You are on page 1of 74

PEMEROLEHAN DAN

PEMBELAJARAN BAHASA MURID


BERKEPERLUAN KHAS
Jean-Mac Gaspard Itard (1775-1838)
Itard, seorang doktor perubatan Perancis dilantik untuk merawat
seorang budak berumur 12 tahun bernama Victor. Victor dijumpai
merayau dalam hutan dan tidak pernah berinteraksi dengan
manusia. Dia digelar Budak Liar Aveyron ( Wild Boy of Aveyron )
dan didapati pekak dan bisu dan ramai pakar pada masa itu tidak
yakin bahawa budak itu boleh diajar.

Selama lima tahun Itard mengajar Victor kemahiran asas seperti


memakai baju, menjaga kebersihan diri, bertutur dan bercampur
gaul dengan orang lain. Itard sungguh kecewa dengan kemajuan
yang dicapai hingga dia hampir mengaku telah gagal.

Walau pun mengambil masa yang lama dan banyak kesabaran, Victor berjaya mempelajari huruf-
huruf abjad, maksud banyak perkataan serta kebolehan menjaga diri sendiri. Melalui usaha Itard
ini muncul kesedaran bahawa kanak-kanak berkeperluan khas boleh diajar jika diberi perhatian
sewajarnya.
Kanak-kanak berkeperluan khas (exceptional children)
terdiri daripada kanak-kanak yang mengalami kesukaran
HEWARD belajar.
(2003)
Kanak-kanak pintar cerdas (gifted) yang mempunyai
kebolehan yang jauh lebih tinggi daripada norma
diklasifikasikan sebagai kanak-kanak berkeperluan khas.

Hampir 4% daripada populasi dunia terdiri daripada


individu luar biasa atau kanak-kanak berkeperluan khas.
KAIL
Berbeza daripada kanak-kanak normal dari segi ciri-ciri (2001)
mental (pencapaian akademik), keupayaan deria
(melihat dan mendengar), keupayaan berkomunikasi
(menulis dan bertutur), tingkah laku (mengawal diri) dan
emosi (bercampur gaul), dan ciri-ciri fizikal (bergerak
dan menjaga diri sendiri).
Sejarah penubuhan Pendidikan Khas di Malaysia
bermula pada tahun 1920an di kalangan sukarelawan
yang terlibat dalam pembukaan sekolah-sekolah cacat
penglihatan dan pendengaran.
Laporan Jawatankuasa Kabinet yang mengkaji
Perlaksanaan Dasar Pelajaran melalui Perakuan 169
merupakan satu titik tolak yang membawa kepada satu
penekanan dan tumpuan yang lebih jelas kepada
perkembangan Pendidikan Khas di Malaysia.
1962 Program percantuman dan inklusif bagi murid-murid cacat
penglihatan dimulakan

1988 Permulaan kelas perintis untuk murid-murid peringkat


bermasalah pembelajaran

Tiga (3) pelajar pendidikan inklusif ditempatkan belajar di


1993 Tingkatan 6 Bawah di Sekolah Menengah Methodist (Lelaki),
Kuala Lumpur.

1994 Pembukaan kelas-kelas program inklusif separa projek rintis di


14 buah sekolah di seluruh negara.

1995 Program Bermasalah Pembelajaran peringkat


menengah dimulakan
Program yang dijalankan berlandaskan kepada
dasar-dasar berikut:

Buku Dasar Pendidikan Kebangsaan 2012 (ms; 21)


Akta Pendidikan 1996, Bab 8.
Akta Pendidikan 1996 (Pindaan) 2002.
Peraturan-Peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas)
2013.
Keputusan Jawatankuasa Dasar, Kementerian
Pendidikan Malaysia [Jawatankuasa Perancang
Pendidikan (JPP), Mesyuarat Pengurusan Kementerian
Pendidikan Malaysia, Jawatankuasa Kurikulum Pusat
(JKP) dan Mesyuarat Pengurusan Bahagian Pendidikan
Khas].
Pekeliling Ikhtisas MBK:

SPI BIL. 16 (2010) Pelaksanaan Dasar 1M1S.


