You are on page 1of 3

8/27/2016 Bahagian Pendidikan Islam | Kementerian Pendidikan Malaysia

Dual Language Programme (DLP) Kursus Dalam Talian untuk Guru Bahasa Melayu, Matematik dan Sains CARIAN

Murid / Pelajar Orang Awam Warga KPM Maklumat Korporat Dasar Pekeliling Takwim

HUBUNGI KAMI

Kembali || Home » Hubungi Kami » Jabatan dan Bahagian » Profil Jabatan

KAKITANGAN KPM BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM


JABATAN DAN
BAHAGIAN
Profil Jabatan
JABATAN PENDIDIKAN
NEGERI Jabatan Bahagian Pendidikan Islam

PEJABAT PENDIDIKAN Ketua Jabatan Pengarah


DAERAH Tn. Wan Ramdzan bin Wan Mamat
INSTITUT PENDIDIKAN Alamat BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM
GURU
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
KOLEJ MATRIKULASI ARAS BAWAH DAN ARAS 2,
NO. 2251, JALAN USAHAWAN 1,
SEKOLAH
63000 CYBERJAYA,
KHIDMAT PELANGGAN SELANGOR DARUL EHSAN
PETA LOKASI Nombor Telefon +603 ­ 8321 7200 / 7300
IDEA DAN PENDAPAT Nombor Faks +603 ­ 8321 7201 / 7337
ANDA TENTANG
PORTAL KPM
Laman Web http://www.moe.gov.my/v/bpi

Alamat E­mel bpi.kpm@moe.gov.my

PENGENALAN

Bahagian Pendidikan Islam mula ditubuhkan pada bulan Ogos 1995. Sebelum itu, jabatan ini dikenali sebagai Jabatan
Pendidikan Islam dan Moral (JAPIM). Pada awal penubuhannya Jabatan Pendidikan Islam dan Moral ialah sebuah unit yang
diletakkan di bawah Bahagian Sekolah­sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia bagi menguruskan bantuan kepada
Sekolah­sekolah Agama Rakyat dan pengurusan guru­guru agama yang baru diambilalih. Ia dikenali dengan nama Unit
Pelajaran Agama.

Pada tahun 1973 Unit Pelajaran Agama dinaiktaraf menjadi Bahagian Pelajaran Agama dengan diketuai oleh seorang
pengarah. Pada tahun 1983, nama Bahagian Pelajaran Agama ditukar kepada Bahagian Pendidikan Islam (BPI) sehinggalah
ke tahun 1995. Pada tahun 1995 bidang tugas BPI ditambah lagi dengan memasukkan mata pelajaran moral di bawah
kendalian BPI. Dengan yang demikian BPI dinaiktaraf kepada Jabatan Pendidikan Islam dan Moral (JAPIM). Tetapi selepas
penstrukturan semula Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), sekali lagi nama Jabatan Pendidikan Islam Dan Moral(JAPIM)
ditukar kembali kepada Bahagian Pendidikan Islam (BPI) dan diletakkan di bawah Sektor Operasi Pendidikan.

MOTO

"Bahagian Pendidikan Islam (BPI) bertanggungjawab melahirkan pelajar yang berilmu, beriman, beramal, berakhlak mulia
menerusi pendidikan Islam"

