You are on page 1of 10

BAHAGIAN A

JAWAB SEMUA SOALAN


(15 markah)
Soalan 1 hingga Soalan 3
Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai.

1. Kajian mendapati bahawa tabiat merokok dalam kalangan masyarakat semakin


………….. walaupun pelbagai langkah telah diambil oleh pihak kerajaan.
A. membesar
B. menaik
C.meningkat
D. mengembang

2. Jalan Masjid Jamek diperlebar pada waktu malam agar tidak menghalang
……………
A. lalu kereta
B. pandu lalu
C. lalu lalang
D. lalu lintas

Soalan 3 hingga Soalan 4


Ayat-ayat di bawah mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan, kesalahan
itu telah ditanda dengan A, B, atau C dan jika tiada kesalahan telah ditandakan dengan D.

3. Guru disiplin yang garang itu akan mendenda siapa sahaja yang didapati
A B C
Melanggar peraturan sekolah. Tiada kelasahan.
D
4. Surat pekeliling dari Kementerian Pendidikan tentang peraturan pakaian seragam
A B
murid telah dihantar kepada pihak sekolah. Tiada kesalahan.
C D.

Soalan 5
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betulnya.

5.
I. Menurut Hayati, ibu bapanya merupakan pembakar semangatnya untuk lulus
cemerlang dalam peperiksaan.
II. Antara hadiah cabutan bertuah ang disediakan dalam majlis sambutan Hari Guru
ialah pembakar roti.
III. Acuan pembaakar kuih baulu itu sudah bekarat.
IV. Pembakar hutan di Sumatera menyebabkan jerebu tebal yang menjjaskan
kesihatan manusia.
A. I dan II saha
B. III dan IV sahaja
C. I, II dan III sahaja
D. II, III dan IV sahaja

Soalan 6 hingga Soalan 7


Bahagian yang bergaris dalam ayat yang berikut mungkin mengandungi kesalahan
penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak. Tandakan sama ada A, B atau C jika ayat itu
mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan.

6. Sindiket pemalsuan kad kredit yang beroperasi di Selangor telah berjaya pihak
polis tumpaskan.
A. telah pihak polis tumpaskan.
B. telah berjaya ditumpaskan oleh pihak polis
C. Telah pihak polis berjaya tumpaskan
D. Telah berjaya pihak polis tumpaskan

7. Banyak hasil tanaman padi di Kampung Timah musnah di musim banjir.


A. dalam musim banjir
B. sewaktu musim banjir
C. pada musim banjir
D. di musim banjir

Soalan 8
Pilih ayat-ayat yang betul.
8.
I. Pelajar yang tertinggi sekali itu diminta oleh guru kelasnya untuk duduk di barisan
belakang.
II. Buah-buahan tempatan bukan sahaja enak tetapi banyak khasiatnya.
III. Konsert Dato` Siti terpaksa dibatalkan oleh sebab tidak mendapat kebenaran pihak
berkuasa.
IV. Kita mesti membuat perancangan yang teliti agar majlis perkahwinan itu berjalan
lancar.
A. I dan II saha
B. III dan IV sahaja
C. I, II dan III sahaja
D. II, III dan IV sahaja

Soalan 9
Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau yang paling hampir dengan ayat yang
dicetak tebal.

9. Ilmu teknologi maklumat dan komunikasi menjadi semakin penting dalam era
globalisasi pada masa ini.
A Kepentingan ilmu teknologi maklumat dan komunikasi tidak kurang pentingnya
dalam
zaman globalisasi.
C. Pada zaman globalisasi, ilmu teknologi maklumat dan komunikasi memang
diperlukan.
C Pada zaman globalisasi pada masa ini, ilmu teknologi maklumat dan komunikasi
menjadi bertambah penting.
D. Era globalisasi dan ilmu teknologi maklumat sememangnya penting pada masa ini

Soalan 10
Pilih peribahasa yang paling sesuai

10. Rajeswary sentiasa berhati-hati dalam pergaulan kerana dia pernah tertipu oleh
sebab terlalu mempercayai rakannya. Kejadian itu menjadi pengajaran kepadanya.
Situasi yang dialami oleh Rajeswarybertepatan dengan peribahasa...
A sudah terantuk baru tengadah.
B indah khabar daripada rupa.
C ditelan mati emak, diluah mati bapa.
D ringan tulang, berat perut.

Soalan 11 hingga Soalan 15


Baca sajak di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
Kuingin Berterima Kasih

Sesekali kuingin berterima kasih


kepadamu hujan bagai tetamu
jiwa pun menjadi dingin
api amarah pun terpadam

Sesekali kuingin menyemai budi


kepadamu tanah yang hidup
kerana perutmu setia menghamilkan
rezeki buat petani

Sesekali kuingin berbisik kepadamu


ikan-ikan yang riang
liar di belantara samudera
kerana sudi membebaskan derita
nelayan tua di pondoknya

Sesekali kuingin kalungkan kagum


kepadamu pejuang negara
kerana tanganmu pernah berdarah
darah kesetiaan seorang warga
kepada watan tercintanya.

