You are on page 1of 51

PD6052 EA BRIDGE TRAINING SKILL (SABAH)

LOK KAWI POINT JLN BARU PAPAR LOK KAWI 89600


PAPAR SABAH.

KERTAS PENERANGAN
(INFORMATION SHEET)

KOD DAN NAMA


PROGRAM / C141-005-2:2021 PEMBUATAN PAKAIAN WANITA
PROGRAM’S CODE & NAME

TAHAP / LEVEL 2 (DUA)

NO. DAN TAJUK UNIT


C141-005- 2:2021-C07 LADIES GARMENT CONTEMPORARY WEAR
KOMPETENSI /
MAKING
COMPETENCY UNIT NO.
AND TITLE

NO. DAN PENYATAAN 1. PRODUCE MODERN KEBAYA OUTFIT.

AKTIVITI KERJA / WORK 2. PRODUCE MODERN KURUNG OUTFIT.

ACTIVITIES NO. AND 3. PRODUCE MODERN JUBAH OUTFIT.

STATEMENT

NO. KOD / CODE NO. C141-005- 2:2021-C07 /KP(1/1) Muka : 01 Drp : 50

TAJUK / TITLE : PENGHASILAN PAKAIAN KONTEMPORARI

TUJUAN / PURPOSE:
Kertas Penerangan ini bertujuan untuk memberi pengetahuan kepada pelatih tentang
pengenalan, jenis dan rekaan pakaian kontemporari. pelatih juga akan mengetahui
tentang jenis bentuk badan, prosedur untuk menghasilkan pakaian kontemporari dan
fabrik yang sesuai digunakan untuk menghasilkan pakaian kontemporari.
NO. KOD / CODE NO. C141-005- 2:2021-C06 /KP(1/1) Muka Surat 2 Drpd 51

PENERANGAN / INFORMATION :

Pakaian kontemporari merupakan pakaian tradisional yang telah dikombinasi dengan


konsep moden termasuk corak yang unik dan menarik. Pelbagai jenis pakaian
kontemporari yang direka dengan pelbagai fabrik, corak dan warna yang menarik yang
menjadi pilihan ramai pada masa kini. Perincian yang indah dengan rekaan yang unggul
menampilkan gaya kontemporari dan eksklusif. Keindahan rekaan ini membuatkan ramai
penggemar fesyen tertarik dengan konsep kontemporari ini dan menyaksikan perubahan
citarasa kaum wanita dalam dunia fesyen semakin berkembang. Pakaian kontemporari ini
biasanya dipakai untuk menghadiri majlis formal atau menjadi pakaian harian ke tempat
kerja. Antara pakaian kontemporari yang terdapat di Malaysia adalah seperti berikut:

Kebaya JENIS PAKAIAN


Melanau
Moden KONTEMPORARI
Moden

Choli
Jubah Sari
Moden

Cheongsam
Moden
NO. KOD / CODE NO. C141-005- 2:2021-C06 /KP(1/1) Muka Surat 3 Drpd 51

1.JENIS PAKAIAN KONTEMPORARI

Antara empat jenis pakaian kontemporari yang terdapat di Malaysia ialah:

i. PAKAIAN KONTEMPORARI MELAYU

a) Kurung Moden
Baju kurung moden telah mengalami perubahan kerana mengikut trend fesyen
semasa. Potongan badannya mengikut keselesaan si pemakai dan tidak selonggar
baju kurung tradisional. Manakala labuhnya pula adalah mengikut kesesuaian
pemakainya. Leher dan lengan baju telah dipelbagaikan rekaannya. Perubahan
yang ketara sekali ialah cara pemakaian kain sarungnya. Bagi memudahkan
pergerakan si pemakai, kain sarung telah dipelbagaikan potongan seperti sarung
berbelah di tepi, hadapan, belakang serta mempunyai penghilangan gelembung
yang lain seperti lisu terbalik atau lisu beriring di bahagian hadapan.

Rajah 1: Variasi Kurung Moden


NO. KOD / CODE NO. C141-005- 2:2021-C06 /KP(1/1) Muka Surat 4 Drpd 51

Antara ciri-ciri Kurung Moden adalah seperti berikut:

Dipadankan
dengan kain
sarung
pelbagai
potongan

Labuh baju
mengikut Lisu
keselesaan si pemadan
pemakai cekung

CIRI-CIRI
KURUNG
MODEN

Lengan dan Belah


leher berlapik
pelbagai
rekaan

Zip di
bahagian
belakang
atau di rusuk
NO. KOD / CODE NO. C141-005- 2:2021-C06 /KP(1/1) Muka Surat 5 Drpd 51

b) Kebaya Moden

Pada tahun 1950an, Baju Kebaya Moden telah diubahsuai tanpa kekek dan
mengikut bentuk badan pemakai. Labuh baju dipendekkan samada di atas atau di
bawah paras lutut. Bagi menghadiri acara rasmi, kebiasaannya Baju Kebaya
Moden dipadankan dengan batik sarung atau songket dan dipakaikan dengan
selendang dibahu. Oleh kerana rekaannya yang menarik dan kreatif, baju ini
menjadi pilihan wanita berkerjaya sebagai pakaian di tempat kerja.
Antara ciri-ciri Kebaya Moden adalah seperti berikut:

Belah di
bahagian
hadapan baju

Kancing yang
Dipadankan
pelbagai dan
bersama batik
berfungsi
sarung atau
juga sebagai
songket
hiasan