SPI BIL. 16 (2002) Tatacara Pelaksanaan Tempoh
Belajar Bagi Persekolahan Murid Berkeperluan Khas Di
Sekolah Pendidikan Khas Dan Di Program Integrasi
Pendidikan Khas Seluruh Malaysia.
SPI BIL. 3 (2014) Pelaksanaan Sekolah Dalam
Hospital
Deklarasi Antarabangsa:

United Nations' World Programme of Action


Concerning Disabled Persons (1983).
The World's Declaration on Education for All (1990).
The United Nations' Standard Rules on the
Equalisation of Opportunities for Person With
Disablilities (1993).
The Framework for Action on Special Needs Education
(Salamanca Statement) 1994.
Biwako Millennium Framework for Action Towards an
Inclusive Barrier-Free and Rights-Based Society for
Persons with Disabilities in Asia and the Pacific
(2002).
Menekankan kepada :
kebolehan, kefungsian, kemahiran,
perkembangan, penguasaan dan
pencapaian kanak-kanak tersebut dalam
kemahiran-kemahiran pengembangan
(development skill). Pendekatan baru
menolak pendekatan tradisi yang
menekankan kecacatan dan
ketidakbolehan (medical defict model).
kemahiran
penguasaan
pertumbuhan kemahiran
bahasa lisan /
asas manusia berdikari
pertuturan

TERBATAS
pengusaan DALAM kemahiran
membaca BIDANG keusahawanan
BERIKUT

kemahiran kebolehan
kebolehan
matematik pendengaran
penglihatan
Program Prasekolah Pendidikan Khas yang
dijalankan di Malaysia adalah untuk murid-murid
bermasalah pembelajaran. Pada masa ini Kelas
Pra Sekolah Pendidikan khas dijalankan di sekolah
berikut:
Program Pendidikan Khas Prasekolah Integrasi :
Program ini dijalankan di sekolah aliran perdana
yang melaksanakan Program Integrasi Pendidikan
Khas.
Syarat kemasukan murid ke Program Prasekolah;
- Berumur 4+,
- Disahkan oleh Pengamal Perubatan, dan
- Boleh mengurus diri tanpa bantuan orang lain.
Pengenalan

Perbezaan kognitif, sosial,


emosi, fizikal dan rohani di
kalangan kanak-kanak di dalam
sebuah bilik darjah merupakan
perkara biasa.
Oleh yang demikian di dalam
sesebuah kelas akan terdapat
murid yang cergas serta
berkebolehan dan ada murid
yang menghadapi kesukaran
dalam mengikut pengajaran.
Sindrom Down
ADHD (Attention Defisit Hyperaktif Disorder)
Spastik
Ceberal Palsy
Autisme
Lambat Pembelajaran (Slow Leaner / Lembam)
Disleksia
Kecacatan anggota
Disleksia (disghrafia / diskalkulia)
HALLAHAN &
Pendidikan untuk memenuhi keperluan kanak-kanak
KAUFFMANN berkeperluan khas.
(2006)

GARGIULO Program pengajaran khusus yang di reka bentuk bagi memenuhi


keperluan pelajar luar biasa. Ia mungkin memerlukan penggunaan
(2003) bahan-bahan, peralatan dan kaedah pengajaran khusus.

FRIEND Pengajaran yang direka bentuk khusus bagi memenuhi keperluan kanak-
kanak yang kurang upaya. Pengajaran ini mungkin dikelolakan dalam
(2005) bilik darjah, di rumah, di hospital atau institusi lain.

Satu usaha yang berterusan untuk menggalakkan perkembangan optima


sebagai seorang yang berkemahiran, berhaluan, berupaya, beriman,
MANSOR berdikari, mampu merancang dan menguruskan kehidupan serta
(2005) menyedari potensi diri sendiri sebagai seorang invidu dan ahli
masyarakat yang seimbang dan produktif selaras dengan Falsafah
Pendidikan Negara
Kanak-Kanak Khas

Jamila (2005)
-kanak-kanak khas berbeza dalam aspek ciri-ciri mental, keupayaan sensori atau deria, keupayaan
komunikasi, tingkah laku sosial dan ciri-ciri fizikal. Oleh yang demikian kanak-kanak khas
memerlukan modifikasi atau perubahan dalam aktiviti-aktiviti sekolah ataupun perkhidmatan
pendidikan khas bertujuan mengembangkan potensi diri kanak-kanak khas ke tahap yang optimum dan
tidak terabai seperti kanak-kanak normal

