You are on page 1of 40

TOPIK 5

MENANGANI PENSTRUKTURAN MODAL TEROKA

Objektif:

 Menjelaskan ciri-ciri modal bagi syarikat modal


teroka

1
TOPIK 5
MENANGANI PENSTRUKTURAN MODAL TEROKA

Ciri utama yang diharapkan oleh semua pelabur bagi


syarikat modal teroka adalah tahap kecairan yang
tinggi (mudah untuk dijual semula).

Oleh itu, pelbagai jenis instrumen modal teroka dibentuk


yang boleh memenuhi tahap kecairan yang dikehendaki
oleh pelabur.

2
TOPIK 5
MENANGANI PENSTRUKTURAN MODAL TEROKA

Ciri asas sekuriti ekuiti persendirian


Secara umum, pelabur bagi syarikat modal teroka kurang
berminat jika ditawarkan saham biasa kerana:
a. Saham biasa menunjukkan milikan dalam sesebuah
syarikat. Jika berlaku kerugian, pemegang saham biasa
merupakan pihak terakhir yang akan mendapat
pulangan modal selepas pemeganang bon dan pemegang
saham terutama.
b. Pelabur lebih berminat dengan saham terutama, kerana
mempunyai tahap kecairan yang lebih tinggi berbanding
saham terutama dari segi penjualan aset jika berlaku
kebankrapan syarikat. Saham terutama mempunyai nilai
muka/nilai par dimana ciri ini tiada pada saham biasa.
Pelabur boleh menjual semula saham mereka pada nilai
muka dan bukan pada nilai pasaran seperti yang terdapat
pada saham biasa.
3
TOPIK 5
MENANGANI PENSTRUKTURAN MODAL TEROKA

Saham terutama
Saham yang menggabungkan sebahagian ciri-ciri saham
biasa dan sebahagian ciri-ciri bon
a. Persamaan dengan saham biasa
- tidak mempunyai tarikh matang yang tetap
- sekiranya tiada dividen dibayar pada tahun tersebut,
hal ini tidak membawa kepada muflis.
b. Persamaan dengan bon
- dividen adalah dalam amaun yang tetap
- dividen saham terutama adalah ditetapkan dalam
ringgit atau peratusan daripada nilai muka. Contoh
saham keutamaan RM100, 8%.

4
TOPIK 5
MENANGANI PENSTRUKTURAN MODAL TEROKA

Hak-hak Pemegang Saham terutama:


1. Keutaman tuntutan terhadap pembahagian
dividen.
Dividen saham keutamaan akan dibayar dahulu sebelum
pembayaran dividen kepada pemegang saham biasa.
2. Menerima dividen yang tetap
Pemegang saham keutamaan berhak menerima kadar
dividen yg tetap dan tidak bergantung kepada jumlah
keuntungan yg diperolehi. Dividen yang diterima adalah
tetap dan terjamin.

5
TOPIK 5
MENANGANI PENSTRUKTURAN MODAL TEROKA

Hak-hak Pemegang Saham terutama:


3. Keutaman tuntutan aset
Di dalam kes penggulungan syarikat, pemegang saham
keutamaan mempunyai keutamaan tuntutan ke atas
pembahagian aset syarikat. Saham keutamaan akan
dilunaskan selepas tuntutan pemiutang (Creditors)
selesai.
4. Tiada kuasa hak mengundi
Pemegang saham keutamaan bukan pemilik Syarikat
dan tidak berhak untuk mengundi atau campurtangan
dalam pengurusan dan pentadbiran.

6
TOPIK 5
MENANGANI PENSTRUKTURAN MODAL TEROKA

Jenis-jenis saham terutama termasuklah saham terutama


biasa, saham terutama bolehtukar, saham terutama
penyertaan dan saham terutama terkumpul.
Ciri-ciri saham terutama
Walaupun saham terutama yang pelbagai jenis adalah unik
di antara satu sama lain, terdapat beberapa ciri yang hampir
sama di antara saham- saham tersebut.
i) pelbagai kelas
Terdapat pelbagai kelas saham terutama yang boleh
dikeluarkan oleh syarikat dan setiap kelas ini mempunyai
ciri yang berbeza. Misalnya ada di antara saham terutama
yang boleh ditukarkan kepada saham biasa dan ada yang
mempunyai keutamaan yang berbeza berkaitan dengan aset
jika berlakunya kemuflisan.

