You are on page 1of 22

BAB 7

PENILAIAN IMPAK
SOSIAL (SIA) – MASALAH
DAN CABARAN
OBJEKTIF KULIAH
MEMBINCANGKAN PENILAIAN IMPAK
SOSIAL DARI SEGI MASALAH DAN
CABARAN
PENGENALAN
 David P. Lawrence (2013):
 Sejak tahun 2003, terdapat banyak isu dan cabaran
timbul berkenaan penilaian impak.
 Perubahan untuk penilaian impak penting
berkenaan syarat-syarat dan garis panduan telah
disepadukan ke dalam analisis aras kawal selia.
 Pandangan daripada kesusasteraan penilaian impak
yang berkaitan telah disepadukan ke dalam analisis
aras yang dipraktikkan.
 Leonard Ortolano dan Anne Shepherd (2012):
 Antara masalah atau isu yang dikemukakan
berkenaan penilaian impak seperti dalam penilaian
impak alam sekitar ialah penyertaan awam sering
kali tidak mencukupi, mitigasi yang dicadangkan
adalah tidak dilaksanakan, pemantauan selepas
(post-monitoring) jarang-jarang sekali dilaksanakan,
dan penilaian impak sosial adalah sering kali tidak
dijalankan dalam kajian penilaian impak alam
sekitar.
 C. P. Wolf (2016):
 Pengamal SIA perlu mencapai tahap
kecekapan profesional dan mengandaikan satu
darjah dalam tanggungjawab profesional.
 Planning Institute of Australian (2016):
 Isu kurang maklumat dan yang tidak
menjangka kesan sosial yang serius.
MENGENAL PASTI ISU, MASALAH
DAN CABARAN PENGURUSAN
SIA
1. Melambatkan pembangunan projek
 Tempoh masa yang panjang dalam memperolehi kelulusan
daripada pihak yang bertanggungjawab menyebabkan tanggapan
kurang baik dari pihak pembeli.
 Ini terjadi apabila sesuatu projek itu dikenal pasti, maka kerja-
kerja pemasaran telah dimulakan, walhal kerja-kerja pembinaan
masih lagi tergendala akibat kelulusan kertas kerja penilaian
impak.
2. Memerlukan kos yang tinggi
 Pihak pemaju berpendapat kos bayaran untuk
menghasilkan sesebuah laporan penilaian adalah
tinggi berbanding dengan negara-negara lain.
 Berdasarkan maklumat, caj yang dikenakan di
Malaysia adalah tiga kali lebih tinggi daripada
bayaran di Thailand dan Indonesia.
3. Menghalang sesuatu pembangunan
 Menurut pihak pemaju, terdapat dua keadaan yang
menghalang pelaksanaan sesuatu pembangunan iaitu:
a. Penolakan laporan penilaian.
b. Keadaan alam sekitar yang sedia ada (kadar mendapan,
dan sistem saliran yang sedia ada) yang memerlukan
pengenal pastian kaedah yang lebih terperinci.
4. Syarat-syarat kelulusan yang rumit
 Syarat-syarat kelulusan yang diberikan oleh Jabatan
Alam Sekitar (JAS) kadang kala membebankan
pihak pemaju untuk mematuhinya.
 Ia meliputi perkara berkaitan konsep pelaksanaan,
kawalan, pentadbiran dan pengurusan. Syarat-
syarat yang ketat ini menyukarkan pihak pemaju
menjalankan pembangunan.
5. Laporan penilaian yang diperlukan dalam kadar
yang segera
 Tindakan pihak JAS mengkehendaki laporan penilaian
impak dalam tempoh yang singkat menyukarkan pihak
pemaju kerana pihak pemaju perlu melantik jurutera
yang benar-benar bertauliah dan mahir dalam
menyediakan laporan tersebut.
 Ini akan mengambil masa untuk mengenal pasti
jurutera tersebut.
6. Kekurangan jurutera perunding yang dapat
menyediakan laporan penilaian yang baik
 Pihak pemaju mendapati kesukaran yang timbul adalah
dalam mendapatkan khidmat jurutera perunding yang
benar-benar mahir dalam menyediakan laporan
penilaian impak yang terperinci.
 Mengikut nisbah perangkaan sekarang hanya terdapat
seramai 126 perunding individu dan 43 syarikat sahaja
yang berdaftar dengan Jabatan Alam Sekitar.
7. Tindakan pihak awam yang menghalang
pembangunan
 Menurut pihak pemaju, pihak awam sering menghalang
cadangan projek pembangunan, dimana mereka ini
sama ada mempunyai kepentingan atau tidak di
kawasan sekitar tapak cadangan pembangunan.
 Terdapat juga bantahan dari pihak awam ini yang lebih
bersikap untuk menjaga kepentingan individu mereka.
 Keadaan ini boleh menghalang cadangan
pembangunan tersebut.
KEPATUHAN PERATURAN
 SCP Expansion Project, Azerbaijan (2016):
 Environmental and Social Management and Monitoring
