You are on page 1of 6

KERTAS KERJA

MINGGU ANTI DADAH


UNIT PENDIDIKAN
PENCEGAHAN DADAH
(PPDa)
PERINGKAT SEKOLAH

SK PEKAN TELIPOK
TUARAN

TAHUN 2022

TARIKH : 19, 26-27 April 2022

Anjuran : Unit Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa)


Kerjasama dengan
Unit Disiplin dan Unit Bimbingan Kaunseling
SK PEKAN TELIPOK, TUARAN
1.0 PENGENALAN

Sambutan Minggu Anti Dadah diadakan setiap tahun di sekolah selaras arahan
Kementerian Pelajaran Malaysia melalui Unit Pendidikan Pencegahan Dadah untuk
menyokong Sambutan Hari Anti Dadah Peringkat Kebangsaan.

Aspek pendidikan dan pencegahan dadah amat penting memandangkan generasi


pelapis negara khususnya, kini berdepan dengan ancaman gejala dadah yang sangat
serius. Oleh yang demikian kesedaran tentang bahaya bahana dadah di peringkat lebih awal
perlu diterapkan dalam lapisan lapisan komuniti masyarakat.

Selain itu, menerusi aktiviti-aktiviti yang diatur, murid-murid diharap dapat


memanfaatkan peluang ini sebaik-baiknya untuk memberi impak terhadap penglibatan
murid-murid secara menyeluruh demi melahirkan modal insan yang berkualiti yang mampu
menjadi pemimpin dan menyumbang kepada pembangunan sosial negara sekaligus
memberikan kesejahteraan kepada komuniti dan masyarakat.

2. 0 MATLAMAT

Supaya murid-murid sedar bahawa dadah akan memudaratkan nyawa dan kesihatan
serta membahayakan keselamatan masyarakat. Untuk memastikan murid–murid
mempunyai pengetahuan dan kemahiran mengenai gaya hidup sihat dan mengamalkannya;

3. 0 OBJEKTIF

Objektif program ini adalah seperti berikut:

3.1 Untuk mendidik murid-murid tentang keburukan dadah seawal peringkat


prasekolah lagi;

3.2 Menyemai dan menanam sikap untuk membenci dan menjauhkan diri daripada
dadah;

3.3 Untuk memberi alternatif program sihat tanpa dadah kepada murid-murid.

4.0 TEMA
“Kami Benci Dadah”

5.0 TARIKH PROGRAM

19 April, 26-27 April & 13 Mei 2022


6.0 STRATEGI PELAKSANAAN /AKTIVITI YANG DIRANCANG:-

6.1 Pelancaran Minggu Anti Dadah


6.2 Pertandingan Mewarna Prasekolah, Tahap 1 dan PPKI
6.3 Pertandingan Melukis Poster Tahap 2

7.0 LOKASI

7.1 Anjung Dirgahayu


7.2 Kelas Prasekolah dan Tahun 1-6 dan PPKI

8. 0 KUMPULAN SASARAN

8.1 Murid-murid Prasekolah


8.2 Murid-murid Tahun 1 – Tahun 6
8.3 Murid-murid PPKI
8.4 Semua guru dan kakitangan

9.0 KEWANGAN
Unit PPDa
Unit Bimbingan dan Kaunseling

10.0 ANGGARAN PERBELANJAAN


Rujuk Lampiran A

11. 0 JAWATANKUASA PELAKSANA

MINGGU PPDa Tahun 2022


SK PEKAN TELIPOK, TUARAN

PENGERUSI : PN RIPAH BINTI MAJI

(GURU BESAR SK PEKAN TELIPOK)

NAIB PENGERUSI 1 : PUAN LATIFAH BINTI OMAR

(PENOLONG KANAN PENTADBIRAN)

NAIB PENGERUSI 2: PUAN AZIZAH BINTI MIASIN

(PENOLONG KANAN HEM)

NAIB PENGERUSI 3: EN HISHAM BIN AHMAD

(PENOLONG KANAN KOKURIKULUM)

