You are on page 1of 28

SOAL SELIDIK

Sejenis temubual berstruktur yang dijalankan secara

bertulis.
Soalan-soalan yang spesifik disusun secara sistematik
mengikut suatu pengaliran pemikiran yang tertentu.
Soalan boleh terdiri dari soalan terbuka & tertutup
Responden hanya perlu memberi jawapan yang
ringkas ataupun memilih jawapan-jawapan yang telah
disediakan.
Ia mudah dikendalikan dan sesuai untuk bilangan
sasaran yang besar.
bahasa yang digunakan hendaklah mengambil kira
tahap kebolehan dan taraf sosio-budaya sasaran yang
dikaji. Perkataan-perkataan yang digunakan hendaklah
disemak agar tidak mengelirukan responden.
Semasa mengendalikan soal selidik, kerahsiaan
responden hendakalah dijamin untuk data yang boleh
dipercayai

soal selidik mengandungi dua bahagian, iaitu


maklumat demografi dan = jantina, umur,

kelayakan
maklumat skala pemeringkatan (rating scale) =
persepsi pelajar tentang proses pengajaran dan
pembelajaran yang berlaku di bilik darjah.
Soalan-soalan yang diwujudkan dalam sesuatu
soal selidik bolehlah dalam bentuk soalan
tertutup atau soalan terbuka.

ANALISIS SOAL SELIDIK

Mengumpul dan mengemaskinikan data soal

selidik
Menganalisa pengagihan jawapan bagi setiap
soalan (variable)
Menganalsia kaitan antara soalan-soalan
(variables).
Mentafsirkan analisis yang telah dijalankan.

ARTIFAK

Merujuk kepada sebarang produk atau

hasilan individu atau kumpulan akibat


tabiat sosial
Jenis artifak
E-mel
Memo
Nota
Buku latihan pelajar
Gambar
video

Gambar membantu penyelidik mengingat

kembali imej atau peristiwa yang berkaitan


semasa membuat analisis.
Perakam audio-merekod dialog dan
temubual
Gambar video yang dirakam semasa
temubual dapat menjelaskan pelbagai
aspek lain yang berbentuk bukan lisan
seperti mimik muka dan suasana

TEMU BUAL

Temu bual merupakan kaedah pengutipan data yang

melibatkan interaksi face-to-face antara penyelidik


dengan informan atau orang yang ditemu bual.
Temu bual ialah kaedah terbaik untuk meneroka
(probe) dan mendapatkan maklumat daripada
informan secara mendalam.
Informan bagi temu bual terdiri daripada murid, ahli
panitia, rakan sejawatan, pihak pentadbir dan ibu
bapa.
Mereka perlu ditemu bual untuk mengetahui
persepsi, pendapat dan sikap mereka terhadap
kajian yang dijalankan.

TEKNIK TEMUBUAL
Teknik Temu
Bual

Ciri Utama

Berstruktur

Soalan disediakan terlebih


dahulu dan temu bual
dilaksanakan secara formal.

Separa
Berstruktur

Cuma soalan utama


disediakan. Soalan susulan
berdasarkan jawapan
informan.

Tidak
Berstruktur

Temu bual dijalankan secara


tidak formal dengan

PANDUAN TEMUBUAL
Untuk menjayakan sesi temu bual, panduan berikut boleh

digunakan:
Tentukan keadaan/suasana yang selesa semasa temu bual
Pilih masa yang sesuai
Bina hubungan (rapport) dengan informan
Sekiranya perlu, minta kebenaran informan untuk
merakamkan sesi temu bual
Gunakan soalan probing, contohnya: o Apakah pandangan
anda
o Apa yang anda maksudkan dengan
o Bagaimana ia boleh berlaku
o Ulangi soalan/jawapan jika perlu
o Berikan tempoh masa yang sesuai kepada informan untuk
menjawab .

