You are on page 1of 56

MODEL PENGURUSAN DISIPLIN

BILIK DARJAH
-Konsep Disiplin Bilik Darjah
-Model Disiplin Asertif Canter
Oleh
Dr. Mashira binti Yahaya
Jabatan Ilmu Pendidikan
IPG Kampus Perlis
1

Konsep Disiplin
Kementerian

Pelajaran Malaysia (2011)


menggunakan istilah salah laku pelajar bagi
semua kesalahan disiplin yang dilakukan oleh
pelajar-pelajar sekolah. Bahagian Pengurusan
Sekolah
Harian,
Kementerian
Pelajaran
Malaysia (2011) mengkategorikan 8 jenis salah
laku pelajar iaitu jenayah, tingkah laku lucah,
kurang
sopan,
kekemasan
diri,
tidak
mementingkan masa, tingkah laku musnah,
ponteng dan kenakalan.

Konsep Disiplin
Kementerian

Pelajaran Malaysia pada tahun


2007 telah menjalankan inisiatif untuk
merombak Peraturan-Peraturan Disiplin 1959
yang telah diguna pakai hingga kini bagi
menangani masalah salah laku pelajar
supaya bersesuaian dengan keadaan
semasa (Roslee, 2011).

Konsep Disiplin
Mohd

Rosdi Mahamud (2011) mendefinisikan


salah
laku
pelajar
merupakan
penyelewengan daripada misi yang telah
ditetapkan terhadap para pelajar dan institusi
pendidikan.

Konsep Disiplin
Mashira

Yahaya (2015) memdefinisikan salah


laku pelajar merujuk pada tingkah laku yang
tidak sopan, menyimpang daripada normanorma yang dianuti dalam sesebuah
masyarakat dan bertentangan dengan
peraturan serta undang-undang negara.

Delinkuen

juga merujuk kepada pelanggaran


disiplin sekolah (Azizi et al., 2012).

Selain

istilah delinkuen, Azizi et al. (2012)


juga menggunakan istilah devian bagi pelajar
yang bertingkah laku negatif seperti
melanggar peraturan sekolah.

Gottfredson

(2001)
pula
mendefinisikan
delinkuen sebagai masalah tingkah laku yang
ditunjukkan oleh pelajar seperti memaki guru,
bercakaran dengan rakan sekelas, tidak
menyiapkan kerja sekolah, lewat ke kelas,
menconteng dinding sekolah, menipu dalam
peperiksaan, buli, bergaduh, mencuri, minum
minuman keras, melakukan seks, menjual
dadah, memperkosa, membakar harta benda,
merogol dan membunuh.

Konsep Disiplin

P.F. Oliva (1956), disiplin merujuk kepada


kawalan diri, patuh kepada autoriti, keadaan bilik
darjah yang teratur, kursus pengajian yang
sistematik, cara yang menetapkan peraturan atau
hukuman.

Konsep Disiplin

G.V. Sheriakov F. Redl (1956), mentafsirkan


disiplin sebagai perihal ketenteraman dan
peraturan di dalam sesuatu kumpulan, termasuk
cara-cara mendapatkan ketenteraman dan
peraturan itu serta hukuman

Konsep Disiplin
Laporan

Jawatankuasa Kabinet mentakrifkan


disiplin sebagai kesanggupan seseorang
individu menghormati dan mematuhi undangundang, sama ada disiplin itu dikenakan dari
luar atau dengan kerelaan sendiri

DISIPLIN BILIK DARJAH


Kesimpulannya,

disiplin ialah peraturanperaturan


yang
dipersetujui
sesuatu
kelompok masyarakat bagi mewujudkan
tingkah laku yang baik demi kesempurnaan
kehidupan masyarakat itu. Disiplin juga
merujuk kepada cara berfikir yang tersusun
yang membawa kepada sifat rasional serta
keyakinan diri seseorang.

KONSEP DISIPLIN BILIK


DARJAH
disiplin

merupakan satu set peraturan yang


dikenakan kepada murid-murid untuk
mengawal dan mendapatkan tingkahlaku
yang diingini.

DISIPLIN BILIK DARJAH


Kepentingan

Disiplin

Pengajaran dapat dijalankan secara teratur dan


licin
Keberkesanan P&P dapat dipertingkatkan lagi
Murid menjadi lebih produktif jika mereka
berdisiplin
Keselamatan murid-murid terjamin. Kemalangan
dalam makmal dan kelas dapat dikurangkan
Segala tugasan dapat disiapkan dalam masa
yang singkat

DISIPLIN BILIK DARJAH


Masalah

Disiplin Masa Kini

Jenayah Merosakkan harta benda sekolah,


mencuri, berjudi, berlawan, memeras ugut,
menyertai kongsi gelap, menyalahgunakan
dadah, menumbuk guru, bergaduh, membaca
atau melukis gambar lucah.

