You are on page 1of 33

(BAHAGIAN A)

TAJUK 1: KELAS

1. Murid-murid begitu bersemangat membersihkan


kelas kesayangan mereka.
2. Dua orang murid menggunakan kain buruk
semasa mengelap tingkap.
3. Ravi berdiri di atas sebuah kerusi ketika
memasang langsir.
4. Ali dan Kamal ditugaskan menyusun kerusi dan
meja di dalam kelas.
5. Cikgu Malar memastikan semua murid
menjalankan tugas mereka dengan baik.
1
TAJUK 2 : TAMAN PERMAINAN

1. Seorang tukang kebun sedang menyiram pokok-


pokok bunga yang terdapat di taman permainan.
2. Siti membuang sampah ke dalam tong sampah yang
disediakan.
3. Kanak-kanak kelihatan sangat gembira dan seronok
bermain di taman permainan.
4. Setiap petang, Pak Hamid menjual ais krim pelbagai
perisa di taman permainan.
5. Puan Kim juga membawa anak bongsunya ke taman
permainan
2
TAJUK 3 : HARI SUKAN

1. Begitu ramai murid menyertai aktiviti perbarisan


yang diadakan sempena Hari Sukan.
2. Murid-murid bersorak dan memberi semangat
kepada para peserta bagi acara larian.
3. Tuan Guru besar menyampaikan hadiah kepada para
pemenang sebagai tanda penghargaan.
4. Murugan begitu bangga kerana dia berjaya
memperoleh tempat pertama dalam acara larian.

3
5. Semua murid berkumpul di padang sekolah bagi
memeriahkan suasana Hari Sukan.
TAJUK 4 : PER PUSTAKAAN

1. Begitu ramai murid berkunjung ke perpustakaan


pada waktu rehat untuk meminjam buku.
2. Sekumpulan murid lelaki sedang berbincang tentang
tugasan yang diberi oleh guru mereka.
3. Buku-buku yang terdapat di perpustakaan disusun
dengan begitu kemas dan teratur.
4. Seorang guru lelaki duduk di atas sofa sambil
membaca surat khabar.

4
5. Pengawas perpustakaan yang bertugas menjalankan
tanggungjawabnya denga penuh dedikasi.

TAJUK 5 : TAMAN PERMAINAN

1. Sepasang suami isteri duduk di atas sebuah bangku


sambil menghirup udara segar.
2. Ramai orang berkunjung ke taman itu pada waktu
pagi untuk beriadah.
3. Suhaimi dan rakan karibnya suka berbasikal
mengeliling taman yang indah itu.
4. Dua orang kanak-kanak begitu gembira bermain
jongkang-jongket.
5
5. Aktiviti beriadah dapat menyihatkan tubuh badan
dan mengelakkan seseorang daripada serangan
penyakit.
TAJUK 6 : MAJLIS PERKAHWINAN

1. Pasangan pengantin itu sama cantik dan sama padan


bagai pinang dibelah dua.
2. Pelbagai juadah enak dihidangkan kepada tetamu
yang hadir ke majlis perkahwinan.
3. Dua orang jurugambar yang hebat diarah mengambil
gambar pertunjukan silat.

6
4. Seorang pesilat handal diupah membuat
pertunjukan bagi memeriahkan lagi suasana majlis.
5. Para tetamu begitu rancak berbual sepanjang
majlis berlangsung.

7
TAJUK 7 : PANTAI

1. Ramai orang mengunjungi Pantai Port Dickson


terutamanya pada hari minggu.
2. Pelbagai aktiviti yang menarik boleh dijalankan di
Pantai Port Dickson.
3. Kita perlulah menjaga keselamatan diri semasa
bermandi-manda di pantai.
4. Dua orang kanak-kanak sedang berusaha membina
istana pasir yang besar dan cantik.
5. Abang mengutip kulit-kulit siput yang menarik untuk
membuat hiasan.
8
TAJUK 8 : DAPUR

