You are on page 1of 35

Standard Kualiti

Prasekolah
Kebangsaan
Kumpulan: GLOSARI & SOALAN LAZIM
1. Ruslan bin Razali (K)
2. Lai Soon Yew
3. Juniza bt Jubri
SOALAN LAZIM
Soalan 1:
Apakah perbezaan antara Sistem Maklumat Prasekolah
Kebangsaan (SMPK) dengan Standard Kualiti Prasekolah
Kebangsaan (SKPK).

Jawapan:
SMPK merupakan pengkalan data secara dalam talian yang
mengandungi maklumat berkaitan prasekolah, guru, PPM
dan murid bagi tahun semasa.
SKPK merupakan instrumen yang digunakan oleh institusi
bagi pelaksanaan penarafan kendiri prasekolah.
SOALAN LAZIM
Soalan 2:
Apakah perbezaan antara SKPK dengan Kurikulum
Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK)?
Jawapan:
SKPK ialah dokumen standard yang diguna pakai bagi
menentukan kualiti prasekolah manakala KSPK ialah
dokumen yang diguna pakai sebagai panduan melaksanakan
kurikulum prasekolah.
SOALAN LAZIM
Soalan 3:
Bagaimanakah pengguna mengakses ke sub modul
SKPK?
Jawapan:
Pengguna boleh mengakses SKPK melalui portal SMPK.
Alamat: smpk.moe.gov.my
SOALAN LAZIM
Soalan 4:
Kenapa pengguna tidak dapat akses ke sistem SMPK?

Jawapan:
Jika tiada sebarang perubahan ID pengguna dan katalaluan
yang pernah dibuat, sila gunakan katalaluan default yang
telah diberi dengan menggunakan HURUF BESAR.
Sekiranya pengguna lupa ID pengguna dan katalaluan yang
telah diubah, sila hubungi Help Desk SMPK
SOALAN LAZIM
Soalan 5:
Apakah yang harus pengguna lakukan bila sistem
auto log off?
Jawapan:
Auto log off bertujuan mengurangkan kesesakan sistem
apabila ramai pengguna yang online tetapi tidak aktif.
Pengguna perlu login sekali lagi menggunakan ID pengguna
dan katalaluan yang sama.
SOALAN LAZIM
Soalan 6:
Apakah yang dimaksudkan sistem dalam talian?

Jawapan:
Satu sistem piawai yang digunakan untuk merekod dan
mengira skor setiap item dalam lima dimensi kualiti yang
mempengaruhi tahap kualiti prasekolah
SOALAN LAZIM
Soalan 7:
Adakah perlu mengisi Instrumen SKPK secara offline terlebih
dahulu?
Jawapan:
Pengisian secara offline perlu berpandukan deskripsi skor
berdasarkan evidens dan situasi sebenar.
SOALAN LAZIM
Soalan 8:
Kenapa instrumen SKPK digunakan untuk
mengukur tahap kualiti pendidikan prasekolah di
Malaysia?
Jawapan:
Instrumen yang dibina mempunyai sifat-sifat psikometrik
yang kukuh untuk mengukur kualiti prasekolah dengan
berdasarkan Standard Kualiti Prasekolah Kebangsaan
(SKPK) dan amalan terbaik di peringkat antarabangsa.
SOALAN LAZIM
Soalan 9:
Apakah proses yang perlu dilakukan oleh pengguna
sebelum pengisian SKPK secara dalam talian?
Jawapan:
Pengguna perlu memuat turun panduan, instrumen dan
deskripsi skor SKPK daripada portal SMPK. Kemudian
mengadakan perbincangan dalam kalangan JK Prasekolah
bagi penetapan skor setiap dimensi kualiti dengan merujuk
instrumen dan deskripsi skor berdasarkan evidens. Pengguna
perlu meneliti dan memahami setiap item khususnya yang
melibatkan pengiraan (bilangan/peratus). Penetapan skor
perlu dilaksanakan secara tepat, telus, berhemah dan
berintegriti.
SOALAN LAZIM
Soalan 10:
Apakah yang dimaksudkan petunjuk objektif?