CIRI-CIRI
KEBAYA
MODEN

Lengan dan
Mengikut leher yang
bentuk badan pelbagai
si pemakai rekaan

Labuh baju
mengikut
kesesuaian
NO. KOD / CODE NO. C141-005- 2:2021-C06 /KP(1/1) Muka Surat 6 Drpd 51

Rajah 2: Variasi Kebaya Moden

c) Jubah

Jubah merupakan baju panjang yang labuhnya sehingga paras buku lali. Ia
merupakan pakaian wanita di negara Timur Tengah yang menjadi pilihan wanita di
Malaysia pada masa kini. Rekaan jubah adalah longgar, warna yang pelbagai dan
sesuai untuk pelbagai majlis dan tidak terhad kepada majlis keagamaan sahaja.
Rekaan jubah yang kontemporari dan ekskusif dengan ketelitian hiasan seperti
tenunan dan sulaman corak yang dicipta menjadikan rekaan jubah menjadi pilihan
kaum wnaita untuk menghadiri majlis seperti majlis perkahwinan mahupun majlis
makan malam.
NO. KOD / CODE NO. C141-005- 2:2021-C06 /KP(1/1) Muka Surat 7 Drpd 51

Antara ciri-ciri Jubah adalah seperti berikut:

Labuh baju
sehingga ke
buku lali

Kocek
tampal
sebagai Longgar
hiasan atau
kocek sisi

CIRI-CIRI
JUBAH

Belah di
Lengan yang bahagian
pelbagai hadapan
rekaan atau
belakang

Mempunyai
lisu/ garisan
puteri
NO. KOD / CODE NO. C141-005- 2:2021-C06 /KP(1/1) Muka Surat 8 Drpd 51

Rajah 3: Variasi Jubah

ii. PAKAIAN KONTEMPORARI CINA

a) Cheongsam Moden

Cheongsam merupakan pakaian yang mula dipakai oleh wanita cina pada
zaman Dinasti Qing (1644-1012) Cheongsam juga dikenali sebagai gipao`. Ia
dipakai pada upacara tertentu seperti majlis perkahwinan dan Tahun Baru Cina.
Pakaian ini adalah pakaian sendat yang mempunyai kolar Mandarin berlengan cap
atau panjang berbelah pada kelim (slit) berkancing di bahagian badan kanan.
Labuh Cheongsam juga boleh dibuat pada pelbagai paras. Cheongsam boleh
dipakai sebagai pakaian kasual atau formal. Namun pada masa kini ciri-ciri
cheongsam tradisional telah diubahsuai menjadi lebih moden dengan mengekalkan
perincian asal Cheongsam.
NO. KOD / CODE NO. C141-005- 2:2021-C06 /KP(1/1) Muka Surat 9 Drpd 51

Antara ciri-ciri Cheongsam Moden adalah seperti berikut:

Kolar
Mandarin

Lengan
selarai Lisu pemadan
pendek cekung

CIRI-CIRI
CHEONGSAM
MODEN

Labuh baju
mengikut Mengikut
kesesuaian si bentuk badan
pemakai

Belah berzip
di sisi rusuk
atau di
bahagian
belakang
NO. KOD / CODE NO. C141-005- 2:2021-C06 /KP(1/1) Muka Surat 10 Drpd 51

Rajah 4: Variasi Cheongsam Moden

iii. PAKAIAN KONTEMPORARI INDIA

a) Choli Sari Moden

Sari merupakan pakaian untuk kaum perempuan India dan ia adalah


pakaian seharian dan turut dipakai pada musim perayaan. Kain sari ini dililit pada
badan dengan bahagian hujungnya yang bersulam diletak di atas bahu kiri. Sehelai
kain biasanya 5-6 ela lebarnya, sari ini dipakai dengan anak baju dengan warna
serupa atau blaus yang bertentangan warnanya. Biasanya, ia dibalut pada badan
dengan pallau - bahagian yang paling banyak bercorak - diletakkan pada bahu kiri.
Choli dipakai hanya di atas atau bawah perut dan berfungsi sebagai pakaian
sokongan untuk memegang sari. Dibuat daripada pelbagai bahan, tekstur dan
rekaan, sari adalah sangat istimewa. Rekaan Blaus Choli pada masa kini telah
digabungkan dengan konsep moden dan terdapat pelbagai rekaan mengikut
citarasa si pemakai dan juga masih mengekalkan ciri asal Choli Sari Tradisional.
NO. KOD / CODE NO. C141-005- 2:2021-C06 /KP(1/1) Muka Surat 11 Drpd 51

Antara ciri-ciri Chori Sari Moden adalah seperti berikut:

Garis leher
yang pelbagai

Mempunyai
lengan atau
Kelepet di tidak
bahagian berlengan
bawah baju
CIRI-CIRI
CHOLI SARI
MODEN

Mempunyai Mempunyai
garis puteri tali rulo
NO. KOD / CODE NO. C141-005- 2:2021-C06 /KP(1/1) Muka Surat 12 Drpd 51