FUNGSI
Merancang, menyelaras, mengurus dan menilai pengoperasian Dasar Pendidikan Islam dan Bahasa Arab serta segala keperluan
yang berkaitan dengannya; dan urusan maklum balas isu dan aduan pelanggan, keurusetiaan dan perhubungan;
Merancang, menyelaras, mengurus dan menilai urusan hal ehwal Guru Pendidikan Islam dan Bahasa Arab di sekolah harian,
personel IPA KPM dan urusan sumber manusia BPI;
Merancang, menyelaras, mengurus dan menilai pengoperasian Program j­QAF, Kelas Kemahiran al­Quran dan KAA; Pendidikan
Islam dan Bahasa Arab di Prasekolah dan serta penyelarasan Kelas al­Quran dan Fardu Ain (KAFA);
Merancang, menyelaras, mengurus dan menilai pengoperasian kurikulum Pendidikan Islam Teras, Pengajian Islam Elektif dan
bahasa Arab; penyelarasan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan kurikulum Dini/Azhari;
Merancang, menyelaras, mengurus dan menilai urusan data, maklumat dan dokumentasi serta galeri Pendidikan Islam, Bahasa
Arab dan IPA KPM serta tadbir urus ICT BPI;
Merancang, menyelaras, mengurus dan mengawal selia urusan kewangan dan pentadbiran dan perolehan BPI;
Merancang, menyelaras, mengurus dan menilai urusan peningkatan kualiti pengurusan dan aktiviti BPI;
Merancang, menyelaras, mengurus dan menilai urusan pentadbiran IPA KPM dan pelaksanaan dasar yang berkaitan dengannya;
Merancang, menyelaras, mengurus dan menilai urusan akademik di IPA KPM;
Merancang, menyelaras, mengurus dan menilai urusan pembangunan hal ehwal murid di IPA KPM;
Merancang, menyelaras, mengurus dan menilai bantuan perolehan, penyediaan perkhidmatan dan bantuan pembangunan fizikal
di IPA KPM;
Merancang, menyelaras, mengurus dan menilai bantuan perolehan program Pendidikan Islam dan bantuan kewangan kepada
SAR dan SAR KAFA;
Merancang, menyelaras, mengawal, mengurus dan menilai program pengukuhan, kawalan dan penghayatan akidah serta
pemikiran Islam;
Merancang, menyelaras, mengawal, mengurus dan menilai program dakwah Islamiah dan kepimpinan Islam;
Merancang, menyelaras, mengawal, mengurus dan menilai program pembangunan akhlak dan nilai Islam;

http://moe.gov.my/my/profil­jabatan?div=19 1/3
8/27/2016 Bahagian Pendidikan Islam | Kementerian Pendidikan Malaysia
Merancang, menyelaras, mengawal, mengurus dan menilai program pengembangan budaya dan syiar Islam;
Merancang, menyelaras, mengurus dan menilai urusan peningkatan inovasi dan tajdid pengurusan dan aktiviti PI;
Merancang, menyelaras dan mengurus pelaksanaan wacana, kajian dan latihan dalam perkhidmatan Pendidikan Islam dan
Bahasa Arab;
Merancang, menyelaras dan mengurus pelaksanaan promosi dan penerbitan Pendidikan Islam dan Bahasa Arab;dan
Merancang, menyelaras dan mengurus pelaksanaan pengantarabangsaan Pendidikan Islam.

VISI
BPI peneraju Pendidikan Islam bertaraf dunia dalam menjana generasi berilmu, beriman dan beramal soleh untuk mencapai
kebahagiaan di dunia dan kesejahteraan di akhirat

MISI
Mempertingkat kualiti PI melalui pengurusan yang cemerlang ke arah menghasilkan modal insan berilmu, beriman, beramal soleh
dan berakhlak mulia

OBJEKTIF

Dalam mencapai visi dan misi, BPI telah menetapkan objektif untuk memperkasakan Pendidikan Islam (PI), Bahasa Arab
(BA), Institusi Pendidikan Agama (IPA) dan Dakwah dalam aspek berikut:

Pengoperasian dasar PI, BA, IPA dan Dakwah yang lengkap dan komprehensif mengikut kehendak dan keperluan pendidikan
Pelaksanaan arahan dan keputusan pihak pengurusan tertinggi KPM berkaitan dengan PI, BA, IPA dan Dakwah
Pengurusan pentadbiran, perkhidmatan, kewangan dan ICT dilaksanakan dengan cekap dan berkesan dalam persekitaran kerja
yang kondusif
Pembangunan, perolehan, penyelidikan, inovasi, kejurulatihan, promosi dan pendokumentasian
Perancangan dan pelaksanaan program dakwah, kepimpinan, pengukuhan nilai dan pengembangan syiar Islam kepada warga
KPM
Pengurusan sumber manusia
Pengurusan HEM dan kokurikulum serta prasarana dan kemudahan IPA KPM
Pengurusan bantuan SAR KAFA
Hubungan dan kerjasama antara BPI dengan semua agensi berkaitan dalam dan luar negeri secara permuafakatan