Sheila & Samsilah (2006)


-mengkategorikan murid berkeperluan khas adalah kanak-kanak yang memerlukan pendekatan
pengajaran dan pembelajaran yang berbeza daripada murid biasa. Murid berkeperluan khas terbahagi
kepada murid bermasalah penglihatan, bermasalah pendengaran dan bermasalah pembelajaran
(Maklumat Pendidikan Khas 2003 dalam Sheila & Samsilah 2006).
Apa Beza Pemerolehan dan
Pembelajaran?
Pemerolehan
Pembelajaran

Perbuatan (usaha,kegiatan,
dan sebagainya) memperoleh Perihal atau proses belajar;
sistem
Proses mencari pengetahuan
daripada sumber pengetahuan, Proses kegiatan belajar yang
seperti pakar dalam bidang dan dilakukan secara berterusan
dokumen ilmu, dan mengikut satu cara yang sudah
memasukkannya ke dalam ditetapkan oleh sesebuah
sistem berasaskan pihak.
pengetahuan atau
pengalaman. Proses ini boleh
dilakukan secara automatic
atau dengan bantuan jurutera
pengetahuan
BAHASA
- Susah menguasai kemahiran membaca dan
menulis,tetapi memiliki bakat,kepintaran atau
kecerdasan yang lain.

- Ini disebabkan perbezaan otak memproses


maklumat.
Punca Berlaku Masalah Pembelajaran Dalam
Kalangan Kanak-Kanak Berkeperluan Khas
Terbahagi kepada dua:

Biologi
-Merangkumi faktor-faktor baka dan penyakit-penyakit yang
menjejaskan fungsi otak dan urat saraf.
-kekurangan oksigen sewaktu kelahiran, lembam lapisan otak, dan
sawan yang berpanjangan, kandungan plumbum yang tinggi dalam
darah seseorang kanak-kanak
Psikososio
-pengaruh persekitaran yang tidak sihat
-kurang rangsangan dan perhatian daripada ibu bapa
-kemiskinan hidup
Masalah Bahasa Kanak-Kanak
Berkeperluan Khas
Fonologi
Mengalami masalah untuk mengeluarkan kata
Menghadapi masalah dari aspek pendengaran dan sistem urat
saraf mulut yang tidak normal
Sukar untuk menyebut perkataan dengan jelas dan bunyi yang
betul
Menggunakan bacaan bibir untuk memahami pertuturan
Morfologi
Tidak boleh menggunakan bahasa atau penggunaan perkataan
dengan betul
Mengambil masa yang lama untuk menguasai kemahiran
menyebut kata-kata.
Menghadapi masalah menggunakan ayat yang panjang
Mengalami masalah kelewatan di dalam pemerolehan bentuk
kata kerja yang betul
Sintaksis
Gagal memberitahu maklumat yang dikehendaki
Jarang sekali bertanya atau meminta penjelasan yang lebih
lanjut
Lebih suka mendiamkan diri daripada melibatkan diri dengan
perbualan
Semantik
Mengalami kesukaran untuk memahami makna perkataan
mengikut kategori
Mengambil masa yang lama untuk memahami sesuatu makna
Masalah kekurangan perbendaharaan kata secara kualitatif
dan kuantitatif
Pragmatik
Menghadapi kesukaran dalam menentukan giliran di dalam
perbualan mereka
Akan bercakap pada bila-bila masa tanpa menunggu giliran
untuk bercakap
JENIS-JENIS KANAK-KANAK KHAS

Masalah
Pendengaran

Masalah
Masalah
Pembelajaran
Penglihatan
Spesifik

Perkembangan Masalah
Lewat Pertuturan

Kecacatan
Fizikal
Masalah Pendengaran

Separa Pekak Pekak

Boleh menerima pendidikan secara audio Menerima pendidikan dengan


dengan menggunakan alat pendengaran. menggunakan sensori lain seperti
penglihatan.

Keupayaan mendengar antara 20-60 Keupayaan mendengar lebih 70 desibel.


desibel.

