You are on page 1of 3

Cikgu Roslan Daud

AYAT MAJMUK

Standard Pembelajaran
5.3.3 Memahami dan menggunakan ayat majmuk yang betul mengikut konteks.

AYAT MAJMUK
Ayat majmuk ialah ayat yang dibina dengan menggabungkan dua ayat tunggal atau lebih. Ayat
majmuk terhasil dengan menggunakan kata hubung yang sesuai. Antara contoh kata hubung
yang boleh digunakan ialah dan, lalu, tetapi, manakala, yang, bahawa, kerana, hingga, semoga,
untuk, supaya, dengan, seperti dan sebagainya.

LANGKAH MENGGABUNGKAN AYAT


1. Kenal pasti maksud ayat untuk memilih kata hubung yang sesuai.
2. Gugurkan unsur subjek / predikat / keterangan yang sama.
3. Tulis ayat majmuk dan gariskan kata hubung yang digunakan.

LANGKAH MEMISAHKAN AYAT


1. Kenal pasti dan potong kata hubung yang terdapat dalam ayat.
2. Kenal pasti unsur yang perlu diulang.
3. Tulis ayat tunggal tanpa menggunakan kata hubung tadi.

CONTOH 1 (Menggabungkan Ayat)


(i) Pembalakan haram menyebabkan kejadian tanah runtuh.
(ii) Pembalakan haram menyebabkan kemusnahan ekosistem.
(iii) Pembalakan haram dilakukan secara berleluasa.
Ayat Majmuk : Pembalakan haram yang dilakukan secara berleluasa menyebabkan kejadian
tanah runtuh dan kemusnahan ekosistem.

CONTOH 2 (Menggabungkan Ayat)


(i) Pakar pemakanan berpendapat sesuatu.
(ii) Pengambilan makanan segera membahayakan kesihatan.
(iii) Makanan segera mengandungi banyak garam.
Ayat Majmuk : Pakar pemakanan berpendapat bahawa pengambilan makanan segera
membahayakan kesihatan kerana mengandungi banyak garam.

CONTOH 3 (Memisahkan Ayat)


Pembeli dinasihati oleh persatuan pengguna supaya perlu mengetahui hak pengguna.
(i) Pembeli dinasihati oleh persatuan pengguna.
(ii) Pembeli perlu mengetahui hak pengguna.

CONTOH 4 (Memisahkan Ayat)


Beberapa ekor lembu peliharaan Pak Abu berkeliaran di tepi jalan raya hingga membahayakan
keselamatan pemandu.
(i) Beberapa ekor lembu peliharaan Pak Abu berkeliaran di tepi jalan raya.
(ii) Beberapa ekor lembu peliharaan Pak Abu membahayakan keselamatan pemandu.

1
Cikgu Roslan Daud

LATIHAN 1
Gabungkan ayat-ayat di bawah supaya menjadi tiga ayat sahaja dengan menggunakan kata hubung yang sesuai tanpa mengubah
maksud dan struktur asalnya.

Kenaf sangat berguna dalam kehidupan manusia. Kenaf merupakan keluarga pokok bunga raya. Kenaf mempunyai
gentian, iaitu bahan asas penting dalam pembuatan beberapa jenis produk. Industri kenaf menunjukkan sesuatu.
Perkembangan positif berlaku daripada pelibatan sektor swasta. Perkembangan itu berjaya meningkatkan nilai jualan.
Pengeluaran kenaf dapat membantu rakyat menjanakan pendapatan. Pengeluaran kenaf berupaya membantu sektor tekstil
negara. Sektor tekstil negara dapat mengurangkan import kapas.
Dipetik dan diubahsuai daripada
‘Kenaf bakal jadi komoditi utama negara?
oleh Halimah Said,
Dewan Ekonomi, Bil. 5/2020

[6 markah]

LATIHAN 2
Berdasarkan petikan di bawah, cerakinkan tiga ayat majmuk yang anda pilih kepada dua ayat tunggal tanpa mengubah maksud
asalnya.