Rajah 5: Variasi Chori Sari Moden

iv. PAKAIAN KONTEMPORARI ETNIK LAIN

a) Melanau Moden

Keindahan pakaian kaum etnik dari Sarawak terserlah dengan ragam hias yang
mempamerkan kemahiran tangan yang menghasilkannya. Ragam hias pada
pakaian membentuk motif-motif etnik sama ada dari tenunan, jalinan manik dan
labuci. Perhiasan diri dari perak dan manik yang sarat melambangkan status dan
kekayaan bagi pemakainya. Wanita Melanau menggayakan baju baldu hitam
dengan sarung songket Brunei tenunan Sarawak, bertali pinggang besar, diserikan
dokoh dan perhiasan kepala kepih sanggul. Selain itu, wanita Malanau juga
menggayakan baju Baban asal pakaian pengantin Melanau. Baju Baban ini
merupakan baju kurung pendek berwarna hitam dipadankan dengan kain songket
dengan potongan lengan yang mempunyai belah dari paras siku sehingga ke
hujung lengan. Ia dipadankan bersama kain songket. Di bahagian dada terdapat
dua helai selendang merah dan perhiasan diri kepih dada dan kepih sanggul.
NO. KOD / CODE NO. C141-005- 2:2021-C06 /KP(1/1) Muka Surat 13 Drpd 51

Antara ciri-ciri baju Melanau Moden adalah seperti berikut:

Garis leher
yang
pelbagai
bentuk

Belah berzip Belah pada


di skirt lengan

CIRI-CIRI
MELANAU
MODEN

Mempunyai
Belah Slit tali pinggang
berlapik (bengkung)

Dipadankan
dengan skirt
potongan A

Rajah 5: Variasi Melanau Moden


NO. KOD / CODE NO. C141-005- 2:2021-C06 /KP(1/1) Muka Surat 14 Drpd 51

2. REKAAN PAKAIAN KONTEMPORARI

i) JENIS KOCEK

 Kocek mestilah dilekatkan di tempat yang sesuai dan selesa kepada si pemakai.
 Ia mesti dijahit dengan cermat, rata dan dikukuhkan di atas dengan jahitan mesin
dua kali.
 Kocek yang hendak digunakan mestilah cukup dalam untuk mengelakkan benda di
dalamnya daripada terjatuh.

Kocek Tampal Kocek Sisi Tersembunyi Kocek Tebuk Satu


Bibir

ii) JENIS LENGAN

 Lengan ialah satu kaedah menyudahkan keruk lengan.


 Lengan didraf dengan pelbagai stail yang bersesuaian dengan bentuk badan dan
jenis pakaian.
 Lengan juga berfungsi sebagai melindungi kecacatan pada tangan dan
mengekalkan ciri tradisi sesuatu pakaian.
 Jenis-jenis lengan adalah seperti berikut:
NO. KOD / CODE NO. C141-005- 2:2021-C06 /KP(1/1) Muka Surat 15 Drpd 51

JENIS-JENIS LENGAN:

A. Lengan kimono asas


B. Lengan Padanan
Rata
C. Lengan gelembung
D. Lengan kembang
payung
E. Lengan Slit
F. Lengan Peasant
G. Lengan Raglan
H. Lengan Dolman
I. Lengan Kemeja
J. Lengan Bishop
K. Lengan Balon
L. Lengan Loceng
NO. KOD / CODE NO. C141-005- 2:2021-C06 /KP(1/1) Muka Surat 16 Drpd 51

iii) JENIS GARIS LEHER DAN KOLAR

 Kegunaan kolar adalah untuk mengemaskan garis leher pakaian, menunjukkan


rekabentuk pakaian dan juga dibuat untuk menutup kecelaan leher si pemakai.

 Kolar adalah bahagian yang dilekat atau dijahit sekali pada pakaian. Kolar
boleh didapati dalam berbagai jenis dan bentuk.

 boleh didapati dalam berbagai jenis dan bentuk.

Bentuk V
Bentuk U Belah Slit

Bentuk Sampan Bentuk Persegi Bentuk Bulat

Bentuk Hati (manikam)

Jenis Garis Leher


NO. KOD / CODE NO. C141-005- 2:2021-C06 /KP(1/1) Muka Surat 17 Drpd 51

Kolar Rata
Kolar yang dicantum pada garis leher dan terletak rata pada badan
pakaian.

Kolar Peter Pan Kolar Kelasi Kolar Eton

Kolar Tegak
Kolar yang dicantum pada garis leher dan berdiri tegak pada garis
leher pakaian.

Kolar Mandarin Kolar Kemeja Kolar Nehru

Kolar Gulung
Kolar yang mengunjur dari bahagian garis leher ke atas
dan bergulung serta boleh dilipat balik.

Kolar Simpul Hias Kolar Selendang Kolar Rever

Jenis Kolar
NO. KOD / CODE NO. C141-005- 2:2021-C06 /KP(1/1) Muka Surat 18 Drpd 51

3. JENIS BENTUK BADAN

Bil. Bentuk Badan Keterangan

1. Berlian (diamond)  Mempunyai bidang bahu kecil

 Dada yang kecil

 Bahagian tengah badan berbentuk oval

 Pinggang tidak kelihatan berlekuk

 Lengan dan kaki kelihatan kurus


2. Jam pasir (hourglass)  Bukaan bidang bahu sama dengan peha

 Dada yang sederhana

 Pinggang yang ramping

 Punggung yang besar

3. Epal  Bahu yang besar

 Saiz dada yang besar

 Bentuk badan memenuhi di bahagian tengah tubuh

badan

 Punggung yang kelihatan leper dari sisi tetapi

mempunyai bentuk dari belakang (flattish)