DISIPLIN BILIK DARJAH


Kelakuan

Negatif Berambut panjang,


memakai sepatu dan stokin berwarna,
berkuku panjang, menghisap rokok, bercakap
kasar, tidak menghormati guru, makan dalam
bilik darjah, membuat bising, membuli murid
yang lemah, tidak membawa buku, tidak
membuat tugasan, menentang arahan guru

DISIPLIN BILIK DARJAH


Membolos

ponteng kelas, ponteng


sekolah, ponteng aktiviti ko-kurikulum,
datang lambat ke sekolah, makan semasa
pembelajaran sedang berjalan, berkhayal
atau tidur semasa dalam kelas.

DISIPLIN BILIK DARJAH


Menipu

meniru dalam ujian atau


peperiksaan, menyalin kerja murid lain, tidak
menghantar buku latihan untuk diperiksa,
menulis dan menandatangani sendiri surat
ibu bapa, menandatangani sendiri buku
kemajuan, bercakap bohong, berpura-pura
sakit.

DISIPLIN BILIK DARJAH


Jenis-jenis

Disiplin (aktiviti kumpulan)

Disiplin arahan guru


Disiplin arahan kerja
Disiplin arahan kumpulan
Disiplin arahan diri

DISIPLIN BILIK DARJAH


Sebab

berlakunya masalah disiplin dalam


bilik darjah:

Penggunaan pendekatan dan strategi


mengajar yang kurang sesuai
Murid merasa bosan dan hingga mereka
memberontak dan mencetuskan masalah disiplin
dalam bilik darjah

DISIPLIN BILIK DARJAH


Keadaan

fizikal bilik darjah kurang selesa

Susunan kerusi-meja yang terlalu sesak, tidak


teratur, cuaca yang terlalu panas, pencahayaan
yang kurang cukup, tidak bersih dan sebagainya

Perhubungan

guru-murid kurang baik

Guru mengamalkan kepimpinan corak autokratik


dan mengawal disiplin murid dengan cara kuku
besi interaksi dua hala tidak berlaku, murid
sentiasa bimbang, gelisah,dan takut pada guru

DISIPLIN BILIK DARJAH


Sahsiah

guru yang kurang meyakinkan

Guru yang kurang pengalaman, kurang tegas


terhadap disiplin bilik darjah kurang mendapat
penghormatan dan kepercayaan murid. Murid
yang nakal menimbulkan masalah disiplin dengan
tujuan membuli guru.

DISIPLIN BILIK DARJAH


Kesihatan

murid yang kurang baik

Murid tidak dapat menumpukan perhatian kepada


proses PnP. Mereka akan mengantuk dalam
kelas, tidak cergas dan akhirnya tidak
menyempurnakan tugasan guru.

DISIPLIN BILIK DARJAH


Aspirasi

sekolah yang terlalu tinggi

Sekolah yang terlalu menekankan pencapaian


dan prestasi akademik akan menggalakkan murid
kurang pandai menimbulkan masalah disiplin.

DISIPLIN BILIK DARJAH


Pengaruh

negatif dari keluarga, rakan


sebaya dan alam sekitar

Murid mudah terpengaruh oleh tingkah laku


keluarga dan alam sekitar. Pengaruh negatif
seperti bergaduh, bercakap kasar, dan
sebagainya mudah menjadi ikutan.
Aktiviti kurang sihat ini akan dibawa oleh mereka
ke sekolah dan mempengaruhi rakan sebaya
yang lain.

DISIPLIN BILIK DARJAH


Tatacara

Disiplin Sekolah

Tatacara disiplin sekolah masa kini dibentuk


berlandaskan kepada Ordinan Pelajaran 1957 dan
Pekeliling-pekeliling Ikhtisas yang diedarkan oleh
Bahagian Sekolah-sekolah, Kementerian Pelajaran
sejak tahun 1968
Peraturan-Peraturan Pendidikan: Disiplin Murid 1998
yang dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran
Malaysia di sekolah-sekolah berkuat kuasa pada 01
Januari 1998 selepas akta dan Ordinan Pelajaran 1959
dikaji dan digubal semula (www.moe.gov.my, 2011).