BENDAHARI : PUAN JULI SIKONG


BIDANG TUGAS NAMA GURU
PENYELARAS PROGRAM EN ROSLAN BIN BUDIMAN
DR JAMALUDDIN BIN MOKSAN
SETIAUSAHA
(Dokumentasi dan Pelaporan) PUAN ANIDAH BINTI KAMSIN
PERTANDINGAN MELUKIS CIK GLORIA ANN (PANITIA PSV)
POSTER PUAN NOR ASIKIN BINTI PUDIN
PERTANDINGAN MEWARNA PUAN DURA FATIN BINTI PINDIK (PRA SEKOLAH)
PUAN ELLYZIANA BINTI JENERAL (PPKI)
PUAN SOLEHA BINTI ASHKAR
PUAN SITI MARSITA BINTI KELANA
PUAN SITI SUHANA BINTI MOHAMED AMIN
BANNER, LENCANA RAKAN PUAN NOR ASIKIN BINTI PUDIN
PPDa PUAN ANIDAH BINTI KAMSIN
BUKU ATURCARA, SIJIL PUAN RAHIMAH BINTI ALIJAR
JURUGAMBAR PUAN ELLYZIANA BINTI JENERAL
EN NORADIEH BIN KADIS
SIARAYA ENCIK ROSLAN BIN BUDIMAN
DR JAMALUDDIN BIN MOKSAN
PENYEDIAAN DEWAN DAN ENCIK YAP CHIE LOONG
TEMPAT ENCIK FRANCIS GABAU
EN RUZAINI
EN FITRIE WAHYUDI
BACAAN DOA USTAZ MUHAMAD ZAFAR BIN ABU BAKAR
JURUACARA MAJLIS PN ERNI FAZLIYANA LASIARA

11.0 TENTATIF PROGRAM


Rujuk Lampiran B
12.0 PENUTUP

Diharapkan aktiviti Minggu Anti Dadah ini dapat dilaksanakan dengan jayanya dan
dapat mencapai objektif yang diingini. Adadalah diharapkan aktiviti-aktiviti sihat seperti ini
akan terus berkembang dan mendapat sambutan yang baik dari semua pihak demi
kesedaran untuk mencegah dan menghapuskan dadah. Semoga usaha murni ini mendapat
sokongan dari semua pihak dan memberi manfaat sepenuhnya kepada murid-muridnya
khususnya.
Sekian, Terima Kasih.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

................................................. ................................................................
(ANIDAH BINTI KAMSIN) (EN ROSLAN BIN BUDIMAN)
Setiausaha PPDa Penyelaras Unit PPDa,
SK Pekan Telipok, SK Pekan Telipok,
Tuaran. Tuaran.

Disahkan oleh,

................................................................
(PN RIPAH BINTI MAJI)
Guru Besar,
SK Pekan Telipok,
Tuaran.
LAMPIRAN A

ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL PERKARA KOS (RM) KUANTITI JUMLAH


01 Majlis Pelancaran Minggu PPDa
i) Banner 370 2 500
ii) Lencana Rakan PPDa 130 20
02 Pertandingan Mewarna (Piala)
i) Pra Sekolah 9
ii) Tahap 1
Tahun 1 6.50 5 195
Tahun 2 5
Tahun 3 5
iii) PPKI 6
03 Pertandingan Melukis Poster
i) Tahap 2 6.50 6 39

JUMLAH KESELURUHAN 734

LAMPIRAN B

TENTATIF PROGRAM
MINGGU PPDa 2022

TARIKH/
MASA/ AKTIVITI
HARI

Majlis Pelancaran Minggu Anti Dadah


7.45 - Semua murid terlibat dan guru berkumpul di Anjung Dirgahayu
- Nyanyian lagu dan bacaan doa
- Ucapan aluan penyelaras program
19 APRIL - Ucapan Perasmian (Guru Besar)
2022 - Gimik Pelancaran
- Penyematan lencana Rakan PPDa pada barisan Rakan PPDa SK Pekan
Selasa Telipok
- Bacaan ikrar dan menandatangani ikrar anti dadah
- Sesi bergambar
9.00 - Murid kembali ke kelas masing-masing

26 APRIL Pertandingan Mewarna Pra Sekolah dan PPKI


2022 Tempat : Kelas masing-masing
Masa: Selepas rehat sehingga waktu pulang
Selasa

27 APRIL Pertandingan Mewarna Tahap 1


2022 Tempat : Kelas masing-masing
Masa: Selepas rehat sehingga waktu pulang
Rabu

Pertandingan Melukis Poster Tahap 2 dan PPKI

- Pertandingan ini akan dijalankan di rumah masing masing bermula 20 April ,


dan dihantar kepada Cik Gloria dan Puan Nor Asikin sebelum 27 April 2022

You might also like