You are on page 1of 61

PD6052 EA BRIDGE TRAINING SKILL (SABAH)

LOK KAWI POINT JLN BARU PAPAR LOK KAWI 89600


PAPAR SABAH.

KERTAS PENERANGAN
(INFORMATION SHEET)

KOD DAN NAMA


PROGRAM / C141-005-2:2021 PEMBUATAN PAKAIAN WANITA
PROGRAM’S CODE & NAME

TAHAP / LEVEL 2 (DUA)

NO. DAN TAJUK UNIT


C141-005- 2:2021-C06 LADIES GARMENT TRADITIONAL WEAR
KOMPETENSI /
MAKING
COMPETENCY UNIT NO.
AND TITLE

NO. DAN PENYATAAN 1. PRODUCE KURUNG PESAK OUTFIT

AKTIVITI KERJA / WORK 2. PRODUCE CHEONGSAM OUTFIT.

ACTIVITIES NO. AND 3. PRODUCE SARI BLOUSE OUTFIT.

STATEMENT

NO. KOD / CODE NO. C141-005- 2:2021-C06 /KP(1/1) Muka Surat 1 Drpd 61

TAJUK: PENGHASILAN PAKAIAN TRADISIONAL

TUJUAN:

Kertas Penerangan ini bertujuan untuk memberi kefahaman dan pengetahuan kepada
pelatih tentang penghasilan Pakaian Tradisional Melayu, Pakaian Tradisional Cina, Pakaian
Tradisional India, dan pakaian tradisional etnik lain.
NO. KOD / CODE NO. C141-005- 2:2021-C06 /KP(1/1) Muka Surat 2 Drpd 61

PENERANGAN :

1.Pakaian tradisional merupakan pakaian tradisi yang dipakai mengikut sesuatu kaum di
Malaysia yang mempunyai ciri-ciri dan stail pakaian yang tersendiri. Pakaian tradisional ini
biasanya dipakai untuk menghadiri majlis formal atau menjadi pakaian harian. Antara
pakaian tradisional yang terdapat di Malaysia adalah seperti berikut:

Kaum Melayu
Baju Kurung

Etnik Lain JENIS Kaum Cina


Kadazan PAKAIAN Cheongsam
TRADISIONAL

Kaum India
Choli Sari
NO. KOD / CODE NO. C141-005- 2:2021-C06 /KP(1/1) Muka Surat 3 Drpd 61

1.1 PAKAIAN TRADISIONAL MELAYU ( BAJU KURUNG)

PENGENALAN /INTRODUCTION:

Mengikut sejarah, nama asal baju kurung ialah Baju kurung Teluk Belanga. Hasil dari
perkembangan teknologi dan peredaran masa telah ditukar nama kepada Baju Kurung Johor.
Leher baju kurung berbentuk bulat yang disebut ‘bulan-bulan’ dan dibelah di bahagian
hadapan. Sebiji butang emas atau berlian yang dikenali sebagai kunang
kunang atau garam sebuku digunakan sebagai kancing. Mengikut tradisinya, kain yang
dipakai diikat berombak-ombak dirusuk sebelah kiri atau kanan. Cara ikatan tersebut
dinamakan ombak mengalun. Kepala kain diletak di bahagian belakang. Baju ini boleh dipakai
sedondon atau dipadankan dengan sarung bercorak batik, tenun atau sarong songket.
Pakaian ini popular dipakai oleh wanita masa kini tanpa mengira peringkat umur atau kaum di
Malaysia. Garis Leher baju kurung tradisional dijahit dengan tulang belut. Ciri tulang belut
yang dijahit dengan elok ialah:
- Jarak antara kaki tulang belut sama
- Sama lebar keseluruhannya
- Tidak tertarik
- Tegangan tarikan benang elok
- Pangkal belah tirus dan rapat
- Perkembangan semasa menyaksikan garis leher baju kurung tidak sahaja dijahit
dengan tulang belut tetapi dengan jahitan mata lalat, jahitan karipap dan sulaman
tangan.

Ciri baju kurung tradisional adalah:

i) Garis leher baju berbentuk bulat dan belah berslit di


bahagian hadapan dihiasi dengan jahitan tulang belut.

ii) Lengan panjang

iii) Pesak

iv) Kekek
NO. KOD / CODE NO. C141-005- 2:2021-C06 /KP(1/1) Muka Surat 4 Drpd 61

v) Sarung susun ombak beralun yang berkasing

vi) Butang dan rumah butang.

vii) Kocek di bahagian kiri pesak baju.

Pandangan hadapan Pandangan belakang

Gambarajah 1: Baju Kurung Tradisional dan Sarung Susun Ombak Beralun


NO. KOD / CODE NO. C141-005- 2:2021-C06 /KP(1/1) Muka Surat 5 Drpd 61

1.2 Melakar Baju Kurung Tradisional

i. Teknik melakar

a. Melakar pakaian adalah berasaskan warna,corak dan tekstur fabrik.

b. Setiap pakaian adalah direka mempunyai cirri tertentu seperti garis


leher,lisu,kolar,lengan dan lain-lain mengikut stail yang
dikehendaki.

ii. Kenalpasti bentuk badan

a. Sebelum membuat lakaran pastikan bentuk badan,warna dan


tekstur fabrik membolehkan seseorang itu kelihatan lebih anggun
dan bergaya.

b. Antara bentuk badan adalah seperti A Line, Tent, Shift dan


Hour Glass.

c. Pilih croqois yang sesuai untuk melakar baju kurung tradisional


dan sarung susun ombak beralun.

iii. Guna bahan dan peralatan yang sesuai untuk melakar.

 Croquis yang sesuai


 Pensel
 Pen hitam 0.2mm
 Pen hitam 0.5 mm
 Kertas layout
 Media
Croquis Lakaran

Gambarajah 2 : Lakaran Pakaian


NO. KOD / CODE NO. C141-005- 2:2021-C06 /KP(1/1) Muka Surat 6 Drpd 61

iv. Persediaan baju kurung tradisional

a. Melakar rekaan fesyen

 Crocquis
- Alat panduan/templet yang terdapat dalam pelbagai gaya.
- Kegunaannya untuk menghasilkan lakaran kasar style
pakaian.
- Memudahkan kerja mereka dan melukis pakaian.
 Menggunakan pensil, pensil warna dan design marker
 Lakaran kerja /flat drawing
- Memudahkan kerja mereka cipta.
- Memperlihatkan pandangan hadapan dan belakang.

1.3 Mengambil ukuran badan


1.3.1 Peralatan dan bahan yang diperlukan mengambil ukuran badan.
i. Pita ukur
 Gunakan pita ukur yang sesuai untuk mengambil ukuran model.
ii. Alat tulis, buku atau kertas catatan
 Digunakan untuk mencatat ukuran.
iii. Borang tempahan pelanggan

2.2 Ukuran sepasang baju kurung tradisional


a. Ukuran yang perlu untuk mendraf baju kurung tradisional iaitu:
 Bahu
 Labuh Lengan
 Hujung Lengan
 Keliling Pangkal Lengan
 Dada
 Labuh Pinggang
 Labuh Pinggul
 Labuh Baju
 Labuh Sarung
 Keliling leher

b. Catatkan ukuran ke dalam borang tempahan pelanggan


NO. KOD / CODE NO. C141-005- 2:2021-C06 /KP(1/1) Muka Surat 7 Drpd 61

A. PAKAIAN TRADISIONAL CINA ( CHEONGSAM )


PENGENALAN/ INTRODUCTION:
Cheongsam merupakan pakaian yang mula dipakai oleh wanita cina
pada zaman Dinasti Qing (1644-1012) Cheongsam juga dikenali sebagai
gipao`. Ia dipakai pada upacara tertentu seperti majlis perkahwinan dan Tahun
Baru Cina.Pakaian ini adalah pakaian sendat yang mempunyai koler menderin
berlengan cap atau panjang berbelah pada kelim (slit) berkancing di bahagian
badan kanan. Labuh Cheongsam juga boleh dibuat pada pelbagai
paras.Cheongsam boleh dipakai sebagai pakaian Kasual atau formal. Ciri-ciri
Cheongsam adalah (Rujuk Gambarajah 1):
a) Berkolar mandarin
b) Mempunyai belah berlapik – belahan dari leher ke rusuk
kanan dan butang cina
c) Lengan selarai pendek
d) Belah kiri dan kanan pada kelim sisi
e) Lisu pemadam cembung, mengikut keperluan

