You are on page 1of 22

PENGENALAN

6.0 ALAT-ALAT PERMONITORAN


 Pada dasarnya, alat-alat permonitoran di gunakan untuk
mengukur tahap atau paras sinaran luar di sesuatu
kawasan punca sinaran termasuk:
i. Permonitoran Kawasan
ii. Permonitoran Personel

i. Alat Untuk Permonitoran Kawasan


• Alat yang digunakan dinamakan “Survey Meter atau
alat pengesan sinaran yang ditentukur oleh Institut
Penyelidikan Tenaga Nuklear Malaysia (MINT)
• Alat ini menggunakan berbagai prinsip pengesanan
seperti:
a) Geiger Muller (GM)- paling banyak digunakan
b) Chamber lonisasi
c) Sintilassi
d) Pembilangan proportional
PENGENALAN
6.0 ALAT-ALAT PERMONITORAN
ii. Alat Untuk Permonitoran Personel
• Terdapat 3 jenis alat yang digunakan untuk permonitoran
personel laitu:
a) Lencana Filem
b) Pen/Pocket Dosimeter
c) Chip/Lencana TLD

a) Lencana Filem
• Mengandungi beberapa lapisan penapis logam yang
berlainan jenis dan ketebalan bertujuan untuk
membezakan jenis-jenis dan kualiti sinaran yang
masuk.
• Lencana filem bukan sahaja boleh digunakan untuk
permonitoran personel, ia juga sesuai digunakan
untuk permonitoran kawasan.
PENGENALAN
6.0 ALAT-ALAT PERMONITORAN
b) Pen/Pocket Dosimeter
• Pen Dosimeter digunakan di kawasan-kawasan yang
mempunyai tahap atau paras sinaran yang agak
tinggi kerana alat ini tidak dapat mengesan tahap
sinaran yang rendah.
• Ia digunakan sebagai tambahan kepada penggunaan
lencana filem ataupun dipakai semasa keadaan
kecemasan.
c) Chip TLD (Thermolumiscent Dosimeter)
• Chip TLD selalunya dipakai dijari untuk mendapatkan
dos yang diterima disekitar jari.
• Ia juga dipanggil cincinTLD.
PENGENALAN
6.0 ALAT-ALAT PERMONITORAN
 Ulasan Perbandingan
• Lencana filem mempunyai kelemahan dari segi ia
tidak dapat memberikan keputusan segera kerana ia
perlu dihantar kepada pihak UTN untuk di analisa.
• Namun begitu, dari segi kebaikannya pula, keputusan
analisa lencana filem dapat memberikan jenis,
kekuatan dan kualiti sinaran.
• Rekod-rekod hasil dari lencana filem yang diproses
boleh disimpan untuk tempoh masa yang tertentu dan
boleh dirujuk semula jika diperlukan.
• Pen/Pocket Dosimeter pula dapat memberikan
keputusan segera pada bila-bila masa.
• Namun begitu ia hanya sesuai digunakan di kawasan
yang mempunyai tahap sinaran yang tinggi jenis
gamma atau sinaran-x sahaja.
PENGENALAN
6.0 ALAT-ALAT PERMONITORAN
 Ulasan Perbandingan
• Di kawasan yang mempunyai tahap sinaran yang
rendah, alat ini tidak digunakan kerana tidak cukup
sensitif untuk mengesan sinaran.
• Seperti lencana filem, chip TLD tidak dapat
memberikan keputusan segera.
• Ia juga tidak dapat memberikan jenis dan kualiti
sinaran.
• Selepas dianalisa, chip ini boleh digunakan semula
dan ini menjimatkan kos.
• Rekod analisa sesuatu chip tidak dapat dirujuk
semula.
PENGENALAN
6.0 ALAT-ALAT PERMONITORAN
 Ulasan Umum
• Jika berlaku sebarang keadaan abnormal atau
kecemasan di kawasan tempat kerja, alat-alat yang
disebutkan di atas perlu digunakan untuk tujuan
permonitoran kawasan dan juga untuk tujuan membuat
anggaran dos/dedahan yang diterima oleh seseorang.
PENGENALAN
7.0 DOS LIMIT YANG DIGUNAKAN DI MALAYSIA
i. Sistem Penghadan Dos
• Tiada seorangpun boleh menjalankan atau
menyebabkan dijalankan apa-apa aktiviti yang
melibatkan sinaran mengion melainkan jika aktiviti
tersebut adalah wajar berhubungan dengan faedah-
faedahnya dan faedah-faedah daripada mana-mana
altenatif yang ada.
• Tiap-tiap pemegang lesen (Pegawai Perlindungan
Sinaran-RPO) hendaklah mengambil langkah-langkah
untuk menghadkan dedahan yang perlu kepada
seseorang dan dedahan itu hendaklah serendah-rendah
yang munasabah dapat tercapai (ALARA - As Low As
Reasonable Accepted), dengan mengambil kira faktor-
faktor ekonomi dan sosial.
• Tiap-tiap pemegang lesen hendaklah memastikan
bahawa tiada pekerja atau orang awam menerima
dedahan melebihi had-had dos tahunan.
PENGENALAN
7.0 DOS LIMIT YANG DIGUNAKAN DI MALAYSIA
ii. Had-had Dos Tahunan
a. Dedahan Pekerjaan
• Had dos tahunan bagi dedahan seluruh tubuh
seseorang pekerja ialah 50 milisievert (mSv).
• Bagi pekerja perempuan yang berupaya beranak,
had dos tahunannya adalah sama seperti pekerja lain,
kecuali bahawa sesuatu dedahan hendaklah tersebar
seragam dengan masa setakat yang praktik.
• Bagi pekerja perempuan yang hamil, dos kepada janin
yang terhimpun sepanjang tempoh di antara pengesahan
kehamilan dengan tarikh kelahiran tidak boleh
melebihi 10 mSv.
• Dalam hal dedahan sebahagian tubuh seseorang
pekerja, had bagi dos-setara berkesan ialah 50 mSv
setahun dan dos purata dalam setiap organ atau tisu
tidak boleh melebihi 500 mSv setahun kecuali bagi
kanta mata di mana had dos tahunan ialah 150 mSv.
PENGENALAN
7.0 DOS LIMIT YANG DIGUNAKAN DI MALAYSIA
• Jika dedahan berlaku melalui pencemaran radioaktif
pada kulit, had yang dinyatakan terpakai bagi dos
purata yang meliputi kawasan tercemar seluas 100
sentimeter persegi.
b. Dedahan Orang Awam
• Bagi dedahan seluruh tubuh, had dos tahunan bagi
seseorang awam ialah 1 mSv dan atau had dos tahunan
bagi seseorang awam yang terdedah kepada sinaran
mengion pada atau hampir dengan had dos tahunan
bagi tempoh-tempoh yang panjang (banyak Tahun) ialah
5 mSv setahun, dengan syarat dos tahunan purata
seumur hidupnya tidak melebihi I mSv.
• Dalam hal dedahan sebahagian tubuh bagi seseorang
orang awam, had bagi dos setara berkesan ialah I mSv
setahun dan dos purata bagi kulit dan kanta mata
tidak boleh melebihi 50 mSv setahun.
8.0 PENGKELASAN KAWASAN KERJA (WORKING
AREAS)

