You are on page 1of 3

MINIT MESYUARAT

PROGRAM CSR DAN EFM ENFORCEMENT 2024 BIL. 1

Tarikh : 24 Januari 2024

Masa : 3.30 petang

Tempat : Tingkat 2

Pengerusi : Puan Fatin Atiqah Binti Kamaruddin

Kehadiran : Seperti di lampiran A

1. UCAPAN PENGERUSI

1.1 Pengerusi memulakan mesyuarat dengan ucapan salam dan mengalu-alukan


kehadiran semua ahli mesyuarat.

2. PERKARA-PERKARA BERBANGKIT

2.1 Pengerusi mencadangkan untuk membuat program berbuka puasa di rumah


anak yatim pada minggu kedua bulan Ramadhan 23 Mac 2024 (Sabtu),
bermula 2.00 petang sehingga selesai berbuka puasa.
2.2 Pengerusi juga mencadangkan untuk mewujudkan dua kumpulan iaitu
kumpulan gotong-royong dan kumpulan bagi bantuan penyediaan makanan
berbuka puasa.
2.3 Cik Razma mencadangkan untuk membuat majlis berbuka puasa bersama
anak-anak yatim di D’Buana Hall, Petaling Jaya. Namun melibatkan kos
belanja yang tinggi.
2.4 Pengerusi memohon agar ahli untuk bersama-sama mencari rumah anak
yatim yang bersesuaian seperti mempunyai tempat letak kereta yang luas
dan boleh menerima kunjungan ahli yang ramai. Ahli boleh mengusulkan
cadangan lokasi rumah anak yatim yang bersesuaian pada mesyuarat akan
datang.
2.5 Encik Syakir mencadangkan supaya membuat kutipan dari PPN Selangor
untuk disumbangkan kepada rumah anak yatim sebagai duit raya.
Tindakan: Makluman

PENANGGUHAN MESYUARAT
Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua ahli program yang hadir
dalam mesyuarat kali ini dan berharap segala perkara yang telah dibincangkan
akan diambil tindakan. Mesyuarat ditangguhkan pada 1 Februari 2024 pukul 10.00
pagi.

Disediakan oleh: Disemak oleh

nabilahsukaime t.t

Setiausaha Pengerusi
Program CSR & EFM Program CSR & EFM
Enforcement 2024 Enforcement 2024

Tarikh: 30.1.2024 30.1.2024


LAMPIRAN A
SENARAI KEHADIRAN
MESYUARAT PROGRAM CSR & EFM ENFORCEMENT 2024 BIL 1

BIL NAMA
1 MUHAMMAD SYAKIR BIN RAZALI
2 FATIN ATIQAH BINTI KAMARUDDIN
3 RAZMA BINTI INSALI
4 NUR NABILAH BINTI SUKAIME
5 NURUL SYAFIKAH BINTI MOHD SIDIK
6 BRENDA JUSTIN
7 HASSAN SYUKRI BIN. A. YAZID
8 MOHAMAD FARID BIN. DIN
9 NOR ATIKAH BINTI ZULKIFLI
10 NURAINA FARAHIN BINTI SAPUAN
11 SITI AISYAH BINTI ZAINAL ABIDIN

You might also like