You are on page 1of 1

Dapatan Kajian

Melalui temu bual dapat mengetahui bahawa setiap isi rumah memberi sumbangan
dengan jumlah yang besar kepada pasaran faktor pengeluaran dan pasaran barang
dan perkhidmatan. Isi rumah menyumbang kepada pasaran faktor pengeluaran
melalui menyumbang tenaga buruh dalam proses pengeluaran barang dan
perkhidmatan. Terdapat seorang isi rumah bekerja sebagai penjawat awam dan dua
orang lagi bekerja di kilang. Isi rumah yang bekerja sebagai penjawat awam telah
memberi sumbangan melalui menawarkan tenaga buruh kepada pasaran faktor
pengeluaran selama 3 tahun, manakala dua orang isi rumah lagi telah memberi
sumbangan masing-masing selama 2 dan 23 tahun. Selain itu, terdapat seorang isi
rumah yang menyumbang kepada pasaran faktor pengeluaran dengan membayar
pekerjaan kepada pembantu rumahnya.
Di samping itu, setiap isi rumah menyumbang kepada pasaran barang dan
perkhidmatan melalui pembelian barang dan perkhidmatan. Sebagai illustrasi, setaip
isi rumah menggunakan pendapatan yang diperoleh untuk membeli barang dan
perkhidmatan bagi keperluan harian seperti pakaian, makanan dan perkhidmatan
kesihatan.
Perbuatan isi rumah seperti penawaran tenaga buruh, penggunaan tenaga buruh
dan pembelian barang dan perkhidmatan mempengaruhi permintaan dan
penawaran dalam pasaran faktor pengeluaran dan pasaran barang dan
perkhidmatan. Sebagai illustrasi, perbuatan isi rumah untuk bekerja untuk majikan
atau organisasi merupakan contoh penawaran tenaga buruh dan ia meningkatkan
penawaran tenaga buruh dalam pasaran. Di sisi lain, pembelian barang dan
perkhidmatan oleh isi rumah seperti pakaian dan makanan menggunakan
pendapatan yang diperoleh melalui pekerjaan mereka meningkatkan permintaan
tenaga buruh dan faktor-faktor pengeluaran lain untuk menghasilkan barang dan
perkhidmatan tersebut. Seterusnya, perbuatan salah satu isi rumah untuk
menggunakan tenaga buruh ialah dengan membayar pekerjaan kepada pembantu
rumah untuk melakukan kerja-kerja rumahnya. Dengan membayar pekerjaan
kepada pembantu rumah dapat meningkatkan permintaan terhadap perkhidmatan
mereka dan ini akan membawa kepada peningkatan permintaan dalam pasaran
buruh. Apabila permintaan terhadap pembantu rumah meningkat, penawaran
pembantu rumah melalui khidmat pembantu rumah juga meningkat. Selain itu,
perbuatan isi rumah menyokong pasaran barang dan perkhidmatan dengan membeli
barang dan perkhidmatan seperti pakaian, makanan dan perkhidmatan kesihatan
meningkatkan permintaan terhadap barang dan perkhidmatan tersebut. Apabila
permintaan terhadap barang dan perkhidmat meningkat, lebih banyak barang dan
perkhidmatan akan dikeluarkan oleh pengeluar bagi memenuhi permintaan tersebut
dan ini menyebakan penawaran barang dan perkhidmat juga untuk meningkat.

You might also like