GambarRajah 1: Ciri-ciri Cheongsam


NO. KOD / CODE NO. C141-005- 2:2021-C06 /KP(1/1) Muka Surat 8 Drpd 61

1.1 Melakar fesyen Cheongsam Tradisional (Gambarajah 2).

i. Teknik melakar
a. Melakar pakaian adalah berasaskan warna, corak dan
tekstur fabrik.
b. Setiap pakaian yang direka mempunyai ciri-ciri tertentu seperti
garis leher, lisu, kolar, lengan dan lain-lain mengikut style yang
dikehendaki.

ii. Kenalpasti bentuk badan


a. Sebelum membuat lakaran pastikan bentuk badan
model supaya dapat menghasilkan fesyen kebaya yang
sesuai.
b. Elemen seperti garisan, bentuk badan, warna dan tekstur fabrik
membolehkan seseorang itu kelihatan lebih anggun dan
bergaya.

1.2 Guna bahan dan peralatan yang sesuai untuk melakar

Lakaran Crocquis

Gambarajah 2 : Lakaran Cheongsam


NO. KOD / CODE NO. C141-005- 2:2021-C06 /KP(1/1) Muka Surat 9 Drpd 61

2. Persediaan baju cheongsam

2.1 Peralatan

i. Melakar rekaan fesyen


a. Crocquis
 Alat panduan/templet yang terdapat dalam pelbagai gaya.
 Kegunaannya untuk menghasilkan lakaran kasar
style pakaian.
 Memudahkan kerja mereka dan melukis pakaian.

b. Menggunakan pensil, pensil warna dan design marker


 Lakaran kerja/flat drawing
 Memudahkan kerja mereka cipta.
 Memperlihatkan pandangan hadapan dan belakang.
NO. KOD / CODE NO. C141-005- 2:2021-C06 /KP(1/1) Muka Surat 10 Drpd 61

ii. Mengukur

iv. Pita ukur


 Gunakan pita ukur yang sesuai untuk mengambil
ukuran model.
v. Buku atau kertas catatan
 Digunakan untuk mencatat ukuran.

iii. Mendraf pola

a. Kertas perang/brown paper


 Pilih yang sederhana tebal tidak renyuk.
b. Pembaris lurus
 Pilih yang diperbuat daripada plastik, logam atau kayu.
 Permukaan yang licin dan mempunyai tanda-tanda ukuran
yang jelas.
c. Pembaris sesiku
 Diperbuat daripada plastik.
 Permukaan yang licin dan mempunyai tanda-tanda ukuran
yang jelas.
 Digunakan untuk membuat garisan bersudut tepat.
d. Pembaris melengkung
 Diperbuat daripada plastik.
 Permukaan yang licin dan mempunyai tanda-tanda ukuran
yang jelas.
 Digunakan untuk membuat garis melengkung seperti
garis punggung.
e. Lengkuk Perancis/French curve
 Pilih yang diperbuat daripada plastik.
 Digunakan untuk membuat garisan melengkung seperti
garis lubang lengan, dan garis leher.
f. Pensel
 Pilih pensel yang sesuai.
NO. KOD / CODE NO. C141-005- 2:2021-C06 /KP(1/1) Muka Surat 11 Drpd 61

 Digunakan untuk membuat garisan.


g. Pita ukur
 Digunakan untuk mengukur garis lurusatau
garis melengkung.

iv. Menggunting dan menanda


a. Gunting fabrik
 Pilih gunting fabrik yang tajam dan berat.
b. Gunting kertas
 Pilih gunting kertas yang sesuai dan tajam.
c. Gunting bergerigi
 Digunakan untuk menggunting fabrik yang tidak
mudah berjerumbai.
d. Penetas
 Digunakan untuk menetas mata jahitan dan
menebuk lubang butang.
e. Kacip benang/ snippe
 Digunakan untuk menggunting benang.

f. Roda surih
 Mempunyai roda yang mudah digerakkan.
 Pilih roda surik mengikut jenis fabrik.
 Roda surih digunakan bersama dengan kertas karbon
tukang jahit untuk memindahkan:
- garis pemadan ke fabrik
- tanda dan garis lain dalam kerja
membuat penyessuaian pola.
g. Kertas karbon tukang jahit
 Pilih yang mempunyai warna yang mudah dipindahkan ke
atas fabrik atau kertas perang.
h. Kapur tukang jahit
 Pilih kapur yang tidak mudah pecah dan sepadan
dengan warna fabrik.
NO. KOD / CODE NO. C141-005- 2:2021-C06 /KP(1/1) Muka Surat 12 Drpd 61

 Digunakan untuk menanda garisan pemadan pada fabrik.


 Gunakan kapur yang tajam untuk menghasilkan
garisan yang halus supaya tidak mengotorkan fabrik.
i. Jarum peniti
 Pilih jarum peniti yang tajam dan tidak berkarat
supaya tidak merosakkan fabrik.
 Kegunaan jarum peniti ialah untuk menyemat pola pada
fabrik dan menyemat kepingan fabrik.

v. Menjahit pakaian

a. Mesin jahit manual


b. Mesin jahit kemas tepi
c. Jarum jahit tangan

vi. Menekan
a. Seterika wap
 Lubang wap terletak pada hujung tapak.
 Mempunyai kawalan pelaras suhu.
 Permukaan yang licin.
 Digunakan untuk menekan fabrik pada setiap proses
membuat pekaian.

b. Seterika biasa/kering
 Mempunyai kawalan pelaras suhu.
 Permukaan yang licin.
 Digunakan untuk menekan fabrik pada setiap proses
membuat pakaian.

c. Bod seterika/meja
 Pilih jenis yang tingginya boleh dilaras dan tegap.
 Permukaan dan tepinya rata supaya pakaian dan fabrik
tidak tersangkut.
NO. KOD / CODE NO. C141-005- 2:2021-C06 /KP(1/1) Muka Surat 13 Drpd 61

d. Bod seterika lengan


 Digunakan untuk menekan lengan.

e. Perenjis air
 Digunakan untuk melembapkan fabrik sebelum
dan semasa menekan.

