You are on page 1of 25

TAMADUN CINA

PENGENALAN

Tamadun Cina merupakan salah sebuah tamadun


tertua dan berkesinambungan hingga kini.
Sepanjang sejarah, ia pernah dicabar oleh tamadun
lain tetapi tidak diserap oleh tamadun lain.
Walaupun tamadun Cina agak terlindung namun
warisan sistem nilainya memberi kesan kepada
perkembangan tamadun Cina hingga kini.

Konsep & Takrif


Bangsa Cina:
Gabungan 5 kaum besar dikenali sebagai Zhonghua Minzu
(bangsa Tionghua).
Awalnya dikenali sebagai Huaxia, kemudian bertukar kepada
nama bangsa Han semasa Dinasti Han & bangsa Tang semasa
Dinasti Tang.
Bangsa Cina asasnya terdiri daripada kumpulan etnik besar iaitu
Han, Hui, Manchu, Mongol & Zang (Tibet).

Negara:
konsep negara dikenali sebagai Zhong Guo (Tiongkok) atau
Negara Tengah. Ia berdasarkan gabungan perkataan Zhong Hua
& Hua Xia yang merujuk kepada konsep wilayah tanah jajahan
pemerintahan dinasti Cina (Bangsa Han) yang mengamalkan
budaya Zhong Yen.
Negara merujuk kepada semangat untuk mengeluargakan
seluruh unit kecil kenegaraan iaitu gabungan Guo (negara)
dengan Jia (keluarga).

Konsep lain ialah:


Zhong (taat) yang merupakan asas kepada sistem
kenegaraan Cina.
Xiao (berbakti) adalah asas kepada sistem
kekeluargaan Cina.

Sistem kekeluargaan Cina:


Merupakan asas sistem kenegaraan kerana dalam
budaya Cina semangat kebangsaan lebih
diutamakan daripada semangat kenegaraan.
Namun begitu, menurut sejarah Cina, sistem
pemerintahan berbentuk dinasti dijatuhkan oleh
Revolusi 1911 & digantikan dgn sistem Republik.

WILAYAH
Kedudukan Geograf
Sungai Kuning (Huang He) merupakan
pusat pertumbuhan tamadun Cina di
utara dan Chang Jiang pula adalah pusat
perkembangan tamadun Cina di selatan.
Tanda-tanda tamadun paling awal ialah
kebudayaan masyarakat di Yangshao
dalam wilayah Shanxi, kebudayaan
masyarakat di Longshan berpusat di
wilayah Shandong serta peradaban zaman
Gangsa terletak di wilayah Jiangxi.

Nilai-nilai dalam Wu Chang merangkumi 5 nilai utama


dalam tamadun Cina iaitu Ren (kemanusiaan), Yi
(kesaksamaan/keadilan), Li (tatasusila/kesopanan), Zhi
(kebijaksanaan/hikmah) & Xin (amanah/kepercayaan).
Menyedari peranan keluarga yang penting dalam
pembinaan masyarakat, maka sistem Zong Fa
menekankan susur galur warisan nenek moyang dalam
perhubungan antara manusia dengan manusia.
Kegiatan utama masyarakat Cina kuno adalah
berasaskan pertanian menyebabkan hubungan fahaman
Konfusianisme sangat tebal dalam masyarakat Cina
hingga menentukan segala aspek dalam kehidupan;
etika, budaya, politik, masyarakat & kenegaraan.
Fahaman Konfusianisme juga berperanan mengekalkan
warisan tamadun Cina kuno.

Bahasa san Sistem Tulisan Cina


Bahasa pertuturan adalah berdasarkan kepelbagaian bangsa. Pada
zaman Dinasti Han, bahasa pertuturan dan sistem tulisan Cina telah
diseragamkan dikenali sebagai Hanyu (bahasa) & Hanzi (tulisan).
Perkataan mandarin adalah istilah yang digunakan oleh kuasa asing
yang merujuk kepada bahasa Cina (Hanyu).
Kini, ejaan bahasa Cina menggunakan sistem Pinying iaitu sebutan
berdasarkan ejaan yang dirumikan.
Sistem tulisan Cina berbentuk gambar (piktograf) berdasarkan
kombinasi 3 unsur utama iaitu makna, bunyi & bentuk.
Walaupun banyak dialek dipertuturkan, namun orang Cina
berkomunikasi melalui satu sistem tulisan.
Tulisan Cina juga digunakan oleh masyarakat Jepun, Vietnam &
Korea yang pada asasnya mempunyai tulisan sendiri tetapi
menjadikan tulisan Cina sebagai sebahagian daripada tulisan
mereka.