7
TOPIK 5
MENANGANI PENSTRUKTURAN MODAL TEROKA

ii) Keboleh tukaran


Kebanyakan saham terutama yang dikeluarkan hari ini
boleh ditukarkan kepada satu jumlah saham biasa. Ia
boleh mengurangkan kos saham terutama kepada pengeluar.
(iii) Tuntutan ke atas aset dan pendapatan
Saham terutama mempunyai keutamaan dibandingkan
dengan saham biasa keatas tuntutan aset sekiranya berlaku
kemuflisan. Tuntutan saham terutama akan di penuhi
selepas bon dan sebelum saham biasa. Ia juga
mempunyai keutamaan keatas tuntutan individu
dibandingkan saham biasa. Ini bermaksud, firma mesti
membayar dividen saham terutama dahulu sebelum dividen
saham biasa. Oleh itu,dari segi risiko, ia adalah lebih
selamat bagi pemegang.

8
TOPIK 5
MENANGANI PENSTRUKTURAN MODAL TEROKA

iv) Ciri kumulatif


Kebanyakan saham terutama mempunyai ciri kumulatif
yang memerlukan dividen yang terdahulu yang belum
dibayar perlu dijelaskan sebelum dividensaham biasa
boleh diisytiharkan. Tujuannya adalah untuk
memberikan satu tahap perlindungan untuk pemegang
saham terutama.
v) Peruntukan perlindungan
Peruntukan perlindungan adalah membenarkan hak
mengundi kepada pemegang saham terutama sekiranya
terhenti/tiadanya pembayaran dividen. Misalnya hak
mengundi ini diberikan setelah dividen saham terutama
tidak dibayar beberapa tahun.

9
TOPIK 5
MENANGANI PENSTRUKTURAN MODAL TEROKA

vi) Penyertaan
Walaupun jarang terdapat ciri penyertaan ini, tetapi ia
meningkatkan kos. Ciri ini membolehkan pemegang
saham terutama memperolehi pembayaran dividen
melebihi dari kadar dividen yang ditentukan. Walau
bagaimanapun, ia bergantung kepada pendapatan
syarikat.
vii) Dibayar dengan saham terutama
Dalam ciri ini, pelabur tidak dibayar dividen pada
awalnya tetapi mereka memperolehi tambahan saham
terutama. Setelah beberapa tahun barulah dividen tunai
diberi.

10
TOPIK 5
MENANGANI PENSTRUKTURAN MODAL TEROKA

kelebihan saham terutama kepada firma/pengeluar


ialah
i. Saham terutama tidak mempunyai tarikh matang.
Tetapi ia boleh dipanggil/ ditebus. Ini memberikan
kelebihan kepada syarikat untuk menggantikan
sumber modal dari saham terutama kepada
hutang/pinjaman jika kadar faedah pinjaman
merosot.
ii. Pemegang saham terutama tiada hak mengundi
maka ia tidak akan menggugat pemilik firma.

11
TOPIK 5
MENANGANI PENSTRUKTURAN MODAL TEROKA

iii. Saham terutama tidak menyebabkan kemuflisan


sekiranya dividen tidak dibayar. Tidak seperti hutang,
kegagalan pembayaran faedah ke atas boleh
menyebabkan syarikat diistiharkan muflis.
iv. Pembayaran dividen adalah terhad kepada amaun
dinyatakan. Ia berbeza dengan saham biasa di mana ia
tertakluk kepada pendapatan.

12
TOPIK 5
MENANGANI PENSTRUKTURAN MODAL TEROKA

Kelemahan saham terutama kepada pengeluar/syarikat


i. Walaupun dividen saham terutama boleh tidak
dibayar, tetapi cirinya yang kumulatif menjadi isu
pembayaran adalah wajib.
ii. Kos saham terutama adalah lebih tinggi daripada
bon dan ia adalah lebih berisiko.

