You are on page 1of 76

Edisi 2023

SEJARAH STPM

PENYELARAS

PN. ZALNIDAMASNITA BINTI RAZALI


JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SELANGOR

JURULATIH UTAMA SEJARAH STPM


NEGERI SELANGOR

PN. SUAINA BT MANSOR (SMK TAMAN SELAYANG)


TN HAJI. ABDUL SUKOR BIN YUSOF (SMK SUNGAI CHOH)

GURU - GURU
EN. KHAIRIN BIN SHAREP (KTE SRI ISTANA)
EN. ROSAFIZAL BIN MOHD RAZI (KTE SULTAN ABDUL AZIZ)
EN. MUHAMMAD AZMAN BIN MAT JUSOH (KTE BANDAR UTAMA)
PN. ROZAIHA BINTI MAHMMUD (SMK CYBERJAYA)
PN. NIK HAZIRA BINTI GHAZALI (KTE SHAH ALAM)
PN. HANIZAH BINTI HASSAN (SMK SULTAN ABDUL AZIZ KAJANG INTEGRASI)
MODUL PERKASA ILMU SEJARAH DUNIA SEMESTER 1 2023 EDISI 2023

PERINCIAN TEMA
SEJARAH SEMESTER 1 940/1
SEJARAH DUNIA 1500 – 1955

TEMA 1 MASYARAKAT

TEMA 2 PEMERINTAHAN DAN


PENTADBIRAN

TEMA 3 KEMAJUAN DAN


PEMBANGUNAN

TEMA 4 NASIONALISME DAN


PEMBENTUKAN NEGARA
BANGSA

1
MODUL PERKASA ILMU SEJARAH DUNIA SEMESTER 1 2023 EDISI 2023

TEMA 1 : MASYARAKAT
1. BANDINGKAN CIRI-CIRI MASYARAKAT FEUDAL DI ENGLAND DAN JEPUN PADA ABAD
KE -16 MASIHI DAN 17 MASIHI.
(20 MARKAH)

2. BINCANGKAN CIRI-CIRI MASYARAKAT AGRARIA DI BELANDA PADA ABAD KE -16


MASIHI DAN 17 MASIHI
(20 MARKAH )

3. JELASKAN FAKTOR-FAKTOR PERKEMBANGAN AGRARIA DI CHINA PADA ABAD KE-16


MASIHI DAN 17 MASIHI.
(20 MARKAH)

4. HURAIKAN CIRI-CIRI MASYARAKAT MARITIM DI PORTUGAL PADA ABAD KE -16 MASIHI


HINGGA 17 MASIHI
(20 MARKAH)

5. BINCANGKAN FAKTOR-FAKTOR YANG MENYEBABKAN KEMUNCULAN MASYARAKAT


MARITIM DI JEPUN PADA ABAD KE -15 MASHI DAN 16 MASIHI.
(20 MARKAH)

6. BINCANGKAN FAKTOR-FAKTOR YANG MENDORONG KEMUNCULAN MASYARAKAT


INDUSTRI DI JERMAN PADA ABAD KE -18 MASIHI DAN 19 MASIHI.
(20 MARKAH)

2
MODUL PERKASA ILMU SEJARAH DUNIA SEMESTER 1 2023 EDISI 2023

Soalan 1

BANDINGKAN CIRI-CIRI MASYARAKAT FEUDAL DI ENGLAND DAN JEPUN


PADA ABAD KE-16 MASIHI DAN 17 MASIHI.

Pendahuluan

• Masyarakat Feudal merupakan masyarakat berhierarki yang mempunyai susun lapis


tersendiri. Dalam masyarakat feudal, kedudukan, kuasa dan status setiap lapisan
ditentukan melalui penguasaan terhadap tanah.
• Masyarakat feudal muncul di England pada zaman pertengahan manakala masyarakat
feudal di Jepun muncul pada zaman Kamakura. Masyarakat feudal yang muncul di
England dan Jepun mempunyai persamaan dan perbezaan.
Isi-isi penting

Isi 1: Kewajipan Peribadi


England

• Dalam masyarakat feudal wujud hubungan peribadi antara Lord (tuan tanah) dan Vassal
(penyewa tanah).
• Kedua-dua pihak saling bertanggungjawab antara satu sama lain demi kepentingan
bersama.
• Dalam konteks ini, golongan tuan tanah memberi perlindungan manakala golongan
penyewa tanah menawarkan perkhidmatan tentera.
• Menjelang abad ke-16 Masihi dan 17 Masihi, kedudukan raja di England menjadi
semakin kukuh. Perkembangan ini menyebabkan raja tidak bergantung kepada
golongan bangsawan bagi mendapatkan bantuan ketenteraan.
Jepun
• Dalam masyarakat feudal, wujud hubungan peribadi antara Shogun dan Daimyo.
• Shogun menyerahkan tanah kepada golongan Daimyo yang setia kepadanya. Sebagai
balasan Daimyo akan membantu Shogun dalam pentadbiran dan ketenteraan. Dalam
hal ini, kedua-dua pihak saling bertanggungjawab kepada kepentingan bersama.
Golongan Shogun memberi perlindungan manakala Daimyo menawarkan
perkhidmatan dalam pentadbiran dan ketenteraan.

Isi 2 : Mobiliti Sosial


England

• Dalam masyarakat feudal pada zaman pertengahan, setiap lapisan masyarakat


mempunyai kedudukan ekonomi dan politik yang berlainan.
• Dalam masyarakat feudal, perubahan dan kedudukan sosial, politik dan ekonomi
menyebabkan berlakunya mobiliti sosial dalam masyarakat.

3
MODUL PERKASA ILMU SEJARAH DUNIA SEMESTER 1 2023 EDISI 2023

• Rakyat biasa dibenarkan menyandang jawatan-jawatan penting dalam kerajaan


yangdimonopoli oleh golongan bangsawan.

Jepun
• Masyarakat feudal di Jepun terdiri daripada beberapa lapisan masyarakat yang
mempunyai kedudukan sosial, ekonomi dan politik yang berlainan.
• Kedudukan dan status masyarakat feudal ditentukan berdasarkan keturunan dan kelas.
• Dalam masyarakat feudal Jepun, perubahan status dan mobiliti sosial jarang berlaku.

Isi 3 : Perkongsian Kuasa


England
• Menjelang abad ke- 6 Masihi dan 17 Masihi, berlaku perubahan dalam kedudukan dan
kuasa raja sebagai pemerintah mutlak di England.
• Perselisihan antara raja dan parlimen bagi mengukuhkan kedudukan dan kuasa bermula
semasa pemerintahan Dinasti Stuarts
• Menjelang pemerintahan Raja Charles 1,kuasa mutlak yang dimiliki oleh raja berakhir
apabila Pengisytiharan Hak ditandatangani.
• Perkembangan ini menyebabkan raja perlu mendapat persetujuan daripada parlimen
dalam menjalankan pemerintahan.
• Perkembangan ini menyebabkan wujud perkongsian kuasa melibatkan raja dengan
parlimen.

Jepun
• Dalam sistem feudal, di Jepun tiada perkongsian kuasa antara pemerintah dengan badan
perwakilan.
• Shogun mempunyai kuasa mutlak dalam menjalankan pemerintahan dan pentadbiran
negara.
• Shogun mengambil langkah-langkah unutk mengukuhkan kedudukan pengaruhnya.
• Undang-undang dan peraturan diperkenalkan bagi mengurangkan pengaruh maharaja
dan golongan Daimyo.

Isi 4 : Pemilikan Tanah


England
• Pada zaman pertengahan masyarakat feudal di England bergantung kepada tanah untuk
menjalankan kegiatan ekonomi.
• Golongan pemerintah memberikan anugerah tanah kepada golongan bangsawan
• Sebagai balasan, golongan bangsawan menyediakan bantuan tentera kepada
pemerintah.
• Menjelang abad ke-16 Masihi dan 17 Masihi, perubahan dalam sistem ekonomi
menyebabkan masyarakat tidak bergantung kepada tanah.
• Masyarakat pada zaman ini melibatkan diri dalam kegiatan ekonomi pertanian
komersial dan perindustrian.

4
MODUL PERKASA ILMU SEJARAH DUNIA SEMESTER 1 2023 EDISI 2023

Jepun
• Pada zaman Keshogunan Tokugawa, wilayah ditadbir oleh Vassal yang setia
kepada Shogun. Shogun mengurniakan tanah kepada golongan tuan tanah yang setia
kepadanya. Tuan tanah yang setia akan mengawasi gerak-geri Daimyo yang diragui
kesetiaannya.
• Shogun bertindak merampas tanah daripada Daimyo yang menentang
pemerintahannya.
• Tanah yang dirampas akan diserahkan kepada Daimyo yang setia kepadanya.
• Shogun melantik pegawai-pegawai untuk mentadbir dan menguruskan tanah miliknya.

Kesimpulan
• Pada umumnya terdapat persamaan dalam sistem feudal yang diamalkan di England
dan Jepun. Antara persamaan yang ketara adalah dalam aspek pemilikan tanah,
mobiliti sosial dan kewajipan peribadi.
• Dari segi perbezaan jelas ketara masyarakat feudal Jepun tidak mengamalkan
perkongsian kuasa seperti yang terdapat dalam masyarakat feudal di England.
• Menjelang abad ke-16 Masihi dan 17 Masihi, wujud perubahan dalam struktur ,
peranan dan kedudukan Masyarakat feudal di England.

5
MODUL PERKASA ILMU SEJARAH DUNIA SEMESTER 1 2023 EDISI 2023

Soalan 2

BINCANGKAN CIRI-CIRI MASYARAKAT AGRARIA DI BELANDA PADA ABAD


KE 16 MASIHI DAN 17 MASIHI
Pengenalan:

• Menjelang abad ke-16 Masihi dan abad 17 Masihi, Belanda telah mengalami
perkembangan yang pesat dalam bidang pertanian. Masyarakat Belanda menggunakan
kaedah dan teknologi yang lebih maju dalam bidang pertanian.
• Penggunaan teknologi baru dalam bidang pertanian dan penternakan menyebabkan
lahir masyarakat agraria di Belanda. Ciri-ciri masyarakat agraria di Belanda dapat
dikesan dalam aspek kegiatan ekonomi, petempatan, pengetahuan dalam sistem
pengairan, memelihara kesuburan tanah dan teknologi pertanian.

Isi 1: Aspek Kegiatan Ekonomi


• Dari aspek kegiatan ekonomi, menjelang abad ke-16 Masihi dan 17 Masihi, berlaku
pertambahan penduduk di kawasan bandar di Belanda.
• Peningkatan penduduk menyebabkan aktiviti pertanian dapat dijalankan secara
ekstensif. Kegiatan pertanian yang dijalankant ermasuk penanaman sayur-sayuran,
bijirin dan tanaman dagangan. Contohnya seperti, bawang, barli dan biji Kol. Selain
itu, pada abad ke-17 Masihi, aktiviti penternakan dijalankan secara giat di bahagian
timur Belanda.
• Perkembangan sektor penternakan didorong olehpertambahan penduduk yang berlaku
di Belanda sekitar abad ke-16 Masihi dan 17 Masihi. Petani dan penternak di Belanda
terlibat dalam aktiviti penternakan lembu dan kambing.
• Perkembangan pesat dalam bidang penternakan adalah seperti penternakan lembu
dijalankan di Holland dan Friesland manakala penternakan kambing pula dijalankan di
Pulau Taxel, Wieringen dan Pulau Grind.

Isi 2 : Berpengetahuan Dalam Aspek Kesuburan Tanah


• Selain itu, dari aspek kesuburan tanah pula, petani di Belanda mempunyai pengetahuan
yang tinggi dalam memelihara kesuburan tanah.
• Mereka mengekalkan kesuburan tanah pertanian dengan memugar tanah pertanian,
menggunakan baja asli, membuang rumput dan tanaman perosak.
• Mereka menggunakan baja asli daripada najis ternakan untuk mengekalkan
kesuburan tanah. Masyarakat agraria mengamalkan sistem tanaman giliran untuk
memelihara kesuburan tanah.

Isi 3: Petempatan
• Seterusnya, dari aspek petempatan pula, petempatan masyarakat agraria terletak di
kawasan pinggir pantai yang amat subur untuk aktiviti pertanian.

6
MODUL PERKASA ILMU SEJARAH DUNIA SEMESTER 1 2023 EDISI 2023

• Masyarakat agraria menjalankan usaha menebus guna tanah untuk meluaskan


kawasan pertanian. Menjelang tahun 1680, tanah pertanian seluas 127 000 hektar
ditebus guna untuk menjalankan aktiviti pertanian.
• Antara petempatan yang terletak di kawasan yang ditebus guna ialah Pulau Zuid-
Beveland, Middlezee, Oud-Beijerland dan New-Beijerland.
• Petempatan masyarakat agraria terletak dikawasan Friesland, Zeeland, Flanders dan
Utrect.

Isi 4: Berkemahiran Dalam Sistem Pengairan


• Ciri yang keempat ialah dari aspek sistem pengairan. Masyarakat agraria mempunyai
kemahiran dan pengetahuan yang tinggi dalam teknologi pengairan.
• Mereka mendirikan kincir angin untuk menyalurkan air dari tanah yang ditebus guna
bagi tujuan pertanian.
• Selain itu,Kegiatan tebus guna dilakukan kerana sebahagian besar tanah pertanian yang
subur terletak dibawah paras laut.
• Masyarakat agraria Belanda juga menambak tanah bagi menebus guna tanah untuk
menjalankan aktiviti pertanian.

Isi 5: Mempunyai pengetahuan dalam teknologi pertanian


• Akhir sekali, ciri akhir ialah dari aspek peningkatan teknologi. Menjelang abad ke-16
Masihi dan 17 Masihi, berlaku kemajuan pesat dalam teknik dan kaedah pertanian di
Belanda.
• Mengikut catatan pengembara dari England, Perancis, Jerman dan Itali, kegiatan
pertanian di Belanda amat maju berbanding negara-negara Eropah yang lain.
• Antara kemajuan yang berlaku dalam bidang teknologi pertanian di Belanda adalah
sistem penggiliran tanaman, sistem penanaman rumput ternakan, sistem batas, sistem
penanaman deretan dan penciptaan peralatan pertanian.
• Teknologi pertanian masyarakat agraria di Belanda telah disebarkan ke negara negara
lain.

Kesimpulan
• Kesimpulannnya, masyarakat agraria di Belanda pada abad ke-16 Masihi dan 17
Masihi mempunyai ciri-ciri tersendiri. Mereka memainkan peranan penting dalam
perkembangan ekonomi menerusi penglibatan dalam bidang pertanian dan
penternakan.
• Mereka turut memberi sumbangan dalam peningkatan teknologi pertanian seperti
sistem penggiliran tanaman, sistem pengairan dan teknologi memmelihara kesuburan
tanah.
• Kegigihan masyarakat agraria menyebabkan negara Belanda muncul sebagai negara
yang paling maju dalam bidang pertanian di Eropah pada abad ke-16 Masihi dan 17
Masihi.

7
MODUL PERKASA ILMU SEJARAH DUNIA SEMESTER 1 2023 EDISI 2023

Soalan 3
JELASKAN FAKTOR-FAKTOR PERKEMBANGAN AGRARIA DI CHINA PADA
ABAD KE 16 MASIHI DAN ABAD 17 MASIHI.
Pengenalan
• Menjelang abad ke 16 Masihi dan 17 Masihi, berlaku perkembangan pesat dalam
bidang pertanian di negara China. Perkembangan dalam pertanian telah menyaksikan
kemunculan Masyarakat agraria di China
• Masyarakat agraria di China terlibat dalam aktiviti pertanian sara diri dan penanaman
tanaman komersial.
• Mereka memperkenalkan pelbagai kaedah baharu dan teknologi baharu dalam bidang
pertanian
• Pengenalan teknologi baharu telah menyebabkan sektor pertanian berkembang pesat
dan berlaku dalam pengeluaran hasil pertanian.

Isi 1: Teknologi Peralatan


• Masyarakat agraria di China juga mempunyai kemahiran dalam teknologi peralatan
• Mereka mencipta pelbagai jenis peralatan baharu untuk meningkatkan pengeluaran
hasil pertanian. Contohnya, mereka mencipta tenggala penabur benih untuk menabur
benih dalam barisan yang lurus
• Selain itu, mereka juga mencipta peralatan lain seperti penyisir tanah, penggiling, dan
kolar kuda. Kereta sorong beroda dua dicipta untuk memudahkan barang-barang
diangkut.
• Penggunaan teknologi peralatan menyebabkan berlaku lebihan hasil dalam
pengeluaran hasil pertanian.

Isi 2: Kesuburan Tanah


• Masyarakat agraria di China mempunyai pengetahuan memlihara kesuburan tanah
pertanian
• Mereka mengamalkan sistem penanaman bergilir untuk memelihara kesuburan tanah
pertanian. Di samping itu, petani juga menggunakan baja secara meluas bagi
meningkatkan pengeluaran hasil pertanian
• Disamping itu, petani juga menggunakan baja secara meluas bagi meningkatkan hasil
pertanian.

Isi 3 :Teknologi Pengairan


• Masyarakat agraria mempunyai kemahiran tinggi dalam teknologi pengairan.
• Mereka mempunyai kemahiran dalam membina terusan dan mengawal aliran air
sungai. Terusan dibina untuk mengalirkan air ke kawasan pertanian, mengelakkan
banjir dan mengangkut hasil pertanian.
• Bekalan air disalurkan ke kawasan pertanian dari kolam takungan air.
• Empangan juga dibina bagi membekalkan air yang mencukupi bagi mengairi kawasan
pertanian. Tambahan pula projek pengairan dijalankan oleh pemerintah untuk mengairi
kawasan pertanian

8
MODUL PERKASA ILMU SEJARAH DUNIA SEMESTER 1 2023 EDISI 2023

• Contohnya, projek pengairan di Sichuan mengairi kawasan tanah pertanian seluas


2000000 hektar.

Isi 4: Kaedah Pertanian Baharu


• Masyarakat agraria di China juga menggunakan pelbagai kaedah baharu dalam
pertanian.
• Antara kaedah yang digunakan ialah sistem penanaman bergilir, tanaman dua
pusiangan dan pengkhususan dalam pertanian.
• Disamping itu, sistem penanaman dua musim juga di perkenalkan di negara China.
Ekoran itu terdapat beberapa tanaman baharu diperkenalkan seperti jagung, ubi
kentang, dan kekacang.

Kesimpulan
• Jelas ternyata masyarakat agraria di China telah mencapai kemajuan yang tinggi dalam
teknologi pertanian.
• Perkembangan dalam teknologi pertanian menyebabkan pelbagai jenis peralatan dicipta
• Selain itu, masyarakat agraria juga memperkenalkan pelbagai kaedah pertanian baharu
dan tanaman baharu
• Perkembangan ini menyebabkan berlaku pertambahan dalam pengeluaran hasil
pertanian dan peningkatan dalam keluasan kawasan tanah pertanian.

9
MODUL PERKASA ILMU SEJARAH DUNIA SEMESTER 1 2023 EDISI 2023

Soalan 4

HURAIKAN CIRI-CIRI MASYARAKAT MARITIM DI PORTUGAL PADA ABAD


KE- 16 MASIHI HINGGA ABAD 17 MASIHI.
Pendahuluan

• Masyarakat maritim bermaksud masyarakat yang menjalankan kegiatan ekonomi


berasaskan kelautan seperti perdagangan, perikanan, mengumpul hasil laut, perkapalan
dan penerokaan.
• Portugal telah muncul sebagai negara perintis dalam kegiatan maritim sejak abad
ke-15 Masihi lagi dan terus muncul sebagai kuasa maritim yang unggul pada abad ke-
16 Masihi dan 17 Masihi.
• Sememangnya masyarakat Portugal memaparkan ciri-ciri masyarakat maritim yang
jelas.
Isi 1: Kegiatan masyarakat.
• Salah satu ciri masyarakat maritim di Portugal ialah kegiatan masyarakatnya.
• Kegiatan ekonomi utama masyarakat Portugal ialah perdagangan.
• Kegiatan perdagangan telah dijalankan di pelabuhan seperti Lisbon dan Antwerp.
• Masyarakat maritim Portugal melancarkan ekspedisi ke Timur untuk menguasai
perdagangan rempah. Contohnya, mereka memperoleh rempah ratus, sutera dan batu
permata dari Timur dan membawa hasil hutan dan bahan pencelup dari Brazil.
• Selain perdagangan, masyarakat Portugal juga terlibat dalam aktiviti menangkap ikan,
mengumpul hasil laut dan membina kapal.
• Jelaslah bahawa aktiviti masyarakat Portugal yang berkait rapat dgn aktiviti kelautan
membawa kepada kemunculan masyarakat maritim.

