You are on page 1of 2

Ruj Kami: XXX

Tarikh : XXX

XXX POS BERDAFTAR


No. XXX,
Jalan XXX XXX XXX,
Taman XXX,
XXX XXX,
XXX.

Dan/atau

XXX POS BERDAFTAR


No. XXX,
Jalan XXX,
Bandar XXX XXX,
XXX,
XXX.

Tuan/Puan,

NOTIS TUNTUTAN TUNGGAKAN SEWA BERJUMLAH RM XXX SETAKAT XXX.


PENYEWA : XXX
PREMIS - PREMIS 1) XXX.
:
2) XXX
TEMPOH TUNGGAKAN : XXX
JUMLAH TUNGGAKAN : RM XXX

1. Kami merujuk kepada perkara tersebut di atas di mana kami mewakili, XXX di dalam tindakan di atas yang mempunyai
alamat utama perniagaan di XXX (“anakguam”).

2. Kami telah dimaklumkan oleh anakguam kami bahawa Tuan/Puan dan anakguam kami telah bersetuju untuk memasuki
suatu Perjanjian Penyewaan bertarikh XXX bagi menyewa Premis-premis di alamat XXX (“Premis XXX”) DAN XXX
(“Premis XXX”) dengan kadar bayaran sewa sebanyak RM XXX sebulan untuk XXX (XXX) unit premis-premis tersebut
(secara kolektifnya dirujuk sebagai “Premis-premis tersebut”) daripada anakguam kami, selaku Pemilik Berdaftar Premis-
premis tersebut.

3. Seterusnya, kami telah dimaklumkan oleh anakguam kami bahawa Tuan/Puan, selaku Penyewa bagi Premis-premis
tersebut, telah gagal mematuhi aturcara pembayaran sepertimana yang dipersetujui pihak-pihak di dalam Perjanjian
Penyewaan tersebut sehingga wujudnya tunggakan sewa berjumlah RM XXX yang dikira dari tempoh XXX hingga XXX.

4. Di samping itu, kami juga telah dimaklumkan oleh anakguam kami bahawa Tuan/Puan telah gagal untuk membuat bayaran
bil air yang dikeluarkan oleh pihak Ranhill SAJ (“SAJ”) dan bil elektrik yang dikeluarkan oleh Tenaga Nasional Berhad
(“TNB”) bagi Premis-premis tersebut sehingga wujudnya tunggakan keseluruhannya berjumlah RM XXX yang sepatutnya
ditanggung oleh Tuan/Puan sebagai penyewa Premis-premis tersebut namun telah ditanggung dan dibayar oleh anakguam
kami bagi mengelakkan berlakunya pemotongan bekalan air dan elektrik di Premis-premis tersebut yang dikira seperti
berikut:-

Premis- SAJ TNB


Premis Tarikh Bil Jumlah (RM) Bil Tarikh Bil Jumlah (RM) Bil
XXX XXX XXX XXX XXX
XXX XXX XXX XXX XXX
KESELURUHAN JUMLAH XXX KESELURUHAN JUMLAH XXX
5. OLEH YANG DEMIKIAN, kami telah diarahkan oleh anakguam kami untuk memberikan notis ini dan menuntut daripada
Tuan/Puan, jumlah wang sebanyak RM XXX (“Jumlah Terhutang”) sebagai keseluruhan jumlah yang terhutang dan kena
dibayar kepada anakguam kami bagi jumlah tunggakan sewa dan jumlah tunggakan bil air beserta elektrik sebagaimana
yang dinyatakan di atas.

6. SILA AMBIL PERHATIAN bahawa sekiranya Tuan/Puan dengan sengaja, gagal dan/atau enggan menjelaskan Jumlah
Terhutang tersebut sebanyak RM XXX dan kos kami bagi mengeluarkan notis ini berjumlah RM XXX kepada anakguam
kami atau kami selaku peguamcaranya dalam tempoh EMPAT (14) HARI dari tarikh notis ini, maka kami telah diarahkan
oleh anakguam kami untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Tuan/Puan bagi mendapatkan Jumlah Terhutang
tersebut di mana Tuan/Puan akan bertanggungan ke atas segala kos guaman dan perbelanjaan yang terlibat kelak.

7. SILA JUGA AMBIL PERHATIAN sebarang pembayaran yang akan/telah dibuat kepada anakguam kami atau kami selaku
peguamcaranya di mana pembayaran yang dibuat adalah kurang dari jumlah yang dituntut, maka pembayaran tersebut
akan diterima tanpa menjejas kepada hak anakguam kami untuk meneruskan dengan tindakan undang-undang terhadap
Tuan/Puan untuk menuntut baki Jumlah Terhutang tersebut.

Yang benar,

XXX

You might also like