Jawapan:
Untuk mengukur aspek kualiti yang dapat dilihat, diukur,
dinilai dan ditentu sahkan dengan cepat dan tepat.
Contoh : bilangan guru, kelayakan akademik, bilangan
peralatan
SOALAN LAZIM
Soalan 11:
Apakah yang dimaksudkan petunjuk subjektif?

Jawapan:
Memerlukan pemerhatian dan pencerapan yang lebih
mendalam dan biasanya mengambil masa yang lama serta
melibatkan unsur subjektif untuk mengukur dan menilainya.
Contoh : Suasana PdP, ruang dan persekitaran, hubungan
dan interaksi
SOALAN LAZIM
Soalan 12:
Adakah penetapan skor SKPK perlu berpandukan evidens?

Jawapan:
Untuk memastikan skor yang diberi berdasarkan keadaan
sebenar.
SOALAN LAZIM
Soalan 13:
Siapakah yang sepatutnya menganggotai JK
Prasekolah?
Jawapan:
JK Prasekolah perlu dianggotai oleh GB, semua GPK, semua
guru prasekolah, wakil guru Tahap 1 dan semua PPM.
SOALAN LAZIM
Soalan 14:
Bagaimanakah penetapan skor dilaksanakan bagi
prasekolah yang mempunyai lebih daripada satu
kelas?
Jawapan:
JK Prasekolah perlu melantik seorang penyelaras dalam
kalangan guru prasekolah. Setiap guru prasekolah perlu
melaksanakan penarafan SKPK bagi kelas masing-masing.
Kemudian penyetaraan skor (item petunjuk objektif) dan
penyelarasan skor (item petunjuk subjektif) perlu
dilaksanakan untuk mendapatkan skor yang mewakili
keseluruhan kelas prasekolah.
SOALAN LAZIM
Soalan 15:
Bilakah pengguna perlu mengisi SKPK secara dalam
talian?
Jawapan:
Pengguna perlu mengisi skor SKPK secara dalam talian
mengikut tempoh yang ditetapkan.
SOALAN LAZIM
Soalan 16:
Apakah yang dimaksudkan dengan tahun penilaian?

Jawapan:
Tahun penilaian adalah tahun dimana pengguna
melaksanakan penarafan. Contoh sekiranya penarafan SKPK
dibuat pada tahun 2016, tahun penilaian adalah tahuan
2015. Oleh itu, data dan maklumat bagi pengisian skor
SKPK adalah berdasarkan tahin 2015.
SOALAN LAZIM
Soalan 17:
Adakah pengguna boleh mengubah skor yang telah
diisi secara dalam talian?
Jawapan:
Pengguna boleh mengubah skor selagi belum disahkan oleh
kepimpinan sekolah (Guru Besar)
SOALAN LAZIM
Soalan 18:
Apakah tindakan yang perlu diambil pengguna
selepas melaksanakan pengisian SKPK secara dalam
talian?
Jawapan:
Pengguna perlu mencetak instrumen yang telah dihantar
dan mendapatkan tandatangan GB. Laporan tersebut perlu
disimpan bagi tujuan rujukan. Pihak prasekolah perlu
merancang dan mengambil tindakan pembetulan dan
penambahbaikan terhadap kelemahan dan isu yang dikenal
pasti.
SOALAN LAZIM
Soalan 19:
Apakah implikasi sekiranya pengguna tidak
melaksanakan SKPK?
Jawapan:
Sekiranya SKPK tidak dilaksanakan, pihak sekolah tidak
dapat mengenal pasti kekuatan, kelemahan dan isu
berdasarkan dimensi yang ditetapkan bagi meningkatkan
kualiti prasekolah.
SOALAN LAZIM
Soalan 20:
Adakah penilaian pembelajaran dan pengajaran
(PdP) semua guru diambil kira dalam SKPK?
Jawapan:
Skor dimensi kurikulum adalah berdasarkan pencerapan
PdP yang dilaksanakan bagi setiap guru prasekolah.
Sekiranya prasekolah mempunyai lebih daripada satu kelas,
skor pencerapan PdP perlu dipuratakan.
SOALAN LAZIM
Soalan 21:
Adakah pencerapan PdP melibatkan guru ganti?

