You are on page 1of 5

Bahasa Melayu Tahun 2 Berlian Tarikh : 11hb. Mac.

2024 (Isnin)

Tajuk : Beg Sekolah Saya

Arahan :

1. Setiap kumpulan murid mendapat sampul surat yang mengandungi huruf.


2. Setiap kumpulan murid diminta menyebut huruf tersebut.
3. Murid bekerjasama dalam kumpulan membina perkataan menggunakan
huruf yang diberikan.
4. Kumpulan murid yang berjaya mendapat token ganjaran.
5. Murid menunjukkan beg sekolah dan bercerita tentang beg sekolah dan
benda yang ada di dalamnya.
6. Murid melukis atau menulis 4 benda yang terdapat dalam beg mereka pada
kotak kosong.
7. Murid menulis perkara yang dilakukan apanbila balik dari sekolah pada
tempat kosong.
Bahasa Melayu Tahun 2 Berlian Tarikh : 12hb. Mac. 2024 (Selasa)

Tajuk : Puzzle Lebah

Arahan :

1. Secara rawak murid menerima sekeping keratan gambar berwarna.


2. Murid mendengar arahan guru cara pelaksanaan.
3. Murid melekatkan keratan gambar berwarna pada papan puzzle yang
dilekatkan di papan putih dengan betul.
4. Murid menamakan serangga yang dilihat dalam gambar.
5. Secara individu, murid menggunting keratan puzzle dan mencantumkan
dengan beetul.

Bahasa Melayu Tahun 2 Berlian Tarikh : 13hb. Mac. 2024 (Rabu)


Tajuk : Bakul Minggu Pertama Sekolah

Arahan.

1. Guru menunjukkan sebuah bakul kertas.


2. Guru bercerita tentang ilustrasi pada bakul kertas .
3. Guru memberikan penerangan cara menghasilkan bakul kertas.
4. Murid menghasilkan bakul kertas dan mewarnakannya.
5. Murid mempamerkan bakul kertas yang dihasilkan di hadapan kelas.

Bahasa Melayu Tahun 2 Berlian Tarikh : 14hb. Mac. 2024 (Khamis)


Tajuk : Impian Saya

Arahan :

1. Guru menyoal murid secara rawak berkaitan impian apabila dewasa nanti.
2. Guru mengedarkan lembaran kerja.
3. Murid menterjemahkan impian mereka dalam bentuk lukisan dan tulisan.
4. Murid bercerita di hadapan kelas.

Bahasa Melayu Tahun 2 Berlian Tarikh : 15hb. Mac. 2024 (Jumaat)

Tajuk : Carta Hari Jadi


Arahan :

1. Murid menyanyikan lagu Hari Jadi dengan iringan muzik.


2. Setiap murid menyatakan bulan kelahiran mereka.
3. Guru mengarahkan murid bertanyakan bulan kelahiran rakan di dalam
Kumpulan.
4. Guru mengedarkan lembaran kerja.
5. Setiap murid menulis nama rakan mengikut bulan kelahiran.

You might also like