2.2 Bahan yang diperlukan

i. Fabrik
a. Ciri-ciri fabrik yang sesuai untuk membuat kebaya ialah:
 Bercorak
 Tanpa corak
b. Tekstur yang sesuai ialah jenis lembut, sederhana tebal
atau nipis

c. Pilih warna fabrik yang sesuai dengan bentuk badan:


 Badan kurus – warna terang, bercorak atau berbunga kecil
 Badan gempal – warna gelap bercorak atau berbunga kecil

ii. Benang – gunakan benang yang kukuh, pilih benang yang sesuai dan
sepadan dengan jenis dan warna fabrik.
iii. Lapik dalam
 Tujuan lapik dibuat pada pakaian adalah untuk mengekalkan
bentuk pada pakaian, mengukuhkan dan mengelakkan fabrik
daripada memeri
iv. Kancing
 Tujuan kancing dibuat adalah
 Menutup belah pada pakaian – seperti butang, butang katup,
cangkuk dan mata, cangkuk dan palang dan zip.
 Sebagai perhiasan - seperti butang dan gelung, reben, gacu
dan pita.
 Pilih kancing mengikut

 Jenis fabrik yang digunakan


NO. KOD / CODE NO. C141-005- 2:2021-C06 /KP(1/1) Muka Surat 14 Drpd 61

 Jenis pakaian
 Belah dan kedudukannya

2.3 Ukuran Cheongsam

i. Ukuran yang perlu untuk mendraf cheongsam iaitu:


 Bahu
 Labuh lengan
 Lilitan lengan atas
 Keliling garis lengan
 Labuh pinggang
 Labuh pinggul
 Labuh baju
 Keliling leher
 Keliling dada
 Keliling pinggang
 Keliling pinggul
 Bahu ke mercu
 Mercu ke mercu

ii. Catatkan ukuran ke dalam borang tempahan pelanggan


(lampiran 1)
NO. KOD / CODE NO. C141-005- 2:2021-C06 /KP(1/1) Muka Surat : 15 Drp 61

B.PAKAIAN TRADISIONAL KAUM INDIA ( COLI SARI

PENGENALAN /INTRODUCTION:

Pakaian Tradisional kaum India terdapat dua jenis iaitu Coli dan baju Punjabi. Coli
biasanya dipakai oleh wanita manakala Baju Punjabi boleh dipakai oleh kaum lelaki dan
wanita India.

Ciri-ciri
Coli adalah baju singkat paras pinggang yang dipakai oleh wanita India bersama sari
atau pun skirt kembang. Ianya merupakan pakaian yang sendat. Walaubagaimanapun
sekarang pakaian ini telah diubah pada bahagian -bahagian tertentu agar bersesuaian
dengan pemakaian wanita India zaman moden tetapi masih mengekalkan ciri-ciri
tradisional.

Labuh lengan coli basanya hingga ke paras siku dan di tengah lengan dihias kan
dengan menggunakan kain yang sama atau fabrik yang berpadanan. Garis leher jeluk
terbentuk dengan kedudukan bahu mendatang (yoke) dengan lisu hias. Cantuman
garis tengah hadapan disiapkan dengan kedut lepas sebagai penghilang gelembung
dan lisu pemadan di bahagian pinggang badan hadapan dan belakang.

Bahagian pinggang badan hadapan dikemaskan dengan ben lisu hias. Bahagian
belahan badan belakang disudahkan dengan butang katup atau pun cangkuk dan
rumah cangkuk.

Coli sesuai menggunakan fabrik nipis, lembut bercorak kecil dan diperbuat daripada
gentian asli atau gentian buatan. Coli dipadankan bersama sari dan skirt dalam yang
dibuat khas, bertali kasing di pinggang.
NO. KOD / CODE NO. C141-005- 2:2021-C06 /KP(1/1) Muka Surat : 16 Drp 61

CONTOH PAKAIAN TRADISIONAL INDIA

Gambarajah 1:Baju Punjabi Gambarajah 2: Coli dan sari


NO. KOD / CODE NO. C141-005- 2:2021-C06 /KP(1/1) Muka Surat : 17 Drp 61

LAKARAN BAJU COLI

Pandangan hadapan Pandangan belakang

Gambarajah 3: Coli

1. Melakar Baju Tradisional India

1.1 Teknik melakar

c. Melakar pakaian adalah berasaskan warna,corak dan tekstur fabrik.

d. Setiap pakaian adalah direka mempunyai ciri tertentu seperti garis


leher,lisu,kolar,lengan dan lain-lain mengikut stail yang
dikehendaki.

1.2 Kenalpasti bentuk badan

d. Sebelum membuat lakaran pastikan bentuk badan,warna dan


tekstur fabric membolehkan seseorang itu kelihatan lebih anggun
dan bergaya.

e. Antara bentuk badan adalah seperti A Line, Tent, Shift dan Hour
NO. KOD / CODE NO. C141-005- 2:2021-C06 /KP(1/1) Muka Surat : 18 Drp 61

Glass.

f. Pilih croqois yang sesuai untuk melakar baju Tradisional India.

1.3 Guna bahan dan peralatan yang sesuai untuk melakar.

 Croquis yang sesuai


 Pensel
 Pen hitam 0.2mm
 Pen hitam 0.5 mm
 Kertas layout
 Media

Gambarajah 4: Lakaran Coli


NO. KOD / CODE NO. C141-005- 2:2021-C06 /KP(1/1) Muka Surat : 19 Drp 61

1.4 Persediaan menjahit baju Coli

i. Melakar rekaan fesyen


a. Crocquis
- Alat panduan/templet yang terdapat dalam pelbagai gaya.
- Kegunaannya untuk menghasilkan lakaran kasar style
pakaian.
- Memudahkan kerja mereka dan melukis pakaian.

b. Menggunakan pensil, pensil warna dan design marker


c. Lakaran kerja /flat drawing
 Memudahkan kerja mereka cipta.
 Memperlihatkan pandangan hadapan dan belakang.

2. MENGAMBIL UKURAN BADAN

2.1 Peralatan dan bahan yang diperlukan mengambil ukuran badan.

vi. Pita ukur


 Gunakan pita ukur yang sesuai untuk mengambil
ukuran model.
vii. Alat tulis, buku atau kertas catatan
 Digunakan untuk mencatat ukuran.
viii. Borang tempahan pelanggan

2.2 Ukuran sehelai Choli Sari

c. Ukuran yang perlu untuk mendraf baju iaitu:


 Bahu
 Labuh lengan
 Hujung lengan
 Keliling lengan
 Dada
 Bahu ke mercu
NO. KOD / CODE NO. C141-005- 2:2021-C06 /KP(1/1) Muka Surat : 20 Drp 61

 Mercu ke mercu
 Labuh tulang belakang
 Labuh pinggul
 Keliling pinggang
 Keliling pinggul
 Labuh coli
 Labuh sarung
 Keliling leher

d. Catatkan ukuran ke dalam borang tempahan pelanggan


(gambarajah borang tempahan pelanggan)

C.PAKAIAN TRADISIONAL ETNIK KADAZAN

PENGENALAN/ INTRODUCTION:

Penduduk Sabah terdiri daripada pelbagai suku kaum. Perbezaan antara berbagai- bagai
suku kaum tersebut adalah ketara terutama sekali dari segi bahasa, agama, adat istiadat,
corak dan pegangan hidup termasuklah pakaian tradisi mereka. Penggunaan pakaian-
pakaian tradisional tersebut boleh dilihat dari dua sudut zaman iaitu zaman klasik dan
zaman moden. Pada zaman dahulu, pakaian-pakaian tradisional ini dipakai semasa
uparaca-upacara ritual, hari perkahwinan dan sebagai pakaian seharian. Di zaman moden
pula pakaian-pakaian tradisional ini hanya dipakai untuk tujuan-tujuan yang tertentu
seperti di hari perkahwinan oleh pengantin lelaki dan perempuan (kadangkala juga oleh
pengapit pengantin) serta untuk acara-acara kebudayaan.