a. Kawasan Bersih
• Kawasan bersih adalah kawasan di mana dos tahunan yang diterima
oleh pekerja mestilah tidak akan melebihi satu persepuloh daripada had
dos tahunan.
• Dos diterima 1/10 had dos tahunan

b. Kawasan Seliaan
• Kawasan seliaan adalah kawasan di mana dos tahunan yang diterima
oleh pekerja dijangka akan melebihi satu persepuluh daripada had dos
tahunan tetapi tidak akan melebihi tiga persepuluh had dos tahunan.
• Dos diterima 1/10 had dos tahunan tidak melebihi 3/10 had dos
tahunan
c. Kawasan Kawalan
• Kawasan kawalan pula adalah kawasan di mana dos tahunan yang
diterima oleh pekerja dijangka akan melebihi tiga persepuluh daripada
had dos tahunan.
• Dos diterima 3/10 had dos tahunan
8.0 PENGKELASAN KAWASAN KERJA (WORKING
AREAS)

•Bagi penentuan batas-batas kawasan, perancangan hendaklah


dilakukan sebelum operasi dimulakan.
•Pemegang lesen menganggarkan kekuatan punca yang akan
digunakan, rekabentuk bulk penyinaran, ketebalan perisaian, jarak di
antara punca sinaran dengan kawasan-kawasan berhampiran.
• Biasanya, bagi operasi yang berterusan, penentuan kawasan ini perlu
dibuat berdasarkan kadar dos bagi satu jam.
•Ini dapat dikira berdasarkan anggaran seperti berikut:
Dalam I tahun = 50 minggu bekerja
Dalam 1 minggu = 5 hari bekerja
Dalam I hari = 8 jam bekerja

