You are on page 1of 7

3 – “Dan Gunung‐ganang Sebagai Pasak”

(Diterjemahkan dari buku Bukti‐bukti Rasul  dan Mukjizat‐mukjizat Baginda)

Firman Taala:

〈 ∩∠∪ #YŠ$s?÷ρr& tΑ$t7Ågø:$#uρ ∩∉∪ #Y‰≈yγÏΒ uÚö‘F{$# È≅yèøgwΥ óΟs9r& ®

[maksudnya]: {Bukankah Kami telah menjadikan bumi (terbentang luas) sebagai hamparan? Dan
gunung‐ganang sebagai pancang pasaknya?} [An‐Naba’ : 6‐7]

Ayat ini menunjukkan bahawa gunung‐ganang adalah pasak untuk tanah. Pasak, terjadi padanya
satu bahagian yang zahir di permukaan Bumi dan sebahagian besarnya tenggelam di dalam Bumi.
Tugasnya adalah sebagai pengukuh untuk benda lain.

Sedangkan kita melihat ilmuwan‐ilmuwan Geografi dan Geologi mentakrifkan gunung sebagai:
‘satu bongkah daripada kerak bumi yang timbul melebihi kawasan sekelilingnya dan ia adalah lebih
tinggi daripada bukit’1.

Dr. Zaghlul An‐Najjar berkata: “Sesungguhnya kesemua takrif semasa untuk gunung terangkum
pada bentuk luaran bagi ketinggian‐ketinggian topografi ini, tanpa sedikit isyarat pun kepada
pengunjurannya di bawah permukaan [bahagian atas], yang akhirnya telah dipastikan bahawa ia
melebihi ketinggian yang zahir, berkali ganda”2.

Gunung‐ganang mempunyai tunjang dalam di bawah tanah.3

Beliau kemudiannya berkata: “Dan fakta ini tidak ditemui melainkan pada separuh akhir kurun‐19
apabila Sir George Airy4 mengemukakan teori yang kandungannya: ‘kerak bumi tidak menjadi asas
yang sesuai untuk gunung‐ganang yang mengatasinya’. Dan beliau membuat telahan bahawa kerak
bumi dan apa yang ada di atasnya dari gunung‐ganang tidak mewakili kecuali satu juzuk yang terapung
di atas lautan batu‐batan yang mampat lagi fleksibel, dan kerana itu, gunung‐ganang tersebut mestilah

1 Mountain : a landmass that projects conspicuously above its surroundings and is higher than a hill. Webster's Seventh New
Collegiate Dictionary (1971), B. &; C. Merriam Co., Publisher; Springfield, Massachusetts, U.S.A.
2 The Geological Concept of Mountains in the Qur’an oleh Dr. Zaghlul An‐Najjar, m/s 3, terbitan Badan Tanda‐tanda Saintifik

Di Dalam Al‐Quran dan As‐Sunnah, Liga Islam Sedunia, Mekah. 1992.


3 Earth, Frank Press and Raymond Siever, p. 413, W.H. Freeman, 1986.

4 Sir George Biddell Airy. Ahli sains Inggeris yang merupakan ahli astronomi di‐Raja Britain yang ketujuh bermula dari tahun

1835‐1881. Dilahirkan pada 27 Julai, 1801, di Alnwick, Northumberland, England dan mati pada 2 Januari., 1892, di
Greenwich, London.

1
mempunyai tunjang‐tunjang yang memanjang di bawah bahagian yang tinggi lagi padat itu, bagi
menjamin keteguhan dan kekukuhannya”5.

