You are on page 1of 61

RANCANGAN PELAKSANAAN AKTIVITI (RPA) = PKPP 1

UMUR KANAK-KANAK 3 – 4 tahun


BIL. KANAK-KANAK 5 orang
TAJUK AKTIVITI Biji-bijian yang comel
BIDANG PERKEMBANGAN SAHSIAH SOSIOEMOSI & KEROHANIAN (PSSEKR)
PERKEMBANGAN
KEBOLEHAN KANAK- Kanak-kanak sudah boleh menzahirkan emosinya mengikut sesuatu situasi baru.
KANAK
OBJEKTIF 1. Kanak-kanak boleh menseimbangkan emosi positif ketika melakukan
aktiviti secara berasingan. (PSSEKR)
2. Kanak-kanak boleh berfikir untuk mengasingkan biji-bijian yang
bercampur di dalam pinggan plastik@polistrin. (PAMPL)
3. Kanak-kanak boleh mengenal jenis biji-bijian yang digunakan dalam
aktiviti ini. ( PDPDP)
BAHAN 1. Sedikit biji kacang merah
2. Sedikit biji kacang hijau
3. Sedikit biji kacang tanah
4. Sedikit biji barli
5. Mangkuk Plastik@polistrin (4)
6. Sudu Plastik

Letakkan semua bahan bercampur di dalam satu bekas, contoh mangkuk


plastik@polistrin dan sediakan setiap set untuk setiap kanak-kanak.
TEMPAT Ruang aktiviti pengasingan kanak-kanak
PELAKSANAAN AKTIVITI

1. Minta kanak-kanak duduk di ruang aktiviti yang telah ditetapkan.


2. Tarik perhatian kanak-kanak. Ajak kanak-kanak berbual dan bermesra terlebih dahulu sebelum
pendidik mulakan aktiviti ini.
3. Beritahu kepada kanak-kanak, apakah aktiviti yang akan dijalankan iaitu bermain dengan biji-bijian
dan asingkannya.
4. Letakkan di depan kanak-kanak mangkuk plastik@polistrin yang mengandungi biji-bijian yang
bercampur jenisnya. Beri peluang dan masa untuk kanak-kanak meneroka semua biji-bijian didalam
mangkuk plastik@polistrin.
5. Minta kanak-kanak gaulkan dulu bahan di dalam mangkuk menggunakan sudu plastik. Beri kanak-
kanak kebebasan untuk mengaulkan bahan tersebut. Beri galakan dan dorongan supaya kanak-
kanak rasa selesa dengan aktiviti yang akan dijalankan seterusnya.
6. Puji kanak-kanak yang kelihatan positif dengan aktiviti yang akan dijalankan.
7. Jika ada kanak-kanak menunjukkan rasa tidak selesa, pujuk dan cuba tarik minat dan perhatian
kanak-kanak.
8. Jika kanak-kanak kelihatan telah bersedia, berikan kepada kanak-kanak empat mangkuk
plastik@polistrin lain yang kosong. Pendidik kemudiannya beritahu kepada kanak-kanak untuk
menggasingkan bahan yang berbeza di dalam bekas yang berasingan. Tunjukkan caranya kepada
kanak-kanak.
9. Berikan masa untuk kanak-kanak jalankan aktiviti ini.
10. Setelah bijian dapat diasingkan, pendidik boleh mula kenalkan jeniskan bijian tersebut kepada
kanak- kanak, apa nama bijian.
- Biji kacang merah
- Biji kacang hijau
- Biji kacang tanah
- Biji barli
11. Pendidik juga boleh beritahu kepada kanak-kanak tentang kegunaan atau masakan yang boleh
dibuat menggunakan biji-bijian tadi.
12. Biarkan kanak-kanak teruskan aktiviti dengan puas. Pendidik juga digalakkan berbual dengan
kanak- kanak sepanjang aktiviti.
13. Selesai aktiviti, minta kanak-kanak mengemas bersama. Ucapkan terima kasih.

Perhatian :

1. Pastikan kanak-kanak sihat dan berada dalam keadaan fizikal dan emosi yang selesa.
2. Pastikan bahan yang digunakan adalah selamat dan tidak mendatangkan mudarat kepada kanak-
kanak.
3. Pastikan persekitaran adalah kondusif.
4. Pastikan kanak-kanak mencuci tangan sebelum dan selepas aktiviti.
5. Pastikan ada penjarakan sosial dan ikut SOP.

Refleksi :
RANCANGAN PELAKSANAAN AKTIVITI (RPA) = PKPP 2

UMUR KANAK-KANAK 3 – 4 tahun


BIL. KANAK-KANAK 5 orang
TAJUK AKTIVITI Lompat gelung
BIDANG PERKEMBANGAN SAHSIAH SOSIOEMOSI & KEROHANIAN (PSSEKR)
PERKEMBANGAN
KEBOLEHAN KANAK- Kanak-kanak sudah boleh memahami untuk bersabar.
KANAK
OBJEKTIF 1. Kanak-kanak boleh memahami untuk mengikut giliran apabila diberi
arahan. (PSSEKR)
2. Kanak-kanak boleh melompat dari gelung ke gelung mengikut giliran
yang diarahkan (PF)
3. Kanak-kanak boleh menyebut nombor dengan jelas ketika melompat ke
dalam gelung satu per satu. ( PBKLA)
BAHAN 1. Gelung plastik bulat – 6
2. Muzik
TEMPAT Ruang aktiviti terbuka, boleh juga dibuat secara outdoor
(jaga penjarakan antara setiap kanak-kanak)
PELAKSANAAN AKTIVITI

1. Susun 5 gelung dalam jarak 1 meter di ruang aktiviti yang terbuka. Minta kanak-kanak duduk di dalam
gelung tersebut. Satu gelung untuk seorang kanak-kanak.
2. Tarik perhatian kanak-kanak. Ajak kanak-kanak berbual dan bermesra terlebih dahulu sebelum
pendidik mulakan aktiviti ini. Dalam keadaan berdiri di ruang terbuka, cuba minta kanak-kanak
tepuk tangan bersama-sama.
3. Beritahu kepada kanak-kanak, apakah aktiviti yang akan dijalankan iaitu main lompat dari gelung ke
gelung sambal menyebut nombor.
4. Susun 5 gelung dalam jarak 1 meter antara setiap gelung. Minta kanak-kanak berjalan kea rah
gelung dan berdiri di dalamnya.
5. Pendidik kemudiannya tunjukkan cara bagaimana untuk melompat dari gelung ke gelung secara
bergilir dengan mengikut arahan (semua kanak-kanak telah bersedia di dalam gelung kecuali
terdapat satu gelung yang kosong)
6. Pendidik minta kanak-kanak untuk melompat ke gelung mengikut giliran yang diarahkan. Kanak-
kanak yang pertama akan melompat ke gelung yang kosong, kemudian kanak-kanak yang kedua
akan melompat ke gelung yang telah dikosongkan tadi dan seterusnya.
7. Ajar kanak-kanak sebut nombor 1 hingga 5 apabila melompat ke setiap gelung. Sambil melompat
ke gelung itu juga, pendidik boleh mainkan muzik atau lagu kanak-kanak yang sesuai.
8. Pendidik beri galakan kepada kanak-kanak untuk faham arahan dan terus lompat ke gelung. Puji
kanak-kanak yang faham arahan dan berjaya melakukan aktiviti ini dengan baik.
9. Sekiranya ada kanak-kanak yang kurang jelas dengan arahan untuk lompat, lalu teragak untuk
melompat atau agak keliru untuk mengikut giliran melompat, pendidik harus terus berikan
bimbingan.
10. Sekali lagi, ingatkan kanak-kanak untuk sebut nombor dengan kuat semasa melompat ke gelung.
Pendidik terus tunjukkan caranya.
11. Beri peluang untuk kanak-kanak jalankan aktiviti ini sehinga mereka puas bermain.
12. Tamatkan aktiviti dan ucapkan terima kasih.
Perhatian :

1. Pastikan kanak-kanak sihat dan berada dalam keadaan fizikal dan emosi yang selesa.
2. Pastikan bahan yang digunakan adalah selamat dan tidak mendatangkan mudarat kepada kanak-
kanak.
3. Pastikan persekitaran adalah kondusif.
4. Pastikan kanak-kanak mencuci tangan sebelum dan selepas aktiviti.
5. Pastikan ada penjarakan social dan ikut SOP

Refleksi :
RANCANGAN PELAKSANAAN AKTIVITI (RPA) = PKPP 3

UMUR KANAK-KANAK 3 – 4 tahun


BIL. KANAK-KANAK 5 orang
TAJUK AKTIVITI Jom membutang
BIDANG PERKEMBANGAN FIZIKAL (PF)
PERKEMBANGAN
KEBOLEHAN KANAK- Kanak-kanak sudah boleh menggunakan moto halusnya dengan baik.
KANAK
OBJEKTIF 1. Kanak-kanak boleh menggunakan moto halus jarinya untuk membutang
pakaian kemeja lelaki (PF)
2. Kanak-kanak boleh mengira berapa banyak butang yang ada pada baju
kemeja dan faham konsep nombor (PAMPL)
3. Kanak-kanak boleh berbual bersama dengan rakan dan pengasuh
mengenai baju kemeja.( PBKLA)
BAHAN 1. 5 helai baju kemeja berbutang atau buat baju kemeja DIY
TEMPAT Ruang aktiviti pengasingan kanak-kanak
PELAKSANAAN AKTIVITI

1. Minta kanak-kanak duduk di dalam ruang penjarakkan yang telah disediakan.


2. Tarik perhatian kanak-kanak dengan bertanyakan khabar dan pastikan keadaan serta emosi kanak-
kanak pada hari itu.
3. Beritahu kepada kanak-kanak, apakah aktiviti yang akan dijalankan iaitu membutang baju kemeja.
4. Pendidik berikan sehelai baju kemeja (yang tidak dibutangkan) kepada setiap kanak-kanak dan
beritahu kepada kanak-kanak tentang kegunaan butang pada baju tersebut. Membutang
membuatkan baju kemeja akan terpakai dengan kemas.
5. Tunjukkan kepada kanak-kanak cara bagaimana membutang baju kemeja. Tunjukkan beberapa kali
hingga kanak-kanak faham.
6. Minta pula kanak-kanak untuk cuba membutang baju kemeja tersebut. Berikan bimbingan, galakan
dan sokongan.
7. Jika kanak-kanak dapat membutang satu butang, minta kanak-kanak butangkan yang seterusnya.
8. Jika kanak-kanak sukar membutang baju kemeja tersebut, terus beri bimbingan dan tunjuk cara
serta bantu jika perlu.
9. Beritahu kepada kanak-kanak berapa jumlah butang yang ada pada baju kemeja tersebut. Kirakan
jumlah butang bersama dengan kanak-kanak. Kirakan sehingga kanak-kanak faham dan tahu
konsep nombor.
10. Seterusnya pendidik boleh bercerita tentang baju kemeja kepada kanak-kanak, siapa yang pakai,
pada suasana bagaimana baju kemeja dipakai dan sebagainya.
11. Beri peluang kepada kanak-kanak teruskan aktiviti sehingga puas. Sentiasa beri bimbingan kepada
kanak-kanak.
12. Tamatkan aktiviti dan ucapkan terima kasih.
Perhatian :

1. Pastikan kanak-kanak sihat dan berada dalam keadaan fizikal dan emosi yang selesa.
2. Pastikan bahan yang digunakan adalah selamat dan tidak mendatangkan mudarat kepada kanak-
kanak.
3. Pastikan persekitaran adalah kondusif.
4. Pastikan kanak-kanak mencuci tangan sebelum dan selepas aktiviti.
5. Pastikan ada penjarakan sosial dan ikut SOP.

Refleksi :
RANCANGAN PELAKSANAAN AKTIVITI (RPA) = PKPP 4

UMUR KANAK-KANAK 3 – 4 tahun


BIL. KANAK-KANAK 5 orang
TAJUK AKTIVITI Puzzle buah nenas
BIDANG PERKEMBANGAN FIZIKAL (PF)
PERKEMBANGAN
KEBOLEHAN KANAK- Kanak-kanak sudah boleh menyusun 3 kepingan puzzle
KANAK
OBJEKTIF 1. Kanak-kanak boleh menyusun 5 ke 6 kepingan puzzle untuk
membentuk gambar imej yang lengkap (PF)
2. Kanak-kanak boleh tahu tentang ciri-ciri buah nenas – bentuk, rasa,
tekstur kulit, warna dan sebagainya (PDPDP)
3. Kanak-kanak boleh sebut perkataan nenas dalam bahasa melayu dan
pineapple dalam Bahasa Inggeris( PBKLA)
BAHAN 1. 5 ke 6 kepingan puzzle gambar buah nenas – DIY ( saiz puzzle ikut
kesesuaian kanak-kanak)
2. Kad imbasan perkataan ‘nenas’ dan ‘ pineapple’ ( tanpa warna)

3. Kepingan huruf-huruf ejaan bagi ‘nenas’ dan ‘pineapple’


4. Sebiji buah nenas maujud ( belum dipotong) dan potongan buah nenas

** kuantiti bahan ikut bilangan kanak-kanak ( 1:1)

TEMPAT Ruang aktiviti pengasingan kanak-kanak


PELAKSANAAN AKTIVITI

1. Minta kanak-kanak duduk di dalam ruang penjarakkan yang telah disediakan.


2. Tarik perhatian kanak-kanak dengan mengajak kanak-kanak berbual ringkas mengenai diri sendiri.
3. Tanya kepada kanak-kanak, samada dia kenal buah nenas atau tidak.
4. Seterusnya, beritahu kepada kanak-kanak, apakah aktiviti yang akan dijalankan iaitu
mencantumkan kepingan puzzle buah nenas dan belajar tentang buah nenas.
5. Keluarkan sebiji buah nenas. Pegang dengan berhati-hati dan tunjukkan kepada semua kanak-
kanak. Pendidik boleh bergerak menghampiri setiap kanak-kanak dan tunjukkan buah nenas
tersebut secara dekat. Minta kanak-kanak cuba pegang sedikit kulit nenas. ( hati-hati
memandangkan kulit nenas ada bahagian yang tajam)
6. Seterusnya beri kepada setiap kanak-kanak, 5 ke 6 kepingan puzzle buah nenas. Tunjukkan cara
mencantumkan puzzle tersebut. Minta kanak-kanak cuba buat.
7. Sekiranya kanak-kanak dapat cantumkan puzzle tersebut, segera tepuk tangan dan berikan pujian
kepada kanak-kanak.
8. Sebaliknya jika ada kanak-kanak tidak berjaya mencantum semua kepingan puzzle tersebut, terus
tunjukkan cara, bimbing dan bantu kanak-kanak.
9. Setelah puzzle siap, letakkan di tepi kanak-kanak. Upah kanak-kanak dengan memberi kanak-kanak
merasa buah nenas yang telah dipotong. Apakah rasanya? Beritahu kanak-kanak rasa nenas, ada
yang manis dan ada yang masam.
10. Keluarkan pula kad imbasan perkataan ‘nenas’ dan ‘ pineapple’. Keluarkan juga kepingan huruf-huruf
yang membentuk perkataan tersebut.
11. Seterusnya tunjukkan cara memadankan kepingan huruf ke perkataan yang betul. Bimbing kanak-
kanak supaya mereka teruskan aktiviti ini dengan fokus.
12. Ajar kanak-kanak untuk sebut perkataan nenas dalam Bahasa melayu dan pineapple dalam Bahasa
Inggeris. Bimbing hingga kanak-kanak boleh faham.
13. Teruskan aktiviti sehingga kanak-kanak puas.
13. Tamatkan aktiviti dan ucapkan terima kasih.

