You are on page 1of 10

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


Untuk Kegunaan Pemeriksa Sahaja
BUKU JAWAPAN (For Examiners Purpose Only)
Answer Booklet MARKAH
(Marks)
PROGRAM PISMP AMBILAN JUN 2021 3
SEM

(2nd Examiner)
(Programme) (Intake)

(1st Examiner)
Pemeriksa 1

Pemeriksa 2
ANGKA GILIRAN 2 0 2 1 0 6 2 3 4 0 0 2 4

No. Soalan
(Question
(Index Number)

Number)

Jumlah
NO. 0 2 0 1 2 5 0 1 1 5 7 0

(Total)
K/PENGENALAN
(Identity Card No.)
KOD KURSUS BMMB 3043
(Course Code)
TAJUK KURSUS KAJIAN KURIKULUM
(Course Title)
TARIKH 13/6/2022
SESI PAGI (Morning) / 1
PEPERIKSAAN
(Session) PETANG (Afternoon)
(Examination Date)
A
IPGK KAMPUS
(Teacher Education IPGK KENT
Institute)

ARAHAN KEPADA CALON

BAHAGIAN (Section)
1
1. Isikan butiran yang dikehendaki dengan jelas.
(Fill in the details required clearly and legibly.)

2. Tuliskan angka giliran dan kod peperiksaan pada header


kertas jawapan. Pastikan angka giliran dan kod peperiksaan B 2
pada setiap muka surat buku jawapan.
(Write the index number and examination code on the answer
sheet header. Make sure the turn number and exam code
are on each page of the answer book.)

3. Mulakan jawapan anda bagi setiap soalan pada muka surat


baharu.
(Begin your answer for each question a new page.)

4. Tuliskan nombor soalan pada ruang atas setiap muka surat


jawapan. JUMLAH
(Write the question number on the space provide at the top of (Total)
each answer page.)

5. Sila muat-naik jawapan anda dalam bentuk format pdf.


(Please upload your answer in pdf format.)

potong di sini

(cut here)
Angka Giliran: 2021062340024 Kod Kertas: BMMB3043

BAHAGIAN A

SOALAN 1

Perincikan prinsip 5 P DILAKUKAN BAGI MENCAPAI FOKUS TUNJANG DSKP

Konsep 5P telah menjadi asas panduan dalam pendidikan terutamanya semasa proses
pengajaran dan pembelajaran. Konsep 5P ini merupakan elemen yang signifikan supaya murid
dapat menghasilkan suatu pembelajaran yang bersepadu dan menyeluruh. 5P yang dimaksudnkan
adalah proses penggabungjalinan, penyerapan, penerapan, pemulihan dan pengayaan.

Penggabungjalinan merupakan proses menggabungjalinkan kemahiran supaya dapat


dikuasai secara serentak. Hal ini untuk memastikan pengajaran dapat dijalankan dengan lebih
menarik, berkesan dan bermakna kepada murid di samping membantu mengembangkan kemahiran
dan potensi yang ada menerusi platform yang betul. Misalnya, guru mengenal pasti jenis
penggabungjalinan seperti kemahiran lisan, kemahiran subjek, EMK dan tatabahasa dilaksanakan
secara terancang menerusi pelbagai aktiviti yang dapat meningkatkan kemahiran murid seperti
aktiviti lakonan, mencatat isi, menelaah rencana, gambar dan bahan bantu mengajar yang lain.
Impaknya, menguasai beberapa kemahiran yang dijalinkan untuk mencapai objektif pembelajaran
menerusi kaedah pembelajaran yang sistematik.

Seterusnya, konsep penyerapan pengetahuan iaitu menyatukan pengetahuan dan maklumat


mata pelajaran dengan mengaitkan perkara yang dipelajari dengan mata pelajaran yang lain. Ini
kerana, apabila konsep ini dimasukkan dalam elemen PdP, murid dapat melihat pelbagai perspektif
dan perkaitan antara satu mata pelajaran dengan mata pelajaran yang lain serta membantu murid
untuk lebih memahami isi kandungan mata pelajaran dengan pengetahuan yang diperolehi. Unsur
ini boleh diterapkan misalnya sewaktu isi kandungan pelajaran hendak disampaikan, guru boleh
menerapkan beberapa aktiviti sepanjang proses PdP seperti sesi kerusi panas, sesi perbincangan,
forum dan sebagainya supaya ilmu yang disampaikan lebih mudah diserap. Konklusinya, konsep
penyerapan ini sebenarnya mampu memberi penguasaan ilmu yang lebih luas dan pelbagai kerana
menerusi aktiviti yang dilaksanakan dalam kelas, murid menjadi lebih tekun, berdisiplin dan mampu
menyediakan kesediaan belajar dari segi mental, fizikal dan emosi yang seimbang.