Isi 2:Petempatan
• Selain itu, aspek petempatan juga merupakan ciri masyarakat maritim di Portugal.
• Masyarakat Portugal tinggal berhampiran persisir pantai, lembah sungai dan kepulauan.
• Petempatan masyarakat Portugal di persisir pantai di Semenanjung Iberia yang
dikelilingi oleh Lautan Atlantik memudahkan mereka menjalankan kegiatan seperti
perdagangan, menangkap ikan dan mengumpul hasil laut.
• Selain itu masyarakat Portugal juga tinggal di pelabuhan yang terletak di muara sungai.
Sebagai contohnya, pelabuhan Lisbon dan Antwerp yang menjadi tumpuan masyarakat
Portugal telah muncul sebagai pusat pengumpulan dan pengedaran barang dagangan
Portugal.
• Jelaslah petempatan yang berhampiran dengan laut dan pelabuhan telah menyumbang
kepada pembentukan masyarakat maritim di Portugal.

10
MODUL PERKASA ILMU SEJARAH DUNIA SEMESTER 1 2023 EDISI 2023

Isi 3: Mahir dalam Teknologi Perkapalan


• Di samping itu, penguasaan terhadap teknologi perkapalan juga merupakan ciri
masyarakat maritim di Portugal.
• Masyarakat Portugal berkemahiran dalam pembinaan kapal dan perahu. Sebagai
contohnya mereka mahir membina kapal jenis Caravel yang seberat 2 ribu tan,
berteknologi tinggi dan mampu melakukan pelayaran jarak jauh seperti ke Timur.
• Jelaslah bahawa teknologi perkapalan telah merancakkan lagi kegiatan kelautan dan
perdagangan.
Isi 4:Kemahiran Dalam Teknologi Pelayaran
• Teknologi pelayaran juga merupakan ciri masyarakat maritim di Portugal.
• Masyarakat maritim Portugal berkemahiran dalam teknologi pelayaran.
• Tokoh yang telah memainkan peranan penting dalam teknolagi pelayaran ialah Putera
Henry yang telah mengasaskan sebuah sekolah pelayaran di Sagres.
• Sekolah pelayaran ini berfungsi memberi latihan kepada ahli pelayaran dan juru mudi
di samping mencipta pelbagai jenis peralatan yang memudahkan pelayaran, contohnya
seperti kompas magnetik, astrolab dan carta pelayaran.
• Selain itu, kewujudan sekolah ini membolehkan masyarakat terdedah kepada ilmu
nautika.
• Jelaslah bahawa teknologi pelayaran merupakan satu ciri penting masyarakat maritim
di Portugal.

Isi 5: Penerokaan Dan Penjelajahan


• Masyarakat Portugal juga merupakan masyarakat yang terlibat dalam aktiviti
penerokaan dan penjelajahan.
• Masyarakat Portugal merupakan perintis dan telah melancarkan beberapa ekspedisi
untuk mencari jalan laut ke Timur. Antara contoh tokoh yang terlibat dalam ekspedisi
penerokaan dan penjelajahan ialah Batholomew Diaz, yang telah belayar ke Tanjung
Pengharapan, bahagian selatan Afrika pada tahun 1487. Vasco Da Gama pula berjaya
mengelilingi Tanjung Harapan dan sampai di Malindi pada tahun 1497 dan seterusnya
meneruskan pelayaran ke Calicut pada tahun 1498.
• Jelaslah kegiatan penerokaan dan penjelajahan melengkapkan lagi ciri masyarakat
maritim di Portugal.

Isi 6: Sifat Ingin Tahu


• Semangat ingin tahu masyarakat maritim menyebabkan mereka ingin mengetahui adat
resam, budaya dan sejarah masyarakat lain.
• Semangat ingin tahu juga mendorong mereka mengkaji tentang bentuk muka bumi,
iklim dan cuaca sesuatu tempat.
• Semangat keterbukaan juga melengkapi sifat ingin tahu masyarakat Portugal
• Semangat ini ketara apabila masyarakat maritim sanggup mengharungi lautan luas dan
belayar ke negara-negara lain. Mereka juga menjalinkan hubungan dan berinteraksi
dengan masyarakat tempatan. Hasil hubungan dengan masyarakat tempatan
menyebabkan berlakunya pemindahan idea dan teknologi.

11
MODUL PERKASA ILMU SEJARAH DUNIA SEMESTER 1 2023 EDISI 2023

• Perkembangan ini telah melahirkan golongan intelek yang berperanan penting dalam
menghasilkan ciptaan-ciptaan baru.
Isi 7: Sifat Berani
• Memiliki sifat berani
• Masyarakat maritim ialah masyarakat yang berani menghadapi cabaran dan dugaan.
• Mereka sanggup menghadapi pelbagai bencana alam seperti gelombang, ribut, taufan
dan ancaman lanun.
• Pengalaman yang diterima oleh masyarakat maritim ketika mereka mengharungi lautan
yang luas menjadikan mereka lebih berani.
Contohnya Ferdinand Magellan telah melancarkan ekspedisi ke Timur pada bulan
September,1519.
• Oleh sebab kesungguhan beliau menghadapi pelbagai halangan dalam ekspedisi dan
sanggup meneruskan pelayaran meskipun didesak oleh anak-anak kapal untuk berpatah
balik, maka beliau kemudian dikenali sebagai orang pertama belayar mengelilingi
dunia.

Kesimpulan
• Masyarakat Portugal berkembang maju dalam kegiatan perdagangan, berjaya
menguasai laluan perdagangan Timur serta mengasaskan koloni di Timur.
• Portugal menjadi kaya-raya dan kekayaan Portugal telah menyebabkan kuasa Eropah
lain berlumba-lumba untuk melancarkan ekpedisi ke Timur

12
MODUL PERKASA ILMU SEJARAH DUNIA SEMESTER 1 2023 EDISI 2023

Soalan 5

BINCANGKAN FAKTOR-FAKTOR YANG MENYEBABKAN KEMUNCULAN


MASYARAKAT MARITIM DI JEPUN ABAD KE-15 MASIHI HINGGA ABAD 16
MASIHI

Pendahuluan

• Kemunculan masyarakat maritim di Jepun dapat dikesan sejak abad ke-3 Masihi.
Pedagang-pedagang Jepun telah menjalinkan hubungan perdagangan dengan China,
Vietnam dan Korea. Di samping itu, pedagang Jepun juga menjalankan kegiatan
perdagangan dengan pelabuhan lain di Asia Tenggara.
• Menjelang abad ke-16 Masihi , Jepun mengamalkan dasar buka pintu dengan
menggalakkan kehadiran pedagang Barat ke negara tersebut.
• Kehadiran pedagang Barat menyebabkan pedagang Jepun bangkit sebagai sebuah
kuasa maritim di Asia.
Isi 1: Kedudukan Geografi
• Dari segi geografi, negara ini terdiri daripada beberapa pulau yang dikelilingi laut.
Antara pulau yang jadi tumpuan masyarakat maritim di Jepun ialah Kyushu, Shikoku,
Hokkaido dan Honshu. Oleh kerana bentuk muka bumi pulau-pulau ini yang
bergunung-ganang, maka petempatan didirikan di kawasan pesisir pantai.
• Lokasi petempatan yang berhampiran laut menyebabkan penduduk terdedah dengan
kegiatan berasaskan laut.
• Perkembangan ini menjadi asas kemunculan masyarakat maritim di Jepun.

Isi 2: Perdagangan
• Perkembangan perdagangan menyumbang kepada kemunculan masyarakat maritim di
Jepun. Pada Zaman Ashigaka, perdagangan berkembang pesat di Jepun. Pedagang
Jepun menjalinkan hubungan perdagangan dengan negara di rantau Asia Tenggara.
• Menjelang zaman Tokugawa, hubungan perdagangan terjalin dengan China, Korea dan
Vietnam. Pedagang-pedagang asing seperti pedagang dari Portugal juga datang ke
Jepun.
• Di zaman Nobunaga, lebih ramai pedagang dari Portugal datang ke Jepun. Kedatangan
pedagang asing ini menyebabkan muncul masyarakat maritim.

Isi 3: Kemunculan Pelabuhan


• Kemunculan pelabuhan merangsang pertumbuhan masyarakat maritim di Jepun.
Kepesatan perdagangan menyebabkan kemunculan pelabuhan entrepot.
• Antara pelabuhan entrepot terpenting abad ke-16 ialah Kyushu, Nagasaki dan Shimoda
yang juga menjadi tumpuan pedagang Jepun dan pedagang luar negara.
• Menjelang pertengahan abad ke-16, kapal pedagang Portugal berlabuh di pelabuhan
Kyushu. Kehadiran mereka mendapat galakan daripada golongan bangsawan Jepun.

13
MODUL PERKASA ILMU SEJARAH DUNIA SEMESTER 1 2023 EDISI 2023

Isi 4: Kemajuan Dalam Bidang Teknologi Pelayaran


• Kemajuan pesat dalam pelayaran ini menyebabkan masyarakat maritim di Jepun
mampu untuk belayar hingga ke Korea, China dan Asia Tenggara. Kemajuan yang
dicapai dalam teknologi pelayaran dan pembinaan kapal menjadikan negara Jepun
berjaya muncul sebagai masyarakat maritim.
• Jepun melahirkan ramai pelayar yang mempunyai kemahiran dalam ilmu pelayaran
serta pengetahuan dalam ilmu nautika, kartografi dan perkapalan.
• Menjelang abad ke-16, muncul pusat pembinaan dan baik pulih kapal-kapal di Jepun.
• Masyarakatnya juga mempunyai kemahiran dalam pembinaan kapal-kapal besar yang
sesuai untuk pelayaran jarak jauh.
• Kapal Shuinsen merupakan kapal yang diguna pedagang Jepun belayar ke Asia
Tenggara.

Isi 5: Dasar Kerajaan Jepun


• Dasar buka pintu yang diamalkan kerajaan Jepun menyumbang kepada kemunculan
masyarakat maritim di Jepun. Dasar ini juga menyebabkan masyarakat maritim Jepun
terdedah pengaruh dari luar seperti Asia dan juga Barat.
• Menjelang akhir abad ke-16, pedagang dari Portugal menjalankan aktiviti perdagangan
dengan Jepun. Selain pedagang, golongan mubaligh Kristian juga terlibat dalam
menyebarkan dakwah dikalangan penduduk Jepun.
• Hubungan dengan Portugal menyebabkan masyarakat maritim Jepun menerima
teknologi baharu dari Barat iaitu perkapalan. Perkembangan ini memainkan peranan
dalam merancakkan kegiatan maritim.

Isi 6: Galakan Pemerintah


• Pemerintah juga memainkan peranan penting.
• Hideyosi merupakan pemerintah yang berminat dalam aktiviti perdagangan. Beliau
menggalakkan pedagang Jepun berdagang ke seberang laut. Semasa pemerintahannya,
Jepun menjalinkan hubungan perdagangan dengan China dan Korea.
• Beliau mengawal kegiatan perdagangan dengan negara-negara asing dengan
mengawal segala aktiviti perdagangan di pelabuhan Nagasaki mulai tahun 1587.
Ekoran itu, pedagang Jepun di Nagasaki, Sakai dan Hakata menghantar ekspedisi ke
Asia Tenggara.
• Shogun Tokugawa memberi galakan kepada rakyat untuk libatkan diri dalam
perdagangan maritim. Semasa pemerintahan Tokugawa Ieyasu, dasar perdagangan
Shuinsen diperkenalkan.
• Berdasarkan dasar ini kapal dagang yang menjalankan aktiviti perdagangan dengan
negara asing dikehendaki memiliki mohor merah. Ini menyebabkan ramai golongan
bangsawan melibatkan diri dalam perdagangan maritim.
• Abad ke-17, banyak kapal dagang Shuinsen terlibat dalam perdagangan dengan
Vietnam.
• Ini menjadi asas kemunculan masyarakat maritim.

14
MODUL PERKASA ILMU SEJARAH DUNIA SEMESTER 1 2023 EDISI 2023

Isi 7: Pengaruh Luar


• Kemunculan masyarakat maritim disebabkan oleh hubungan antara Jepun dengan
negara-negara lain. Menjelang abad ke-16, Jepun jalinkan hubungan perdagangan
dengan Portugal. Akhir abad pula, ramai pedagang dari Portugal melibatkan diri dalam
aktiviti perdagangan.
• Shogun Ashikaga membenarkan pedagang Portugal berdagang di pelabuhan Nagasaki.
Menjelang abad ke-17, pedagang dari Belanda, British dan Sepanyol menjalankan
perdagangan dengan Jepun. Kedatangan pedagang Barat menyebabkan aktiviti
perdagangan berkembang pesat dan meletakkan kemunculan masyarakat maritim di
Jepun.

Kesimpulan
• Secara keseluruhannya, kemunculan masyarakat maritim di Jepun berkait rapat dengan
perdagangan. Dari segi pengaruh luar, kedudukan geografi, pelabuhan, teknologi
pelayaran atau pemerintah adalah berasaskan perdagangan.
• Malahan, pada zaman pemerintahan Tokugawa Ieyasu, dasar perdagangan
diperkenalkan. Pelbagai dasar diperkenalkan bagi mengukuhkan perdagangan
masyarakat maritim di Jepun dan menjadi faktor-faktor kemunculannya.

15
MODUL PERKASA ILMU SEJARAH DUNIA SEMESTER 1 2023 EDISI 2023

Soalan 6
BINCANGKAN FAKTOR-FAKTOR YANG MENDORONG KEMUNCULAN
MASYARAKAT INDUSTRI DI JERMAN PADA ABAD KE-18 MASIHI HINGGA
ABAD 19 MASIHI.
Pendahuluan
• Masyarakat industri merujuk kepada masyarakat yang bergantung kepada sektor
perindustrian.
• Masyarakat industri terlibat dengan pengeluaran barangan dan perkhidmatan dengan
menggunakan mesin.
• Masyarakat industri dicirikan menerusi pembahagian kerja dan bergantung kepada
pengeluaran secara besar-besaran.
• Kemunculan masyarakat industi di Jerman berlaku semasa tercetusnya Revolusi
Perindustrian tahap kedua (I860 -1914).
• Perkembangan yang sangat pesat dalam bidang perindustrian meletakkan asas kepada
kemunculan masyarakat industri di Jerman. Tegasnya terdapat beberapa faktor yang
mendorong kemunculan masyarakat industri di Jerman.

Isi 1: Penyatuan Jerman


• Faktor yang mendorong kemunculan masyarakat industri di Jerman adalah penyatuan
Jerman pada tahun 1871.
• Penyatuan Jerman telah meletakkan asas yang kukuh bagi pertumbuhan sektor
perindustrian di Jerman.
• Selepas penyatuan Jerman pelbagai usaha telah di ambil untuk membangunkan sektor
perindustrian.
• Kerajaan telah mengambil tindakan untuk menyeragamkan mata wang, sistem
percukaian, sistem timbangan dan perundangan.
• Di samping itu sistem pengangkutan dan komunikasi seperti kereta api, jalan raya,
telegraf dan pos turut dimajukan.
• Kerajaan turut melaksanakan dasar perlindungan kepada bidang perindustrian.
Penyatuan politik yang muncul selepas penyatuan Jerman turut merangsang
pertumbuhan sektor perindustrian.
• Kerajaan pusat telah menjalankan dasar kebangsaan yang komprenhensif bagi
membangunkan sektor perindustrian.
• Ternyata penyatuan Jerman telah mengembangkan sektor perindustrian secara tidak
langsung melahirkan masyarakat industri di Jerman.

Isi 2 : Kemajuan Pertanian


• Faktor lain yang memainkan peranan dalam melahirkan masyarakat industri di Jerman
adalah kemajuan dalam pertanian.
• Perkembangan pesat bidang pertanian di Jerman disebabkan oleh kemajuan dalam
teknologi pertanian.

16
MODUL PERKASA ILMU SEJARAH DUNIA SEMESTER 1 2023 EDISI 2023

• Perkembangan teknologi pertanian bermula dengan penerbitan karya berkaitan


teknologi pertanian.
• Contohnya Albrecht Thaer telah menerbitkan karya berjudul Introduction to the
Knowledge of English Agriculture-Principles of Rational Agriculture pada tahun 1789.
• Selain itu Justus Vin Liebig menjalankan kajian tentang penggunaan baja kimia bagi
meningkatkan pengeluaran hasil pertanian.
• Penemuan-penemuan saintifik telah menyebabkan berlaku peningkatan dalam
pengeluaran hasil pertanian. Tegasnya penggunaan kaedah pertanian saintifik
meletakkan asas bagi kelahiran masyarakat industri di Jerman.

Isi 3 : Kemajuan Dalam Penyelidikan


• Seterusnya kemunculan masyarakat industri di Jerman juga dibantu oleh kemajuan di
dalam bidang penyelidikan.
• Makmal penyelidikan telah ditubuhkan oleh syarikat kimia dan elektrik di Jerman.
Ahli-ahli kimia dan fizik yang terlatih daripada universiti menjalankan kajian dan
penyelidikan di makmal tersebut.
• Dengan ini Jerman berjaya mencipta pelbagai peralatan dan inovasi baru dalam bidang
perindustrian.
• Beberapa buah syarikat dan perbadanan telah menghasilkan teknik baharu dengan
menjalinkan teori penyelidikan dengan amalan kerja harian di kilang.
• Perkembangan ini meyebabkan sektor industri berkembang dengan pesat dan
meletakkan asas kepada kemunculan masyarakat industri di Jerman.

Isi 4 : Penghapusan Sistem Guild


• Selain itu juga kemunculan masyarakat industri di Jerman didorong oleh penghapusan
sistem Guild.
• Dalam sistem ini seseorang perlu mempunyai pengalaman dalam Guild selama
beberapa tahun.
• Pengalaman di dalam guild merupakan syarat wajib bagi melibatkan diri didalam
bidang perindustrian. Sistem ini didapati menjadi batu penghalang kepada
perkembangan sektor perindustrian di Jerman sebelum 1871.
• Oleh itu apabila kerajaan bertindak menghapuskan monopoli dan keistimewaan dalam
Guild secara tidak langsung tiada lagi sekatan untuk menjalankan kegiatan
perindustrian.
• Ternyata perkembangan ini menjadi platform Jerman muncul sebagai masyarakat
industri.

17
MODUL PERKASA ILMU SEJARAH DUNIA SEMESTER 1 2023 EDISI 2023

Isi 5 : Penghijrahan Penduduk ke Bandar


• Faktor seterusnya yang mendorong kemunculan masyarakat industri di Jerman ialah
penghijrahan penduduk dari luar bandar ke bandar.
• Pernghijrahan penduduk luar bandar banyak membantu perkembangan sektor
perindustrian di Jerman.
• Sebelum penyatuan Jerman, 3/4 penduduk menetap di luar bandar. Selepas penyatuan
Jerman ramai penduduk berhijrah ke bandar.
• Contohnya menjelang tahun 1871 terdapat lapan buah bandar di Jerman yang
mempunyai bilangan penduduk seramai 100,000 orang.
• Selepas penyatuan Jerman proses perbandaran berkembang dengan pesat dan muncul
bandar-bandar baru di seluruh negara.
• Pada masa ini muncul bandar-bandar perusahaan seperti Ruhr, Silesia, Saxony dan
Berlin.
• Kebanyakan penduduk yang tinggal dibandar bekerja dalam sektor perindutrian.
Sehingga tahun 1910 terdapat 48 buah bandar di seluruh Jerman.
• Jelas ketara, Penghijrahan penduduk menyebabkan industri perkembang pesat di
Jerman sehingga menyebabkan munculnya masyarakat industri.

6. Penubuhan Institusi Kewangan


• Faktor seterusnya yang mendorong kemunculan masyarakat industri di Jerman ialah
penubuhan institusi kewangan.
• Penubuhan institusi kewangan seperti bank dan koperasi memainkan peranan penting
dalam kelahiran masyarakat industri di Jerman.
• Matlamat utama penubuhan bank dan koperasi adalah memberikan bantuan kewangan
dan pinjaman jangka panjang kepada penduduk di luar bandar. Contohnya menjelang
1911 terdapat 25, 000 kesatuan kredit di Jerman kesatuan kredit yang terkenal adalah
Schulze Delitzsch.
• Antara bank yang terkenal yang ditubuhkan di Jerman adalah Dresdenar Bank (1872).
• Bantuan kewangan yang diberikan oleh koperasi dan bank menyebabkan muncul
banyak industri di Jerman.
• Jelas sekali perkembangan ini meletakkan asas kepada kemunculan masyarakat industri
di Jerman.

