You are on page 1of 2

Nama kursus : Asas Tatabahasa Bahasa Melayu

Kod kursus : BMMB1084


Nama pensyarah : Puan Hajah Sulastri binti Abdullah
Nama pelajar : Nur Syuhadah binti Zainuddin
Opsyen : PPISMP Ambilan Jun Bahasa Melayu SK 2

Definisi dan pengenalan tatabahasa.

Tatabahasa atau nahu ialah bidang ilmu yang mengatur atau menyusun penggunaan
bahasa. Secara umumnya, ilmu ini merupakan sebahagian daripada bidang ilmu
yang mempelajari bahasa iaitu linguistik, Menurut kamus Dewan Bahasa dan
Pustaka, tatabahasa merujuk kepada pengetahuan atau pelajaran tentang
pembentukan perkataan dan proses pembinaan ayat yang lebih dikenali sebagai
morfologi dan sintaksis.

Tatabahasa menjadi asas untuk melahirkan bahasa yang indah dan gramatis. Oleh
itu, tatabahasa mestilah tepat, lengkap dan tuntas dan mudah difahami. Terdapat
juga beberapa ahli bahasa yang memberikan pandangan tentang definisi
tatabahasa.
Menurut Siti Hajar Haji Abdul Aziz, tatabahasa ialah peraturan-peraturan bagaimana
sesuatu perkataan dibentuk dan bagaimana perkataan itu bergabung dengan
perkataan-perkataan lain untuk menghasilkan ayat yang gramatis. Dalam erti kata
lain, tatabahasa ialah rentetan ucapan pengelompokan serta pengklasifikasian
unsur-unsur ucapan menurut fungsinya.

Selain itu, menurut Robin pula tatabahasa merupakan suatu yang menitik beratkan
struktur uturan pertuturan atau penulisan dan dengan penggolongan serta
pengkelasan unsur-unsur pertuturan yang berulang-ulang berdasarkan rumus-
rumusnya. A. Koutsaudas mentakrifkan tatabahasa sebagai suatu alat

Beralih pula kepada pendapat ahli bahasa yang seterusnya iaitu Noam Chomsky,
tatabahasa ditakrifkan sebagai suatu kumpulan sistem yang harus dipatuhi oleh
pengguna bahasa sesuatu bahasa itu kerana ia merupakan dasar untuk melahirkan
bahasa yang baik dan indah serta menjamin kemantapan suatu bahasa. Menurut
Chomsky lagi, tatabahasa berfungsi dalam memisahkan bentuk-bentuk bahasa yang
gramatis, daripada yang tidak gramatis. Secara tidak langsung, tatabahasa
berperanan untuk menghuraikan pemilihan pengguna bahasa itu untuk membina
ayat-ayat yang baik.
Sebagai kesimpulan, dapatlah dinyatakan bahawa tatabahasa merupakan dasar
yang menjadi pegangan bagi menentukan betul atau salah sesuatu bentuk bahasa
pertuturan atau penulisan yang dihasilkan.

You might also like