13
TOPIK 5
MENANGANI PENSTRUKTURAN MODAL TEROKA

Terdapat pelbagai jenis saham terutama yang ditawarkan


oleh syarikat modal teroka:
• Redeemable Preferred/straight preferred
• Convertible Preferred Stock
• Participating Convertible Preferred Stock
• Multiple Liquidation Preferences
• Exotic Securities (“Gingerbread”)
• Seniority and the Interplay of Multiple Securities
• Dividends

14
TOPIK 5
MENANGANI PENSTRUKTURAN MODAL TEROKA

Redeemable Preferred/ straight preferred


(Saham keutamaan boleh tebus)
- Syarikat penerbit wajib membeli semula saham-
saham utama ini sepanjang tempoh pembiayaan
dengan membuat pembayaran balik kepada pelabur.
- merupakan saham yang tidak boleh ditukar kepada
saham biasa. Nilai intrinsiknya terdiri dari nilai muka
saham terutama dan jumlah dividen.
- Saham boleh tebus pilihan mengandungi opsyen
panggilan (call option) yang membolehkan syarikat
modal teroka menebus saham ini sebelum sampai
tempoh matang. Syarikat boleh membeli semula
saham yang dijual kepada pelabur dengan membayar
pada harga yang ditetapkan beserta dividen. Harga
syer ditetapkan semasa syer itu diterbitkan. Syer ini
boleh dibeli oleh syarikat pada jumlah harga tertentu
selepas suatu tempoh masa. 15
TOPIK 5
MENANGANI PENSTRUKTURAN MODAL TEROKA

Convertible Preferred Stock


(Saham keutamaan boleh tukar)
- Saham ini boleh ditukarkan kepada saham biasa oleh
pelabur pada masa akan datang sebelum tarikh
matang.
- Sekiranya ketika matang, semua atau baki masih
tidak ditukar, maka syarikat penerbit akan menebus
balik dengan membayar nilai nominal atau menukar
status saham kepada bentuk yang dipersetujui.
- Jenis saham terutama yang memberi pilihan kepada
pelabur untuk menukarnya kepada beberapa unit
saham biasa bagi suatu tempoh yang ditetapkan.
Pemegang syer akan terima faedah sepertimana
pemegang syer biasa.
16
TOPIK 5
MENANGANI PENSTRUKTURAN MODAL TEROKA

Participating Convertible Preferred Stock (PCPS)


(Saham keutamaan penyertaan)
- Pemegang saham memiliki hak khusus kepada
pembahagian keuntungan selain daripada dividen
tetap. Satu pegangan ekuiti yang memberikan pelabur
hak untuk menuntut lebihan pendapatan (bersama-
sama dengan para pemegang saham biasa) sebagai
tambahan kepada dividen saham terutama yang telah
ditetapkan.
- Perkongsian keuntungan ini tidak tetap dan
bergantung kepada prestasi tahunan syarikat penerbit.
- PCPS biasa digunakan dalam pembiayaan modal
usaha niaga; pemodal teroka sering akan membuat
pilihan untuk menukar PCPS mereka kepada saham
biasa apabila mereka berhasrat untuk keluar dari
pelaburan. 17
TOPIK 5
MENANGANI PENSTRUKTURAN MODAL TEROKA

Multiple liquidation preferences


Satu pilihan kecairan memberikan pelabur VC yang
"hak pertama" untuk apa-apa hasil kepada pemegang
saham terutama sekiranya berlaku pembubaran atau
penjualan syarikat, sebelum hasil diagihkan kepada
pelabur lain termasuklan pemegang saham terutama
yang lain dan pemegang saham biasa.

18
TOPIK 5
MENANGANI PENSTRUKTURAN MODAL TEROKA

Multiple liquidation preferences


Terdapat tiga jenis pilihan kecairan/pembubaran:
1. kecairan/pembubaran lurus
pemegang saham terutama menerima pulangan
keseluruhan pelaburan (termasuk sebarang dividen
terakru) sebelum pengagihan apa-apa hasil dibuat
kepada kepada pemegang saham biasa.

