You are on page 1of 7

International Finance Balance of Payment

BAB 1 : KESEIMBANGAN PEMBAYARAN

1.1 Definisi Balance of Payment (BOP)


BOP merumuskan segala transaksi antarabangsa bagi
sesebuah negara dengan negara lain
Sesuatu transaksi melibatkan pemindahan pemilikan
(ownership) sesuatu barang dari satu pihak kepada pihak yang berlainan negara
Proses pemindahan ini mungkin melibatkan:-
o Barangan seperti produk komuniti
o Perkhidmatan
o Pendapatan pelaburan
o Tuntutan kewangan seperti rizab aset yang dipegang oleh bank negara bagi
sesebuah negara.

1.2 Prinsip Perakaunan BOP


Proses merekodkan kesemua transaksi antarabangsa
adalah berlandaskan kepada double-entry bookkeeping system yang mana mempunyai
catatan rekod debit dan kredit
Catatan Debit : Ditanda dengan negatif (-) atau
pengeluaran yang menunjukkan pembayaran kel luar negara daripada penduduk
tempatan kepada pihak asing. Apabila membuat import barangan atau perkhidmatan,
maka transaksi tersebut akan direkodkan dalam catatan debit kerana melibatkan
pembayaran luar negara oleh pihak tempatan.
Catatan Kredit : Ditanda dengan positif (+) yang
menunjukkan pembayaran dari luar negara oleh pihak asing. Apabila mengeksport
barangan atau perkhidmatan ke luar negara, maka catatan tersebut akan direkodkan
dalam catatan kredit kerana akan melibatkan penerimaan bayaran daripada pihak asing.

1.3 Akaun BOP


Penyata BOP terdiri daripada 3 sub-akaun yang dikenali
sebagai Current Account, Capital Account dan Official Settlements Balance.
Current Account
o Mengukur aliran barangan, perkhidmatan, pendapatan dan pemindahan di
antara penduduk tempatan, firma tempatan dan kerajaan.

mardi_umar83@yahoo.com 1
014-3580486
International Finance Balance of Payment

o Barangan : Merupakan barangan nampak seperti produk pengeluaran. Export


barangan akan direkodkan dalam catatan kredit (penerimaan bayaran daripada luar
negara) dan import barangan akan direkodkan dalam catatan debit (pembayaran ke
luar negara).
o Perkhidmatan : Merujuk kepada barangan yang tidak mempunyai sifat fizikal
dan tidak disimpan. Akaun Semasa mengukur import dan eksport perkhidmatan
seperti pelancongan, royalti, traksaksi ketenteraan dan sebagainya.
o Pendapatan : Merekodkan pembayaran (Debit transaksi) faedah dan dividen
kepada pihak asing dan kerajaan asing yang memegang aset kewangan tempatan.
Ianya juga melibatkan pembayaran yang diterima (Kredit transaksi) oleh penduduk
dan kerajaan tempatan yang memegang aset kewangan negara asing.
o Pemindahan Dari Satu Pihak : Mengukur pemindahan antarabangsa seperti
hadiah, geran yang diterima dari luar negara. Ianya hanya melibatkan satu
transaksi sahaja dan tidak melibatkan sebarang pembayaran. Sebaliknya, hanya
menerima barangan.

Akaun Modal
o Mengukur aliran pelaburan dari satu negara ke negara lain.
o Sekiranya pelaburan kasar oleh penduduk tempatan di luar negara adalah
Lebih Besar daripada pelaburan kasar penduduk asing di negara tempatan, maka
akan berlaku aliran keluar modal (Net Capital Outflow). Sebaliknya
o Akaun ini mengurus niagakan jual beli aset antarabangsa seperti pelaburan
langsung asing (FDI), pelaburan potfolio, pinjaman bank dan deposit, sekuriti dan
pegangan matawang asing.
o Transaksi yang melibatkan aliran keluar modal akan direkodkan sbg catatan
debit. Begitu juga sebaliknya.

Official Settlement Balance


o Mengukur transaksi aset kewangan dan deposit oleh agensi rasmi kerajaan
yang mana akan dikawal atau dipantau oleh Bank Pusat (Di Malaysia dikenali
sebagai Bank Negara Malaysia) dan Menteri Kewangan.
o Sesebuah negara selalunya mempunyai akaun simpanan di bank pusat negara
asing bagi tujuan memudahkan proses pembayaran pada masa akan datang.
o Contohnya, BNM membuat simpanan di Federal Reserve Bank of USA yang
menunjukkan aliran tunai keluar modal dan direkodkan dalam catatan debit dalam
BOP Malaysia.