Jawapan:
Pencerapan PdP tidak melibatkan guru ganti.
SOALAN LAZIM
Soalan 22:
Adakah kepimpinan sekolah perlu membuat
pemantauan terhadap perlaksanaan SKPK?
Jawapan:
Perlu untuk memastikan pelaksanaaan penarafan kendiri
SKPK mengikut tempoh masa dan mematuhi arahan
semasa.
GLOSARI
Perkataan/Frasa Huraian Perkataan/Frasa
AM
1 Kepimpinan Sekolah Pentadbir/ pemimpin di sekolah iaitu Pengetua/Guru Besar atau mereka
yang dipertanggungjawabkan terhadap pengurusan sekolah

2 Tunjang (Prasekolah) Bidang pembelajaran utama prasekolah yang merangkumi pengurusan


Komunikasi; Kerohanian, Sikap dan Nilai; Sains dan Teknologi;
Kemanusiaan; Fizikal dan Estetika; dan Ketrampilan Diri.
4 Jawatankuasa Prasekolah Jawatankuasa formal yang dibentuk dengan keahliannya terdiri daripada
gabungan GB, semua GPK, semua guru prasekolah, wakil guru Tahap 1
dan semua PPM.

3 Kawasan Permainan Pernyataan (Ya/Tidak) sama ada terdapat kemudahan infrastruktur asas
Aktiviti Luar bagi permainan luar, seperti kawasan/padang permainan, jongkang-
jongkit, pepanjat dan sebagainya.
Perkataan/Frasa Huraian Perkataan/Frasa
AM
4 Kawasan Permainan Pernyataan (Ya/Tidak) sama ada terdapat kemudahan infrastruktur asas
Aktiviti Luar bagi permainan luar, seperti kawasan/padang permainan, jongkang-
jongkit, pepanjat dan sebagainya.

5 Petunjuk Objektif Untuk mengukur aspek kualiti yang dapat dilihat, diukur, dinilai dan
ditentu sahkan dengan cepat dan tepat. Contoh: bilangan guru,
kelayakan akademik, bilangan peralatan.

6 Petunjuk Subjektif Memerlukan pemerhatian dan pencerapan yang lebih mendalam dan
biasanya mengambil masa yang lama serta melibatkan unsur subjektif
untuk mengukur dan menilainya. Contoh: Suasana PdP, ruang dan
persekitaran, hubungan dan interaksi.
Perkataan/Frasa Huraian Perkataan/Frasa
KUALITI GURU DAN PEMBANTU PENGURUSAN MURID
7 Tahun Penilaian Tahun penilaian adalah tahun di mana pengguna melaksanakan
penarafan. Contoh; sekiranya penarafan SKPK dibuat pada tahun 2016,
tahun penilaian adalah tahun 2015. Oleh itu, data dan maklumat bagi
pengisian skor SKPK adalah berdasarkan tahun 2015.

8 Guru Prasekolah Guru prasekolah meliputi semua guru yang bertugas sepenuh masa dalam
sesebuah prasekolah.

9 Pembantu Pengurusan PPM/PG bertanggungjawab secara langsung kepada guru prasekolah


Murid (PPM)/Pembantu berkenaan. Tugas mereka adalah membantu guru prasekolah
Guru(PG) menguruskan aktiviti-aktiviti kanak-kanak prasekolah dalam proses
pembelajaran dan pengajaran.
Perkataan/Frasa Huraian Perkataan/Frasa
KUALITI TADBIR URUS
10 Pengalaman Ini merujuk kepada lama bekerja, iaitu bilanagn tahun bertugas
sebagai guru atau PPM.