Konsep 5p yang seterusnya ialah, penilaian iaitu proses mendapatkan maklumat untuk
menentukan tahap penguasaan murid. Hal ini kerana, penilaian diadakan untuk menguji, mengukur
dan membuat pertimbangan tentang segala kekuatan dan kelemahan pembelajaran murid
seterusnya menjadi medium untuk mengatasi segala masalah pembelajaran yang dihadapi untuk
Angka Giliran: 2021062340024 Kod Kertas: BMMB3043

diambil tindakan susulan. Contohnya, mengadakan penilaian formatif iaitu menerusi pemerhatian,
latihan dan senarai semak yang dilaksanakan semasa PdP dan penilaian sumatif iaitu diukur secara
formal menerusi ujian dan amali seterusnya memberikan gred terhadap pencapaian murid. Rentan
itu, dapatlah guru menentukan tahap pencapaian murid supaya boleh diperbaiki menerusi tindakan
susulan menerusi kaedah pengajaran yang lebih efisien.

Selain itu, pengayaan juga merupakan konsep yang mengenakan aktiviti pengajaran yang
lebih menarik tetapi mencabar. Hal ini untuk memastikan setiap murid dapat mengembangkan
kemahiran inkuiri, sifat berdikari, memupuk kreativiti dan meningkatkan semangat kepimpinan.
Antara contoh aktiviti yang berkaitan dengan konsep pengayaan ialah, pelaksanaan projek,
pembelajaran akses kendiri, permainan, pembelajaran berasaskan teknologi maklumat dan
komunikasi dan sebagainya. Implikasinya, setiap murid yang mempunyai perbezaan personaliti dari
segi fizikal, mental dan emosi dapat dikembangkan sejajar dengan minat dan kebolehan sedia ada
menerusi aktiviti yang mencabar tahap penguasaan di samping melahirkan murid yang aktif, kreatif
dan berdikari.

Konsep yang terakhir, iaitu pemulihan merupakan konsep untuk merapatkan jurang antara
murid berdasarkan kemahiran yang dimiliki. Hal ini disebabkan berlakunya kesulitan murid semasa
belajar lebih-lebih mereka belum mampu menguasai kemahiran 3M iaitu membaca, menulis dan
mengira dan pelbagai masalah pembelajaran yang lain. Contoh murid yang berhadapan dengan
masalah ini adalah, murid yang lemah kemahiran 3M, gagal dalam peperiksaan, kurang keyakinan
dan sebagainya. Oleh yang demikian, konsep pemulihan diadakan untuk membantu murid yang
lemah dalam kemahiran tersebut menguasainya semula menerusi aktiviti yang sesuai, memberi
peluang kepada mereka untuk mendapat layanan yang adil, mengembangkan potensi serta
memupuk sifat berdikari dan memupuk kepercayaan diri.
Angka Giliran: 2021062340024 Kod Kertas: BMMB3043

BAHAGIAN B

SOALAN 1

Reka bentuk kurikulum KSSR yang telah diperbaharui adalah berdasarkan kepada enam
tunjang sebagai salah satu ikhtiar untuk melahirkan modal insan yang bersedia menghadapi
cabaran. Tunjang KSSR yang pertama ialah komunikasi. Menerusi tunjang ini, terdapat
penggabungan jalinan antara kemahiran bahasa dan lisan sama ada secara bertulis atau
berinteraksi. Misalnya, murid dapat mempelajari tunjang komunikasi teras dalam subjek Bahasa
Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina dan Bahasa Tamil serta berpeluang mempelajari bahasa
selain teras iaitu Bahasa Arab, Bahasa Perancis dan sebagainya. Menerusi tunjang komunikasi,
dapatlah murid berpeluang untuk menguasai pelbagai kemahiran bahasa menerusi standard
kurikulum yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

Selain itu, tunjang perkembangan fizikal dan estetika. Menerusi tunjang ini kita dapat
memfokuskan kepada perkembangan jasmani dan rohani murid supaya dapat memupuk daya
berfikir aras tinggi, mengasah bakat dan nilai apresiasi diri murid. Antara medium yang boleh
digunakan adalah mengintegrasikan elemen seni dalam pendidikan yang terdiri daripada elemen
seni, muzik dan pergerakan. Misalnya aktiviti menyanyi sambil menari mengikut irama muzik dalam
setiap mata pelajaran mengikut kreativiti guru. Impak tunjang ini dalam proses PdP adalah dapat
membantu murid mengenali kebolehan diri serta membangunkan modal insan yang mampu
menyeimbangkan serta membudayakan fizikal dan nilai estetika dalam diri.

