You are on page 1of 5

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KULAI

KERTAS KONSEP

BOLA SEPAK
PENGELOLAAN KEJOHANAN
SUKAN MAJLIS SUKAN SEKOLAH
( MSSD ) DAERAH KULAI
TAHUN 2023
1. TAJUK
Kejohanan Bola Sepak Majlis Sukan Sekolah Sekolah Daerah (MSSD) Kulai Tahun
2023

2. PENGANJUR
Pejabat Pendidikan Daerah Kulai

3. PENGELOLA
SK POLIS KEM

4. LATAR BELAKANG
4.1 Setiap tahun Pejabat Pendidikan Daerah Kulai melalui MSSD Kulai akan
menganjurkan Kejohanan Bola Sepak MSSD.

5. TARIKH, MASA, TEMPAT


5.1 Rujuk Takwim MSSD Kulai 2023 seperti lampiran 1.

6. KUMPULAN SASARAN

6.1 Kejohanan Bola Sepak MSSD Kulai ini adalah mengikut kategori seperti
berikut ;

6.1.1 Lelaki Bawah 12 Tahun

6.2 Kelayakan peserta adalah berdasarkan Peraturan Am Majlis Sukan Sekolah


Johor

7. PENYERTAAN

7.1 Kejohanan MSSD Kulai ini disertai oleh semua sekolah Pejabat Pendidikan
Daerah Kulai seperti mana senarai di bawah ;

7.1.1 Sekolah Kebangsaan – 34 buah sekolah


7.1.2 Sekolah Swasta – 1 buah

8. OBJEKTIF

8.1 Meningkatkan pelaksanaan program sukan di peringkat daerah.


8.2 Membentuk pasukan MSSD Kulai yang lebih mantap dalam
membawa cabaran di kejohanan Majlis Sukan Sekolah Johor.
8.3 Menerapkan nilai-nilai murni dikalangan murid seperti bekerjasama,
berdisiplin, semangat berjuang dan jati diri yang tinggi.
8.4 Membudayakan sukan dalam kehidupan dikalangan murid-murid

9. KPI (INDIKATOR OUTPUT DAN OUTCOME)

9.1 Mendapatkan bilangan atlet murid yang berpotensi dan pegawai pasukan
mengikut keperluan pasukan seperti lampiran 2.
10. IMPLIKASI KEWANGAN

10.1 Sumber / Dana


10.1.1 Kutipan yuran pendaftaran/penyertaan yang telah dipersetujui
adalah berdasarkan kelulusan Pengarah JPNJ dan diputuskan dalam
mesyuarat PTPS / Pengurus Pasukan.
10.1.2 Sumbangan luar yang diperolehi adalah daripada pihak
pengelola.
10.1.3 Kutipan akan dibuat oleh sekolah yang dilantik (rujuk lampiran 3) dan semua
kutipan akan dimasukkan ke dalam Akaun Suwa Sekolah.

10.2 Perbelanjaan yang boleh digunakan belanja mengurus hendaklah


berdasarkan perkara-perkara berikut :-

10.2.1 Pembelian medal / pingat / trofi


10.2.2 Makan dan minum jawatankuasa dan pegawai
10.2.3 Bayaran/Saguhati Pengadil (lantikan PPD)
10.2.4 Sewaan Dewan/Gelanggang /Padang/Pengangkutan/
Khemah/kanopi/stadium/peralatan sukan/meja kerusi/
skritting
10.2.5 Pembelian peralatan pertandingan (mengikut keperluan)
10.2.6 Sijil
10.2.7 Alat tulis / Kertas A4 / Manila Kad / bahan cetak dan habis guna bagi
keperluan pertandingan.
10.2.8 Air Mineral / minuman

11. PENGURUSAN RISIKO

11.1 Pengurusan Pengelolaan hendaklah mengambil kira risiko yang berlaku


semasa program dilaksanakan seperti berikut ;

11.1.1 Cuaca
Bagi kejohanan yang dijalankan di luar dewan dan gelanggang yang
terbuka tentunya faktor cuaca akan mempengaruhi kelancaran
kejohanan tersebut. Jadual hendaklah disusun dengan mengambil kira
penangguhan pertandingan disebabkan cuaca yang tidak mengizinkan
seperti hujan yang lebat dan berlakunya kilat atau petir.

11.1.2 Pengadil/Pegawai Pertandingan/Hakim


Semua pengadil/hakim dalam kejohanan MSSD kulai adalah dilantik
oleh PPD Kulai. Pengurusi Teknik Pembangunan Sukan (PTPS)
MSSD setiap permainan hendaklah memastikan setiap pengadil/hakim
yang dilantik dapat menghadirkan diri untuk bertugas semasa
pertandingan dijalankan. Sekiranya kehadiran pengadil/hakim tidak
mencukupi, pengelola hendaklah bersedia dengan pengadil tambahan
dikalangan pegawai tempatan.
12. JAWATANKUASA PROGRAM

12.1 Jawatankuasa Induk seperti lampiran 4

12.2 Jawatankuasa Pengelola setiap kejohanan pula akan dibentuk


oleh sekolah yang dilantik yang di pengerusikan oleh Pengetua
atau Guru Besar sekolah berkenaan.

13. STRATEGI PELAKSANAAN

13.1 Mesyuarat Jawatankuasa Pengelola 1


13.2 Mesyuarat Jawatankuasa Pengelola 2
13.3 Mesyuarat/Taklimat Pengurus Pasukan
13.4 Pelaksanaan kejohanan
13.5 Penyediaan laporan

14. SAJIAN MAKANAN DAN MINUMAN

15.1 Makan dan minum pegawai dan murid yang mengambil bahagian hendaklah
disediakan oleh pasukan masing- masing.

15.2 Minuman semasa pertandingan akan disediakan untuk semua


petugas , pegawai teknikal dan urus setia disediakan oleh
pengelola.

15. SIJIL/HADIAH

a. Sijil penyertaan akan diberikan kepada semua murid yang mengambil


bahagian.
b. Sijil penghargaan diberikan kepada pegawai pasukan, semua jawatankuasa
pelaksana dan petugas.
c. Hadiah bagi acara berpasukan disediakan sehingga tempat keempat
berdasarkan bilangan penyertaan sekolah yang mengambil bahagian
d. Piala pusingan/iringan bagi setiap kejohanan akan disediakan oleh pihak
penganjur. (sekiranya peruntukan kewangan mencukupi)

16. KAEDAH PEMANTAUAN


Semua Program Kejohanan Sukan MSSD Kulai akan dipantau dengan menggunakan
borang soal selidik yang disediakan bagi mendapatkan maklumat keberkesanan
program dan penambahbaikan.

17. PENUTUP
Diharapkan program kejohanan MSSD Kulai pada tahun 2023 akan berjalan dengan
lancar dan dapat wasmencapai objektif penganjuran. Kelemahan pengelolaan pada
tahun lepas telah dijadikan sebagai panduan supaya isu-isu permasalahan yang
berlaku semasa kejohanan dilaksanakan dapat diminimumkan.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

MOHD SHUKRI BIN ROSLI NORAKMAL BIN


NORDIN
Penolong PTPS Bola Sepak PTPS Bola Sepak
MSSD Kulai MSSD Kulai

Diluluskan oleh,

HJ. MOHD BAKRI BIN MAT DIAH


Pengetua
SMK Sultan Ibrahim

Tarikh :

You might also like