You are on page 1of 2

SEKOLAH KEBANGSAAN SERI ALAM 2

Minit Mesyuarat Panitia Bahasa Inggeris Bilangan 4/2023

Tarikh : 11 Januari 2024 (Khamis)


Masa : 12:45 - 1:15 petang
Tempat : Bilik Warroom, SK Seri Alam 2
Pengerusi : Cik.Bharathi A/p Suppaya
Kehadiran (Bilangan) : Rujuk lampiran kehadiran
Turut hadir(Jika ada) :

1. Perutusan Pengerusi

Cikgu Bharathi A/P Suppaya (Ketua Panitia Bahasa Inggeris SK Seri Alam 2)

1.1.1 Mesyuarat dimulakan dengan doa dan bacaan Surah Al - Fatihah.


1.1.2 Pengerusi mengucapkan salam dan terima kasih atas kehadiran
semua ahli Jawatankuasa Panitia Bahasa Inggeris SK Seri Alam 2.
MAKLUMAN

2. Pengesahan Minit Mesyuarat Yang Lalu

Dicadang untuk disahkan oleh Cikgu Baanupriya A/P Ramadas


Disokong oleh Cikgu Amir Azizi

3. Perkara-perkara Berbangkit
Tiada

4. Fokus Mesyuarat
4.1 Pengesanan Soalan UASA Tahun 4, 5 dan 6
4.1.1 Guru Tahun 4, 5 dan 6 perlu membuat pengesanan topik dan
kemahiran yang diuji daripada kertas soalan UASA.
TINDAKAN
GURU MATAPELAJARAN

4.2 Penskoran soalan UASA Tahun 4, 5 dan 6


4.2.1 Membincangkan cara pembahagian markah bagi setiap bahagian
soalan (Part 1 - 7). Guru perlu mengikut panduan dan skema
permarkahan.
4.2.2 Sebelum menanda kertas UASA guru perlu berbincang pemberian
markah dan gaya penandaan untuk semua kelas berdasarkan
beberapa contoh skrip jawapan murid.
TINDAKAN
GURU MATAPELAJARAN

4.3 Penulisan e-Prema


4.3.1 Penulisan e-Prema mengikut panduan GPK 1. Perlu tentukan aspek
KBAT, PAK 21 dan lain-lain.

PAGE \* MERGEFORMAT 1
4.3.2 Pada bahagian kelas relief, laporan perhimpunan dan tugasan guru
hendaklah dilengkapkan.
TINDAKAN
GURU MATAPELAJARAN

5. Hal-hal lain
5.1 Pembelian buku aktiviti murid Tahap 1. Guru Tahap 1 perlu berbincang dengan
Guru Besar untuk menentukan buku aktiviti yang hendak digunakan. Buku
aktiviti Tahap 2 ialah buku Grammar keluaran Sasbadi.
MAKLUMAN

6. Penutup
6.1 Akhir kata, pengerusi mengucapkan terima kasih atas kehadiran guru Bahasa
Inggeris dan berharap agar semua perkara yang dinyatakan dalam mesyuarat
ini difahami dengan sebaiknya dan diambil tindakan yang sewajarnya.
Diharapkan juga segala perancangan yang telah dibuat akan dapat berjalan
dengan lancar. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1:15 petang.

Disediakan oleh,
SETIAUSAHA PANITIA
Mesyuarat Panitia Bahasa Inggeris Bil 4/2023

Tarikh: 12 JANUARI 2024

PAGE \* MERGEFORMAT 1

You might also like