You are on page 1of 19

INSTITUT LATIHAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA SUNGAI

BULOH,SELANGOR.

LAPORAN AMALI

EHEA 2083

TAJUK:

SOUND LEVEL METER

NAMA PELATIH MUHAMMAD HANIF FAHMI BIN HAIRUL ANUAR

NO MATRIK DPEH1/2023(07)-0032

PROGRAM DIPLOMA KESIHATAN PERSEKITARAN (PPKP) DKP40

KOD KURSUS EHEA 2083

NAMA KURSUS ENVIRONMENTAL ASSESSMENT

TARIKH
PENGHANTARAN 16 FEBUARI 2023

NAMA PENGAJAR DR. INTAN SURAYA BINTI NOOR ARZAHAN


ISI KANDUNGAN

MUKA
BIL PERKARA
SURAT

1 1.0 PENGENALAN 1

2 2.0 OBJEKTIF AMALI 2

3 3.0 LATAR BELAKANG KAJIAN 4-Mar

4.0 METODOLOGI 5

4 4.1 PERALATAN 6

4.2 KAEDAH PENGGUNAAN (SLM) 6

5.0 PROSEDUR 7

5.1 SEBELUM PEMANTAUAN KEBISINGAN 7

5 5.2 SEMASA PEMANTAUAN PUNCA 7

5.3 NOISE MAPPING/ZONNING 8

5.4 LOKASI YANG DIPILIH 9

6.0 KEPUTUSAN 10

6.1 SATU PUNCA BUNYI BISING 10

6 6.2 DUA BUNYI BISING 11

6.3 GRAF BAGI PENAMBAHAN DESIBEL 12

6.4 NOISE MAPPING 12

7 7.0 PERBINCANGAN 13

8 8.0 CADANGAN 14

9 9.0 KESIMPULAN 15

10 10.0 RUJUKAN 16

11 11.0 LAMPIRAN 17

i
1.0 PENGENALAN

Bunyi bising merupakan bunyi yang tidak dikehendaki yang boleh


menyebabkan gangguan dan kacau (Majlis Bandaraya Subang Jaya, 2022).
Pendedahan yang berterusan kepada bunyi bising yang melebihi had
pendengaran manusia boleh berpotensi menyebabkan masalah
pendengaran, termasuk kecacatan pendengaran yang kekal. Faktor-faktor
yang menyebabkan bunyi persekitaran boleh berasal dari pelbagai sumber,
termasuk aktiviti domestik seperti penggunaan peralatan elektrik, industri,
atau aktiviti persendirian seperti bunyi daripada kendaraan bermotor atau
peralatan berat.
Pengukuran dan penilaian tahap kebisingan sesuatu bunyi dilakukan
menggunakan alat khas yang dikenali sebagai Sound Level Meter (SLM). Alat
ini penting untuk mengukur dan mengawasi bunyi dari pelbagai sumber,
termasuk tapak pembinaan, loji industri, dan lalu lintas jalan raya. Dengan
menggunakan SLM, pihak berkuasa dan penyelia keselamatan dapat
menentukan tahap kebisingan yang ada dan mengambil langkah-langkah
pencegahan yang sesuai.
Persampelan kebisingan kawasan bertujuan untuk menilai keadaan
tempat kerja dan melaksanakan langkah-langkah pencegahan serta kawalan
awal jika bacaan kebisingan melebihi had yang ditetapkan dalam undang-
undang keselamatan dan kesihatan pekerjaan menurut (NIOSH,2023). Ini
termasuk mengenal pasti punca bunyi bising, menilai risiko kepada pekerja,
dan melaksanakan tindakan untuk mengurangkan kebisingan atau melindungi
pekerja daripada pendedahan yang berlebihan.

Langkah-langkah ini adalah penting untuk memastikan keselamatan


dan kesihatan pekerja, serta untuk meminimumkan risiko kesan negatif
jangka panjang daripada pendedahan kepada bunyi bising yang berlebihan.
Selain itu, kesedaran dan pematuhan terhadap peraturan keselamatan dan
kesihatan pekerjaan perlu ditingkatkan bagi memastikan persekitaran kerja
yang selamat dan sihat bagi semua pekerja.

