You are on page 1of 7

International Finance

BAB 7 : RISIKO MATAWANG

7.1 DEFINISI RISIKO MATAWANG


Merujuk kepada risiko yang terdedah kepada pelaburan
antarabangsa yang semakin meningkat kesan dariapda perubahan kadar pertukaran asing
Akan memberikan kesan ke atas keuntungan dan
kerugian, aset, liabiliti dan aliran tunai syarikat
Tugas pengurus kewangan adalah mengukur tahap risiko
pertukaran asing dan mengurusnya dengan memaksimumkan keuntungan, aliarn tunai
bersih dan nilai pasaran syarikat
Dedahan risiko matawang juga mengukur risiko operasi
perniagaan dan nilai pelaburan yang melibatkan aktiviti kadar pertuakran asing
Contoh 1 : Pelaburan asing memerlukan syarikat
menukar matawang tempatan kepada matawang asing yang mana turut akan
memberikan kesan kepada jumlah keuntungan dan kerugian dalam operasi pelaburan
antarabangsa

7.2 SUMBER, PETANDA DAN KEPENTINGAN RISIKO MATAWANG


Sumber
Aktiviti perdagangan antarabangsa adalah salah satu sumber untuk menilai
tahap risiko matawang yang dihadapi oleh sesebuah negara
Peningkatan jumlah import akan menyebabkan permintaan terhadap matawang
negara asing juga akan meningkat dan menyebabkan nilai matawang asing akan
mengalami peningkatan nilai berbanding dengan matawang tempatan
Oleh itu, pengimport perlu meningkatkan harga barangan untuk mengekalkan
margin atau kadar pertukaran dan juga memastikan syarikat tersebut tidak
mengalami kerugian dalam aktiviti perdagangan antarabangsa
Institusi kewangan dan perniagaan lain juga akan terdedah kepada risiko
matawang khususnya dalam aktiviti pinjaman dan memberi pinjam kepada pihak
lain
Syarikat yang terlibat dalam aktiviti mengimport komoditi selalunya akan
melindung nilai (hedge) harga komoditi dan juga pergerakan kadar pertukaran. Ini
adalah untuk memastikan agar syarikat tidak terdedah dengan banyak risiko
matawang asing

Petanda
Menilai permintaan dan penawaran matawang dalam pasaran.

mardi_umar83@yahoo.com 1
014-3580486
International Finance

Penentuan risiko matawang juga boleh diukur dengan melihat aktiviti jual beli
terhadap sesuatu matawang dalam pasaran tempatan Selalunya melibatkan bank
perdagangan.
Dedahan risiko pertukaran asing akan meningkat kerana permintaan terhadap
matawang asing adalah lebih tinggi berbanding dengan permintaan matawang
tempatan
Peningkatan tahap risiko matawang asing juga boleh dinilai dengan aktiviti
import dan eksport yang akan menentukan lebihan dan kurangan akaun semasa.
Keadaan defisit kerajaan juga menggambarkan risiko matawang yang semakin
meningkat. defisit yang terlalu tinggi memungkinkan sesebuah negara mencetak
lebih banyak matawang atau membuat pinjaman daripada IMF atau mengurangkan
pegangan rizab antarabangsa. Ini akan menyebabkan nilai matawang negara tersebut
akan menurun dan seterusnya akan menyebabkan kadar pertukaran akan meningkat.

Kepentingan
Mengenal pasti deedahan risiko matawang adalah penting kepada sesebuah
syarikat agar dapat membantu syarikat tersebut untuk membuat pelbagai tindakan
yang dapat mengurangkan kerugian kesan daripada risiko matawang yang dihadapi.
Contohnya, menggunakan kadar pertukaran tetap dalam menjalankan aktiviti
perdagangan dengan negara lain, membuat perjanjian forward, option, swap dan
sebagainya.