Perhatian :

1. Pastikan kanak-kanak sihat dan berada dalam keadaan fizikal dan emosi yang selesa.
2. Pastikan bahan yang digunakan adalah selamat dan tidak mendatangkan mudarat kepada kanak-
kanak.
3. Pastikan persekitaran adalah kondusif.
4. Pastikan kanak-kanak mencuci tangan sebelum dan selepas aktiviti.
5. Pastikan ada penjarakan sosial dan patuhi SOP.

Refleksi :
RANCANGAN PELAKSANAAN AKTIVITI (RPA) = PKPP 5

UMUR KANAK-KANAK 3 – 4 tahun


BIL. KANAK-KANAK 5 orang
TAJUK AKTIVITI Apa itu Covid 19?
BIDANG PERKEMBANGAN BAHASA, KOMUNIKASI & LITERASI AWAL (PBKLA)
PERKEMBANGAN
KEBOLEHAN KANAK- Kanak-kanak sudah boleh memahami penceritaan mudah.
KANAK
OBJEKTIF 1. Kanak-kanak boleh faham cerita dan makluman yang perlu diketahui
tentang Covid-19 (PBKLA)
2. Kanak-kanak boleh menyerlahkan emosi, keterujaan dan keinginan
untuk mengetahui lebih banyak tentang covid-19 (PSSEKR)
3. Kanak-kanak boleh lebih kenal kesan Covid-19 terhadap persekitaran
dan kesihatan (PDPDP)
BAHAN 1. Poster dan template atau Zine mudah tentang Covid 19 yang sesuai
untuk kanak-kanak faham.
TEMPAT Ruang aktiviti pengasingan kanak-kanak
PELAKSANAAN AKTIVITI

1. Pastikan kanak-kanak telah bersedia di ruang aktiviti penjarakan sosial.


2. Sambil bertanyakan khabar kanak-kanak, ajak kanak-kanak nyanyi bersama-sama terlebih dahulu
sebagai langkah awal sebelum memulakan aktiviti.
3. Beritahu kepada kanak-kanak apakah aktiviti yang akan dijalankan iaitu sesi bercerita dan berbual
mengenai Covid-19.
Apakah itu Covid-19?
Apakah kesan Covid-19 terhadap manusia?
Bagaimana ia boleh merebak dan menjangkiti orang lain?
Apakah langkah-langkah yang perlu diikuti bagi mengelakkan jangkitan Covid-19?
4. Beri penerangan kepada kanak-kanak dalam penceritaan yang mudah. Sambil bercerita, sambil
pegang dan tunjukkan poster atau apa sahaja bahan yang boleh membantu kanak-kanak cepat
faham.
5. Tanyakan dan uji samada kanak-kanak sudah faham atau belum. Jika kanak-kanak menunjukkan
kefahaman, beri pujian kepada mereka.
6. Sebaliknya jika ada kanak-kanak masih kurang faham, teruskan beritahu dan bercerita kepada
kanak- kanak secara lebih mudah.
7. Teruskan juga sesi perbualan dan penceritaan bersama dengan kanak-kanak.
8. Keluarkan poster, template atau Zine yang sesuai dan beri ketiap anak-kanak pegang dan lihat
secara dekat.
9. Beri kanak-kanak peluang untuk bertanya apa sahaja yang berkaitan dan pendik perlu segera
memberi respon kepada kanak-kanak.
10. Tamatkan aktiviti dan ucapkan terima kasih.
Perhatian :

1. Pastikan kanak-kanak sihat dan berada dalam keadaan fizikal dan emosi yang selesa.
2. Pastikan bahan yang digunakan adalah selamat dan tidak mendatangkan mudarat kepada kanak-
kanak.
3. Pastikan persekitaran adalah kondusif.
4. Pastikan kanak-kanak mencuci tangan sebelum dan selepas aktiviti.
5. Pastikan ada penjarakan sosial dan patuhi SOP.

Refleksi :
RANCANGAN PELAKSANAAN AKTIVITI (RPA) = PKP 6

UMUR KANAK-KANAK 3 – 4 tahun


BIL. KANAK-KANAK 5 orang
TAJUK AKTIVITI Mari Menguntai snek cincin @ manik
BIDANG PERKEMBANGAN AWAL MATEMATIK DAN PEMILIRAN LOGIK (PAMPL)
PERKEMBANGAN
KEBOLEHAN KANAK- Kanak-kanak sudah boleh membezakan warna
KANAK
OBJEKTIF 1. Kanak-kanak boleh mengasingkan snek bentuk cincin@manik mengikut
warna. (PAMPL)
6. Kanak-kanak boleh menguntai snek bentuk cincin@manik ke dalam
tali@benang (PF)
7. Kanak-kanak boleh merasa teruja dapat membuat untaian snek@ manik
sepanjang yang boleh. (PSSKER)
BAHAN 1. Snek bijiran bentuk cincin pelbagai warna
2. Beberapa mangkuk plastik mengikut warna snek@ manik
3. Tali@ benang yang bersih
TEMPAT Ruang aktiviti pengasingan kanak-kanak
PELAKSANAAN AKTIVITI

1. Minta kanak-kanak duduk di dalam ruang penjarakan yang telah disediakan.


2. Pendidik memulakan aktiviti dengan sesi bermesra terlebih dahulu bersama kanak-kanak melalui
perbualan rutin.
3. Pendidik pastikan kanak-kanak telah bersedia untuk memulakan aktiviti.
4. Pendidik tanya kepada kanak-kanak samada kanak-kanak suka@pernah makan snek cincin ( Jika
guna manik, tak perlu tanya) Pendidik ambil kesempatan bercerita baik atau buruk memakan snek
ringan tersebut. (jika perlu)
5. Seterusnya, pendidik beritahu kepada kanak-kanak, apakah aktiviti yang akan dijalankan iaitu
memasukkan atau menguntai snek bentuk cincin@ manik ke dalam tali@benang yang bersih.
6. Pendidik ambil sekotak snek ringan (snek warna warni bentuk cincin), keluarkan dan letakkan
semangkuk snek bercampur warna itu di hadapan setiap kanak-kanak.
7. Letakkan 3 mangkuk berasingan warna juga di depan kanak-kanak. Beritahu kepada kanak-kanak
warna yang terdapat pada snek ringan tersebut dan minta kanak-kanak asingkan ke dalam
mangkuk yang berwarna sama dengan senek ringan tersebut. Tunjukkan dulu caranya, kemudian
minta kanak- kanak cuba buat.
8. Sekiranya kanak-kanak dapat mengasingkan snek ringan tersebut ke dalam mangkuk berasingan
mengikut warna, berikan mereka pujian. Sekiranya didapati ada kanak-kanak yang sukar
mengasingkan snek rinagn tersebut mengikut warna, terus tunjuk cara, beri galakan dan
bimbingan.
9. Terus beri kanak-kanak peluang mencuba sehingga dapat.
10. Seterusnya, pendidik keluarkan tali@ benang dan tunjuk kepada kanak-kanak bagaimana cara
memasukkan @menguntai snek ringan bentuk cincin tersebut@manik ke dalam tali@ benang
tersebut.
11. Beri galakan kepada kanak-kanak untuk menguntai sepanjang yang boleh. Sekali lagi pendidik boleh
beri pujian dan tepuk tangan tanda penghargaan kepada kanak-kanak.
12. Beri masa kanak-kanak buat aktiviti ini sehingga puas.
13. Tamatkan aktiviti dan ajak kanak-kanak mengemas Bersama. Ucapkan terima kasih

Perhatian :

1. Pastikan kanak-kanak sihat dan berada dalam keadaan fizikal dan emosi yang selesa.
2. Pastikan bahan yang digunakan adalah selamat dan tidak mendatangkan mudarat kepada kanak-
kanak.
3. Pastikan persekitaran adalah kondusif.
4. Pastikan kanak-kanak mencuci tangan sebelum dan selepas aktiviti.
5. Pastikan ada penjarakan sosial dan patuhi SOP.

Refleksi :
RANCANGAN PELAKSANAAN AKTIVITI (RPA) = PKP 7

UMUR KANAK-KANAK 3 – 4 tahun


BIL. KANAK-KANAK 5 orang
TAJUK AKTIVITI Pandainya buat corak kolaj kertas
BIDANG PERKEMBANGAN KREATIVITI DAN ESTETIKA
PERKEMBANGAN
KEBOLEHAN KANAK- Kanak-kanak sudah boleh menggunakan kepelbagaian idea dalam menghasilkan
KANAK sesuatu kreativiti.
OBJEKTIF 1. Kanak-kanak boleh menggunakan ideanya secara kreatif dalam
membuat corak dengan benang bulu dan menghasilkan kolaj kertas
(PKE)
2. Kanak-kanak boleh melekatkan kepingan kertas yang telah
digunting@dikoyakkan di atas corak benang (PF)
3. Kanak-kanak boleh berbual dengan pendidik mengenai apa yang
dilakukannya. (PBKLA)
BAHAN 1. Kertas warna saiz A4
2. Kertas pelbagai warna @ kertas majalah
3. Gunting dan gam
4. Benang bulu
TEMPAT Ruang aktiviti pengasingan kanak-kanak
PELAKSANAAN AKTIVITI

1. Minta kanak-kanak duduk di dalam ruang penjarakan yang telah disediakan. Sebelum mulakan
aktiviti, berbual dan bertanya khabar dulu kepada kanak-kanak
2. Lihat kesediaan kanak-kanak. Beritahu kepada kanak-kanak, apakah aktiviti yang akan dijalankan
iaitu menghasilkan kolaj kertas pelbagai saiz dan warna mengikut corak lingkaran benang.
3. Berikan kepada setiap kanak-kanak benang bulu, kertas warna A4 dan kertas warna@ majalah.
Letak semua bahan di hadapan kanak-kanak.
4. Mula-mula minta kanak-kanak gamkan benang bulu di atas kertas warna A4. Tunjukkan sedikit
caranya dn biar kanak-kanak hasilkan corak dari benang bulu tersebut mengikut idea dan
kreativitinya sendiri.
4. Seterusnya minta kanak-kanak koyakkan atau gunting kertas warna yang lain@kertas majalah
menjadi kepingan kecil pelbagai saiz. Tunjukkan contoh dan biar kanak-kanak koyak@gunting
kertas juga ikut kreativiti dan ideanya sendiri.
5. Tunjukkan pula cara lekatkan kepingan kertas di atas kertas lukisan@warna yang terdapat corak
lingkaran benang tersebut.
6. Berikan peluang kanak-kanak buat dan hias corak lingkaran benang tersebut mengikut ideanya
sendiri.
7. Beri pujian kepada kanak-kanak yang boleh hias corak lingkaran benang tersebut dengan kolaj
kertas.
8. Sekiranya ada kanak-kanak yang kelihatan sukar untuk buat aktiviti ini, berikan bimbingan dan
tunjuk cara.
9. Seterusnya ajak kanak-kanak berbual semula mengenai aktiviti yang telah dijalankan.
10. Teruskan lagi aktiviti ini sehingga kanak-kanak merasa puas.
11. Tamatkan aktiviti dan ucapkan terima kasih.
Perhatian :

1. Pastikan kanak-kanak sihat dan berada dalam keadaan fizikal dan emosi yang selesa.
2. Pastikan bahan yang digunakan adalah selamat dan tidak mendatangkan mudarat kepada kanak-
kanak.
3. Pastikan persekitaran adalah kondusif.
4. Pastikan kanak-kanak mencuci tangan sebelum dan selepas aktiviti.
5. Pastikan ada penjarakan sosial dan patuhi SOP.

