You are on page 1of 5

Intermediate Financial Accounting II

Chapter 1 : Shares and Debentures

1.1 Struktur Modal Syarikat


Sumber modal syarikat selalunya datang dari pemegang saham syarikat yang
menyumbang modal kepada syarikat.
Dalam membincangkan struktur modal dan sumbangan pemegang saham,
terdapat astu istilah yang dipanggil Entiti Berasingan yang juga terkandung di
dalam Akta Syarikat 1965.
Entiti Berasingan menyatakan bahawa tanggungan pemegang saham adalah
terhad kepada modal yang disumbungkan. Sekiranya syarikat mengalami
kerugian, maka kerugian syarikat tidak akan ditanggung oleh pemegang saham.
Sebaliknya hanya ditanggung oleh syarikat sepenuhnya.
Pemilikan syarikat adalah berdasarkan kepada pegangan saham. Semakin besar
jumlah saham yang pegang oleh pemegang saham, semakin besar kuasa terhadap
syarikat.
Setiap hak dan tanggung jawab pemegang saham dinyatakan dalam Memorandum
and Articles Of Associates syarikat yang juga menyenaraikan kuasa pemegang
saham dan aspek pengurusan syarikat.
Terdapat dua jenis syarikat dengan liabiliti yang terhad iaitu
o Public Company : Pemegang saham datang daripada orang awam dan
saham boleh didagangkan dalam pasaran terbuka.
o Private Company : Pemegang saham datang dari ahli keluarga dan tidak
membenarkan saham didagangkan dalam pasaran saham.

1.2 Jenis-Jenis Modal Saham


Jenis Modal Penerangan
Saham
Modal Jumlah saham maksimum yang boleh
dibenarkan ditawarkan kepada pemegang saham
Juga dikenali sebagai Modal Nominal atau
Modal Berdaftar
Nilai Muka @ Nilai seunit saham semasa diterbitkan
Nilai Nominal Nilai nominal adalah tetap walaupun harga
pasaran saham tidak menentu
Modal Jumlah modal saham yang ditawarkan dan
Diterbitkan diagihkan kepada pemagang saham

Prepair By : Jumardi Singare (mardi_umar83@yahoo.com) 1


Intermediate Financial Accounting II

Sama boleh diterbitkan dalam bentuk tunai


atau bukan tunai
Modal Called- Apabila saham diterbitkan, pembeli tidak
Up semestinya membayar semua nilai saham. Pembayaran boleh
dibuat secara berperingkat yang mana dikenali sebagai Called-
Up Capital.
Modal Tidak Perbezaan antara Modal diterbitkan dan
Dipanggil Modal Dipanggil.
Bahagian nilai nominal yang masih lagi
dipanggil
Modal Bahagian Modal Dipanggil yang telah
Berbayar dibayar oleh pemegang saham

1.3 Kelas-Kelas Saham


Saham terbahagi kepada dua jenis yang utama iaitu saham biasa
dan saham keutamaan.
Saham Biasa Saham Keutamaan
Sumber modal Sumber modal
utama syarikat kedua syarikat
Pemegang saham Pemegang saham
mempunyai hak mengundi lembaga tidak mempunyai hak mengundi
pengarah lembaga pengarah
Pulangan dividen Pulangan dividen
adalah berdasarkan kepada keuntunga yang tetap kepada pemegang saham
syarikat walaupun syarikat mungkun mengalami
Tiada kuasa untuk kerugian
menentukan jumlah dividen kepada Dividen akan
pemegang saham biasa dibayar terlebih dahulu sebelum
Lembaga dividen dibayar kepada pemegang
pengarah juga ada kuasa untuk tidak saham biasa
memberikan dividen kepada Jika syarikat
pemegang saham bergantung bankrap, modal pemegang saham
kepada pencapaian dan prestasi keutamaan akan dibayar terlebih dahulu
syarikat selepas hutang syarikat dibayar
Tidak mempunyai Kurang berisiko

Prepair By : Jumardi Singare (mardi_umar83@yahoo.com) 2


Intermediate Financial Accounting II

kuasa membuat keputusan syarikat berbanding saham biasa


Jika syarikat
bankrap, modal pemegang saham
hanya akan dibayar setelah kesemua
hutang syarikat dan bayaran kepada
pemegang saham keutamaan dibayar
Berisiko tinggi
berbanding saham keutamaan