7.3 DOES CURRENCY EXPOSURE MATTER?


Turun naik kadar pertukaran akan memberikan kesan kepada
perniagaan dan pelaburan antarabangsa spt dalam aktiviti import dan eksport
Dalam bayaran atau penerimaan aliran tunai pada masa akan
datang bergantung kepada kadar pertukaran pada masa tersebut.
Pengguna di sesebuah negara juga boleh memberikan kesan
kepada kadar pertukaran matawang asing.
Contoh 2 (Example 7.1) : Permintaan pengguna di Negara A
terhadap barangan Sony akan meningkatkan import barangan Sony dari Jepun (harga
barangan adalah 150,000) akan meningkatkan risiko matawang. Jika Dollar US
menurun berbanding dengan Yen Jepun, maka harga barangan Sony tersebut akan
meningkat yang akan memberikan keuntungan kepada pengimport. Tetapi, jika Dollar
meningkat berbanding dengan Yen Jepun, maka harga barangan tersebut akan lebih
murah dalam matawang USD. Jika nilai pertukaran semasa adalah 125/USD, maka
harga barangan Sony adalah USD1,200. Jika nilai Yen meningkat kepada 100/USD,

mardi_umar83@yahoo.com 2
014-3580486
International Finance

maka harga barangan tersebut akan meningkat kepada USD1,500. Pengguna akan dapat
menilai bahawa harga barangan sony telah meningkat.
Situasi seperti ini membolehkan pengguna atau pelabur
membuat aktiviti lindung nilai dengan membuat aktiviti belian dana antarabangsa
(international mutual fund).
Ini bermakna bahawa aktiviti perniagaan dan pelaburan
antarabangsa adalah lebih berisiko terdedah kepada risiko matawang berbanding dengan
pelaburan tempatan

7.4 JENIS DEDAHAN MATAWANG


Transaction Exposure
Merujuk kepada potensi perubahan nilai dagangan, bayaran atau penerimaan
aliran tunai pada masa akan datang kesan daripada perubahan kadar pertukaran
Peningkatan kadar pertukaran matawang akan memberikan kesan ke atas aliran
tunai sesuatu transaksi dan seterusnya akan mewujudkan risiko matawang
Contoh 7.2 : Syarikat MNC Kanada mengeksport barangan elektroniknya ke
Filipin dengan nilai 10,000,000 juta peso. Kadar pertukaran adalah 0.04 (1 peso =
0.04 Dollar Kanada). MNC Kanada akan menerima $400,000. Nilai kontrak
10,000,000 juta peso ini akan dibayar dalam tempoh 6 bulan. Pada peghujung bulan
keenam, kadar pertukaran jatuh kepada 0.03 dan MNC Kanada hanya akan
menerima $300,000 kesan daripada penurunan nilai Peso. Cara untuk memastikan
MNC Kanada ini tidak mengalami kerugian yang banyak adalah dengan membuat
aktiviti lindung nilai terhadap kontrak dagangan mereka Membeli Forward kontrak
untuk menjual Peso Filipin dalam tempoh 6 bulan dengan kadar pertukaran forward
0.39. Walaupun MNC Kanada ini akan mengalami sedikit kerugian, namun jumlah
kerugian yang dialami adalah lebih kecil berbanding dengan kerugian penurunan
matawang peso selepas 6 bulan.

Operating Exposure
Merujuk kepada perubahan nilai semasa sesebuah syarikat kesan daripada
perubahan aliran tunai operasi syarikat pada masa akan datang yang disebabkan oleh
perubahan kadar pertukaran yang tidak dijangka pada masa ayang datang.
Perubahan kadar pertukaran pada masa akan datang akan menyebabkan nilai
aliran tunai operasi syarikat pada masa akan datang juga akan berubah dan akan
memberikan kesan kepada nilai semasa syarikat tersebut
Turut akan memberi kesan ke atas jumlah jualan, harga barangan dan kos pada
masa akan datang

mardi_umar83@yahoo.com 3
014-3580486
International Finance

Contoh : Syarikat di Negara A yang membuat pelaburan di Negara B selama 5


tahun dengan membuat analisis terhadap aliran tunai yang akan diterima selama 5
tahun. Walau bagaimanapun, dalam tempoh 5 tahun tersebut, kadar pertukaran
matawang antara negara A dan B akan sentiasa berubah dan seterusnya akan
menyebabkan perubahan ke atas jumlah aliran tunai yang diterima pada masa akan
datang Turut akan memberi kesan kepada nilai semasa syarikat di Negara A