Keupayaan mendengar menggunanakan alat audiometer dan disukat dalam unit


desibel.
Masalah Penglihatan

Penglihatan terbatas (20/70 dan 20/200 dengan


penggunaan kanta pembesar)
Buta
Penglihatan terhad kepada objek yang dekat.
Kemampuan penglihatan yang terhad mempengaruhi
pergerakan dan menggangu pembelajaran.
Masalah Pertuturan

Masalah bahasa dan pertuturan (Speech and Language


Disorder) boleh dikenal pasti melalui tiga cara:-
1. pertuturan berbeza dari individu lain.
2. pertuturan yang sukar difahami.
3. seseorang yang mengelak daripada berkomunikasi
dengan orang lain.
Masalah Pertuturan

Gagap

Masalah Masalah
suara Artikulasi

Afasia Pelat
Masalah Pertuturan

Gagap Kelancaran pertuturan terganggu.

Masalah Artikulasi Pengeluar bunyi-bunyi pertuturan yang tidak


normal dan menyebabkan pertuturan tidak tepat.

Kualiti bunyi (akustik) suara tidak


Masalah suara normal.

Pelat Sebutan kurang tepat. Berlaku semasa bertutur.


Cth sebutan r dan s
Punca kecederaan otak semasa lahir.
Afasia Ketidakupayaan membentuk,
memperoleh semua makna kepada
simbol arbitrari.
Masalah Fizikal

Mempunyai ketidakupayaan fizikal. Perlu bantuan.


- Cerebral Palsy
- Epilepsi
- Spina Bfida
- Muscular Dystrophy
- Limb Deficiencies
Perkembangan Lewat (Global
Developmental Delay)

Terbahagi kepada empat kategori.

1. Sindrome Down
2. Autisme
3. Hiperaktif (ADHD)
4. Terencat Akal
*Dikenal pasti oleh John
Berkaitan ciri- Langdon
ciri / kategori Down - 1866
(penyakit) *Kini dikenali Sindrom
Down

Sindrom Down @ Trisomy 21 bermaksud


kecacatan genetik disebabkan kromosom 21
PATHOL Kelainan Ginetik dikenali sebagai trisomi
(2003) Mempunyai 3 kromosom 21 tetapi orang normal hanya ada 2 sahaja.

3 jenis Sindrom Down iaitu trisomi 21 regular, translokasi dan mosaik.


LANCER Trisomi 21 regular mempunyai 3 kromosom 21.
(2003)

Tranlokasi kombinasi kromosom 21 bercantum dengan kromosom lain.
Mosaik hanya sel tertentu memunyai kelebihan kromosom.

AMIRUL Terdapat beberapa perbezaan yang jelas diantara kanak-kanak normal


dan juga kanak-kanak sindrom down.
HAKIM Kenyataan ini berdasarkan paras muka kanak-kanak sindrom down
(2010) adalah seakan-akan sepertiorang mongol

Otot adalah lemah, dan yang lebih besar daripada ruang yang biasa di
GHAZALI antara jari kaki yang besar dan kedua.
BENYAMIN Risiko kecacatan jantung kongenital, penyakit gastroesophageal reflux,
jangkitan telinga berulang-ulang yang mungkin menyebabkan
(2011) kehilangan pendengaran, apnea tidur obstruktif, dan kegagalan tiroid
Tubuh yang pendek
Kepala bersaiz kecil
Raut wajah yang rata dengan kedudukan mata
sedikit ke atas
Lidah terjelir
Satu garis lurus di tapak tangan, tangan yang
besar, jari tangan yang pendek dan jurang yang
besar di antara ibu jari dengan jari kedua kaki.
Pertumbuhan yang lambat.
Kecacatan mental yang ringan atau sederhana
30 - 40 % kanak kanak Sindrom Down
mempunyai masalah jantung.
Pertumbuhan yang lambat, kesukaran
untuk belajar dan bertutur,
Penyakit jantung kongenital
Kecacatan pertumbuhan perut
Masalah pendengaran & penglihatan
Mudah mendapat jangkitan
Gangguan fungsi Tiroid
Barah (kanser)
Autisme boleh didefinisikan sebagai
keadaan di mana kanak-kanak suka bersendirian
dalam dunianya sendiri
merupakan gangguan perkembangan (pervasive
developmental disorder) yang melibatkan fungsi
otak.