mardi_umar83@yahoo.com 2
014-3580486
International Finance Balance of Payment

1.4 Contoh Transaksi Antarabangsa


Contoh 1 : Firma Malaysia mengeksport minyak sawit ke firma US
Katakan firma Malaysia mengeksport minyak sawit $8,000 ke
firma di USA.
Kredit : Akaun Eksport Barangan $8,000
Debit : Akaun Aliran Keluar Modal $8,000
Akaun eksport barangan dikreditkan kepada akan menerima
bayaran daripada firma USA dan akaun modal didebitkan kepada berlaku
pengaliran keluar aset milik Malaysia

Contoh 2 : Firma Malaysia mengimport peti sejuk dari Jepun


Katakan firma Malaysia mengimport peti sejuk dari Jepun
dengan kos $5,000.
Kredit : Akaun Aliran Masuk Modal $5,000
Debit : Akaun Import Barangan $5,000
Akaun import barangan didebitkan kerana akan membuat
bayaran ke negara Jepun dan akaun aliran masuk modal dikreditkan kerana akan
menerima barangan dari Jepun yang akan menambahkan nilai aliran masuk modal.

Contoh 3 : Rakyat Malaysia melancong ke Switzerland


Katakan rakyat Malaysia melancong ke Switzerland dengan kos
$3,000 yang termasuk kos makanan, penginapan dan pengangkutan. Ini
menggambarkan transaksi import perkhidmatan dari luar negara.
Kredit : Akaun Aliran Masuk Modal $3,000
Debit : Akaun Perkhidmatan Pelancongan $3,000
Akaun aliran masuk modal dikreditkan kerana berlaku
peningkatan nilai import perkhidmatan dari luar negara dan akaun perkhidmatan
pelancongan didebitkan kerana berlaku pembayaran ke luar negara.

Contoh 4 : Kerajaan Malaysia menderma ke negara Iraq


Katakan kerajaan Malaysia menderma $100,000 bijirin ke Iraq
sebagai salah satu program bantuan.

mardi_umar83@yahoo.com 3
014-3580486
International Finance Balance of Payment

Kredit : Akaun Eksport Barangan $100,000


Debit : Akaun Unilateral Payment $100,000
Akaun eksport barangan akan dikreditkan kerana berlaku
pengeluaran modal ke luar negara oleh kerajaan tempatan walau tidak melibatkan
sebarang pembayaran.
Contoh 5 : Penduduk tempatan membeli saham asing
Katakan rakyat Malaysia membeli saham syarikat asing yang
berada di Malaysia pada nilai $1,000. Pembelian ini akan menyebabkan
keseimbangan bank asing di Malaysia akan meningkat.
Kredit : Aliran Masuk Modal $1,000
(Peningkatan Keseimbangan Bank Asing di Malaysia)
Debit : Aliran Keluar Modal $1,000
(Pembelian Saham Syarikat Asing)

Contoh 6 : Pelabur Asing Membeli Saham Tempatan


Katakan pelabur asing membeli $50,000 T-Bill Malaysia.
Bayaran akan dibuat dengan mengeluarkan dari bank pelabur tersebut di Malaysia.
Kredit : Aliran Masuk Modal $50,000
(Pembelian T-Bill Malaysia)
Debit : Aliran Keluar Modal $50,000
(Pengurangan Baki Akaun Bank Pelabur)
Akaun aliran masul modal dikreditkan kerana pembelian T-Bill
Malaysia akan meningkatkan nilai aset asing di Malaysia dan menunjukkan aliran
masuk modal di Malaysia. Dan pengeluaran modal pelabur dari bank Malaysia
akan mengurangkan nilai aset asing di Malaysia.

1.5 Pengukuran Kurangan @ Lebihan


Sekiranya nilai akaun semasa, akaun modal dan baki pembayaran
rasmi, jumlah tersebut seharusnya kosong atau sifar yang dipanggil Keseimbangan
Sempurna
Walau bagaimanapun, keadaan ini sukar utk berlaku kerana terdapat
transaksi yang berlaku tetapi tidak diambil kira dalam pengiraan keseimbangan
pembayaran. Contohnya seperti aktiviti haram yang dianggap bukan aktiviti yang
produktif.

mardi_umar83@yahoo.com 4
014-3580486
International Finance Balance of Payment

Memandangkan nilai BOP tidak bernila sifar, maka nilai BOP tersebut
akan menjadi kurangan ataupun lebihan pembayaran.

1.5.1 BOP Deficit / Surplus


Kurangan BOP berlaku apabila official settlement
balance adalah positif. Keadaan ini berlaku apabila jumlah akaun semasa dan akaun
modal adalah negatif Jumlah bayaran yang dibuat kepada pihak asing adalah lebih
besar berbanding dengan penerimaan bayaran daripada pihak asing.
Jika akaun semasa dan akaun modal bernilai positif,
maka akan berlaku lebihan BOP di mana jumlah bayaran yang diterima daripada
pihak asing adalah lebih besar berbanding dengan jumlah pembayaran yang dibuat
kepada pihak asing.