1. Keluarga Ravi berkumpul di dapur untuk


menyediakan juadah tengah hari.
2. Nenek Ravi sedang memasak makanan
kegemarannya, iaitu ayam masak kicap.
3. Kakak Ravi pula mencuci pinggan mangkuk yang
digunakan sehingga bersih.
4. Ravi begitu berhati-hati mengelap pinggan kaca
yang telah dicuci oleh kakaknya.
5. Ayah Kumar menikmati secawan kopi panas yang
dibancuh oleh ibunya.
9
TAJUK 9 : RUANG TAMU

1. Puan Siti suka mengisi masa lapangnya dengan


aktiviti menjahit.
2. Setiap pagi, Encik Ahmad membaca surat khabar di
ruang tamu rumahnya.
3. Setiap hujung minggu, keluarga Encik Ahmad akan
berkumpul di ruang tamu selepas minum pagi.
4. Suzana dan abangnya duduk di atas sofa sambil
membaca sebuah buku cerita yang menarik.

10
5. Ruang tamu rumah Encik Ahmad sentiasa bersih,
kemas dan teratur kerana dijaga rapi oleh
isterinya.
TAJUK 10 : HARI KELUARGA

1. Begitu banyak aktiviti menarik yang dijalankan


sempena sambutan Hari Keluarga.
2. Suasana pada Hari Keluarga begitu meriah kerana
berjaya mendapat sambutan yang menggalakkan.
3. Acara tarik tali menguji kekuatan dan ketahanan
para peserta.
4. Liza berlawan congkak, iaitu salah satu permainan
tradisional kaum Melayu dengan rakan karibnya.
11
5. Puan Siti memberi semangat kepada anak lelakinya
yang menyertai pertandingan kukur kelapa.

TAJUK 11 : CINTAILAH SEKOLAH KITA

1. Siva mengisi pasu dengan tanah yang subur.


2. Rahman membersihkan longkang dengan
menggunakan penyapu.
3. Lee dan rakannya mewarnai gambar bunga raya yang
dilukis pada dinding bangunan sekolah.
4. Siti sedang menyediakan minuman untuk rakan-
rakannya.
12
5. Malar menanam anak pokok bunga di dalam pasu
bunga.

13
TAJUK 12 : MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH

1. Guru besar memberikan ucapan di Majlis


Penyampaian Hadiah sempena Kempen Matematik
dan Sains.
2. Para penonton duduk di kerusi masing-masing sambil
mendengar ucapan guru besar.
3. Murid-murid sedang beratur di sebelah kanan
pentas untuk menerima hadiah.
4. Guru besar menyampaikan piala kepada seorang
murid perempuan yang tinggi.
5. Seorang murid lelaki sedang menyusun piala di atas
meja.

14
TAJUK 13 : AIR TERJUN

1. Seorang gadis berehat di bawah pondok sambil


membaca majalah.
2. Abu dan rakannya sedang mandi-manda dengan
riang di kawasan air terjun.
3. Siti dan Rani asyik memerhatikan monyet yang
bergayut pada dahan pokok.
4. Seorang ibu mengajar anaknya berenang dengan
menggunakan pelampung.
5. Lelaki itu membuang sampah ke dalam tong sampah
yang besar.

15
TAJUK 14 : AKTIVITI MASA LAPANG

1. Ali melilit tali gasing sebelum melemparkan gasing


ke tanah.
2. Dua orang kanak-kanak sedang bermain congkak di
serambi rumah.
3. Siti dan Rani bermain batu Seremban untuk
menenangkan fikiran.
4. Seorang wanita yang jelita menyiram pokok bunga
di tepi tangga dengan menggunakan paip air.
5. Maria sedang membaca buku di atas tangga.

16
TAJUK 15 : DUSUN

1. Encik Ramu mengait buah rambutan dengan


menggunakan sebatang galah yang panjang.
2. Raju mengutip buah rambutan yang bertaburan di
atas tanah.
3. Puan Mala memasukkan buah rambutan ke dalam
guni.
4. Adik Raju membantu ibunya dengan memegang guni
yang besar.
5. Pakcik Mani menebas lalang yang tumbuh di dusun
itu dengan sebilah sabit.