DISIPLIN BILIK DARJAH


Perkara-perkara

asas yang wajib


dipertimbangkan dalam pembentukan
peraturan-peraturan disiplin sekolah ialah:

Peraturan masa kehadiran, masa rehat dan masa


balik.
Peraturan kekemasan diri meliputi pakaian, kasut
dan stokin, lencana sekolah, rambut dan
kebersihan
Peraturan bilik darjah

DISIPLIN BILIK DARJAH

Peraturan memohon balik awal atau memohon


pergi hospital
Peraturan perhimpunan sekolah
Peraturan menyertai aktiviti kokurikulum
Peraturan penggunaan kemudahan dan harta
benda sekolah
Larangan kelakuan curang dan salahguna dadah

DISIPLIN BILIK DARJAH

Hukuman yang boleh dikenakan

Pembuangan
Bersabit dengan kesalahan berikut:
- membawa senjata yang merbahaya
- mengancam keselamatan murid-murid lain
- menghisap rokok dan meminum minuman yang
memabukkan
- melanggar peraturan sekolah
- membinasakan harta sekolah
- menjadi ahli pertubuhan haram
- mencuri
- melawan pihak berkuasa

DISIPLIN BILIK DARJAH


Perggantungan

bersifat sementara sahaja


Merupakan satu arahan melarang seseorang
murid dari memasuki kawasan sekolah/menikmati
kemudahan sekolah

DISIPLIN BILIK DARJAH


Hukuman-hukuman

biasa

Hukuman dera (Korporal Punishment)


Hukuman dera atau rotan berkesan apabila
dijalankan sebaik sahaja salah laku dilakukan oleh
murid
Hukuman dera hendaklah dijalankan dengan
menggunakan rotan ringan dan dibuat pada tapak
tangan atau punggung dan berlapik dengan buku
di antara tangan dan badan (celah ketiak).

DISIPLIN BILIK DARJAH


Penahanan

Penahanan merupakan satu proses menafikan


murid-murid jahat daripada menikmati dan
menggunakan masa lapang.
Tentukan masa dan jumlah jam murid ditahan.
Semasa penahanan murid tersebut hendaklah
menjalankan aktiviti berfaedah.
Tujuan ialah untuk mencegah murid berkenaan
melakukan tingkah laku antisosial.

DISIPLIN BILIK DARJAH


Denda

Membayar sejumlah bagi kesalahan tertentu


Pastikan kemampuan murid untuk membayar
denda berkenaan
Pastikan murid yang membayar denda bukan ibu
bapanya supaya murid berkenaan insaf

DISIPLIN BILIK DARJAH


Amaran

Diberikan apabila murid melakukan kesalahan


kecil dan tidak perlu dikenakan hukuman yang
berat
Cacian @ hukuman dikhalayak ramai hendaklah
dielakkan

DISIPLIN BILIK DARJAH


Peranan

Guru Dalam Konteks Disiplin Bilik

Darjah

Pengurusan rutin bilik darjah

Rutin bilik darjah hendaklah diuruskan dengan baik


- menanda jadual kedatangan
-mengutip yuran
- menyemak keadaan fizikal bilik darjah
- mengutip dan memulangkan buku latihan secara
teratur dan sebagainya

DISIPLIN BILIK DARJAH

Pengurusan keadaan fizikal yang baik dapat


mengurangkan masalah disiplin
- bilik darjah yang bersih
- cahaya yang mencukupi
- udara yang bersih dan tidak panas
- kerusi-meja yang teratur
- ruang yang mencukupi untuk bergerak

DISIPLIN BILIK DARJAH


Pengurusan

peraturan-peraturan bilik darjah

Peraturan bilik darjah hendaklah ringkas dan jelas


serta mudah diikuti
Guru bersikap tegas dan adil semasa
melaksanakan peraturan tersebut
Sekiranya murid bekerjasama dan rela mematuhi
peraturan, masalah disiplin dapat dikurangkan

DISIPLIN BILIK DARJAH


Pengurusan

jadual bertugas murid

Bertujuan untuk menjaga kebersihan dan


keselesaan bilik darjah
Hendaklah diaturkan secara adil supaya murid
rela menjalankan tugas
Guru hendaklah memastikan murid menjalankan
tugas masing-masing
Kebersihan kelas dapat mengujudkan suasana
sosio-emosi yang sihat serta semangat belajar

DISIPLIN BILIK DARJAH


Pengurusan

aktiviti kumpulan

Aktiviti kumpulan dapat menggalakkan interaksi


pelbagai hala
Aktiviti kumpulan yang diuruskan dengan baik
dapat memupuk semangat kerjasama, sikap
toleransi dan hormat-menghormati
Hubungan mesra guru-murid akan terjalin dan
memudahkan guru mengawal disiplin murid

DISIPLIN BILIK DARJAH


Pengurusan

murid bermasalah peribadi

Kebanyakan masalah disiplin berpunca daripada


perasaan marah, bersalah, kecewa atau bosan di
kalangan murid
Perasaan ini biasanya berpunca daripada gaya
kepimpinan guru yang bersifat
autokratik/pengajaran yang kurang menarik
Guru harus merancang pengajarannya dengan
lebih berkesan dan menarik

PENGENALAN
Pengetahuan

tentang
model-model
pengurusan
disiplin
dan
cara-cara
pelaksanaannya mungkin dapat dijadikan
panduan oleh guru-guru dalam menguruskan
bilik darjah dengan berkesan.

