam interaksi
banyak digunakan dalam sekolah kerana ia digunakan untuk menganalisa secara
terperinci mengenai individu pelajar dan emosi mereka agar perlakuan dan tindak
balas pelajar mengenai sesuatu situasi itu boleh diramal

.4.0 KESIMPULAN

Secara kesimpulannya teori-teori sosiologi ini sangat berkait rapat dengan


sosiologi, persekitaran dan sistem pendidikan. Setiap perkara yang berlaku didalam
sistem pendidikan mesti berkait dengan teori-teori sosiologi. Sebarang permasalah
dan keraguan yang wujud di dalam sistem pendidikan boleh diselesaikan dengan
merujuk kepada teori-teori sosiologi yang menjadi asas kepada sosiologi pendidikan.

You might also like