17
TAJUK 16 : KILANG ROTI

1. Encik Lim memeriksa kualiti roti dan mencatat


maklumat dalam borang penilaian.
2. Pekerja wanita itu membungkus roti yang telah siap
dibakar.
3. Pekerja lelaki itu mengangkut roti yang telah siap
dibungkus untuk dipasarkan.
4. Jurumesin itu mengendalikan mesin memproses
roti dengan tekun.
5. Seorang pemandu sedang memandu van untuk
memasarkan roti.
18
TAJUK 17 : TAMAN PER MAINAN

1. Siti dan Mei Ling bermain congkak di bawah pokok


yang rendah.
2. Dua orang budak lelaki bermain layang-layang
apabila angin bertiup dengan kencang.
3. Seorang kanak-kanak lelaki bermain papan
gelongsor yang curam dan licin.
4. Ali dan Ravi bermain buaian di taman permainan
kanak-kanak dengan gembira.
5. Puan Anisah menyorong kereta sorong untuk
membawa anaknya bersiar-siar.
19
TAJUK 18 : MAKAN ANGIN

1. Dua orang adik-beradik sedang membina istana


pasir dengan seronok di tepi pantai.
2. Ranjit sedang mengejar seekor ketam di tepi
pantai.
3. Dua orang pelancong makan angin sambil berjalan
di tepi pantai.
4. Kamala dan ibunya menyediakan makanan di atas
tikar di tepi pantai.
5. Bapa Kumar sedang membaca surat khabar di
bawah sebatang pokok.

20
TAJUK 19 : HARI KEBANGSAAN

1. Anggota pasukan keselamatan berbaris sambil


memberi tabik hormat kepada tetamu kehormat
yang berada di atas pentas.
2. Seorang pelancong mengambil gambar perbarisan
sempena Hari Kebangsaan itu.
3. Encik Kamal mendudung anak kecilnya sambil
menyaksikan perbarisan Hari Kebangsaan.
4. Tetamu kehormat yang berdiri di atas pentas
membalas tabik hormat yang diberikan oleh
pasukan keselamatan.
5. Orang ramai berpusu-pusu menyaksikan perbarisan
sempena Hari Kebangsaan.
21
TAJUK 20 : KEBERSIHAN

1. Adik Ramu sedang menyusun buku dengan rapi di


rak buku di sudut ruang tamu.
2. Ibu Ramu sedang mengelap gambar dengan bersih.
3. Raju sedang bermain kereta mainan dengan
gembira di ruang tamu.
4. Ramu membersihkan akuarium dengan berhati-hati
kerana ia diperbuat daripada kaca.
5. Seorang tukang cat mengecat dinding dengan kemas
sambil menyanyi lagu yang merdu.

22
TAJUK 1 : KELAS

TAJUK 2 : TAMAN PERMAINAN

23
TAJUK 3 : HARI SUKAN

TAJUK 4 : PER PUSTAKAAN

24
TAJUK 5 : TAMAN PERMAINAN

TAJUK 6 : MAJLIS PERKAHWINAN

25
TAJUK 7 : PANTAI

TAJUK 8 : DAPUR

26
TAJUK 9 : RUANG TAMU

TAJUK 10 : HARI KELUARGA

27
TAJUK 11 : CINTAILAH SEKOLAH KITA

TAJUK 12 : MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH

28
TAJUK 13 : AIR TERJUN

TAJUK 14 : AKTIVITI MASA LAPANG

29
TAJUK 15 : DUSUN

TAJUK 16 : KILANG ROTI

30
TAJUK 17 : TAMAN PER MAINAN

TAJUK 18 : MAKAN ANGIN

31
TAJUK 19 : HARI KEBANGSAAN

TAJUK 20 : KEBERSIHAN

32

You might also like