1
2.0 OBJEKTIF AMALI

Objektif amali ini bertujuan untuk membolehkan pelatih memahami dan


mengaplikasikan beberapa konsep dan kaedah yang berkaitan dengan
pengukuran dan pengurusan bunyi bising di kawasan kolej. Berikut adalah
penjelasan untuk setiap objektif:

1. Mempelajari Kaedah Mengendalikan Alat Sound Level Meter:


Pelatihakan mengaplikasikan penggunaan alat Sound Level Meter
(SLM) dan kaedah untuk mengukur kebisingan. Ini termasuk cara
mengendalikan alat, membaca bacaan bunyi, dan memahami unit
pengukuran bunyi seperti desibel (dB). Melalui latihan amali, pelajar
akan dapat menguasai teknik-teknik pengukuran bunyi dengan betul.
2. Mengenalpasti Bunyi Bising di Kawasan Kolej:
Pelatih mengenalpasti dan mengkaji sumber bunyi bising di kawasan
kolej. Penilaian ini akan membantu pelatih untuk memahami faktor-
faktor yang menyumbang kepada kebisingan.
3. Menggunakan Kaedah Graf Penambahan Desibel untuk Lokasi
dengan Dua atau Lebih Punca Bunyi Bising:
Pelatih mengukur bunyi dari dua atau lebih punca bunyi yang berbeza
di lokasi tertentu. Ini melibatkan penggunaan graf untuk menambah
nilai desibel (dB) dari setiap punca bunyi dan menentukan keseluruhan
kebisingan di lokasi tersebut. Melalui latihan ini, pelajar akan dapat
mengaplikasikan konsep dalam menangani data bunyi.
4. Menggunakan Kaedah Noise Zoning di Salah Satu Lokasi Bunyi
Bising yang Dikenalpasti:
Pelatih akan mengaplikasikan kaedah noise zoning untuk
mengkategorikan dan mengenalpasti kawasan-kawasan di sekitar
lokasi bunyi bising yang dikenalpasti. Ini melibatkan penentuan
kawasan-kawasan yang paling terkesan oleh bunyi bising dan langkah-
langkah yang sesuai untuk mengurangkan kesan negatif bunyi tersebut
kepada pekerja atau pengguna kawasan tersebut.

2
3.0 LATAR BELAKANG KAJIAN

Pengenalpastian bising berlebihan merupakan langkah penting yang


perlu dilaksanakan oleh majikan bagi memastikan keselamatan dan kesihatan
pekerja di tempat kerja. Majikan perlu mengambil langkah-langkah yang
diperlukan untuk mengenalpasti kemungkinan pekerja terdedah kepada bising
berlebihan dan mengambil tindakan yang sesuai. Ini adalah kerana bising
berlebihan boleh memberi kesan negatif kepada kesihatan pendengaran
pekerja serta produktiviti mereka.

Paras pendedahan bunyi bising harian >82 dB(A)

Dos bising diri harian >50%

Paras tekanan bunyi maksimum >115 dB(A)

Paras tekanan bunyi puncak >140 dB ( C )

Penaksiran risiko bising juga merupakan langkah penting dalam proses


pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan. Jika terdapat
kemungkinan pekerja terdedah kepada bising berlebihan, majikan perlu
melantik Penaksir Risiko Bising (NRA) untuk melaksanakan penaksiran risiko
bising di tempat kerja dan menyediakan laporan mengenai penemuan
mereka. Ini membolehkan majikan mengambil tindakan pencegahan yang
sewajarnya bagi mengurangkan risiko pendedahan pekerja kepada bising
berlebihan.
Maklumat, arahan, latihan, dan penyeliaan juga penting bagi
memastikan pekerja memahami risiko yang berkaitan dengan bising
berlebihan dan cara untuk mengurangkan kesan negatifnya. Program latihan
perlu diberikan kepada pekerja berdasarkan laporan dari NRA, terutamanya
kepada pekerja yang terdedah kepada bising berlebihan.

Had pendedahan bising (NEL) perlu ditetapkan dan dipatuhi bagi


memastikan keselamatan pekerja. Majikan perlu memastikan bahawa tiada

3
pekerja terdedah kepada paras bising yang melebihi had yang ditetapkan,
termasuk paras pendedahan bising harian, paras tekanan bunyi maksimum,
dan paras tekanan bunyi puncak. Ini adalah untuk melindungi pendengaran
pekerja dan mencegah kemungkinan gangguan kesihatan yang disebabkan
oleh bising berlebihan di tempat kerja.