Translation Exposure (Accounting Exposure)


Mengukur kesan perubahan kadar pertukaran terhadap penyata kewangan
sesebuah syarikat.
Akan memberi kesan langsung kepada perolehan syarikat dan item-item lain
dalam kunci kira-kira.
Dalam melaporkan penyata kewangan anak syarikat di negara asing
(membentuk consolidating financial statement), matawang yang digunakan adalah
matawang negara asing dan tidak menggunakan matawang syarikat utama (parent
company). Oleh itu, syarikat parent perlu membuat rekod semula yang
menggunakan matawang negara parent. Namun begitu, nilai rekod yang disediakan
oleh anak syarikat dengan syarikat parent adalah berbeza kesan daripada perubahan
kadar pertukaran.
Contoh : Penyediaan penyata kewangan anak syarikat adalah untuk tempoh 1
Tahun dan kadar pertukaran adalah berbeza-beza. Sekiranya syarikat parent ini
menukar jumlah penyata kewangan ke dalam bentuk matawang syarikat egara
parent, maka kadar pertukaran yang digunakan oleh syarikat parent adalah tidak
sama dengan kadar pertukaran yang digunakan oleh anak syarikat. Ini menyebabkan
nilai catatan aset, liabiliti dan ekuiti adalah berbeza dengan nilai yang dilaporkan
oleh anak syarikat.

7.5 MANAGING AND MANIMISING THE IMPACT OF CURRENCY EXPOSURE


Mempelbagaikan Asas Kewangan dan Operasi
Mempelbagaikan Operasi : Merujuk kepada tindakan sesebuah syarikat yang
mempelbagaikan jualan di pelbagai lokasi dan mendapatkan sumber bahan mentah
daripada pelbagai sumber dan negara
Mempelbagaikan Asas Kewangan : Merujuk kepada aktiviti mendapatkan
sumber kewangan daripada pasaran kewangan yang berbeza dan dari negara yang
berbeza. Ini adalah untuk mengelakkan risiko matawang kesan daripada perubahan
matawang di sesebuah negara Juga dapat mengawal perbelanjaan kadar faedah

mardi_umar83@yahoo.com 4
014-3580486
International Finance

dengan mengurangkan sumber kewangan dari negara yang mempunyai kadar faedah
yang tinggi

Perjanjian Perkongsian Risiko


Merujuk kepada perjanjian yang dibuat di antara pembeli dan penjual untuk
membahagi-bahagikan atau berkongsi kerugian bayaran kesan daripada perubahan
kadar pertukaran.
Katakan satu-satu kontrak akan menyebabkan penjual mengalami kerugian
sebangan $100,000 kesan daripada perubahan kadar pertukaran di antara kedua-dua
negara. Kerugian ini akan dibahagi dua di antara penjual dan pembeli agar sama-
sama menanggung risiko kerugian kesan daripada perubahan kadar pertukaran.

Pinjaman Bak-to-Back
Merujuk kepada pinjaman selari yang dibuat di antara dua negara yang
menjalankan urus niaga yang sama. Kedua-dua negara membuat perjanjian untuk
meminjam matawang negara mereka dalam satu tempoh tertentu.
Contoh : Negara A meminjam matawang daripada negara B pada kadar
pertukaran 0.5 dan negara B meminjam matawang negara A dengan kadar
pertukaran yang sama.
Ini adalah untuk mengelakkan peningkatan bayaran daripada satu transaksi
dagangan yang meningkat kesan daripada peningkatan kadar pertukaran matawang