Seterusnya, tunjang kemanusiaan boleh dipupuk menerusi pengaplikasian nilai dan amalan
sosial dan kemasyarakatan. Hal ini meliputi penekanan kepada kepekaan terhadap alam sekitar,
masyarakat setempat, negara dan global. Tunjang ini boleh dipupuk dalam diri murid menerusi
pendekatan seperti pendedahan terhadap sejarah dan tokoh-tokoh kemerdekaan untuk
meningkatkan semangat patriotisme, mendedahkan tentang krisis dunia supaya murid lebih peka
dan prihatin terhadap isu semasa, dan mendedahkan tragedi atau kisah silam yang boleh dijadikan
pengajaran sepanjang hayat. Rentetan itu, tunjang kemanusiaan yang mendekatkan murid dengan
isu semasa menerusi pendekatan bahan bacaan, carian internet, kerja projek dan sebagainya
mampu membuka minda dan hati mereka untuk membangunkan modal insan yang prihatin serta
mempunyai semangat patriotisme yang tinggi dalam diri.
Angka Giliran: 2021062340024 Kod Kertas: BMMB3043

Sementara itu, tunjang keterampilan diri juga boleh diasah menerusi kegiatan sosial dan
kolaborasi. Hal ini kerana, dalam kegiatan sosial dan kolaborasi dapat memfokuskan kepada
memupuk sifat kepimpinan dan pembentukan sahsiah selain dapat memupuk rasa tanggungjawab
terhadap ahli masyarakat sosial. Contohnya menerusi kegiatan kokurikulum di sekolah dengan
memberi peluang kepada murid untuk membentuk sesebuah organisasi kelab dan persatuan
dengan bimbingan guru. Menerusi cara ini, murid dapat memupuk sifat kepimpinan dan rasa
tanggungjawab terhadap ahli organisasinya selain membina sifat adil dan keyakinan diri murid. Oleh
itu, tunjang keterampilan diri penting sebagai asas pembentukan modal insan yang mampu
bekerjasama dalam pasukan serta memiliki sahsiah yang tinggi.

Tunjang yang kelima adalah, tunjang sains dan teknologi penting untuk membantu murid
berhadapan dengan pelbagai kemahiran dan penyelesaian saintifik. Hal ini kerana, dunia era kini
dipenuhi dengan cabaran globalisasi yang memerlukan murid bersedia dengan pelbagai
pengetahuan dan kemahiran yang meliputi penguasaan sains dan matematik yang berasaskan
teknologi kini. Tunjang ini boleh dipupuk menerusi aktiviti STEM yang merangkumi mata pelajaran
matematik, sains dan teknologi maklumat dan komunikasi. Apabila guru menekankan pendekatan
STEM kepada murid, mereka dapat mengasah kemahiran sedia ada untuk mengatasi cabaran-
cabaran tersebut. Jelaslah bahawa, tunjang sains dan teknologi peting untuk melahirkan modal
insan yang handal dalam sains dan teknologi disamping melahirkan lebih ramai insan yang
mempunyai pelbagai kemahiran yang boleh memenuhi permintaan semasa dunia.

Akhir sekali iaitu tunjang kerohanian, sikap dan nilai dapat dipupuk menerusi pendidikan di
sekolah. Hal ini kerana, tunjang ini sangat penting kerana dapat mempengaruhi personaliti dan
keperibadian individu. Malah, tunjang ini menjadi kayu ukur kepada gaya hidup seseorang menerusi
agama yang dianuti, kepercayaan, nilai dan sikap sebenar seseorang. Oleh sebab itulah,
pendidikan di sekolah sangat penting supaya tunjang kerohanian, sikap dan nilai ini dapat
dikekalkan mengikut kepercayaan masing-masing seperti dalam pembelajaran mata pelajaran
Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral yang diadakan untuk memperkasakannya. Oleh itu, jelas
sekali bahawa tunjang ini memainkan peranan yang besar sebelum tunjang-tunjang lain dapat
dijalankan kerana sekurang-kurangnya murid dapat mengamalkan nilai-nilai murni seterusnya
mampu melahirkan modal insan yang membangun dari aspek kerohanian, sikap dan nilai selain
menghayatinya.
Angka Giliran: 2021062340024 Kod Kertas: BMMB3043

SOALAN 3

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

BAHASA MELAYU
Tarikh (Hari): 17 Jun 2022 (Jumaat)

Masa: 8.15 pagi - 9.15 pagi (60 minit)

Kelas: 2 Ibnu Sina

Bilangan Murid: 30 orang

Tema: Kekeluargaan

Tajuk: Hari Minggu dengan Keluarga

Standard Kandungan Standard Pembelajaran


3.2 Menulis huruf, suku kata, perkataan, 3.2.6 Menulis ayat tunggal dan ayat majmuk
frasa dan ayat secara mekanis dengan betul secara mekanis dengan betul dan kemas
dan kemas.

Objektif Pembelajaran:

Pada akhir pembelajaran ini, murid dapat:

I) Murid dapat menulis perkataan dan ayat secara mekanis.