NO. KOD / CODE NO. C141-005- 2:2021-C06 /KP(1/1) Muka Surat 19 Drpd 51

4. Segi empat tepat  Saiz bahu dan pinggul yang sama

 Dada yang kecil atau leper

 Pinggang yang tidak kelihatan ramping

 Punggung yang leper

5. Pear  Saiz bahu lebih kecil dari saiz pinggul

 Dada yang kecil

 Pinggang yang ramping

 Punggung dan peha yang besar

6. Segi Tiga Terbalik  Garisan bahu yang lurus dan persegi

 Perbezaan saiz yang tidak ketara antara pinggang

dengan pinggul

 Saiz punggung adalah lebih kecil daripada saiz bahu

 Mempunyai punggung yang leper

7. Segi Tiga  Mempunyai bahu yang kecil

 Saiz dada yang kecil

 Pinggang yang tidak ramping

 Bahagian atas badan lebih kecil daripada bahagian

bawah

 Punggung yang besar


NO. KOD / CODE NO. C141-005- 2:2021-C06 /KP(1/1) Muka Surat 20 Drpd 51

2. URUTAN KERJA PENGHASILAN PAKAIAN KONTEMPORARI

Untuk menghasilkan sepasang pakaian kontemporari yang lengkap, murid hendaklah


mengikut urutan kerja penghasilan pakaian kontemporari seperti yang berikut:

1. Membuat lakaran

2. Mengambil ukuran badan

3. Mendraf pola

4. Menggunting fabrik

5. Menjahit pakaian
kontemporari

6. Membuat kemasan

7. Acu pakai
NO. KOD / CODE NO. C141-005- 2:2021-C06 /KP(1/1) Muka Surat 21 Drpd 51

3. JENIS FABRIK

Fabrik yang sesuai untuk menjahit pakaian kontemporari boleh diklasifikasikan kepada
dua jenis gentian iaitu:

GENTIAN ASLI

Gentian
Tumbuhan Gentian Haiwan

Kapas (Cotton) Linen Sutera Benang Sayat

NAMA FABRIK CONTOH FABRIK CIRI-CIRI

Kapas (Cotton)  Teguh dalam keadaan basah


atau kering.
 Penyerap lembapan yang baik.
 Tahan tindakan asid lemah
dan alkali.
 Merupakan pengalir haba yang
baik.
GENTIAN ASLI

 Tahan cahaya matahari.


 Licin, sejuk dan selesa dipakai.
 Mudah renyuk.
 Tahan pada suhu yang tinggi.
 Mudah bertahi lalat jika tidak
dikeringkan dengan sempurna.
 Mudah mengecut jika tidak diberi
kemasan yang sempurna.
NO. KOD / CODE NO. C141-005- 2:2021-C06 /KP(1/1) Muka Surat 22 Drpd 51

Linen  Tahan lasak dan lebih


teguh daripada kapas.
 Merupakan pengalir haba yang
baik.
 Tahan pada cahaya matahari.
 Tahan tindakan asid lemah
dan alkali.
 Penyerap lembapan yang baik.
 Tahan pada suhu tinggi.
 Mudah renyuk dan berbulu.
 Sejuk dan selesa apabila dipakai
dalam cuaca panas.
 Mudah bertahi lalat apabila tidak
dikeringkan dengan sempurna.
 Mempunyai permukaan yang
berkilat.

Sutera  Teguh ketika kering, kukuh


semasa basah.
 Penyerap lembapan yang baik.
 Amat sensitif dengan suhu tinggi.
 Merupakan pengalir haba yang
baik.
 Tidak tahan pada cahaya matahari.
 Mudah renyuk.
 Mudah rosak oleh alkali atau asid.

Benang Sayat  Teguh apabila kering


 Tidak kenyal dan mudah renyuk
 Rosak pada suhu tinggi
 Gentian menjadi keras dan kering
jika terlalu lama pada sinaran
cahaya matahari
NO. KOD / CODE NO. C141-005- 2:2021-C06 /KP(1/1) Muka Surat 23 Drpd 51

 Rosak pada alkali dan asid pekat


 Penebat yang baik
 Tidak mudah terbakar
 Mudah diserang gegat

GENTIAN
BUATAN

Selulosa
Terjana Sintetik
Semula

Viskos Asetat Poliester Poliamida Akrilik

NAMA FABRIK CONTOH FABRIK CIRI-CIRI

Viskos  Fabrik sejuk dan selesa dipakai


 Mudah dirosakkan oleh gegat
 Haba yang tinggi akan
menukarkan warna
 Lemah jika terlalu lama terdedah
GENTIAN BUATAN

pada cahaya matahari


 Pengalir haba sederhana baik
 Tidak mudah renyuk
Asetat  Menyerap lembapan sederhana
 Mengalami elektrostatik
 Tidak mudah dirosakkan oleh
gegat
 Lemah apabila basah
NO. KOD / CODE NO. C141-005- 2:2021-C06 /KP(1/1) Muka Surat 24 Drpd 51

 Memerlukan suhu sederhana untuk


diseterika
 Pengalir haba yang sederhana
 Lemah pada asid dan alkali pekat
 Penebat haba yang baik
Poliester  Mudah mengalami elektrostatik
 Tidak muah renyuk
 Tahan serangan gegat
 Tidak bertahi lalat
 Sensitif pada haba
 Tahan pada sinaran cahaya
matahari
Poliamida  Fabrik elektrostatik
 Tidak bertahi lalat
 Kekenyalan tinggi
 Haba rendah untuk diseterika
 tahan pada asid dan alkali
 Penebat haba yang baik
Akrilik  Keselesaan sederhana
 Tidak renyuk
 Penebat haba yang baik
 Tahan pada cahaya matahari
 Lemah pada alkali
 Tahan pada asid
 Kurang keteguhan apabila basah
NO. KOD / CODE NO. C141-005- 2:2021-C06 /KP(1/1) Muka Surat 25 Drpd 51

4. ASPEK KESELAMATAN

Pakai kasut yang sesuai


semasa berada di dalam
bengkel.