Refleksi :
RANCANGAN PELAKSANAAN AKTIVITI (RPA) = PKP 8

UMUR KANAK-KANAK 3 – 4 tahun


BIL. KANAK-KANAK 5 orang
TAJUK AKTIVITI Di mana letaknya saya
BIDANG PERKEMBANGAN DERIA & PEMAHAMAN DUNIA PERSEKITARAN
PERKEMBANGAN
KEBOLEHAN KANAK- Kanak-kanak sudah tahu jenis kenderaan yang ada di persekitarannya.
KANAK
OBJEKTIF 1. Kanak-kanak boleh berfikir untuk memastikan kedudukan persekitaran
kenderaan bergerak mengikut jenis kenderaan ( PDPDP)
2. Kanak-kanak boleh melekatkan gambar kenderaan di kedudukan yang
betul. (PF)
3. Kanak-kanak boleh berbual bersama rakan-rakannya mengenai semua
jenis kenderaan dan keberadaannya.(PBKLA)
BAHAN 1. Satu poster besar menunjukkan kedudukan kenderaan.
2. Gambar persekitaran udara, jalanraya dan air untuk setiap kanak-kanak
3. Gambar objek jenis-jenis kenderan – udara, darat dan air, untuk setiap
kanak-kanak
TEMPAT Ruang aktiviti pengasingan kanak-kanak
PELAKSANAAN AKTIVITI

1. Minta kanak-kanak duduk di dalam ruang penjarakan yang telah disediakan. Mulakan aktiviti
dengan membuat pergerakan beserta bunyi satu jenis kenderaan ( contoh kereta) di dalam
kawasan penjarakan kanak-kanak.
2. Pastikan kesediaan kanak-kanak untuk meneruskan aktiviti ini.
3. Maklumkan aktiviti yang akan dijalankan iaitu mengenal kedudukan atau keberadaan jenis
kenderaan samada di darat, di air dan di udara.
4. Keluarkan poster besar gambar jenis beserta kedudukan@keberadaan kenderaan tersebut samada
di udara, di darat atau di air.
5. Beri penerangan kepada kanak-kanak secara jelas dan dengan cara yang mudah difahami oleh kanak-
kanak. Uji kefahaman kanak-kanak dengan bertanyakan soalan semula, dimanakah kedudukan
setiap jenis kenderaan tersebut.
6. Jika kanak-kanak didapati telah faham, berikan pujian kepada kanak-kanak.
7. Jika ada kanak-kanak yang masih kurang faham, terus beri penerangan menggunakan cara yang lebih
mudah difahami oleh kanak-kanak.
8. Berikan pula kepada setiap kanak-kanak, kertas lukisan@ A4 yang telah sedia ada gambar kawasan
persekitaran ( udara, darat, air)
9. Berikan juga gambar objek-objek kenderaan kepada setiap kanak-kanak.
10. Seterusnya, bagi memastikan kanak-kanak faham, minta kanak-kanak letakkan gam di belakang
objek jenis kenderaan dan tampal dalam gambar pada kawasan persekitaran yang betul. Tunjukkan
caranya terlebih dahulu.
11. Setelah siap tampalan, adakan dan galakkan perbualan sesama kanak-kanak berkaitan jenis
kenderaan dan kawasan kenderaan tersebut bergerak. Pendidik juga perlu merangsang kanak-
kanak untuk berbual.
12. Teruskan aktiviti sehingga kanak-kanak puas hati.
13. Tamatkan aktiviti dan ucapkan terima kasih.

Perhatian :

1. Pastikan kanak-kanak sihat dan berada dalam keadaan fizikal dan emosi yang selesa.
2. Pastikan bahan yang digunakan adalah selamat dan tidak mendatangkan mudarat kepada kanak-
kanak.
3. Pastikan persekitaran adalah kondusif.
4. Pastikan kanak-kanak mencuci tangan sebelum dan selepas aktiviti.
5. Pastikan penjarakan sosial dan patuhi SOP.

Refleksi :
RANCANGAN PELAKSANAAN AKTIVITI (RPA) = PKP 9

UMUR KANAK-KANAK 3 – 4 tahun


BIL. KANAK-KANAK 5 orang
TAJUK AKTIVITI Buah atau sayur?
BIDANG PERKEMBANGAN DERIA DAN PEMAHAMAN DUNIA PERSEKITARAN (PDPDP)
PERKEMBANGAN
KEBOLEHAN KANAK- Kanak-kanak sudah boleh tahu beza sayur dan buah
KANAK
OBJEKTIF 1. Kanak-kanak boleh kenalpasti buah atau sayur dan asingkan ikut
jenisnya (PDPDP)
2. Kanak-kanak boleh menggunting gambar buah dan sayur dan lekatkan
dalam kertas A4 yang berasingan (PF)
3. Kanak-kanak boleh bercerita semula mengenai buah dan sayur ( PBKLA)

BAHAN 1. Buku DIY – gambar sayur dan buah (Buku besar)


2. Gambar sayur dan buah ( untuk digunting)
5. Gunting dan gam
6. Kertas A4 kosong, ada tulisan ‘sayur’
7. Kertas A4 kosong, ada tulisan ‘buah’
TEMPAT Ruang aktiviti pengasingan kanak-kanak
PELAKSANAAN AKTIVITI

1. Minta kanak-kanak duduk di dalam ruang penjarakan yang telah disediakan.


2. Lihat kesediaan kanak-kanak. Ajak kanak-kanak berbual-bual terlebih dahulu mengenai sayuran
dan buah-buahan.
Namakan jenis buah yang kanak-kanak tahu.
Namakan jenis sayur yang kanak-kanak tahu
Mengapa mesti makan sayur dan buah?
Di mana sayur dan buah boleh didapati dan dibeli?
3. Terlebih dahulu, sediakan buku DIY tentang pelbagai sayuran dan buahan. Masukkan juga sayur
dan buah lain yang kanak-kanak baru kenal dan tahu.
4. Keluarkan buku besar tersebut dan tunjukkan kepada semua kanak-kanak.
5. Adakan sesi bercerita dan bersoal jawab mengenai sayur dan buah.
6. Beritahu kepada kanak-kanak yang mana satu boleh dikategorikan sebagai buah dan yang mana
boleh dikategorikan sebagai sayur. Ulang beberapa kali supaya kanak-kanak faham dan boleh
membezakan lebih banyar buah dan sayur yang lain.
7. Tanya kepada kanak-kanak,
Yang ini sayur atau buah?
8. Pastikan kanak-kanak boleh faham. Jika kanak-kanak telah faham, berikan pujian dan penghargaan.
9. Sebaliknya jika ada kanak-kanak yang masih keliru antara sayur dan buah yang lebih banyak,
gunakan pendekatan yang lebih mudah supaya kanak-kanak faham.
10. Seterusnya uji kefahaman kanak-kanak dengan meminta kanak-kanak melekatkan gambar buah
dan sayur di kertas A4 yang berlainan.
11. Sebelum itu, berikan kepada setiap kanak-kanak kertas yang ada gambar sayur dan buah. Minta
kanak-kanak gunting objek sayur dan buah tersebut serta tampalkan pada kertas berlainan.
12. Tunjukkan cara dan bimbing serta bantu kanak-kanak.
13. Teruskan aktiviti ini sehingga kanak-kanak merasa puas.
14. Tamatkan aktiviti, ajak kanak-kanak berkemas dan ucapkan terima kasih.

Perhatian :

1. Pastikan kanak-kanak sihat dan berada dalam keadaan fizikal dan emosi yang selesa.
2. Pastikan bahan yang digunakan adalah selamat dan tidak mendatangkan mudarat kepada kanak-
kanak.
3. Pastikan persekitaran adalah kondusif.
4. Pastikan kanak-kanak mencuci tangan sebelum dan selepas aktiviti.
5. Pastikan ada penjarakan dan patuhi SOP.

Refleksi :
RANCANGAN PELAKSANAAN AKTIVITI (RPA) = PKP 10

UMUR KANAK-KANAK 3 – 4 tahun


BIL. KANAK-KANAK 5 orang
TAJUK AKTIVITI Susunkan saya
BIDANG PERKEMBANGAN AWAL MATEMATIK DAN PEMIKIRAN LOGIK
PERKEMBANGAN
KEBOLEHAN KANAK- Kanak-kanak sudah boleh faham persamaaan sesuatu objek
KANAK
OBJEKTIF 1. Kanak-kanak boleh berfikir menyusun kedudukan objek berdasarkan
contoh yang diberi (PAMPL)
2. Kanak-kanak boleh menampalkan gambar objek bulat pada kedudukan
yang sama mengikut contoh yang diberi. (PF)
3. Kanak-kanak boleh fokus buat aktiviti ini secara mengikut giliran.
(PSSKER)
BAHAN 1. Carta berpetak kosong (seperti dalam gambar) . Buat satu carta yang
besar. Tampalkan pelekat pada setiap petak tersebut.
2. Carta berpetak yang mempunyai warna pada setiap petak ( saiz
sederhana besar)
3. Kepingan objek bulat berwarna (buat saiz besar yang sesuai
ditampalkan pada carta.) Tampalkan pelekat pada belakang setiap
kepingan objek bualat tersebut.

TEMPAT Ruang aktiviti pengasingan kanak-kanak


PELAKSANAAN AKTIVITI

1. Minta kanak-kanak duduk di dalam ruang penjarakkan yang telah disediakan. Pastikan kesediaan
kanak-kanak untuk mulakan aktiviti.
2. Tanyakan khabar kanak-kanak. Ajak kanak-kanak buat pergerakan ringkas dalam kawasan
penjarakkan masing-masing.
3. Beritahu aktiviti yang akan dijalankan iaitu menyusun objek mengikut contoh yang diberi.
4. Keluarkan carta petak yang besar dan bentangkan di ruang tengah yang kosong di hadapan semua
kanak-kanak. Letakkan juga carta berpetak yang berwarna di sebelah carta berpetak kosong
tersebut.
5. Pendidik tunjukkan bagaimana aktiviti ini dijalankan. Dengan melihat@merujuk kepada carta petak
berwarna yang pertama, pilih objek bulat berwarna yang sama.
6. Kemudiaannya, letakkan pada carta petak yang kosong.
7. Minta kanak-kanak pula yang buat aktiviti ini secara bergilir dengan memanggil nama kanak-kanak
seorang demi seorang. Beri peluang kanak-kanak mencuba dengan sentiasa beri galakan dan
dorongan.
8. Jika kanak-kanak dapat melekatkan objek bulat berwarna di petak yang betul, berikan pujian
kepadanya dan minta semua kawan tepuk tangan.
9. Sebaliknya jika kanak-kanak salah lekatkan objek bulat berwarna tersebut, berikan lagi kanak-kanak
peluang buat sekali lagi. Bimbing dan mudahkan kanak-kanak. Minta juga kawan-kawan yang lain
bertepuk tangan.
10. Teruskan aktiviti sehingga kanak-kanak puas bermain.
11. Tamatkan aktiviti, ajak berkemas dan ucapkan terima kasih.

Perhatian :

1. Pastikan kanak-kanak sihat dan berada dalam keadaan fizikal dan emosi yang selesa.
2. Pastikan bahan yang digunakan adalah selamat dan tidak mendatangkan mudarat kepada kanak-
kanak.
3. Pastikan persekitaran adalah kondusif.
4. Pastikan kanak-kanak mencuci tangan sebelum dan selepas aktiviti.
5. Pastikan penjarakkan sosial dan ikut SOP.

Refleksi :
RANCANGAN PELAKSANAAN AKTIVITI (RPA) = PKP 11

UMUR KANAK-KANAK 3 – 4 tahun


BIL. KANAK-KANAK 5 orang
TAJUK AKTIVITI Deria. Apa fungsinya?
BIDANG PERKEMBANGAN DERIA DAN PEMAHAMAN DUNIA PERSEKITARAN
PERKEMBANGAN
KEBOLEHAN KANAK- Kanak-kanak sudah boleh tahu anggota mukanya.
KANAK
OBJEKTIF 1. Kanak-kanak boleh tahu fungsi setiap anggota mukanya dan boleh beri
penerangan jelas (PDPDP))
2. Kanak-kanak boleh menggunakan jarinya untuk membuat corak
padanan deria dan fungsinya ( PF)
3. Kanak-kanak boleh menghasilkan campuran warna yang pelbagai
mengikut kreativitinya . (PKE)
BAHAN 1. Poster A4 gambar deria dan fungsinya dalam susunan seperti gambar
di atas. ( untuk setiap kanak-kanak)
2. Warna air
3. Bekas mencampurkan warna

TEMPAT Ruang aktiviti pengasingan kanak-kanak


PELAKSANAAN AKTIVITI
1. Bawa kanak-kanak ke ruang penjarakkan aktiviti. Minta kanak-kanak berdiri dan nyanyikan bersama
lagu ‘Head, Shoulders and knees” atau lagu anggota muka dalam versi bahasa melayu.
2. Minta kanak-kanak beritahu apakah anggota yang ada pada mukanya.
3. Beritahu pula kepada kanak-kanak mengenai fungsi anggota muka. Ajak kanak-kanak berbincang
lanjut dan bersoaljawab tentang fungsi anggota muka. Galakan kanak-kanak memberi contoh
fungsi setiap anggota muka.
Apa yang boleh dilihat dengan mata.
Apa yang boleh didengar dengan telinga.
Apa yang boleh dirasa dengan lidah
Apa yang boleh dihidu dengan hidung.
Apa yang boleh disentuh dengan jari.
Dan lain-lain.
4. Uji kefahaman kanak-kanak tentang fungsi anggota muka dengan memberi beberapa soalan. Beri
pujian jika kanak-kanak telah faham dan boleh bercerita lebih tentang fungsi anggota muka.
5. Jika ada kanak-kanak yang menunjukkan reaksi tidak faham atau masih kurang jelas, terus beritahu
dan bimbing mereka lagi.
6. Seterusnya beri kepada setiap kanak-kanak poster A4 gambar deria dan fungsinya. Biarkan kanak-
kanak melihat dan membelek poster itu dan jawab soalan kanak-kanak jika masih ada yang
bertanya tentang fungsi anggota muka.
7. Seterusnya beritahu juga kepada kanak-kanak aktiviti yang akan dilakukan iaitu memadankan
anggota muka dengan fungsinya.
8. Letakkan juga di hadapan kanak-kanak 1 set warna air dan bekas mencampurkan warna. Tunjukkan
cara mencampurkan dua atau tiga warna. Biarkan kanak-kanak mencampurkan warna mengikut
ideanya sendiri.
9. Tunjukkan cara bagaimana memadankan anggota muka dan fungsinya dengan menggunakan
celupan warna guna jari dari warna yang telah dicampurkan oleh kanak-kanak tadi.
10. Biarkan kanak-kanak mencuba dan buat aktiviti ini sehingga puas.
11. Tamatkan aktiviti dan ucapkan terima kasih dan sama-sama mengemas.