OIeh yang demikian jumlah jam bekerja bagi satu tahun adalah:
50 minggu/tahun x 5 hari/minggu x 8 jam/hari = 2000 jam I tahun
Had dos tahunan = 50 mSv / tahun
8.0 PENGKELASAN KAWASAN KERJA (WORKING
AREAS)

Kawasan Kawalan = 3/10 had dos tahunan


= 3/10 x 50 msv/tahun
= 15 mSv/tahun
= 15 mSv/tahun /2000jam/tahun
= 15mSv/tahun x tahun/2000jam
= 0.0075 mSv/jam
= 7.5 µsv/jam
Kawasan Bersih = 1/10 had dos tahunan
= 1/10x 50 mSv/tahun
= 5 mSv/tahun
= 5 msv/tahun x tahun/2000 jam
= 0.0025 msv/jam
= 2.5 µsv/jam

•OIeh yang demekian Kawasan Seliaan pula adalah kawasan di mana


kadar dos di antara 2.5 usv/jam dengan 7.5 usv/jam
9.0 RANCANGAN KECEMASAN

•Rancangan kecemasan biasanya ditubuhkan dengan


objektif utama seperti berikut:­

a. Untuk mengurangkan dedahan yang diterima oleh


pekerja dan orang awam dan kemalangan yang berlaku
serendah yang mungkin.
b. Untuk mengawal kemalangan dari terus merebak dan
seterusnya mengembalikan keadaan di tempat kemalangan
balik kepada keadaan asal.
c. Untuk mendapatkan maklumat bagi menilai kesan dan
akibat dan kemalangan yang berlaku.
9.0 RANCANGAN KECEMASAN

Secara umum rancangan kecemasan perlu mempunyai


perkara-perkara berikut: -
a. Peraturan memberi perintah semasa mengendalikan
kecemasan.
b. Tatacara memberitahu pegawai yang bertanggungjawab
dan agensi-agensi luar yang terlibat bagi mendapatkan
bantuan.
c. Cara-cara mengawal keadaan untuk mengurangkan
dedahan kepada pekerja dan orang awam.
d. Penerangan mengenai keperluan-keperluan membuat
pengukuran untuk menilai keadaan kecemasan dan
akibatnya.
9.0 RANCANGAN KECEMASAN

i. Alat-alat Kecemasan
• Satu faktor yang penting di dalam perlaksanaan
rancangan kecemasan ialah mempunyai alat­alat
kecemasan yang bersesuaian dan mencukupi.
• Jenis dan bilangan alat-alat yang diperlukan mungkin
berubah-ubah bergantung kepada jenis kemalangan
yang dijangkakan.
• Secara umumnya ia mestilah mengandungi lencana
filem, pen dosimeter, survey meter sinaran dan cemaran,
respirator, pakaian pelindung, bahan-bahan perisai,
agen-agen nyahcemaran dan alat bantu mula (first aid
kIt).

• Alat-alat ini hendaklah diperiksa selalu dan diganti


sekiranya difikirkan perlu.
9.0 RANCANGAN KECEMASAN

ii.Kesediaan Menghadapi Kecemasan (Emergency


Preparedness)
• Sesuatu rancangan kecemasan yang dibentuk walau bagaimana baik
sekalipun tidak akan bermakna sekiranya semua pekerja yang terlibat
masih tidak bersedia semasa kecemasan berlaku.
• Untuk mengelakkan keadaan ini dari berlaku, setiap rancangan
kecemasan yang dibentuk perlulah diberikan perhatian-perhatian
berikut:­
a. Memberikan latihan (training) kepada mereka yang terlibat di dalam
rancangan kecemasan.
b. Mengadakan latihan pada satu jangka masa yang tertentu. Latihan mi
mestilah mencukupi semua aspek rancangan kecemasan dan
melibatkan semua pihak seperti yang dirancangkan.
c. Selalu memeriksa sistem perhubungan yang bakal digunakan.
d. Pemeriksaan yang kerap ke atas alat-alat bantuan kecemasan dan
pastikan yang bilangannya adalah mencukupi.
9.0 RANCANGAN KECEMASAN

