You are on page 1of 5

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


Untuk Kegunaan Pemeriksa Sahaja
BUKU JAWAPAN (For Examiners Purpose Only)
Answer Booklet MARKAH
(Marks)
PROGRAM PDPP AMBILAN OKTOBER 2020 2
SEM
(Programme) (Intake)

(1st Examiner)
Pemeriksa 1

Pemeriksa 2
ANGKA GILIRAN 2 0 2 0 0 6 2 4 2 0 0 0 7

No. Soalan

Examiner)
(Question
(Index Number)

Number)

Jumlah
NO. 8 9 0 6 2 6 1 2 5 0 2 2

(Total)
K/PENGENALAN

(2nd
(Identity Card No.)
KOD KURSUS EDUP2132
(Course Code)
TAJUK KURSUS PROFESIONALISME KEGURUAN
(Course Title)
TARIKH
PEPERIKSAAN 23 JULAI 2021
SESI PAGI (Morning) / 1
(Session) PETANG (Afternoon)
(Examination Date) A
IPGK KAMPUS
(Teacher Education IPGK KENT
Institute)

ARAHAN KEPADA CALON

BAHAGIAN (Section)
1
1. Isikan butiran yang dikehendaki dengan jelas.
(Fill in the details required clearly and legibly.)

2. Tuliskan angka giliran dan kod peperiksaan pada header


kertas jawapan. Pastikan angka giliran dan kod peperiksaan B 2
pada setiap muka surat buku jawapan.
(Write the index number and examination code on the answer

sheet header. Make sure the turn number and exam code
are on each page of the answer book.)

3. Mulakan jawapan anda bagi setiap soalan pada muka surat


baharu.
(Begin your answer for each question a new page.)
JUMLAH
4. Tuliskan nombor soalan pada ruang atas setiap muka surat (Total)
jawapan.
(Write the question number on the space provide at the top of
each answer page.)

5. Sila muat-naik jawapan anda dalam bentuk format pdf.


(Please upload your answer in pdf format.)

potong di sini

(cut here)
Angka Giliran: 2020062420007 Kod Kertas: EDUP2132

BAHAGIAN A
Soalan 1
Antara peranan guru dalam pembangunan tadbir urus insan dan kewarganegaraan ialah
meningkatkan keupayaan, minat, dan bakat murid dalam menguasai aspek pengetahuan dan
kemahiran. Hal ini dapat dilakukan oleh guru dengan mempelbagaikan aktiviti yang lebih meluas
dan mencabar sama ada di dalam bilik darjah mahupun luar bilik darjah agar kecenderungan
ataupun minat murid itu dapat ditonjolkan menerusi aktiviti-aktiviti ini. Secara tidak langsung,
menerusi aktiviti yang lebih meluas dan mencabar ini, bakat dan potensi diri seseorang murid itu
dapat dicungkil. Sebagai contoh, seorang guru mata pelajaran Matematik yang ingin mengajar
topik perimeter dan luas boleh membawa murid-murid mengadakan aktiviti menentukan perimeter
dan luas sebuah batas tanaman yang berada di luar bilik darjah secara individu ataupun
berkumpulan.
Dalam pembangunan tadbir urus insan dan kewarganegaraan, seorang guru itu juga
haruslah mempunyai kualiti kepimpinan yang tinggi dan berkesan agar mereka dapat mendidik
generasi muda iaitu guru yang lebih muda dalam melaksanakan tugas-tugas yang diamanahkan
dalam memastikan perkembangan murid dalam pelbagai aspek dapat berkembang dengan baik.
Sebagai contoh, guru yang lebih senior terlibat dalam proses perkembangan profesional iaitu
menjadi mentor kepada guru baru dan berkongsi ilmu tentang kemahiran dan teknik pengajaran
yang berkesan.
Guru juga berperanan untuk menunjukkan etika dan kerohanian yang baik dalam
pembangunan tadbir urus insan dan kewarganegaraan. Dalam konteks ini, guru menunjukkan
penampilan diri, pertuturan dan perbuatan yang baik sepanjang masa. Guru juga menjaga adab
sopan seperti yang dituntut oleh agama baik di hadapan rakan sekerja mahupun di hadapan
murid-murid agar dapat menjadi teladan yang baik serta dapat mewujudkan hubungan yang baik
dengan masyarakat. Guru yang mempunyai kerohanian yang tinggi juga akan sentiada
menyempurnakan amal ibadatnya dengan sempurna, menjaga dan memperbaiki kesilanpannya,
sentiasa menilai kekurangan dan kelemahan diri serta menerima apa sahaja pandangan dan
kritikan demi meningkatkan tahap profesionalisme diri.
Selain itu, guru juga bertanggungjawab untuk membentuk identiti nasional dalam
pembangunan tadbir urus insan dan kewarganegaraan. Dalam hal ini, guru perlu menerapkan
beberapa mesej pembinaan negara bangsa dalam proses pdp agar dapat mewujudkan kesatuan
antara kaum dalam kalangan pelajar ataupun murid supaya dapat hidup bersama sebagai satu
bangsa demi mempertahankan diri dan kedaulatan negara. Sebagai contoh, guru tidak
mewujudkan sentimen perkauman atau diskriminasi kaum dalam kalangan murid tetapi
meningkatkan lagi nilai persamaan dan kerjasama antara kaum.
Angka Giliran: 2020062420007 Kod Kertas: EDUP2132