Teori Airy telah menjadi realiti yang nyata dengan kemajuan pengetahuan tentang binaan
dalaman bumi melalui cara pengukur gempa bumi, dan telah menjadi perkara yang sedia maklum
dengan pasti bahawa gunung‐ganang mempunyai tunjang‐tunjang yang tertanam di dasar dan boleh
mencapai sehingga kira‐kira 15 kali ganda ketinggiannya di atas permukaan bumi. Gunung‐ganang
mempunyai peranan yang besar di dalam menghentikan pergerakan mendatar yang mengejut pada
lapisan‐lapisan batu kerak Bumi. Begitulah, sedang kefahaman tentang peranan tersebut terhadap
ruang lapisan‐lapisan ‘tectonic’, hanya bermula semenjak akhir 60an.

Gunung seperti pasak yang mempunyai akar yang masuk ke dalam tanah.6

Dr. Zaghlul mendefinisikan gunung‐ganang mengikut panduan maklumat‐maklumat moden dan


beliau berkata: “Sesungguhnya gunung‐ganang hanyalah timbunan bongkah‐bongkah batu besar yang
terapung pada lapisan yang lebih mampat, sebagaimana bongkah‐bongkah ais terapung di air7.

5 The Geological Concept of Mountains in the Qur’an.


6
Anatomy of the Earth, Andre Cailleux and J. Moody Stuart, p. 220. McGraw‐Hill Companies: 1968
7 The Geological Concept of Mountains in the Qur’an, dan beliau berkata:

A mountain with an average specific gravity of 2.7 (that of granite) can sink into a layer of plastic simatic rock (with a specific
gravity of 3.0) until the range is floating with a "root" of about nine-tenths, and a protrusion of one- tenth its total volume. In some
cases, the ratio of the mountain's "root" to its elevation can go up to 15:1, depending on its rock composition and the average
density of the material in which its root is immersed.
(terjemahan)
Sebuah gunung dengan purata graviti khusus 2.7 (yang dari jenis granit) boleh tenggelam ke dalam lapisan batu plastik
simatik (dengan graviti khusus 3.0) sehingga banjaran tersebut terapung dengan ‘tunjang’ sembilan persepuluh, dan
ketimbulan satu persepuluh daripada jisimnya. Di dalam kes‐kes tertentu, nisbah ‘tunjang’ kepada ketinggiannya
[dipermukaan Bumi] boleh sampai sehingga 15 : 1, bergantung pada komposit batunya dan purata kepadatan bahan di mana
tunjangnya masuk.

2
Lagi ilustrasi yang menunjukkan bagaimana gunung‐ganang adalah seperti pasak dari segi bentuk, kerana
tunjangnya yang dalam.8

Al‐Quran menyifatkan gunung‐ganang dari segi bentuk dan tugas. Allah Taala berfirman:

〈 ∩∠∪ #YŠ$s?÷ρr& tΑ$t7Ågø:$#uρ ®


[maksudnya]: {Dan gunung‐ganang sebagai pancang pasaknya?} [An‐Naba’ : 7]

Berfirman Taala:

〈 öΝä3Î/ y‰‹Ïϑs? βr& z©Å›≡uρu‘ ÇÚö‘F{$# ’Îû 4’s+ø9r&uρ ®


[maksudnya]: {dan Ia mengadakan di bumi gunung‐ganang yang menetapnya supaya bumi itu tidak
menghayun‐hayunkan kamu;} [Luqman : 10]

Dan Dia berfirman:

〈 ∩⊂⊇∪ tβρ߉tGöκu‰ öΝßγ¯=yè©9 Wξç7ß™ %[`$y∨Ïù $pκÏù $uΖù=yèy_uρ öΝÎγÎ/ y‰ŠÏϑs? βr& z©Å›≡uρu‘ ÇÚö‘F{$# ’Îû $uΖù=yèy_uρ ®

[maksudnya]: {Dan Kami telah menjadikan di bumi gunung‐ganang yang menetapnya, supaya bumi
itu tidak menggegar mereka; dan Kami jadikan padanya celah‐celah sebagai jalan‐jalan lalu‐lalang,
supaya mereka dapat sampai kepada mencapai keperluan rohani dan jasmani.} [Al‐Anbiya : 31]

Gunung‐ganang sebagai pasak bagi permukaan Bumi, sebagaimana sebahagian besar pasak
tenggelam di dalam tanah untuk mengukuhkannya, begitu juga sebahagian gunung tenggelam di
dalam Bumi untuk mengukuhkan kerak Bumi.