PIAGAM PELANGGAN
Kami warga Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan Malaysia dengan penuh tekad dan iltizam berjanji akan
menggembleng seluruh tenaga dan komitmen kami untuk memberikan perkhidmatan yang berkualiti melalui usaha­usaha berikut:

Keputusan tawaran kemasukan murid ke Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) dimaklumkan dalam tempoh (30)
hari bekerja selepas keputusan peperiksaan awam diumumkan.

Keputusan pertukaran biasa guru dimaklumkan tidak lewat daripada (10) hari bekerja sebelum tarikh melapor diri.
Bayaran bil dan invois dibuat tidak melebihi empat belas (14) hari dari tarikh penerimaan dokumen lengkap.
Memaklumkan laporan awal kepada pelanggan dalam tempoh 7 hari bekerja setelah aduan diterima.

Taklimat Pengurusan Kewangan dan Kutipan Data Bagi Tujuan Perjawatan dalam tempoh tiga puluh (30) hari selepas
Sekolah Agama Rakyat/Sekolah Agama Negeri (SAR/SAN) menandatangani Memorandum Persefahaman Sebagai
Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK).

Memaklumkan dasar­dasar baharu Pendidikan Islam dan Bahasa Arab atau perubahan kepada dasar sedia ada kepada
semua Institusi Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia dan agensi­agensi yang berkaitan dalam tempoh empat
belas (14) hari bekerja setelah Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI) atau Surat Siaran (SS) dasar tersebut ditandatangani.

Menyebarluaskan hasil penyelidikan berkaitan Pendidikan Islam, Bahasa Arab dan Institusi Pendidikan Agama
Kementerian Pendidikan Malaysia (IPA KPM) kepada pihak yang berkaitan dalam tempoh tiga puluh (30) hari selepas
laporan penyelidikan diterima.

Menyalurkan bantuan perolehan aset kepada Institusi Pendidikan Agama Kementerian Pendidikan Malaysia (IPA KPM)
dalam tempoh empat puluh lima (45) hari selepas mendapat kelulusan waran.
Menyalur bantuan kewangan secara sumbangan kepada Sekolah Agama Rakyat (SAR) yang melaksanakan kurikulum
Kelas al­Quran dan Fardhu Ain (SAR KAFA) dalam tempoh empat puluh lima (45) hari bekerja selepas mendapat kelulusan
Jawatankuasa Bantuan SAR KAFA.
Menyalurkan waran peruntukan aktiviti dakwah peringkat kebangsaan kepada Jabatan Pendidikan Negeri yang menjadi
tuan rumah dalam tempoh tidak kurang dua puluh hari (20) bekerja sebelum aktiviti dilaksanakan.

Mengemas kini portal BPI dalam tempoh (3) hari bekerja selepas maklumat dan bahan diserahkan.
Memaklumkan keputusan kenaikan pangkat guru yang mengisi jawatan pentadbir dalam tempoh 14 hari bekerja selepas
menerima memo/surat kenaikan pangkat.