Isi 7 : Galakan Kerajaan


• Selain itu kemunculan masyarakat industri di Jerman juga didorong oleh galakan
kerajaan Jerman.
• Kerajaan Jerman telah mengambil langkah yang proaktif untuk mengembangkan sektor
perindustrian.
• Antara langkah yang diambil oleh kerajaan Jerman adalah bertindak menamatkan dasar
perdagangan bebas pada tahun 1879.
• Selaras dengan tindakan ini kerajaan mula memberi perlindungan kepada sektor
perindustrian.

18
MODUL PERKASA ILMU SEJARAH DUNIA SEMESTER 1 2023 EDISI 2023

• Perubahan dasar ini telah meyebabkan berlaku pertumbuhan yang pesat dalam
perindutrian antara tahun 1872 hingga 1910 dan juga melahirkan ramai pekerja industri
di Jerman.
• Jelaslah sekali galakan kerajaan melalui langkah-langkah perlindungan telah
merangsang pertumbuhan perindustrian di Jerman dan meletakan asas kepada
kemunculan masyarakat industri di Jerman.

Kesimpulan
• Kesimpulannya terdapat beberapa faktor yang mendorong kemunculan masyarakat
industri di Jerman.
• Masyarakat industri di Jerman memberi sumbangan tenaga, kepakaran, daya kreativiti
dan inovatif dalam membangunkan sektor perindustrian.
• Perkembangan ini menjadikan Jerman sebagai sebuah negara terunggul dalam bidang
perindustrian berbanding negara-negara lain

19
MODUL PERKASA ILMU SEJARAH DUNIA SEMESTER 1 2023 EDISI 2023

TEMA 2 : PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN

1. HURAIKAN PEMBAHARUAN-PEMBAHARUAN YANG DILAKUKAN OLEH PETER THE GREAT


DALAM PEMERINTAHAN DI RUSIA DARI TAHUN 1689 HINGGA TAHUN 1725.
(20 MARKAH)

2. BINCANGKAN PERANAN PEMBESAR DI CHINA PADA ABAD KE-16 MASIHI HINGGA ABAD KE 20
MASIHI .
(20 MARKAH)
3. JELASKAN PERANAN PEMBESAR RUSIA DALAM ERA PEMERINTAHAN DINASTI ROMANOV
DARI TAHUN 1613 HINGGA TAHUN 1917.
(20 MARKAH)

4. BINCANGKAN PELAKSANAAN PEMERINTAHAN RAJA MUTLAK YANG DIAMALKAN


DI ENGLAND PADA ABAD KE-16 HINGGA-18 MASIHI
(20 MARKAH)

5. JELASKAN SISTEM NEGARA KESATUAN DI PERANCIS DALAM ERA PEMERINTAHAN REPUBLIK


KETIGA DARI TAHUN 1875 HINGGA TAHUN 1945.
(20 MARKAH)

6. JELASKAN USAHA - USAHA PENYATUAN NEGARA BANGSA JERMAN YANG DILAKSANAKAN


OLEH OTTO VON BISMARCK SELEPAS TAHUN 1871
(20 MARKAH)

20
MODUL PERKASA ILMU SEJARAH DUNIA SEMESTER 1 2023 EDISI 2023

Soalan 1

HURAIKAN PEMBAHARUAN-PEMBAHARUAN YANG DILAKUKAN PETER


THE GREAT DALAM PEMERINTAHAN DI RUSIA DARI TAHUN 1689 HINGGA
TAHUN 1725.

• Peter The Great menjadi pemerintah Rusia antara tahun 1689 hingga tahun 1725 yang
menyaksikan banyak perubahan yang membolehkan empayar Rusia mencapai kemajuan
setanding dengan negara Eropah yang lain.
• Peter The Great telah menggunakan pengalaman pengambaraannya ke negara Eropah
seperti Jerman, Britain, Belanda, Austria dan Perancis yang diperoleh sebelum menjadi
raja untuk memajukan empayar Rusia.
• Maka, semasa era pemerintahannya, Rusia mengalami banyak pembaharuan dari segi
politik,ekonomi,sosial dan perluasan kuasa.

Isi 1 : Bidang Politik


• Peter The Great telah memperbaharui bidang politik dimana beliau telah menyusun
semula sistem pentadbiran Rusia yang diwarisi sejak era Moscow dan Dinasti Rurik.
• Badan yang bertanggungjawab membantu pemerintahan dan pentadbiran ialah Duma
(Majlis Penasihat Tertinggi-bangsawan kanan), Zemskii Sabor (Majlis Penasihat-
bangsawan),Prikazi (Jabatan Kerajaan yang melaksana dasar yang diluluskan Duma).
• Namun,pada tahun 1971 Duma dan Zemskii Sabor diganti dengan Majlis Senate
(dianggotai 9 orang) dan kemudiannya Colleges dibentuk untuk memikul beban tugas
Majlis Senate yang semakin berat. Manakala pada tahun 1721, Peter The Great
memindahkan pusat pentadbiran dan ibu kota Rusia dari Moscow ke St.Petersburg dan
pada tahun 1914 nama St. Petersburg ditukar kepada Petrograd yang menjurus kepada
identiti Rusia.
• Hal ini secara tidak lansung mengukuhkan kedududukan Peter The Great sebagai Tsar
Rusia yang berjaya memodenkan politik Rusia.

Isi 2 : Bidang Ekonomi


• Dalam bidang ekonomi pula, Peter The Great bertanggungjawab dalam memberi
sokongan kepada industri perkilangan membuat senjata,peralatan teknikal tentera dan
pembuatan makanan selain memberikan penekanan kepada sektor pembuatan seperti
tekstil,kertas,kaca dan barangan kulit.
• Beliau juga telah menambahkan Perbendaharaan Negara dan membantu membiayai
peperangan dengan memperkenalkan pelbagai cukai.
• Sebagai contoh, cukai barang keperluan seperti madu,ikan serta tepung dan cukai kepala
contohnya, petani dan hamba 70-80 kopecks / professional dan aristokrat 1 rouble (20
kopecks).
• Cukai yang dikenakan mesti dibayar dengan tunai.
• Manakala pengenalan kaedah banci yang diperkenalkan pada tahun 1719 adalah untuk
mengetahui jumlah keseluruhan rakyat Rusia dan melancarkan kutipan cukai, buktinya

21
MODUL PERKASA ILMU SEJARAH DUNIA SEMESTER 1 2023 EDISI 2023

pada tahun 1719, seramai 5 570 000 orang awam telah membayar cukai dan pada tahun
1724, 169 000 dari orang awam tinggal di bandar besar.
• Selain itu, beliau juga mengupah buruh mahir dari Itali,Greece dan Britain bekerja di
Rusia bagi meningkatkan perdagangan dan memulihkan hubungan dengan negara barat
lain

Isi 3 : Dasar Pembaratan


• Dasar pemerintahan beraja mutlak yang diamalkan oleh Peter The Great menunjukkan
usaha beliau melakukan dasar pembaratan.
• Sebagai contoh, penampilan diri masyarakat Rusia seperti pegawai tinggi diarah
mencukur janggut dan berpakaian ala Jerman dan Hungary.
• Peraturan ini juga diwajibkan kepada semua masyarakat Rusia kecuali petani dan institusi
gereja, serta jika enggan mencukur janggut mereka mesti didenda dalam bentuk cukai.
• Selain itu, masyarakat Rusia juga diwajibkan menghisap curut serta menggalakkan
percampuran dan pergaulan bebas lelaki dan wanita dalam sebarang temasya atau pesta
yang diadakan.

Isi 4 : Dasar terhadap tanah-tanah tak alih


• Manakala, pada Zaman Moscow tanah tak alih dibahagikan sama rata dalam kalangan
anak lelaki selepas pemilik meninggal dunia,menyebabkan peningkatan bilangan tuan
tanah dan sukar dikawal oleh Peter.
• Pada tahun 1714, Peter The Great telah mengeluarkan dikri tanah tak alih perlu
diserahkan kepada seorang anak lelaki sahaja,jika tiada anak lelaki perlu diserahkan
kepada anak perempuan,jika tiada anak perempuan diserahkan kepada saudara waris.

Isi 5 : Pengubahsuaian hidup rakyat


• Selain itu, Peter The Great juga mengalakkan rakyat Rusia menterjemah bahan bacaan
dari luar negara.
• Pengenalan surat khabar pertama Rusia juga dilakukan selain kaum wanita diberi
kebebasan keluar rumah dan menghadiri majlis keramaian.
• Peter juga bertanggungjawab dalam menjaga kebajikan rakyat dengan memastikan rumah
sesuai diduduki dan atap rumah ditutup dengan jubin untuk mengelak kebakaran.

Isi 6 : Pembangunan Pendidikan


• Seterusnya, semasa zaman pemerintahan Peter The Great , pelajar Rusia telah dihantar
untuk menuntut ilmu dan mempelajari kepakaran ke negara barat lain agar Rusia boleh
bersaing dengan negara barat yang lain.
• Peter The Great juga telah menambah bilangan institusi pendidikan dengan menubuhkan
lebih banyak sekolah bagi memberi penekanan pembelajaran berkaitan ketenteraan
seperti arithmetic,geometri,geografi dan ilmu pelayaran.

22
MODUL PERKASA ILMU SEJARAH DUNIA SEMESTER 1 2023 EDISI 2023

• Contoh sekolah adalah The Navigator School, Naval Academy dan Artillery Academy.
Selain itu, beliau juga mengilhamkan idea penubuhan sebuah Universiti iaitu The
Imperial Academy of Science yang meliputi kolej ilmu fizik,matematik dan sejarah.

7) Dasar terhadap ajaran Kristian Ortodoks


• Manakala pelbagai usaha telah dijalankan oleh Peter bagi mengukuhkan agama Kristian
Ortodoks dengan mengarahkan Mubaligh mempelajari bahasa masyarakat tempatan dan
menterjemah kitab Bible ke dalam bahasa tempatan
• Peter The Great juga menghantar mubaligh menetap dengan keluarga yang ditetapkan
oleh Peter The Great .Penganut agama Kristian yang baru juga dipindahkan ke kawasan
baru
• Peter The Great juga telah merombak institusi gereja dengan cara mengurangkan kuasa
gereja dan Peter The Great mengambil alih semuanya.
• Peter The Great juga mempraktikkan kekuasaanya terhadap institusi gereja apabila tidak
melantik pengganti ketua gereja Kristian Ortodoks iaitu Patriarch,apabila meninggal
dunia.
• Selepas 21 tahun memerintah, Holy Synod diperkenal bertujuan mengambil alih tugas
Patriarch dan Peter The Great melantik dirinya sendiri sebagai pengerusi Holy Synod.
Biskop dipilih kerajaan pusat untuk menganggotai Holy Syod.
• Peter bertindak menutup biara kecil dan biara besar beroperasi dengan membayar cukai
tertentu dan perlu memainkan peranan aktif untuk membangunkan masyarakat Rusia

8) Pengukuhan ketenteraan Rusia

• Peter The Great juga berperanan dalam mengukuhkan kekuatan ketenteraan Rusia untuk
mengelakkan ancaman daripada musuh.
• Oleh itu, Peter The Great telah menaikkan peruntukan ketenteraan pada abad ke 18.
Contohnya, 2.3 juta rouble pada tahun 1701 dan meningkat kepada 32 juta rouble pada
tahun 1710.
• Hal ini bagi memastikan peruntukan belanjawan pusat memberi tumpuan kepada
pertahanan negara dan menggunakan sebahagian besar hasil perbendaharaan untuk
mengukuhkan tenteranya.

9) Dasar Perluasan Empayar


• Pengukuhan ketenteraan membolehkan Peter The Great meluaskan Empayarnya. Oleh
itu, Peter telah berusaha mencari jalan baru yang boleh menghubungkan Rusia dengan
benua Eropah lain.
• Pada masa yang sama beliau juga dapat mematahkan pemberontakan yang wujud dakam
negara Rusia.
• Pada tahun 1965, beliau telah melancarkan serangan dan menguasai kubu Tartar di Azov
• Beliau juga telah bertindak dengan bijak dengan merancang taktik dan strategi
peperangan hingga berjaya mengalahkan Sweden dibawah pimpinan Raja Charles XII
pada 1706 dalam pertempuran Poltova.

23
MODUL PERKASA ILMU SEJARAH DUNIA SEMESTER 1 2023 EDISI 2023

• Menerusi Perjanjian Nystadt yang menamatkan peperangan dengan Sweeden, Peter The
Great berjaya menguasai Livonia, Estonia, Ingria dan Karelia dari Sweden.

Kesimpulan:
• Kesimpulannya, Tsar Peter Agung memberi sumbangan yang besar dalam memajukan
Rusia dalam bidang politik, ekonomi dan sosial. Beliau juga membuka Rusia kepada
ruang yang lebih luas untuk berinteraksi dengan negara Eropah yang lain.
• Hal ini juga mendorong Rusia muncul sebagai sebuah kuasa Eropah yang kuat pada abad
ke – 18.

24
MODUL PERKASA ILMU SEJARAH DUNIA SEMESTER 1 2023 EDISI 2023

Soalan 2

BINCANGKAN PERANAN PEMBESAR DI CHINA PADA ABAD KE- 16 MASIHI


HINGGA ABAD 20 MASIHI
Pengenalan
• Pembesar merupakan golongan pembesar ialah pegawai-pegawai kerajaan yang dilantik
oleh raja atau maharaja untuk menjawat jawatan tertentu dan melaksanakan semua bidang
tugas yang telah diberikan atau diarahkan kepadanya.
• Dalam sistem pemerintahan raja atau maharaja, kedudukan pembesar sangat penting dan
berada pada aras kedua selepas kedudukan raja atau maharaja.
• Institusi pemerintahan di China memperlihatkan raja atau maharaja melaksanakan
pemerintahan dengan bantuan atau sokongan institusi pembesar.
• Jika seseorang pembesar gagal melaksanakan tugas yang telah diberikan dengan baik,
raja atau maharaja mempunyai kuasa untuk melucutkan jawatannya dan digantikan
dengan pembesar lain yang lebih berwibawa dan dipercayai.
• Dinasti Ching telah memerintah China pada 1644 sehingga 1911. Dinasti ini telah
mengasaskan empayar yang luas dan berjaya menyatukan seluruh empayar China di
bawah satu pemerintahan pusat.
• Pembesar ialah pegawai-pegawai yang dilantik oleh maharaja untuk membantunya dalam
urusan pentadbiran sama ada di peringkat pusat, wilayah dan daerah.
• Mereka mesti lulus dalam Peperiksaan Perkhidmatan Awam.

Isi 1 : Aspek Pemerintahan


• Maharaja China membahagikan pentadbiran kepada 3 fasa iaitu pentadbiran awam,
pentadbiran ketenteraan dan pentabiran tempatan yang diletakkan di bawah pemantauan
badan pengawas bagi melancarkan pemerintahannya dalam memastikan keamanan dan
ketenteraman negara.
• Di peringkat pusat maharaja memecahkan pentadbiran kepada beberapa unit atau
institusi, iaitu Sekretariat Agung, Majlis Tertinggi (Enam Badan Menteri), dan Censorate
(Lembaga Penapis) yang diuruskan oleh pembesar – pembesar.
• Selain itu terdapat Majlis Tertinggi yang dibahagikan kepada enam kementerian dan
setiap kementerian akan dikawal oleh seorang pegawai kanan atau Shangschu. Sangschu
akan dibantu oleh beberapa pegawai rendah dalam setiap urusan berdasarkan
kementeriannya. 6 kementerian tersebut ialah Kementerian Personal atau Ministry of
Personal terdiri daripada Lembaga Personal, Lembaga Kewangan, Lembaga Adat,
Lembaga Perang, Lembaga Hukuman, dan Lembaga Kerja-kerja Awam. Terdapat 4
jabatan utama yang bertanggungjawab terhadap pelantikan, penganugerahan, rekod
perkhidmatan dan penilaian prestasi.
• Semasa pemerintahan Dinasti Ching , Gebenor dilantik sebagai pentadbir wilayah. Tugas
utama gabenor menjaga urusan pentadbiran wilayah, menjaga keamanan dan ketenteraan,
serta mengutip cukai untuk dihantar kepada pemerintahan pusat.

25
MODUL PERKASA ILMU SEJARAH DUNIA SEMESTER 1 2023 EDISI 2023

• Kuasa gabenor tertakluk kepada adat istiadat dan tradisi wilayah yang telah ditetapkan
dalam dikri raja. Gabenor dibantu oleh pegawai-pegawai daerah yang dilantik oleh
maharaja seperti Bendahari dan Hakim.

Isi 2 : Aspek Perundangan


• Pembesar turut memainkan peranan dalam bidang perundangan dan membantu raja
menggubal undang-undang, menetapkan dasar negara, menguatkuasakan arahan dan
titah perintah mahaharaja, menyediakan draf undang-undang dan mengedit warkah
diraja.
• Tugas-tugas ini dijalankan oleh pembesar-pembesar yang menganggotai
intitusi Sekretariat Agung terdiri daripada 3-6 orang setiausaha agung yang dipilih oleh
maharaja China.

Isi 3 : Aspek Ketenteraan


• Dalam pentadbiran pusat Lembaga Perang merupakan kementerian yang
bertanggungjawab kepada Maharaja dalam aspek perluasan kuasa dan memastikan
keamanan dalam negara terpelihara.
• Pentadbiran ketenteraan berada di bawah 5 ketua suruhanjaya tentera dan setiap orang
mempunyai kuasa kawalan ke atas wilayah tertentu.
• Dalam pentadbiran pembesar di peringkat wilayah, sering kali kalangan tentera dilantik
sebagai pembesar wilayah dalam usaha memastikan wilayah tersebut berada dalam
keadaan aman dan tenteram serta mematuhi segala arahan daripada kerajaan pusat.

Isi 4 : Lembaga Penapis


• Maharaja China telah menubuhkan Lembaga Penapis atau Censorate untuk memastikan
pembesarnya menjalankan arahan serta menjadi mata dan telinga maharaja. Lembaga ini
dianggotai oleh pembesar-pembesar yang dipercayai oleh Maharaja. Lembaga Penapis
terdiri daripada 2 orang Censor, beberapa timbalan, dan 4 pegawai rendah yang
bertanggungjawab dalam menguruskan surat-menyurat Censorate dan urusan
pentadbiran.
• Kuasa utama Censorate terletak pada 110 pegawai penyiasat yang ditugaskan untuk
membendung amalan korupsi, penyalahgunaan kuasa, dan ketidakcekapan.
• Pada zaman Dinasti Ching, maharaja menempatkan 24 orang Censorate di Peking atau
ibu kota dan lebih 56 orang Censorate di wilayah. Jabatan ini berhubung terus dengan
maharaja sekiranya terdapat pembesar wilayah yang menderhaka terhadap maharaja.

Isi 5 : Bidang ekonomi


• Dari segi ekonomi pembesar menguasai segala sumber ekonomi termasuk hasil bumi dan
kegiatan perdagangan.
• Pembesar turut memberi nasihat kepada maharaja dalam aspek kewangan dan percukaian.
• Di peringkat pusat didirikan Kementerian Kewangan terdiri daripada 13 orang pegawai
dan setiap orang dipertanggungjawabkan untuk mengawal salah satu daripada 13 provinsi
dan mewakili 4 bahagian yang khusus, iaitu penduduk, akaun awam, akaun khusus, dan
akaun pertanian atau tanaman.

26
MODUL PERKASA ILMU SEJARAH DUNIA SEMESTER 1 2023 EDISI 2023

• Kementerian ini menyimpan hasil kewangan negara, memastikan kekayaan maharaja,


serta menguruskan perbelanjaan negara dengan baik. Selain itu, merekan dilantik
mengangotailembaga hasil dalam negara.

Isi 6 : Bidang Sosial


• Pembesar-pembesar China turut memainkan peranan penting dalam bidang sosial dan
pendidikan.
• Pembesar-pembesar China terdiri daripada golongan cerdik pandai yang membantu
maharaja dalam melaksanakan dalam pendidikan dan pembelajaran serta membantu
maharaja mengendalikan peperiksaan perkhidmatan awam.
• Pembesar-pembesar pusat diberi tanggungjawab untuk menguruskan Akademi Hanlin
yang berperanan menyelenggara kitab-kitab serta ensiklopedia.
• Mereka juga turut mengumpul maklumat tentang pemerintah dan menerbit biografi.
• Kementerian Adat dibahagikan kepada 4 jabatan yang bertanggungjawab kepada adat
istiadat, pengorbanan, penerimaan tetamu, dan barangan. Kementerian ini juga
menguruskan hal ehwal agama Buddha dan Taoisme.