Kebanyakan suku kaum di Sabah memilih hitam sebagai warna pakaian tradisional
mereka. Penggunaan warna hitam asalnya daripada kepercayaan bahawa warna hitam
adalah lambang kekuasaan atau warna ketuhanan yang dapat melindungi si pemakai
daripada makhluk-makhluk halus yang jahat. Ada setengah-tengah pihak mengatakan
bahawa penggunaan warna hitam adalah disesuaikan dengan cara hidup dan keadaan
semula jadi di waktu itu.
Wanita memakai baju pendek sinuangga, kain labuh tetapi dan selendang
batik dilengkapi tali pinggang himpogot. Baju tradisional suku kaum Kadazan
NO. KOD / CODE NO. C141-005- 2:2021-C06 /KP(1/1) Muka Surat : 21 Drp 61

daerah Papar memakai baju fabrik baldu hitam berhias renda kuning keemasan. Wanita
memakai siung dari anyaman buluh halus bermotifkan geometrik etnik Sabah. Perhiasan
diri gelang tangan dan tali pinggang syiling perak.

Rajah 5: Pakaian Tradisional Etnik Kadazan

1.2 Melakar Baju Tradisional Etnik

i. Teknik melakar

e. Melakar pakaian adalah berasaskan warna,corak dan tekstur fabrik.

f. Setiap pakaian adalah direka mempunyai ciri tertentu seperti garis


leher,lisu,kolar,lengan dan lain-lain mengikut stail yang
dikehendaki.

ii. Kenalpasti bentuk badan

g. Sebelum membuat lakaran pastikan bentuk badan,warna dan


tekstur fabrik membolehkan seseorang itu kelihatan lebih anggun
dan bergaya.

h. Antara bentuk badan adalah seperti A Line, Tent, Shift dan


Hour Glass.

i. Pilih croqois yang sesuai untuk melakar baju Etnik.


NO. KOD / CODE NO. C141-005- 2:2021-C06 /KP(1/1) Muka Surat : 22 Drp 61

iii. Guna bahan dan peralatan yang sesuai untuk melakar.

 Croquis yang sesuai


 Pensel
 Pen hitam 0.2mm
 Pen hitam 0.5 mm
 Kertas layout
 Media

iv. Persediaan menjahit baju Etnik

a. Melakar rekaan fesyen


 Crocquis
- Alat panduan/templet yang terdapat dalam pelbagai gaya.
- Kegunaannya untuk menghasilkan lakaran kasar style pakaian.
- Memudahkan kerja mereka dan melukis pakaian.
 Menggunakan pensil, pensil warna dan design marker

 Lakaran kerja /flat drawing


 Memudahkan kerja mereka cipta.
 Memperlihatkan pandangan hadapan dan belakang.

1. MENGAMBIL UKURAN BADAN

2.1 Peralatan dan bahan yang diperlukan mengambil ukuran badan.


ix. Pita ukur
 Gunakan pita ukur yang sesuai untuk mengambil
ukuran

model.
x. Alat tulis, buku atau kertas catatan
 Digunakan untuk mencatat ukuran.
xi. Borang tempahan pelanggan

2.2 Ukuran sehelai baju Etnik Kadazan :


e. Ukuran yang perlu untuk mendraf baju iaitu :
NO. KOD / CODE NO. C141-005- 2:2021-C06 /KP(1/1) Muka Surat : 23 Drp 61

 Bahu
 Labuh lengan
 Hujung lengan
 Keliling lengan
 Dada
 Bahu ke mercu
 Mercu ke mercu
 Labuh tulang belakang
 Labuh pinggul
 Keliling pinggang
 Keliling pinggul
 Labuh coli
 Labuh sarung
 keliling leher

f. Catatkan ukuran ke dalam borang tempahan pelanggan


NO. KOD / CODE NO. C141-005- 2:2021-C06 /KP(1/1) Muka Surat : 24 Drp 61

2. REKAAN PAKAIAN TRADISIONAL

i) JENIS KOCEK

 Kocek mestilah dilekatkan di tempat yang sesuai dan selesa kepada si pemakai.
 Ia mesti dijahit dengan cermat, rata dan dikukuhkan di atas dengan jahitan mesin
dua kali.
 Kocek yang hendak digunakan mestilah cukup dalam untuk mengelakkan benda
di dalamnya daripada terjatuh.

Kocek Tampal Kocek Sisi Tersembunyi Kocek Tebuk Satu


Bibir

ii) JENIS LENGAN

 Lengan ialah satu kaedah menyudahkan keruk lengan.


 Lengan didraf dengan pelbagai stail yang bersesuaian dengan bentuk badan dan
jenis pakaian.
 Lengan juga berfungsi sebagai melindungi kecacatan pada tangan dan
mengekalkan ciri tradisi sesuatu pakaian.
 Jenis-jenis lengan adalah seperti berikut:
NO. KOD / CODE NO. C141-005- 2:2021-C06 /KP(1/1) Muka Surat : 25 Drp 61

JENIS-JENIS LENGAN:

A. Lengan kimono asas


B. Lengan
Padanan Rata
C. Lengan gelembung
D. Lengan
kembang payung
E. Lengan Slit
F. Lengan Peasant
G. Lengan Raglan
H. Lengan Dolman
I. Lengan Kemeja
J. Lengan Bishop
K. Lengan Balon
L. Lengan Loceng
NO. KOD / CODE NO. C141-005- 2:2021-C06 /KP(1/1) Muka Surat : 26 Drp 61

iii) JENIS KOLAR DAN GARIS LEHER

 Kegunaan kolar adalah untuk mengemaskan garis leher pakaian, menunjukkan


rekabentuk pakaian dan juga dibuat untuk menutup kecelaan leher si pemakai.

 Kolar adalah bahagian yang dilekat atau dijahit sekali pada pakaian. Kolar
boleh didapati dalam berbagai jenis dan bentuk.

Bentuk V
Bentuk U Belah Slit

Bentuk Sampan Bentuk Persegi Bentuk Bulat

Bentuk Hati (manikam)


NO. KOD / CODE NO. C141-005- 2:2021-C06 /KP(1/1) Muka Surat : 27 Drp 61

Kolar Rata
Kolar yang dicantum pada garis leher dan terletak rata pada badan
pakaian.

Kolar Peter Pan Kolar Kelasi Kolar Eton

Kolar Tegak
Kolar yang dicantum pada garis leher dan berdiri tegak pada garis
leher pakaian.

Kolar Mandarin Kolar Kemeja Kolar Nehru

Kolar Gulung
Kolar yang mengunjur dari bahagian garis leher ke atas
dan bergulung serta boleh dilipat balik.

Kolar Simpul Hias Kolar Selendang Kolar Rever

Jenis Kolar
NO. KOD / CODE NO. C141-005- 2:2021-C06 /KP(1/1) Muka Surat : 28 Drp 61

3. JENIS BENTUK BADAN


NO. KOD / CODE NO. C141-005- 2:2021-C06 /KP(1/1) Muka Surat : 29 Drp 61

i) Urutan Kerja Penghasilan Pakaian Tradisional

Untuk menghasilkan sehelai pakaian tradisional, murid hendaklah mengikut urutan


kerja penghasilan pakaian tradisional seperti yang berikut:

1. Membuat lakaran

2. Mengambil ukuran badan

3. Mendraf pola

4. Menggunting fabrik

5. Menjahit pakaian tradisional

6. Membuat kemasan

7. Acu pakai
NO. KOD / CODE NO. C141-005- 2:2021-C06 /KP(1/1) Muka Surat : 30 Drp 61

4. JENIS FABRIK

Fabrik yang sesuai untuk menjahit pakaian tradisional boleh diklasifikasikan kepada
dua jenis gentian iaitu:

GENTIAN
FABRIK

Gentian Gentian
Asli Buatan

Kapas Linen Rayon Sutera Poliester Gorgette Brocade


(Cotton)

NAMA FABRIK CONTOH FABRIK CIRI-CIRI

Kapas (Cotton)  Teguh dalam keadaan basah


atau kering.
 Penyerap lembapan yang baik.
 Tahan tindakan asid lemah dan
alkali.
 Merupakan pengalir haba
yang baik.
GENTIAN ASLI

 Tahan cahaya matahari.