Perhatian :

1. Pastikan kanak-kanak sihat dan berada dalam keadaan fizikal dan emosi yang selesa.
2. Pastikan bahan yang digunakan adalah selamat dan tidak mendatangkan mudarat kepada kanak-
kanak.
3. Pastikan persekitaran adalah kondusif.
4. Pastikan kanak-kanak mencuci tangan sebelum dan selepas aktiviti.
5. Pastikan kanak-kanak memakai apron.
6. Pastikan ada penjarakkan sosial dan ikut SOP.

Refleksi :
RANCANGAN PELAKSANAAN AKTIVITI (RPA) = PKP 12

UMUR KANAK-KANAK 3 – 4 tahun


BIL. KANAK-KANAK 5 orang
TAJUK AKTIVITI Elakkan Covid 19
BIDANG PERKEMBANGAN DERIA DAN PEMAHAMAN DUNIA PERSEKITARAN
PERKEMBANGAN
KEBOLEHAN KANAK- Kanak-kanak sudah boleh faham tentang persekitarannya jika diberitahu dengan
KANAK jelas.
OBJEKTIF 1. Kanak-kanak boleh berfikir dan memahami risiko dan akibat dari
keadaan persekitarannya. (PDPDP)
2. Kanak-kanak boleh bersoal jawab dengan pendidik. (PBKLA)
3. Kanak-kanak boleh menghias poster atau bahan mengenai covid 19
mengikut idea kreativitinya sendiri (PKE)
BAHAN 1. Poster Gambar si Covid-19 saiz A4 ( tidak berwarna) untuk setiap
kanak- kanak
2. 1 Buku besar tentang Covid-19 (DIY)
3. Crayon untuk setiap kanak-kanak
4. Kertas warna dan gam (jika perlu)
TEMPAT Ruang aktiviti pengasingan kanak-kanak
PELAKSANAAN AKTIVITI

1. Kanak-kanak diminta duduk dalam ruangan aktiviti dalam penjarakkan yang diitetapkan.
2. Pendidik memastikan kesediaan kanak-kanak dengan bertanyakan khabar kanak-kanak terlebih
dahulu. Pendidik minta kanak-kanak cerita sedikit tentang keadaan mereka pagi ini ketika aktiviti
saringan masuk TASKA.
3. Pendidik beritahu bahawa aktiviti pada hari ini adalah berkaitan dengan rutin saringan ketika tiba di
TASKA. Mengapa mesti buat saringa kersihatan?
4. Pendidik keluarkan buku besar yang mengandungi bahan mengenai Covid
19 Dalam buku tersebut terdapat tentang:
i. Gambar imej Covid 19
ii. Apakah langkah yang perlu diikuti bagi menggelakkan Covid 19
iii. Ap aitu ‘hand sanitizer’
iv. Bagaimana cara mencuci tangan dengan betul guna ‘hand sanitizer’?
v. Apa perlu dilakukan apabila tidak sihat?
5. Pendidik mula bercerita mengenai Covid 19 dan perkara yang perlu diketahui dalam menjaga
kebersihan. Pendidik perlu gunakan pendekatan yang mudah difahami oleh kanak-kanak. Sambil
bercerita, pendidik tunjukkan gamnar-gambar di dalan buku besar tersebut.
6. Pendidik memastikan kanak-kanak boleh faham tentang perkara yang telah diterangkan.
7. Jika kanak-kanak menunjukkan yang mereka faham, berikan pujian kepada mereka. Sebaliknya
pendidik perlu terus bimbing dan berikan kefahaman yang mudah jika sebaliknya. Teruskan beri
galakan dan tunjukajar.
8. Pendidik galakkan kanak-kanak bersoal jawab dan berbual terus mengenai Covid 19 sambil
pendidik berikan jawapan yang jelas dan mudah difahami oleh kanak-kanak
9. Pendidik keluarkan satu poster Covid 19 tanpa warna dan berikan kepada setiap seorang kanak-
kanak. Pendidik minta kanak-kanak hiaskan poster tersebut samada ingin warna atau buat
tampalan. Pendidik tunjukkkan contoh.
10. Berikan masa kanak-kanak melakukan aktiviti ini sehingga kanak-kanak merasa puas.
11. Pendidik akhiri aktiviti ini. Ucapkan terima kasih dan ajka kanak-kanak berkemas bersama.
Perhatian :

1. Pastikan kanak-kanak sihat dan berada dalam keadaan fizikal dan emosi yang selesa.
2. Pastikan bahan yang digunakan adalah selamat dan tidak mendatangkan mudarat kepada kanak-
kanak.
3. Pastikan persekitaran adalah kondusif.
4. Pastikan kanak-kanak mencuci tangan sebelum dan selepas aktiviti.
5. Pastikan ada penjarakkan sosial dan patuhi SOP.

Refleksi :
RANCANGAN PELAKSANAAN AKTIVITI (RPA) = PKP 13

558UMUR KANAK- 3 – 4 tahun


KANAK
BIL. KANAK-KANAK 5 orang
TAJUK AKTIVITI Jom main gerakkan kereta
BIDANG PERKEMBANGAN AWAL MATEMATIK DAN PEMIKIRAN LOGIK
PERKEMBANGAN
KEBOLEHAN KANAK- Kanak-kanak sudah boleh memadan dan membezakan warna.
KANAK
OBJEKTIF 1. Kanak-kanak boleh memadankan warna kereta di kedudukan yang
betul mengikut warna corak garisan. (PAMPL)
2. Kanak-kanak boleh meggerakkan kereta mainan mengikut corak
garisan. (PF)
3. Kanak-kanak boleh berimiginasi sambal bercerita tentang aktiviti yang
sedang dilakukannya (PBKLA)
BAHAN 1. Kereta mainan { bilangan ikut keperluan setiap kanak-kanak)
2. Kertas Lukisan yang telah dibuat corak garisan mengikut warna . (
untuk setiap kanak-kanak)
TEMPAT Ruang aktiviti pengasingan kanak-kanak
PELAKSANAAN AKTIVITI

1. Minta kanak-kanak duduk di dalam ruang penjarakkan yang telah disediakan. Mulakan sesi dengan
bermesra dan berbual dulu dengan kanak-kanak. Tanyakan khabar dan keadaan diri kanak-kanak.
2. Jika kanak-kanak nampak telah bersedia, bolehlah beritahu kepada kanak-kanak apakah aktiviti
yang pendidik akan jalankan bersama kanak-kanak iaitu main dengan kereta kecil.
3. Keluarkan dulu kereta kecil yang mempunyai pelbagai warna berbeza dan beri kepada kanak-
kanak. Cuba tanya apa warna kereta tersebut.
4. Letakkan di hadapan kanak-kanak sehelai kertas lukisan yang telah tersedia corak garisan berwarna
seperti di dalam contoh gambar.
5. Beritahu kepada kanak-kanak apa yang perlu dilakukan atau bagaimana aktiviti ini dilaksanakan.
6. Minta kanak-kanak letak kereta warna yang sama di atas corak garisan warna yang sama.
Tunjukkan contoh supaya kanak-kanak lebih faham untuk memadankan warna kereta tersebut.
7. Berikan pujian jika kanak-kanak berjaya padankan kereta mengikut warna corak garisan. Sekiranya
ada kanak-kanak yang keliru, terus beri bimbingan, ajar dan bantu kanak-kanak.
8. Seterusnya, biarkan kanak-kanak bermain sendirian di dalam petak penjarakkan sosial mereka.
Minta kanak-kanak gerakkan kereta mengikut corak garisan tersebut satu persatu. Beri masa
kanak- kanak bermain.
9. Sambil itu, pendidik boleh mendekati kanak-kanak setiap seorang, dan cuba galakkan kanak-kanak
berbual dan bercerita mengenai aktiviti yang sedang dijalankan tersebut.
10. Sentiasa berikan dorongan dan galakan kepada kanak-kanak.
11. Berikan kanak-kanak peluang baut aktiviti ini sehingga mereka merasa puas.
12. Tamatkan aktiviti dan ucapkan terima kasih.
Perhatian :

1. Pastikan kanak-kanak sihat dan berada dalam keadaan fizikal dan emosi yang selesa.
2. Pastikan bahan yang digunakan adalah selamat dan tidak mendatangkan mudarat kepada kanak-
kanak.
3. Pastikan persekitaran adalah kondusif.
4. Pastikan kanak-kanak mencuci tangan sebelum dan selepas aktiviti.
5. Pastikan ada penjarakkan sosial dan ikut SOP

Refleksi :
RANCANGAN PELAKSANAAN AKTIVITI (RPA) = PKP 14

UMUR KANAK-KANAK 3 – 4 tahun


BIL. KANAK-KANAK 5 orang / 10 ORANG
TAJUK AKTIVITI Jom menyepit
BIDANG PERKEMBANGAN FIZIKAL
PERKEMBANGAN
KEBOLEHAN KANAK- Kanak-kanak sudah boleh menggunakan motor halusnya dengan baik.
KANAK
OBJEKTIF 1. Kanak-kanak boleh menyepit menggunakan penyepit baju (PF)
2. Kanak-kanak boleh kenalpasti warna yang sama dan memadankannya
mengikut warna yang sama (PAMPL)
3. Kanak-kanak boleh menyebut nama warna dengan jelas dalam Bahasa
Inggeris (PBKLA)

BAHAN 1. 1 DIY papan warna seperti di dalam gambar ( saiz besar)


2. Penyepit baju yang telah diwarnakan ikut warna tertentu ( bilangan
penyepit ikut kesesuaian)

TEMPAT Ruang aktiviti pengasingan kanak-kanak


PELAKSANAAN AKTIVITI

1. Minta kanak-kanak duduk di dalam ruang penjarakkan yang telah disediakan.


2. Mulakan aktiviti dengan menyanyikan satu lagu sambal membuat pergerakan ringkas mengikut
rentak lagu.
3. Lihat kesediaan kanak-kanak dan mulakan aktiviti dengan memberitahu kepada kanak-kanak yang
aktiviti hari ini adalah aktiviti main sepit baju. Tanya samada kanak-kanak kenal dan tahu kegunaan
sepit baju tersebut.
4. Sambil itu, beri kepada setiap kanak-kanak satu penyepit baju dan biarkan kanak-kanak mencuba
sepit baju tersebut terlebih dahulu.
5. Beritahu kepada kanak-kanak aktiviti yang akan dijalankan iaitu sepitkan papan berwarna
menggunakan penyepit baju berwarna.
6. Keluarkan papan berwarna tersebut (contoh seperti dalam gambar, sediakan 1 yang besar).
Letakkan ia di tempat yang sesuai.
7. Tunjukkan cara bagaimana sepitkan penyepit baju pada papan warna tersebut mengikut warna
pada penyepit. Padankan warna yang betul.
8. Buat aktiviti ini secara bergilir-gilir dan bertukar-tukar antara kanak-kanak. Beri peluang kepada
semua kanak-kanak gunakan semua penyepit baju berwarna yang ada padanya.
9. Minta kanak-kanak terus cuba buat sambil beri dorongan dan sokongan.
10. Berikan pujian kepada kanak-kanak yang berjaya sepitkan penyepit baju tersebut mengikut warna.
Sebaliknya terus bimbing kanak-kanak yang dilihat kurang faham.
11. Beritahu kepada kanak-kanak nama warna-warna pada papan warna tersebut dalam Bahasa
Inggeris. Ulang dan minta kanak-kanak sebut beberapa kali. Nyanyikan sebuah lagu berkaitan
warna dalam Bahasa Inggeris jika ada.
12. Teruskan aktiviti sehingga kanak-kanak puas hati.
13. Tamatkan aktiviti dan ucapkan terima kasih.

Perhatian :

1. Pastikan kanak-kanak sihat dan berada dalam keadaan fizikal dan emosi yang selesa.
2. Pastikan bahan yang digunakan adalah selamat dan tidak mendatangkan mudarat kepada kanak-
kanak.
3. Pastikan persekitaran adalah kondusif.
4. Pastikan kanak-kanak mencuci tangan sebelum dan selepas aktiviti.
5. Pastikan ada penjarakkan sosial dan ikut SOP.