Kesimpulan
• Jelas membuktikan peranan pembesar adalah amat penting dalam mewujudkan
keseimbangan antara kalangan tentera yang menjadi tulang belakang dalam pertahanan
negara serta kehadiran kalangan sarjana dalam sistem pembesar di negara China.
• Keadaan ini telah menjadikan pemerintahan China mampu bertahan daripada sebarang
ancaman luar sehingga abad ke-19 Masihi

27
MODUL PERKASA ILMU SEJARAH DUNIA SEMESTER 1 2023 EDISI 2023

Soalan 3

JELASKAN PERANAN PEMBESAR RUSIA DALAM ERA PEMERINTAHAN


DINASTI ROMANOV DARI TAHUN 1613 HINGGA TAHUN 1917.
Pendahuluan
• Semasa pemerintahan monarki, raja dibantu oleh golongan pembesar yang
dikenali sebagai boyar.
• Golongan pembesar terdiri daripada golongan aristokrat yang memberikan taat
setia kepada raja yang memerintah.
• Pembesar merupakan tulang belakang kepada Tsar mengukuhkan kedudukan
dan pengaruh dalam sistem pemerintahan monarki di Rusia.
• Raja memberi kuasa kepada golongan ini untuk mentadbir kawasan tertentu
dan mempunyai pengikut yang ramai.
• Peranan golongan pembesar di Rusia jelas ketara dalam bidang politik, ekonomi
dan sosial.

Isi 1 : Aspek Pemerintahan


• Semasa pemerintahan Romanov, pembesar membantu Tsar menjalankan
pentadbiran di peringkat pusat dan wilayah.
• Semasa pemerintahan Peter The Great,mereka dilantik sebagai anggota dewan
perundangan seperti Duma, Zemski Sobor dan Prikazi.
• Tugas pembesar adalah memberi nasihat kepada Tsar, dalam hal ehwal
pentadbiran negara, menyelaraskan hal ehwal pentadbiran, menggubal serta
meluluskan dasar negara dan melaksanakan dasar yang diluluskan oleh Dewan
Perundangan Negara.
• Pembesar-pembesar dilantik sebagai gabenor atau naib gabenor untuk
menguruskan pentadbiran di peringkat daerah.
• Semasa pemerintahan Tsarina Catherina yang Agung, sistem pemerintahan
daerah disusun semula.
• Tuntasnya, pembesar membantu Tsar dalam memastikan sistem pentadbiran
berjalan dengan lancar.

28
MODUL PERKASA ILMU SEJARAH DUNIA SEMESTER 1 2023 EDISI 2023

Isi 2 : Aspek Kehakiman


• Pembesar-pembesar membantu Tsar dalam mengendalikan hal ehwal
kehakiman negara.
• Semasa pemerintahan Tsar Peter Agung, Duma mempunyai kuasa membicarakan
kes- kes .
• Semasa pemerintahan Tsar Alexander II sistem mahkamah telah diwujudkan
• Tsar melantik hakim, majistret dan juri daripada golongan pembesar
untuk mengendalikan kes-kes.
• Kes-kes dibicarakan secara terbuka dan sistem juri diperkenalkan.
• Justeru, pembesar memberikan sumbangan dalam kehakiman bagi
melahirkan keadaan aman dalam negara.

Isi 3 : Aspek Ketenteraan


• Pembesar-pembesar membantu Tsar dalam ketenteraan.
• Semasa pemerintahan Tsar Peter Agung, pembesar-pembesar berkhidmat dengan
cemerlang dalam bidang ketenteraan
• Pembesar-pembesar membantu Tsar sebagai perancang strategi dan menjadi
panglima perang.
• Dengan bantuan pembesar,Tsar Peter Agung dapat mengukuhkan kekuatan
pasukan tentera Rusia. Disamping mempertahankan keselamatan negara daripada
ancaman musuh.
• Baginda juga melancarkan dasar peluasan kuasa dan menguasai wilayah Azov,
Livonia, Estonia, Ingria dan Kerelia.
• Jelaslah, pembesar turut memainkan peranan dalam mengukuhkan sistem
pertahanan serta kedaulatan negara.

Isi 4: Aspek Ekonomi


• Pembesar-pembesar memainkan peranan adalah dalam bidang ekonomi.
• Pembesar-pembesar juga merupakan tuan tanah yang kaya dan berperanan
dalam perkembangan ekonomi.
• Mereka memiliki tanah pertanian yang luas untuk diusahakan oleh golongan petani
dan hamba.
• Pembesar-pembesar berperanan mengutip cukai daripada penduduk dan
menyerahkan sebahagian daripada kutipan cukai kepada Tsar.
• Tsar melantik Komun atau Mir untuk mengutip cukai dan menetapkan jenis
tanaman yang akan iusahakan oleh para petani.

29
MODUL PERKASA ILMU SEJARAH DUNIA SEMESTER 1 2023 EDISI 2023

• Justeru, pembesar terlibat secara langsung dalam menguruskan pembangunan


ekonomi negara.

Isi 5 : Keagamaan
• Pembesar juga berperanan dalam bidang keagamaan.
• Mereka memimpin dan menguasai institusi gereja Kristian Orthodoks.
• Sebelum zaman Tsar Peter Agung, institusi gereja berpengaruh dalam
bidang keagamaan, ekonomi dan politik.
• Namun demikian,Tsar Peter Agung meletakkan gereja Kristian di
bawah penguasaannya melalui Holy Synod dan baginda
mempengerusikannya.
• Tuntasnya, dengan bantuan pembesar, Tsar dapat menguasai institusi
gerega mengukuhkan kedudukannya di Rusia.

Kesimpulan
• Pembesar memainkan peranan dalam sistem pemerintahan monarki Rusia.
yang diamalkan di Rusia.
• Mereka membantu Tsar dalam pemerintahan, kehakiman, ketenteraan, ekonomi
dan keagamaan.
• Dengan bantuan pembesar, Tsar dapat mengukuhkan kedudukan dan
kekuasaan pemerintah monarki mutlak.

30
MODUL PERKASA ILMU SEJARAH DUNIA SEMESTER 1 2023 EDISI 2023

Soalan 4

BINCANGKAN PELAKSANAAN PEMERINTAHAN RAJA MUTLAK YANG


DIAMALKAN DI ENGLAND PADA ABAD KE-16 MASIHI HINGGA ABAD 18
MASIHI
Pengenalan
• Konsep Raja Mutlak ialah seseorang pemerintah (raja) berkuasa sepenuhnya untuk
menggubal dan melaksanakan segala dasar dan kedudukannyaadalah mengatasi undang-
undang negara.
• Bermaksudcarapemerintahan raja tidak dikawal oleh parlimen. Melalui sistem ini,
kehendakpemerintah ialah undang-undang. England berada dalam pemerintahan sistem
beraja mutlak sejak abad ke-15 lagi.
• Sistem beraja mutlak diasaskan oleh Raja Henry VII pada tahun 1485 dan pemerintahan
ini terus diamalkan sehingga tahun 1603. Sepanjang pemerintahan Dinasti Tudor,
England mempunyai kerajaan yang stabil dan mendapat sokongan daripada rakyat.
• Kerajaan ini menghormati prinsip perbatasan kuasa pemerintah seperti mana yang
terdapat dalam Magna Carta.
• Pemerintahan sistem beraja mutlak terus diamalkan oleh Dinasti Stuart dari tahun 1603
sehinggalah berlakunya Revolusi Cemerlang di England.

Isi 1 : Penerimaan Rakyat Terhadap Institusi Beraja Mutlak


• Selepas tamatnya Perang Bunga Ros, sistem pemerintahan beraja mutlak telah diterima oleh
rakyat kerana ingin menamatkan keadaan huru-hara yang berlaku.
• Sistem beraja mutlak yang diasaskan oleh Dinasti Tudor memperlihatkan sebuah kerajaan
yang stabil dan mendapat sokongan rakyat.
• Pemerintahan Dinasti Tudor adalah berdasarkan kepada Magna Carta iaitu satu piagam
yang digubal untuk mengawal kuasa raja. Raja-raja Tudor tidak mementingkan prinsip
kesucian raja dalam melaksanakan pemerintahan mereka.
• Raja-raja Tudor dapat bekerjasama dengan baik dan dapat mengawal 2 buah dewan
parlimen England yang terdiri daripada House of Lords (tuan tanah, bishop dan kerabat
diraja) dan House of Common (knight, orang kaya dan peguam).
• Kesannya, sistem pemerintahan beraja berjaya diteruskan tanpa ada halangan

Isi 2 : Kemunculan Golongan Baharu


• Pada abad ke-17, muncul golongan gentry di luar bandar yang memiliki tanah dan menjadi
kaya daripada golongan bangsawan.
• Di bandar pula muncul golongan bourjois yang semakin kaya dan menguasai ekonomi
melalui kegiatan perdagangan.
• Golongan puritan ini ingin membersihkan amalan agama di England daripada pengaruh
gereja Katolik Rom dan mahu gereja di England bebas daripada kawalan politik.

31
MODUL PERKASA ILMU SEJARAH DUNIA SEMESTER 1 2023 EDISI 2023

• Golongan puritan menjadi semakin berpengaruh dan menarik minat pelbagai golongan
masyarakat kerana dalam ajaran mereka mengutamakan kehidupan berdisiplin dan menolak
upacara atau istiadat agama yang tradisional.
• Kedua-dua kumpulan mula berani mempertikaikan pengaruh politik golongan aristokrat
dalam House of Lords. Pada abad ke-17 juga, wujud perbalahan antara mazhab Kristian di
England iaitu antara penganut Protestan (golongan puritan) yang tidak berpuas hati dengan
gereja Anglican (gereja kebangsaan di England) di atas pengamalan tradisional gereja
Kristian (Katolik).
• Impaknya, pemerintah Dinasti Tudor berjaya menangani dengan baik tentangan golongan
puritan yang tidak berpuas hati dengan golongan anglican dan ingin mewujudkan gereja
yang bebas daripada kawalan politik.

Isi 3 : Era pemerintahan Dinasti Stuart (1603-1702) di Englandyang diasaskan oleh Raja
James I dari Scotland.
• Namun dasar pemerintahan Dinasti Stuart berbeza dengan Dinasti Tudor, dan ini telah
membawa penentangan parlimen dan berlaku kebangkitan golongan puritan sehingga
membawa tercetusnya perang saudara yang dikenali sebagai Revolusi Puritan (1642-1648).
• Raja James I merupakan raja yang berpegang kuat kepada doktrin kuasa suci raja. Baginda
menegaskan bahawa kedudukan raja mengatasi kedudukan undang-undang. Oleh itu semua
pihak seperti parlimen, mahkamah, gereja, dan sebagainya mesti berkhidmat kepada raja
dan bukannya berkongsi kuasa.
• Pemerintahan Raja James 1 mendapat tentangan daripada golongan puritan dan ahli-ahli
parlimen kerana baginda mengamalkan dasar agama yang lebih memihak kepada mazhab
Katolik.
• Golongan puritan juga telah menolak bishop yang dilantik oleh Raja James I dan kemarahan
golongan ini memuncak apabila baginda mengahwinkan puteranya dengan puteri dari
Perancis yang bermazhab Katolik.
• Sehubungan dengan itu berlakupergeseran dalam sistem pemerintahan England
antara institusi beraja dengan parlimen.

Isi 4 : Pembubaran Parlimen Pada Tahun 1611.


• Ketegangan hubungan ini telah mendorong Raja James I membubarkan parlimen pada
tahun 1611. Tindakan baginda telah menyebabkan keadaan politik England kucar kacir dan
lebih memburukkan keadaan apabila Raja Charles I yang memerintah England pada tahun
1625 juga tidak menyukai golongan puritan
• Baginda juga bertindak membelakangi parlimen dalam urusan pengutipan cukai. Mana-
mana ahli parlimen yang menentang baginda telah ditahan dan tentera akan mengawal
mereka.
• Akibatnya pada tahun 1628 parlimen telah mengemukakan Petition of Right yang
mengutuk tindakan autokratik raja. Akibat kecaman ini baginda telah menangkap 9 orang
ahli parlimen yang menentang baginda secara terbuka di parlimen.
• Akibat tidak berpuas hati dengan pemerintahan kuku besi raja, maka rakyat telah
bersatu untuk menafikan kuasa mutlak raja.

32
MODUL PERKASA ILMU SEJARAH DUNIA SEMESTER 1 2023 EDISI 2023

Isi 5 : Rusuhan Telah Berlaku Di Ireland


• Pada tahun 1642, rusuhan telah berlaku di Ireland yang telah menyebabkan beberapa orang
England bermazhab Protestan dibunuh oleh penganut Katolik. Dan Sekali lagi berlaku
pertikaian tentang penubuhan tentera sama ada dikendalikan oleh raja atau parlimen.
• Akhirnya peperangan telah berlaku dan tentera gereja di bawah pimpinan Oliver Cromwell
telah berjaya mengalahkan tentera raja pada tahun 1645 dan tahun 1648.
• Raja Charles I telah dihukum bunuh dan parlimen telah mengisytiharkan England sebuah
negara republik dengan Oliver sebagai ketua negara yang baharu. Pemerintahan Oliver
berhadapan dengan kebangkitan 2 golongan iaitu levellers dan diggers yang dianggap
mengancam pemerintahannya.
• Pada tahun 1658, Oliver meninggal dunia dan diganti dengan anaknya iaitu Richard
Cromwel
• Walau bagaimanapun dalam masa setahun memerintah beliau telah meletakkan jawatannya
kerana tidak mendapat sokongan parlimen dan tentera.

Kesimpulan

• Sistem pemerintahan Raja Mutlak di England telah melalui proses yang panjang sebelum
berubah kepada sistem raja berperlembagaan.
• Bagi sistem beraja mutlak England, raja perlu menghadapi Petition of
Right yang dikemukakan oleh rakyat dan mempertahankan kedudukannya
berdasarkan undang-undang.
• Melalui perubahan kepada sistem raja berperlembagaan, dalam menjalankan
pemerintahan, raja tertakluk kepada perlembagaan dan juga oleh undang-undang
bagi membenarkan sesuatu tindakan yang diambil oleh raja.
• Oleh yang demikian pada 1689 bermula sistem pemerintahan raja berpelembagaan di
England dan kekal sehingga hari.

33
MODUL PERKASA ILMU SEJARAH DUNIA SEMESTER 1 2023 EDISI 2023

Soalan 5

JELASKAN SISTEM NEGARA KESATUAN DI PERANCIS DALAM ERA


PEMERINTAHAN REPUBLIK KETIGA DARI TAHUN 1875 HINGGA TAHUN 1945.

Pengenalan
• Republik Ketiga Perancis adalah sebuah kerajaan republik dari Perancis yang wujud pada
penghujung Republik Kedua Perancis (berikutan kekalahan Louis-Napoléon dalam Perang
Perancis-Prusia) pada tahun 1870.
• Pada tahun 1875, kerajaan republik yang dikenali sebagai Republik ketiga ditubuhkan di
Perancis.
• Pemerintahan kerajaan Republik ketiga di Perancis berlanjutan sehingga Perang Dunia
kedua tamat pada akhir abad ke-19.

Isi 1 : Parlimen
• Parlimen merupakan badan perundangan tertinggi di Perancis. Ia terdiri daripada dua dewan
iaitu Dewan Senat dan Dewan Perwakilan.
• Parlimen merupakan badan pentadbiran tertinggi di Perancis.
• Antara tugas Parlimen ialah ia mempunyai kuasa untuk membincang dan mengemukakan
revolusi tentang masalah-masalah yang berlaku. Selain itu, cadangan-cadangan berkaitan
hal ehwal kewangan hanya boleh dibahaskan dalam Dewan Perwakilan dan bukan di
Parlimen.
• Hal ini kerana, mereka telah menyusun tugas setiap dewan dengan sistematik tanpa
percanggahan tugas. Parlimen di Perancis juga berkuasa untuk menggubal dan
menguatkuasakan undang-undang.
• Badan eksekutif juga bertanggungjawab kepada kedua-dua badan tersebut dalam Parlimen.

Isi 2 : Dewan Senat


• Dewan Senat di Perancis terdiri daripada 300 anggota.
• Perhimpunan Kebangsaan melantik 75 anggota dewan dan mereka memegang jawatan
tersebut selama seumur hidup.
• Setiap anggota Dewan Senat yang lain akan memegang jawatan tersebut selama sembilan
tahun.
• Manakala, Dewan Perwakilan pula terdiri daripada lebih kurang 500 anggota dan mereka
berkhidmat untuk tempoh empat tahun. Pemilihan anggota Dewan Perwakilan dilakukan
oleh orang dewasa untuk mengelakkan sebarang masalah.

34
MODUL PERKASA ILMU SEJARAH DUNIA SEMESTER 1 2023 EDISI 2023

Isi 3 : Presiden Sebagai Ketua Negara


• Pemilihan jawatan Presiden akan dilakukan dalam mesyuarat yang dihadiri oleh anggota
daripada Dewan Senat dan Dewan Perwakilan.
• Presiden dipilih dalam tempoh 7 tahun untuk memegang jatawan tersebut. Anggota kerabat
diraja tildak layak bertanding bagi jawatan presiden supaya ketidakadilan , rasuah dan
amalan pilih kasih dapat dielakkan.
• Presiden bertanggungjawab menguatkuasakan undang-undang. Presiden juga mempunyai
kuasa untuk menandatangani perjanjian dengan negara-negara lain. Presiden juga perlu
membuat rundingan dengan duta-duta dari negara lain supaya dapat perkenan daripada
Parlimen.
• Presiden juga mempunyai kuasa untuk membubarkan Parlimen dan mengarahkan pilihan
raya diadakan semula jika terdapat sebarang masalah dan beliau merupakan ketua bagi
pasukan tentera laut, darat dan udara.

Isi 4 : Kabinet
• Kabinet Perancis diketuai oleh Perdana Menteri dan beliau dilantik oleh Presiden. Perdana
Menteri dipilih daripada kalangan anggota Dewan Perwakilan. Perdana Menteri juga perlu
mendapat sokongan daripada majoriti anggota Parlimen.
• Anggota kabinet juga dilantik oleh Perdana Menteri. Anggota Dewan Senat dan Dewan
Perwakilan juga boleh dilantik sebagai anggota kabinet.
• Kabinet harus meletakkan jawatan sekirannya mereka ditewaskan dalam perdebatan.
Kabinet bertanggungjawab dalam merangka dasar pentadbiran negara.

Isi 5 : Sistem Kehakiman


• Terdiri daripada Mahkamah Tinggi dan mahkamah-mahkamah lain. Ia merupakan badan
yang bebas.
• Mahkamah boleh mengambil tindakan terhadap Presiden jika beliau melanggar
perlembagaan.

Kesimpulan
• Kesimpulanya, selepas Perang Dunia kedua tamat, berlaku rombakan dalam sistem
pemerintahan republik ketiga di Perancis.
• Malah, menyebabkan terbentuknya Negara Kesatuan pada akhir abad ke-19 Masihi . Hal
ini menyebabkan pentadbiran Perancis lebih sistematik dan teratur

35
MODUL PERKASA ILMU SEJARAH DUNIA SEMESTER 1 2023 EDISI 2023

Soalan 6
JELASKAN USAHA - USAHA PENYATUAN NEGARA BANGSA JERMAN YANG
DILAKSANAKAN OLEH OTTO VON BISMARCK SELEPAS TAHUN 1871

Pengenalan
• Sebelum tahun 1871, penyatuan Jerman tidak berjaya kerana wujud beberapa faktor
penghalang seperti kebangkitan revolusi pada tahun 1848, persaingan antara kuasa
Austria dan Prusia iaitu yang mana lebih dominan jika Jerman disatukan dan ramai
golongan nasionalis Jerman berselerak di Eropah malah ada yang telah menetap di
Amerika.
• Walaupun wujud faktor-faktor penghalang, usaha untuk penyatuan Jerman tetap wujud
bermula pada tahun 1815 iaitu selepas tamat perang Napoleon melalui Kongres
Vienna.
• Dalam Kongres Vienna 1815, menetapkan Persekutuan Jerman sebagai negeri
penampan kepada penaklukan Perancis dan keadaan ini mendorong kepada kerjasama
ekonomi yang turut menyemai penyatuan dalam bidang politik.
• Pada tahun 1818, Kesatuan Kastam (Zollverein) telah ditubuhkan di Prusia. Persatuan
ini telah berusaha menghapuskan cukai antara wilayah bagi menggalakkan aktiviti
perdagangan.
• Ini telah mendorong negeri-negeri di Jerman untuk menyertai persatuan pada tahun
1854 kecuali Austria. Perkembangan perdagangan ini telah menyebabkan negeri di
Jerman menganggap Prusia sebagai pemimpin politik Jerman.
• Penyatuan tahap pertama melalui peperangan berlaku dari tahun 1864 sehingga tahun
1870 manakala penyatuan tahap kedua berlaku selepas tahun 1871 iaitu usaha untuk
mengukuhkan negeri-negeri yang telah dibebaskan oleh kuasa asing. Usaha penyatuan
Jerman yang dilakukan oleh Bismark selepas tahun 1871 pula melibatkan pelbagai
aspek seperti politik, ekonomi dan juga sosial.