Dan seperti mana ditetapkan kapal‐kapal dengan sauh‐sauhnya yang tenggelam di dalam air
berbentuk cecair, begitu juga kerak Bumi ditetapkan dengan sauh‐sauhnya yang berbentuk gunung
yang tunjang‐tunjungnya memanjang di lapisan kenyal separuh cacair, yang kerak Bumi terapung
atasnya9.

Ahli‐ahli tafsir ‐‫ ‐ﺭﺣﻣﻬﻡ ﷲ‬telah sedar akan makna‐makna ini dan mereka telah mendatangkannya
di dalam tafsir‐tafsir mereka bagi firman‐Nya Taala: 〈 ∩∠∪ #YŠ$s?÷ρr& tΑ$t7Ågø:$#uρ ®, dan dibentangkan kepada anda

beberapa contoh daripadanya:

8 Earth Science, Edward J. Tarbuck and Frederick K. Lutgens, p. 158. USA: Macmillan USA: 1993
9 Kawasan kenyal tersebut dinamakan ‘mantel’.

3
1– Berkata Ibnu Al‐Jauzi: 〈 ∩∠∪ #YŠ$s?÷ρr& tΑ$t7Ågø:$#uρ ® untuk Bumi agar ia tidak berolak‐alik10.

2– Az‐Zamakhsyari 11 berkata: 〈 ∩∠∪ #YŠ$s?÷ρr& tΑ$t7Ågø:$#uρ ® iaitu Kami sauhkan ia dengan gunung‐ganang

sebagaimana dipasak rumah dengan baji.


3– Al‐Qurtubi berkata: 〈 ∩∠∪ #YŠ$s?÷ρr& tΑ$t7Ågø:$#uρ ® iaitu supaya ia tenang dan tidak bergoyang‐goyang

terhadap penghuninya12.
4– Berkata Abu Hayyan: 〈 ∩∠∪ #YŠ$s?÷ρr& tΑ$t7Ågø:$#uρ ® iaitu Kami kukuhkan Bumi dengan gunung‐ganang

sebagaimana Kami kukuhkan rumah dengan pasak‐pasak13.


5– As‐Syaukani14 berkata: 〈 ∩∠∪ #YŠ$s?÷ρr& tΑ$t7Ågø:$#uρ ® ‫ ﺍﻷﻭﺗﺎﺩ‬kata ganda ‫ ﻭﺗﺩ‬iaitu Kami jadikan gunung‐ganang

sebagai pasak untuk Bumi supaya ia tenang dan tidak bergerak‐gerak seperti mana distabilkan
Bumi dengan baji‐baji15.

USGS

10 Zad Al‐Masir.
11 Mahmud bin Umar bin Muhammad Al‐Khawarizmi Az‐Zamakhsyari, beliau mempunyai ilmu mendalam di dalam Bahasa,
Bayan dan Tafsir. Berpegang dengan mazhab Muktazilah dan mempertahankannya. Beliau adalah pemilik [kitab] Al‐Kasy’syaf
di dalam Tafsir dan karangan‐karangan lain. Meninggal pada tahun 538H, dan kata‐kata beliau tersebut adalah di dalam kitab
beliau Al‐Kasy’syaf.
12 Al‐Jamie’ li Ahkam Al‐Quran.

13 Al‐Bahr Al‐Muhit.

14 Muhammad bin Ali As‐Syaukani Al‐Yamani; salah seorang Ulama terkenal. Beliau mempunyai kerangan‐karangan;

antaranya Fathul Qadir, Ad‐Durari Al‐Mudhiyyah, Sail Al‐Jarrar dan lain‐lain lagi. Mati pada tahun 1250H di Sanaa.
15 As‐Syaukani – Fathul Qadir.