Ia berlaku kepada kanak-kanak di antara 1-6


orang dalam 1000 orang.

Ia terjadi 4 kali lebih kerap di kalangan kanak-


kanak lelaki.

Gejala-gejala ini selalunya berlaku sebelum


kanak-kanak itu berumur 3 tahun.
Saya autisme Saya normal
Autistic
Disorder
(Autisme)

Chillhood KATEGORI Sindrom


Disintegrative
Disorder (CDD) AUTISME Asperger

Pervasive
Sindrom
Developmen
Rett
tal Disorder
Autistic Disorder (Autisme)
Berlaku sebelum usia 3 tahun
Berlakunya masalah interaksi sosial,
komunikasi dan kemampuan bermain secara
imaginasi serta adanya perilaku stereotip pada
minat dan aktiviti.

Sindrom Asperger
Masalah perkembangan interaksi sosial
Adanya minat dan aktiviti yang terbatas
Secara umum tidak menunjukkan kelewatan
dalam pertuturan.
Memiliki kecergasan yang biasa atau lebih.
Sindrom Rett
Mengalami perkembangan yg normal kemudian terjadi
kemunduran/kehilangan kemampuan yg dimilikinya
Hilangnya kemampuan fungsi tangan dan digantikan
dgn gerakkan-gerakkan tangan yg berulang-ulang (1 4
thn).
Terjadi pada anak perempuan dan jarang terjadi pada
anak lelaki.

Pervasive Developmental Disorder


Berlaku bila seorang anak tidak menunjukkan
keseluruhan kriteria pada diagnosis tertentu (Autisme,
Asperger atau Rett Syndrome).

Chillhood Disintegrative Disorder (CDD)


Menunjukkan perkembangan yg normal selama 2 tahun
pertama usia perkembangan kemudian tiba-tiba
kehilangan kemampuan yang telah dicapai sebelumnya
Tingkah laku aktif yang keterlaluan atau
sebaliknya
Tidak menerima pelajaran biasa
Tidak dapat mengawal keseimbangan fizikal
Tidak mahu perbezaan dalam kehidupan
seharian
Perasaan sayang yang keterlaluan kepada
objek
Perkataan yang diulang berkali-kali
Menangis dan marah tanpa sebab
Memutar barang
Tidak berhubungan apabila bercakap
Berkelakuan seperti orang pekak
Menunjuk dengan jari apabila bercakap
Tidak mengenali bahaya hidup
Kepayahan mennyesuaikan diri dengan kanak-
kanak lain
Tidak mahu didakap
Permainan yang luar biasa
Tidak dapat merasai kesakitan
Ketawa dengan tiba-tiba
Gangguan tidur
Perlakuan yang bongkok
Hiperaktif (ADHD)

Tidak dapat mengekalkan perhatian dan mudah


mengalih perhatian.
Mudah lupa
Lasak dan mudah cedera
Sukar siapkan tugasan
Suka benda manis
Masalah Pembelajaran Spesifik

Lembam Disleksia
Disleksia

Masalah pembelajaran berkaitan bahasa.


Mengalami kesukaran membaca, menulis, memahami,
mengeja dan mengira.
Mengalami kesulitan menyebut perkataan.
Keliru b dan d, 6 dan 9
Sukar menulis nama sendiri.
Disleksia

Disleksia Visual (penglihatan )- kesukaran untuk


mengingati dan mengenal abjad. Lihat abjad secara
terbalik.
Disleksia Auditori (pendengaran)- kesukaran mengingat
bunyi abjad, menganalisis bunyi dan menyusun suku
kata. Sukar beza bunyi vokal dan konsonan.
Disleksia Visual-Auditori-mempunyai kedua-dua
masalah. Kebolehan membaca sangat teruk.
Lembam

Perkembangan yang lambat sejak lahir.


Lambat senyum
Lambat bertindak balas terhadap bunyi dan suara
Tindak balas menggenggam masih tidak hilang walau
sudah lebih dari 3 tahun.
Bagaimana mereka memperoleh dan
mempelajari bahasa?