Pandangan Semesta dalam Tamadun


Cina
1. Konsep Tian
Pada zaman Dinasti Zhoa, konsep Tian merujuk
kepada 4 fahaman utama iaitu:
1. Tian merupakan sumber kewujudan kpd seluruh
makhluk di dunia

2. Tian adalah yg Maha Agung mengatasi segala


sesuatu
3. Tian adalah kuasa penentu nasib sesebuah
dinasti
4. Tian adalah kuasa penentu kebahagiaan &
kesengsaraan insan

2. Konsep Dao
Konsep Dao dalam kitab Daode Jing merujuk
kepada 4 perkara:
1. secara harfiah bermaksud jalan (the way)
2. konsep semulajadi (nature/tabii)
3. prinsip agung yang mutlak, asal-usul semua
makhluk (wanwu)
4. bersifat azali (primordial)- semua makhluk
berasal dan akan kembali pada akhir hayat.

3. Konsep Taiji, Yin Yang & Wuxing


Taiji menurut Kitab Yijing (The Books of Changes)
merujuk kepada satu hakikat mutlak (ultimate
reality) & tiada sebarang batasan bagi Taiji.
Teori Yin & Yang merujuk kepada percanggahan &
pertentangan dua aspek positif & negatif.
Wuxing merujuk kepada 5 elemen - logam, kayu, air,
api & tanah.
Wuxing sentiasa mempengaruhi antara satu sama lain.
Manifestasi kuasa yin & yang serta 5 elemen tersebut
adalah proses putaran silih berganti tanpa
pengakhirannya.
Perubahan berterusan ini diibaratkan sebagai
pergerakan dao.

4. Kesepaduan Tian dengan Insan


Kesepaduan antara tian dengan insan bermaksud
bahawa insan adalah sebahagian daripada tian.
Disebabkan hubungan antara insan & tian begitu
rapat maka, segala kesalahan insan akan
mengakibatkan bencana alam sebagai tanda
kemarahan tian & amaran kepada insan.

5. Prinsip Zhongyong
Zhongyong (kesederhanaan) adalah sifat mulia
yang tidak melampaui batas sama ada terlebih
atau terkurang.

KEPELBAGAIAN FALSAFAH & AGAMA TAMADUN


CINA
1. Konfusianisme
Diasaskan oleh Konfusius merangkumi aspek
falsafah, pendidikan & sosial politik yang
terkandung dalam kitab Lun Yu.
Ajaran utama Konfusius menekankan amalan nilai
dan sifat mulia iaitu kemanusiaan (ren), kesusilaan
(li) & ketaatan kepada ibu bapa (xiao).
Nilai-nilai mulia ini diteladani oleh orang yang
bermoral & bersifat mulia (junzi).

2. Buddhisme Cina
Merupakan kepercayaan masyarakat Cina
yang banyak mempengaruhi budaya &
pandangan semesta tamadun Cina.
Ia mula tersebar ke China pada kurun
Masihi yang pertama.
Ajaran agama ini mengalami proses
pengubahsuaian sehingga menjadi suatu
sistem keagamaan yang menyerap ciri-ciri
kecinaan dan akhirnya dikenali sebagai
Buddhisme Cina.

3. Daoisme
Diasaskan oleh dua orang pemikir agung
Cina iaitu Laozi & Zhuangzhi.
Daoisme terbahagi kepada 2 cabang utama
iaitu:
pemikiran falsafah dao (daojia)
aliran keagamaan dao (daojian)

Kedua-dua cabang Daoisme ini terkandung


dalam kitab Daode Jing.

4. Moisme
Pengasas Moisme ialah Mo Zi.
Ia menganjurkan konsep-konsep penting seperti kasih sayang sejagat
(jianai), mengecam sikap suka berperang (feigong), tidak menyerah
kepada nasib (feiming) & mengutamakan golongan cerdik pandai
(shangxian).
Secara umumnya, konsep-konsep dalam ajaran Moisme bertentangan
dengan ajaran Konfusianisme.

5. Aliran Fa (Legalisme)
Aliran Fa terangkum dalam 3 cabang iaitu:
1. Fa (undang-undang)
2. Shi (autoriti)
3. Shu (kaedah)
Aliran Fa mengutamakan pemikiran sosiopolitik & kekuasaan pihak
pemerintah ke atas rakyatnya.

6. Agama Islam
Ia dibawa ke China melalui dua jalan iaitu jalan darat dan jalan laut
seawal abad ke 7M.
Pedagang Islam Arab dan Parsi yang mendarat di selatan China
telah mendirikan masjid di Guangzhou dan Quanzhou.
Pendakwah yang menggunakan Jalan Sutera melalui Parsi dan
Afghanistan telah membentuk masyarakat Islam Cina di Xian.
Kemuncak kegemilangan Islam di Cina adalah pada zaman Dinasti
Yuan (1271-1368M).
Pada masa inilah tokoh-tokoh Islam memberi sumbangan besar
kepada pembangunan ketamadunan Cina seperti astronomi, takwim
Islam, perubatan, sains dan teknologi.
Semasa Dinasti Ming (1368-1644M) berlaku beberapa peristiwa
penting seperti sumbangan ahli pelayaran Cina Muslim iaitu
Zhenghe yang berjaya mengelilingi dunia termasuklah ke Alam
Melayu.