4
Gunung‐ganang Yang Mula‐mula Dicipta Adalah Gunung Berapi:

Sewaktu Allah mencipta benua‐benua, ia bermula dalam bentuk kerak keras yang nipis, terapung
di atas unsur cairan batu‐batan, dan ia mula bergoyang‐goyang dan bergegar. Lalu Allah mencipta
gunung‐gunung berapi yang keluar daripada bawah kerak tersebut, maka ia melemparkan batu‐batan
keluar permukaan Bumi, kemudian ia kembali tertarik ke Bumi dan menimbun berlapis‐lapis bagi
membentuk gunung‐ganang. Ia menekan dengan beratnya yang menimbun ke atas lapisan kenyal
berkenaan, lantas ia menanam ke dalamnya tunjang dari bahan bukit itu sendiri, yang juga merupakan
sebab pengukuhan kerak Bumi dan keseimbangannya.

USGS

Di dalam firman‐Nya Taala: 〈 öΝä3Î/ y‰‹Ïϑs? βr& z©Å›≡uρu‘ 4 ÇÚö‘F{$# ’Îû ’s+ø9r&uρ ® [Luqman : 10] terdapat petunjuk

kepada cara yang terbentuk gunung‐gunung berapi melaluinya, dengan pelemparan bahannya dari
dasar Bumi ke atas kemudian pengembaliannya untuk tetap di atas permukaan Bumi.

Hadith Rasul  menjelaskan cara ini; Anas bin Malik16  telah meriwayatkan daripada Nabi 
bahawa Baginda bersabda:
ِْ ‫َﻓ َﺨ َﻠ َﻖ‬
ْ ‫اﳉ َﺒ َﺎل َﻓ َﻌﺎ َد ِ َﲠﺎ َﻋ َﻠ ْﻴ َﻬﺎ َﻓ‬
ْ ‫ﺎﺳ َﺘ َﻘ ﱠﺮ‬
"‫ت‬ ُ‫" َﱠﳌﺎ َﺧ َﻠ َﻖ اﷲﱠُ ْاﻷَ ْر َض َﺟ َﻌ َﻠ ْﺖ َﲤِﻴﺪ‬
“Apabila Allah menciptakan Bumi, ia mula bergoyang‐goyang, lantas Allah pun mencipta gunung‐
ganang, dan Dia mengembalikannya [iaitu gunung‐gunung tersebut] ke atasnya [yakni Bumi], lalu
ia menjadi tetap”17

16 Anas bin Malik bin An‐Nadhar Al‐Khazraji Al‐Ansari, Abu Thumamah atau Abu Hamzah, sahabat Rasulullah dan pembantu
Baginda. Beliau telah meriwayatkan daripada Baginda banyak hadith. Beliau berpindah ke Dimasyq dan dari situ beliau
berpindah pula ke Basrah, dan disitulah beliau meninggal pada tahun 93H.
17 Dikeluarkan oleh At‐Tirmizi di dalam akhir Kitab: Tafsir dari Sunan beliau dan lafaz adalah oleh beliau.. Beliau berkata

hadith ghorib, kita tidak tahu ia marfu’ kecuali daripada bentuk ini (tahqiq Ahmad Syakir dan lain‐lain). Ia dikeluarkan juga
oleh Ahmad di dalam Musnad beliau 3\124, Abu Yaa’la di dalam Musnadnya 7\682, Abd ibnu Humaid di dalam Musnadnya

5
Perhatikanlah pada sabda Nabi  yang menjelaskan cara penciptaan gunung‐ganang: “Dia
mengembalikannya [iaitu gunung‐gunung tersebut] ke atasnya [yakni Bumi]” iaitu penciptaannya
berlaku dengan pengeluarannya dari Bumi dan pengembaliannya ke atas Bumi.