11 Kelayakan akademik Kelulusan tertinggi yang diperoleh oleh guru dan PPM. Ini meliputi
semua tahap kelulusan yang diktiraf oleh Kementerian Pendidikan
Malaysia dan Jabatan Perkhidmatan Awam, misalnya sijil PMR,
SPM, STPM, STPM, STAM, Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Ijazah
Sarjana dan Ijazah Doktor Falsafah.

12 Kelayakan Profesioanal Kelulusan profesional tertinggi dalam bidanga yang dimiliki oleh
Pendidikan Prasekolah guru dan pembantu guru. Ini meliputi semua tahap kelulusan yang
diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia, Kementerian Pendidikan
Malaysia dan Jabatan Perkhidmatan Awam, misalnya sijil, Diploma,
Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana dan Ijazah Doktor Fasafah
dalam bidang-bidang ini. Kursus-kursus pensijilan jangka pendek,
misalnya sijil kehadiran (yang tidak mempunyai nilai kredit) tidak
dianggap sebagai kelayakan profesional.
Perkataan/Frasa Huraian Perkataan/Frasa
KUALITI TADBIR URUS
13 Penyampaian Jumlah jam guru atau PPM menyampaikan ceramah atau menjadi
ceramah/kursus/bengkel fasilitator kursus/bengkel dalam tahun pentaksiran yang
mempunyai kaitan langsung dengan pendidikan prasekolah.

14 Kursus PdP Data yang diperlukan adalah bilanagn hari guru menyertai
kursus/bengkel/latihan dalam perkhidmatan yang mempunyai
kaitan dengan pendekatan/kaedah pengajaran kanak-kanak
prasekolah untuk tahun penilaian.

15 Peserta Kursus dalam Data yang diperlukan adalah bilangan hari guru atau pembantu
Perkhidmatan guru menyertai kursus/bengkel/latihan dalam perkhidmatan yang
mempunyai kaitan dengan pendidikan prasekolah untuk tahun
penilaian.
Perkataan/Frasa Huraian Perkataan/Frasa
KUALITI TADBIR URUS
16 Pemantauan/penyeliaan Pemantauan / penyeliaan dalaman (Program) bermaksud semakan,
dalaman (Program) refleksi dan penilaian ke atas kurikulum dan pelaksanaan kurikulum
prasekolah yang dilakukan secara rasmi oleh pihak tadbir urus
prasekolah.

17 Pemantauan/penyeliaan Pemantauan / penyeliaan luaran (Program) bermaksud penilaian


luaran (Program) rasmi ke atas kurikulum dan pelaksanaan kurikulum prasekolah
yang dilakukan secara rasmi sama ada secara menyeluruh atau
sebahagian oleh pihak/agensi luar, termasuk yang diundang secara
rasmi oleh tadbir urus prasekolah. Ini juga melibatkan penilaian dan
pencerapan yang dilakukan oleh Jemaah Nazir dan semakan
kurikulum oleh pakar akademik yang dijemput oleh pihak
prasekolah.

18 Audit Kewangan Dalaman Bagi organisasi yang dijalankan oleh kerajaan, audit kewangan
hanya dilaksanakan secara dalaman sahaja. Setiap prasekolah akan
di audit kewangannya oleh Jabatan Pendidikan Negeri atau Pejabat
Pendidikan Daerah masing-masing.
Perkataan/Frasa Huraian Perkataan/Frasa
KUALITI TADBIR URUS
19 Audit Kewangan Luaran Bagi sekolah-sekolah swasta terutama yang besar contoh Quedees,
Genius Aulad, kebiasaan mereka mempunyai banyak cawangan atau
franchais. Organisasi seperti ini akan terdapat dua jenis audit
kewangan. Audit kewangan dalaman akan dilaksanakan oleh
oraganisasi itu sendiri (unit atau jabatan audit dalaman) dan audit
kewangan oleh luaran yang dialksanakan oleh akauntan bertauliah
untuk meneliti perakaunan tahunan. Syarikat-syarikat audit
kewangan ini akan mengaudit kewangan syarikat bagi tujuan
percukaian dan amalan standard perakaunan Malaysia (Malaysian
Standard Accounting practices).