Paras pendedahan bunyi bising harian >85 dB(A)

Paras tekanan bunyi maksimum >115 dB(A)

Paras tekanan bunyi puncak >140 dB ( C )

4
4.0 METODOLOGI

Untuk aamali ini, pelatih DKP 40 akan dibahagikan kepada beberapa


kumpulan kecil untuk memudahkan pergerakan dan pengambilan data.
Pelatih dikehendaki melakukan beberapa tugas seperti berikut:

1. Mengenal pasti lokasi bunyi bising di kawasan kolej dan merekodkan


keputusan yang diperolehi.
2. Melakukan pengukuran untuk lokasi yang mempunyai satu punca
bunyi bising dan dua punca bunyi bising. Pelatih perlu mendapatkan
bacaan untuk setiap punca kebisingan.
3. Melakukan kaedah noise zoning di kawasan yang mempunyai satu
punca bunyi bising. Pelatih perlu melukiskan dan memberikan warna
pada kontur bunyi bising yang telah diperolehi dari kaedah noise
zoning.
4. Bagi kawasan yang mempunyai dua punca bunyi bising, pelatih perlu
menggunakan graf penambahan desibel untuk memperoleh jumlah
bunyi bising yang sebenar di kawasan tersebut.

Metodologi kajian yang dilakukan oleh pelatih DKP 40 termasuklah


pengukuran bunyi bising, kaedah noise zoning, dan penggunaan graf
penambahan desibel. Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti
lokasi bunyi bising di kawasan kolej dan merekodkan keputusan yang
diperolehi serta memperoleh jumlah bunyi bising yang sebenar di
kawasan tersebut.

5
4.1 PERALATAN

• Sound level Meter(SLM)


• Pen dan pensel
• Kertas A4
• Pita pengukur
• Kalkulator

4.2 KAEDAH PENGGUNAAN SOUND LEVEL METER.

I. Pastikan Sound Level Meter dalam kedaan baik dan boleh


berfungsi dengan baik.
II. Tekan butang ON. Ketika ini bacaan SPL akan dipaparkan.
Sekiranya bekalan bateri lemah, BATT akan dipaparkan pada
skrin.
III. Setkan Sound Level Meter dengan menekan butang tersebut:

• Range : 80 – 130
• dB : A
• Slow (sesuai untuk mengukur gelombang bunyi yang berubah-
ubah secara perlahan).

IV. Alat ini perlu dipegang pada paras pinggang semasa melakukan
pengukuran.
V. Kedudukan siku tangan semasa memegang alat adalah lurus
semasa melakukan pengukuran bagi mengelakkan pengaruh
bunyi dari sumber-sumber yang lain.
VI. Bacaan direkodkan dengan menekan butang HOLD atau MAX.

6
5.0 PROSEDUR

5.1 Prosedur sebelum pemantauan kebisingan

I. Mengenalpasti proses kerja dan aktiviti yang berlaku di lokasi


penelitian untuk mengetahui punca-punca bunyi bising yang
mungkin timbul.
II. Dapatkan atau sediakan peta lakar (floor plan) untuk membantu
dalam mengenal pasti lokasi punca bunyi.
III. Lakukan "walk-through-survey" untuk menentukan jenis dan
punca-punca bunyi bising, serta maklumat berkaitan seperti
aktiviti kerja, bilangan pekerja, dan jenis kerja yang dilakukan.

5.2 Prosedur semasa pemantauan punca

I. Kenal pastikan punca bunyi bising yang ingin dipantau.


II. Gunakan Sound Level Meter (SLM) dengan mengukur 1 meter
dari punca bunyi dan 1 meter dari lantai. Ambil bacaan paras
bunyi di tiga lokasi berhampiran punca tersebut.
III. Selepas itu, kira purata ketiga-tiga bacaan tersebut.
IV. Pegang SLM jauh dari badan untuk mengelakkan pantulan balik
bunyi yang boleh mempengaruhi bacaan.
V. Jika terdapat dua atau lebih punca bunyi, lakukan langkah-
langkah seperti di (ii) dan dapatkan purata bacaan tersebut
sebagai jumlah kebisingan. Selepas itu, minta punca berkenaan
diberhentikan beroperasi dan lakukan semula tiga pengukuran
di tempat yang sama untuk mendapatkan bacaan bunyi bising
ambient. Dapatkan juga purata paras bunyi bising dalam
keadaan ini.
VI. Cari perbezaan antara bacaan jumlah kebisingan sebelum dan
selepas punca berhenti beroperasi. Perbezaan ini
mencerminkan sumbangan bunyi bising oleh punca yang
berkenaan.

