You are on page 1of 23

PENILAIAN LATIHAN

PENGENALAN (1 drp. 2)

Keberkesanan latihan merujuk


kepada faedah yang diperolehi oleh
syarikat dan pelatih daripada latihan

Kriteria hasil latihan merujuk


kepada ukuran yang digunakan oleh
jurulatih dan syarikat untuk menilai
program latihan
PENGENALAN (2 drp. 2)

Penilaian latihan merujuk kepada proses


pengumpulan hasil yang diperlukan bagi
menentukan keberkesanan latihan yang
dijalankan

Reka bentuk penilaian merujuk kepada


daripada siapa, apa, bila dan bagaimana
maklumat yang diperlukan untuk untuk
menentukan keberkesanan program
latihan boleh dikumpulkan
3
SEBAB-SEBAB PENILAIAN (1drp.
2)

Syarikat telah melaburkan berjuta ringgit


untuk menjayakan program latihan bagi
meningkatkan kelebihan persaingan

Pelaburan latihan kian meningkat kerana


pembelajaran menghasilkan pengetahuan
yang dapat membezakan di antara
syarikat dan pekerja yang berjaya
berbanding dengan mereka yang tidak
berjaya
4
SEBAB-SEBAB PENILAIAN (2
drp. 2)

Kerana syarikat telah melabur


begitu banyak wang ringgit
dalam latihan dan pendidikan
dan menganggap latihan sebagai
satu strategi untuk berjaya,
mereka mengharapkan hasil atau
faedah berkaitan latihan mestilah
boleh diukur.
Penilaian latihan menyediakan
data yang diperlukan untuk
menunjukkan bahawa latihan
boleh membawa faedah
kepada syarikat.

6
PENILAIAN FORMATIF
Penilaian yang dijalankan untuk
memperbaiki proses latihan
Dapat membantu bagi memastikan:
program latihan dirancang dan berjalan dengan
lancar
pelatih mempelajari sesuatu dan berpuas hati
dengan program tersebut
Menyediakan maklumat tentang
bagaimana dapat memperbaiki program
agar lebih baik

7
PENILAIAN SUMMATIF
Penilaian yang dijalankan untuk
menentukan setakat mana pelatih
telah berubah hasil daripada
penyertaan dalam program latihan

Boleh juga mengukur pulangan


pelaburan (ROI) yang diterima oleh
syarikat daripada program latihan

8
MENGAPA PROGRAM LATIHAN PERLU
DINILAI (1drp. 2)
Untuk mengenal pasti kekuatan dan
kelemahan program
Untuk menilai sama ada kandungan,
organisasi dan pentadbiran program
memberi sumbangan kepada
pembelajaran dan penggunaan kandungan
latihan di tempat kerja
Untuk mengenal pasti pelatih yang
mendapat faedah terbanyak daripada
program latihan
9
MENGAPA PROGRAM LATIHAN PERLU DINILAI
(2 drp. 2)

Untuk mengumpul data bagi membantu


dalam memasarkan program latihan
Untuk menentukan faedah-faedah
kewangan dan kos program
Untuk membandingkan kos dan faedah
latihan berbanding dengan pelaburan
bukan berbentuk latihan
Untuk membandingkan kos dan faedah
program latihan yang berlainan agar
program terbaik dapat dipilih

10
PROSES PENILAIAN
Jalankan Analisis Keperluan

Membangunkan hasil latihan yang boleh diukur dan analisa


pemindahan latihan

Membangunkan pengukuran latihan

Memilih strategi penilaian

Rancang dan laksanakan penilaian

11
HASIL LATIHAN: KERANGKA 4 TAHAP
KIRKPATRICK
Tahap Kriteria Fokus

1 Tindak balas Kepuasan pelatih

2 Pembelajaran Mendapat pengetahuan, kemahiran, sikap dan


tingkah laku

3 Tingkah laku Pembaikan tingkah laku di tempat kerja

4 Keputusan Hasil perniagaan yang dicapai oleh pelatih


HASIL YANG DIGUNAKAN DALAM
PENILAIAN LATIHAN

Kognitif Kemahiran

Pulangan
Afektif Keputusan Pelaburan

13
HASIL KOGNITIF

Menentukan tahap mana pelatih


faham mengenai prinsip, fakta,
teknik, tatacara atau proses yang
diajar dalam program latihan