ANALISIS TEMU BUAL


Data temu bual yang diperoleh perlu dibuat

tranksripsi (transcription) iaitu ditaip


dengan lengkap supaya memudahkan
proses menganalisis

Untuk membolehkan analisis dibuat dengan

tepat, bolehlah dibuat transkripsi secara


verbatim, iaitu menggunakan perkataan
atau ayat-ayat yang sebenarnya diperoleh

Analisis data boleh

dibuat melalui cara-cara


berikut:
i. Analisis Secara Manual
ii. Analisis Melalui

Komputer

ANALISIS SECARA MANUAL


Baca keseluruhan transkrip temu bual bagi mendapatkan
gambaran yang menyeluruh tentang apa yang dikatakan
oleh orang yang ditemu bual itu;
Baca sekali lagi dan kemudian highlight atau gariskan
maklumat penting yang terdapat dalam catatan itu;
Baca catatan tersebut sekali lagi tetapi kali ini berikan
tumpuan kepada aspek-aspek yang digariskan;
Bentuk tema yang bersesuian berdasarkan aspek-aspek
yang digariskan itu;
Semak semula tema-tema yang dibuat dan jika perlu
gabungkan beberapa tema yang mempunyai maksud yang
sama agar menjadi beberapa kategori tertentu; dan
Gabung tema dan kategori yang terdapat dan buatkan
kesimpulan.

PENENTUAN KOD
1 : Faktor guru (5)
Guru mengajar terlalu cepat
Guru selalu marah
Guru tidak guna bahan bantuan mengajar
2 : Tiada sokongan /bantuan pelajaran di rumah (2)
Tidak pergi kelas tuisyen
Sokongan pelajaran di rumah tiada (ibu bapa/penjaga tidak tahu

mengajar)
3 : Menganggap pecahan tidak relevan (5)
Tidak digunakan dalam aktiviti seharian
Tidak selalu orang guna pecahan di kedai
4 : Tajuk pecahan susah (2)
Tajuk ini memang susah79
5 : Tidak faham (3)
6 : Tidak berminat/tidak suka (2)

Daripada kategori-kategori yang diwujudkan itu, anda

boleh memberi kesimpulan bahawa dua faktor utama


yang menyebabkan murid tidak berminat belajar tajuk
pecahan ialah faktor guru yang mengajar mata
pelajaran matematik dan anggapan bahawa belajar
pecahan adalah tidak relevan.
Selain daripada itu, murid juga menyatakan mereka
tidak faham apa yang diajar, mendapati topik pecahan
susah dan tiada bantuan pelajaran di rumah.
Daripada analisis data temu bual ini, seterusnya guru
boleh memikirkan cara yang paling baik untuk
merancang pelan tindakan untuk mengatasi masalah
yang dihadapi oleh murid itu.

ANALISIS MELALUI
KOMPUTER
Menggunakan software NVIVO.

PEMERHATIA
N

Terdapat dua jenis

pemerhatian
pemerhatian turut
serta
pemerhatian tidak
turut serta.

Pemerhatian tidak turut serta biasa

digunakan dalam kajian kualitatif.


Dalam pemerhatian tidak turut serta,

pemerhati tidak terlibat secara langsung


dalam situasi yang diperhatikan (Gay & Airasian,
2000). Selepas itu, penyelidik harus menentukan
bentuk kutipan data yang sesuai digunakan
untuk menjawab persoalan kajian.
Pemerhatian turut serta
Pemerhati akan terlibat secara langsung

dalam situasi yang diperhatikan.


Contoh: memerhati tsunami, memerhati air
mendidih, memerhati satu program

Terdapat dua cara untuk

mendapatkan data
melalui kaedah
pemerhatian
pemerhatian

berstruktur
pemerhatian tidak
berstruktur.

Pemerhatian berstruktur
Pemerhatian berstruktur selalunya

menggunakan senarai semak pemerhatian


Pemerhatian yang dilakukan menggunakan
senarai semak lebih mudah untuk dianalisis
dan memberi ruang kepada penyelidik
untuk membuat pemerhatian tanpa
bantuan penyelidik lain.
Kirakan kekerapan dan peratusan.
Susunkan mengikut keutamaan (ranking).

Pemerhatian tidak
berstruktur
biasanya menggunakan catatan nota lapangan
catatan nota lapangan agak sukar untuk dijalankan tetapi

masih boleh digunakan dengan bantuan rakan penyelidik lain


atau merakam menggunakan video/ alat perakan audio
Semasa pemerhatian ini, penyelidik akan mencatat beberapa
perkara yang diperhatikan seperti masa dan tempat
pemerhatian dijalankan, keadaan tempat pemerhatian, aktiviti
yang dijalankan dan refleksi penyelidik
Semak maklumat dengan terperinci.
Baca semua catatan, pemerhatian dan kemudian highlight atau
gariskan maklumat penting yang terdapat dalam catatan itu.
Semak maklumat semula.
Tentukan kategori maklumat yang digunakan untuk analisis.
Cari tema untuk kategori itu.

You might also like