7
5.3 Noise Mapping / Zoning

I. Sediakan Pelan Kasar (Layout Plan):


Langkah pertama adalah menyediakan pelan kasar atau layout
plan kawasan yang ingin dipantau.
II. Kenalpasti Punca Bunyi Bising:
Identifikasi semua punca bunyi bising di kawasan tersebut.
III. Kenalpasti / Tentukan Tempat ukuran :
Dengan menggunakan Sound Level Meter (SLM), tentukan
tempat-tempat di sekitar punca bunyi bising di mana paras bunyi
adalah kurang daripada 85dB(A), antara 85 hingga 90dB(A),
dan lebih daripada 90dB(A). Ini dilakukan dengan mengukur
jarak dari punca bunyi bising dan mencatat bacaan bunyi pada
jarak tersebut.
IV. Ukur Jarak di Antara Punca dengan Titik :
Ukur jarak dari punca bunyi bising ke titik di mana bacaan
kebisingan mencapai 90dB(A).
V. Plotkan Titik yang Berkenaan di Atas Peta Lakar Kawasan:
Plotkan titik-titik yang menunjukkan lokasi di mana bacaan
kebisingan mencapai 90dB(A) pada peta lakar kawasan.
VI. Ulangkan Proses untuk Tempat-tempat Berukuran
<85dB(A); 85 – 90dB(A); dan >90dB(A):
Ulangi langkah-langkah di atas untuk menentukan lokasi
tempat-tempat dengan paras bunyi yang berlainan di sekitar
punca bunyi bising.
VII. Sambungkan Semua Titik yang Telah Dicatat dalam Pelan
Lakar:
Sambungkan semua titik yang telah dicatat dalam pelan lakar
untuk membentuk zon-zon bunyi berbeza.
VIII. Ulangkan Perkara 3 hingga 7 untuk Paras Bunyi yang
Berukuran 85dB(A):
Lakukan proses yang sama untuk tempat-tempat di sekitar
punca bunyi bising di mana paras bunyi adalah kurang daripada
85dB(A).
8
5.4 Lokasi yang dipilih

Rajah 1: lokasi amali sumber punca bunyi

Rajah 2: lokasi amali punca bunyi bising dilakukan dengan


menggunakan alat SLM (Bilik Pam)

9
6.0 KEPUTUSAN

6.1 SATU PUNCA BUNYI BISING

Kawasan Aktiviti Kerja Paras Bising (Bacaan)

Bacaan 1 70 dBA

Bacaan 2 72 dBA
Bilik Pam Bunyi Pam
Bacaan 3 69 dBA

Bacaan 4 73 dBA

Purata Intensiti Bunyi 71 dBA

Jadual 1: menunjukkan keputusan satu punca bunyi bising

Rajah 3: menunjukkan pemantauan dari satu punca bunyi

10
6.2 DUA BUNYI BISING

Tambahan Jumlah
Paras Bising Perbezaan
Kawasan Aktiviti Kerja
(Bacaan) (dB) (dB) Kebisingan
71 dB
Pam Air (73 dB + 72 dB 71 + 2 = 73
+ 70 dB + 69 dB) / 4
Bilik Pam 73 - 71 = 2 2
Tangki 73 dB
Air (76 dB + 72 dB) 73 + 2 = 75
/2

Jadual 2: pemantauan dari dua punca bunyi bising

Rajah 4: pemantauan dari dua punca bunyi dalam ruang yang sama

11
6.3 GRAF BAGI PENAMBAHAN DESIBEL

ra untuk enambahan de sibel

6.4 NOISE MAPPING

Rajah 5: lakaran kontur 2 punya bunyi bising di dalam bilik pam air

Warna Paras Bunyi Bising dBA


<80 dBA
<75 dBA
<70 dBA

12
7.0 PERBINCANGAN

Berdasarkan data yang diperoleh dari amali menggunakan alat SLM,


kesimpulannya menunjukkan bahawa tiada kesan yang berpotensi
memudaratkan kepada pekerja yang bertugas di dalam bilik pam tersebut.
Terdapat dua punca bunyi bising yang dikenal pasti di dalam bilik pam ini.
Bacaan tertinggi adalah 71dB yang dicatatkan dari punca bunyi pam air,
manakala 73dB dicatatkan dari punca bunyi tangki air. Terdapat perbezaan
2dB antara kedua-dua punca bunyi tersebut.Dengan demikian, penambahan
setiap paras bunyi adalah 73dB bagi punca bunyi pam air dan 75dB bagi
punca bunyi tangki air, yang masih di bawah tahap yang dianggap selamat.