Isi 1 : Memulihkan Keamanan Di Jerman Dan Eropah


• Bagi menyatukan dan membangunkan negara Jerman, Bismarck telah
mewujudkan keamanan dan keselamatan di dalam dan juga di luar negara.
• Bismark telah mengamalkan dasar berhati-hati dalam menjalinkan hubungan
dengan negara-negara lain di Eropah.

36
MODUL PERKASA ILMU SEJARAH DUNIA SEMESTER 1 2023 EDISI 2023

• Hal ini demikian kerana beliau bimbang negara seperti Perancis akan menyerang
Jerman kerana telah kehilangan tanah jajahan yang banyak kepada Jerman pada tahun
1871.
• Selain itu, pada tahun 1882, Bismarck juga telah mengadakan perikatan dengan
negara Austria dan Itali dengan harapan Jerman tidak akan diserang oleh negara yang
lain seperti Perancis. Pakatan ini dikenali sebagai Pakatan Bertiga.
• Jelaslah bahawa dasar berhati-hati dalam menjalinkan hubungan dengan negara-
negara lain di Eropah telah berjaya membantu Jerman memulihkan keamanan dan
seterusnya memudahkan dan mengukuhkan usaha penyatuan Jerman.
isi 2 : Memperkenalkan Perlembagaan Jerman
• Bismarck memperkenalkan Perlembagaan Jerman bagi mengukuhkan penyatuan Jerman.
• Perlembagaan Umum diperkenalkan untuk seluruh Jerman. Melalui perlembagaan ini,
kuasa telah diperuntukkan bagi penubuhan Majlis Persekutuan dan juga Diet
Maharaja.
• Ahli Majlis Persekutuan teridiri daripada wakil-wakil yang dilantik dari semua negeri di
Jerman manakala ahli Diet Maharaja terdiri daripada mereka yang dipilih oleh rakyat
Jerman iaitu seramai 400 orang.
• Mengikut perlembagaan Jerman, kuasa sebenar terletak di tangan Canselor dan juga Kaiser.
• Canselor mempunyai kuasa untuk melantik para menteri dan bertanggungjawab
kepada Kaiser. Kaiser berkuasa dalam hal ketenteraan, hubungan luar dan baginda
juga turut menguasai parlimen.
• Kaiser, Canselor dan juga Majlis Persekutuan mempunyai kuasa membatalkan
sebarang keputusan yang telah dibuat oleh Diet Maharaja.
• Sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa melalui kuasa yang telah diperuntukkan
oleh perlembagaan telah membolehkan Bismark mengukuhkan usaha untuk penyatuan
Jerman.

37
MODUL PERKASA ILMU SEJARAH DUNIA SEMESTER 1 2023 EDISI 2023

Isi 3 : Menyekat Pengaruh Gereja


• Semasa pemerintahannya, Bismark berhadapan dengan Gereja Roman Katolik yang
mula menuntut lebih banyak kebebasan daripada Kaiser termasuk usaha untuk
mempengaruhi dalam hal ehwal politik di Jerman
• Bismark telah memulakan pergerakan antigereja ataupun Kulturkampf pada tahun
1872 bagi menyekat perkembangan semula kuasa gereja dan juga bagi mengelakkan
perpecahan perpaduan dalam negeri Jerman.
• Selain itu, Undang-undang Mei yang menetapkan semua sekolah agama Katolik
diletakkan dibawah bidang kuasa negeri telah diluluskan oleh Bismarck untuk
menyekat perkembangan gereja Katolik.
• Menurut undang-undang ini juga, perlantikan pegawai tinggi dalam gereja Katolik
turut diletakkan di bawah bidang kuasa kerajaan dan semua pegawai mesti daripada
orang Jerman sahaja.
• Jelaslah bahawa, usaha menyekat perkembangan pengaruh gereja telah berjaya
mengelakkan perpecahan dan mengukuhkan penyatuan Jerman selepas tahun 1871.

Isi 4 : Menyeragamkan Sektor Ekonomi


• Bismarck telah mengambil langkah menyeragamkan sistem percukaian, mata wang
sertasistem timbangan dan sukatan di seluruh negara.
• Langkah ini bertujuan mengukuhkan dan menstabilkan ekonomi Jerman.
• Selain itu, beliau juga menyatukan sistem pos dan telegraf serta membina sistem
perhubungan yang baik seperti jaringan jalan raya yang menghubungkan seluruh
Jerman bagi menggalakkan perkembangan ekonomi.
• Sememangnya usaha yang dibuat oleh Bismark ini telah berjaya mendapat sokongan
daripada golongan peniaga dan pengilang yang menggerakkan ekonomi dan seterusnya
mengukuhkan penyatuan Jerman

Isi 5 : Membangunkan Sektor Perindustrian


• Bismarck mengambil langkah memastikan kekayaan sumber asli Jerman seperti arang
batu, besi, potasium dan lignit digunakan dengan efektif bagi menjadikan Jerman
sebuah negara perindustrian yang kaya.
• Kartel telah ditubuhkan untuk menyelaraskan pertumbuhan industri di Jerman.
• Pada tahun 1875 Reich Bank ataupun bank kebangsaan telah ditubuhkan.
• Selain itu, kawasan perusahaan baharu seperti Rhine, Ruhr dan Silesia telah diwujudkan
untuk membangunkan sektor perindustrian di Jerman.

38
MODUL PERKASA ILMU SEJARAH DUNIA SEMESTER 1 2023 EDISI 2023

Isi 6 : Memajukan sektor pertanian dan perindustrian


• Pelbagai Langkah telah diambil oleh Bismark untuk memajukan sektor pertanian dan
perindustrian.
• Dalam bidang pertanian, hasil pengeluaran dapat ditingkatkan melalui penggunaan
baja-baja murah yang dikeluarkan oleh kilang-kilang di Jerman.
• Pada tahun 1879 beliau memperkenalkan undang-undang tarif bagi menyekat
kemasukan barangan dari negara Britain dan Perancis. Usaha ini bertujuan membantu
pedagang dan juga petani Jerman yang tidak dapat bersaing dengan barangan yang
dikeluarkan oleh negara-negaralain.
• Sesunggguhnya usaha yang diambil oleh Bismarck ini telah berjaya memajukan sektor
pertanian dan perdagangan Jerman dan seterusnya dapat mengukuhkan penyatuan
Jerman.

Isi 7 : Pemulihan sosial


• Bismarck berusaha untuk merapatkan jurang antara golongan kaya dengan golongan
miskin melalui rancangan pemulihan sosial.
• Antaranya beliau memperkenalkan undang-undang Insurans Sakit pada tahun 1885
yang membolehkan para pekerja mendapatkan kemudahan perubatan percuma dan
juga gaji sekiranya mereka sakit.
• Selain itu, undang-undang untuk melindungi para pekerja yang cedera semasa bekerja
turut diluluskan oleh beliau.
• Undang-undang Insurans Hari Tua turut diluluskan oleh kerajaan pada tahun 1889.
Menurut undang-undang ini, sebahagian daripada gaji pekerja akan disumbangkan
kepada tabung ini dan wang daripada tabungan ini boleh dikeluarkan apabila mereka
bersara.
• Jelaslah bahawa rancangan pemulihan sosial ini telah berjaya menyatukan negara
Jerman melalui perpaduan rakyat yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat.

Kesimpulan
• Pelbagai usaha cuba dilakukan untuk menyatukan negara Jerman sehingga mencapai
kejayaan pada tahun 1871.
• Seperti di Itali juga, penyatuan Jerman pada peringkat awal dihalang oleh beberapa faktor
seperti kegagalan penubuhan Zollverein, tercetusnya Revolusi Jerman 1848 yang secara
tidak langsung membawa kepada kegagalan penyatuan tersebut.
• Namun peranan yang dimainkan oleh tokoh nasionalis Jerman iaitu, Otto Von Bismarck
telah membawa kejayaan kepada penyatuan negara bangsa ini.
• Pada 18 Januari 1871, Raja William 1 dilantik sebagai Kaiser Jerman manakala Bismark
menjadi Cancellor (Perdana Menteri).
• Walaupun setiap negeri mempunyai pemerintah sendiri dan ada sesetengahnya mempunyai
tentera dan pegawai diplomatik, namun Kaiser mengetuai pentadbiran pusat. Kaiser
berkuasa untuk mengarahkan tentera sewaktu peperangan dan menentukan dasar German

39
MODUL PERKASA ILMU SEJARAH DUNIA SEMESTER 1 2023 EDISI 2023

TEMA 3 : KEMAJUAN DAN PEMBANGUNAN

1. TERANGKAN PERKEMBANGAN SISTEM EKONOMI FEUDALISME DI JERMAN PADA ABAD KE-16


MASIHI HINGGA ABAD 18 MASIHI
(20 MARKAH)

2. HURAIKAN PERKEMBANGAN EKONOMI PERDAGANGAN DAN PERNIAGAAN DI BELANDA


PADA ABAD KE-16 MASIHI HINGGA 18 MASIHI.
(20 MARKAH)

3. JERMAN MENGALAMI PERKEMBANGAN DALAM PERINDUSTRIAN KEDUA PADA AKHIR ABAD


KE-19 MASIHI DAN AWAL ABAD 20 MASIHI . JELASKAN PERNYATAAN INI.
(20 MARKAH)

4. BINCANGKAN PUNCA KEMUNCULAN ZAMAN PENCERAHAN (ENLIGHTENMENT) PADA ABAD


KE- 18 MASIHI.
(20 MARKAH)

5. BINCANGKAN SUMBANGAN ADAM SMITH TERHADAP EKONOMI DUNIA PADA ABAD KE 18


MASIHI .
(20 MARKAH)
6. HURAIKAN PERKEMBANGAN INSTITUSI PENDIDIKAN PERANCIS PADA ABAD KE- 18
MASIHI DAN ABAD 19 MASIHI .
(20 MARKAH)

40
MODUL PERKASA ILMU SEJARAH DUNIA SEMESTER 1 2023 EDISI 2023

Soalan 1

TERANGKAN PERKEMBANGAN SISTEM EKONOMI FEUDALISME DI JERMAN


PADA ABAD KE-16 MASIHI HINGGA 18 MASIHI.
Pendahuluan
• Sistem feudalisme telah mula berkembang di Jerman selepas tamat Perang 30 tahun (1618-
1648). Era selepas perang tersebut menyaksikan kebangkitan Jerman sebagai kuasa politik
dan ekonomi yang kuat.
• Kemunculan Jerman sebagai negara yang kuat telah membawa kepada perkembangan
ekonomi feudalisme di Jerman dari abad ke-16 Mashi hingga abad 18 Masihi

Isi 1 : Perkembangan Ekonomi Pertanian


• Perkembangan ekonomi feudalisme Jerman yang pertama ialah menerusi perkembangan
pertanian. Ini kerana, pertanian merupakan kegiatan ekonomi utama masyarakat feudal di
Jerman.
• Tanah pertanian yang luas dimiliki oleh tuan tanah. Manakala golongan petani terikat
kepada mereka.
• Tanaman yang diusahakan petani Jerman ialah gandum, barli, oat dan kekacang.
• Selain itu, tuan-tuan tanah diberikan keistimewaan kerana mereka memiliki tanah yang
luas.
• Ekonomi pertanian Jerman berkembang apabila Raja Frederick William membina terusan
menghubungkan Sungai Oder dengan Sungai Elbe.
• Pada zaman Raja Frederick II pula, pembukaan tanah-tanah pertanian semakin meluas
ekoran dasar beliau seperti menghapuskan buruh serf dan pengecualian cukai.

Isi 2 : Perkembangan Ekonomi Perdagangan


• Selain itu, perkembangan ekonomi di Jerman juga dilihat menerusi
perkembangan ekonomi perdagangan.
• Kegiatan perdagangan tertumpu di bandar Luberk dan Hamburg dan Bremen.
• Tahun 1740 bandar-bandar Jerman menjadi pusat pemasaran lembu dan bijirin.
• Jerman turut menjalinkan hubungan perdagangan dengan Sepanyol dan Belanda.
• Golongan pedagang menerima bantuan modal bank Jerman. Perkembangan ini memberi
kesan kepada kemunculan barang buatan kilang Jerman dan kepesatan industri
perkapalan.

41
MODUL PERKASA ILMU SEJARAH DUNIA SEMESTER 1 2023 EDISI 2023

Isi 3 : Ekonomi Industri


• Di samping itu, ekonomi feudalisme di Jerman berkembang ekoran tumpuan terhadap
bidang perindustrian.
• Contohnya, industri tekstil mengalami kepesatan abad 16 Masihi . Keadaan ini
membolehkannyamenghasilkan pengeluaran besar-besaran untuk tujuan eksport.
• Industri tekstil terdiri daripada pengeluaran kain bulu dan linen yang turut diusahakan
oleh masyarakat di desa.
• Galakan pemerintah dalam ekonomi industri turut dibuktikan menerusi penubuhan kilang
Cermin di Neuhaus pada tahun 1701. Kilang tersebut ditubuhkan hasil kerjasama pihak
kerajaan dengan swasta.

Isi 4 : Ekonomi Pertukangan atau Kraf Tangan


• Seterusnya, ekonomi feudalisme di Jerman berkembang menerusi kerancakan ekonomi
pertukangan atau kraf tangan.
• Industri kraf tangan berkembang di kawasan pedalaman.
• Bohemia menjadi pusat penenunan kain dengan lebih 200 000 orang pekerja.
• Hasil kraf tangan di Jerman dieksport ke Eropah dan Amerika.

Penutup
• Kesimpulannya, perkembangan ekonomi feudalisme di Jerman sepanjang abad 16
berjaya menembusi ekonomi Eropah Barat.
• Kesannya, ekonomi Jerman semakin berkembang abad 19 Masihi , dengan
tumpuanterhadap revolusi perindustian kedua selepas dipelopori England.

42
MODUL PERKASA ILMU SEJARAH DUNIA SEMESTER 1 2023 EDISI 2023

Soalan 2

HURAIKAN PERKEMBANGAN EKONOMI PERDAGANGAN DAN PERNIAGAAN DI


BELANDA PADA ABAD KE-16 MASIHI HINGGA 18 MASIHI

Pendahuluan
• Keadaan geografi Belanda yang dikelilingi kawasan kelautan mendorong Belanda
muncul sebagai sebuah negara yang turut mementingkan ekonomi perdagangan.
• Perkembangan ekonomi perdagangan di Belanda jelas berlaku pada abad ke-16 hingga
abad 18.

Isi 1 : Pembukaan Pelabuhan Antwerp


• Antwerp merupakan pelabuhan utama Belanda.
• Pembukaaan terusan Antwerp membolehkan barangan dari England dihantar ke Eropah
melalui pelabuhan di Belanda.
• Pelabuhan di Antwerp bertindak sebagai pelabuhan pengantara berikutan barangan dari
kawasan lain dihantar untuk diedarkan ke England.
• Pelabuhan ini berfungsi sebagai pusat pertukaran barangan dari Eropah dan Asia.

Isi 2 : Angkatan Marin Perdagangan


• Angkatan perdagangan marin Belanda menyumbang kepada perkembangan ekonomi
perdagangan di Belanda.
• Kapal Fluyts misalnya merupakan kapal pengangkutan sederhana dan lasak yang
membolehkan Belanda menguasai perdagangan balak, bijirin dan garam pada tahun 1600.

Isi 3 : Kemunculan Industri Pembuatan


• Ekonomi perdagangan Belanda turut berkembang menerusi penghasilan produk
barangan import.
• Hal ini kerana Belanda kekurangan sumber alam, dan perlu mengadaptasi produk import
bagi mempelbagaikan ekonominya.
• Industri pembuatan Belanda memberi tumpuan kepada produk tekstil dan kertas.
• Industri pembuatan Belanda juga membangunkan industri pembersihan gula dan
penyulingan.

Isi 4 : Kemudahan Perbankan


• Perkembangan ekonomi perdagangan Belanda juga didorong oleh kemunculan institusi
perbankan.
• Institusi perbankan Belanda berperanan sebagai institusi pertukaran wang dan
menyelaraskan pinjaman.
• Antara contoh institusi pertukaran wang yang wujud di Belanda ialah Wisselbank.
• Penawaran pinjaman oleh institusi perbankan Belanda kepada golongan pedagang turut
merancakkan perkembangan perdagangan di Belanda.

43
MODUL PERKASA ILMU SEJARAH DUNIA SEMESTER 1 2023 EDISI 2023

Isi 5 : Kemunculan Syarikat Dagang


• Perkembangan perdagangan Belanda turut dirancakkan menerusi peranan yang dimainkan
oleh Syarikat Dagang.
• Contohnya, Society of Distant Lands merupakan syarikat dagang yang
berperanan membiayai kegiatan penjelajahan dan penerokaan.
• Malah, bantuan pembiayaan kos pembinaan kapal oleh syarikat dagang telah
mengalakkan perkembangan positif ekonomi perdagangan di Belanda.

Penutup:
• Meskipun Belanda merupakan negara yang menghadapi maslah kekurangan sumber alam,
Belanda berusaha meneruskan kelangsungan ekonominya menerusi manfaat kitaran
ekonomi perdagangan sepanjang abad ke- 16 Masihi hingga abad 18 Masihi .

44
MODUL PERKASA ILMU SEJARAH DUNIA SEMESTER 1 2023 EDISI 2023

Soalan 3

JERMAN MENGALAMI PERKEMBANGAN DALAM PERINDUSTRIAN KEDUA PADA


AKHIR ABAD KE-19 MASIHI DAN AWAL ABAD 20 MASIHI . JELASKAN
PERNYATAAN INI.

Pendahuluan
• Jerman menjadi kuasa revolusi perindustiran kedua selepas England pada akhir abad ke-
19.
• Perkembangan ini berlaku selepas Penyatuan Jerman tahun 1871.
• Ini selaras dengan rangsangan dasar kerajaan terhadap sektor perindustrian. Justeru, akhir
abad ke- 19 Masihi hingga awal abad 20 Masihi memperlihatkan perkembangan
perindustrian Jerman berasaskan revolusi atau peranan yang dimainkan oleh industri-
industrinya.

Isi 1 : Perkembangan Revolusi Teknologi


• Revolusi perindustrian kedua Jerman turut dikenal sebagai fasa revolusi teknologi.
• Ciptaan relau oleh Henry Bessemer digunakan secara meluas selepas tahun 1870 bagi
menukar besi tempa kepada keluli dalam kuantiti yang banyak.
• Pembukaan lombong arang batu dan bijih besi di Saxony turut memberi kesan kepada
revolusi teknologi. Ini kerana pengeluaran bijih besi meningkat dengan ketara daripada
1.5 juta tan tahun 1871 kepada 8.5 juta tan tahun 1900.
• Pada hujung abad ke-19 China memberikan hak mengusahakan lombong arang batu
kepada Jerman di wilayah Shantung. Perkembangan ini meningkatkan pendapatan Jerman.

Isi 2: Perkembangan Industri Kulit


• Industri kulit di Jerman terletak di Rhineland, Saxony dan Silesia.
• Penggunaan barangan kulit memberi kesan kepada gaya hidup mewah masyarakat Jerman.
• Perkembangan industri kulit juga menyebabkan masyarakat Jerman mula
menitikberatkan kehidupan yang sihat.

Isi 3 : Perkembangan Industri Kimia dan Elektrik


• Syarikat-syarikat kimia dan elektrik membina makmal penyelidikan perindustrian di
Jerman.
• Makmal tersebut diuruskan oleh ahli kimia dan fizik terlatih di universiti.
• Wujud juga industri penapisan dan pengedaran petroleum.
• Industri kimia Jerman menguasai pasaran pewarna sintetik dunia tahun 1900.

Isi 4 : Perkembangan Industri Automatif


• Industri automatif di Jerman berkembang akibat peralihan teknologi dari Britain.
• Jerman memiliki keupayaan menyaingi Britain dalam industri automatif.
• Industri automatif Jerman turut berkembang ekoran kecekapan penggunaan modal
dan kaedah serta teknologi yang baik.
• Jerman turut memberi tumpuan kepada penghasilan alat ganti kereta api.

45
MODUL PERKASA ILMU SEJARAH DUNIA SEMESTER 1 2023 EDISI 2023

• Pada tahun 1873, peningkatan permintaan terhadap kereta api menyebabkan guna tenaga
pekerja meningkat kepada 16 ribu orang.