Ikat rambut dengan kemas


supaya tidak mengganggu
penglihatan semasa bekerja.

Jangan letakkan jarum di bibir


semasa melakukan kerja.

Jangan mengacukan alat


jahitan yang tajam seperti
gunting kepada rakan.
NO. KOD / CODE NO. C141-005- 2:2021-C06 /KP(1/1) Muka Surat 26 Drpd 51

Mengambil ukuran badan merupakan langkah pertama yang perlu diambil untuk
menghasilkan sehelai pakaian. Setelah mengambil ukuran badan pelanggan, pola didraf
mengikut lakaran kehendak pelanggan seterusnya menggunting fabrik mengikut pola
yang telah didraf.

4. ALATAN MENGUKUR

Pita Ukur

Buku
Catatan Pembaris
Lengkung

ALATAN
MENGUKUR

Pen/ Pensel
Pembaris
Sesiku

Pembaris
Lurus
NO. KOD / CODE NO. C141-005- 2:2021-C06 /KP(1/1) Muka Surat 27 Drpd 51

Keterangan dan fungsi alatan mengukur adalah seperti berikut:

BIL NAMA ALATAN FUNGSI


1. Pita Ukur  Panjang pita ukur 150cm
 Diperbuat daripada plastik lembut yang tidak
memeri atau mengecut
 Di hujung dan pangkalnya berlubang
dan mempunyai logam
 Mempunyai unit matrik sentimeter dan inci
 Digunakan untuk mengukur bahagian badan
2. Pembaris Sesiku L  Mempunyai sudut 90˚
 Diperbuat daripada kayu atau plastik
 Mempunyai unit matrik sentimeter dan inci
 Digunakan untuk mendapatkan sudut yang
tepat 90˚ pada pola
3. Pembaris Lengkung  Panjangnya 60cm
 Diperbuat daripada kayu atau plastik
 Membantu membentuk pola seperti
pinggang, rusuk dan kelim seluar semasa
mendraf pola
4. Pembaris Lurus  Digunakan untuk membuat garisan tegak
yang panjang
 Mempunyai unit matrik sentimeter dan inci
 Diperbuat daripada kayu atau plastik
5. Pen atau pensel  Mencatat ukuran pelanggan yang telah diukur
6. Buku Catatan / Borang  Untuk merekod ukuran badan pelanggan
Ukuran Badan Pelanggan
NO. KOD / CODE NO. C141-005- 2:2021-C06 /KP(1/1) Muka Surat 28 Drpd 51

5. MENGAMBIL UKURAN BADAN

Memakai pakaian Ikatkan pita atau tali di


yang ringkas atau Tidak mengikat pita keliling pinggang untuk
nipis untuk ukur terlalu ketat menanda garisan
mengelakkan ukuran pinggang
tidak tepat

v. PERATURAN MENGAMBIL UKURAN BADAN

Ukuran badan perlu diambil oleh orang lain

Berdiri tegak semasa mengambil ukuran


badan

Ukuran jangan terlalu ketat atau longgar


Masukkan 2 jari ke dalam setiap ukuran

Pakai kasut yang sesuai


NO. KOD / CODE NO. C141-005- 2:2021-C06 /KP(1/1) Muka Surat 29 Drpd 51

vi. PERKARA YANG SERING BERLAKU SEMASA PROSES MENGUKUR

MASALAH CARA MENGATASI


1. Pelanggan memakai pakaian Pastikan pelanggan memakai pakaian
yang tebal dan besar. yang nipis dan sesuai.
2. Ukuran pada pita ukur tidak Gunakan pita ukur yang baik dan tidak
jelas atau terang. rosak.
3. Pelanggan bergerak atau Pelanggan perlu berdiri tegak semasa
tunduk semasa ukuran labuh proses mengambil ukuran badan
baju atau labuh lengan dijalankan.
dilakukan.
4. Terlupa mencatat ukuran yang Pastikan ukuran badan dicatat dengan
telah diambil. betul.

vii. LANGKAH MENGAMBIL UKURAN BADAN

i. Bahu

 Ukur dari sendi bahu kanan ke sendi bahu kiri


melalui tengkuk

ii. Keliling leher

 Ukur kelilling pangkal leher


 Masukkan satu jari untuk kelonggaran
NO. KOD / CODE NO. C141-005- 2:2021-C06 /KP(1/1) Muka Surat 30 Drpd 51

iii. Keliling dada


 Ukur keliling dada dengan melalukan pita
ukur di bahagian mercu dada
 Masukkan dua jari untuk kelonggaran.
 Pastikan kedudukan pita ukur di bahagian
belakang selari dengan lantai.

iv. Keliling pinggang


 Ukur keliling pinggang dengan melalukan
pita ukur di bahagian paling ramping.
 Tidak perlu masukkan jari / tiada
kelonggaran

v. Keliling pinggul

 Lilitkan pita ukur di pinggul pada bahagian


yang penuh
 Masukkan 2 jari untuk tujuan kelonggaran.