iii. Kemalangan Yang Melibatkan Dedaban Luar


Sahaja
• Kemalangan ini biasanya berlaku ekoran dan penggunaan
alat-alat sinaran yang tidak sempurna, cara pengendalian
alat-alat sinaran yang salah atau dari punca-punca sinaran
terkedap.
• Tindakan yang perlu diambil adalah seperti berikut:­
a. Berhentikan penggunaan punca sinaran dan tutup segala
jalan masuk ke punca ini. Letakkan tanda amaran
bahaya sinaran.
b. Tinggalkan kawasan yang berkenaan.
c. Mengenali mereka-mereka yang terlibat dan terdedah
kepada sinaran.
d. Dapatkan parameter-parameter kendalian bagi kes-kes
mesin penyinar atau punca terkedap.
e. Siasat dan dapatkan maklumat-maklumat mengenai
mereka yang hadir semasa kemalangan berlaku.
f. Anggarkan dos yang diterima oleh setiap orang dan
mereka yang terlibat.
g. Analisa dos dan semua dosimeter personel yang dipakai.
9.0 RANCANGAN KECEMASAN

iv. Kebakaran
Di dalam kes-kes kebakaran yang melibatkan bahan
radioaktif, peraturan-peraturan berikut perlulah diikuti:­
a. Bilamana diketahui kebakaran telah berlaku, secepat
mungkin beritahu Jabatan Bomba.
b. Cuba padamkan api dengan alat pemadam api yang ada
untuk mencegahnya dari merebak.
C. “Off’kan semua peralatan yang digunakan.
d. Pegawai Perlindungan Sinaran mestilah memberitahu
ahli bomba mengenai kedudukan bahan radioaktif dan
menasihatkan cara-cara mengendalikan bahan-bahan
e. Mereka yang terlibat dengan kerja-kerja memadamkan
api mestilah dibekalkan dengan pakaian pelindung yang
sesuai untuk mengelakkan cemaran dan mereka
mestilah diperiksa sebelum meninggalkan kawasan
tersebut.
f. Setelah api dapat dipadamkan, penilaian mestitah dibuat
terhadap sebab-sebab yang menyebabkan kebakaran,
kerosakan yang dialami dan juga kemungkinan ujudnya
cemaran di kawasan tersebut.
10.0TANGGUNGJAWAB PEGAWAI
PERLINDUNGAN SINARAN
Di antara tugas-tugas Pegawal Perlindungan Sinaran adalah
seperti berikut:
i. Memastikan semua aspek perlindungan sinaran adalah
sejajar dengan Akta 304 (Akta Perlesenan Tenaga
Atom), 1984 dan juga peraturan-peraturan yang
terkandung dibawahnya.
ii. Mengurus rekod perubatan dan rekod pendedahan
pekerja sepertimana yang dikehendaki oleh Lembaga.
iii. Mengkelaskan kawasan kerja kepada kawasan bersih, kawasan
seliaan, kawasan kawalan.
iv. Membekalkan peralatan keselamatan kepada pekerja.
v. Memberikan latihan dalaman mengenal konsep
perlindungan sinaran kepada para pekerja.
vi. Mengadakan rancangan-rancangan bagi pengawalan
tahap sinaran dan pencemaran radioaktif. Contohnya,
ujian kebocoran, ukuran bulanan bagi lencana filem dan
10.0TANGGUNGJAWAB PEGAWAI
PERLINDUNGAN SINARAN
vii. Memastikan alat pengesan sinaran (Survey Meter)
ditentukur setiap tahun oleh pihak UTN
viii. Mengadakan rancangan kecemasan yang perlu
dilakukan sekiranya berlaku kecemasan.
ix. Bertanggungjawab memberitahu LPTA secara bertulis
untuk kebenaran bagi mana­mana kemudahan berlesen
yang tidak digunakan atau ditinggalkan.
11.0AKTA DAN PERATURAN-PERATURAN
PERLINDUNGAN SINARAN MALAYSIA
i. AKTA PERLESENAN TENAGA ATOM, 1984 (AKTA
304)
ii. PERATURAN-PERATURAN PERLINDUNGAN SINARAN
(STANDARD KESELAMATAN ASAS), 1988
iii. PERATURAN-PERATU RAN PERUNDUNGAN SINAR
(PERLESENAN), 1986
iv. PERATURAN~PERATURAN PERLINDUNGAN SINARAN
(PENGANGKUTAN), 1989

You might also like