You are on page 1of 3

Cabaran Bahasa Melayu Dalam Kemajuan Teknologi Maklumat

Pada masa ini, bidang teknologi maklumat amat penting. Jadi, Malaysia telah
mendapat impak yang besar terutama dari segi penggunaan bahasa teknologi
maklumat. Sedia maklum, bahasa teknologi maklumat yang paling dominan di
dunia ialah bahasa Inggeris. Keadaan ini sudah tentu memberi kesan kepada
penggunaan bahasa Melayu dalam teknologi maklumat. Oleh itu, kita
seharusnya mempelajari bahasa teknologi maklumat supaya perbendaharaan
kata berkenaan teknologi maklumat dalam bahasa Melayu diperkaya. Jadi,
bahasa Inggeris tetap dipelajari kerana ilmunya. Kita haruslah berfikiran positif
dan memandang ke hadapan. Semua negara mempelajari bahasa Inggeris
sebagai bahasa kedua selain bahasa ibunda. negara Korea Selatan, dan Jepun
merupakan sebuah negara yang maju dalam bidang sains dan teknologi,
namun mereka tetap mempertahankan bahasa ibunda dan bahasa Inggeris
tetap dipelajari.

Menurut Kamal Shukri Abdullah Sani,[2007;50] bahawa Jepun tidak berganjak


daripada menggunakan bahasanya dari peringkat tadika sehinggalah ke
peringkat pengajian tinggi dalam semua bidang mata pelajaran. Bahasa
Inggeris hanya dipelajari mulai di peringkat menengah dan bukan di peringkat
rendah. Peluang mempelajari bahasa lain seperti Jerman, Sepanyol, Portugis,
Rusia,Mandarin dan lain-lain turut disediakan sama ada di institusi pendidikan,
rancangan televisyen dan lain-lain. Walau bagaimanapun bahasa Jepun tetap
diutamakan dan dijunjung tinggi martabat dan maruahnya.

Oleh yang demikian, teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) adalah


diasaskan oleh perkembangan dan kemajuan yang pesat dalam bidang
mikroelektronik sehingga menghasilkan pelbagai kemudahan teknologi
maklumat seperti komputer peribadi, telekomunikasi multimedia dan
sebagainya. Seterusnya kemunculan Internet telah meluaskan penggunaan ICT
dengan jaringan informasi bersepadu sehingga membolehkan diaplikasikan
sebagai media komunikasi yang melibatkan teks, bunyi, grafik dan video.

Permasalahan ini secara langsung mempengaruhi dan mencabar kewibawaan


dan kedudukan bahasa Melayu di rantau Nusantara ini. Apatah lagi, negara
Malaysia yang menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi di negara ini.
Adakah kita mampu menghadapi cabaran ini dan menidakkan penggunaan
teknologi maklumat dalam arus pembangunan negara. Bagaimana dengan
Jepun.? Negara mereka maju dalam teknologi maklumat, namun bahasa
ibunda tetap terjaga dan terpelihara. Perkara ini perlu kita renung dan fikir
bersama.

Oleh yang demikian, penekanan terhadap ICT pada era globalisasi dan
liberalisasi bermakna penggunaan bahasa Inggeris menjadi semakin penting
dan tidak dapat dielakkan oleh masyarakat dunia. Era ICT telah menunjukkan
bahasa Inggeris mengiringi kelahiran pertama Internet dunia di Amerika
Syarikat dan seterusnya diikuti dengan pengeluar perisian dan perkakasan
komputer seperti Microsoft, Dell dan Hewlett-Packard yang semuanya
diasaskan oleh mereka yang berbahasa Inggeris. Perubahan persekitaran ini
menimbulkan persoalan sama ada mampukan bahasa Melayu digunakan di
dalam era ICT sebagai bahasa perantaraan alternatif untuk dimanfaatkan oleh
masyarakat bahasanya? Mampukah penggiat-penggiat bahasa Melayu
menggunakan ICT sebagai alat penyelidikan, perkakasan, perisian dan aplikasi
untuk pembangunan bahasa Melayu?

Sebagai satu pandangan umum, masyarakat perlu memperlihatkan sikap


terbuka dan kesediaan untuk menghadapi cabaran perkembangan yang pesat
dalam ICT dengan pengaruh bahasa asing khususnya bahasa Inggeris. Perlu
diakui bahawa bahasa Melayu masih lagi ‘muda’ atau setahun jagung dari
sudut peristilahan sains dan teknologi berbanding dengan bahasa Inggeris.
Usaha supaya bahasa Melayu diterima dalam era siber hanya akan terlaksana
jika masyarakat bahasanya mempelajari pengalaman dan kejayaan yang telah
dicapai oleh bahasa Inggeris. Dengan cara dan langkah ini, kita percaya
perkembangan bahasa Melayu akan terus bersemarak seandainya kita bersikap
terbuka. Dengan adanya ilmu sains dan teknologi maklumat dalam bahasa
Inggeris, kita boleh menterjemahkan ke dalam bahasa ibunda iaitu bahasa
Melayu.

Secara langsung, bahasa Melayu dalam sains dan teknologi maklumat akan
terus meningkat dan berkembang. Mengikut pendapat Prof. Dr. Hashim Hj.
Musa, dalam buku Sosiolinguistik Lanjutan, [ 2009; 61]bahawa penguasaan
ilmu, sains dan teknologi yang tinggi, kemahiran dan kepakaran secara meluas
dalam kalangan rakyat jelata, merupakan faktor utama dalam pembangunan
Sumber Daya Tenaga Manusia sesebuah negara secara menyeluruh, yang
menjadi faktor utama pula kepada pembangunan dan kemajuan negara itu.
Penyampaian dan pemahaman ilmu pengetahuan, sains, teknologi dan
kepakaran serta kemahiran dengan cara yang paling berkesan adalah dengan
perantaraan bahasa kebangsaan rakyat jelata itu sendiri.

Oleh yang demikian, walaupun cabaran dalam teknologi maklumat begitu


hebat, bahasa Melayu perlu seiring dengan perkembangan teknologi
maklumat. Hal ini disebabkan, pelbagai maklumat yang terkandung dalam
pelbagai jenis teknologi maklumat yang sedia ada harus terdapat dalam bahasa
Melayu ini, benar-benar sesuai dengan hasrat untuk menyejagatkan bahasa
Melayu, dan teknologi maklumat itu sendiri merupakan saluran yang cukup
penting canggih, cekap dan pantas untuk tujuan tersebut. Oleh itu, bahasa
Melayu bukannya perlu bersaing dengan teknologi maklumat, sebaliknya ia
patut bersepadunya dengannya. Dengan cara ini, bahasa Melayu mampu
mengaplikasikan sumber ilmu itu untuk menjanakan maklumat pelbagai bidang
dalam dunia serba teknikal ini.

You might also like