vi. Labuh tengah


belakang
 ukur dari pangkal tengkuk hingga ke paras
pinggang
NO. KOD / CODE NO. C141-005- 2:2021-C06 /KP(1/1) Muka Surat 31 Drpd 51

vii. Jarak pinggang ke pinggul

 Ukur dari paras pinggang ke paras punggung


 Biasanya antara 20 – 22 cm

viii. Labuh baju

 Ukur dari tengkuk melalui garis tengah


belakang hingga ke paras labuh yang
dikehendaki

ix. Mercu ke mercu

 Ukur dari bahagian dada yang paling


tinggi di sebelah kanan ke bahagian dada
yang paling tinggi di sebelah kiri
NO. KOD / CODE NO. C141-005- 2:2021-C06 /KP(1/1) Muka Surat 32 Drpd 51

x. Bahu ke mercu

 Ukur dari pangkal bahu ke bahagian dada


yang paling tinggi

xi. Labuh lengan

 Ukur dari sendi lengan dengan bahu ke


pergelangan tangan dan ukur mengikut
labuh / panjang yang dikehendaki

xii. Keliling hujung


lengan
 Ukur keliling pergelangan tangan

xiii. Labuh skirt / slek

 Ukur dari pinggang hingga ke paras


labuh yang dikehendaki
NO. KOD / CODE NO. C141-005- 2:2021-C06 /KP(1/1) Muka Surat 33 Drpd 51

viii. BORANG UKURAN BADAN PELANGGAN

BORANG TEMPAHAN PELANGGAN

Nama Pelanggan: No. Resit:


No. Tel.: Tarikh:

UKURAN LAKARAN PAKAIAN


UKURAN
BIL BAHAGIAN (cm)
1 Leher
2 Bahu
3 Labuh Lengan
Keliling Hujung
4
Lengan
Keliling Pangkal
5
Lengan
6 Bahu ke mercu
7 Mercu ke mercu
8 Keliling dada
Keliling
9
pinggang
10 Keliling pinggul
Labuh tengah
11
belakang
12 Labuh baju
Labuh
13
sarong/skirt/slek
Bidang
14
hadapan
Bidang
15
belakang
Jarak pinggang
16
ke pinggul
Keliling hujung
17
kaki
18 Keliling lutut
19 Keliling peha
20 Kelengkang
21 Labuh duduk
NO. KOD / CODE NO. C141-005- 2:2021-C06 /KP(1/1) Muka Surat 34 Drpd 51

6. ALATAN MENDRAF

Kertas Perang

Notcher Pita Ukur

ALATAN
Pembaris
MENDRAF
Sesiku Pembaris
Pembaris Lurus
sesiku L

Pembaris
French Curves Lengkung
Lengkung
NO. KOD / CODE NO. C141-005- 2:2021-C06 /KP(1/1) Muka Surat 35 Drpd 51

Keterangan dan fungsi alatan mendraf adalah seperti berikut:

BIL NAMA ALATAN FUNGSI


1. Kertas perang  Digunakan untuk mendraf pola pakaian
Pita Ukur  Panjang pita ukur 150cm
 Diperbuat daripada plastik lembut yang tidak
memeri atau mengecut
 Di hujung dan pangkalnya berlubang
dan mempunyai logam
 Mempunyai unit matrik sentimeter dan inci
 Digunakan untuk mengukur ukuran badan
2. Pembaris Sesiku L  Mempunyai sudut 90˚
 Diperbuat daripada kayu atau plastik
 Mempunyai unit matrik sentimeter dan inci
 Digunakan untuk mendapatkan sudut yang
tepat 90˚ pada pola
3. Pembaris Lengkung  Panjangnya 60cm
 Diperbuat daripada kayu atau plastik
 Membantu membentuk pola seperti pinggang,
rusuk dan kelim seluar semasa mendraf pola
4. Pembaris Lurus  Digunakan untuk membuat garisan tegak
yang panjang
 Mempunyai unit matrik sentimeter dan inci
 Diperbuat daripada kayu atau plastik
5. Notcher  Digunakan untuk memotong noch berbentuk ‘U’
untuk tanda imbangan di pola.
6. French Curves  Digunakan untuk melukis garisan berbentuk yang
pendek seperti leher dan lubang lengan.
NO. KOD / CODE NO. C141-005- 2:2021-C06 /KP(1/1) Muka Surat 36 Drpd 51

MENDRAF POLA PAKAIAN KONTEMPORARI

i) Peraturan mendraf pola

 Gunakan meja mendraf yang rata dan bersih.

 Peralatan mendraf berada dalam keadaan baik dan bersih.

 Tanda keterangan yang terdapat pada alat adalah jelas.

 Gunakan ukuran yang telah dicatat.

 Kertas mendraf bersih dan rata.

 Pensel mendraf tajam dan mencukupi.

 Draf pola dengan tenang.


 Gunakan peralatan dengan teknik yang betul.
NO. KOD / CODE NO. C141-005- 2:2021-C06 /KP(1/1) Muka Surat 37 Drpd 51

ii) Tanda-tanda pola

Nama Simbol Keterangan


Ira lurus Tanda ini di letak mengikut ira lurus
selari dengan tepi fabrik.

Tanda lipatan Tanda ini hendaklah diletak pada


lipatan fabrik.

Tanda imbang Tanda ini memberi panduan


apabila mencantum kepingan fabrik
sebelum kepingan tersebut dijahit.

Garis pemadan Kepingan fabrik hendaklah dijahit pada


garis ini apabila kerja mencantum dilakukan.