Refleksi :
RANCANGAN PELAKSANAAN AKTIVITI (RPA) = PKP 15

UMUR KANAK-KANAK 3 – 4 tahun


BIL. KANAK-KANAK 5 orang
TAJUK AKTIVITI Do you see rainbow?
BIDANG PERKEMBANGAN DERIA DAN PEMAHAMAN DUNIA PERSEKITARAN
PERKEMBANGAN
KEBOLEHAN KANAK- Kanak-kanak sudah boleh faham tentang kejadian alam apabila diceritakan
KANAK
OBJEKTIF 1. Kanak-kanak boleh faham bagaimana pelangi terjadi. (PDPDP)
2. Kanak-kanak boleh menyanyikan lagu pelangi dan berbual tentangnya
(PBKL)
3. Kanak-kanak boleh mewarnakan pelangi menggunakan capan jari
BAHAN 1. Lukisan corak Pelangi ( besar dan berwarna)
2. Lukisan corak Pelangi ( saiz besar)
3. Warna air dan peralatan mewarna
TEMPAT Ruang aktiviti di halaman TASKA
PELAKSANAAN AKTIVITI

1. Bawa kanak-kanak ke kawasan persekitaran luar halaman TASKA . Pastikan ikut SOP yang telah
ditetapkan. Minta kanak-kanak berdiri dalam jarak 1 meter antara s atu sama lain di halaman
TASKA.(Jika tidak sesuai, aktiviti ini juga boleh dilakukan di dalam TASKA )
2. Minta kanak-kanak pandang alam di persekitarannya . Tanya, apa yang kanak-kanak nampak.
3. Kemudian tanyalagi, pernahkan kanak-kanak melihat Pelangi. Beritahu kepada kanak-kanak
bagaimana kejadian Pelangi dan di mana Pelangi akan muncul dan kelihatan.
4. Terus bercerita kepada kanak-kanak tentang Pelangi dan galakkan kanak-kanak tanyakan soalan
berkaitan.
5. Keluarkan gambar Pelangi berwarna yang besar. Sekali lagi ceritakan kepada kanak-kanak tentang
warna-warna pada Pelangi.
6. Jika kelihatan kanak-kanak telah faham tentang kejadian Pelangi, berikan pujian dan tepukan
kepadanya. Teruskan beri kefahaman secara lebih mudah jika ada kanak-kanak masih kurang
faham lagi.
7. Seterusnya ajak kanak-kanak nyanyi bersama-sama lagu tentang Pelangi. ( Ciptakan satu lagu yang
berkaitan)
8. Di halaman TASKA, ( pilih kawasan yang sesuai), letakkan gambar Pelangi besar yang belum
diwarnakan. Tunjuk cara bagaimana warnakan Pelangi guna capan jari.
9. Kemudian beri peluang kepada kanak-kanak untuk cuba warnakan setiap ruang Pelangi secara
bergilir-gilir. Setiap kanak-kanak yang selesai mewarna Pelangi, berikan mereka tepukan semangat.
10. Teruskan aktiviti sehingga kanak-kanak merasa puas.
11. Tamatkan aktiviti, ajak kanak-kanak sama-sama berkemas dan ucapkan terima kasih.
Perhatian :

1. Pastikan kanak-kanak sihat dan berada dalam keadaan fizikal dan emosi yang selesa.
2. Pastikan bahan yang digunakan adalah selamat dan tidak mendatangkan mudarat kepada kanak-
kanak.
3. Pastikan persekitaran adalah kondusif.
4. Pastikan kanak-kanak mencuci tangan sebelum dan selepas aktiviti.
5. Pastikan ada penjarakkan sosial dan ikut SOP.

Refleksi :
RANCANGAN PELAKSANAAN AKTIVITI (RPA) = PKP 16

UMUR KANAK-KANAK 3 – 4 tahun


BIL. KANAK-KANAK 5 orang
TAJUK AKTIVITI Kitaran sang telur ayam
BIDANG PERKEMBANGAN DERIA DAN PEMAHAMAN DUNIA PERSEKITARAN
PERKEMBANGAN
KEBOLEHAN KANAK- Kanak-kanak sudah boleh memahami perubahan jika diberitahu kepadanya.
KANAK
OBJEKTIF 1. Kanak-kanak boleh faham perubahan telur menjadi anak ayam. (PDPDP)
2. Kanak-kanak boleh menghias kulit telur mengikut kreativitinya sendiri
(PKE)
3. Kanak-kanak merasa teruja dapat memegang telur ayam (PSSEKR)
BAHAN 1. Telur ayam sebenar ( 1 biji, dipegang secara bergilir)
2. Telur ayam kosong dan telah dibersihkan ( untuk kreativiti)
3. Carta kitaran telur ayam ( 1 dan besar)
4. Gambar ayam dewasa ( 1 dan besar)
5. Magic Colour Pen

TEMPAT Ruang aktiviti pengasingan kanak-kanak


PELAKSANAAN AKTIVITI

1. Minta kanak-kanak duduk di dalam ruang penjarakkan yang telah disediakan. Buat sedikit senaman
ringan untuk ‘warm up’
2. Mulakan aktiviti dengan bertanyakan soalan kepada kanak-kanak mengenai ayam hidup. Beri
kanak- kanak pegang telur ayam sebenar secara bergilir-gilir ( Minta kanak-kanak berhati-hati
supaya telur tidak pecah)
3. Beritahu kepada kanak-kanak bagaimana kitaran hidup ayam.
Ayam bermula bagaimana?
Bagaimana ayam menetas?
Bagaimana rupa anak ayam?
Bagaimana bunyi anak ayam?
4. Pastikan kanak-kanak faham apa yang diberitahu oleh pendidik. Tunjukkan carta kitaran telur ayam
sehingga menjadi anak ayam.
5. Tanya semula beberapa soalan kepada kanak-kanak untuk memastikan mereka faham. Berikan
pujian.
6. Jika ada kanak-kanak masihi kurang jelas, ceritakan sekali lagi.
7. Setelah kanak-kanak faham, berikan kepada setiap kanak-kanak sebiji telur ayam yang sudah kosong.
Berikan juga beberapa batang marker pen atau ‘ magic colour pen’ kepada kanak-kanak.
8. Minta kanak-kanak fikir dan cuba buat apa sahaja corak atau contengan atau lakaran pada telur
sebut. Jika perlu, tunjukkan contoh.
9. Beri kanak-kanak peluang dan berikan mereka masa untuk merasa puas dengan aktiviti ini.
10. Setelah siap, minta kanak-kanak kemas bersama-sama.
11. Tamatkan aktiviti dan ucapkan terima kasih.
Perhatian :

1. Pastikan kanak-kanak sihat dan berada dalam keadaan fizikal dan emosi yang selesa.
2. Pastikan bahan yang digunakan adalah selamat dan tidak mendatangkan mudarat kepada kanak-
kanak.
3. Pastikan persekitaran adalah kondusif.
4. Pastikan kanak-kanak mencuci tangan sebelum dan selepas aktiviti.
5. Pastikan ada penjarakkan sosial dan ikut SOP.

Refleksi :
RANCANGAN PELAKSANAAN AKTIVITI (RPA) = PKP 17

UMUR KANAK-KANAK 3 – 4 tahun


BIL. KANAK-KANAK 5 orang
TAJUK AKTIVITI Masukkan ke kotak
BIDANG PERKEMBANGAN DERIA DAN PEMAHAMAN DUNIA PERSEKITARAN
PERKEMBANGAN
KEBOLEHAN KANAK- Kanak-kanak sudah boleh tahu persekitaran kawasan jenis kenderaan bergerak.
KANAK
OBJEKTIF 1. Kanak-kanak boleh berfikir untuk meletakkan gambar jenis kenderaan
di dalam kotak yang betul mengikut kawasannya. (PDPDP)
2. Kanak-kanak boleh mengambil satu gambar jenis kenderaan dan
bercerita sedikit tentang gambar tersebut. (PBKLA)
3. Kanak-kanak boleh menggayakan bagaimana kenderaan bergerak
dengan membuat contoh pergerakan berkaitan. (PF)
BAHAN 1. Kotak-kotak yang dilukis kawasan persekitaran yang sesuai untuk
kenderaan bergerak ( sediakan satu set untuk kegunaan Bersama
semua kanak-kanak)
2. Gambar-gambar jenis kenderaan (saiz ikut kesesuaian)( kuantiti
mencukupi dan sesuai untuk aktiviti ini)
TEMPAT Ruang aktiviti pengasingan kanak-kanak
PELAKSANAAN AKTIVITI

1. Minta kanak-kanak duduk di dalam ruang penjarakkan yang telah disediakan.


2. Mulakan aktiviti dengan bertanya kepada kanak-kanak , kenderaan apakah yang dinaikinya pagi ini.
(kebanyakannya tentu naik kereta)
3. Cuba tanya, di mana kereta bergerak.
4. Kemudian cuba tanya lagi secara spontan, di mana pula jenis kenderaan lain bergerak.
5. Beritahu kepada kanak-kanak aktiviti yang seterusnya akan dijalankan iaitu memasukkan jenis
kenderaan di dalam kotak persekitaran yang betul.
6. Aktiviti ini akan dijalankan secara bergilir dan dengan memberi peluang kepada semua kanak-
kanakmencuba@bergilir beberapa kali.
7. Kanak-kanak diminta ambil satu jenis kenderaan ( tutup mata) dari gambar-gambar kenderaan
yang diselerakkan di hadapan kotak-kotak persekitaran tersebut.
8. Minta kanak-kanak buka mata. Berikan tepukan kepadanya.
9. Minta kanak-kanak letakkan gambar yang dipilih di kotak persekitaran yang betul. Tunjukkan
caranya terlebih dahulu.
10. Sebelum meletakkan gambar yang dipilih di dalam kotak, kanak-kanak dikehendaki untuk bercerita
sedikit tentang gambar kenderaan yang dipilihnya.
11. Terus beri galakan lagi dan sekali lagi bimbing kanak-kanak meletakkan gambar jenis kenderaan di
kotak persekitaran yang betul.
12. Biarkan kanak-kanak mencuba sendiri beberapa kali untuk jenis kenderaan yang lain pula.
13. Jika kanak-kanak dapat buat aktiviti ini, berikan pujian dan terus terus beri bimbingan kepada
kanak- kanak lain yang kurang berjaya buat aktiviti ini.
14. Minta kanak-kanak sama-sama mengayakan pergerakan kenderakan di dalam ruang penjarakkan
sosial mereka. Tunjukkan caranya supaya kanak-kanak buat pergerakan kenderaan dengan betul.
15. Teruskan aktiviti ini sehingga kanak-kanak merasa puas.
16. Tamatkan aktiviti dan ucapkan terima kasih.

Perhatian :

1. Pastikan kanak-kanak sihat dan berada dalam keadaan fizikal dan emosi yang selesa.
2. Pastikan bahan yang digunakan adalah selamat dan tidak mendatangkan mudarat kepada kanak-
kanak.
3. Pastikan persekitaran adalah kondusif.
4. Pastikan kanak-kanak mencuci tangan sebelum dan selepas aktiviti.
5. Pastikan jaga penjarakkan sosial dan patuhi SOP

Refleksi :
RANCANGAN PELAKSANAAN AKTIVIT (RPA) = PKP 18

UMUR KANAK-KANAK 3 – 4 tahun


BIL. KANAK-KANAK 5 orang
TAJUK AKTIVITI Dari titik ke titik
BIDANG PERKEMBANGAN FIZIKAL
PERKEMBANGAN
KEBOLEHAN KANAK- Kanak-kanak sudah boleh memegang pensil dengan baik.
KANAK
OBJEKTIF 1. Kanak-kanak boleh membuat garisan dari satu titik ke satu titik dengan
menggunakan ‘magic colour pen’ . (PF)
2. Kanak-kanak boleh memadankan warna yang sama dari titik ke titik
(PAMPL)
3. Kanak-kanak boleh menghasilkan corak titik mengikut kreativitinya
sendiri (PKE)
BAHAN 1. Kertas Lukisan @kertas A4
2. 1 set ‘ Magic Colour Pen’ untuk setiap kanak-kanak
TEMPAT Ruang aktiviti pengasingan kanak-kanak
PELAKSANAAN AKTIVITI

1. Minta kanak-kanak duduk di dalam ruang penjarakkan yang telah disediakan.


2. Nyanyikan satu lagu biersama-sama untuk ‘warm up; sebelum aktivit bermula. Pastikan kesediaan
kanak-kanak.
3. Pendidik beritahu kepada kanak-kanak aktiviti pada hari itu iaitu membuat garisan dari titik ke titik.
4. Beri 1 set ‘ Magic Colour Pen’ kepada kanak-kanak. Minta kanak-kanak cuba pegang pen tersebut.
5. Beri pula kepada kanak-kanak sehelai kertas lukisan@ kertas A4 warna putih.
6. Minta kanak-kanak buat pelbagai bentuk warna titik di atas kertas tersebut. Tunjukkan caranya dan
kemudian biarkan kanak-kanak buat corak titik tersebut mengikut kreativitinya sendiri.
7. Dengan menggunakan ‘ Magic Colou Pen’ tunjukkan cara bagaimana membuat garisan dari satu titik
ke satu titik warna yang sama. Berikan kanak-kanak peluang mencuba aktiviti ini.
8. Jika kanak-kanak boleh membuat garisan dari titik ke titik dengan baik, berikan merka pujian
dengan bertepuk tangan.
9. Sekiranya ada kanak-kanak tidak boleh puan, pendidik harus terus beri dorongan dan bimbingan
sewajarnya.
10. Teruskan aktiviti sehingga kanak-kanak merasa puas.
11. Tamatkan aktiviti dan ucap terima kasih serta kemas Bersama.