19
TOPIK 5
MENANGANI PENSTRUKTURAN MODAL TEROKA

2. kecairan/pembubaran penyertaan
Sama seperti pembubaran lurus, pemegang saham terutama
menerima pulangan keseluruhan pelaburan (termasuk
sebarang dividen terakru) sebelum pengagihan apa-apa hasil
dibuat kepada kepada pemegang saham biasa.
Walaubagaimanapun, pemegang saham juga menerima hasil
seperti saham biasa secara pro rata jika ada lebihan tunai
setelah pembubaran syarikat.
3. kecairan/pembubaran dihadkan - pemegang saham
terutama menerima pulangan keseluruhan pelaburan
(termasuk sebarang dividen terakru), tetapi hasil yang
diterima dihadkan, bergantung kepada hasil yang diperolehi
melalui pembubaran syarikat.

20
TOPIK 5
MENANGANI PENSTRUKTURAN MODAL TEROKA

Exotic Securities (“Gingerbread”)


Penebusan sekuriti yang dibuat pada harga pasaran pada
tempoh matang. Sekuriti ini juga mempunyai pelbagai
jenis pilihan kecairan/pembubaran.
Seniority and the Interplay of Multiple Securities
Syarikat modal teroka menebitkan satu saham terutama
tetapi mempunyai tahap kecairan berbeza dan
ditandakan sebagai Siri A (senior), B (junior) dan C
(mezzanine). Setiap siri ini mempunyai mempunyai
tahap keutamaan kecairan yang berbeza, contohnya siri
A mempunyai hak untuk menerima pulangan pelaburan
terlebih dahulu berbanding siri B dan C.

21
TOPIK 5
MENANGANI PENSTRUKTURAN MODAL TEROKA

Dividends
Dalam pasaran kewangan konsep dividen agak berbeza
bagi syarikat modal teroka berbanding sykt berhad. Hal
ini kerana syarikat modal teroka lebih mementingkan
keuntungan dilaburkan semula ke dalam syarikat.
Pembayaran dividen boleh menghadkan perkembangan
syarikat yang baru hendak bermula.

22
TOPIK 5
MENANGANI PENSTRUKTURAN MODAL TEROKA

Lain-lain saham keutamaan


Increasing rate preferred shares (Saham keutamaan
kadar menaik)
Saham ini memberi peluang kepada pemegangnya untuk
memperoleh dividen mengikut tahap
pasaran normal pada satu jangka masa tertentu.
perpetual/irredeemable preferred shares (Saham
keutamaan kekal/tidak boleh tebus)
Ciri kekal bermakna ia tiada tempoh matang atau jangka
masa pembiayaan tertentu.
non-cumulative preferred shares (Saham keutamaan
bukan kumulatif)
Ciri bukan kumulatif bermakna tiada jaminan pulangan
dividen pada masa hadapan dan syarikat penerbit tidak
memiliki obligasi kontrak untuk menjelaskannya.
23
TOPIK 5
MENANGANI PENSTRUKTURAN MODAL TEROKA

Terma-terma dalam saham terutama


1. vesting

2. perjanjian (covenants)

3. Antidilution provisions

24
TOPIK 5
MENANGANI PENSTRUKTURAN MODAL TEROKA

Terma-terma dalam saham terutama


1. vesting
Dalam syarat ini, pengurus saham tidak dianggap
pemilik syarikat sehinggalah mereka kekal berada dalam
syarikat untuk suatu tempoh.
2. perjanjian (covenants)
perjanjian, biasanya formal, di antara dua orang atau
lebih (antara pelabur dan syarikat) untuk melakukan atau
tidak melakukan sesuatu yang telah dipersetujui. Tujuan
perjanjian adalah sebagai perlindungan kepada pelabur
dan syarikat modal teroka.

25
TOPIK 5
MENANGANI PENSTRUKTURAN MODAL TEROKA

Perjanjian – positif
Kebaikan dari perjanjian ini adalah apabila ada terma
yang mahukan syarikat mengeluarkan lapuran tahunan,
membayar cukai dan hutang tepat pada waktunya,
membuat perancangan kewangan dan lain-lain aktiviti
yang berkaitan.
Perjanjian – negatif
Kelemahan dari perjanjian ini adalah apabila ada terma
yang boleh menghadkan perkembangan syarikat.
Contohnya setiap strategi perlu dapat kelulusan semua
pelabur.