1.5.2 Keseimbangan Dagangan


Merujuk kepada catatan debit dan kredit bagi
barangan dagangan.
Jika nilai catatan debit adalah lebih besar daripada
catatan kredit, maka nilai keseimbangan dagangan adalah negatif atau berlaku
kurangan dalam keseimbangan dagangan (Debit > Kredit = Defisit Akaun
Keseimbangan Dagangan)
Jika nilai catatan kredit adalah lebih besar daripada
catatan debit, maka nilai keseimbangan dagangan adalah positif atau berlaku lebihan
dalam keseimbangan dagangan (Debit < Kredit = Lebihan Akaun Keseimbangan
Dagangan)

1.5.3 Keseimbangan Akaun Semasa


Akaun semasa merangkumi segala transaksi import
dan eksport barangan, perkhidmatan, pendapatan dan pemindahan ke negara lain.
Jika transaksi debit adalah lebih besar daripada
transaksi kredit, maka akaun semasa akan menjadi defisit atau berlaku kurangan
dalam akaun semasa. (Debit > Kredit = Defisit Akaun Semasa)
Jika transaksi kredit adalah lebih besar daripada
transaksi debit, maka akaun semasa akan menjadi lebihan atau berlaku lebihan
dalam akaun semasa. (Debit < Kredit = Lebihan Akaun Semasa)

1.5.4 Keseimbangan Akaun Modal Persendirian

mardi_umar83@yahoo.com 5
014-3580486
International Finance Balance of Payment

Merujuk kepada aliran bersih daripada pembelian


aset-aset kewangan oleh seseorang.
Jika penduduk tempatan membeli aset kewangan
asing, maka akan berlaku aliran keluar modal. Jika penduduk asing membeli aset
kewangan tempatan, maka akan berlaku aliran masuk modal.
Jika Debit > Kredit = Defisit Akaun Modal
Jika Debit < Kredit = Lebihan Akaun Modal

1.6 Akaun Modal dan Aliran Antarabangsa Bagi Aset


Keseimbangan Akaun Semasa (CAB) akan mencatatkan
lebihan sekiranya nilai eksport melebihi nilai import. Lebihan tersebut boleh
digunakan untuk meningkatkan pertumbuhan ekonomi atau mengurangkan liabiliti
negara. Ini seterusnya akan dapat meningkatkan nilai bersih pelaburan asing.
CAB mencatatkan nilai defisit jika import lebih banyak
berbanding dengan eksport negara. Keadaan ini akan menyebabkan negara membuat
pinjaman dari luar negara untuk menampung kurangan atau defisit yang berlaku.

1.7 Bolehkah Akaun Semasa Menjadi Defisit


Keadaan ini jarang berlaku kerana penduduk di sesebuah
negara akan lebih banyak meminta produk tempatan berbanding dengan produk
import.
Akaun semasa akan bernilai defisit sekiranya nilai
import barangan dan perkhidmatan adalah lebih tinggi berbanding dengan eksport
barangan. Keadaan ini akan menyebabkan penduduk tempatan akan menjadi
peminjam bersih (Net Borrower).
Situasi ini adalah tidak baik kepada negara kerana
kebergantungan penduduk tempatan terhadap produk dari luar negara

1.8 Perhubungan Antara Keseimbangan Akaun Semasa dan Aliran Modal


Terdapat dua konsep yang perlu difahami iaitu net
exporter dan net importer
Sesebuah negara dianggap sebagai Net Exporter
sekiranya simpanan domestik (simpanan peribadi penduduk dan simpanan kerajaan)
melebihi pelaburan domestik (perbelanjaan ke atas barangan modal dan inventori,
pelaburan dll)
(Net Exporter = Simpanan Domestik > Pelaburan Domestik)

mardi_umar83@yahoo.com 6
014-3580486
International Finance Balance of Payment

Sesebuah negara dianggap Net Importer sekiranya


simpanan domestik kurang daripada pelaburan domestik.
(Net Importer = Simpanan Domestik < Pelaburan Domestik)

Keseimbangan Akaun Semasa = Simpanan Domestik Pelaburan Domestik

Perbezaan di antara simpanan domestik dengan


pelaburan domestik dikenali sebagai aliran masuk modal dari luar negara. Lebihan
simpanan domestik tersebut boleh digunakan untuk membiayai pelaburan domestik
dan pelaburan asing Dikenali sebagai Net Exporter @ Net Lender Abroad
Jika pelaburan domestik melebihi simpanan domestik,
maka negara perlu membuat pinjaman dari luar negara bagi menampung defisit yang
berlaku Dikenali sebagai Net Importer @ Net Borrower

Net Capital Flow = CAB = Simpanan Domestik Pelaburan Domestik

mardi_umar83@yahoo.com 7
014-3580486

You might also like