You are on page 1of 32

IPGM KAMPUS BAHASA MELAYU

CIRI-CIRI DAN KUALITI GURU YANG


PROFESIONAL

AHLI KUMPULAN:
SYIKIN
SYIRA
LIN
AHLI KUMPULAN

SHAHIRAH BINTI NUR AZELIN BT. NURASYIKIN BINTI


ALI ABDUL AZIZ HASHIM
84384008 81983984 82783992
Konsep profesion
Lieberman (tokoh pendidik di AS)

Pekerjaan itu merupakan perkhidmatan yang unik dan penting.


Pekerja menggunakan banyak keupayaan dan kebolehan intelek
semasa memberi perkhidmatan.
Pekerja pernah mendapat latihan khusus dalam sesuatu bidang
kemahiran.
Ahli profesion adalah pakar dalam bidang dan mempunyai kuasa
autonomi.
Orang profesional mementingkan mutu perkhidmatan
serta dedikasi terhadap pekerjaan tidak mementingkan
pendapatan atau ganjaran kewangan.

Pekerja terdiri drpd ahli-ahli satu organisasi yang


berkuasa menentukan nilaitara-nilaitara untuk
kemasukan, mengawal mutu perkhidmatan dan
penyingkiran ahlinya.

Setiap ahli mematuhi kod etika yang ditentukan.

Setiap ahli bertanggungjawab terhadap semua tindakan


dan keputusan yang dibuat.
Konsep perguruan
Mengikut kamus dewan (1989) di
bawah konteks pendidikan guru
adalah diertikan sebagai pengajaran

Manakala perkataan keguruan boleh


diertikan sebagai perkara yang
berkaitan dengan guru, iaitu yang
berkaitan dengan peranan, tugas dan
kelayakan seorang guru.
GURU PADA
MASA KINI
AKAUNTABILITI GURU
Akauntabiliti guru bermaksud
bertanggungjawab kepada seseorang
atau bertanggungjawab terhadap
sesuatu, jadi konteks keguruan
akauntabiliti boleh dirumuskan
sebagai bertanggungjawab terhadap
profesionalisme keguruan
Bidang tugas

1. Bidang pekerjaan : akauntabiliti terhadap kurikulum yang


ditugaskan untuk dilaksanakan.

2. Sekolah : akauntabiliti terhadap kemajuan dan


perkembangan sekolah.

3. Tingkah laku kendiri : guru harus mempunyai sifat-sifat


yang terpuji yang boleh diteladani oleh murid-murid

4. Murid : akauntabiliti terhadap taraf pencapaian,


kemajuan serta kelakuan murid-muridnya.

5. Profesion : bertanggungjawab meningkatkan imej


profesion keguruan dengan memberi perkhidmatan yang
bermutu tinggi.
AKAUNTABILITI GURU TERHADAP
NEGARA
1. Menjalankan tugas menyebarkan cita dan matlamat FPK dan
Rukun Negara dengan jelas.
2. Mendidik anak bangsa menjadi warganegara yang taat setia,
bertanggungjawab serta berguna.
3. Memenuhi tanggungjawab sebagai seorang rakyat Malaysia yang
proaktif dan bersepadu.
4. Mengeratkan persefahaman dan berkerjasama dengan ikhlas
dalam kalangan guru serta ibu bapa muridnya.
5. Memberi sumbangan kepada masyarakat dan negara.
6. Bersopan santun dan bertingkah laku dalam segala aktiviti sosial.
AKAUNTABILITI GURU TERHADAP
PROGRAM PENDIDIKAN
1. Membaca dan memahami selengkapnya
tentang ilmu pengetahuan yang diajarnya.
2. Menyertai seminar untuk meningkatkan tahap
pengajaran.
3. Merancang dan melaksanakan strategi
pengajaran yang menyeluruh.
4. Mengajar dengan menggunakan fakta yang
betul
AKAUNTABILITI GURU TERHADAP
PELAJAR DAN IBU BAPA
1. Menjalankan tugas dengan penuh
dedikasi seperti mematuhi masa.
2. Mengutamakan kebajikan murid
daripada diri sendiri.
3. Bersikap adil terhadap semua pelajar
tanpa diskriminasi.
4. Menjadi contoh teladan yang baik
kepada murid-murid.
Akauntabiliti guru terhadap diri
sendiri
1. Menjaga kesihatan rohani dan jasmani.
2. Bijak dalam menguruskan kewangan.
3. Melengkapkan diri dengan ilmu
pengetahuan serta ilmu-ilmu semasa.
4. Mengisi masa lapang secara berhemah
seperti bersukan.
Ciri-ciri pekerjaan yang dianggap
profesional
Antara ciri-cirinya ialah:

Pekerjaan itu merupakan perkhidmatan yang


unik dan penting.
Banyak menggunakan keupayaan intelek.
Pakar dalam bidang pekerjaannya dan
mempunyai autonomi semasa menjalankan
tugas.
Mendapat latihan khusus.
Mementingkan mutu perkhidmatan serta
dedikasi terhadap kerja.
Merupakan ahli kepada autonomi yang
menentukan nilaitaranya.
Mematuhi kod etika yang ditentukan oleh
organisasi profesion tersebut.
Bertanggungjawab terhadap semua
keputusan yang dibuatnya.
CIRI-CIRI GURU
Intelek
- Menanamkan sifat ingin tahu
Kebolehan intelek akan kekal di
dalam diri sekiranya setiap guru
menanamkan sikap ingin tahu. Sifat
ingin tahu akan mendorong guru
mempelajari dan menyesuaikan diri
dalam dunia pendidikan yang sering
berubah-ubah, baik dari segi sukatan
kurikulum, mahupun kaedah
mengajar.
Berkualiti dari Segi Jasmani
- Mempunyai penampilan dan imej diri yang
baik, iaitu cara berpakaian, tingkah laku dan
tutur kata.
- Memiliki kesihatan tubuh badan yang baik
agar dapat menjalankan tugas dengan
berkesan.
- Kemahiran fizikal seperti mahir dalam
sesuatu aktiviti sukan dan mana-mana unit
beruniform bertujuan untuk melatih pelajar
melibatkan diri dalam kokurikulum yang
penting untuk pembentukan jati diri pelajar.
Berkualiti dari Segi Emosi.
Aspek-aspek yang perlu dimiliki
oleh seorang guru berkualiti
dari segi emosi ialah:
-Sentiasa menghayati nilai-nilai
murni , norma dan Etika
Perkhidmatan.
-Mempunyai pemikiran yang
positif dalam menjalankan
tugasnya iaitu menganggap
pergi ke sekolah sebagai pergi
ke medan jihad dan kerja
mengajar sebagai suatu ibadah
tanpa sebarang alasan.
Minat suka membaca.
-Kegemaran membaca membolehkan
guru sentiasa menambah pelbagai ilmu
pengetahuan . Pembacaan yang meluas
dalam pelbagai bidang memberi
keyakinan kepada guru untuk
menyampaikan pengajaran dengan
berkesan.
- Di samping itu, sikap suka membaca
dapat membezakan di antara orang yang
berilmu dengan orang yang jahil. Oleh
itu, sifat suka membaca amat penting
untuk meningkatkan kualiti profesion
guru.
Mempertingkatkan penguasaan bahasa
inggeris.
-Penggunaan bahasa inggeris yang semakin meluas
pada masa kini memerlukan guru untuk sentiasa
berusaha untuk meningkatkan kemahiran
penggunaan bahasa ini.
- Penggubalan semula KBSR dan KBSM untuk
pelaksanaan pelajaran Matematik dan Sains dalam
bahasa Inggeris juga merupakan satu faktor utama
mengapa penguasaan bahasa inggeris adalah penting
kepada setiap orang guru. Untuk sentiasa
mengekalkan penguasaan bahasa inggeris guru perlu
selalu menggunakan bahasa inggeris untuk
berkomunikasi dengan rakan sekerja dan para
pelajar.
Mempertingkatkan kebolehan
menggunakan ICT.

-Perkembangan sains dan teknologi menyebabkan


teknologi maklumat mengalami perubahan dari masa
ke semasa. Untuk kekal sebagai guru berkualiti,
setiap guru hendaklah berusaha untuk sentiasa
menggunakan aplikasi IT dalam pengajaran dan
pembelajaran .