Penutup
• Kesimpulannya, Jerman memperlihatkan peranannya yang signifikan sebagai kuasa
ekonomi industri dunia akhir abad ke-19.
• Perkembangan ini merancakkan persaingan Jerman dengan England dari aspek
imperialisme demi kepentingan ekonomi masing-masing.

46
MODUL PERKASA ILMU SEJARAH DUNIA SEMESTER 1 2023 EDISI 2023

Soalan 4

BINCANGKAN PUNCA KEMUNCULAN ZAMAN PENCERAHAN (ENLIGHTENMENT)


PADA ABAD KE-18 MASIHI.

Pendahuluan
• Pada abad ke-18, Eropah memasuki fasa perkembangan ilmu yang dikenali sebagai
Zaman Pencerahan atau Enlightenment
• Masyarakat Eropah zaman Pencerahan lebih mengamalkan sikap keterbukaan terhadap
ilmu.
• Terdapat beberapa faktor kemunculan Zaman Pencerahan abad ke-18 Masihi.

Isi 1 : Pengaruh Renaissans


• Gerakan Renaissans atau pemulihan telah melahirkan semangat ingin tahu dan kritikal
dalam kalangan masyarakat Eropah.
• Perkembangan ini turut melahirkan kesediaan masyarakat untuk menghadapi perubahan
besar dalam bidang ilmu.
• Kesannya berlaku kemajuan dalam bidang falsafah, seni bina, seni lukis dan sains..
• Melahirkan masyarakat yang berfikiran terbuka.

Isi 2 : Pengaruh Gerakan Reformasi


• Gerakan Reformasi turut menjadi punca kemunculan Zaman Pencerahan
• Reformasi melahirkan aliran pemikiran baharu seperti aliran Protestan dan Presbyterian.
Malah wujud juga idea seperti pemeritahan mutlak.
• Reformasi mewujudkan kesedaran agar sesebuah institusi m e m p u n y a i kuasa
autonomi dan bebas daripada pengaruh gereja.
• Sehubungan itu, idea baharu seperti rasionalisme berkembang sebagai asas kelahiran
revolusi di Eropah.

Isi 3: Pengaruh Ahli Falsafah


• Golongan ahli falsafah turut memainkan peranan penting dalam perkembangan ilmu
zaman Pencerahan di Eropah.
• Ahli falsafah seperti Voltaire, Rousseau, dan Montesquieu telah mempengaruhi Zaman
Pencerahan.
• Golongan intelektual ini terdedah kepada pemikiran kritis dan memiliki semangat ingin
tahu yang kuat.
• Justeru, pemikiran berteraskan rasionalistik dan saintifik dititikberatkan oleh ahli falsafah
Zaman Pencerahan.
• Malah, mereka turut memberi keutamaan kepada idea kemajuan sebagai ciri penting
terhadap karakter masyarakat Eropah

47
MODUL PERKASA ILMU SEJARAH DUNIA SEMESTER 1 2023 EDISI 2023

Isi 4 : Peranan Kelas Pertengahan


• Golongan kelas pertengahan dalam kalangan terpelajar mula meninggalkan tabiat lama
yang tidak sesuai dengan zaman baharu.
• Golongan kelas pertengahan turut dikenali sebagai golongan Borjuis iaitu merupakan
golongan yang lebih berpendidikan.
• Golongan pertengahan terdedah dengan perkembangan semasa melalui surat kahbar dan
majalah.
• Justeru, permintaan terhadap kamus, ensiklopedia dan karya pelbagai disiplin ilmu
semakin meningkat pada zaman Pencerahan.

Isi 5 : Revolusi Sains dan Penerokaan


• Di samping itu, revolusi sains dan penerokaan menjadi punca kemunculan zaman
Pencerahan.
• Menerusi bidang Sains, keutamaan diberikan kepada perkembangan ilmu dan akal
berasaskan penyelidikan saintifik.
• Keadaan ini memberi impak kemunculan saintis terkenal seperti Isaac Newton.
• Masyarakat Eropah juga cenderung memperdalami kegiatan penerokaan bagi mengumpul
maklumat berkenaan bangsa dan budaya sesebuah masyarakat.
• Justeru, pemikiran baru berasaskan sebab-musabab atau empirikal diberi perhatian pada
zaman Pencerahan.

Penutup
• Zaman Pencerahan menyumbang ke arah pembentukan masyarakat Eropah yang lebih
progresif.
• Ini menyebabkan Eropah menjadi tempat rujukan idea ilmu baharu pada abad ke-18
Masihi

48
MODUL PERKASA ILMU SEJARAH DUNIA SEMESTER 1 2023 EDISI 2023

Soalan 5

BINCANGKAN SUMBANGAN ADAM SMITH TERHADAP EKONOMI DUNIA PADA


ABAD KE 18 MASIHI

Pendahuluan
• Adam Smith dilahirkan di Scotland pada tahun 1723
• Beliau mendapat pendidikan tinggi di University Glasgow dan seterunya University
Oxford pada tahun 1740 hingga 1746.
• Penghasilan karya beliau berjudul ‘The Wealth of Nation’ pada tahun 1776 telah
memberi sumbangan besar kepada ekonomi dunia.

Isi 1 : Idea Perdagangan Bebas


• Adam Smith mempelopori idea perdagangan bebas dalam ekonomi yang turut dikenali
sebagai ekonomi laissez-faire.
• Idea Smith ini merujuk kepada pendekatan ekonomi iaitu kerajaan tidak mencampuri
urusan perdagangan.
• Hal ini kerana Smith mempercayai kebebasan dalam perdagangan membolehkan sistem
ekonomi berfungsi lebih cekap dan mampu memelihara kebajikan rakyat.
• Idea Smith disebarkan menerusi institusi School of Political Economy dan mendapat
perhatian meluas ahli ekonomi lain.

Isi 2: Kritikan Terhadap Merkantilisme


• Smith turut menyumbang idea ekonomi apabila mengkritik dasar ekonomi merkantilisme
yang diamalkan Eropah.
• Hal ini kerana Smith menolak tindakan kerajaan mengawal tanah jajahan.
• Hujah beliau tersebut diperkuatkan dengan pandangannya baahwa tanah jajahan akan lebih
berkembang pesat jika diberi kebebasan.
• Malah, Smith turut berpendirian, kawalan kerajaan terhadap tanah jajahan hanya
menambahkan beban negara induk dari segi kewangan.

Isi 3 : Teori Faedah Mutlak


• Smith turut menyumbang idea ekonomi dengan memperkenalkan teori faedah mutlak.
• Teori faedah mutlak saranan Smith adalah berfokuskan kepada kepentingan
pengkhususan pengeluaran.
• Smith menyatakan bahawa sesebuah negara sepatutnya menghasilkan barangan yang
mempunyai permintaan tinggi dalam pasaran .
• Menurut beliau, harga barang akan meningkat sekiranya barang yang diperlukan oleh
masyarakat adalah kurang.

49
MODUL PERKASA ILMU SEJARAH DUNIA SEMESTER 1 2023 EDISI 2023

• Smith turut berpandangan, sesebuah negara perlu mengelakkan penghasilan barangan


yang boleh diperoleh dengan harga murah di tempat lain.
• Justeru, pengkhususan pengeluaran barang yang mempunyai faedah mutlak adalah penting
berdasarkan idea ekonomi Smith.

Isi 4 : Pengkhususan Antarabangsa


• Smith turut menyumbang idea ekonomi berhubung pengkhususan antarabangsa.
• Pengkhususan antarabangsa menurut Smith adalah sebahagian proses kemajuan ekonomi
sesebuah negara.
• Lebihan hasil barangan menurut Smith mampu dipasarkan di luar negara menerusi
perdagangan antarabangsa.
• Ini memberi kesan positif kepada pendapatan negara dan meningkatkan permintaan tenaga
buruh.
• Buktinya lebihan kapas dari Manchester telah dipasarkan ke India pada awal abad ke-19.

Penutup
• Kesimpulannya sumbangan Adam Smith dari terhadap ekonomi telah memberi
penyelesaian kepada masalah ekonomi England abad ke-18.
• Pandangan beliau diterima bukan sahaja di Eropah, tetapi di seluruh dunia sehingga hari
ini.

50
MODUL PERKASA ILMU SEJARAH DUNIA SEMESTER 1 2023 EDISI 2023

Soalan 6

HURAIKAN PERKEMBANGAN INSTITUSI PENDIDIKAN PERANCIS PADA ABAD


KE-18 MASIHI DAN ABAD 19 MASIHI

Pendahuluan
• Sistem pendidikan di Perancis memperlihatkan perkembangan sistematik pada abad ke 18
Masihi dan 19 Masihi. Peranan yang dimainkan oleh pemerintah seperti Napoleon
merancakkan pendidikan Perancis pada tempoh tersebut
• Terdapat tiga cabang dalam universiti Perancis iaitu pendidikan rendah, pendidikan
menengah dan pendidikan tinggi.

Isi 1 : Sekolah Rendah


• Penguatkuasaan Undang-undang 1795 membenarkan penubuhan sekolah-sekolah rendah
di Perancis mengikut komuniti masing-masing.
• Undang-undang turut mewajibkan pendidikan kanak-kanak Perancis.
• Sekolah rendah mengajar kanak-kanak Perancis membaca, menulis dan mengira.
• Kebanyakan sekolah rendah dikendalikan oleh guru-guru dan pihak gereja. Mereka
bertanggungjawab kepada pihak berkuasa tempatan
• Guru-guru di sekolah rendah menerima gaji daripada yuran yang dibayar oleh pelajar.

Isi 2 : Lyceum
• Lyceum merupakan institusi pendidikan menengah.
• Lyceum di Perancis didirikan oleh Majlis Perbandaran.
• Majlis perbandaran berperanan menyediakan perabot dan peralatan di institusi ini.
• Pentabiran Lyceum diterajui oleh seorang ketua pentadbiran dan dibantu oleh penyelia.
• Pelajar di Lyceum mempelajari bahasa kuno, retorik, logik dan etika.
• Pada tahun ketiga, pelajar di Lyceum akan mengikuti latihan praktikal.

Isi 3 : Kolej Awam


• Kolej Awam juga merupakan institusi pendidikan menengah di Perancis
• Kolej Awam di Perancis ditubuhkan oleh Majlis Perbandaran.
• Pengurusan Kolej Awam diselia oleh tiga orang pesuruhanjaya sekolah menengah.
• Pengurusan Kolej Awam perlu mendapatkan lesen daripada kerajaan.
• Pelajar di Kolej Awam mempelajari Bahasa Latin, Bahasa Perancis, Sejarah dan Geografi
• Pada tahun 1866, Perancis memiliki 251 buah Kolej Awam.

51
MODUL PERKASA ILMU SEJARAH DUNIA SEMESTER 1 2023 EDISI 2023

Isi 4 : Sekolah Tinggi dan Sekolah Teknik


• Undang-undang Pendidikan 1802 membenarkan penubuhan sekolah-sekolah tinggi.
• -Antara sekolah tinggi yang ditubuhkan adalah sekolah perubatan dan sekolah undang-
undang.
• Pada tahun 1803, sebuah sekolah sastera dan perdagangan ditubuhkan di Perancis.
• Selain itu, sekolah-sekolah teknik turut ditubuhkan di Perancis. Contoh sekolah teknik
ialah Politeknik Paris dan Sekolah Teknik Pengajian Perniagaan

Isi 5 : Universiti
• Institusi pendidikan paling tinggi di Perancis ialah Universiti.
• Penubuhan universiti adalah berdasarkan Undang-undang imperial yang diperkenalkan
oleh Napoleon.
• Universiti yang ditubuhkan oleh Napoleon dikenali sebagai Universiti Perancis.
• Pentadbiran universiti dipimpin oleh seorang ketua pentadbir dan dibantu oleh Majlis
Universiti.
• Anggota Majlis Universiti dilantik oleh maharaja. Mereka mempunyai kuasa membuat
keputusan berhubung hal-hal pendidikan.
• Majlis Univesiti turut berperanan menjalankan penyeliaan dan mengawal sistem
pendidikan di Perancis.

Penutup
• Kesimpulannya perkembangan institusi pendidikan di Perancis memperlihatkan Perancis
sebagai kuasa yang memberi keutamaan ilmu kepada rakyatnya.
• Perkembangan ini menyebabkan Perancis menjadi pusat rujukan ilmu moden atau
sosiopolitik di Eropah.

52
MODUL PERKASA ILMU SEJARAH DUNIA SEMESTER 1 2023 EDISI 2023

TEMA 4 : NASIONALISME DAN PEMBENTUKAN NEGARA BANGSA

1. SEJAUHMANAKAH CAMPUR TANGAN BRITISH DALAM ADAT TEMPATAN MENJADI PUNCA


TERCETUSNYA DAHAGI INDIA 1857.
( 20 MARKAH )

2. HURAIKAN LANGKAH – LANGKAH PEMODENAN CHINA MELALUI GERAKAN MENGUATKAN


DIRI DARI TAHUN 1861 HINGGA TAHUN 1895.
(20 MARKAH)

3. TERANGKAN KESAN PERANG DINGIN DARI TAHUN 1945 - HINGGA TAHUN 1955.
(20 MARKAH)

4. BINCANGKAN PERKEMBANGAN PERJUANGAN KONGRES KEBANGSAAN INDIA KEARAH


KEMERDEKAAAN INDIA DARI TAHUN 1919 HINGGA TAHUN 1947
(20 MARKAH)

5. REVOLUSI CHINA 1911 TELAH MENINGGALKAN KESAN TERHADAP PERJUANGAN


DEKOLONISASI RAKYAT CHINA. JELASKAN
(20 MARKAH)

6. HURAIKAN PENGLIBATAN UNITED KINGDOM DAN INDIA DALAM PERTUBUHAN KOMANWEL


SEHINGGA TAHUN 1955.
(20 MARKAH)

53
MODUL PERKASA ILMU SEJARAH DUNIA SEMESTER 1 2023 EDISI 2023

Soalan 1

SEJAUHMANAKAH CAMPUR TANGAN BRITISH DALAM ADAT TEMPATAN


MENJADI PUNCA TERCETUSNYA DAHAGI INDIA 1857.

Pendahuluan
• Dahagi adalah pemberontakan terbesar dalam sejarah negara India dan
dilancarkan oleh sepoi-sepoi dan tentera juga disertai oleh golongan Putera, Nawab
dan pembesar yang kehilangan gelaran, tanah dan kuasa memerintah
• Masyarakat India menganggap Dahagi sebagai titik permulaan perjuangan
kebangsaan India untuk membebaskan negara mereka daripada belenggu penjajah
Inggeris
• la juga disifatkan sebagai perang kemerdekaan pertama kerana ia telah menjejaskan
kekukuhan empayar British di India
• Kawasan pemberontakan Dahagi tertumpu di wilayah Qudh dan Rohilkan tanpa
membabitkan seluruh penduduk India
• Sebahagian besar penduduk India berpegang teguh kepada ajaran agama Hindu
yang sudah sebati dengan jiwa serta berakar umbi sekian lama dalam kehidupan
mereka
• Justeru itu sebarang perubahan yang menyentuh amalan budaya dan kepercayaan
tidak dapat diterima dengan mudah
• Terdapat beberapa amalan agama Hindu yang digugat dan diubah oleh pihak
British dan menjadikan sebab berlakunya dahagi di India
• Terdapat beberapa faktor Kebudayaan dan adat tradisi yang mencetuskan dahagi
1857

ANCAMAN TERHADAP TRADISI TEMPATAN


Isi 1 : Penghapusan Amalan Suttee
• Amalan suttee bermaksud satu amalan di mana balu yang kehilangan suami akan
dibakar bersama-sama mayat suaminya semasa upacara pengebumian
• 1828 William bentick yang merupakan gabenor jeneral British di India menggubal
undang-undang mengharamkan amalan ini kerana tidak berperikemanusiaan dan
dianggap sebagai satu perbuatan jenayah
• Ini menimbulkan kemarahan penduduk yang beragama Hindu terhadap
pemerintahan British

Isi 2 : Penghapusan Amalan Thuggee


• Amalan thuggee merupakan aktiviti merompak dan membunuh jalanan sering
dilakukan oleh kumpulan-kumpulan agama yang bersenjata terhadap saudagar dan
pengembara
• Perompak ini menggunakan penyamaran dan pembunuhan atas nama Dewi kali
dengan mencekik pengembara dan saudagar sehingga mati

54
MODUL PERKASA ILMU SEJARAH DUNIA SEMESTER 1 2023 EDISI 2023

• Amalan ini menimbulkan ketakutan dan kebimbangan dalam kalangan penduduk


tetapi amalan ini mendapat sokongan golongan agama kerana dianggap satu tugas
yang suci dan pengorbanan yang sangat mulia disisi tuhan
• Lord William bentick bertindak mengharamkan amalan ini sehingga
membangkitkan perasaan tidak puas hati dan kemarahan' masyarakat India
terutama golongan agama.

Isi 3 : Penghapusan Amalan Membunuh Bayi Perempuan


• Sejak turun temurun masyarakat India menganggap bayi perempuan adalah beban
dan akan menjatuhkan maruah keluarga apabila dewasa
• Ini kerana keluarga anak perempuan terpaksa membayar mas kahwin yang tinggi
kepada bakal suami anak perempuan itu dan kegagalan membayar maskahwin akan
menjatuhkan maruah keluarga
• Dalam adat masyarakat India membunuh bayi perempuan demi menjaga maruah
Keluarga adalah biasa namun bagi British ini dianggap satu jenayah tidak
bertamadun keji dan tidak bermoral
• Oleh itu Lord William bentick telah mengharamkan amalan ini kerana tidak
berperikemanusiaan
• Sekali lagi ia menimbulkan kemarahan penduduk India kerana British mencampuri
amalan tradisi dan adat resam mereka

Isi 4 : Pengenalan Akta Kahwin Semula


• 1856 Lord Dalhousie telah meluluskan akta kahwin semula bagi balu-balu Hindu
• Tindakan beliau mendapat tentangan hebat daripada penduduk tempatan kerana
perkahwinan semula balu-balu tidak dibenarkan sama sekali dalam masyarakat
Hindu
• Sekali lagi akta ini menyebabkan masyarakat Hindu marah kerana British
menghina amalan tradisi dan adat resam mereka

Isi 5 : Kes Senapang Rifle Royal Enfield


• Kemarahan tentera terhadap pentadbiran British memuncak apabila sempoi-sempoi
India mendapat tahu bahawa minyak yang digunakan untuk membersihkan
senapang Rifle Royal Enfield mengandungi lemak babi dan lemak lembu
• Selain dari itu mereka juga dikehendaki melakukan peraturan baharu yang
mengkehendaki mereka menggigit hujung peluru yang telah disapu dengan lemak
babi dan lemak lembu sebelum dimasukkan ke dalam senapang
• Perkembangan ini sekali lagi menimbulkan isu keagamaan yang membabitkan
sempoi-sempoi India yang beragama Hindu dan Islam ini dianggap bahawa
pentadbiran British sengaja melakukan hal-hal yang demikian untuk menghina
kedua-dua agama dan budaya tradisional mereka dan seterusnya percubaan untuk
mengkristiankan penduduk
• Isu ini dipandang serius oleh penduduk tempatan sehingga berlaku rusuhan
menentang British di Barrackpore tetapi berjaya digagalkan oleh British

55
MODUL PERKASA ILMU SEJARAH DUNIA SEMESTER 1 2023 EDISI 2023

• British kemudian menarik balik peluru tersebut namun tidak dapat meredakan
kemarahan dan dendam golongan sempoi sempoi India beragama Hindu dan Islam
tetap tidak mahu menggunakan peluru dan senapang tersebut
• Natijahnya mereka ditahan dan dibicarakan di mahkamah tentera dan pihak
mahkamah memutuskan mereka bersalah lalu dipenjarakan
• Peristiwa Inilah yang membangkitkan kemarahan sepoi-sepoi India lalu
melancarkan penentangan terhadap British dan Bermulalah dahagi India

Isi 6: Perasaan Dendam Terhadap Sempoi India


• British telah melantik sepoi sepoi dari kalangan kaum brahmin dan rajput yang
terdiri daripada golongan berkasta tinggi di wilayah Qudh
• Penganut Hindu percaya bahawa kesucian kasta akan hilang apabila menyeberangi
lautan apabila diarahkan bertugas di Myanmar
• Selain itu tindakan British menghantar sempoi-sempoi India keluar negara dianggap
mencemar kedudukan dan pandangan tinggi masyarakat India terhadap mereka hal
ini telah menyebabkan imej sebagai golongan kasta tertinggi terjejas
• Tambahan lagi bertugas di kawasan yang jauh di luar India merupakan satu
paksaan dan bebanan yang susah amat sukar diterima
• Akibatnya sempoi-sempoi India daripada Rejimen 47 yang diarahkan untuk
berkhidmat di Myanmar enggan mematuhi arahan hingga menyebabkan rejimen
tersebut terpaksa dibubarkan