Sektor perindustrian dapat memberikan impak kepada pengukuhan pertumbuhan ekonomi negara walaupun berhadapan
dengan pelbagai cabaran kini. Wabak COVID-19 menyebab para peniaga bukan sahaja menghadapi masalah tidak mampu
beroperasi bahkan juga berdepan dengan kekangan hal kewangan. Kerajaan telah memberikan bantuan subsidi upah kepada
peniaga untuk mengekang peratusan kadar pengangguran. Kebanyakan pengusaha industri merasakan bantuan tersebut yang
bertujuan meringankan beban mereka hanya bersifat sementara.
Dipetik dan diubahsuai daripada
‘Sektor industri penentu nasib rakyat’
oleh Saw Teck Chew,
Dewan Ekonomi, Bil. 12/2020

[6 markah]

LATIHAN 3
Gabungkan ayat-ayat di bawah supaya menjadi tiga ayat sahaja dengan menggunakan kata hubung yang sesuai tanpa mengubah
maksud dan struktur asalnya.

Pengguna Malaysia mampu menyumbang kepada pengurangan defisit negara. Masing-masing memainkan peranan
mengutamakan barangan buatan negara sendiri. Masing-masing memainkan kuasa mengutamakan barangan buatan negara
sendiri. Kempen Beli Barangan Buatan Malaysia telah dilaksanakan. Kempen ini memupuk semangat cinta akan barangan
tempatan. Kempen ini telah dilancarkan sejak 35 tahun lalu. Kita sering menganggap sesuatu. Kesedaran pengguna di Barat
lebih tinggi berbanding dengan pengguna Malaysia. Mentaliti pengguna di Barat dikatakan lebih terbuka.
Dipetik dan diubahsuai daripada
‘KBBM 2019 perkasakan produk PKS’
oleh Halimah Said,
Dewan Ekonomi, Bil. 1/2020

[6 markah]

Apakah PERIBAHASA yang sesuai untuk menggambarkan kegigihan pengusaha


perusahaan kecil dan sederhana?
(a) Sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain.
(b) Gengam bara api, biar sampai jadi arang.
(c) Alang-alang mandi biar basah / Alang-alang berminyak biar licin.
(d) Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-
senang kemudian.

2
Cikgu Roslan Daud

LATIHAN 1
1. Kenaf yang merupakan keluarga pokok bunga raya sangat berguna dalam kehidupan manusia kerana / lantaran / oleh
sebab mempunyai gentian, iaitu bahan asas penting dalam pembuatan beberapa jenis produk.

2. Industri kenaf menunjukkan bahawa perkembangan positif berlaku daripada pelibatan sektor swasta hingga / sehingga
berjaya meningkatkan nilai jualan.

3. Pengeluaran kenaf dapat membantu rakyat menjanakan pendapatan dan / selain / di samping berupaya membantu sektor
tekstil negara supaya / agar dapat mengurangkan import kapas.

LATIHAN 2
1. Sektor perindustrian dapat memberikan impak kepada pengukuhan pertumbuhan ekonomi negara.
Sektor perindustrian berhadapan dengan pelbagai cabaran kini.

2. Wabak COVID-19 menyebabkan para peniaga menghadapi masalah tidak mampu beroperasi.
Wabak COVID-19 menyebabkan para peniaga berdepan dengan kekangan hal kewangan.

3. Kerajaan telah memberikan bantuan subsidi upah kepada peniaga.


Bantuan subsidi upah kepada peniaga mengekang peratusan kadar pengangguran.

4. Kebanyakan pengusaha industri merasakan bantuan tersebut hanya bersifat sementara.


Bantuan tersebut bertujuan meringankan beban mereka.

LATIHAN 3
1. Pengguna Malaysia mampu menyumbang kepada pengurangan defisit negara jika / jikalau / andai / sekiranya masing-
masing memainkan peranan dan / di samping / selain kuasa mengutamakan barangan buatan negara sendiri. Masing-masing
memainkan kuasa mengutamakan barangan buatan negara sendiri.

2. Kempen Beli Barangan Buatan Malaysia yang telah dilancarkan sejak 35 tahun lalu telah dilaksanakan untuk / bagi / demi
memupuk semangat cinta akan barangan tempatan.

3. Kita sering menganggap bahawa kesedaran pengguna di Barat lebih tinggi berbanding dengan pengguna Malaysia kerana /
lantaran / oleh sebab mentaliti pengguna di Barat dikatakan lebih terbuka.

You might also like