You are on page 1of 2

LAPORAN TAKLIMAT SOP DAN KESELAMATAN

1.0 Pengenalan

MRH Holdings (M) Sdn Bhd telah diberikan amanat dan dilantik sebagai kontraktor bagi
Perkhidmatan Pencucian Cawangan Utama BSN Negeri Sembilan untuk tempoh 2 tahun
yang bermula pada 1hb Jun 2023 sehingga 31hb Mei 2023. MRH Holdings mengambil
langkah awal bagi memudahkan pengurusan kerja di Cawangan Utama dan bagi membuat
persiapan sebelum memulakan kerja.

2.0 Objektif

Taklimat ini adalah bertujuan memberi penjelasan kepada setiap skop dan jadual kerja serta
langkah keselamatan semasa bekerja. Penerangan tersebut dilakukan agar setiap pekerja
memahami dan sentiasa berwaspada dalam melakukan setiap kerja.

Taklimat disusuli dengan penyerahan peralatan kerja, bahan kimia dan pakaian keselamatan
kepada setiap pekerja.

3.0 Kumpulan Sasaran

Taklimat dan penyerahan diberikan oleh pihak MRH Holdings (M) Sdn Bhd kepada pekerja
pembersihan baharu seramai empat (4) orang yang bekerja di Cawangan Utama BSN Negeri
Sembilan.

Taklimat oleh:
1. En. Luqman
2. En. Syamsol

Sasaran:

1. Norhasimah Binti Mohd Azahari


2. Roshida Binti Yusof
3. Nor Saimah Bt Sabtu
4. Shapalia Bt Sabtu

4.0 Ringkasan Taklimat dan Aktiviti

Taklimat dan aktiviti dijalankan seperti butiran berikut:

Tarikh: 31hb Mei 2023


Masa: 4.00 Petang
Tempat: Bilik Mesyuarat Tingkat 2

Taklimat dimulakan dengan sesi mesra suai kenal antara pekerja dan pihak MRH Holdings.
Seterusnya taklimat diteruskan dengan pengenalan dan latar belakang syarikat.

Taklimat diteruskan lagi dengan penerangan skop kerja sepertimana yang tertulis didalam
kontrak perkhidmatan dan disusuli dengan saranan daripada pihak MRH Holdings juga dari
pihak Cawangan.
Terakhir sekali adalah penyerahan peralatan, bahan kimia dan juga pemakaian keselamatan
(PPE) kepada pekerja. Kesemuanya yang diberikan telahpun diberi panduan dan langkah
penggunaan untuk setiap keadaan yang berlaku.

Kesemua aktiviti yang dilakukan adalah bagi memberikan panduan dan tetapan bagi
melaksanakan setiap kerja di Cawangan Utama agar kerja yang dijalankan memberi kesan
yang positif kepada pengguna dan memberikan keselesaan kepada para pengguna
disamping keselamatan yang terjaga.

5.0 Butiran Sokongan

Gambar 1: Sesi Taklimat Kepada Pekerja Pembersihan Cawangan Utama BSN Negeri
Sembilan.

Gambar 2: Penyerahan Pakaian Keselamatan (PPE) Kepada Pekerja Pembersihan Cawangan


Utama BSN Negeri Sembilan.

You might also like