Mengukur pengetahuan yang


dipelajari dalam program latihan

14
HASIL BERASASKAN
KEMAHIRAN

Menilai tahap teknikal atau


kemahiran motor

Termasuk pembelajaran kemahiran


dan penggunaan kemahiran semasa
bekerja

15
HASIL AFEKTIF

Termasuk sikap dan motivasi

Tanggapan pelatih terhadap program


termasuk kemudahan, jurulatih dan
kandungan

16
KEPUTUSAN
Menentukan keputusan yang
diperolehi daripada latihan kepada
organisasi
Contoh seperti penambahan
pengeluaran, pengurangan kos
berkaitan dengan lantik henti dan
kemalangan serta penambahan
kualiti barangan dan perkhidmatan
pelanggan
17
PULANGAN TERHADAP PELABURAN
(ROI)
Membandingkan faedah dalam
bentuk kewangan dengan kos yang
telah dilaburkan untuk latihan
kos langsung (direct costs)
kos tidak langsung (indirect costs)
kos pembangunan
overhead
ganjaran kepada pekerja

18
MENGIRA PULANGAN
PELABURAN (1 drp. 2)
1. Kenal pasti hasil (contoh: kualiti, kemalangan)
2. Tentukan nilai hasil
3. Kenal pasti perubahan dalam prestasi selepas
mengabaikan lain-lain pengaruh terhadap hasil
latihan
4. Dapatkan faedah tahunan (hasil operasi)
daripada latihan dengan membandingkan di
antara hasil selepas dan sebelum latihan
(dalam ringgit)

19
MENGIRA PULANGAN
PELABURAN (2 drp. 2)
5. Tentukan kos latihan (kos langsung+kos
tidak langsung+kos pembangunan+kos
overhead+ganjaran kepada pekerja)
6. Kira jumlah penjimatan dengan
menolak kos latihan daripada kos
faedah (hasil operasi)
7. Kira ROI dengan membahagikan faedah
(hasil operasi) dengan kos latihan
ROI memberi anggaran pulangan wang yang
dijangkakan daripada setiap ringgit yang
dilaburkan kepada latihan

20
KEPETINGAN MAKLUMAT KOS
LATIHAN
Untuk memahami perbelanjaan keseluruhan
untuk latihan, termasuk kos langsung dan kos
tidak langsung
Untuk membandingkan kos bagi program latihan
alternatif
Untuk menilai nisbah wang yang dibelanjakan
untuk pembangunan, pentadbiran dan penilaian
latihan disamping membandingkan perbelanjaan
latihan yang dibuat untuk kumpulan pekekrja
yang berlainan
Untuk mengawal kos.

21
JENIS-JENIS REKA BENTUK
PENILAIAN
Ujian selepas sahaja
(Posttest only)
Ujian sebelum/Ujian Selepas Bersiri masa
(Pretest / Posttest) (Time Series)
Ujian selepas sahaja dengan
Kumpulan Kawalan Bersiri masa dengan
(Posttest only with Kumpulan Kawalan
Comparison Group) (Time Series with Comparison
Ujian sebelum/Ujian Selepas Group and Reversal)
dengan Kumpulan Kawalan
(Pretest / Posttest with Empat Kumpulan Solomon
Comparison Group)
(Solomon FourGroup)

22
FAKTOR-FAKTOR PENENTU REKA
BENTUK
Faktor Bagaimana ia mempengaruhi jenis reka bentuk penilaian
Potensi untuk Bolehkah program diubahsuai?
berubah
Kepentingan Adakah latihan yang tidak berkesan mempengaruhi
perkhidmatan pelanggan, pembangunan barangan atau
perhubungan di antara pekerja?
Skala Berapa ramai pelatih yang terlibat?
Tujuan latihan Adakah latihan dijalankan untuk pembelajaran, hasil atau kedua-
duanya?
Budaya organisasi Adakah mencapai hasil merupakan sebahagian daripada norma
dan pengharapan syarikat?
Kapakaran Bolehkah kajian yang sukar dianalisa?
Kos Adakah penilaian terlalu mahal?
Kerangka masa Bilakah kita perlukan maklumat?
23

You might also like