INSTITUSI POLITIK DAN SISTEM


PEMERINTAHAN
Pemikiran politik tradisional Cina asanya terbentuk
sejak sebelum Dinasti Qin (221SM-207SM).
Pemikiran politik Cina banyak dipengaruhi oleh
aliran falsafah Konfusianisme, Daoisme, aliran Fa
& Moisme.
Kesemua aliran tersebut masih berpengaruh
sehingga kini.
Sistem politik Cina tradisi adalah berbentuk fuedal.
Sesebuah dinasti akan hanya berpegang pada satu
ajaran falsafah sahaja.

Konfusianisme menekankan pemerintahan


berdasarkan akhlak.
Maoisme memberikan perhatian terhadap
kebajikan.
Aliran Fa mementingkan pemerintahan
berdasarkan perundangan.
Daoisme menekankan pemerintahan
berdasarkan tabii (wuwei).

SISTEM KELUARGA DALAM


MASYARAKAT CINA
Sistem kekeluargaan masyarakat Cina
memusatkan kuasa kaum lelaki
(patriachy) dan nasab kaum lelaki
(patrilineal) yang mengutamakan waris
lelaki sebelah bapa dan pemerintah.

PENCAPAIAN DALAM PELBAGAI BIDANG


1. Kesusasteraan Cina
Antara sumbangan besar tamadun Cina
adalah dalam bidang kesusateraan.
Penyatuan bahasa Cina memberi sumbangan
penting terhadap perkembangan
kesusasteraan Cina.
Sungai Kuning merupakan pusat pertumbuhan
peradaban di utara dan Chang Jiang adalah
pusat perkembangan tamadun di selatan.

Puisi
Shi Jing (sastera realisme) merupakan antologi
puisi terawal di utara & Chu ci (sastera
romantik) adalah antologi puisi terawal di
sebelah selatan.
Dinasti Tang merupakan zaman kegemilangan
puisi manakala Dinasti Song pula adalah zaman
kegemilangan ci (prosa puisi & lirik).
Prosa
Prosa juga dikenali sebagai guwen.
Fa merupakan bentuk prosa bernada Dinasti
Han.

Drama

Dinasti Yuan merupakan zaman kegemilangan drama.


Tokoh utama terhadap kejayaan drama Cina ialah Guan Hanqing dan Wang
Shifu.
Drama Cina dikenali sebagai zaju dan chuanqi.
Drama Cina berkecenderungan menekankan nilai-nilai etika dengan
menonjolkan perbuatan baik dan memberi amaran terhadap perbuatan
jahat.
Sesebuah drama Cina akan berakhir dengan mesej yang menyatakan
sesiapa yang berbuat baik akan mendapat ganjaran dan sebaliknya.
Chuan Qu & Kun Qu merupakan bentuk-bentuk drama yang berbeza dengan
bentuk drama tradisi.

Fiksyen

Dinasti Ming & Qing merupakan zaman keemasan fksyen.


Contoh fksyen:
1. Sanguo Yanyi (Roman Tiga Negara)
2. Honglou Meng (Mimpi Loteng Merah)
3. Shuihu Zhuan (Kisah Pinggir Air)
4. Xiyou Ji (Perjalanan ke Barat)
5. Jin Ping Mei (Pasu Plum Emas)

2. Kesenian
Muzik Klasik
Berperanan penting dalam tamadun Cina.
Mempunyai ciri-ciri tersendiri.
Dimainkan dalam pelbagai keraian antaranya
upacara istana, perayaan rakyat dan upacara
keagamaan.
Kaligraf
Ia dihargai kerana nilai seninya.
Memainkan peranan penting dalam tamadun Cina
kerana ia melambangkan tahap pencapaian dan
kehalusan peribadi seeorang sama ada maharaja
ataupun sarjana.

Seni Lukis
Dalam tradisi Cina, lukisan mempunyai hubungan
rapat dengan puisi dan kaligraf.
Setiap lukisan bersifat simbolik dan mementingkan
lukisan berbentuk lanskap untuk menggambarkan
hubungan manusia dengan alam semulajadi.
Ini menjadikan lukisan Cina suatu perantara paling
baik untuk membayangkan personaliti, perasaan dan
jiwa pelukis.
Seni Bina
Seni bina Cina amat mementingkan penggunaan
bahan-bahan binaan yang bersifat mesra alam.
Selain itu, setiap bangunan yang dibina mengambil
kira kedudukan dan susun atur yang terbaik menurut
kuasa alam (fengshui).

Sains & Teknologi


Sains dan teknologi Cina mementingkan dua
aspek iaitu fungsi dan kepentingannya secara
menyuluruh.
Ia merangkumi bidang-bidang pertanian,
matematik, astronomi, kalendar, farmakologi,
geologi, fzik, kimia, biologi, seni bina, tenunan,
perlombongan emas dan pelayaran.
Antara sumbangan besar dalam perkembangan
teknologi tamadun Cina ialah teknik membuat
kertas, teknik percetakan, bahan letupan dan
kompas.

You might also like