Yang terakhir ialah guru berperanan untuk mewujudkan semangat patriotisme dalam
kalangan murid. Semangat patriotisme ini dapat diaplikasikan melalui penghayatan Rukun Negara
yang kebiasaannya dibacakan secara bersama semasa perhimpunan mingguan sekolah. Guru
memainkan peranan yang penting dalam memastikan murid betul-betul memahami intipati yang
terkandung dalam Rukun Negara dan menggalakan murid untuk mengamalkan nilai yang
terkandung dalam Rukun Negara tersebut di dalam kehidupan seharian.
Angka Giliran: 2020062420007 Kod Kertas: EDUP2132

BAHAGIAN B

Soalan 1

Antara kompetensi yang perlu dimiliki oleh seorang guru ialah guru perlulah memahami dan
menghayati Falsafah Pendidikan Kebangsaan, serta matlamat dan objektif Pendidikan dalam
merancang dan melaksanakan apa sahaja program dan aktiviti Pendidikan. Sebagai contoh,
dalam bidang kokurikulum, guru perlu memahami dan menghayati konsep 4K, iaitu Kemahiran
Asas, Kepegawaian, Kejurulatihan dan Kepengelolaan. Konsep yang terdapat dalam 4K ini perlu
diterjemahkan dalam pelaksanaan dan pengurusan kokurikulum supaya iainya adalah
berasaskan FPK, matlamat dan objektif Pendidikan.

Guru juga perlulah mempunyai pengetahuan dan kefahaman falsafah, matlamat, objektif
kurikulum dan kokurikulum, hasil pembelajaran dan keperluan pengajaran dan pembelajaran.
Pengetahuan dan kefahaman akan menjadi panduan kepada guru dalam merancang dan
melaksanakan proses pdp dan juga aktiviti sokongan kurikulum dan kokurikulum dalam mencapai
hasil pembelajaran yang telah ditetapkan. Sebagai contoh, guru mengetahui dan memahami serta
dapat menterjemahkan falsafah yang terkandung dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah
(KBSR) dan Kurikulum Bersepada Sekolah Menengah (KBSM) dalam proses pdp di bilik darjah.

Bagi melaksanakan pdp yang berkesan, nilai tentang pengetahuan dan kefahaman mata
pelajaran juga itu amat penting dimiliki oleh seorang guru. Ini disebabkan, apabila guru dapat
menguasai kandungan mata pelajaran yang meliputi aspek ilmu, kemahiran dan nilai yang selaras
dengan kehendak kurikulum, guru tersebut dapat mengajar dengan berkesan serta dapat
membantu murid untuk meningkatkan pengetahuan dan kefahaman dalam mata pelajaran yang
dipelajari. Sebagai contoh, guru dapat mengaitkan mata pelajaran Matematik iaitu berkaitan
dengan pengetahuan tentang topik Jisim di dalam kehidupan seharian.

Seorang guru juga perlulah kompeten di dalam memiliki pengetahuan dan kefahaman yang
mendalam tentang ilmu Pendidikan seperti bidang pedagogi, psikologi, sosiologi, serta bimbingan
dan kaunseling. Hal ini adalah disebabkan cabang ilmu Pendidikan ini merupakan teras kepada
perkembangan ikhtisas guru. Sebagai contoh, pengetahuan dan kefahaman guru dalam psikologi
perkembangan kanak-kanak dan psikologi Pendidikan membolehkan seseorang guru itu dapat
lebih memahami tentang tahap perkembangan murid serta faktor yang mempengaruhinya. Nilai ini
juga memudahkan guru tersebut dalam merancang dan menyediakan rancangan pdp yang
bersesuaian dengan tahap perkembangan murid.
Angka Giliran: 2020062420007 Kod Kertas: EDUP2132

Hujah yang terakhir adalah, bagi memastikan kelancaran pdp di dalam bilik darjah, seorang
guru seharusnya mempunyai pengetahuan dan kefahaman yang meluas dalam penggunaan
teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) serta sumber Pendidikan yang ada. Seorang guru
perlulah mengetahui dan mengikuti perkembangan TMK yang sentiasa berubah dan juga dapat
mengaplikasikannya di dalam proses pdp di bilik darjah. Sebagai contoh, apabila seorang guru itu
telah mengetahui dan memahami etika penggunaan TMK yang betul, guru tersebut bukan sahaja
dapat mengintegrasikan TMK dalam pdp tetapi juga dapat menyampaikan pengajaran yang
menyeronokkan dan bermakna kepada murid.

You might also like