Isi 7 : Pengenalan Teknologi Barat


• Sistem perhubungan dan pengangkutan moden seperti kereta api dan sistem
telegraf telah mengancam amalan tradisi masyarakat India
• Ia mengancam amalan kasta yang diwarisi sejak turun temurun oleh masyarakat
India
• Orang India hanya dibenarkan menaiki gerabak kelas 3 manakala gerabak kelas
pertama dan kedua pula untuk pegawai-pegawai British
• Perkembangan ini menjatuhkan maruah masyarakat India yang berkuasa tinggi
kerana mereka terpaksa menaiki gerabak kelas ketiga bersama dengan penduduk
kata rendah
• Masalah ini tidak dapat dielakkan memandangkan kereta api merupakan sistem
pengangkutan utama di India di bawah pentadbiran British
• Pengenalan teknologi barat satu langkah British untuk mencemarkan adat resam
dan agama Hindu

56
MODUL PERKASA ILMU SEJARAH DUNIA SEMESTER 1 2023 EDISI 2023

FAKTOR SELAIN ANCAMAN TERHADAP TRADISI

Isi 1 : Dasar Pengilhakan


• Dasar ini diperkenalkan oleh Lord Dalhousie merancakkan penentangan penduduk
India terhadap penjajahan British
• Dasar ini telah merampas hak dan kedudukan pemerintah tempatan dengan
mengilhakan wilayah-wilayah yang ditadbir oleh mereka
• Dasar ini dilaksanakan melalui empat undang-undang iaitu undang-undang Lesap
Waris, Hak Menakluk Kuasa Agung, kebaikan untuk diperintah dan penyalah
tadbiran wilayah
• Menurut Dasar ini beberapa wilayah seperti Punjab, Carnatic, Tanjung Bharat
Jaipur, Sambalpur dan Jhansi diilhakan
• Dasar ini menjejaskan maruah pemerintah tempatan hingga menyebabkan putera-
putera Raja tempatan seperti Nana Sahib Nawab dan Raja Tanjor menyertai
penentangan terhadap penjajah British
• Nana Sahib merupakan anak angkat Baji Rao iaitu pemerintah wilayah Peshawar
tidak berpuas hati dengan tindakan British membatalkan bayaran pencen yang patut
diberikan kepadanya serta merampas tanah dan estet milik ayahnya .Nana Sahib
bertindak mengetuai dahagi di Kampur dan melakukan pembunuhan beramai-ramai
ke atas orang British di kawasan tersebut sebagai membalas ketidakadilan pihak
British
• Nawab pula menentang tindakan British meletakkan wilayah Qudh di bawah
pemerintahan mereka atas alasan huru-hara & amalan rasuah berleluasa di kalangan
pemerintah Qudh .
• Lord Dallhousie sengaja merampas hak dan kedaulatan negara serta menjejaskan
maruah pemimpin tempatan walau bagaimanapun pemimpin pemimpin di India
menganggap rampasan kuasa dan pendudukan British di India tidak sah
• British juga memberi layanan yang buruk dengan menyingkirkan pemerintah
tempatan berketurunan moghul iaitu maharaja Bahadur Shah II secara sewenang-
wenangnya
• Ini menyinggung perasaan sebahagian besar masyarakat India dan menambah
kebencian penduduk terhadap British

Isi 2 : Pengenalan Peraturan Baharu


• Pengenalan dasar dan peraturan baharu menyebabkan British ditentang oleh rakyat
India
• Salah satu peraturan yang menimbulkan rasa tidak puas hati ialah pembentukan
Suruhanjaya 1820-an. Suruhanjaya ini diperkenalkan untuk mengkaji pajakan
tanah tanpa sewa yang menyebabkan 20 ribu milikan tanah di Deccan jatuh ke
tangan British
• Banyak keluarga yang hilang tanah pusaka dan menjadi miskin akibat gagal
membuktikan hak milik tanah secara sah natijahnya penduduk hilang sumber
pendapatan akibat sistem itu

57
MODUL PERKASA ILMU SEJARAH DUNIA SEMESTER 1 2023 EDISI 2023

• British mengubah pentadbiran hasil tanah telah menambahkan beban kepada


pemilik dan penyewa tanah
• Selain itu penghasilan produk tempatan tidak digalakkan British menggalakkan
kegiatan import barang dari luar negara ini telah menjejaskan pendapatan penduduk
yang terlibat dalam industri tempatan seperti besi pertukangan dan anyaman
• Akibatnya penduduk tempatan beralih kepada aktiviti pertanian yang tidak
menjanjikan pendapatan yang berpatutan ini mewujudkan eksploitasi ekonomi oleh
orang asing di India
• Pengenalan cukai import yang tinggi ke atas barangan dari India seperti kapas dan
sutera di pasar dan Britain telah mengurangkan permintaan terhadap barangan
tersebut sebaliknya barangan Britain telah memenuhi pasaran di India dengan
murah dan banyak

Isi 3 : Pengenalan Sistem Pendidikan Barat


• Ia tidak disenangi dalam masyarakat India kerana menjadikan bahasa Inggeris
sebagai bahasa penghantar utama di sekolah dan institusi Pengajian Tinggi serta
dalam bidang pentadbiran dan kehakiman
• Jawatan tinggi hanya diberikan kepada individu yang berpendidikan Inggeris sahaja
Ini menyinggung penduduk tempatan kerana jawatan tinggi tidak diberikan kepada
penduduk tempatan yang tiada pendidikan Inggeris
• Selain itu pendidikan Inggeris dianggap sebagai percubaan mengkristiankan orang
Hindia di mana anggapan tersebut semakin dipercayai apabila tersebar berita yang
menyatakan Lord Canning yang dihantar oleh British untuk menukar anutan
penduduk India kepada Kristian
• Propaganda ini menjelaskan bahwa reformasi sosial telah menanam sentimen anti
British dalam kalangan penduduk India sehingga mencetuskan dahagi

Isi 4 : Diskriminasi Terhadap Tentera India


• Tentera India menentang amalan diskriminasi dalam soal gaji ,kenaikan pangkat
dan jawatan
• Tentera India menerima gaji dan layanan yang jauh lebih rendah berbanding dengan
apa yang diterima oleh tentera British contohnya mereka menerima gaji 9 Rupee
sebulan berbanding tentera British menerima 60 ke 70 Rupee sebulan
• Sistem kenaikan pangkat yang diamalkan oleh British pula mengikut tempoh
perkhidmatan dan bukan berdasarkan kebolehan sementara jawatan tinggi dalam
perkhidmatan tentera hanya diberikan kepada tentera Inggeris sahaja
• Oleh itu tentera India tidak berpeluang menjawat jawatan tinggi malahan mereka
sengaja ditukarkan untuk mengisi jawatan yang tidak setaraf dengan kelayakan dan
dimiliki

58
MODUL PERKASA ILMU SEJARAH DUNIA SEMESTER 1 2023 EDISI 2023

Kesimpulan
• Ancaman terhadap tradisi orang India merupakan faktor yang mencetuskan
dahagi 1857 namun begitu terdapat juga faktor-faktor lain yang menatijahkan
peristiwa tersebut seperti pengenalan pentadbiran baru, pembaharuan sosial serta
dendam sepoi-sepoi India
• Walaubagaimanapun Dahagi telah digagalkan oleh British dan seterusnya mereka
menguasai India hingga 15 Ogos 1947
• Selepas menumpaskan dahagi British melakukan pembakaran dalam sistem
pentadbiran di India dengan membubarkan SHTI dan meletakkan India di bawah
jajahan Mahkota British
• Ini juga menyebabkan pemerintahan Mughal di India tamat apabila maharaja
Bahadur Shah II ditangkap dan dibuang negeri ke Myanmar

59
MODUL PERKASA ILMU SEJARAH DUNIA SEMESTER 1 2023 EDISI 2023

Soalan 2

HURAIKAN LANGKAH-LANGKAH PEMODENAN CHINA MELALUI


GERAKAN MENGUATKAN DIRI DARI TAHUN 1861 HINGGA TAHUN 1865.

Pendahuluan
• Kegagalan China dalam Perang Candu dengan pihak Barat pada pertengahan abad
ke-19 menyebabkan China berusaha bangkit untuk mengukuhkan kedudukan
politik, ekonomi dan sosialnya.
• Gerakan Menguatkan Diri (GMD) atau Yang Wu Movement tahun 1861 hingga
1895 merupakan bukti China berusaha mempertahankan kedaulatan negaranya.
GMD juga adalah manifestasi usaha China untuk memodenkan negaranya seiring
dengan Barat serta berjaga-jaga dengan kekuatan Barat.

Isi 1 : Menubuhkan Tsungli Yamen pada tahun 1861


• Tsungli Yamen merupakan pejabat pengurusan perhubungan awam. Ia turut
dikenali sebagai pejabat hubungan luar (foreign office).
• Tsungli Yamen yang ditubuhkan oleh Putera Kung bertujuan untuk memulihkan
hubungan China dengan pihak luar.
• Ia lanjutan kepercayaan Putera Kung bahawa China perlu bertolak ansur dengan
pihak Barat.

Isi 2 : Penubuhan Tung Wen Kuan tahun 1862


• Tung Wen Kuan merupakan institusi atau kolej penterjemahan.
• Penubuhannya bertujuan mendedahkan pegawai China untuk mempelajari bahasa
asing.
• Ia juga memaparkan penerimaan China terhadap Perjanjian Tientsin yang
mencadangkan China menggunakan Bahasa Inggeris semasa menjalankan
rundingan dengan pihak Barat.
• Tung Wen Kuan juga merupakan usaha China agar tidak bergantung dengan
penterjemah luar seperti H.N Lay.

Isi 3 : Penghantaran Pegawai-Pegawai ke Luar Negara


• Pegawai-pegawai China dihantar ke luar negara untuk mempelajari teknologi
Barat.
• Pelajar-pelajar China pada tahun 1870 hingga 1880-an dihantar ke Amerika,
Britain dan Perancis demi mencapai tujuan tersebut.

60
MODUL PERKASA ILMU SEJARAH DUNIA SEMESTER 1 2023 EDISI 2023

Isi 4 : Bidang Pertahanan - Ketenteraan


• Tokoh pelopor GMD seperti Lee Hung Chang beranggapan kelemahan China
adalah disebabkan kekurangan senjata canggih seperti Barat.
• Sehubungan itu, pegawai-pegawai terlibat telah mengambil Langkah untuk
memodenkan bidang tentera seperti pembinaan gudang-gudang senjata bagi
mempersiapkan China dari aspek keselamatan.
• Malah terdapat limbungan kapal dibina dikenali sebagai Kiangnam Arsenal. Selain
itu penubuhan angkatan tentera.

Isi 5 : Ekonomi
• China mengamalkan konsep persyarikatan dalam usaha GMD. Konsep tersebut
berteraskan kepada visi “government supervision and merchant operator”. Dalam
erti kata lain, konsep persyarikatan dalam GMD merupakan gabungan usaha
kerajaan sebagai penyelia kepada ekonomi dengan bantuan pihak swasta/saudagar
dalam menguruskan sesebuah syarikat atau perdagangan.
• Pada tahun 1872 misalnya, Lee Hung Chang menubuhkan Syarikat Perkapalan
Wap Saudagar China.
• Memajukan sektor pertanian dengan mengambil Langkah untuk meningkatkan
pengeluaran hasil pertanian dengan membina sistem saliran dan pengairan dan
mengurangkan cukai pertanian

Isi 6 : Bidang Pengangkutan dan Perhubungan


• Syarikat Jardine Matheson & Cooperation telah bekerjasama dengan kerajaan
menubuhkan landasan kereta api pertama pada tahun 1876 iaitu yang
menghubungkan Shanghai dan Tientsin.
• Pada tahun 1881 telegraf yang menghubungkan wilayah Tientsin dengan Shanghai
dibina. Tindakan ini diharapkan China dapat memudahkan penyaluran maklumat
kerajaan bagi memperkukuhkan sistem komunikasi di China.

Isi 7 : Pendidikan – Penubuhan Maktab Bahasa


• Pada tahun 1862, sebuah maktab Bahasa yang dikenali sebagai Tung -Wen T
Kwan
ditubuhkan di Peking. W.A Martin telah dilantik sebagai presiden Tung -Wen T
Kwan
• Maktab ini ditubuhkan untuk mengajar bahasa-bahasa eropah dan ilmu
pengetahuan barat kepada pegawai-pegawai kerajaan China.
• Maktab ini menekankan pembelajaran bahasa asing lain seperti Bahasa inggeris,
Rusia, Perancis , Jerman dan Jepun.
• Maktab ini juga memainkan peranan sebagai pusat penterjemahan ilmu
pengetahuan barat di China.

61
MODUL PERKASA ILMU SEJARAH DUNIA SEMESTER 1 2023 EDISI 2023

Kesimpulan
• GMD yang berlangsung tahun 1861 hingga 1895 memaparkan komitmen China
dalam memodenkan negara setanding dengan Barat meskipun ia memperlihaktan
kegagalan apabila wujud pula gerakan selepas GMD, seperti Gerakan Pembaharuan
100 Hari pada Jun hingga September 1898.

62
MODUL PERKASA ILMU SEJARAH DUNIA SEMESTER 1 2023 EDISI 2023

Soalan 3

TERANGKAN KESAN-KESAN PERANG DINGIN DARI TAHUN 1945 HINGGA


1955.

Pendahuluan.
• Perang Dingin merupakan keadaan ketegangan geopolitik setelah Perang Dunia II
antara kuasa di Blok Timur (Kesatuan Soviet dan negara-negara satelitnya) dan
kuasa di Blok Barat (Amerika Syarikat, sekutu-sekutu NATO- dan lain-lain).
• Persaingan antara Amerika Syarikat yang memperjuangkan ideologi demokrasi
manakala Soviet Union yang mendokong ideologi komunis telah mewujudkan
beberapa kesan.

Isi 1 : Muncul Perikatan Tentera


• Soviet Union muncul sebagai kuasa militer yang paling kuat di Eropah
• Soviet Union juga berjaya menguasai satu kawasan yang luas dengan penduduk lebih
daripada tiga milion orang
• Kebangkitan Soviet Union mengancam negara-negara Eropah Barat
• Usaha diambil untuk menubuhkan pakatan tentera dalam kalangan negara-negara ini
• Persetiaan Dunkirk mewujudkan satu perikatan tentera antara Britain dan Perancis
• la bertujuan menjalinkan kerjasama bagi menghadapi ancaman Soviet Union
• Perjanjian Brusells ditandatangani selepas peristiwa rampasan kuasa di Prague
• Perjanjian ini meningkatkan kerjasama antara negara-negara Eropah seperti Britain,
Perancis, Belgium, dan Belanda

Isi 2 : Penubuhan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO)


• Penubuhan NATO menyebabkan Soviet Union bertindak balas dengan mengadakan
pakatan ketenteraan dengan negara-negara satelitnya iaitu Pakatan Warsaw
• Pakatan Warsaw melibatkan negara-negara komunis di Eropah Timur
• Pakatan ini menjamin bantuan ketenteraan kepada negara-negara anggotanya
• Pakatan Warsaw ditubuhkan di bawah kepimpinan komander tertinggi tentera Rusia
• Sebuah jawatankuasa rundingan ditubuhkan untuk mewujudkan persefahaman dalam
hal politik negara-negara anggota
• Rusia mengukuhkan kedudukannya di Eropah Timur dengan menempatkan tenteranya
di negara-negara Eropah Timur
• Rusia juga dapat mengawal negara-negara satelit dan mematahkan pemberontakan
yang tercetus di situ

63
MODUL PERKASA ILMU SEJARAH DUNIA SEMESTER 1 2023 EDISI 2023

Isi 4 : Pembentukan Blok Dunia


• Membahagikan dunia kepada negara-negara yang sehaluan dan bertindak secara
bersama bagi menjaga kepentingan ahli
• Blok ini muncul dalam pelbagai bentuk berasaskan politik, ekonomi, dan sosial
• Perbezaan ideologi menyebabkan kemunculan Blok Kapitalis dan Blok Komunis
• Blok kapitalis mengamalkan sistem demokrasi, iaitu kerajaan dipilih oleh rakyat
melalui pilihan raya
• Blok Komunis mengamalkan pemerintahan komunis dan hanya parti komunis diiktiraf

Isi 5 : Kemunculan Negara-negara Berkecuali (NAM)


• Dua blok dunia bersaing untuk merebut negara-negara dunia ketiga
• Amerika Syarikat dan Soviet Union berusaha meluaskan pengaruh ke atas negara-
negara dengan pelbagai cara, seperti menawarkan bantuan ketenteraan dan ekonomi
• Negara-negara dunia ketiga tidak mahu memihak kepada mana-mana blok
• Negara-negara ini mengamalkan sikap berkecuali
• September 1961 - Pergerakan Negara-negara Berkecuali (NAM) ditubuhkan
• NAM dianggotai oleh negara-negara membangun di Asia, Afrika, dan Amerika Selatan
• Matlamat utama NAM adalah untuk mengekalkan keamanan dunia
• Antara prinsip perjuangan NAM ialah menghormati kedaulatan sesebuah negara dan
asasi manusia

Kesimpulan
• Kesimpulannya, perang dingin telah menyebabkan muncul blok dunia dan Pakatan
ketenteraan seperti NATO, SEATO, dan Pakatan WARSAW.
• Selain itu, perang ini juga telah menyebabkan kedua-dua kuasa besar berlumba-
lumba untuk menambah senjata dan kekuatan tentera.
• Di samping itu, menjelang perang dingin juga telah menyaksikan kemunculan
negara-negara yang mengamalkan dasar berkecuali menerusi pertubuhan NAM.

64
MODUL PERKASA ILMU SEJARAH DUNIA SEMESTER 1 2023 EDISI 2023

Soalan 5

BINCANGKAN PERKEMBANGAN PERJUANGAN KONGRES KEBANGSAAN


INDIA KE ARAH KEMERDEKAAAN INDIA DARI TAHUN 1919 HINGGA
TAHUN 1947.

Pendahuluan
• Mahatma Gandhi memimpin Kongres Kebangsaan India (INC) . Beliau telah
menukar INC daripada sebuah parti elit kepada gerakan massa yang mewakili
pelbagai kelompok daripada masyarakat bawahan kepada masyarakat atasan.
• Terdapat tiga prinsip perjuangan Mahatma Gandhi yang terkenal iaitu satyagraha,
ahimsa, dan swadesi. Mahatma Gandhi seorang pejuang anti kekerasan.
• Bagi beliau, melakukan kekerasan tidak dapat menyelesaikan masalah sebaliknya
menimbulkan masalah lain .

Isi 1 : Perarakan Garam


• Mac 1930 berlaku Perarakan Garam apabila Mahatma Gandhi bertindak
mengadakan gerakan penentangan awam
• Kerajaan British yang memonopoli pengeluaran garam telah menaikkan harga
garam dan tindakan tersebut menimbulkan kesukaran terutamanya golongan
bawahan.
• Mahatma Gandhi telah melakukan perarakan garam dari Ahmadabad menuju ke
pantai Gujerat .
• Perarakan ini dikenali sebagai Perarakan Dandi kerana Mahatma Gandhi dan
pengikutnya memulakan perjalanan tanpa memakai kasut dari Sabarmati Ashram
menuju ke pantai Dandi di Gujerat .

Isi 2 : Persidangan Meja Bulat 1930


• Di London, satu desakan agar kerajaan British mengadakan perdamaian dengan
INC dengan mengadakan satu persidangan di London dikenali sebagai persidangan
Meja Bulat
• Persidangan Meja Bulat yang dihadiri oleh raja-raja India , orang islam , hindu ,
kristian , sikh gagal mencapai kata sepakat INC .

Isi 3: Pakatan Gandhi-Irwin 1931


• British telah bekerjasama dengan INC dan menganjurkan pakatan Gandhi-Irwin
pada 1931 .
• Berdasarkan pakatan tersebut, Mahatma Gandi bersetuju membatalkan kempen
melanggar perintah awam dan sebagai balasan , British akan menarik balik segala
tindakan kekerasan dan memberi jaminan untuk membebaskan nasionalis India
yang ditahan .