Perjanjian Forward
Ialah perjanjian utk membeli atau menjual aset terntentu, pada harga tertentu
(harga penerimaan) serta pada masa dan tempat penerimaan tertentu.
Contoh : US MNC menjual produk ke venezuelan dengan jumlah bayaran
sebanyak 15 juta bolivares dalam tempoh 60 hari. US MNC tersebut boleh
mengurangkan risiko matawang dengan menjual 15 juta bolivares tersebut kepada
pihak bank dalam 60 hari dengan kadar pertukaran 750 bolivares (kadar pertuakran
telah ditentukan pada awal transaksi berlaku) Nilai yang akan diterima oleh US
MNC adalah $20,000 (15 juta bolivares 750 bolivares) dalam tempoh dua bulan.

Lindung Nilai Pasaran Wang


Merujuk kepada cara untuk mendapatkan pinjaman dan memberi pinjam dalam
pasaran kewangan jangka pendek.
Contoh : Melindung nilai akaun penghutang dalam pasaran kewangan dengan
merujuk kepada institusi kewangan yang berkaitan. Syarikat A misalnya, akan
menjual akaun penghutangnya kepada pihak Bank dalam pasaran wang untuk

mardi_umar83@yahoo.com 5
014-3580486
International Finance

mendapatkan tunai. Namun begitu, jumlah yang diterima adalah lebih rendah
berbanding dengan jumlah akaun penghutang (80% daripada akaun penghutang)

Option Matawang
Memberi hak kepada satu pihak (bukan perunding) untuk menjual atau
membeli sejumlah matawang pada kadar tertentu pada masa tertentu
Hanya pemilik option sahaja yang mempunyai hak sama ada ingin
melaksanakan option atau sebaliknya
Merupakan satu kaedah yang kurang berisiko dan dapat mengurangkan
kerugian kepada sesebuah syarikat atau individu
Terdapat dua jenis option iaitu Call Option (Option untuk membeli matawang
asing) dan Put Option (Option untuk menjual matawang asing).
Setiap option juga mempunyai tiga harga yang berbeza iaitu exercise price
(kadar pertukaran untuk membeli atau menjual matawang asing), harga premium
(kos, harga atau nilai option) dan kadar pertukaran spot sebenar dalam pasaran.
Option akan mewujudkan situasi menang-menang. Sekiranya pemilik option
tidak melaksanakan option tersebut, maka pemilik tersebut juga akan mengalami
kerugian dalam bentuk harga premium dan kos komisyen yang dibayar kepada orang
tengah.

Currency Swap / Credit Cwap


Merujuk kepada perjanjian antara dua pihak yang bersetuju untuk menukar
sejumlah matawang dengan matawang lain pada masa tertentu
Contoh : Syarikat Jepun mengeksport ke Malaysia ingin mewujudkan swap
aliran tunai. Syarikat Jepun inginkan RM. Tetapi sekiranya kos untuk mendapatkan
RM adalah tinggi, maka syarikat Jepun ini akan mengenal pasti syarikat Malaysia
yang mengeksport ke Jepun dan ingin membuat swap matawang. Syarikat Malaysia
akan membuat pinjaman dalam RM dan syarikat Jepun akan membuat pinjaman
dalam Yen. Swap-Dealer pula akan membuat perjanjian di antara syarikat Malaysia
dan Jepun yang membolehkan syarikat Malaysia boleh membuat bayaran dalam Yen
dan menerima tunai dalam RM, dan syarikat Jepun pula dapat membuat bayaran
dalam RM dan akan menerima tunai dalam Yen Juga dikenali sebagai Cross-
Currency Swap.

Cross Hedging
Bentuk lindung nilai untuk matawang yang mempunyai nilai yang tinggi yang
berkaitan dengan matawang yang dibayar atau diterima.

mardi_umar83@yahoo.com 6
014-3580486
International Finance

mardi_umar83@yahoo.com 7
014-3580486

You might also like