Bentuk‐bentuk Ei’jaz:

Sesungguhnya, sesiapa yang memandang kepada gunung‐ganang pada permukaan Bumi tidak
melihatnya mempunyai bentuk yang menyerupai pasak ataupun sauh, dia hanya melihatnya sebagai
satu bongkah yang timbul meninggi daripada permukaan Bumi, seperti yang ditakrifkan oleh pakar‐
pakar Geografi dan Geologi. Tidak mungkin seorang pun tahu bentuk pasaknya atau yang menyerupai
sauh, kecuali apabila dia mengetahui bahagiannya yang tenggelam di dalam cairan lava di kawasan
mantel, dan dari perkara yang mustahil untuk seseorang manusia membayangkan sesuatu darinya
sehingga munculnya teori Sir George Airy pada tahun 1855M.

1\365, Al‐Baihaqi di dalam Syu’ab Al‐Iman 3\233, Al‐Asfahani di dalam Al‐Aa’zomah 4\1353. Di dalam [sanad]nya Sulaiman
bin Abi Sulaiman Al‐Hasyimi; Az‐Zahabi mengatakan di dalam Al‐Kaasyif : Majhul [tidak dikenali] dan Ibnu Maa’ien berkata:
Aku tidak mengenalinya. Ibnu Hajar Al‐Asqolani berkata: Makbul [diterima] dari peringkat ketiga. Dan Al‐Maqdasi
mengatakan hassan jalan periwayatannya di dalam [kitab] Al‐Mukhtar 6\153‐154.
[hadith ghorib : hadis yang periwayatnya hanya melalui seorang (dari kalangan sahabat, tabie’in dan seterunya). Marfu’ :
hadith yang riwayatnya sampai sehingga kepada Rasulullah. Tahqiq : semakan atau rujukan semula]

6
Siapakah yang memberitahu Muhammad  tentang realiti yang ghaib di dalam perut kerak bumi
serta apa yang di bawahnya, pada kedalaman yang jauh mencecah sehingga berpuluh kilometer,
sebelum pengetahuan manusia mengenainya dalam jangka masa tiga belas kurun?

Siapakah yang memberitahu Muhammad  tentang peranan gunung‐ganang, bahawa ia


melaksanakan tugas pasak dan baji, dan ia adalah hakikat yang tidak diketahui oleh manusia kecuali
setelah tahun 1960M?

Adakah Rasul  telah menyaksikan penciptaan Bumi, ketika ia sedang bergoyang‐goyang? Serta
penciptaan gunung‐gunung berapi melalui cara pembuangan dari perut Bumi dan pengembaliannya
ke atas Bumi supaya tanah menjadi teguh?

USGS

Tidakkah mencukupi itu [semua], sebagai bukti bahawa ilmu ini adalah wahyu yang diturunkan
oleh Allah ke atas Rasul‐Nya; Nabi yang buta huruf di dalam bangsa yang buta huruf, pada zaman yang
dahulunya dikuasai oleh kepercayaan karut dan dongeng?

Ia adalah bukti ilmiah yang menyaksikan bahawa sumber Al‐Quran ini adalah Pencipta Bumi dan
Gunung‐ganang, yang Maha Mengetahui rahsia‐rahsia Langit dan Bumi, yang berfirman:

〈 ∩∉∪ $\ΚŠÏm§‘ #Y‘θàxî tβ%Ÿ2 …çμ¯ΡÎ) 4 ÇÚö‘F{$#uρ ÏN≡uθ≈yϑ¡¡9$# ’Îû §Åc£9$# ãΝn=÷ètƒ “Ï%©!$# ã&s!t“Ρr& ö≅è% ®

[maksudnya]: {Katakanlah (Wahai Muhammad): "Al‐Quran itu diturunkan oleh Allah yang mengetahui
segala rahsia di langit dan di bumi; sesungguhnya adalah Ia Maha Pengampun, lagi Maha
Mengasihani.} [Al‐Furqan : 6]

You might also like