26
TOPIK 5
MENANGANI PENSTRUKTURAN MODAL TEROKA

Terma yang sering terdapat dalam covenants


1. put or sell
hak untuk membeli atau menjual saham pada harga yang
ditetapkan. Pelabur dan syarikat akan menentukan harga
muka atau harga pasaran akan dibayar semula kepada
pelabur jika pembubaran syarikat dilakukan
2. registration rights
hak untuk membenarkan syarikat mendaftarkan saham
pelabur supaya saham boleh dijual di pasaran awam

27
TOPIK 5
MENANGANI PENSTRUKTURAN MODAL TEROKA

3. piggybacks rights
Hak pendaftaran piggyback melayakkan pelabur untuk
mendaftar saham mereka-saham biasa apabila syarikat
itu menjalankan tawaran awam, tertakluk kepada
pengecualian tertentu.
4. Purchase agrement
Syarikat menentukan jumlah peratusan yang dibenarkan
oleh pelabur untuk membeli saham yang ditawarkan
kerana hal ini akan menentukan saiz dan komposisi alhli
lembaga pengarah.
5. information rights
Hak yang membolehkan pelabur berunding dengan
pihak pengurusan untuk menentukan setakat mana
informasi syarikat perlu diumumkan kepada pelabur.

28
TOPIK 5
MENANGANI PENSTRUKTURAN MODAL TEROKA

3. Antidilution provisions
anti-pencairan memberikan perlindungan kepada
pemegang saham terutama untuk membolehkan saham
mereka tidak ditebus jika harga saham berada pada
harga yang rendah. Anti-pencairan membenarkan
pemegang saham menaikkan kadar tukaran saham jika
harga saham rendah untuk membolehkan mereka
menerima pulangan yang lebih tinggi dari pelaburan
awal telah dibuat.

29
TOPIK 6
SELEPAS PEROLEHAN MODAL TEROKA

Objektif:

Menerangkan kepada pelajar konsep dalam modal teroka


tentang:
- Lembaga pengarah
- Tadbir urus syarikat

30
TOPIK 6
SELEPAS PEROLEHAN MODAL TEROKA

komposisi lembaga pengarah modal teroka vs lembaga


pengarah syarikat yang telah dibeli (buyout)
Setiap syarikat mempunyai Pengarah-Pengarah yang
membentuk lembaga pengarahnya. Saiz lembaga pengarah
berbeza.Saiz lembaga pengarah modal teroka adalah kecil –
setakat 2-3 orang, tetapi bagi syarikat buyout mungkin 7-9
pengarah.
Kedua-dua syarikat ini memerlukan governance (tadbir urus
syarikat).
Governance – sistem yang digunakan untuk mengarahkan
dan mengelola kegiatan firma. Ia merujuk kepada operasi
syarikat yang berasakan undang-undang, proses dan
peraturan. Ia juga menyatakan tentang hak dan
tanggungjawab semua stakeholder dalam syarikat.

31
TOPIK 6
SELEPAS PEROLEHAN MODAL TEROKA

Lembaga pengarah – menentukan governance syarikat


Secara teori, Lembaga Pengarah Syarikat adalah disamakan
dengan otak seseorang individu. Kalau pekerja-pekerja biasa
adalah kakitangan melalui mana syarikat bergerak dan
bertindak, maka Lembaga Pengarah adalah bahagian
pemikiran di mana keputusan penting dan tertentu dibuat.
Ahli-ahli Lembaga Pengarah adalah bertanggungjawab dari
segi undang-undang untuk mentadbir syarikat yang
berkenaan. Adalah menjadi tugas mereka untuk melantik
Ketua Eksekutif atau Pengurus Utama untuk menjalankan
urusan harian. Tetapi perkara-perkara yang penting dan
tertentu harus dirujuk dan diputuskan oleh Lembaga
Pengarah.