20 Anugerah/Pengiktirafan Bilangan anugerah (misalnya anugerah prestasi cemerlang) dan


penghargaan yang diterima dari pihak luar, pengiktirafan sebagai
kepada sumbangan guru atau PPM dalam kerjaya prasekolah dalam
tahun penilaian.
Perkataan/Frasa Huraian Perkataan/Frasa
KUALITI KURIKULUM
21 Bahan bacaan kanak- Jumlah tajuk atau judul buku (bukan jumlah buku) untuk setiap
kanak tunjang, dan ini tidak termasuk bahan bacaan bukan buku
(misalnya risalah, poster) atau bahan bacaan dalam talian.

22 Komputer Jumlah komputer yang berfungsi yang terdapat dalam prasekolah


untuk tujuan PdP

23 Hasil Pentaksiran Kekerapan (bilangan) hasil pentaksiran kemajuan/perkembangan


kanak-kanak yang disediakan untuk ibu bapa dan penjaga, dan
dilaporkan untuk secara rasmi kepada ibu bapa di sepanjang tahun
akademik.
Perkataan/Frasa Huraian Perkataan/Frasa
KUALITI TADBIR URUS
24 Ibu bapa/Penjaga Individu yang didaftarkan sebagai pihak yang bertanggungjawab ke
atas kanak-kanak.

25 Aktiviti Dalam Bilik Darjah Merangkumi aktiviti yang dilaksanakan sebagai sebahagian daripada
proses pembelajaran dan pengajaran dalam bilik darjah.

26 Aktiviti Luar Bilik Darjah Merangkumi semua aktiviti selain daripada yang dilaksanakan
dalam bilik darjah yang juga merupakan sebahagian daripada
aktiviti yang dirancang dalam pelaksanaan program prasekolah.
Perkataan/Frasa Huraian Perkataan/Frasa
KUALITI TADBIR URUS
27 Perjumpaan Formal Bilanangan perjumpaan yang dirancang dan dilaksanakan secara rasmi
dengan melibatkan perbincangan berkumpulan atau hanya antara pihak
prasekolah dengan ibu bapa tertentu. Perjumpaan seperti hari sukan,
hari terbuka dan hari penyerahan laporan kemajuan murid termasuk
dalam pengertian perjumpaan formal,

28 Komunikasi Formal Bilangan komunikasi rasmi antara pihak prasekolah dengan ibu bapa
tertentu sama ada menerusi surat rasmi, panggilan telefon atau
komunikasi digital lain.
Perkataan/Frasa Huraian Perkataan/Frasa
KUALITI KESIHATAN, PEMAKANAN DAN KESIHATAN
29 Kursus Asas Latihan dan Bilangan kursus asas latihan dan rawatan kesihatan yang dihadiri oleh
Rawatan Kesihatan guru dan/PPM dalam tiga (3) tahun kebelakangan.

30 Pemantauan Kesihatan Kekerapan (bilangan) pemantauan kesihatan yang dilakukan oleh


Kementerian Kesihatan dalam setahun.

31 Katil Rawatan (Sick bay) Bilangan katil rawatan (sick bay) yang disediakan untuk murid
prasekolah.

32 Insurans Disediakan oleh Peratus kanak-kanak yang disediakan insurans hayat oleh pihak
Pihak Prasekolah prasekolah.

You might also like