Professional Documents
Culture Documents
Selamat Datang 2
Selamat Datang 2
Kursus Asas Haji (KAH) merupakan kursus haji peringkat pertama yang akan diikuti oleh
bakal-bakal jemaah haji. KAH diadakan pada setiap hujung minggu selama 2 jam 30 minit
bagi setiap siri (diadakan sebanyak 13 siri) bermula dari bulan Rabi'ul Akhir sehingga
Jamadil Akhir setiap tahun.
Peserta kursus tidak dihadkan kepada bakal haji yang terpilih pada tahun semasa sahaja
bahkan penyertaan dibuka kepada orang ramai yang berminat untuk mempelajari hal ehwal
ibadat haji dan umrah. Peserta perlu mendaftar di masjid-masjid yang terlibat menganjurkan
kursus ini.
Jadual Kursus Asas Haji 1444H, sila klik disini untuk maklumat lanjut>
Soalan Lazim Kursus Asas Haji, sila klik disini untuk maklumat lanjut>
Kursus Intensif Haji (KIH) merupakan kursus haji peringkat kedua yang akan diikuti oleh
bakal jemaah haji sebelum berangkat ke Tanah Suci. Kursus diadakan selama dua (2) hari ini
diadakan dalam bulan Rejab dan Sya’aban pada setiap tahun. Semasa kursus, penekanan
diberikan kepada aspek praktikal ibadat haji dan umrah serta ulang kaji ibadat.
Selain berkenaan ibadat haji, modul pembelajaran juga menekankan penjagaan kesihatan dan
pengurusan haji di Tanah Air dan Tanah Suci. Berikut adalah Kursus Intensif Haji (KIH)
secara langsung dalam talian menerusi Youtube Tabung Haji untuk semua bakal haji :