65
MODUL PERKASA ILMU SEJARAH DUNIA SEMESTER 1 2023 EDISI 2023

Isi 4 : Akta Kerajaan India 1935


• Persidangan Meja Bulat ketiga diadakan bagi menyelesaikan isu-isu yang berkaitan
dengan perlembagaan. kerajaan British mencadangkan usul-usul yang
kemudiannya dikenali Akta Kerajaan India 1935.
• Berdasarkan akta kerajaan India 1935. Dicadangkan penubuhan sebuah
persekutuan India dan memberikan kuasa autonomi kepada wilayah-wilayah
jajahan British
• Melantik Gabenor Jeneral yang bertanggungjawab ke atas hal ehwal luar negeri,
pertahanan dan keagamaan.
• menimbulkan perasaan tidak puas hati parti-parti politik. Kongres kebangsaan India
dan liga muslim di bawah pimpinan Jinnah menolak akta ni.
• Rasa tidak puas hati timbul kerana akta ini tidak menjamin taraf dominion yang di
tuntut oleh golongan nasionalis India. Hal ehwal pertahanan dan hubungan luar
India masih di kuasai oleh orang Inggeris.

Isi 5 : Pilihan Raya 1937


• Pilihan raya majlis perundangan provinsi yang dijanjikan dalam akta kerajaan India
1937. Dalam pilihan raya tersebut, kongres kebangsaan India mencapai kejayaan yg
memberangsangkan.
• Kongres telah menguasai majlis perundangan di madras, provinsi bersatu, provinsi
tengah dan orissa.
• Kongres turut menguasai separuh daripada kerusi yang di pertandingkan di bombay
dan satu per tiga kerusi yang dipertandingkan di wilayah barat laut dan assam.
• Pada keseluruhannya kongres memenangi 714 daripada 1585 kerusi yang di
pertandingkan.

Isi 5 : Idea Penubuhan Pakistan


• Keputusan kongres menolak cadangan membentuk kementerian-kementerian
gabungan mencemaskan jinnah. Oleh itu, liga islam mengambil keputusan bahawa
tidak boleh mengharap keadilan daripada kongres.
• Perkembangan ini menyebabkan hubungan antara kongres dan liga islam menjadi
buruk.
• Mohammad Ali Jinnah telah mengambil keputusan untuk menubuhkan sebuah
negara yang berasingan bagi orang islam.
• Revolusi mengenai penubuhan Pakistan diluluskan dalam Persidangan Liga Islam
di lahore pada tahun 1940.

Isi 6 : Kemunculan Sayap Kiri


• Kongres menjadi sebuah pertubuhan yang berpengaruh dengan penyertaan ramai
orang menjadi anggota pertubuhan tersebut. Perkembangan ini menyebabkan
muncul kumpulan sayap kiri dalam kongres di bawah pimpinan Subash Candra
Bose.

66
MODUL PERKASA ILMU SEJARAH DUNIA SEMESTER 1 2023 EDISI 2023

• Kumpulan sayap kiri menuntut agar kongres kebangsaan di India mengambil


tindakan keras terhadap pihak British.
• Kumpulan sayap kiri menjadi lebih aktif dan berpengaruh apabila Subash Candra
Bose dipilih menjadi presiden kongres.
• Namun begitu , beliau terpaksa meletak jawatan apabila berlaku penentangan
daripada musuh-musuhnya.

Isi 7 : Nasionalisme India Semasa Perang Dunia Kedua


• Semasa perang dunia kedua, British melibatkan India dalam peperangan tersebut
tanpa berunding dengan pemimpin tempatan.
• Perkembangan ini menyebabkan kongres menuntut agar wizurai menjelaskan
matlamat British menyertai peperangan dan implikasinya terhadap India.
• Selain itu kongres juga menuntut penubuhan sebuah kerajaan pusat kebangsaan
bagi membuktikan niat baiknya.
Kongres tidak berpuas hati dengan respon kerajaan British terhadap tuntutannya.
• Perkembangan ini menyebabkan menteri-menteri kongres meletak jawatan sebagai
tanda bantahan mereka.

Isi 8 : Tawaran Ogos


• Dalam pada itu, keadaan politik di Eropah berubah ekoran kejayaan Jerman
menawan Perancis pada tahun1940. Perkembangan ini menyebabkan British
mendapaat ancaman daripada Jerman.
• Dalam keadaan ini, British memerlukan kerjasama daripada pemimpin-pemimpin
kongres bagi menghadapi situasi di Eropah.
• Ogos 1940, Lord Linlithgow menawarkan kepeda pemimpin-pemimpin kongres
untuk membincangkan perkembangan politik di India. Beliau juga bersetuju
menubuhkan sebuah badan perwakilan yang akan diterima oleh parlimen British.

Isi 9 : Utusan Cripss, Mac 1942


• Dalam pada itu, kejayaan Jepun menguasai negara-negara di asia tenggara seperti
myanmar dan tanah melayu menimbulkan kebimbangan British. Jepun turut
mengumumkan bahawa matlamat utama serangan terhadap India adalah untuk
membebeskan negara tersebut daripada pemerintahan British.
• Propaganda Jepun mendapat sokongan daripada orang India di seberang laut dan
tentera British India.
• Perkembangan ini membawa kepada penubuhan Liga Kemerdekaan India dan
Tentera kebangsaan India bagi membebaskan India daripada pemerintahan British.
• Ancaman Jepun telah menyedarkan British tentang kepentingan hubungan
persahabatan dengan kongres kebangsaan India.

67
MODUL PERKASA ILMU SEJARAH DUNIA SEMESTER 1 2023 EDISI 2023

Isi 10 : Pergerakan Keluar Dari India 1942


• Kongres telah meluluskan resolusi dala persidangan yang diadakan di bombay pada
bulan ogos 1942 menuntut agar British menarik diri daripada India. Resolusi keluar
dari India mendapatan sambutan ahli-ahli kongres di seluruh India.
• Dalam pada itu, kongres mengumumkan gerakan penderhakaan awam akan
dilancarkan sekiranya British enggan berundur dari India.
• Kerajaan British bertindak segera dengan menangkap gandhi dan beberapa orang
pemimpin kongres untuk menggagalkan gerakan tersebut.
• Tindakan ini menyebabkan 60000 orang di tahan manakala 10000 orang menjadi
mangsa rusuhan dan keganasan yang berlaku di seluruh India.

Isi 11 : Perjuangan Tentera Kebangsaan India.


• Subash candra bose telah menubuhkan tentera pembebasan India untuk
membebaskan India.
• Subash candra bose mendapatkan bantuan daripada Jepun untuk memimpin
gerakan pembebasan India di asia tenggara.
• Beliau menubuhkan sebuah kerajaan dalam buangan di singapura yang di kenali
sebagai Azad Hind.
• Seterusnya, beliau menggerakkan tentera pembebasan India ke sempadan India
untuk menyertai tentera Jepun dalam usaha membebaskan India. Walau
bagaimanapun, Kuasa Berikat berjaya menyekat kemaraan tentera Jepun dan
mengusir mereka dari sempadan India.

Isi 12: Rancangan Wavell.


• Dalam pada itu, Liga Islam menuntut sebuah negara yang berasingan bagi orang
islam iaitu pakistan. Jinnah menyatakan pendirian bahawa pembahagian India
adalah satu-satunya jalan untuk menyelesaikan masalah.
• Pendirian Jinnah membentuk sebuah negara yang berasingan bagi orang islam
menghancurkan harapan orang India bagi membentuk sebuah negara yang bersatu.
• Lord Wavell menjemput gandhi, jinnah dan pemimpin-pemimpin lain untuk
mengadakan perbincangan di Silma pada 25 jun 1945. Namun begitu,
perbincangan tersebut gagal mencapai kata sepakat dalam kalangan pemimpin
kongres.

Isi 13: Perutusan Kabinet


• Dalam pada itu, Clement Atlee (Perdana Menteri Britain) menghantar satu utusan
yang dikenali sebagai Utusan Kabinet ke India pada bulan Mac 1946. Matlamat
utama Utusan Kabinet adalah mencari jalan untuk memberi kemerdekaan kepada
India dan menggubal perlembagaan baharu.
• Utusan kabinet mengumumkan laporan pada 6 Mei 1946. Antara syor-syor yang
terkandung dalam laporan tersebut adalah mewujudkan sebuah kesatuan yang
dikenali sebagai Indian Union, terdiri daripada gabungan provinsi dan negeri dan
kerajaan pusat kuasa terhadap pertahanan, hal ehwal luar dan perhubungan

68
MODUL PERKASA ILMU SEJARAH DUNIA SEMESTER 1 2023 EDISI 2023

• Kongres bersetuju menyertai Dewan Perwakilan dan akan melibatkan diri dalam
Kerajaan Sementara yang bakal ditubuhkan. Pendirian Wavell menyebabkan Liga
Islam membuat keputusan untuk menolak semua cadangan perutusan kabinet.

Isi 14 : Penubuhan kerajaan sementara


• Parti kongres menguasai majoriti kerusi dalam pilihan raya yang diadakan pada
bulan julai 1946..
• Kemenangan Kongres menimbulkan kebimbangan orang islam dan Muhammad Ali
Jinnah mengambil tindakan bagi pembentukan negara Pakistan. Tercetusnya
rusuhan perkauman di Calcutta, Bihar dan seterusnya tersebar ke seluruh negara.
• Pada 2 September 1946, Lord Wavell mengambil keputusan untuk membentuk
kerajaan sementara dengan Jawaharlal Nehru sebagai Timbalan Presiden.
• Liga Islam menyertai kerajaan sementara pada 15 Oktober 1946. Lord Wavell
diganti oleh Lord Maountbatten sebagai wizurai terakhir untuk menguatkuasakan
rancangan kemerdekaan India

Kesimpulan
• Jalan menuju kebebasan yang diharungi oleh India berjalan penuh ranjau dan duri .
• Bagaimanapun, semangat kental yang ditunjukkan oleh Mahatma Gandhi dalam
menghadapi tekanan Barat dan mengatasi masalah perpaduan rakyat India yang
mencecah ratusan juta sepatutnya dihargai oleh generasi hari ini tidak kira di mana
kita berada

69
MODUL PERKASA ILMU SEJARAH DUNIA SEMESTER 1 2023 EDISI 2023

Soalan 5

REVOLUSI CHINA 1911 TELAH MENINGGALKAN KESAN TERHADAP


PERJUANGAN DEKOLONISASI RAKYAT CHINA. JELASKAN

Pendahuluan
• Revolusi China 10 Oktober 1911 bertujuan untuk menggulingkan Dinasti Manchu
• Revolusi China menjadi asas kepada kebangkitan semangat nasionalisme rakyat
China sehingga membawa kepada pembentukan pemerintahan baharu.
• Keadaan ini memberi kesan terhadap perkembangan politik dan kehidupan
masyarakat di China.

Isi 1 : Kejatuhan Dinasti Manchu


• Gerakan Revolusi China 1911 menyebabkan kerajaan Manchu yang memerintah
selama 3 abad runtuh.
• Golongan revolusioner berjaya menjatuhkan Dinasti Manchu dengan alasan Dinasti
Manchu merupakan pemerintah asing, bangsa Manchu bukan penduduk asli China.
• Gerakan revolusi yang dipimpin oleh Sun Yat Sen ini seterusnya membawa kepada
pembentukan Republik China 1912.
• Jelas bahawa revolusi China telah mengembalikan kedaulatan rakyat China
menerusi pembentukan Republik 1912.

Isi 2 : Pergolakan Politik Dalaman


• Revolusi China yang membentuk Republik 1912 turut memberi kesan kepada
pergolakan politik dalaman.
• Pembentukan Republik China 1912 misalnya menyebabkan berlaku pertelingkahan
antara Yuan Shi Kai dengan golongan Revolusioner.
• Pengaruh kumpulan revolusioner semakin kuat berikutan mereka mengasaskan
Kuomintang (KMT) atau Parti Nasionalis pada Ogos 1912.
• Yuan Shi Kai yang dilantik sebagai presiden sementara Republik China
mengamalkan pendekatan pilih kasih. Yuan Shi Kai cenderung melantik
penyokongnya menjawat kementerian penting seperti Kementerian Perang.
• Perkembangan ini terus merancakkan pergolakan politik China kerana pemimpin
Kuomintang hanya diberi peluang dalam jawatan kurang penting seperti
Kementerian Pertanian.

Isi 3 : Percubaan Mengembalikan Pemerintahan Monarki


• Revolusi China yang membentuk Republik 1912 turut memberi kesan terhadap
percubaan mengembalikan pemerintahan monarki.
• Selepas Kuomintang memenangi pilihanraya 1913, Yuan Shi Kai bertindak
membunuh pemimpin Kuomintang iaitu Sung Chiao Jen.
• Keadaan ini menyebabkan Dr Sun Yat Sen dan gabenor wilayah Selatan
melancarkan revolusi kedua pada bulan Julai 1913 di Lembah Yan Zi.

70
MODUL PERKASA ILMU SEJARAH DUNIA SEMESTER 1 2023 EDISI 2023

• Sungguhpun demikian, perjuangan ini tidak mendapat sokongan penuh dari rakyat
China.
• Yuan Shi Kai telah mengharamkan parti Kuomintang pada tahun 1914 selepas
membubarkan parlimen.
• Keadaan ini seterusnya menyebabkan Yuan Shi Kai menjalankan perubahan drastik
dengan melantik dirinya sebagai Maharaja.
• Disember 1915, Yuan Shi Kai mengumumkan pembentukan monarki
berpelembagaan di China. Januari 1916, Yuan Shih Kai diisytihar rasmi sebagai
Maharaja China.
• Jelas bahawa Revolusi China yang membentuk Republik 1912 terus memberi kesan
kepada pemerintahan China menerusi cubaan Yuan Shi Kai menghidupkan kembali
pemerintahan monarki.

Isi 4 : Kemunculan Zaman Hulubalang/ Warlord


• Revolusi China yang membentuk Republik 1912 terus memberi kesan atau cabaran
dengan kemunculan Zaman Hulubalang/Warlord.
• Era Hulubalang merupakan satu pergolakan politik China selama 10 tahun dari
tahun 1916 hingga 1927
• Era Warlord merujuk kepada kebangkitan golongan jeneral-jeneral tentera di utara
China yang berpecah belah selepas kematian Yuan Shih Kai 1916.
• Keadaan tersebut dimanfaatkan oleh jeneral tentera atau Hulubalang untuk saling
bersaing di utara China, demi mendapatkan kekuasaan pemerintahan berdasarkan
puak masing-masing.

Isi 5: Pergolakan Politik Berpanjangan antara Kuomintang dengan Parti Komunis


Cina.
• Pergolakan politik China terus berpanjangan menerusi persaingan politik antara
Kuomintang dengan Parti Komunis China (PKC).
• Ini bermula selepas golongan pelajar melancarkan Gerakan 4 Mei 1919, satu
demonstrasi besar-besaran bagi mengkritik Hulubalang. Ia lanjutan tindakan
Hulubalang yang menjejaskan kedaulatan China (dalam isu wilayah Shantung).
• Kejayaan Gerakan 4 Mei memberi kesan pemulihan imej atau kuasa Kuomintang
dalam politik.
• Jeneral Chiang Kai Shek (Jeneral Kuomintang), seterusnya bertindak melancarkan
Ekspedisi Utara dan menghapuskan semua Warlord. China disatukan dibawah
pemerintahan Republik China tahun 1928 pimpinan Kuomintang.
• Pengaruh Parti Komunis China (PKC) yang meningkat pada tahun 1930 pula
menyebabkan Chiang Kai Shek bertindak menghapuskan PKC pimpinan Mao Tse
Tung.
• PKC pimpinan Mao Tse Tung terpaksa melancarkan Perjalanan Jauh (Long March)
tahun 1934-1935 selepas Kuomintang pimpinan Chiang Kai Shek menyerang
markas ketenteraan PKC.

71
MODUL PERKASA ILMU SEJARAH DUNIA SEMESTER 1 2023 EDISI 2023

• Jelas bahawa pergolakan politik berpanjangan di China terus berlaku selepas


Revolusi China berikutan persaingan ideologi nasionalis dengan komunis.

Isi 6 : Perubahan Sosial


• Dalam tempoh kebangkitan tentera, masyarakat China mengalami perubahan sosial
secara beransur-ansur.
• Pusat-pusat bandar telah mendorong golongan bijaksana untuk datang berkunjung
serta menganut agama Kristian.
• Ramai penduduk China berhijrah dari kampung ke bandar untuk bekerja di
bahagian industri.
• Mereka membentuk status baru melalui keperibadian yang baik berasaskan nilai-
nilai confucius. Manakala sistem ikatan kekeluargaan di China mula merosot.
• Malangnya dalam tempoh kebangkitan golongan tentera, China dilanda pelbagai
masalah yang menyebabkan penurunan kualiti hidup seperti perang saudara
berterusan dan kemiskinan.

Kesimpulan
• Revolusi 1911 meninggalkan kesan mendalam kepada perubahan politik serta
kehidupan sosial masyarakat China.
• Pembentukan Republik China 1912 berteraskan sistem demokrasi tidak dapat
dipertahankan ekoran persaingan politik dan perang saudara berterusan 1912-1949.
• Hal ini diperkuatkan lagi dengan sokongan menyeluruh masyarakat China terhadap
pemerintahan komunis apabila PKC menubuhkan Republik Rakyat China pada 1
Oktober 1949.

72
MODUL PERKASA ILMU SEJARAH DUNIA SEMESTER 1 2023 EDISI 2023

Soalan 6

HURAIKAN PENGLIBATAN UNITED KINGDOM DAN INDIA DALAM


PERTUBUHAN KOMANWEL SEHINGGA TAHUN 1955.

Pendahuluan
Latar belakang Pertubuhan Negara-negara Komanwel
• Pertubuhan Negara-negara Komanwel merupakan pertubuhan berbentuk sukarela
yang melibatkan negara-negara berdaulat yang ditubuhkan atau pernah dijajah oleh
pihak British kecuali Mozambique dan Rwanda
• Pertubuhan ini bermatlamat menyatukan negara-negara bekas jajahan British, ia
dibentuk pada tahun 1931 hasil idea Lord Rosebury.

A: United Kingdom
Isi 1: Pengaruh United Kingdom dalam Pertubuhan Negara-negara Komanwel
• United Kingdom boleh dianggap sebagai “pengasas” dan ‘ketua’ Komanwel
• Dikaitkan dengan niat dan cita-cita pihak British untuk membimbing tanah
jajahannya ke arah berkerajaan sendiri seterusnya memberi kemerdekaan.
• Keunikan Komanwel ialah kebijaksanaan Britain mengekalkan legasi monarkinya
• Menjadi ketua negara dalam kalangan negara-negara Komanwel yang merdeka
• Lebih kurang 16 buah negara yang Queen (Raja Inggeris) sebagai Ketua Negara

Isi 2 : Berjaya memujuk Amerika Syarikat, Kanada dan Jepun mewujudkan


Rancangan Colombo pada tahun 1950
• Rancangan yang berslogankan “Merancang untuk Kemakmuran Bersama”
dilancarkan.
• Membantu meningkatkan perkembangan ekonomi di negara-negara Asia dan
Pasifik
• Mengambil inisiatif mewujudkan sebuah jawatankuasa pada tahun 1950

Isi 3 : Jawatankuasa Perhubungan Pelajaran Komanwel


• Menyediakan sistem pelajaran yang sempurna untuk negara – negara anggota

Isi 4 : Isu Apartied yang diamalkan di Afrika Selatan


• Tindakan yang dilakukan oleh Britain adalah kerana kepentingannya sendiri
• Satu perjanjian (1955) antara Britain dengan Afrika Selatan, Britain setuju menjual
senjata kepada Pretoria

73
MODUL PERKASA ILMU SEJARAH DUNIA SEMESTER 1 2023 EDISI 2023

B. India
• India mempunyai sejarah yang tersendiri dengan pertubuhan Komanwel anggota
“ bukan berkulit putih” yang ingin diberi taraf kerajaan sendiri oleh pihak British .
• Pada tahun 1919 , undang- undang kerajaan India telah digubal .sistem diarchy
telah diperkenal di India . Melalui sistem ini ,pentadbiran wilayah –wilayah di
India dibahagikan kepada bahagikan, iaitu perkara-perkara yang tertentu yang
ditadbir oleh gabenor wilayah dan India .
• Bagaimanapun , semua keputusan hendaklah mendapat kebenaran daripada
kerajaan atau Parlimen British . Satu suruhanjaya telah dibentuk untuk mengkaji
pemberian taraf berkerajaan sendiri di India .Suruhanjaya ini dipengerusikan oleh
Sir John Simon.

Kesimpulan.
• Pertubuhan Negara-negara Komanwel merupakan pertubuhan berbentuk sukarela
namun cengkaman United Kingdom amat kukuh pada awal penubuhannya
• Penubuhan pertubuhan Komanwel ini mempunyai kaitan dengan hasrat Britain
untuk memperkenalkan sisitem sosial, ekonomi dan politik berdasarkan model
barat

74
MODUL PERKASA ILMU SEJARAH DUNIA SEMESTER 1 2023 EDISI 2023

TERIMA KASIH

75

You might also like