II) Murid dapat menulis perkataan dan ayat dengan betul dan kemas.

Elemen Merentas Kurikulum

i) Ilmu: Bahasa Melayu


ii) Nilai Murni: Kerajinan, kasih sayang
iii) Kemahiran berfikir: Menghubungkait dan membanding bezakan.

Bahan Bantu Mengajar Kuantiti


Kotak beracun berisi soalan 1
Angka Giliran: 2021062340024 Kod Kertas: BMMB3043

Alat Pembesar Suara 1


Buku teks 30
Lembaran kerja 30
Lembaran petikan pantun 30

Pengetahuan sedia ada: Murid pernah atau menonton video membuat kek.

Prosedur Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran

Langkah Standard Pembelajaran/isi Aktiviti Pengajaran Catatan


pembelajaran dan Pembelajaran
Set Induksi Menjawab soalan: 1.Murid diberikan Kedah/Teknik
(10 min) penerangan dan cara Soal Jawab
bermain ‘kotak beracun’.
BBM:
2.Muzik dimainkan dan 1. Kotak
akan diberhentikan pada beracun
bila-bila masa. 2. Soalan
3. Alat
Cadangan soalan: 3.Murid perlu menjawab pembesar
1. Apakah kek kegemaran soalan dari kotak suara.
kamu? beracun apabila muzik
2. Siapakah yang pernah diberhentikan. EMK:
membantu ibu membuat NM: Berdikari dan
kek? 4.Apabila selesai, guru Kejujuran
3. Apa bahan membuat perlu mengaitkan TKP: Verbal
kek? permainan dengan tema Linguistik
4. Kamu tahu ini gambar pembelajaran pada hari
apa? (tunjuk gambar tersebut.
ketuhar)

Langkah 1 Membaca Buku Teks Bahasa 1.Murid diminta Kedah/Teknik


(10 min) Melayu Tahun 2 Jilid 1: membuka buku teks Mengecam
muka surat 4. EMK:
NM: Rasional,
2.Murid membaca Keberanian
petikan yang terdapat
Angka Giliran: 2021062340024 Kod Kertas: BMMB3043

dalam muka surat 4 TKP: Interpersonal,


bersama guru. Verbal Linguistik.

3.Guru meminta sesiapa


di kalangan murid untuk
membacakan semula
petikan tersebut

Langkah 2 Latihan menulis secara mekanis 1.Murid diminta Kedah/Teknik


(20 minit) berdasarkan buku teks muka membuka buku teks Penyelesaian
surat 5 muka surat 5. masalah.

2.Guru membacakan BBM: Buku teks


perkataan dan ayat Bahasa Melayu Jilid
dalam muka surat 1
tersebut.
EMK:
3.Guru meminta murid NM: Ketekunan,
mengeluarkan buku tulis kerajinan
garis tiga.
KBF: Membanding
4.Guru menerangkan bezakan.
cara menulis pada buku
tersebut.

5,Guru meminta murid


menulis semua ayat
dalam buku teks muka
surat 5 ke dalam buku
garis tiga tersebut.
Langkah 3 Menulis semula perkataan yang 1.Guru meminta murid Kaedah/Teknik:
(10 minit) dibulatkan oleh guru. menulis semula Menganalisis, soal
perkataan yang jawab.
dibulatkan oleh guru
dalam buku teks muka
surat 5.
Angka Giliran: 2021062340024 Kod Kertas: BMMB3043

BBM: Buku teks


2.Perkataan yang Bahasa Melayu Jilid
dibulatkan adalah gula, 1
mentega, tepung EMK:
gandum, dan esen NM: Patuh,kerajinan
vanila. KBF: Membanding
bezakan.
3.Setiap perkataan yang
dibulatkan ditulis dengan
ejaan yang betul dan
tersusun mengikut
nombor dalam buku tulis
garis tiga.

Langkah 4 1. Penutupan Kognitif 1.Guru bersoal jawab Kaedah/Teknik


(10minit) • Contoh soalan : dan merumuskan apa Penerangan, Soal
- Apakah yang kamu telah yang telah dipelajari Jawab.
pelajari pada hari ini? pada hari ini.
- Menyanyi lagu ‘Rasa 2.Guru berbincang EMK
Sayang’ dengan murid tentang NM: Kebebasan,
nilai murni yang dapat Rasional, Kasih
2. Nilai murni dipelajari. Sayang
• Kerajinan 3. Menyanyikan lagu TKP: Interpersonal
• Kasih Sayang ‘Rasa Sayang’ beramai-
• Kesyukuran ramai

Refleksi:

Disemak oleh guru Pembimbing/ Disahkan oleh Guru Besar


Pensyarah Penyelia

Tandatangan: Tandatangan:
Nama: Nama:
Tarikh: Tarikh:
Angka Giliran: 2021062340024 Kod Kertas: BMMB3043

You might also like