You are on page 1of 1

1.

PERUTUSAN PENGERUSI

1.1 Pengerusi memulakan mesyuarat dengan bacaan surah Al-Fatihah serta


mengucapkan terima kasih kepada ahli yang hadir bagi menjayakan Mesyuarat
Kewangan kali ketiga pada tahun 2023.

2. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT

2.1 Minit mesyuarat yang lepas disahkan oleh Puan Siti Mariana Bt Marham,disokong
sebulat suara oleh semua ahli.

3. PERKARA-PERKARA YANG BERBANGKIT

3.1 Pengerusi mengingatkan bahawa semua Ketua Panitia berbelanja


mengikut kepada anggaran belanja mengurus yang telah ditetapkan.

Tindakan : Makluman
4. PERKARA BAHARU

4.1 Pengerusi memaklumkan akan terdapat penyelarasan tuntutan PCG tahun 2023
kerana penurunan enrolmen murid. Beliau memaklumkan bahawa pihak sekolah
akan membuat pemulangan peruntukan bagi matapelajaran dan bukan
matapelajaran yang terlibat dengan pengurangan tersebut.

Tindakan : Makluman

4.2 Beliau mengingatkan semua Panitia perlu tahu baki peruntukan masing-masing
sebelum membuat sebarang pembelian.Semua Ketua Panitia diingatkan juga
untuk mengambil tahu dan memberi perhatian kepada wang PCG panitia-panitia
yang berada di bawah kawalannya dan perlu sama-sama mengambil tahu samada
wang tersebut telah dibelanjakan mengikut arahan yang ditetapkan. Jika tiada
peruntukan, jangan lakukan aktiviti.

Tindakan : Makluman
5. HAL-HAL LAIN

5.1 Tiada

6. PENUTUP

Tuan Pengerusi mengakhiri mesyuarat dengan ucapan terima kasih atas kerjasama semua.
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.30 petang.

Urus Setia
Setiausaha Jawatankuasa Pengurusan Kewangan
Dan Akaun Sekolah
SK Taman Seri Gombak
Tarikh : 12/07/2023

You might also like