Perhatian :

1. Pastikan kanak-kanak sihat dan berada dalam keadaan fizikal dan emosi yang selesa.
2. Pastikan bahan yang digunakan adalah selamat dan tidak mendatangkan mudarat kepada kanak-
kanak.
3. Pastikan persekitaran adalah kondusif.
4. Pastikan kanak-kanak mencuci tangan sebelum dan selepas aktiviti.
5. Pastikan jaga penjarakkan sosial dan patuhi SOP.
Refleksi :
RANCANGAN PELAKSANAAN AKTIVIT (RPA) = PKP 19

UMUR KANAK-KANAK 3 – 4 tahun


BIL. KANAK-KANAK 5 orang
TAJUK AKTIVITI Tampalkan yang sama
BIDANG PERKEMBANGAN AWAL MATEMATIK DAN PEMIKIRAN LOGIK
PERKEMBANGAN
KEBOLEHAN KANAK- Kanak-kanak sudah boleh berfikir dan menggambarkan ciri-ciri persamaan dan
KANAK perbezaan
OBJEKTIF 1. Kanak-kanak boleh memilih warna yang betul pada petak yang sesuai.
(PAMPL)
2. Kanak-kanak boleh menampalkan gambar segiempat dengan baik
pada petak-petak yang betul. (PF)
3. Kanak-kanak boleh tekun dan fokus semasa melakukan aktiviti ini secara
‘sosial distance’
BAHAN
1. Kertas berpetak telah diwarnakan – 1 dan besar
2. Kepingan-kepingan warna bersaiz segi empat yang sesuai. Bilangan
kepingan cukup untuk semua kanak-kanak.
3. Kertas A 4 berpetak tanpa warna untuk setiap kanak-kanak.
TEMPAT Ruang aktiviti pengasingan kanak-kanak
PELAKSANAAN AKTIVITI

1. Minta kanak-kanak duduk di dalam ruang penjarakan yang telah disediakan. Bermesra dengan
kanak-kanak terlebih dahulu sebelum memulakan aktiviti.
2. Keluarkan kertas berpetak yang telah diwarnakan. Minta kanak-kanak sebut bersama warna-warna
di dalam petak tersebut. Betulkan dan ajar jika salah.
3. Tampal kertas berpetak warna tersebut di ruang yang kanak-kanak boleh nampak dengan jelas dari
kawasan aktiviti.
4. Masukkan pula semua kepingan warna bersaiz segiempat ke dalam satu kotak besar untuk
mudahkan kanak-kanak memilih.
5. Minta kanak-kanak yang pertama sebut dengan jelas warna pada petak yang pertama, kemudian
pilih warna yang sama dengan warna yang disebut itu.
6. Seterusnya minta kanak-kanak yang kedua pula buat cara yang sama dan kemudiannya bergilir
dengan kanak-kanak yang lain.
7. Berikan sokongan dan dorogan kepada kanak-kanak. Puji kanak-kanak yang dapat buat aktiviti ini
dengan baik.
8. Bimbing lagi kanak-kanak yang masih kurang jelas cara aktiviti ini dijalankan.
9. Kemudiannya minta kanak-kanak tampalkan kepingan- kepingan segiempat berwarna tersebut di
kertas petak tanpa warna yang diberikan kepada setiap kanak-kanak.
10. Terus bimbing kanak-kanak buat aktiviti ini sehingga kanak-kanak merasa puas.
11. Tamatkan aktiviti dan ucapkan terima kasih.
Perhatian :

1. Pastikan kanak-kanak sihat dan berada dalam keadaan fizikal dan emosi yang selesa.
2. Pastikan bahan yang digunakan adalah selamat dan tidak mendatangkan mudarat kepada kanak-
kanak.
3. Pastikan persekitaran adalah kondusif.
4. Pastikan kanak-kanak mencuci tangan sebelum dan selepas aktiviti.
5. Pastikan jaga penjarakkan social dan patuhi SOP

Refleksi :
RANCANGAN PELAKSANAAN AKTIVITI(RPA) = PKP 20

UMUR KANAK-KANAK 3 – 4 tahun


BIL. KANAK-KANAK 5 orang
TAJUK AKTIVITI Kupas kulit telur
BIDANG PERKEMBANGAN DERIA DAN PEMAHAMAN DUNIA PERSEKITARAN
PERKEMBANGAN
KEBOLEHAN KANAK- Kanak-kanak sudah boleh menggunakan motor halusnya dengan baik
KANAK
OBJEKTIF 1. Kanak-kanak boleh melihat perubahan yang berlaku kepada sebiji telur
setelah dididihkan (PDPDP)
2. Kanak-kanak boleh mengupas kulit telur dengan jarinya(PF)
3. Kanak-kanak boleh beritahu apa yang telah berlaku kepada telur yang
mentah (PBKLA)
BAHAN 1. Sebiji telur mentah
2. Satu mangkuk kecil
3. Telur telah direbus untuk setiap kanak-kanak
4. Mangkuk kecil untuk setiap kanak-kanak
TEMPAT Ruang aktiviti pengasingan kanak-kanak
PELAKSANAAN AKTIVITI

1. Sebelum aktiviti, minta kanak-kanak cuci tangan terlebih dahulu. Kanak-kanak diminta duduk di
dalam ruang penjarakkan sosial yang telah disediakan.
2. Pecahkan sebiji telur di dalam mangkuk kecil dan tunjukkan kepada semua kanak-kanak seorang
demi seorang.
3. Ceritakan kepada kanak-kanak tentang telur yang masih mentah tersebut dan apakah yang akan
terjadi kepada telur yang telah direbus. Pastikan kefahaman kanak-kanak.
4. Uji pengetahuan kanak-kanak. Jika kanak-kanak telah faham, berikan pujian.
5. Jika kanak-kanak masih kurang faham, berikan lagi penerangan dan cuba fahamkan secara mudah.
6. Berikan sebiji telur rebus kepada setiap kanak-kanak dan satu mmangkuk kecil untuk meletakkan
kulit telur.
7. Tunjukkan cara mengupas kulis telus. Minta pula kanak-kanak mencubanya.
8. Beri bimbingan lagi.
9. Berikan peluang kanak-kanak teruskan aktiviti
10. Tamatkan aktiviti dan ucapkan terima kasih.

Perhatian :

1. Pastikan kanak-kanak sihat dan berada dalam keadaan fizikal dan emosi yang selesa.
2. Pastikan bahan yang digunakan adalah selamat dan tidak mendatangkan mudarat kepada kanak-
kanak.
3. Pastikan persekitaran adalah kondusif.
4. Pastikan kanak-kanak mencuci tangan sebelum dan selepas aktiviti.
5. Pastikan jaga penjarakkan sosial dan patuhi SOP
Refleksi :
RANCANGAN PELAKSANAAN AKTIVITI(RPA) = PKP 21

UMUR KANAK-KANAK 3 – 4 tahun


BIL. KANAK-KANAK 5 orang
TAJUK AKTIVITI Sana sini ada virus
BIDANG PERKEMBANGAN DERIA DAN PEMAHAMAN DUNIA PERSEKITARAN
PERKEMBANGAN
KEBOLEHAN KANAK- Kanak-kanak sudah boleh mempunyai kefahaman asas tentang penyakit
KANAK berjangkit.
OBJEKTIF 1. Kanak-kanak boleh faham tentang apa yang perlu dilakukan bagi
menggelakkan jangkitan penyakit (PDPDP)
2. Kanak-kanak boleh sebut lirik lagu dengan baik.(PBKLA)
3. Kanak-kanak boleh melakukan pergerakan semasa menyanyi. ( PF)
BAHAN 1. Gambar@poster Covid 19 untuk setiap kanak-kanak
2. Youtube lagu ‘ Di Sana Sini Virus’
5. Penutup muka
TEMPAT Ruang aktiviti pengasingan kanak-kanak
PELAKSANAAN AKTIVITI

1. Kanak-kanak diminta berdiri di dalam ruang penjarakan sosial yang telah disediakan. Minta kanak-
kanak buat sedikit senaman ringan.
2. Beri ucapkan Selamat Pagi atau salam kepada kanak-kanak sambil bertanyakan kesihatan kanak-
kanak pada hari itu. Kemudian cuba tanya, adakah kanak-kanak tahu virus penyakit berjangkit apa
yang boleh berada di persekitaran mereka sekarang.
3. Beritahu kepada kepada kanak-kanak tentang virus Covid 19, ancaman dan kesannya terhadap
kanak-kanak. Sambil beritahu keluarkan gambar atau poster besar berkaitan virus ini.
4. Cuba tanya soalan mudah kepada -kanak-kanak bagi menguji kefahaman mereka terhadap virus
Covid 19.
5. Sekiranya kanak-kanak dapat menjawab dengan baik, berikan mereka pujian. Sebaliknya jika kanak-
kanak didapati kurang faham dan tidak boleh beri jawapan kepada soalan yang diberi, pendidik
boleh ulang beritahu dan terangkan dengan cara mudah kepada kanak-kanak

6. Terus beri galakan dan sokongan kepada kanak-kanak sambil tunjukkan poster berkaitan.
7. Bagi mengukuhkan lagi kefahaman kanak-kanak mengenai Covid 19, pasangkan lagu you tube yang
berkaitan lirik Covid 19. Minta kanak-kanak nyanyi sebutan lirik bersama -sama.
8. Beri peluang kanak-kanak mencuba menyebut dan memahami lirik lagu tersebut.
Di sini virus
Di sana virus
Di mana-mana pun ada virus
jaga jarak
kita duduk satu
kita pakai topeng muka
kita cuci tangan

9. Sambil menyanyi pendidik minta kanak-kanak ikut pergerakan yang dilakukan oleh pendidik. Ulang
aktiviti ini beberapa kali.
10. Beri peluang kanak-kanak menyanyi dan bergerak dan seterusnya boleh faham tentang virus Covid
19.
11. Cuba uji semula kefahaman kanak-kanak.
12. Teruskan aktiviti sehingga kanak-kanak puas bermain dan ucapakan terima kasih.
11. Berikan peluang kanak-kanak teruskan aktiviti
12. Tamatkan aktiviti dan ucapkan terima kasih.

Perhatian :

1. Pastikan kanak-kanak sihat dan berada dalam keadaan fizikal dan emosi yang selesa.
2. Pastikan bahan yang digunakan adalah selamat dan tidak mendatangkan mudarat kepada kanak-
kanak.
3. Pastikan persekitaran adalah kondusif.
4. Pastikan kanak-kanak mencuci tangan sebelum dan selepas aktiviti.
5. Pastikan jaga penjarakan sosial dan patuhi SOP

Refleksi :
RANCANGAN PELAKSANAAN AKTIVITI(RPA) = PKP 22

UMUR KANAK-KANAK 3 – 4 tahun


BIL. KANAK-KANAK 5 orang
TAJUK AKTIVITI Conteng conteng dalam kertas
BIDANG PERKEMBANGAN KREATIVITI & ESTETIKA
PERKEMBANGAN
KEBOLEHAN KANAK- Kanak-kanak sudah boleh mempunyai idea dan imiginasi sendiri.
KANAK
OBJEKTIF 1. Kanak-kanak boleh membuat lakaran corak contengan mengikut idea
dan imiginasi mereka sendiri. (PKE)
2. Kanak-kanak boleh memegang pen marker dan menconteng@membuat
lakaran dengan baik (PF)
3. Kanak-kanak boleh mengekspirasikan keinginan dan kehendaknya di
atas kertas (PSSEKR)
BAHAN 1. Set pen marker ( apa-apa jenama)
2. Kertas mahjong. ( Satu kertas untuk seorang kanak-kanak)
TEMPAT Ruang aktiviti pengasingan kanak-kanak
PELAKSANAAN AKTIVITI

1. Bentangkan kertas mahjong dalam keadaan jarak. Minta setiap kanak-kanak duduk di atas@ di
tengah-tengah kertas mahjong tersebut. Seorang kanak-kanak untuk 1 kertas mahjong yang
dijarakkan 1 meter antara satu sama lain.
2. Beri ucapkan Selamat Pagi atau salam kepada kanak-kanak sambil bertanyakan kesihatan kanak-
kanak pada hari itu. Bermesra dahulu sambal berbual mengenai perkara yang berkaitan dengan
kanak-kanak.
3. Beritahu kepada kepada kanak-kanak tentang aktivtii yang akan dijalankan iaitu main conteng-
conteng ikut suka hati.
4. Berikan kepada setiap kanak-kanak beberapa batang pen marker berlain warna. Tunjukkan contoh
apa yang perlu dibuat – conteng@lakar di atas kertas mahjong.
5. Berikan kanak-kanak masa dan kebebasan untuk menconteng atau melakar apa sahaja corak atau
objek di atas kertas mahjong tersebut mengikut idea dan imiginasi mereka sendiri.
6. Berikan kanak-kanak galakan dan dorongan.
7. Puji kanak-kanak yang kelihatan teruja menconteng atau melakar apa sahaja di atas kertas
mahjong tersebut.
8. Cuba rangsang minat kanak-kanak jika didapati ada kanak-kanak yang pasif. Bantu jika kanak-kanak
tidak tahu ingin melakar apa di atas kertas mahjong tersebut.
9. Teruskan aktiviti , pantau, bimbing dan beri galakan kepada kanak-kanak sehingga mereka merasa
puas dengan aktiviti ini.
10. Akhiri aktiviti dengan mengajak kanak-kanak sama-sama bantu mengemas.
11. Ucapkan terima kasih dan cuci tangan selepas aktiviti.
Perhatian :

1. Pastikan kanak-kanak sihat dan berada dalam keadaan fizikal dan emosi yang selesa.
2. Pastikan bahan yang digunakan adalah selamat dan tidak mendatangkan mudarat kepada kanak-
kanak.
3. Pastikan persekitaran adalah kondusif.
4. Pastikan kanak-kanak mencuci tangan sebelum dan selepas aktiviti.
5. Pastikan jaga penjarakan sosial dan patuhi SOP