 Licin, sejuk dan selesa dipakai.
 Mudah renyuk.
 Tahan pada suhu yang tinggi.
 Mudah bertahi lalat jika tidak
dikeringkan dengan
sempurna.
 Mudah mengecut jika tidak diberi
kemasan yang sempurna.
NO. KOD / CODE NO. C141-005- 2:2021-C06 /KP(1/1) Muka Surat : 31 Drp 61

Linen  Tahan lasak dan lebih


teguh daripada kapas.
 Merupakan pengalir haba
yang baik.
 Tahan pada cahaya matahari.
 Tahan tindakan asid lemah dan
alkali.
 Penyerap lembapan yang baik.
 Tahan pada suhu tinggi.
 Mudah renyuk dan berbulu.
 Sejuk dan selesa apabila dipakai
dalam cuaca panas.
 Mudah bertahi lalat apabila tidak
dikeringkan dengan sempurna.
 Mempunyai permukaan yang
berkilat.
Rayon  Daya serapan yang tinggi
 Lembut dan selesa dipakia
 Mudah terbakar
 Tidak tahan pada cahaya matahari
 Digunakan secara komersial dalam
menghasilkan pakaian.
Sutera  Teguh ketika kering, kukuh
semasa basah.
 Penyerap lembapan yang baik.
 Amat sensitif dengan suhu tinggi.
 Merupakan pengalir haba
yang baik.
 Tidak tahan pada cahaya matahari.
 Mudah renyuk.
 Mudah rosak oleh alkali atau asid.
NO. KOD / CODE NO. C141-005- 2:2021-C06 /KP(1/1) Muka Surat : 32 Drp 61

Poliester  Gentian yang kukuh


walaupun basah.
 Gentian yang berat adalah kenyal
dan tidak mudah renyuk.
 Menyerap sedikit lembapan
 Mudah mengalami elektrostatik.
 penebat haba dan ini
menyebabkan gentian ini
panas apabila dipakai.
 Tahan dengan dedahan cahaya
matahari
Gorgette  Diperbuat daripada sutera atau
poliester
 Lebih murah berbanding chiffon
sutera
GENTIAN
BUATAN

 Penjagaan yang mudah


 Sesuai dijadikan selendang
 Sedikit berat berbanding chiffon
Brocade  Brocade bermaksud fabrik yang
disulam
 Fabrik yang penuh dengan
dekorasi dan menggunakan
bahan sutera yang berwarna-
warni seperti benang emas,
perak
 Jenis fabrik yang mempunyai
kelas dan haga yang variasi
mengikut kerumitan rekaan
brokat itu sendiri
 Sesuai dijadikan pakaian
Cheongsam dan juga pakaian
pengantin
NO. KOD / CODE NO. C141-005- 2:2021-C06 /KP(1/1) Muka Surat : 33 Drp 61

5. LANGKAH KESELAMATAN

i. Sebelum memulakan kerja, murid perlulah membersihkan tangan, tempat


kerja dan peralatan menjahit supaya dapat menghasilkan kerja yang
kemas dan teratur.

ii. Pastikan suis mesin jahit dan seterika ditutup selepas menggunakannya.

iii. Sentiasa mengutamakan keselamatan terutama semasa menggunakan


alatan menjahita yang tajam seperti gunting, jarum dan peretas.

iv. Laporkan pada guru dengan segera apabila berlaku kemalangan di


bengkel jahitan.

v. Mengambil ukuran badan merupakan langkah pertama yang perlu diambil


untuk menghasilkan sehelai pakaian. Setelah mengambil ukuran badan
pelanggan, pola didraf mengikut lakaran kehendak pelanggan seterusnya
menggunting fabrik mengikut pola yang telah didraf.
NO. KOD / CODE NO. C141-005- 2:2021-C06 /KP(1/1) Muka Surat : 34 Drp 61

6. ALATAN MENGUKUR

Pita Ukur

Buku
Catatan Pembaris
Lengkung

ALATAN
MENGUKUR

Pen/ Pensel
Pembaris
Sesiku

Pembaris
Lurus
NO. KOD / CODE NO. C141-005- 2:2021-C06 /KP(1/1) Muka Surat : 35 Drp 61

Keterangan dan fungsi alatan mengukur adalah seperti berikut:

BIL NAMA ALATAN FUNGSI


1. Pita Ukur  Panjang pita ukur 150cm
 Diperbuat daripada plastik lembut yang tidak
memeri atau mengecut
 Di hujung dan pangkalnya berlubang
dan mempunyai logam
 Mempunyai unit matrik sentimeter dan inci
 Digunakan untuk mengukur bahagian badan
2. Pembaris Sesiku L  Mempunyai sudut 90˚
 Diperbuat daripada kayu atau plastik
 Mempunyai unit matrik sentimeter dan inci
 Digunakan untuk mendapatkan sudut
yang tepat 90˚ pada pola
3. Pembaris Lengkung  Panjangnya 60cm
 Diperbuat daripada kayu atau plastik
 Membantu membentuk pola seperti pinggang,
rusuk dan kelim seluar semasa mendraf pola
4. Pembaris Lurus  Digunakan untuk membuat garisan
tegak yang panjang
 Mempunyai unit matrik sentimeter dan inci
 Diperbuat daripada kayu atau plastik
5. Pen atau pensel  Mencatat ukuran pelanggan yang telah diukur
6. Buku Catatan / Borang  Untuk merekod ukuran badan pelanggan
Ukuran Badan Pelanggan
NO. KOD / CODE NO. C141-005- 2:2021-C06 /KP(1/1) Muka Surat : 36 Drp 61

7. MENGAMBIL UKURAN BADAN

Memakai pakaian Ikatkan pita atau tali di


yang ringkas atau Tidak mengikat pita keliling pinggang
nipis untuk ukur terlalu ketat untuk menanda
mengelakkan ukuran garisan pinggang
tidak tepat

i. PERATURAN MENGAMBIL UKURAN BADAN

Ukuran badan perlu diambil oleh orang lain

Berdiri tegak semasa mengambil


ukuran badan

Ukuran jangan terlalu ketat atau


longgar Masukkan 2 jari ke dalam
setiap ukuran

Pakai kasut yang sesuai


NO. KOD / CODE NO. C141-005- 2:2021-C06 /KP(1/1) Muka Surat : 37 Drp 61

ii. PERKARA YANG SERING BERLAKU SEMASA PROSES MENGUKUR

MASALAH CARA MENGATASI


1. Pelanggan memakai pakaian Pastikan pelanggan memakai pakaian
yang tebal dan besar. yang nipis dan sesuai.
2. Ukuran pada pita ukur tidak Gunakan pita ukur yang baik dan tidak
jelas atau terang. rosak.
3. Pelanggan bergerak atau Pelanggan perlu berdiri tegak semasa
tunduk semasa ukuran labuh proses mengambil ukuran badan
baju atau labuh lengan dijalankan.
dilakukan.
4. Terlupa mencatat ukuran yang Pastikan ukuran badan dicatat dengan
telah diambil. betul.

iii. LANGKAH MENGAMBIL UKURAN BADAN

i. Bahu

 Ukur dari sendi bahu kanan ke sendi bahu


kiri melalui tengkuk

ii. Keliling leher

 Ukur kelilling pangkal leher


 Masukkan satu jari untuk kelonggaran
NO. KOD / CODE NO. C141-005- 2:2021-C06 /KP(1/1) Muka Surat : 38 Drp 61

iii. Keliling dada


 Ukur keliling dada dengan melalukan
pita ukur di bahagian mercu dada
 Masukkan dua jari untuk kelonggaran.
 Pastikan kedudukan pita ukur di
bahagian belakang selari dengan lantai.