Kanak-kanak khas@istimewa memperoleh dan


mempelajari bahasa dalam dua bentuk :-
1. Secara tidak formal
2. Secara formal
Tidak Formal

Kanak-kanak khas ini memperoleh bahasa ibundanya


sejak kecil lagi melalui :-
1. Ibu bapa dan keluarga
2. Persekitaran
Kanak-kanak khas@istimewa ini memperoleh bahasa
seperti kanak-kanak normal.
Hal ini disokong oleh Hipotesis Nurani (The Innateness
Hypothesis) dalam linguistik iaitu pemerolehan bahasa
tidak ada hubungan dengan kecerdasan kanak-kanak,
kanak-kanak yang dungu boleh memperoleh bahasa
Proses pemerolehan bahasa mengikut jadual semula jadi
yang sama erat dengan proses kematangan kanak-kanak.
Kanak-kanak khas@istimewa ini memperoleh bahasa
daripada persekitaran terdekat seperti ibu bapa, adik abang
dll.
Cuma sama ada kuasai atau tidak, serta lambat atau cepat
bergantung kepada ketidakupayaan masing-masing.
Contoh :- kanak-kanak cacat penglihatan boleh peroleh
bahasa dengan baik melalui pendengarannya berbanding
kanak-kanak sindrom down yang hanya memperoleh
beberapa perkataan sahaja.
LAD (language Acquisition Device) telah dimiliki oleh setiap
kanak-kanak secara semula jadi.
Kanak-kanak khas@istimewa ini berhubung dengan ibu
bapanya dengan gunakan holofrasa.
Holofrasa ialah perkataan yang mempunyai erti tersendiri.
Contoh : kanak-kanak bermasalah pertuturan akan
mengeluarkan satu bunyi seperti mmmmammammmbagi
menandakan dia ingin makan. Bunyi ini hanya akan difahami
oleh ibunya.
Walaupun kanak-kanak khas ini terhad keupayaan dari sudut
fizikal atau mental, ada satu di dalam diri mereka yang
mendorong mereka memperoleh bahasa iaitu konsep ruang
penghidupan bagi memastikan keperluannya dipenuhi.
Menurut Lewin (1938, 1951), konsep ruang penghidupan
terdiri daripada diri sendiri (keperluan utama diri) dan
lingkungan perilaku.
Menurut konsep ini, tujuan yang ingin di capai akan
membangkitkan kuasa penarik sehinggakan ia melakukan
sesuatu bagi mendapatkannya.
Pendidikan Formal

