You are on page 1of 4

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS RAJA MELEWAR, SEREMBAN

SAMBUTAN GERAKAN DEKAD BAHASA KEBANGSAAN 2019

KERTAS KONSEP SUDUT BIJAK JAWI

PENGENALAN
Tulisan jawi merupakan salah satu warisan Ketamadunan Melayu Islam yang masih wujud
di Nusantara khususnya di Malaysia. Namun perkembangan penggunaan tulisan
jawi pada kini boleh dikatakan semakin terpinggir lantaran semakin kurangnya generasi
muda khususnya para pelajar yang mampu menguasai penulisan jawi dengan baik. Hal ini
terjadi kerana mereka merasakan tulisan jawi ini tidak penting bagi mereka. Oleh itu, perlu
ada satu usaha yang bersungguh-sungguh daripada pihak tertentu khususnya komuniti
pencinta tulisan jawi untuk memberikan tunjuk ajar dan bimbingan yang berkesan dan
berterusan terhadap generasi muda khasnya agar kesinambungan ketamadunan Islam dan
Melayu dapat dipertahankan.

MATLAMAT

Menyemarakkan semula kecintaan terhadap tulisan jawi dalam kalangan pelajar dan orang
ramai.

RASIONAL
i. Aktiviti ini merupakan salah satu cara untuk membantu pelajar atau orang awam
agar tidak takut atau gentar dengan tulisan jawi

ii. Aktiviti ini sesuai dan berpotensi meningkatkan proses pemahaman terhadap tulisan
jawi secara keseluruhan.

iii. Aktiviti ini memberikan fokus kepada penguasaan membaca dan menulis jawi yang
dijalankan dalam suasana yang menggembirakan.

iv. Sistem komunikasi atas talian didominasi tulisan rumi

OBJEKTIF
i. Melahirkan individu yang dapat menguasai kemahiran membaca dan menulis jawi.
ii. Mendedahkan penggunaan tulisan jawi secara interaktif secara atas talian.
iii. Mempunyai motivasi dan semangat untuk mempertahankan tulisan jawi.
iv. Menerima pendedahan sistem tulisan Jawi yang tepat.

TARIKH
4 November 2019 sempena program Sambutan Gerakan Dekad Bahasa Kebangsaan

TEMPAT
Balai Kerapatan, Institut Pendidikan Guru kampus Raja Melewar
PENYERTAAN
Murid, pelajar dan orang ramai dalam program Sambutan Gerakan Dekad Bahasa
Kebangsaan.

JAWATANKUASA
PENGERUSI : En. Azmi bin Ayub
PENYELARAS : Tuan Haji Jalalludin bin Ibrahim
AJK KECIL :
i. Transkripsi Jawi ke Rumi : Nur Athirah Hamzah binti Yahya Tn. Hj. Abd. Hadi
ii. Imlak Jawi : Nur Farzana binti Ismail (Penyelaras)

iii. InteraktifJawi : i. Jivitha a/p Krishnan En.Abd. Malek bin .


ii.Darsene a/p Raja Norakid (Penyelaras)

iv. PertandinganTulisanKhat : i. Muhammad Tasneem Bukhari


Tn. Hj. Abd. Hadi
bin Husin (Penyelaras)
ii. Farhana binti Mohd Jani

v. Bacaan Naskhah klasik : i.


ii.

PERBELANJAAN
i. Peralatan Tulisan Khat = RM 200.00
ii. Peralatan Tulisan Jawi = RM 100.00
iii. Hadiah Penyertaan Tulisan Jawi = RM 200.00
iv. Hadiah Pertandingan Tulisan Khat
Tempat pertama = RM 50.00
Tempat kedua = RM 40.00
Tempat ketiga = RM 30.00
Sagu hati (RM 20.00 x 3) = RM 60.00

v. Banner = RM 30.00
Jumlah = RM 680.00

SUMBER KEWANGAN
Peruntukan Program Sambutan Gerakan Dekad Bahasa Kebangsaan 2019

AKTIVITI SUDUT BIJAK JAWI


1. Transliterasi tulisan rumi ke jawi
i. Peserta perlu menulis dan menukarkan satu ayat dalam tulisan rumi kepada
tulisan jawi.
ii. Peserta perlu mencabut nombor ayat yang perlu ditulis.
iii. Peserta yang menyertai dan dapat menulis dengan ejaan yang tepat akan
diberikan hadiah bernilai.
iv. Peserta yang menyertai aktiviti tetapi tidak dapat menulis dengan tepat akan
diberikan hadiah sagu hati.

2. Imlak tulisan jawi


i. Peserta perlu menulis ayat yang dibaca oleh pemudah cara (pelajar)
ii. Peserta perlu mencabut nombor ayat yang perlu ditulis.
iii. Peserta yang menyertai dan dapat menulis dengan ejaan yang tepat akan
diberikan hadiah bernilai.
iv. Peserta yang menyertai aktiviti tetapi tidak dapat menulis dengan tepat akan
diberikan hadiah sagu hati.

3. Interaktif jawi

i. Terdapat lima aplikasi interaktif jawi secara atas talian dan bukan talian yang
akan dijalankan iaitu:
a. Kahoot
b. Quizizz
c. Planet Jigsaw
d. ejawi2u
e. Roda Impian
f. Who wants to be a Millionaire

ii. Peserta secara kumpulan atau individu perlu memilih aplikasi yang ingin
dimainkan dengan cara mengklik pada aplikasi yang dipaparkan pada slaid
Power Point.

iii. Peserta yang menyertai dan memenangi permainan yang dijalankan akan
menerima hadiah bernilai.

iv. Peserta yang menyertai namun tidak memenangi permainan akan diberikan
hadiah sagu hati.

4. Pertandingan Tulisan Khat

5. Membaca naskhah klasik

PELAN LANTAI SUDUT BIJAK JAWI

PENTAS
TEMPAT DUDUK PENGUNJUNG TEMPAT DUDUK PENGUNJUNG

RUANG PAMERAN SUDUT BIJAK JAWI

INTERAKTIF SKRIN
JAWI
MEMBACA TULISAN IMLAK
NASKHAH KHAT TULISAN
TRANS-
KLASIK JAWI
LITERASI
TULISAN

You might also like