Dengan adanya perbezaan yang rendah antara paras bunyi dari dua
punca bunyi, ini menunjukkan bahawa tahap bunyi bising di dalam bilik pam
berada pada tahap yang dapat diterima. Oleh itu, tiada tindakan tambahan
yang diperlukan untuk mengurangkan kebisingan di kawasan tersebut bagi
memastikan keselamatan dan kesejahteraan pekerja. Ini adalah penting untuk
memastikan bahawa persekitaran kerja pekerja sentiasa mematuhi piawaian
keselamatan bunyi yang ditetapkan.

13
8.0 CADANGAN

Melebihi paras
Kawasan bertindak Cadangan
(Ya / Tidak)

Cadangan dilakukan ujian audiometri setiap tahun


atau dua tahun sekali bagi pekerja yang terdedah
kepada bunyi bising melebihi 85 dB lebih daripada 8
jam sehari adalah langkah penting dalam memastikan
kesihatan pendengaran pekerja di tempat kerja. Ujian
audiometri adalah satu kaedah yang penting untuk
mengesan sebarang perubahan dalam pendengaran
pekerja akibat daripada pendedahan kepada bunyi
bising yang berlebihan (Balan,2019).

Bunyi bising melebihi 85 dB dan pendedahan yang


berterusan lebih daripada 8 jam sehari boleh memberi
Pam Air Tidak kesan negatif kepada pendengaran pekerja. Oleh itu,
ujian audiometri diperlukan untuk memantau
kesihatan pendengaran mereka secara berkala.
Dengan melakukan ujian ini setiap tahun atau dua
tahun sekali, kita dapat mengesan sebarang
penurunan pendengaran secara awal dan mengambil
tindakan yang sesuai untuk mencegah kemudaratan
pendengaran yang lebih serius.

Ini adalah satu langkah pencegahan yang proaktif


dan penting dalam menjaga kesihatan pekerja di
tempat kerja yang terdedah kepada bunyi bising yang
tinggi. Dengan memastikan pekerja menjalani ujian
audiometri secara berkala.

14
9.0 KESIMPULAN

Dalam kesimpulannya, pengetahuan terhadap penggunaan alat Sound Level Meter


(SLM) adalah penting bagi seorang penolong pegawai kesihatan persekitaran dalam
konteks kerjaya mereka. Amalan ini memberikan peluang kepada pelatih untuk
mengembangkan kemahiran dan kecekapan dalam menggunakan SLM, serta
membuat penilaian yang tepat terhadap bunyi bising selepas data-data diambil.
Melalui amalan ini, pelatih dapat memperoleh pemahaman yang lebih
mendalam mengenai pemetaan zon bunyi dan langkah-langkah pencegahan awal
yang perlu diambil jika terdapat kehadiran pencemaran bunyi bising yang berlebihan
di sesuatu kawasan atau tempat kerja. Dengan demikian, amalan ini membantu
meningkatkan kesedaran dan keupayaan pelatih untuk mengendalikan isu-isu
kesihatan persekitaran, khususnya berkaitan dengan bunyi bising.
Secara keseluruhan, amalan ini memberikan pengalaman praktikal yang
berharga kepada pelatih dalam menangani masalah bunyi bising dalam persekitaran
kerja. Ini adalah langkah penting dalam mempersiapkan mereka untuk menjadi
profesional kesihatan persekitaran yang kompeten dan bertanggungjawab di masa
depan.

15
10.0 RUJUKAN

Apakah yang dimaksudkan dengan bunyi bising ? | Majlis Bandaraya Subang


Jaya. (2022). Mpsj.gov.my. https://portal.mpsj.gov.my/ms/apakah-yang-
dimaksudkan-dengan-bunyibising

Balan, P. (2019). Akta Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan 1994.


Journal of Malaysian and Comparative Law, 21(1 and 2), 169–180.
https://ejournal.um.edu.my/index.php/JMCL/article/view/16095

National Institute of Occupational Safety and Health.

(2023). Niosh.com.my. http://www.niosh.com.my/

16
11.0 LAMPIRAN

17

You might also like