32
TOPIK 6
SELEPAS PEROLEHAN MODAL TEROKA

Kuasa ahli lembaga pengarah


Pihak berkuasa tertinggi syarikat ialah jemaah pengarahnya.
Lembaga Pengarah akan membuat ketetapan ke atas segala
dasar yang perlu dijalankan oleh Syarikat.
Lembaga pengarah ialah badan yang terdiri daripada anggota
yang dipilih atau dilantik untuk menyelia kegiatan sesebuah
syarikat atau pertubuhan. Badan ini kadangkala mempunyai
nama yang lain seperti lembaga pemegang amanah, lembaga
gabenor, lembaga pengurus, atau lembaga eksekutif.

33
TOPIK 6
SELEPAS PEROLEHAN MODAL TEROKA

Tugas lembaga pengarah yang umum termasuklah:


- Mentadbirkan firma berasaskan dasar dan matlamat yang
umum
- Memilih, melantik, menyokong, dan mengkaji semula
prestasi ketua eksekutif
- Memastikan ketersediaan sumber kewangan yang
mencukupi
- Meluluskan belanjawan tahunan
- Bertanggungjawab kepada pemegang amanah harta untuk
prestasi pertubuhan.

34
TOPIK 6
SELEPAS PEROLEHAN MODAL TEROKA

Secara ringkasnya, peruntukan tersebut memberikuasa


kepada pengarah untuk

i. mengurus perniagaan syarikat dan untuk menjalankan


semua kuasa yang ada pada syarikat.

ii. hak untuk mengundi

iii. mempunyai hak milik terhadap sykt (bergantung kepada


peratusan sumbangan modal).

35
TOPIK 6
SELEPAS PEROLEHAN MODAL TEROKA

Pelabur ekuiti persendirian boleh mengawal lembaga


pengarah melalui hak mengundi melalui
a. one vote per director
Setiap pelabur mengundi di mesyuarat mempunyai satu undi
pada satu ketika.
b. weights votes
jumlah undian berdasarkan peratusan milikan pelabur
b. special voting rights
undian bagi hal transaksi, contohnya kebenaran untuk
pengambialihan syarikat

36
TOPIK 6
SELEPAS PEROLEHAN MODAL TEROKA

tadbir urus korporat (corporate governance)


sistem yang digunakan untuk mengarahkan dan mengelola
kegiatan firma. Ia merujuk kepada operasi syarikat yang
berasakan undang-undang, proses dan peraturan. Ia juga
menyatakan tentang hak dan tanggungjawab semua
stakeholder dalam syarikat.
ia merujuk kepada syarikat/firma, dimana wujudnya
penggabungan beberapa kumpulan menjadi sebuah badan
yang ditadbir secara bersama. Kumpulan tersebut bertindak
sebagai satu individu atau atau sebuah badan secara kolektif
dalam firma.

37
TOPIK 6
SELEPAS PEROLEHAN MODAL TEROKA

Pengumpulan maklumat dan pemantauan


Lembaga pengarah secara berterusan akan menyalurkan
maklumat dibawah kepada pelabur
1. bajet
Pihak dan pelabur perlu bersetuju tentang perancangan
kewangan syarikat modal teroka. Ahli lembaga pengarah
akan membentuk strategi dan menilai prestasi sykt.
2. Petunjuk prestasi utama (Key performance indicators)
Petunjuk ini akan membahagikan matlamat bajet kepada
beberapa bahagian kecil supaya akhirnya prestasi syarikat
dapat dicapai.

38
TOPIK 6
SELEPAS PEROLEHAN MODAL TEROKA

3.tahap pencapaian (milestones)


Maklumat bajet dan petunjuk akan menunjukkan tahap
pencapaian syarikat
4. Penilaian prestasi kewangan (management
performance review)
Oleh kerana pihak pengurusan akan menghantar lapuran
kepada lembaga pangarah, lapuran ini akan dinilai oleh
lembagai atau konsultan yang dilantik.
5. Audit perakaunan bebas (independent accounting
audit)
Lapuran pengurusan mestilah telus. Oleh itu lapuran ini
perlu dinilai oleh pihak luar.
6.penilaian lapuran strategi berkala

39
SIDANG VIDEO 2

SEKIAN
TERIMA KASIH

40

You might also like