Refleksi :
RANCANGAN PELAKSANAAN AKTIVITI(RPA) = PKP 23

UMUR KANAK-KANAK 3 – 4 tahun


BIL. KANAK-KANAK 5 orang
TAJUK AKTIVITI Virtual tour to the Zoo
BIDANG PERKEMBANGAN DERIA & PEMAHAMAN DUNIA PERSEKITARAN
PERKEMBANGAN
KEBOLEHAN KANAK- Kanak-kanak sudah boleh kenal persekitaran sebenar di Zoo
KANAK
OBJEKTIF 1. Kanak-kanak boleh mendapat pengalaman mengenai persekitaran di
Zoo melalui alam maya pembelajaran secara online. (Virtual Tour)
(PDPDP)
2. Kanak-kanak boleh bercerita dan berbual mengenai apa yang mereka
lihat dalam skrin melalui pengalaman virtual tour tersebut (PBKLA)
3. Kanak-kanak boleh menzahirkan perasaan seronok dan teruja kerana
dapat pengalaman pembelajaran dalam norma baru (PSSEKR)
BAHAN 1. Peralatan untuk virtual tour
TEMPAT Ruang aktiviti pengasingan kanak-kanak
PELAKSANAAN AKTIVITI

1. Bawa kanak-kanak ke ruang aktiviti mengikut SOP. Bermesra dahulu dengan berbual-bual bersama
kanak-kanak berkaitan persekitaran pengalamannya.
2. Tanya kepada kanak-kanak, adakah kanak-kanak ingat kepada pengalaman melawat Zoo sebelum
ini. Tanya apa yang telah dilihat oleh kanak-kanak di Zoo.
3. Beritahu kanak-kanak, aktiviti pada hari ini iaitu melihat persekitaran di Zoo tetapi melalui
pengalaman maya – Virtual tour to Zoo.
4. Beritahu terlebih dahulu kepada kanak-kanak dan ingatkan kanak-kanak mengenai persekitaran
yang boleh dilihat di ZOO- ada haiwan dan pelbagai tumbuhan atau pokok dan lain-lain.
5. Sediakan peralatan yang perlu untuk tujuan pembelajaran secara virtual tersebut.
6. Tunjukkan kepada kanak-kanak guna youtube persekitaran Zoo seolah sedang membawa kanak-
kanak melawat ke Zoo.
7. Minta kanak-kanak beritahu dan sebut apa yang dilihatnya. Bincangkan bersama dengan kanak-
kanak.
8. Galakkan dan beri kanak-kanak sokongan dan galakan untuk terus sebut dan bincang apa yang
dilihatnya dalam persekitaran di Zoo tersebut.
9. Puji kanak-kanak yang boleh beri jawapan yang betul. Sebaliknya bombing kanak-kanak yang
kelihatan kurang menyerlah untuk memberi jawapan dan berbincang mengenai apa yang
dilihatnya.
10. Galakkan juga kanak-kanak terus berbual dan bercerita tentang apa yang telah dilihatnya di dalam
virtual tour to Zoo sebentar tadi.
11. Rangsang minat kanak-kanak untuk meneruskan aktiviti ini.
12. Akhiri aktiviti setelah kanak-kanak merasa puas bermain.
13. Ucapkan terima kasih dan cuci tangan selepas aktiviti.

Perhatian :

1. Pastikan kanak-kanak sihat dan berada dalam keadaan fizikal dan emosi yang selesa.
2. Pastikan bahan yang digunakan adalah selamat dan tidak mendatangkan mudarat kepada kanak-
kanak.
3. Pastikan persekitaran adalah kondusif.
4. Pastikan kanak-kanak mencuci tangan sebelum dan selepas aktiviti.
5. Pastikan jaga penjarakan sosial dan patuhi SOP

Refleksi :
RANCANGAN PELAKSANAAN AKTIVITI(RPA) = PKP 24

UMUR KANAK-KANAK 3 – 4 tahun


BIL. KANAK-KANAK 5 orang
TAJUK AKTIVITI Virtual tour to the Pastry shop
BIDANG PERKEMBANGAN DERIA & PEMAHAMAN DUNIA PERSEKITARAN
PERKEMBANGAN
KEBOLEHAN KANAK- Kanak-kanak sudah boleh kenal roti dan kek.
KANAK
OBJEKTIF 1. Kanak-kanak boleh mendapat pengalaman mengenai persekitaran di
kedai roti dan kek melalui alam maya pembelajaran secara online.
(Virtual Tour) (PDPDP)
2. Kanak-kanak boleh bercerita dan berbual mengenai apa yang mereka
lihat dalam skrin melalui pengalaman virtual tour tersebut (PBKLA)
3. Kanak-kanak boleh menzahirkan perasaan seronok dan teruja kerana
dapat pengalaman pembelajaran dalam norma baru (PSSEKR)
BAHAN 1. Peralatan untuk virtual tour
2. Kad imbasan gambar kek dan roti

TEMPAT Ruang aktiviti pengasingan kanak-kanak


PELAKSANAAN AKTIVITI

1. Mulakan aktiviti dengan bertanyakan khabar kepada kanak-kanak. Minta kanak-kanak berada di
dalam ruang penjarakan yang disediakan.
2. Tanya kepada kanak-kanak samada kanak-kanak suka makan roti dan kek. Beritahu kanak-kanak
kebaikan makan roti dan keburukan makan kek dalam kuantiti yang banyak.
3. Tanya samada kanak-kanak ingin melawat ke kedai roti dan kek. Beritahu juga kepada kanak-kanak
bahawa kita akan melawat kedai roti dan kek melalui virtual tour to pastry shop
4. Pendidik sediakan peralatan yang diperlukan untuk aktiviti virtual tour ini. Pasangkan youtube yang
berkaitan dan minta kanak-kanak tengok video tersebut dari mula hingga akhir.
5. Cuba tanya apa yang kanak-kanak dapat lihat di kedai roti dan kek tersebut.
6. Pendidik sebutkan apa yang ada di kedai roti dan kek dan kemudian minta kanak-kanak untuk
ulang sebut.
7. Pendidik keluarkan kad imbasan gambar beberapa jenis roti dan kek dan tanyakan samada kanak-
kanak dapat lihat roti dan kek yang sama atau tidak.
8. Minta kanak-kanak ulang sebut apa yang dapat dilihatnya dalam virtual tour to pastry shop
sebentar tadi. Jika kanak-kanak sebut dengan betul, ucapkan tahniah dan beri pujian lagi.
9. Sebaliknya jika kanak-kanak sebut yang salah atau kanak-kanak teragak untuk sebut, terus beri
bimbingan dan galakan lagi.
10. Ajak kanak-kanak sama-sama bercerita mengenai pengalaman virtual tour tersebut.
11. Teruskan aktiviti sehingga kanak-kanak merasa puas.
14. Akhiri aktiviti dengan ucapkan terima kasih dan cuci tangan selepas aktiviti.
Perhatian :

1. Pastikan kanak-kanak sihat dan berada dalam keadaan fizikal dan emosi yang selesa.
3. Pastikan bahan yang digunakan adalah selamat dan tidak mendatangkan mudarat kepada kanak-
kanak.
4. Pastikan persekitaran adalah kondusif.
5. Pastikan kanak-kanak mencuci tangan sebelum dan selepas aktiviti.
6. Pastikan jaga penjarakan sosial dan patuhi SOP

Refleksi :
RANCANGAN PELAKSANAAN AKTIVITI(RPA) = PKP 25

UMUR KANAK-KANAK 3 – 4 tahun


BIL. KANAK-KANAK 5 orang
TAJUK AKTIVITI SOAL JAWAB VIRUS
BIDANG PERKEMBANGAN BAHASA, KOMUNIKASI & LITERASI AWAL
PERKEMBANGAN
KEBOLEHAN KANAK- Kanak-kanak sudah boleh bersoal jawab mengenai perkara yang berlaku di
KANAK persekitarannya.
OBJEKTIF 1. Kanak-kanak boleh bersoal jawab setengah mendengar penceritaan
daripada pendidik mengenai Covid 19.(PBKLA)
2. Kanak-kanak boleh menzahirkan rasa bimbang dan prihatin mengenai
kemudaratan Covid 19 (PSSEKR)
3. Kanak-kanak boleh mewarnakan gambar menggunakan pergerakan
jarinya (PF)
BAHAN 1. Poster gambar berkaitan Covid 19
2. Warna Air
TEMPAT Ruang aktiviti pengasingan kanak-kanak
PELAKSANAAN AKTIVITI

1. Bawa kanak-kanak ke ruang penjarakan aktiviti. Pakaikan kanak-kanak dengan apron untuk aktiviti
ini.
2. Minta kanak-kanak melakukan aktiviti pergerakan tangan yang mudah sebelum memulakan aktiviti.
Buat bersama-sama.
3. Cuba beri soalan kepada kanak-kanak dan minta mereka memberikan jawapan. Galakkan sebentar
kanak-kanak bersoal jawab mengenai apa yang dilihat di persekitarannya.
4. Beritahu kepada kanak-kanak aktiviti yang akan dijalankan pada hari ini iaitu bercerita mengenai
Covid 19.
5. Pendidik boleh mula bercerita mengenai isu semasa tentang covid 19. Gunakan pendekatan
penceritaan yang menarik, mudah dan boleh difahami oleh kanak-kanak dengan jelas.
6. Selesai bercerita, cuba tanyakan soalan kepada kanak-kanak dan minta kanak-kanak menjawab.
7. Pendidik perlu merangsang kanak-kanak untuk bersoal jawab berkaitan penceritaan tadi.
8. Berikan pujian kepada setiap soalan dan jawapan dari kanak-kanak.
9. Pendidik perlu wujudkan rasa bimbang dan prihatin kanak-kanak terhadap kemudaratan Covid 19.
Beritahu kesan Covid 19 terhadap kesihatan manusia.
10. Uji kefahaman kanak-kanak dengan bertanyakan soalan mudah kepadanya.
11. Cuba pastikan kanak-kanak boleh faham dan terus bersoal jawab mengenainya.
12. Jika ada kanak-kanak kelihatan kurang aktif untuk bersoal jawab berkaitan penceritaan tadi, cuba
rangsang lagi dan berikan dorongan.
13. Kemudiannya berikan poster bergambar berkaitan Covid 19 kepada etiap kanak-kanak. Tunjukkan
cara bagaimana mewarnakan gambar tersebut menggunakan pergerakan jari. Gunakan warna air.
14. Teruskan aktiviti sehingga kanak-kanak merasa puas.
15. Akhiri aktiviti dengan mengajak kanak-kanak sama-sama bantu mengemas.
16. Ucapkan terima kasih dan cuci tangan selepas aktiviti.

Perhatian :

1. Pastikan kanak-kanak sihat dan berada dalam keadaan fizikal dan emosi yang selesa.
2. Pastikan bahan yang digunakan adalah selamat dan tidak mendatangkan mudarat kepada kanak-
kanak.
3. Pastikan persekitaran adalah kondusif.
4. Pastikan kanak-kanak mencuci tangan sebelum dan selepas aktiviti.
5. Pastikan jaga penjarakan sosial dan patuhi SOP

Refleksi :
RANCANGAN PELAKSANAAN AKTIVITI(RPA) = PKP 26

UMUR KANAK-KANAK 3 – 4 tahun


BIL. KANAK-KANAK 5 orang
TAJUK AKTIVITI BERSIHKAN TANGAN KITA
BIDANG PERKEMBANGAN DERIA & PEMAHAMAN DUNIA PERSEKITARAN
PERKEMBANGAN
KEBOLEHAN KANAK- Kanak-kanak sudah boleh maksud bersih
KANAK
OBJEKTIF 1. Kanak-kanak boleh faham mengapa menjaga kebersihan dapat
mengelakkan jangkitan Covid 19 (PDPDP)
2. Kanak-kanak boleh menghias poster mengikut kreativitinya sendiri (PKE)
3. Kanak-kanak boleh mengira berapa simbol virus ada di dalam poster
(PAMPL)

BAHAN 1. Poster botol sanitizer


2. Magic colour pen
TEMPAT Ruang aktiviti pengasingan kanak-kanak
PELAKSANAAN AKTIVITI

1. Mulakan aktiviti dengan membawa kanak-kanak mencuci tangannya terlebih dahulu. Selesai cuci
tangan, bawa kanak-kanak ke ruang aktiviti penjarakan sosial.
2. Tanya kepada kanak-kanak mengapa kita perlu mencuci tangan. Pastikan kanak-kanak telah faham
tujuan cuci tangan untuk menjaga kebersihan.
3. Beritahu kepada kanak-kanak bahawa mencuci tangan dengan betul juga dapat menggelakkan
virus jangkitan Covid 19. Beritahu kanak-kanak mengapa.
4. Uji kefahaman kanak-kanak dengan bertanyakan soalan mengenai perkara yang telah diberitahu
kepada kanak-kanak tadi.
5. Sekiranya kanak-kanak dapat menjawab dengan betul, berikan mereka pujian. Sebaliknya jika ada
kanak-kanak tidak dapat berikan jawapan yang betul, bimbing mereka dan berikan jawapan
kepadanya.
6. Fahamkan kepada kanak-kanak semula tentang kepentingan cuci tangan bagi mengelakkan virus
Covid 19.
7. Kemudiannya keluarkan poster botol sanitizer dan minta kanak-kanak hias poster tersebut
menggunakan magic colour pen. Tunjukkan sedikit caranya dan biarkan kanak-kanak menggunakan
kreativitinya sendiri.
8. Kira bersama kanak-kanak bilangan simbol virus yang ada di dalam gambar poster tersebut. Minta
kanak-kanak ulang sebut bilangan simbol virus tersebut.
9. Biarkan kanak-kanak meneruskan aktivitinya sehingga puas.
10. Akhiri aktiviti dengan mengajak kanak-kanak sama-sama bantu mengemas.
11. Ucapkan terima kasih dan cuci tangan selepas aktiviti.