Sesekali kuingin pula menjadi bunga


menebarkan keharuman
di taman-taman keresahan hidup
menyerahkan keinsafan
kepada keangkuhan perang.

Alangkah indahnya dunia


andai semua merenung
kekosongan hidup ini
(Dipetik daripada antologi Kuingin Berterima Kasih, Tingkatan 1)

11. Rangkai kata belantara samudera dalam Rangkap 3 bermaksud…


A dunia yang bersifat fana
B alam semesta
C hutan dan lautan
D tanah dan udara

12.
…menyerlahkan keinsafan kepada keangkuhan perang”
Menurut penyajak, peperangan tidak membawa apa-apa manfaat kepada umat
manusia.
Peribaha manakah yang dapat dikaitkan dengan pendapat penyajak di atas?
A menang jadi arang, kalah jadi abu,
B kalau tiada angin, masakan bergoyang
C orang berbudi kita berbahasa, orangmemberi kita merasa
D ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni

13. Mengapakah penyajak ingi berterima kasih kepada ikan-ikan yang riang?
A menghargai keindahan alam sekitar.
B memberikan kegembiraan kepada golongan nelayan.
C berkorban diri untuk kepentingan orang lain.
D menjadi sumber rezeki kepada golongan nelayan.

14. Penyajak memilih kata-kata seperti “hujan”, :” ikan”, “samudera” dan “hutan”.
Apakah jenis kata-kata ini?
A matafora
B imejan
C personifikasi
D. hiperbola

Bahagian B
[30 markah]

1. Dalam setiap ayat di bawah ini terdapat satu kesalahan ejaan. Kenal pasti kesalahan
tersebut dan tulis ejaan yang betul pada ruang jawaban yang disediakan. Anda tidak perlu
menyalin ayat itu semula.

TEMUDUGA TERBUKA JURU JUAL

Jawatan Pegawai Pemasaran

Tarikh : 29 November 2020

Tempat : Pejabat Urusan Butik Nuraini


Masa : 8:00 pagi – 12:45 tengahari

i………………….

ii…………………

[2 markah]

2. Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan bahasa. Kenal pasti
kesalahan tersebut dan yang betul pada ruang jawaban yang disediakan. Anda tidak
perlu menyalin ayat itu semula.
i. Berpuluh murid yang mengalami keracunan makanan telah dikejarkan ke hospital
berdekatan.
….…………………….
ii. Hasil dari pemeriksaan, anak Shanti disahkan oleh doktor pakar menghidap sakit
jantung.
….……………………
iii. Bas yang mereka naiki itu mengalami kerosakan di pertengahan jalan.
….…………………….
[3 markah]
3. Gabungkan ayat-ayat tunggal di bawah ini menjadi satu ayat majmuk.

i. Buah anggur hijau ini rasanya masam. Buah anggur tempatan rasanya manis.
….……………………………………………………………………………………….

ii. Kereta yang dipandu oleh Chong terbabas di lebuh raya. Kereta itu melanggar
pembahagi jalan.
….…………………………………………………………………………………..

iii. Soalan terakhir ujian Bahasa Melayu itu tidak dapat saya jawab. Saya kesuntukan
masa.

….…………………………………………………………………………………….

[3 markah]
4. Lihat bahan di bawah dengan telitinya. Berdasarkan bahan tersebut, tuliskan peribahasa
yang sesuai.

i.

….………………………………………
ii.

….……………………………………………………..
[2 markah]
5. Baca dan fahamkan bahan-bahan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-
soalan dengan menggunakan ayat anda sendiri.
BAHAN 1 BAHAN 2