Garis Gunting Fabrik hendaklah digunting pada garisan ini.

Basi kelim Ruang di antara garis menggunting dan


basi kelim garis pemadan yang berjarak 15mm hingga
20mm.

Lisu pemadan Kedudukan lisu pemadan

GTH
G Garis Tengah
Hadapan
T
H
GTB Garis Tengah
G
Belakang
T
B
NO. KOD / CODE NO. C141-005- 2:2021-C06 /KP(1/1) Muka Surat 38 Drpd 51

7. ALATAN MENANDA

Kertas
Karbon
Tukang Jahit

Pensel Roda Surih


tukang jahit

ALATAN
MENANDA

Jarum Peniti Kapur


Tukang Jahit
NO. KOD / CODE NO. C141-005- 2:2021-C06 /KP(1/1) Muka Surat 39 Drpd 51

11. MENGGUNTING FABRIK

Sebelum menggunting fabrik, kerja menyusun atur pola haruslah dirancang dengan
baik untuk menjimatkan fabrik dan masa.

i) Peraturan menyusun atur pola :


a) Ratakan pola yang berkedut.
b) Kenal pasti dan patuh pada arahan, maklumat dan label pola.
c) Bentangkan fabrik di atas permukaan meja yang rata.
d) Pola yang mempunyai tanda lipatan perlu diletak pada lipatan fabrik.
e) Pastikan tanda ira lurus pola tepat pada ira lurus fabrik.
f) Susun atur kepingan pola besar dahulu, diikuti dengan kepingan pola
kecil.
g) Pastikan permukaan pola yang berlabel berada di sebelah atas.
h) Susun pola sehala pada fabrik corak sehala
i) Padankan fabrik corak genggang atau fabrik jalur pada kelim

ii) Peralatan Menggunting

Gunting Fabrik Jarum Peniti Pemberat


NO. KOD / CODE NO. C141-005- 2:2021-C06 /KP(1/1) Muka Surat 40 Drpd 51

iii) Teknik Menggunting Fabrik

Semasa menggunting fabrik,

a) Pastikan fabrik berada di atas permukaan yang rata


b) Gunakan gunting fabrik yang tajam
c) Apabila menggunting fabrik, letakkan satu tangan di atas pola

d) Gunakan mata gunting sepenuhnya semasa menggunting bahagian lurus


e) Gunakan bahagian hujung mata gunting sahaja untuk
menggunting bahagian kecil dan melengkung.
f) Pastikan mata gunting yang runcing berada di atas meja semasa
menggunting fabrik.
g) Jangan angkat fabrik semasa menggunting fabrik.
h) Gunakan bahagian mata gunting yang runcing untuk menggunting
tanda imbang.
i) Pastikan jumlah kepingan fabrik yang digunting mencukupi.
j) Selepas menggunting, jangan tanggalkan pola untuk mengelakkan kesilapan
mencantum kepingan bahagian pakaian.
NO. KOD / CODE NO. C141-005- 2:2021-C06 /KP(1/1) Muka Surat 41 Drpd 51

iv) Teknik Menanda Fabrik

Sebelum menanggalkan pola, tanda pola perlu dipindahkan ke sebelah


dalam (SD) fabrik dengan tepat dan jelas untuk memudahkan kerja semasa
menjahit pakaian.

Ada tiga cara memindahkan tanda pola ke SD fabrik


a) Roda surih dan kertas karbon tukang jahit

 tidak sesuai untuk fabrik halus dan jarang.


 Pilih warna kertas karbon yang sepadan dengan warna fabrik.
 Letakkan sekeping kadbod di bawah fabrik semasa menanda untuk
mengelakkan kerosakan pada permukaan meja.
 Letakkan permukaan berkarbon pada sebelah dalam fabrik.
 Gunakan pembaris sebagai panduan apabila memindahkan tanda
garis lurus.
NO. KOD / CODE NO. C141-005- 2:2021-C06 /KP(1/1) Muka Surat 42 Drpd 51

b) Kapur Tukang Jahit

 teknik menanda yang cepat


 Pilih warna kapur tukang jahit yang sesuai dengan warna fabrik.
 Pastikan bahagian tepi kapur tajam supaya tanda pola
dipindahkan dengan tepat dan jelas.

c) Jelujur tanda dan jelujur

Jahit jelujur Jelujur tanda Contoh

 sesuai untuk fabrik jarang, halus, lembut dan gebu.


 menggunakan dua lembar benang.
 mengambil masa yang lama.
NO. KOD / CODE NO. C141-005- 2:2021-C06 /KP(1/1) Muka Surat 43 Drpd 51

12. MENJAHIT PAKAIAN

Setelah tanda-tanda pola dipindahkan ke SD fabrik, langkah seterusnya ialah


menjahit pakaian.

a. Proses menjahit pakaian boleh dikategorikan kepada:


1. Penghilangan gelembung

Contoh
Penghilangan
Gelembung

Lisu Pemadan Kedut Lisu Smoking

2. Kelim

Contoh
Kelim

Kelim Belah Kelim Betawi Kelim Lipat Tindih Kelim Papan


Kangkung Mesin

3. Belah

Contoh
Belah

Belah Kelepet Belah Berzip Belah Lapik Belah Slit Belah Berkun
Sama Lebar Kain Selari Berlapik
NO. KOD / CODE NO. C141-005- 2:2021-C06 /KP(1/1) Muka Surat 44 Drpd 51