-Usaha ini memerlukan kita untuk sentiasa


mengemaskini kemahiran menggunakan komputer
dengan menghadiri kursus- kursus IT dan juga
dengan sentiasa bertanya kepada mana-mana rakan
guru yang lebih mahir dalam bidang ini. Kebolehan
ini membolehkan kita mengajar menggunakan
teknologi terkini dan akan mencapai mutu yang
setinggi-tingginya.
Sentiasa meningkatkan kemahiran pedagogi
- Kualiti Pengajaran menjadi pengukur utama kepada tahap
profesionalisme guru kerana mengajar merupakan core
business guru terhadap pelajar.
- Oleh itu, kita semestinya menguasai pengetahuan tentang
teori-teori pembelajaran yang mutakhir. Di antara teori-teori
pembelajaran tersebut ialah Teori Pembelajaran behavioral,
Teori Pembelajaran Sosial kognititf, Teori Pembelajaran
Kognitif , Teori Pembelajaran Humanis, Dan Teori
Pembelajaran Konstruktivis.
- Terdapat juga model-model pengajaran terkini yang
dirancang untuk menghasilkan perubahan tingkah laku pelajar
seperti yang dijangkakan. Di antara model-model pengajaran
yang perlu diamalkan oleh guru berkualiti ialah Model
Pengajaran Expository, Model Pengajaran Pemerosesan
Maklumat, Model Pegajaran Inkuiri , Model Pengajaran Projek
dan Pembelajaran Masteri. Penggunaan kaedah pengajaran
dan pembelajaran yang dapat menarik minat pelajar untuk
belajar akan mendatangkan hasil yang sangat memuaskan.
Sentiasa mengamalkan nilai-nilai keguruan
dan etika profesion keguruan
Menguasai kemahiran komunikasi dan
interpersonal .
-mampu berkomunikasi dengan baik iaitu
semasa berhubung dengan pelajar, ibubapa ,
masyarakat dan pihak pengurusan sekolah.
Berdaya tahan dalam
menghadapi cabaran
profesional dari semasa ke
semasa.
Menyanjung tinggi dan
menghargai warisan
kebudayaan negara yang
sesuai dengan ketamadunan
dan nilai-nilai agama yang
dianuti.
Melibatkan diri sebagai pengamal refleksi dan
budaya penyelidikan dengan secara aktif.
Cekap melaksanakan kurikulum persekolahan
secara berkesan dan bermakna
Berdaya tahan dalam menghadapi cabaran
profesional dari semasa ke semasa.

Melibatkan diri sebagai pengamal refleksi dan


budaya penyelidikan secara aktif.

Menyanjung tinggi dan menghargai warisan


kebudayaan negara yang sesuai dengan
ketamadunan dan nilai-nilai agama yang dianuti.
Berpengetahuan dan berketerampilan dalam pedagogi dan
kandungan mata pelajaran yang diajarnya, di samping
menguasai pengetahuan pedagogi pelajar.

Cekap melaksanakan kurikulum persekolahan secara


berkesan dan bermakna.

Mahir mengintegrasi Teknologi Maklumat dan Komuniti


(ICT) dalam pelajaran dan pembelajaran.

Sentiasa mengamalkan nilai-nilai keguruan dan Etika


Profesion Keguruan.

Menguasai kemahiran komunikasi dan interpersonal.


Bagaimana dan apakah ciri-ciri yang
dimaksudkan dengan seorang guru yang
berkesan itu? Mantan Ketua Pengarah
Pendidikan Malaysia, Dato' Dr. Abdul Shukor
Abdullah menyenaraikan ciri-ciri guru berkesan
sebagaimana berikut:

Bersikap profesional.
Mempamerkan ciri-ciri kekuatan teori.
Kaya ilmu.
Bertindak di atas landasan etika dan tatasusila
kerja.
Bermoral teguh.
Sentiasa berusaha meningkatkan kualiti hasil
pengajaran.

Prihatin dengan kehendak murid dan ibu bapa.

Berkebolehan menilai kekuatan dan kelemahan


murid-murid.

Melengkapkan diri dengan kemahiran yang sejajar


dengan tuntutan semasa.

Menampilkan watak terpuji, berimej, berperibadi


mulia, berwawasan sebagai pendidik unggul pada
setiap masa.
Memastikan situasi 'Guru mengajar murid belajar'
wujud di dalam kelas.

Berupaya melahirkan 'persekolahan berwatak'


supaya pelajar mempunyai kekuatan ilmu,
berpersonaliti sihat dan serba boleh.

Berupaya membina minda pelajar yang cemerlamg


akademik.
Berupaya membentuk perwatakan murid dengan
pelbagai keteguhan nilai diri (bermoral, berakhlak
mulia, berketrampilan, pandai menyesuaikan diri
dengan situasi tertentu).

Taat dan setia terhadap perkhidmatannya,


mempertahankan martabat profesionnya.

Menunjukkan kesetiaan kepada kerajaan, bebas


pendirian, tidak berbelah bahagi.

Profesional dan menumpukan perhatian kepada


P&P di sekolah.
BERPENGETAHUAN PENGUASAAN
BAHASA
INGGERIS
PEDAGOGI

CEKAP
EMOSI
STABIL
CIRI-CIRI GURU

MAHIR JASMANI
ICT MENGHARGAI BERKUALLITI
WARISAN
KEBUDAYAAN
AKTIF
BERDAYA
MINAT TAHAN
MEMBACA
Ciri-ciri dan potensi diri guru profesional
adalah penting dalam merealisasikan
pendidikan cemerlang.

"If they aren't


learning...then you
aren't teaching."

You might also like