STRUKTUR ORGANISASI

PENGURUSAN PENDIDIKAN ISLAM (PPI)


Sektor Operasi Pendidikan Islam (SOPI)
Unit Dasar dan Perancangan
Unit Kualiti dan Inovasi
Unit Perhubungan dan Keurusetiaan
Unit Personel
Unit Pemerkasaan Pengajian Al­Quran
Unit Pendidikan Islam Menegah
Unit Pendidikan Islam Rendah

Sektor Khidmat Pengurusan (SKP)


Unit Pentadbiran
Unit Perkhidmatan 1
Unit Perkhidmatan 2
Unit Tadbir Urus ICT
Unit Kewangan

http://moe.gov.my/my/profil­jabatan?div=19 2/3
8/27/2016 Bahagian Pendidikan Islam | Kementerian Pendidikan Malaysia
Unit Akaun

Sektor Pembangunan Profesionalisme dan Penyelidikan (SPPP)


Unit Kajian dan Penyelidikan
Unit Pengantarabangsaan
Unit Pembangunan Profesional
Unit Penerbitan dan Pendokumentasian

PENGURUSAN INSTITUSI PENDIDIKAN AGAMA (PIPA)

Sektor Kemajuan Sekolah Agama (SKSA)


Unit Pengurusan Sekolah
Unit Akademik
Unit Hal Ehwal Murid
Unit Kokurikulum
Unit Guru

Sektor Penyelarasan Bantuan Sekolah Agama (SPBSA)


Unit Perolehan
Unit Pembangunan

PENGURUSAN DAKWAH DAN SYIAR ISLAM (PDSI)

Sektor Dakwah Dan Kepimpinan (SDK)


Unit Dakwah
Unit Kepimpinan
Unit Kawalan Akidah dan Pemikiran Islam

Sektor Pembangunan Akhlak Dan Syiar Islam (SPASI)


Unit Budaya dan Syiar Islam
Unit Akhlak dan Nilai Murni

DASAR BARU KPM

­ Select ­

Pusat Maklumat IDEA HATCH Puspanita KPM


Setempat Pendidikan
Khas

MEDIA PAUTAN PANTAS HUBUNGI KAMI PEROLEHAN GALERI


Surat Kepada Pengarang Muat Turun Kakitangan KPM Kenyataan Tender Galeri Eduweb TV

Teks Ucapan Aduan/ Maklum Balas Jabatan dan Bahagian Keputusan Tender Galeri Video

Kenyataan Media Penerbitan Jabatan Pendidikan Negeri Ralat Tender Galeri Audio

Keratan Akhbar Soalan Lazim Pejabat Pendidikan Daerah Pembatalan Tender Galeri Foto

Suara Anda Hari Guru Institut Pendidikan Guru Sebut Harga

Pautan Agensi Kolej Matrikulasi Keputusan Sebut Harga

Pautan Luar Sekolah

Perolehan Khidmat Pelanggan

Soal Selidik Peta Lokasi

Statistik Idea dan Pendapat Anda


Tentang Portal KPM
Enjin Carian 1AKSES

Bilangan Pelawat: 112,919,082 Bermula Dari: 24 Disember 2012 © 2012 Ministry of Education Malaysia |
Bilangan Pelawat Semasa: 0 | Masa Capaian: 0.45 s
Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Soalan Lazim | Notis |
Tarikh Kemaskini: 26 Aug 2016 oleh Bahagian Pengurusan Sumber Manusia Cipta | Pasukan Web | Panduan Portal | Peta Laman

Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Pendidikan Malaysia adalah tidak bertanggungjawab bagi apa­apa
kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana­mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini. Kurikulum Guru Penajaan Asrama Penuh Hari Guru
Tingkatan Enam
Syarikat­syarikat yang dirujuk dalam laman web ini tidak boleh dianggap sebagai agen ataupun syarikat yang disyorkan
oleh Kementerian Pendidikan. Tender Biasiswa Pendidikan Khas Sumber Manusia Bantuan
Graduan Kokurikulum Pelajar Pentaksiran Vokasional Latihan Dasar
Paparan Terbaik: Laman web ini sesuai dipapar menggunakan pelayar Internet Explorer 8 ke atas dan Mozilla Firefox 4.0 Institut Pendidikan Guru Pekeliling Teknik Matrikulasi Sekolah Seni
dengan resolusi 1280 x 768 dan ke atas. Peperiksaan Sukan

http://moe.gov.my/my/profil­jabatan?div=19 3/3

You might also like