You are on page 1of 1

TINJAUAN PERSEPSI TERHADAP HALANGAN MELAKSANAKAN PENDEKATAN

GAMIFIKASI DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

Nur Syahida Abdul Aziz dan Mohd Zamri Mohd Akhir


Jabatan Pengajian Melayu, IPGKTB
syahida.aziz31@gmail.com

Abstrak

Pendekatan gamifikasi menjadi pilihan bagi sesetengah guru semasa menjalankan sesi pengajaran dan
pembelajaran (PdP) yang bertepatan dengan tunjang Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) iaitu
penguasaan terhadap ilmu Sains dan Teknologi. Kepentingan kajian ini adalah untuk melihat pandangan
guru terhadap halangan yang wujud semasa pelaksanaan pendekatan gamifikasi di sekolah rendah,
khususnya dalam pengajaran bahasa Melayu. Rekabentuk kajian ini ialah kajian tinjauan dengan
pendekatan kuantitatif. Instrumen yang digunakan ialah soal selidik yang disebarkan melalui pautan
google form terhadap 144 orang guru bahasa Melayu sekolah rendah di daerah Seberang Perai Tengah,
Pulau Pinang. Hasil analisis menunjukkan 82% daripada responden bersetuju bahawa capaian internet
yang kurang memuaskan menghalang guru melaksanakan pendekatan gamifikasi di dalam bilik darjah.
Sementara itu, seramai 86.1% yang bersamaan dengan 124 orang responden mengakui halangan
terhadap pelaksanaan pendekatan gamifikasi disebabkan oleh kurangnya kemudahan gajet digital di
sekolah. Selain itu, halangan lain yang dipersetujui oleh sebilangan guru dalam pengaplikasian
pendekatan bermain dalam PdP ialah kekurangan kemudahan makmal komputer (76.4%), tempoh masa
PdP yang pendek (71.5%), serta tahap pengetahuan dan pendedahan terhadap pendekatan tersebut
(74.3%). Kajian sebegini dapat memberi gambaran jelas tentang masalah dan halangan yang wujud
dalam PdP pada masa kini yang berkaitan dengan penerapan ilmu Sains dan Teknologi. Pihak yang
berkaitan mestilah cakna akan halangan tersebut seterusnya berusaha untuk mengatasi masalah yang
dihadapi bukan sahaja dalam kalangan guru, malah turut melibatkan murid-murid sekolah.

Kata Kunci: gamifikasi, pendekatan bermain, Sains dan Teknologi, digital, komputer.

You might also like