Plan (ESMMP) termasuk pelan pengurusan
diadaptasi dan dilaksanakan untuk memenuhi
Environmental and Social Impact Assessment (ESIA).
 ESMMP bertujuan untuk menyediakan
mekanisme kepada syarikat untuk mencapai
kepatuhan undang-undang dan menunjukkan
pematuhan dasar alam sekitar dan sosial syarikat
(pemaju).
 SCP Expansion Project, Azerbaijan (2016):
 Kontraktor perlu membangunkan dan melaksanakan
satu pelan pematuhan peraturan yang perlu termasuk
satu proses untuk mengenal pasti dan mengekalkan
satu senarai peraturan yang diguna pakai, permit, kod
dan piawai tempat kerja serta amalan.
 Kontraktor perlu mengemukakan data yang perlu untuk
mengawal selia seperti terma-terma dan syarat dalam
mana-mana lesen atau kebenaran yang mereka pegang.
 Kontraktor perlu menyimpan semua salinan permit
dan kebenaran.
 SCP Expansion Project, Azerbaijan (2016):
 Environmental and Social Advisers:
bertanggungjawab untuk memantau pematuhan
dan pelaksanaan yang bertentangan dengan
ESMMP; mengemukakan dan menjejaki tindakan
pembetulan yang perlu; menyusun dokumen yang
sesuai yang perlu; dan menyediakan nasihat serta
bantuan kepada personel pembinaan tentang isu
alam sekitar dan sosial.
 Terre Environmental Amenagement (2016):
 Mematuhi peraturan yang sedia ada perlu melibatkan kajian
penilaian impak sosial dan alam sekitar dalam semua projek
perindustrian, perhutanan dan perancangan wilayah.
 Terre Environmental Amenagement (TERRA)
menyediakan kemudahan menjalankan dan melengkapkan
penilaian impak sosial dan alam sekitar dari skop ke
pengesahan syarat pentadbiran.
 Kaedah yang digunakan ialah skop projek; analisis asas;
penilaian impak; Environmental and Social Management Plan
(ESMP); dan pengesahan pentadbiran.
 Arab Republic of Egypt (2011):
 ESMP adalah bertujuan untuk menghasilkan projek yang mencapai
kepatuhan dengan syarat atau keperluan alam sekitar kebangsaan dan
undang-undang sosial; serta dasar sosial dan alam sekitar organisasi
antarabangsa.
 Program pemantauan pula bertujuan untuk memastikan ukuran mitigasi
dan peningkatan adalah dilaksanakan yang menghasilkan hasil yang
diinginkan serta yang membuat perubahan, dihentikan atau digantikan
apabila tidak sesuai.
 Program pemantauan juga menilai kepatuhan dengan piawai dan dasar
sosial serta alam sekitar kebangsaan; dan garis panduan serta dasar
antarabangsa.
 Program pemantauan perlu merangkumi dua bahagian iaitu aktiviti
pengawasan dan pemantauan.
PERUNDANGAN
DALAM SIA DAN EIA
 Peruntukan undang-undang yang berkaitan
dengan SIA dan EIA serta agensi kerajaan
yang terlibat adalah seperti berikut:
1. Akta: Akta kualiti Alam Sekeliling 1974
(Seksyen 34A)
 Peruntukan: Memperuntukkan bahawa JAS
bertanggungjawab terhadap pelaksanaan EIA
 Agensi: JAS
2. Akta: Akta Perancangan Bandar Dan Desa 1976
(Akta 172)
 Peruntukan: Membolehkan SIA diterapkan ke
dalam laporan cadangan pemajuan (LCP) yang
perlu dikemukakan bersama-sama pelan susun
atur bagi sesuatu permohonan untuk kebenaran
merancang
 Agensi: Jabatan Perancangan Bandar dan Desa
(Semenanjung Malaysia)
3. Akta: Ordinan Sumber Asli dan Alam Sekitar
1993 – Seksyen 11A (Sarawak sahaja)
 Peruntukan: Memperuntukkan bahawa EIA
perlu disediakan bagi aktiviti-aktiviti tertentu
 Agensi: Lembaga Sumber Asli dan Alam
Sekitar, Negeri Sarawak
4. Akta: Enakmen Perlindungan Alam Sekitar
2002- Seksyen 12(2) (Sabah sahaja)
 Peruntukan: Memberi kuasa kepada Pengarah
Jabatan Perlindungan Alam Sekitar untuk
mengarahkan pelaksana projek melaksanakan
EIA bagi aktiviti tertentu
 Agensi: Jabatan Perlindungan Alam Sekitar,
Negeri Sabah
KESIMPULAN
Cabaran dalam penilaian impak sosial ialah
pengamal SIA perlu mencapai tahap kecekapan
profesional dan mengandaikan satu darjah
dalam tanggungjawab profesional.
Mematuhi peraturan yang sedia ada perlu
melibatkan kajian penilaian impak sosial dan
alam sekitar dalam semua projek perindustrian,
perhutanan dan perancangan wilayah.

You might also like