iv. Keliling pinggang


 Ukur keliling pinggang dengan
melalukan pita ukur di bahagian paling
ramping.
 Tidak perlu masukkan jari / tiada
kelonggaran

v. Keliling pinggul

 Lilitkan pita ukur di pinggul pada


bahagian yang penuh
 Masukkan 2 jari untuk tujuan kelonggaran.

vi. Labuh tengah


belakang

 ukur dari pangkal tengkuk hingga ke paras


pinggang
NO. KOD / CODE NO. C141-005- 2:2021-C06 /KP(1/1) Muka Surat : 39 Drp 61

vii. Jarak pinggang ke pinggul

 Ukur dari paras pinggang ke paras punggung


 Biasanya antara 20 – 22 cm
viii. Labuh baju

 Ukur dari tengkuk melalui garis tengah


belakang hingga ke paras labuh yang
dikehendaki

ix. Mercu ke mercu

 Ukur dari bahagian dada yang paling


tinggi di sebelah kanan ke bahagian dada
yang paling tinggi di sebelah kiri
NO. KOD / CODE NO. C141-005- 2:2021-C06 /KP(1/1) Muka Surat : 40 Drp 61

x. Bahu ke mercu

 Ukur dari pangkal bahu ke bahagian dada


yang paling tinggi

xi. Labuh lengan

 Ukur dari sendi lengan dengan bahu ke


pergelangan tangan dan ukur mengikut
labuh / panjang yang dikehendaki

xii. Keliling
hujung lengan

 Ukur keliling pergelangan tangan

xiii. Labuh skirt / slek

 Ukur dari pinggang hingga ke paras


labuh yang dikehendaki
NO. KOD / CODE NO. C141-005- 2:2021-C06 /KP(1/1) Muka Surat : 41 Drp 61

iv. BORANG UKURAN BADAN PELANGGAN

BORANG TEMPAHAN PELANGGAN

Nama Pelanggan: No. Resit: _


No. Tel.: Tarikh:

UKURAN LAKARAN PAKAIAN

UKURAN
BIL BAHAGIAN
(cm)
1 Leher
2 Bahu
3 Labuh Lengan
Keliling Hujung
4
Lengan
Keliling Pangkal
5
Lengan
6 Bahu ke mercu
7 Mercu ke mercu
8 Keliling dada
Keliling
9 pinggang
10 Keliling pinggul
Labuh tengah
11
belakang
12 Labuh baju
Labuh
13
sarong/skirt/slek
Bidang
14 hadapan
Bidang
15
belakang
Jarak pinggang
16 ke pinggul
Keliling
17
hujung kaki
18 Keliling lutut
19 Keliling peha
20 Kelengkang
21 Labuh duduk
NO. KOD / CODE NO. C141-005- 2:2021-C06 /KP(1/1) Muka Surat : 42 Drp 61

8. ALATAN MENDRAF

Kertas Perang

Notcher Pita Ukur

ALATAN
MENDRAF
Pembaris Pembaris
Sesiku Lurus
Sesiku L

French Curves Pembaris


Permbaris
Lengkung
melengkung
NO. KOD / CODE NO. C141-005- 2:2021-C06 /KP(1/1) Muka Surat : 43 Drp 61

Keterangan dan fungsi alatan mendraf adalah seperti berikut:

BIL NAMA ALATAN FUNGSI


1. Kertas perang  Digunakan untuk mendraf pola pakaian
Pita Ukur  Panjang pita ukur 150cm

 Diperbuat daripada plastik lembut yang tidak


memeri atau mengecut
 Di hujung dan pangkalnya berlubang dan
mempunyai logam
 Mempunyai unit matrik sentimeter dan inci

 Digunakan untuk mengukur ukuran badan

2. Pembaris Sesiku L  Mempunyai sudut 90˚


 Diperbuat daripada kayu atau plastik
 Mempunyai unit matrik sentimeter dan inci
 Digunakan untuk mendapatkan sudut yang tepat 90˚
pada pola
3. Pembaris Lengkung  Panjangnya 60cm

 Diperbuat daripada kayu atau plastik


 Membantu membentuk pola seperti pinggang,
rusuk dan kelim seluar semasa mendraf pola
4. Pembaris Lurus  Digunakan untuk membuat garisan tegak yang
panjang
 Mempunyai unit matrik sentimeter dan inci
 Diperbuat daripada kayu atau plastik
5. Notcher  Digunakan untuk memotong noch berbentuk ‘U’
untuk tanda imbangan di pola.
6. French Curves  Digunakan untuk melukis garisan berbentuk yang
pendek seperti leher dan lubang lengan.
NO. KOD / CODE NO. C141-005- 2:2021-C06 /KP(1/1) Muka Surat : 44 Drp 61

MENDRAF POLA PAKAIAN TRADISIONAL

i) Peraturan mendraf pola

 Gunakan meja mendraf yang rata dan bersih.

 Peralatan mendraf berada dalam keadaan baik dan bersih.

 Tanda keterangan yang terdapat pada alat adalah jelas.

 Gunakan ukuran yang telah dicatat.

 Kertas mendraf bersih dan rata.

 Pensel mendraf tajam dan mencukupi.

 Draf pola dengan tenang.


 Gunakan peralatan dengan teknik yang betul.
NO. KOD / CODE NO. C141-005- 2:2021-C06 /KP(1/1) Muka Surat : 45 Drp 61

ii) Tanda-tanda pola

Nama Simbol Keterangan


Ira lurus Tanda ini di letak mengikut ira lurus
selari dengan tepi fabrik.

Tanda lipatan Tanda ini hendaklah diletak pada


lipatan fabrik.

Tanda imbang Tanda ini memberi panduan


apabila mencantum kepingan fabrik
sebelum kepingan tersebut dijahit.

Garis pemadan Kepingan fabrik hendaklah dijahit pada


garis ini apabila kerja mencantum
dilakukan.

Garis Gunting Fabrik hendaklah digunting pada garisan ini.

Basi kelim Ruang di antara garis menggunting dan


basi kelim garis pemadan yang berjarak 15mm
hingga 20mm.

Lisu pemadan Kedudukan lisu pemadan

GTH G Garis Tengah


T Hadapan
H

GTB Garis Tengah


G
T Belakang
B
NO. KOD / CODE NO. C141-005- 2:2021-C06 /KP(1/1) Muka Surat : 46 Drp 61

9. ALATAN MENANDA

Kertas
Karbon
Tukang Jahit

Pensel Roda Surih


tukang jahit

ALATAN
MENANDA

Jarum Peniti Kapur


Tukang Jahit
NO. KOD / CODE NO. C141-005- 2:2021-C06 /KP(1/1) Muka Surat : 47 Drp 61

11. MENGGUNTING FABRIK

Sebelum menggunting fabrik, kerja menyusun atur pola haruslah dirancang dengan
baik untuk menjimatkan fabrik dan masa.