Kelebihan Saham Keutamaan


o Bayaran Dividen : Syarikat akan membayar dividen yang tetap kepada
pemegang saham keutamaan walaupun syarikat mengalami kerugian
o Hutang Jangka Panjang Tetap : Tidak perlu dibayar semula kecuali apabila
saham ini dicairkan
o Hak Pengundian : Tiada hak pengundian dan mungkin bebas daripada
tekanan pengurusan syarikat
Jenis-Jenis Saham Keutamaan
o Saham Keutamaan Terkumpul @ Tidak Terkumpul
Saham Keutamaan Terkumpul : Membenarkan dividen dibawa ke
tahun kewangan yang berikutnya sekiranya dividen tidak dibayar pada
tahun semasa. Nilai dividen akan ditambah pada tahun kewangan yang
berikutnya.
Saham Keutamaan Tidak Terkumpul : Pemegang saham
kehilangan hak untuk menerima dividen sekiranya dividen tidak dibayar
pada tahun semasa.
o Saham Keutamaan Boleh Tebus @ Tidak Boleh Tebus
Saham keutamaan adalah hutang tetap jangka panjang dan hanya
dibayar semula apabila saham ini dicairkan. Walau bagaimanapun,
terdapat sesetengah saham yang boleh ditebus semula.
Walau bagaimanapun, syarikat perlu menggantikan nilai yang telah
ditebus tersebut dengan menerbitkan saham keutamaan baru dengan
jumlah yang sama dengan nilai penebusan saham atau memindahkan
jumlah keuntungan terkumpulan dan dirizabkan ke dalam Akaun Modal
Rizab
o Saham Keutamaan Penyertaan @ Bukan Penyertaan

Prepair By : Jumardi Singare (mardi_umar83@yahoo.com) 3


Intermediate Financial Accounting II

Merujuk kepada baki keuntungan yang tinggal setelah dividen


saham biasa dibayar kepada pemegang saham biasa dan berkemungkinan
akan diagihkan kepada pemegang saham keutamaan.
Perbezaa Antara Saham Biasa dan Saham Keutamaan
Perkara Saham Biasa Saham Keutamaan
Hak Mempunyai hak mengundi Tidak mempunyai hak mengundi
Mengundi
Pulangan Dividen bergantung kepada Dividen adalah tetap
keuntungan
Masa Menerima bayaran semula modal Modal dibayar sebelum modal
Kecairan selepas modal saham keutamaan saham biasa dibayar
dijelaskan
Keboleh Tidak boleh ditebus Boleh ditebus
Tebusan
Kelas Hanya satu kelas saham Beberapa kelas saham (Boleh
saham Tebus, Terkumpul & Penyertaan)

1.4 Debentur (Saham Pinjaman)


Adalah kontrak jangka panjang di mana peminjam bersetuju
membayar prinsipal dan faedah pinjaman dalam masa pegangan debentur.
Debentur adalah sama dengan pinjaman tetapi akan diiklankan apabila diterbitkan
untuk tujuan jualan kepada orang awam atau pelabur.
Berikut adalah perbezaan antara debentur dan saham biasa
Perkara Saham Biasa Saham Keutamaan
Pemilikan Pemilik syarikat Pemiutang kepada syarikat
Hak Mempunyai hak mengundi Tidak mempunyai hak mengundi
mengundi
Pulangan Dividen bergantung kepada Bayaran kadar faedah adalah
keuntungan syarikat tetap
Masa Dibayar seteleh pemegang debentur Dibayar terlebih dahulu sebelum
kecairan dibayat saham biasa dan keutamaan
dibayar
Bayaran Tiada bayaran semula kecuali Dibayar semula setelah satu
semula semasa kecairan tempoh masa yang tetap
Kesan Dividen tidak dikurangkan untuk Faedah ditolak untuk tujuan
cukai tujuan bayaran cukai bayara cukai

Prepair By : Jumardi Singare (mardi_umar83@yahoo.com) 4


Intermediate Financial Accounting II

Hak Mempunyai hak tertentu seperti yg Mempunyai hak tertentu yang


terkandung dalam Articles of dinyatakan semasa debentur
Association diterbitkan
Jaminan Tidak dijamin dengan aset syarikat Dijamin dengan aset syarikat
Boleh Tidak boleh dipindah Convertible @ Non-Convertible
dipindah kepada saham biasa

1.5 Persembahan Saham dan Debentur


Penyata kewangan bagi Limited Liability Company harus disediakan berdasarkan
kepada
o The Accounting Standard
o Malaysian Accounting Standard Board (MASB 1)
o Compliance with the requirement of the Company Act 1965

Prepair By : Jumardi Singare (mardi_umar83@yahoo.com) 5

You might also like