You are on page 1of 3

SJKT LADANG HIGHLANDS, KLANG

MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA INGGERIS BIL 1 SESI 2023/2024

Tarikh :08.06.2023

Masa :1.00 tengahari

Tempat :Bilik Darjah 1T

Kehadiran :

Hadir : 1.Pn.M.Panginiammal Guru Besar


2. Pn.S.Vani PK Pentadbiran
3. Pn.A.Thanapakiam PK Hem
4. Pn.M.Sri Vithyalega PK Ko-Kurikulum
5. Pn.S.Thanareka Guru Bimbingan dan Kaunseling
6. Cik.R. Phuvanah Guru Bimbingan dan Kaunseling
7. Pn.S.Danalakshmi AJK
8. Pn.P.Devi Guru Prasekolah
9. Pn.M.Gunasundaree AJK
10.Pn.D.Malarvili AJK
11. Pn.S.Meenasri AJK
12. Pn.S.Menaga AJK
13. Pn.M.Moganavalli AJK
14. Pn.M.Punitha AJK
15. PnB.Rajaletchemy Setiausaha
16.Pn.R.Revathy Ketua Panitia
17. Pn.T.Sheila Guru Prasekolah

Hadir bersama : Tiada

Tidak hadir bersebab : 1. Pn.K.Santha Kumari


2. Pn.J.Priyah
Tidak hadir tanpa sebab: Tiada

Urus setia : Pn.B.Rajaletchemy (Setiausaha Panitia Bahasa Inggeris)

1.0 UCAPAN PENGERUSI (PK HEM)


1.1 Memulakan mesyuarat dengan irai vazhthu dan mengalu-alukan kehadiran semua guru Bahasa
Inggeris.
1.2 Beliau menyatakan bahawa Pdpc perlu lebih kepada didik hibur.
1.3 Meminta semua guru Bahasa Inggeris untuk menggunakan kepakaran masing-masing untuk
mengajar murid yang lemah dan membantu mereka mencapai sifar buta huruf.
1.4 Meminta ketua pantia mengadakan PLC bagi menangani masalah yang dihadapi oleh guru Bahasa
Inggeris semasa menjalankan Pdpc.
1.5 Beliau menyatakan perlu mengadakan perbincangan mengenai UASA 2022/2023 dan
pembentangan analisa.
1.6 Menekankan bahawa panitia perlu membuat video kritik untuk guru-guru Bahasa Inggeris bagi
membantu mempertingkatkan Pdpc yang lebih cekap.
1.7 Meminta semua guru Bahasa Inggeris mengadakan bengkel bagi menyediakan BBM serta
peralatan yang lebih sesuai untuk digunakan semasa Pdpc.
1.8 Mencadangkan untuk membuat Reading Hut bagi memupuk minat pelajar.
2.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU
2.1 Minit mesyuarat kurikulum bilangan 4 sesi 2022 & 2023 pada 27.01.2022 disahkan tanpa pindaan.
2.2 Minit mesyuarat berkenaan dicadang oleh Pn.S.Meenasri dan disokong oleh Pn.D.Malarvili.

3.0 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT


Tiada

4.0 UCAPAN KETUA PANITIA


4.1 Memulakan mesyuarat dengan irai vazhthu dan mengalu-alukan kehadiran semua guru Bahasa
Inggeris.
4.2 Beliau menyatakan bahawa rph perlu dituliskan mengilkut 3 tahap muird.
4.3 Objektif pdpc perlu ditulis mengikut tiga kategori murid.
4.4 Beliau turut menyatakan bahawa aktiviti perlu dipelbagaikan mengikut tahap murid.
4.5 Penggunaan buku aktiviti dan buku nota perlu disediakan oleh setiap guru matapelajaran.
4.6 Carta organinsasi telah dimurnikan mengikut ketetapan.
4.7 Mesyuarat panitia perlu dijalankan sebanyak 4 kali setahun.
4.8 PLC perlu diadakan dari masa ke semasa.
Tindakan: Ketua Panitia dan Urusetia

4.9 Beberapa rancangan tahunan untuk murid turut dibentangkan seperti berikut :
4.9.1 Reading Hut
4.9.2 Vocab Hunt
4.9.3 Morning Smile
4.9.4 Program Dear
4.9.5 Early Bird Program
4.10 Perlu menjalankan PBD dan hantar rumusan kepada setiausaha.

Tindakan: Ketua Panitia dan Ajk

4.11 Ketua Panitia turut mengingatkan bahawa guru-guru perlu menyediakan bahan untuk
pertandingan
Karnival Bahasa Inggeris.
Tindakan: Ketua Panitia dan Ajk

5.0 PERKARA-PERKARA BAHARU


Tiada
Tindakan: Makluman

6.0 PEMBENTANGAN KERTAS KERJA/ LAPORAN BULANAN


Tiada

7.0 HAL-HAL LAIN


7.1 Pn.Thanapakiam meminta guru matapelajaran Bahasa Inggeris turut merancang dan membuat
BBM untuk meningkatkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran lebih lancar dan menarik.
Tindakan : Ketua Panitia dan Ajk

8.0 PENANGGUHAN MESYUARAT


Mesyuarat telah ditangguhkan pada pukul 2.30 petang.

Disediakan oleh, Disemak oleh, Disahkan Oleh.

…………………...... .................................. .................................


(Pn.B.Rajaletchemy) (Pn.R.Revathy) (Pn.S.Vani)
Urusetia Panitia Bahasa Inggeris Ketua Panitia Bahasa Inggeris PKP Pentadbiran

You might also like