MODEL PENGURUSAN
DISIPLIN
MODEL DISIPLIN ASERTIF CANTER oleh
LEE CANTER
MODEL AKIBAT LOGIKAL DREIKURS oleh
RUDOLF DREIKURS
MODEL PENGURUSAN KELOMPOK
KOUNIN oleh JACOB S. KOUNIN
MODEL PENGURUSAN BILIK DARJAH
oleh THOMAS GORDON
MODEL BEYOND DISCIPLINE oleh ALFIE
KOHN

Model Disiplin Asertif Canter


Berasaskan peneguhan terhadap tingkah laku yang
diingini dan penerimaan murid terhadap akibat daripada
tingkah laku yang ditunjukkan.
Canter menekankan tentang hak guru dan murid dalam
pengurusan bilik darjah. hak murid untuk belajar dalam
persekitaran bilik darjah yang kondusif dan hak guru untuk
mengajar tanpa gangguan. Oleh itu penguatkuasaan
peraturan perlu untuk memastikan aktiviti bilik darjah
berjalan lancar. Guru dapat mengajar tanpa gangguan.
Murid dapat belajar dalam persekitaran yang kondusif.

CANTER MENCADANGKAN
CARA MEMBIMBING MURID
1.

Perhatian positif kepada murid.


2. Berinteraksi dengan murid yang
menunjukkan salah laku.
3. Wujudkan hubungan saling percaya dan
menghormati antara satu sama lain.

Menekankan

penetapan & kuat kuasa


peraturan dan memastikan peraturan
dipatuhi dengan tegas.
Melibatkan ganjaran & dendaan akibat
daripada peraturan yang ditetapkan

Pengurusan bilik darjah perlu dilakukan secara


asertif (berkeyakinan dan tegas).
Memberi peneguhan yang sesuai untuk tingkah
laku yang diingini.

KONSEP UTAMA
1. Kedua-dua ganjaran & hukuman adalah
berkesan
2. Guru & murid mempunyai hak masing2
3. Guru hendaklah menggunakan peraturan
dan menguatkuasakan secara konsisten.
4. Guru perlu bersifat asertif, tidak asertif atau
agresif

Menyatakan tentang tiga jenis


guru iaitu;
1. Guru yang agresif: Lebih bersifat autokratik,
menunjukkan kuasa dan tidak bertolak ansur.
Ekspresi muka mereka sentiasa serius dan
tegas
Menggunakan arahan yang tegas dan keras

2. Guru asertif:
Jelas dengan matlamat pengurusan, yakin
dan tegas dalam menetapkan peraturan.
Pada masa yang sama, guru mengambil
berat dan berlaku adil kepada semua murid.

Memberikan

pengiktirafan kepada murid


untuk menggalakkan tingkah laku yang
diingini manakala tindakan pembetulan
dikenakan kepada murid yang mengganggu
hak murid- murid lain untuk belajar dengan
selesa.

Cara mengenakan tindakan pembetulan kepada


murid-murid:
Berikan peneguhan untuk tingkah laku yang
diingini.
Bertindak tenang dan konsisten.
Beri peluang murid luahkan perasaan.
Teguran langsung kepada murid peringkat rendah.
Tegur secara individu untuk murid yang lebih
dewasa.

3. Guru yang tidak asertif:


Membenarkan suatu tingkah laku tetapi pada
masa yang sama memarahi murid yang
melakukan tingkah laku tersebut
Menggunakan pendekatan pasif, tidak
konsisten dan mengelirukan

Kelihatan

kelam kabut, tidak konsisten, tidak


tegas dan sampai ketikanya murid tidak lagi
menghormatinya
Mudah putus asa
berlaku adil kepada semua murid.

Langkah-langkah penerangan
pelan pengurusan bilik darjah
penerangan peraturan
cara pelaksanaan peraturan
semak kefahaman murid
maklumkan tentang ganjaran
penerangan tentang tindakan pembetulan
cara tindakan pembetulan dikenakan
semak kefahaman murid

Cara mengenakan tindakan


pembetulan kepada murid
Bertindak dengan tenang
Konsisten
Memberi peneguhan untuk tingkah laku yang
diingini
Memberi peluang kepada murid meluahkan
perasaan
Menegur secara langsung untuk murid
peringkat rendah
Menegur secara individu untuk murid yang
lebih dewasa

Murid bermasalah
Perlu ditangani dengan berhemah
Paling sukar ditangani tetapi perlukan
paling banyak perhatian
Guru perlu dapatkan kepercayaan murid,
beri perhatian dan berusaha untuk
berinteraksi dengan murid

Terima kasih..

You might also like