4. Kocek

Contoh
Kocek

Kocek
Kocek Tampal Tersembunyi Kocek Berkun Kocek Sisi

5. Penyudah tepi

Contoh
Penyudah

Penyudah
Kelepet Kun Lapik Kasing Penjuru Renda

Kelepet Kelepet
Lurus Melengkun

6. Kancing

Contoh
Kancing

Butang & Lubang Butang Katup Cangkuk & Mata Cangkuk & Palang
Butang
NO. KOD / CODE NO. C141-005- 2:2021-C06 /KP(1/1) Muka Surat 45 Drpd 51

iv) Peralatan Menjahit

Mesin jahit industri (kiri) Mesin jahit tepi (kanan)

Mesin jahit lubang butang Sekoci dan gelendung

Jarum jahit mesin Jarum jahit tangan


NO. KOD / CODE NO. C141-005- 2:2021-C06 /KP(1/1) Muka Surat 46 Drpd 51

Penetas jahitan Kapur tukang jahit

Snipper Tweezer

Jarum peniti Pita ukur

Benang Gunting fabrik


NO. KOD / CODE NO. C141-005- 2:2021-C06 /KP(1/1) Muka Surat 47 Drpd 51

v) Persediaan menjahit
a) Mesin jahit berada dalam keadaan baik
b) Pelarasan mata jahitan yang bersesuaian dengan jenis fabrik
c) Pemilihan warna benang yang sesuai dengan fabrik

vi) Kemasan tepi


Sebelum menjahit, semua kepingan fabrik yang telah di gunting
hendaklah dikemaskan dengan jahitan kemasan tepi supaya
tidak berjerumbai.

vii) Teknik Menekan


Proses menekan adalah satu langkah kerja yang penting apabila
menjahit pakaian supaya dapat hasil kerja yang elok, kemas dan
profesional. Menekan sambil menjahit akan memudahkan kerja menjahit
dan memberi bentuk yang elok pada pakaian.

a) Peralatan Menekan

Seterika wap Seterika Elektrik

Bod Menekan Bod Lengan


NO. KOD / CODE NO. C141-005- 2:2021-C06 /KP(1/1) Muka Surat 48 Drpd 51

b) Perkara yang perlu dipertimbangkan semasa menekan:


 Periksa bahawa seterika dan bod menekan bersih
 Tanggalkan semua jarum peniti dan benang jelujur
 Uji kepanasan seterika sebelum menekan
 Seberapa yang boleh, tekan dari SD fabrik supaya kesan seterika
tidak kelihatan dari SL
 Tekan fabrik dengan teknik yang betul, iaitu tekan seterika di atas
fabrik beberapa saat, kemudian angkat semula seterika itu dan tekan
bahagian yang lain.

13. ACU PAKAIAN KONTEMPORARI

13.1 Mengacu pakaian pada badan adalah untuk mendapatkan padanan yang tepat:
a) Memakai pakaian dasar yang mengikut bentuk tubuh (untuk kepatan)
b) Menjalankan proses mengacu pakaian kontemporari pada badan dengan teliti
c) Semasa proses mengacu, pastikan:
 Benang pakan berada pada sudut tepat GTH dan GTB
 Kedudukan terletak dengan elok pada badan
NO. KOD / CODE NO. C141-005- 2:2021-C06 /KP(1/1) Muka Surat 49 Drpd 51

SOALAN / QUESTIONS:

1. Nyatakan tiga (3) jenis pakaian kontemporari.


a.
b.
c.

2. Berikan dua (2) ciri pakaian kontemporari Jubah.


a.
b.

3. Apakah fungsi Choli bagi pakaian kontemporari tradisional kaum India?

4. Terangkan sebab fabrik kapas (Cotton) sesuai dijadikan pakaian kontemporari


kaum Melayu.
NO. KOD / CODE NO. C141-005- 2:2021-C06 /KP(1/1) Muka Surat 50 Drpd 51

RUJUKAN / REFERENCES:

1. Pakaian Tradisional di Malaysia


http://mte3012-logavani.blogspot.my/2015/05/pakaian-tradisional-kaum-melayu-
baju.html, 2 Ogos 2017, 2.20 pm

2. Sejarah Pakaian Sari


https://prezi.com/ahw4318t88qa/sejarah-pakaian-sari/ 2 Ogos 2017, 3.50 pm.

3. Zaitun Zakiah binti Mohd Noor, Norzaini binti Abdul Ghani & Nawawi bin Mohd
Jan. (2012). Membuat Pakaian Tingkatan 4 & 5. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa
dan Pustaka

4. Mariam Abu Bakar. (2008). Panduan Membuat Pakaian. Selangor : Karya


Bestari Sdn. Bhd.

5. Helen Joseph-Armstrong. (2000).Third Edition: Patternmaking for Fashion


Design. Prentice Hall.

6. Lamah binti Abdul Ghani & Azmawati binti Abdul Aziz. (2009). Pola Pakaian
Tingkatan 4 & 5. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

7. Wong Siew Fong, Fatimah Jailani & Vickneswary S. (2002). Ekonomi Rumah
Tangga Tingkatan 4. Zeti Enterprise.

8. Wong Siew Fong, Fatimah Jailani & Vickneswary S. (2002). Ekonomi Rumah
Tangga Tingkatan 5. Zeti Enterprise
Muka Surat / Page 51
NO. KOD / CODE NO. C141-005- 2:2021-C07/KP(1/1)
Drpd / of : 51

You might also like