Perhatian :

1. Pastikan kanak-kanak sihat dan berada dalam keadaan fizikal dan emosi yang selesa.
2. Pastikan bahan yang digunakan adalah selamat dan tidak mendatangkan mudarat kepada kanak-
kanak.
3. Pastikan persekitaran adalah kondusif.
4. Pastikan kanak-kanak mencuci tangan sebelum dan selepas aktiviti.
5. Pastikan jaga penjarakan sosial dan patuhi SOP

Refleksi :
RANCANGAN PELAKSANAAN AKTIVITI(RPA) = PKP 27

UMUR KANAK-KANAK 3 – 4 tahun


BIL. KANAK-KANAK 5 orang
TAJUK AKTIVITI
BIDANG PERKEMBANGAN KREATIVITI DAN ESTETIKA
PERKEMBANGAN
KEBOLEHAN KANAK- Kanak-kanak sudah boleh menunjukkan kreativitnya ketika melakukan aktiviti
KANAK kreatif.
OBJEKTIF 1. Kanak-kanak boleh menghias topeng muka mengikut citarasanya
sendiri. (PKE)
2. Kanak-kanak boleh bercerita dan berbual mengenai sebab mengapa
mesti memakai topeng muka (PBKLA)
3. Kanak-kanak boleh mengikat tali topeng muka sendiri ke mukanya dan
memakai dengan betul (PF)
BAHAN 1. Gambar topeng muka
2. Topeng muka sebenar untuk setiap kanak-kanak
3. Krayon
TEMPAT Ruang aktiviti pengasingan kanak-kanak
PELAKSANAAN AKTIVITI

1. Bawa kanak-kanak ke ruang aktiviti penjarakan sosial. Bermesra dahulu dengan kanak-kanak
sebelum memulakan aktiviti ini.
2. Beritahu kepada kanak-kanak bahawa aktiviti hari ini adalah untuk menghias topeng muka supaya
menjadi cantik.
3. Tunjukkan dulu contoh bagaimana untuk menghias topeng muka tersebut. Gunakan krayon yang
lembut untuk memudahkan kanak-kanak.
4. Beri peluang pula kanak-kanak untuk hias sendiri poster@gambar topeng muka tersebut mengikut
kreativitinya sendiri dengan menggunakan krayon.
5. Ucapkan tahniah kepada kanak-kanak yang berjaya menghias poster@gambar topeng muka
tersebut dengan idea kreativitnya sendiri. Terus berikan galakan lagib
6. Setelah kanak-kanak selesai hias poster@gambar topeng muka tersebut, ceritakan pula kepada
kanak-kanak apakah tujuan memakai topeng muka.
7. Setelah kanak-kanak mendengar apa yang pendidik beritahu, galakkan pula kanak-kanak bercerita
bersama rakan sebayanya mengenai kepentingan dan keperluan memakai topeng muka tersebut.
8. Beri pula topeng muka sebenar kepada setiap kanak-kanak. Pendidik perlu tunjukkan cara
bagaimana memakai dan mengikat topeng muka tersebut.
9. Teruskan aktiviti sehingga kanak-kanak merasa puas melakukan aktiviti ini.
10. Akhiri aktiviti dan ucapkan terima kasih kepada kanak-kanak.
11. Ucapkan terima kasih dan cuci tangan selepas aktiviti.
Perhatian :

1. Pastikan kanak-kanak sihat dan berada dalam keadaan fizikal dan emosi yang selesa.
2. Pastikan bahan yang digunakan adalah selamat dan tidak mendatangkan mudarat kepada kanak-
kanak.
3. Pastikan persekitaran adalah kondusif.
4. Pastikan kanak-kanak mencuci tangan sebelum dan selepas aktiviti.
5. Pastikan jaga penjarakan sosial dan patuhi SOP

Refleksi :
RANCANGAN PELAKSANAAN AKTIVITI(RPA) = PKP 28

UMUR KANAK-KANAK 3 – 4 tahun


BIL. KANAK-KANAK 5 orang
TAJUK AKTIVITI Kolaj kertas pokok
BIDANG PERKEMBANGAN KRAETIVITI DAN ESTETIKA
PERKEMBANGAN
KEBOLEHAN KANAK- Kanak-kanak sudah boleh membuat aktiviti kolaj yang pelbagai.
KANAK
OBJEKTIF 1. Kanak-kanak boleh membuat kolaj kertas untuk menghasilkan dahan
dan daun pada gambar pokok (PKE)
2. Kanak-kanak boleh menampalkan kolaj kertas pada batang pokok ,
menjadi seperti daun pada dahan pokok (PF)
3. Kanak-kanak boleh kenal jenis warna-warna yang ada pada gambar
kolaj kertas pokok tersebut (PAMPL)
BAHAN 1. Kertas berwarna
2. Gambar pokok dan dahannya
3. Gam
TEMPAT Ruang aktiviti pengasingan kanak-kanak
PELAKSANAAN AKTIVITI

1. Mulakan aktiviti dengan menyanyi bersama dengan kanak-kanak lagu ‘ tanya sama pokok’
2. Tanya kepada kanak-kanak, adakah kanak-kanak pernah melihat pokok dan beritahu kepada kanak-
kanak aktiviti pada hari ini iatu membuat kolaj kertas pokok.
3. Tanya lagi, adakah kanak-kanak pernah menghasilkan kolaj sebelum ini?
4. Sediakan bahan aktiviti di depan kanak-kanak. Kertas warna, gambar pokok dan dahannya serta gam.
5. Tunjukkan cara bagaimana aktiviti yang akan dijalankan iaitu menampal kertas untuk dijadikan
dahan pokok.
6. Beri peluang kepada kanak-kanak cuba buat kolaj tersebut dengan sendiri.
7. Jika kanak-kanak berjaya menghasilkan kolaj ini, berikan pujian kepadanya.
8. Sebaliknya jika ada kanak-kanak masih teragak untuk menampal kolaj kertas ini, tunjukkan lagi
caranya. Mudahkan kanak-kanak.
9. Beri masa untuk kanak-kanak meneruskan aktiviti ini.
10. Jika pendidik menggunakan kertas warna yang mudah, beritahu kanak-kanak warna apa yang ada
pada kertas kolaj tersebut.
11. Minta pula kanak-kanak sebut sekali lagi warna-warna yang dinyatakan tadi.
12. Ulang aktiviti dan teruskan sehingga kanak-kanak merasa puas hati.
13. Akhiri aktiviti dengan mengajak kanak-kanak sama-sama bantu mengemas.
14. Ucapkan terima kasih dan cuci tangan selepas aktiviti.
Perhatian :

1. Pastikan kanak-kanak sihat dan berada dalam keadaan fizikal dan emosi yang selesa.
2. Pastikan bahan yang digunakan adalah selamat dan tidak mendatangkan mudarat kepada kanak-
kanak.
3. Pastikan persekitaran adalah kondusif.
4. Pastikan kanak-kanak mencuci tangan sebelum dan selepas aktiviti.
5. Pastikan jaga penjarakan sosial dan patuhi SOP

Refleksi :
RANCANGAN PELAKSANAAN AKTIVITI(RPA) = PKP 29

UMUR KANAK-KANAK 3 – 4 tahun


BIL. KANAK-KANAK 5 orang
TAJUK AKTIVITI ITik berenang
BIDANG PERKEMBANGAN DERIA & PEMAHAMAN DUNIA PERSEKITARAN
PERKEMBANGAN
KEBOLEHAN KANAK- Kanak-kanak sudah boleh kenal dengan itik.
KANAK
OBJEKTIF 1. Kanak-kanak boleh tahu itik boleh berenang di dalam air (PDPDP)
2. Kanak-kanak boleh membuat tampalan dalam gambar persekitaran
yang diberikan (PF)
3. Kanak-kanak boleh berbualn mengenai itik dan anak itik menerusi
gambar yang ditunjukkan kepadanya (PBKLA)

BAHAN 1. Gambar itik, anak itik dan teratai yang telah digunting mengikut
bentuknya ( untuk setiap kanak-kanak)
2. Gambar persekitaran atas air yang telah diwarnakan. (untuk setiap
kanak-kanak)

TEMPAT Ruang aktiviti pengasingan kanak-kanak


PELAKSANAAN AKTIVITI

1. Ajak kanak-kanak ke ruang aktiviti yang dibenarkan.


2. Pastikan kanak-kanak berada dalam penjarakan sosial dan ajak kanak-kanak menyanyikan
bersama lagu ‘Anak Itik Tok wi’
3. Tanya kepada kanak-kanak siapa pernah melihat itik. Tunjukkan gambar itik kepada kanak-
kanak.
4. Tanya sekali lagi kepada kanak-kanak bagaimana itik bergerak? Lihat respon jawapan kanak-
kanak.
5. Beritahu kepada kanak-kanak yang itik boleh berenang di dalam air. Beritahu beberapa kali
supaya kanak-kanak boleh faham.
6. Tanyakan soalan kepada kanak-kanak untuk memastikan kanak-kanak telah faham.
7. Beri pujian jika kanak-kanak dapat menjawab jawapan dengan betul dan faham bahawa itik
boleh berenang di dalam air.
8. Jika ada kanak-kanak belum boleh faham, mudahkan kefahaman kanak-kanak dengan
bercerita sekali lagi kepadanya.
9. Kemudian berikan bahan aktiviti kepada kanak-kanak. Tunjukkan cara membuat tampalan
gambar itik, anak itik dan teratai di atas gambar persekitaran atas air tersebut.
10. Pendidik berikan pula peluang untuk kanak-kanak cuba tampal gambar itik, anak itik dan
teratai di atas gambar persekitran air.
11. Berikan galakan dan dorongan sekali lagi kepada kanak-kanak.
12. Selesai tampalan gambar tersebut, galakkan kanak-kanak berbual dan bercerita sesame rakan
sebayanya mengenai persekitaran pada gambar tampalan itik, anak itik dan teratai di atas air.
13. Teruskan aktiviti sehingga kanak-kanak puas dan ucapkan terima kasih.

Perhatian :

1. Pastikan kanak-kanak sihat dan berada dalam keadaan fizikal dan emosi yang selesa.
2. Pastikan bahan yang digunakan adalah selamat dan tidak mendatangkan mudarat kepada kanak-
kanak.
3. Pastikan persekitaran adalah kondusif.
4. Pastikan kanak-kanak mencuci tangan sebelum dan selepas aktiviti.
5. Pastikan jaga penjarakan sosial dan patuhi SOP

Refleksi :
RANCANGAN PELAKSANAAN AKTIVITI(RPA) = PKP 30

UMUR KANAK-KANAK 3 – 4 tahun


BIL. KANAK-KANAK 5 orang
TAJUK AKTIVITI Virtual Story telling (BM/Eng)
BIDANG PERKEMBANGAN SAHSIAH, SOSIOEMOSI DAN KEROHANIAAN
PERKEMBANGAN
KEBOLEHAN KANAK- Kanak-kanak sudah boleh mengikut peraturan yang ditetapkan.
KANAK
OBJEKTIF 1. Kanak-kanak boleh bekerjasama mengikut peraturan ketika sesi
bercerita online dijalankan. (PSSEKR)
2. Kanak-kanak boleh bercerita semula dari kisah yang diceritakan melalui
you tube. (PBKLA)
3. Kanak-kanak boleh membuat pergerakan meniru lakonan yang mereka
lihat di dalam you tube. (PF)
BAHAN 1. Laptop @komputer
2. LCD
TEMPAT Ruang aktiviti pengasingan kanak-kanak
PELAKSANAAN AKTIVITI

1. Bawa kanak-kanak ke ruang aktiviti penjarakan sosial.


2. Pilih apa-apa cerita kanak-kanak yang sesuai dari you tube samada versi BM atau Bahasa Inggeris.
(Pendidik boleh pilih dari awal, pastikan jalan cerita sesuai dengan kanak-kanak.
3. Beritahu kepada kanak-kanak aktiviti yang akan dijalankan iaitu mendengar dan melihat cerita dari
you tube.
4. Berikan peraturan kepada kanak-kanak sebelum youtube ditunjukkan kepada kanak-kanak.
Tunjukkan cara mematuhi peraturan yang telah ditetapkan untuk aktiviti ini.
- Duduk dengan tertib
- Jangan bising semasa youtube ditayangkan
- Beri perhatian
- Jangan ganggu kawan lain
( pendidik boleh tambah peraturan lain yang sesuai)

5. Minta kanak-kanak sebut dan ikut peraturan yang telah dinyatakan sebelum youtube story telling
ditayangkan kepada kanak-kanak.
6. Jika kanak-kanak berjaya mengikut peraturan yang telah ditetapkan, berikan mereka pujian.
7. Jika ada kanak-kanak sukar mematuhi peraturan tersebut, terus beri bimbingan lagi sehingga dia
faham.
8. Pasangkan youtube story telling tersebut. Minta kanak-kanak lihat dan dengar cerita dari youtube
tersebut sehingga selesai.
9. Kemudian, galakkkan kanak-kanak bercerita semula kisah yang dilihat dan didengar tadi. Rangsang
kanak-kanak untuk berbual dan bercerita bersama kawannya dan juga bersama pendidik.
10. Minta kanak-kanak cuba tiru apa sahaja pergerakan@lakunan dari youtube story telling tersebut.
Tunjukkan sekali lagi youtube tersebut supaya kanak-kanak boleh ingat semula lakonan atau
pergerakan yang ada.
11. Berikan kanak-kanak peluang melakukan aktiviti ini sehingga puas.
12. Akhiri aktiviti dengan mengucapkan terima kasih kepada kanak-kanak. Cuci tangan selepas aktiviti.

Perhatian :

1. Pastikan kanak-kanak sihat dan berada dalam keadaan fizikal dan emosi yang selesa.
2. Pastikan bahan yang digunakan adalah selamat dan tidak mendatangkan mudarat kepada kanak-
kanak.
3. Pastikan persekitaran adalah kondusif.
4. Pastikan kanak-kanak mencuci tangan sebelum dan selepas aktiviti.
5. Pastikan jaga penjarakan sosial dan patuhi SOP

Refleksi :

You might also like