You are on page 1of 4

TEORI

GESTALT

Frederick Salomon Pearls telah memperkembangkan terapi


berpandukan psikologi Gestalt yang diasaskan oleh Max
Wertheimer dan Wolfgang Kohler. Semua tokoh ini
berpandapat bahawa semua manusi seharusnya dilihat secara
keseluruhan dan tidak berasingan. Perkataan Getalt bermaksud
keseluruhan.

KONSEP
Pandangan terapi terhadap kejadian manusia
Teori ini memberikan penekanan terhadap isu-isu
yang berkaitan dengan manusia secara holistik.
Manusia dilihat mempunyai satu komposisi yang
tersidi daripada bahagian-bahagian yang saling
berhubung kait di antara satu sama lain seperti
perasaan, fikiran dan tingkah laku yang saling
berinteraksi dan bergerak balas secara aktif, bukan
berasingan. Pada asasnya terapi ini telah meliha
tmanusia itu mempunyai sifat tabii berdasarkan
falsafah kewujudan dan fenomanalogi (Pearls).

PENJELASAN KONSEP
Manusia adalah satu prganisma yang bersepadu atau saling berhubung
kait antara satu sama lain yang terdiri daripada fizikal, mental,
kerohanisn dan emosi. Semua komponan ini berfungsi secara
keseluruhan atau berada dalam satu kesatuan. Pada hakikatnya
manusia yang sihat akan berperasaan, mempunyai fikiran dan
bertingkah laku secara sihat, jelas dan bersepadu.
Manusia juga dilihat mempunyai tanggungjawab, berkebolehan, bakat
dan keupayaan untuk menguruskan diri, merasai dan berupaya
menyatukan segala perasaan dan pengalaman dalam keadaan diri yang
bersepadu. Namun ketika proses pembesaran, pertumbuhan dan
perkembangnnya maka berlaku masalah yang menyebabkan wujudnya
kebuntuan dan sukar ditangani.
Oleh itu, teori ini menekankan kepada kesedaran individu terhadap
prinsip di sini dan sekarang. Ia memberi perhatian khusus kepada jenisjenis tingkah laku yang tersekat perkembangannya dan bagaimana
tingkah laku itu menjadi sedemikian sehingga organisma tidak boleh
berfungsi dengan berkesan pada masa sekarang.

MATLAMAT
Membantu individu lebih mengenali diri sendiri
dengan lebih lebih mendalam tanpa perlu berusaha
untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran.
Memberi kesedaran kepada kepada individu bahawa
mereka mempunyai tanggungjawab yang tersendiri.
Teori ini juga cuba untuk membentuk individu agar
lebih berdikari, tidak bergantung ke[ada orang lain
dan menyedarkan mereka bahawa mereka mampu
melakukan perkara-perkara yang jauh lebih baik
daripada apa yang disangka.

You might also like