You are on page 1of 10

KESALAHAN TATABAHASA DI PAPAN TANDA

1.

Kesalahan : Batek

Alasan : Di dalam pola keselarasan vokal, ejaan ‘batek’ menggunakan vokal a-

e dan vokal a-e tidak wujud di dalam pola. Vokal ini ditetapkan huruf

vokal iatau u pada suku akhir tertutup sekiranya sukukata pra akhir

menggunakan huruf vokal a, e pepet,i atau u. Pola keselarasan vokal

yang harus digunakan ialah a-i untuk menjadikan ejaan yang betul iaitu

‘batik’.

Pembetulan : Batik
2.

Kesalahan : Lansir

Alasan : Perkataan ‘lansir’ tidak wujud dalam.kamus dewan dan tidak

membawa makna apa pun. Sebaliknya perkataan ³langsir´ bermaksud

kain penutup, jendela atau tirai.

Pembetulan : Langsir
3.

Kesalahan : Warong

Alasan : Mengikut pola keselarasan vokal, ejaan ‘warong’ menggunakan

vokal a-o dan vokal a-o tidak wujud. Dasar perubahan telah

menetapkan supaya digunakan huruf vokal i atau u pada suku

akhir tertutup sekiranya suku kata pra akhir menggunakan huruf vokal

a, e pepet, i atau u. Menurut pola keselarasan vokal yang harus

digunakan ialah a-u untuk menjadikan ejaan yang betul iaitu ³warung´.

Dalam kamus dewan edisiketiga ‘warung’ bermaksud kedai

kecil tempat menjual makanan dan minuman.

Pembetulan : Warung
4.

Kesalahan : Alattulis

Alasan : ‘Alat tulis’ merupakan salah satu pemajmukan rangkai kata bebas.

Justeru itu, kata majmuk hendaklah ditulis berasingan.Ini bererti,

perkataan ³alatulis´ adalah salah dan harus ditulis sebagai ‘alat tulis’.

Pembetulan : Alat tuli


5.

Kesalahan : Goren

Alasan : Dalam kamus dewan edisi ketiga, perkataan ‘goren’ tidak wujud dan

tidak mempunyai maksud tertentu tetapi perkataan ‘goreng’ wujud dan

mempunyai maksud dipanggang dalam kuali kering yang dimasak

dengan minyak.

Pembetulan : Goreng
6.

Kesalahan : Kelinik

Alasan : Perkataan ‘Kelinik’ merupakan ejaan melayu lama dan perkataan di

atas menunjukkan kesalahan ejaan. Dalam kamus dewan edisi ketiga,

perkataan ‘kelinik’ tidak wujud dan tidak mempunyai maksud tertentu

tetapi perkataan ‘klinik’ wujud dan mempunyai maksud.

Pembetulan : Klinik
7.

Kesalahan : Setor

Alasan : Gambar rajah di atas menunjukkan kesalahan ejaan. Dalam kamus

dewan edisi ketiga,perkataan ‘setor’ tidak wujud dan tidak mempunyai

maksud tertentu tetapi perkataan ‘stor’ wujud dan mempunyai maksud

tempat menyumpan bahan.

Pembetulan : Stor
8.

Kesalahan : Payan

Alasan : Gambar rajah di atas menunjukkan kesalahan ejaan. Dalam kamus

dewan edisi ketiga, perkataan ‘payan’ tidak wujud dan tidak

mempunyai maksud tertentu tetapi perkataan ‘tempayan’ wujud dan

mempunyai maksud tertentu.

Pembetulan : Tempayan
9.

Kesalahan : Persisir

Alasan : Gambar rajah di atas menunjukkan kesalahan ejaan. Dalam kamus

dewan edisi ketiga, perkataan ‘persisir’ tidak wujud dan tidak

mempunyai maksud tertentu tetapi sebaliknya perkataan ‘pesisir’ wujud

dan mempunyai maksud tertentu.

Pembetulan : Pesisir
10.

Kesalahan : Kapet

Alasan : Gambar rajah di atas menunjukkan kesalahan ejaan. Dalam kamus

dewan edisi ketiga, perkataan ‘kapet’ tidak wujud dan tidak mempunyai

maksud tertentu tetapi perkataan ‘karpet’ wujud dan mempunyai

maksud tertentu.

Pembetulan : Karpet

You might also like