Kanak-kanak khas@istimewa juga dapat memperoleh dan


mempelajari bahasa melalui pendidikan formal.
Di Malaysia, prinsip pendidikan untuk semua disokong
dengan dasar dan akta seperti Akta Orang Kurang Upaya
2008, Peraturan-peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas)
2013 dan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-
2025.
Dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia, kanak-
kanak ini diberi peluang untuk belajar dengan menggunakan
kurikulum khas yang dinamakan Kurikulum Pendidikan
Khas.
Di sekolah, kanak-kanak mempunyai RPI tersendiri bagi
menentukan objektif pembelajaran mereka sampai tahap
mana.
Kaedah pengajaran untuk murid-murid ini juga berlainan
dan mengikut tahap keupayaan mereka.
Antara kaedah pengajaran digunapakai ialah :
1. Bacaan bibir
2. Pengejaan jari
3. Bahasa isyarat
4. Sistem Braille
5. TMK
6. Pendidikan inklusif
Fonologi
-kaedah intervensi adalah dari segi fonologi, langkah
intervensi yang boleh diambil ialah dengan menjalankan
terapi pertuturan seperti meniup belon, meniup ke dalam
air dengan menggunakan straw, menjilat lolipop
menggunakan lidah, menjilat ais krim serta pernafasan
iaitu dengan menahan nafas di dalam air. Teknik ini secara
tidak langsung sebagai senaman untuk menguatkan otot
mulut.
Morfologi
1. Kaedah skills pembinaan komunikasi iaitu satu contoh bahan
komersil yang digunakan untuk memperkayakan perkembangan
pembentukan kata.
2. Kaedah reformulate. Contohnya, guru memperkenalkan murid
dengan perkataan kadang-kadang, semalam, esok dan sekarang
mengikut situasi dan konteks yang betul supaya murid boleh
menceritakan sesuatu berdasarkanmasa.
3.Latihan penggunaaan imbuhan awalan dan akhiran juga diberi
penekanan agar murid dapat menggunakan penambahan imbuhan
tersebut mengikut konteks ayat yang betul. Contoh: imbuhan mem
dan an. Saya membeli makanan ... Saya membeli makanan di kantin.
Sintaksis
intervensi yang boleh dijalankan ialah dengan melakukan
perubahan daripada belajar secara individu kepada
pembelajaran kumpulan. Fokus pengajaran di sini guru
perlulah melebihkan tumpuan kepada aspek pembinaan
perkataan, membaca dan menulis ayat yang mudah. Antara
aktiviti yang boleh dijalankan oleh guru kepada murid-
murid ini adalah dengan penggunaan perkataan di dalam
permainan bahasa.
Semantik
memberi penekanan kepada aspek kofnitif, linguistik,
logik, persekitaran dan motivasi kepada murid. Aktiviti
yang membantu ialah mengajar perkataan di dalam
pertuturan dialek harian serta bahasa kiasan yang sering
digunakan kerana perkataan tersebut tidak ditemui di
dalam kamus.
Pragmatik
menjalankan penilaian dan pemulihan khusus. Pemulihan yang
dijalankan merangkumi aspek tingkah laku, psikolonguistik dan
interaksi sosial untuk menggalakkan mereka berinteraksi dan
berkomunikasi dengan penggunaan konteks bahasa yang betul.
Contoh: latihan komunikasi melalui aktiviti lakonan. Latihan
teknik penyoalan perlu ditekan untuk membimbing murid
mengemukakan dan memahami soalan apabila diterangkan oleh
guru.
Antara kegiatan pembelajaran yang sesuai dijalankan oleh guru
untuk meningkatkan kemahiran bertutur di kalangan murid ialah
mengadakan latih tubi sebutan untuk membetulkan kesalahan
penyebutan yang telah dikenal pasti. Perbualan secara terpimpin,
dialog dan soal jawab boleh dijalankan untuk memberi peluang
kepada pelajar bercakap tanpa perasaan malu, takut, dan bosan.
Guru juga boleh mempersembahkan satu daya kreatif berdasarkan
skrip yang sedia ada atau yang dicipta oleh murid sendiri. Guru dan
murid boleh membincangkan berita dan peristiwa semasa,
membincang isi yang terdapat dalam satu gambar bersiri,
membincang aspek-aspek satu filem atau slaid yang telah
diperlihatkan.
Kebolehan menulis memerlukan kematangan urat saraf dan
urat daging yang mengawal jari dan tangan. Ini amat penting
untuk pelarasan bagi membolehkan seseorang menulis.
Kanak-kanak sewaktu berumur dua tahun telah boleh
menggunakan jari dan tangan mereka untuk menconteng dan
membuat gambar mengikut tanggapan mereka. Latihan
peringkat rendah menekankan aktiviti seperti melakukan
latihan pergerakan tangan. Kemudian meggalakkan murid
menguasai gerak tangan yang bebas supaya mereka boleh
menulis dengan selesa dan sempurna.
Kesimpulan

Kanak-kanak khas@istimewa @ murid-murid


berkeperluan khas ini memerlukan bantuan dan
sokongan daripada masyarakat bagi memastikan mereka
dapat mengikuti pembelajaran seperti kanak-kanak
normal yang lain.
Pemerolehan dan pembelajaran bahasa mereka mungkin
tidak sehebat atau semahir murid-murid normal tetapi
ianya cukup untuk mereka gunakan sebagai penerus
kelangsungan hidup.
Rujukan

1.Mangantar Simanjuntak. (2016). Pengantar Psikolinguistik


Moden. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka
2. Nordin Mamat. (2005). Asas Sosial Kanak-Kanak. Batu
Caves : Prospecta Printers Sdn Bhd.
3. Zamri Mahamod. (2015). Psikolinguistik dan Pengajaran
Bahasa. Bangi : Fakulti Pendidikan UKM
http://www.washington.edu/doit/

http://kssr.bpk.my/pengenalan/pendidikan_khas

You might also like