i) Peraturan menyusun atur pola :


a) Ratakan pola yang berkedut.
b) Kenal pasti dan patuh pada arahan, maklumat dan label pola.
c) Bentangkan fabrik di atas permukaan meja yang rata.
d) Pola yang mempunyai tanda lipatan perlu diletak pada lipatan fabrik.
e) Pastikan tanda ira lurus pola tepat pada ira lurus fabrik.
f) Susun atur kepingan pola besar dahulu, diikuti dengan kepingan pola
kecil.
g) Pastikan permukaan pola yang berlabel berada di sebelah atas.
h) Susun pola sehala pada fabrik corak sehala
i) Padankan fabrik corak genggang atau fabrik jalur pada kelim

ii) Peralatan Menggunting

Gunting Fabrik Jarum Peniti Pemberat


NO. KOD / CODE NO. C141-005- 2:2021-C06 /KP(1/1) Muka Surat : 48 Drp 61

iii) Teknik Menggunting Fabrik

Semasa menggunting fabrik,

a) Pastikan fabrik berada di atas permukaan yang rata


b) Gunakan gunting fabrik yang tajam
c) Apabila menggunting fabrik, letakkan satu tangan di atas pola

d) Gunakan mata gunting sepenuhnya semasa menggunting bahagian lurus


e) Gunakan bahagian hujung mata gunting sahaja untuk menggunting
bahagian kecil dan melengkung.
f) Pastikan mata gunting yang runcing berada di atas meja
semasa menggunting fabrik.
g) Jangan angkat fabrik semasa menggunting fabrik.
h) Gunakan bahagian mata gunting yang runcing untuk menggunting
tanda imbang.
i) Pastikan jumlah kepingan fabrik yang digunting mencukupi.
j) Selepas menggunting, jangan tanggalkan pola untuk mengelakkan
kesilapan mencantum kepingan bahagian pakaian.
NO. KOD / CODE NO. C141-005- 2:2021-C06 /KP(1/1) Muka Surat : 49 Drp 61

iv) Teknik Menanda Fabrik

Sebelum menanggalkan pola, tanda pola perlu dipindahkan ke sebelah


dalam (SD) fabrik dengan tepat dan jelas untuk memudahkan kerja semasa
menjahit pakaian.

Ada tiga cara memindahkan tanda pola ke SD fabrik


a) Roda surih dan kertas karbon tukang jahit

 Tidak sesuai untuk fabrik halus dan jarang.


 Pilih warna kertas karbon yang sepadan dengan warna fabrik.
 Letakkan sekeping kadbod di bawah fabrik semasa menanda
untuk mengelakkan kerosakan pada permukaan meja.
 Letakkan permukaan berkarbon pada sebelah dalam fabrik.
 Gunakan pembaris sebagai panduan apabila memindahkan
tanda garis lurus.
NO. KOD / CODE NO. C141-005- 2:2021-C06 /KP(1/1) Muka Surat : 50 Drp 61

b) Kapur Tukang Jahit

 teknik menanda yang cepat


 Pilih warna kapur tukang jahit yang sesuai dengan warna fabrik.
 Pastikan bahagian tepi kapur tajam supaya tanda pola
dipindahkan dengan tepat dan jelas.

c) Jelujur tanda dan jelujur

Jahit jelujur Jelujur tanda Contoh

 sesuai untuk fabrik jarang, halus, lembut dan gebu.


 menggunakan dua lembar benang.
 mengambil masa yang lama.
NO. KOD / CODE NO. C141-005- 2:2021-C06 /KP(1/1) Muka Surat : 51 Drp 61

12. MENJAHIT PAKAIAN

Setelah tanda-tanda pola dipindahkan ke SD fabrik, langkah seterusnya ialah


menjahit pakaian.

a. Proses menjahit pakaian boleh dikategorikan kepada:


1. Penghilangan gelembung

Contoh
Penghilangan
Gelembung

Lisu Pemadan Kedut Lisu Smoking

2. Kelim

Contoh
Kelim

Kelim Belah Kelim Betawi Kelim Lipat Tindih Kelim Papan


Kangkung Mesin

3. Belah

Contoh
Belah

Belah Kelepet Belah Berzip Belah Lapik Belah Slit Belah Berkun
Sama Lebar Kain Selari Berlapik
NO. KOD / CODE NO. C141-005- 2:2021-C06 /KP(1/1) Muka Surat : 52 Drp 61

4. Kocek

Contoh
Kocek

Kocek
Kocek Tampal Tersembunyi Kocek Berkun Kocek Sisi

5. Penyudah tepi

Contoh
Penyudah

Penyudah
Kelepet Kun Lapik Kesing Penjuru Renda

Kelepet Kelepet
Lurus Melengkung

6. Kancing

Contoh
Kancing

Butang & Butang Katup Cangkuk & Mata Cangkuk & Palang
Lubang
NO. KOD / CODE NO. C141-005- 2:2021-C06 /KP(1/1) Muka Surat : 53 Drp 61

b. Proses menjahit pakaian tradisional

Proses menjahit kurung tradisional


i. Mengumpul bahagian fabrik yang telah digunting
 Pastikan kepingan fabrik bagi membuat sepasang kurung
tradisional mencukupi. Lihat tanda yang telah dilakukan supaya
terang dan jelas kerana ia adalah panduan bagi menjahit
sepasang kurung tradisional.

ii. Proses menyiapkan pakaian kurung tradisional


a. Kemaskan tepi kepingan fabrik yang telah dipotong.
b. Gunakan kelim papan tangan untuk menjahit kelim pada baju.

Gambarajah 6: Kelim Papan Tangan

c. Bahagian baju
 Jahit bahagian leher.
 Cantum bahagian pesak dengan kekek.
 Jahit kocek.
 Cantumkan pesak dengan lengan.
 Jahit lengan.
 Sambungkan pesak dan lengan ke bahagian badan.
 Jahit sembat halus.
 Kemaskan bahagian leher dengan tulang belut.
 Menekan dengan sempurna.

d. Bahagian sarung
 Cantumkan bahagian sisi kain sarung.
NO. KOD / CODE NO. C141-005- 2:2021-C06 /KP(1/1) Muka Surat : 54 Drp 61

 Menyediakan lisu bersusun.


 Jahit ikatan pinggang.
 Kemaskan kelepet bahagian bawah kain.
 Jahit kancing.
 Menekan pakaian dengan sempurna.

Proses menjahit cheongsam

a. Kumpul bahagian-bahagian fabrik yang telah digunting


 Pastikan kepingan fabrik yang dipotong mencukupi.
 Pastikan tanda basi jahitan jelas supaya memudahkan
kerja menjahit cheongsam.

b. Jahit kemas tepi


 Kepingan fabrik yang telah dipotong perlu dijahit kemas tepi
supaya mengelakkan bahagian tepi fabrik daripada
berjerumbai.
c. Kelim
 Proses untuk menyambung dua atau lebih kepingan fabrik
 Pemilihan kelim yang sesuai untuk menjahit pakaian
bergantung kepada jenis fabrik tujuan kelim digunakan.
 Kelim belah kangkung
a. Merupakan kelim yang mudah dan boleh digunakan
pada berbagai jenis pakaian.
b. Kelim rata dan mata jahitannya tidak kelihatan disebelah luar.
c. Sesuai untuk fabrik sederhana tebal dan tebal.
d. Dikemaskan dengan jahitan kemas tepi, insang pari atau
jahit mesin.
e. Kualiti kelim belah kangkung yang elok mempunyai ciri seperti
 Jahitannya kukuh dan kemas
 Lebar kelim sama rata dan sama lebar.
 Ditekan rata dari SL dan SD
NO. KOD / CODE NO. C141-005- 2:2021-C06 /KP(1/1) Muka Surat : 55 Drp 61

d. Kancing
 Kancing yang sesuai dipasang pada kebaya ialah butang
katup, cangkuk dan mata (hook and eye) serta cangkuk dan
lubang cangkuk (hook and loop).
 Kancing yang sesuai untuk sarong ialah zip , cangkuk dan palang.
 Perkara-perkara berikut penting diberi perhatian dalam proses
menjahit butang dan lubang butang.
a. Butang dijahit pada dua lapisan fabrik - mengelakkan fabrik daripada
mudah terkoyak.
b. Bilangan butang mencukupi – supaya belah boleh ditutup
dengan sempurna dan tidak ternganga.
c. Kedudukan butang dijahit betul-betul bertentangan diantara
satu sama lain – supaya tidak berkedut.
d. Dijahit kukuh supaya tidak mudah tercabut.
e. Butang dijahit tepat pada kedudukan.
f. Kedudukan lubang butang ditentukan dahulu dan dijahit sebelum
butang dijahit kerana kedudukan butang boleh diubahsuai
mengikut kedudukan lubang butang.
g. Lubang butang boleh dijahit menegak atau melintang
mengikut kesesuaian fesyen dan fabrik yang digunakan.