Hadirin sekalian,
Rekreasi atau riadah ialah kegiatan yang menyeronokkan,
Badan Cergas Minda Cerdas
yang boleh menyegarkan badan dan melapangkan fikiran
Pak Ajin membeli ikan,
melalui istirahat dan aktiviti yang menghiburkan hati. Oleh
Terlihat unggas di pohon kerdas;
itu, masyarakat hari ini tidak boleh menjadikan kesibukan
Gigih dan rajin dalam bersukan,
bekerja sebagai alasan untuk tidak berekreasi. Kita akan
Jasmani cergas minda cerdas.
memperoleh pelbagai manfaat apabila melakukan aktiviti
rekreasi. Aktiviti seperti berjoging, berbasikal, dan mendaki
Burung belatuk di pohon turi,
gunung boleh menyihatkan tubuh badan. Hal ini dikatakan
Mematuk selesa di balik suria;
demikian kerana, apabila kita beriadah, kadar lemak yang
Sukan membentuk motivasi diri,
terkumpul di dalam badan dapat dikurangkan. Badan kita
Disiplin sentiasa cergas ceria.
akan berpeluh. Apabila badan kita sihat, penyakit
berbahaya seperti penyakit jantung, kencing manis, dan
Nampak indah kemboja di jalan,
darah tinggi dapat dihindari, bak kata pepatah Melayu,
Banyak dilihat menghias pusara;
mencegah lebih baik daripada mengubati.
Bersukan beriadah suatu amalan,
Hadirin sekalian,
Mental sihat negara sejahtera.
Selain itu, aktiviti riadah yang dilakukan pada setiap hujung
minggu juga mampu menjadi pemangkin untuk
Bunga matahari bunga melati,
mengurangkan tekanan perasaan atau stres dalam
Anak bermain sambil bersiul;
diriseseorang. Keletihan dan bebanan kerja yang
Jaga maruah dan harga diri,
berterusan menyebabkan seseorang menghadapi
Elak diri daripada gejala sosial
kemurungan, lesu, dan tidak bersemangat. Hal ini secara
tidak langsung menyebabkan prestasi kerja merosot dan
[Buku Teks Tingkatan 1 muka surat
mengundang pelbagai impak negatif seperti mendapat
135]
teguran daripada pihak atasan, dilucutkan jawatan, dan
sebagainya. Oleh itu, kita perlu menenangkan fikiran
dengan melakukan aktiviti riadah

i) Berdasarkan Bahan 1 dan Bahan 2, nyatakan kebaikan bersukan.


…………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………
……………………………………
[3 markah]
ii) Jelaskan dua nilai yang terdapat dalam Bahan 1.
…………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………
……………………………………
[3 markah]
iii) Masalah obesiti dalam kalangan masyarakat Malaysia semakin serius. Nyatakan
kesannya jika masalah ini tidak diatasi.
…………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………
……………………………………
[4 markah]

6. Jawapan anda hendaklah berdasarkan salah satu daripada novel yang telah anda
kaji di Tingkatan 1.
i) Destinasi Impian, karya Mohd. Ismail Sarbini
ii) Formula Termadinomik karya Obasiah Hj Usman
iii) Pelari Muda, Ghazali Ngah Azia
iv) Sejambak Bakti, karya Rejab F.I

Berdasarkan novel yang telah anda kaji, jelaskan tiga persoalan berserta contoh
peristiwa yang berkaitan dengannya.

[10 markah]
Bahagian C
[15 markah]
2. Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut tuliskan sebuah
ringkasan tentang keunikan burung unta Panjang ringkasan anda hendaklah tidak
melebihi 100 patah perkataan. Anda digalakkan menggunakan ayat anda sendiri
tanpa mengubah maksud asal petikan.
Pernahlah anda mendengar tentang burung unta? Burung unta merupakan spesies
burung besar dengan purata seberat 136 kilogram dan ketingqizm 2.4 meter. Ada juga
yang menyangkakan bahawa burung kasuari merupakan burung yang paling besar.
Burung unta jantan biasanya berbulu hitam, sementara burung unta betina pula
berbulu coklat kelabu. Kepalanya kecil sementara lehernya panjang. Ekornya pula
kecil. Burung unta betina mempunyai 50 hingga 60 helai bulu yang berwarna coklat
pada kepak kiri dan kanannya.
Burung unta mempunyai mata yang besar dengan garis pusat sepanjang 0.75
sentimeter dan mempunyai pelihatan yang tajam. Burung ini asalnya tinggal di
kawasan padang rumput Savana. Burung unta hidup sendirian tetapi tidak
mengasingkan diri daripada haiwan lain. Makanannya terdiri daripada buah beri, jus
tumbuhan, cicak, dan haiwan-haiwan kecil.

Oleh sebab terlalu berat. burung unta tidak dapat terbang. Masalah yang sama
turut dihadapi oleh burung kasawari yang berat badannya dapat mencapai hingga 135
kilogram. Walaupun saiz badannya besar, burung kasawari mempunyai kernampuan
berlari pada kelajuan 40 kilometer sejam.
Burung unta bukanlah haiwan yang ganas kerana burung ini hanya akan bertindak
agresif apabila diserang atau berasa dirinya terancam Kuku jarinya sering digunakan
untuk mengoyakkan dan mencederakan badan musuh yang terdiri daripada harimau,
singa, dan serigala. Kasuari jantan amat pemilih dalam mencari pasangan kerana
bilangan burung unta betina lebih banyak daripada unta jantan. Unta betina mampu
bertelur antara 10 hingga 12 biji telur. Telur-telur burung ini sering menjadi makanan
kepada haiwan-haiwan maging.
Burung unta mempunyai beberapa tabiat yang ganjil. Antaranya termasuklah unta
betina akan mengeram telurnya pada waktu siang manakala unta jantan akan
mengambil alih tugas itu pada waktu malam pula. Telur-telur itu biasanya akan
menetas dalam tempoh 40 hingga 42 hari.
[Diubah suai daripada “Burung Unta Haiwan Unik”, Laman Informasi
Agro Bisnes,oleh Suliati Asri]

You might also like