Proses menjahit baju tradisional India Choli Sari

i. Mengumpul bahagian fabrik yang telah digunting,

 Pastikan kepingan fabrik bagi membuat sehelai coli mencukupi. Lihat


tanda yang telah dilakukan supaya terang dan jelas kerana ia adalah
panduan bagi menjahit sehelai coli

ii. Proses menyiapkan coli

a. Kemaskan tepi kepingan fabrik yang telah dipotong kecuali basi


tepi garis leher dan tepi cantuman bahu mendatang.
b. Jahit lisu pemadan di garis pinggang badan hadapan dan
badan belakang.
c. Sediakan kedut lepas di garis tengah badan hadapan.
d. Sediakan lisu hias pada bahu mendatang, pola bib pinggang dan
NO. KOD / CODE NO. C141-005- 2:2021-C06 /KP(1/1) Muka Surat : 56 Drp 61

pola lengan tengah.


e. Semat dan cantum bahu mendatang pada badan hadapan
dan badan belakang dengan menggunakan lapik yang
disediakan.
f. Cantumkan garis tengah hadapan

g. Jahit bib pinggang pada badan hadapan


h. Jahit kelim rusuk coli
i. Sediakan alas belahan
j. Semat dan jahit alas belah di garis tengah belakang bahagian kiri
coli
k. Sediakan lengan dengan mencantumkan kepingan lisu
hias dibahagian tengah lengan. Jahit kelim lengan.
l. Cantum dan jahit lengan di garis keruk lengan.
m. Kemaskan kelepet coli badan belakang dengan lapik
yang disediakan.
n. Jahit kancing dibelahan badan belakang.
o. Kemaskan hujung lengan dengan jahit tangan.
p. Jahit butang hiasan digaris tengah hadapan.
q. Tekan dengan seterika seluruh bahagian coli supaya rata dn
kemas.
Proses menjahit baju tradisional Etnik Kadazan
a. Kemaskan tepi kepingan fabrik yang telah dipotong kecuali basi tepi
garis leher.
b. Menjahit lisu pemadan dan garis puteri pada bahagian hadapan dan
belakang.
c. Menjahit lapik di garis leher
d. Mencantum kepingan fabrik hadapan dan belakang
e. Menjahit zip pada bahagian belakang baju
f. Mencantum bahagian bahu baju kiri dan kanan
g. Mencantum bahagian sisi baju kiri dan kanan
h. Mencantum lengan kepada bahagian keruk lengan.
i. Menjahit ikatan pinggang ke garis pinggang skirt.
j. Menjahit pengancingan pada bahagian hujung ikatan pinggang.
k. Menekan untuk meratakan fabrik yang renyuk dan untuk kemasan
terakhir.
NO. KOD / CODE NO. C141-005- 2:2021-C06 /KP(1/1) Muka Surat : 57 Drp 61

iv) Peralatan Menjahit

Mesin jahit industri (kiri) Mesin jahit tepi (kanan)

Mesin jahit lubang butang Sekoci dan gelendung

Jarum jahit mesin Jarum jahit tangan


NO. KOD / CODE NO. C141-005- 2:2021-C06 /KP(1/1) Muka Surat : 58 Drp 61

Penetas jahitan Kapur tukang jahit

Snipper Tweezer

Jarum peniti Pita ukur

Benang Gunting fabrik


NO. KOD / CODE NO. C141-005- 2:2021-C06 /KP(1/1) Muka Surat : 59 Drp 61

v) Persediaan menjahit
a) Mesin jahit berada dalam keadaan baik
b) Pelarasan mata jahitan yang bersesuaian dengan jenis fabrik
c) Pemilihan warna benang yang sesuai dengan fabrik

vi) Kemasan tepi


Sebelum menjahit, semua kepingan fabrik yang telah di gunting
hendaklah dikemaskan dengan jahitan kemasan tepi supaya
tidak berjerumbai.

vii) Teknik Menekan


Proses menekan adalah satu langkah kerja yang penting apabila
menjahit pakaian supaya dapat hasil kerja yang elok, kemas dan
profesional. Menekan sambil menjahit akan memudahkan kerja menjahit
dan memberi bentuk yang elok pada pakaian.

a) Peralatan Menekan

Seterika wap Seterika Elektrik

Bod Menekan Bod Lengan


NO. KOD / CODE NO. C141-005- 2:2021-C06 /KP(1/1) Muka Surat : 60 Drp 61

b) Perkara yang perlu dipertimbangkan semasa menekan:


 Periksa bahawa seterika dan bod menekan bersih
 Tanggalkan semua jarum peniti dan benang jelujur
 Uji kepanasan seterika sebelum menekan
 Seberapa yang boleh, tekan dari SD fabrik supaya kesan seterika tidak
kelihatan dari SL
 Tekan fabrik dengan teknik yang betul, iaitu tekan seterika di atas fabrik
beberapa saat, kemudian angkat semula seterika itu dan tekan
bahagian yang lain.

13. ACU PAKAIAN TRADISIONAL

13.1 Mengacu pakaian pada badan adalah untuk mendapatkan padanan yang tepat:
a) Memakai pakaian dasar yang mengikut bentuk tubuh (untuk kepatan)
b) Menjalankan proses mengaku pakaian ibu mengandung pada badan dengan
teliti
c) Semasa proses mengacu, pastikan:
 Benang pakan berada pada sudut tepat GTH dan GTB
 Kedudukan terletak dengan elok pada badan
SOALAN / QUESTIONS:

1. Nyatakan tiga (2) jenis pakaian tradisional.


a.
b.

2. Berikan dua (2) ciri pakaian baju kurung.


a.
b.

3. Apakah fabrik yang sesuai untuk menjahit pakaian cheongsam?

4. Nyatakan satu (1) langkah keselamatan yang perlu diamalkan semasa berada di
bengkel jahitan.
Muka Surat / Page 61
NO. KOD / CODE NO. C141-005- 2:2021-C06 /KP() Drpd / of : 61

RUJUKAN / REFERENCES:

1. Zaitun Zakiah binti Mohd Noor, Norzaini binti Abdul Ghani & Nawawi bin Mohd Jan.
(2012). Membuat Pakaian Tingkatan 4 & 5. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan
Pustaka
2. Mariam Abu Bakar. (2008). Panduan Membuat Pakaian. Selangor : Karya Bestari
Sdn. Bhd.
3. Helen Joseph-Armstrong. (2000).Third Edition: Patternmaking for Fashion Design.
Prentice Hall.
4. Lamah binti Abdul Ghani & Azmawati binti Abdul Aziz. (2009). Pola Pakaian
Tingkatan 4 & 5. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
5. Wong Siew Fong, Fatimah Jailani & Vickneswary S. (2002). Ekonomi Rumah
Tangga Tingkatan 4. Zeti Enterprise.
6. Wong Siew Fong, Fatimah Jailani & Vickneswary S. (2002). Ekonomi Rumah

You might also like