You are on page 1of 9

KEUNIKAN HIKAYAT ABDULLAH

DALAM ASPEK PENDIDIKAN


Berdasarkan penulisan Abdullah dlm hikayat, aspek pendidikan adalah merupakan
aspek terpenting yang menjadi asas dalam kehidupan Abdullah.

Sejak kecil, beliau dididik dgn ilmu pengetahuan dan apabila besarnya pula menjadi guru,
penterjemah, penulis, dan pengkaji bidang-bidang kehidupan yang tidak lari dari pendidikan.

Abdullah kemukakan pelbagai kritikan dan saranan mengenai pendidikan orang Melayu yg dilihat jauh
ketinggalan pd zaman itu, selain sikap tertutup orang Melayu yang tolak ilmu moden dari Barat.

Menurut Kasim Ahmad (2004), Abdullah sejak kecil dilahirkan dan dibesarkan dalam satu tradisi ilmu
bahasa Melayu dan agama ortodoks yang kukuh. Abdullah lahir dalam keluarga berilmu, bapanya ahli
bahasa,jurutulis,khatib dan ahli perniagaan.
• Nenek Abdulllah bernama Peri Achi seorang guru
besar di Kampung Pali,mengajar dua ratus orang
murid membaca, menulis dan mengaji al-Quran.
• Disebabkan latar belakang keluarga Abdullah yang
mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi, beliau
dibesarkan dalam keluarga yang mementingkan
pelajaran.
• Menurut Siti Aisah Murad(1996),zaman kanak-
kanaknya dihabiskan bersama nenek di sekolah.
‘’ maka barang apa-apa pengajarannya kepada udak-bidak itu
semuanya kuturut sahaja, itulah menjadi permainanku:dari bangun
pagi sehingga pukul enam petang tiadalah bunyi apa lagi melainkan
riuh bunyi belajar dan mengaji sahaja.’’
• Bapa Abdullah seorang pendisiplin ilmu yang
tegas. Disebabkan bapanya yang tegas dalam
pelajaran,Abdullah mampu khatam al-
Quran,dapat kemahiran membaca dan menulis.
• Pembudayaan ilmu dalam diri Abdullah
menyebabkan beliau gemar mencari ilmu.
Berguru dengan dua org ahli bahasa Melayu di
Melaka iaitu Datuk Sulaiman dan Datuk Astur.
• Beliau dapat menguasai bahasa Melayu dalam
simpulan perkataan, rangkai perkataan, kuasa
perkataan dan tujuan perkataan.
Sikap Abdullah dalam pendidikan ialah suka
menyebarkan ilmunya dan mengembangkan lagi
ilmu.
• Sejak kecil, Abdullah menjadi guru al-Quran
kepada supai-supai Benggali beragama Islam
yang kawal Kota Melaka. Kemudian, menjadi
guru bahasa BM kpd orang Eropah.
termasuklah dua org paderi iaitu Tuan Milne
dan Tuan Keasberry.
Abdullah bercita-cita kembangkan ilmu
bahasa Melayu ke tahap lebih tinggi.
• Beliau mengkritik masyarakat Melayu yang
tidak mempunyai sekolah untuk belajar
bahasa Melayu.
• Berdasarkan kritikan ini, kita dapat lihat tidak
wujud inisiatif dalam kalangan masyarakat
Melayu untuk membina dan wujudkan sebuah
sekolah bagi belajar BM.
‘’....adalah sebesar-besar hairan dalam hatiku sebab melihat hal adat orang-orang kita
Melayu itu, yang tiada diperbuat-buat oleh bangsa yang lain-lain dalam dunia ini
diperbuatnya! Adakah segala bangsa manusia dalam dunia ini membuangkan bahasanya
sendiri,tiada tempat belajar bahasanya itu,melainkan yang kulihat orang Melayu itulah yang
tiada mengendahkannya.’’
Dalam hikayatnya menjelaskan betapa
pentingnya kuasai bahasa sendiri
• Catat Abdullah dalam karyanya:
‘’ Syahadan dapat tiada kalau ada suatu bangsa yang
besar itu, maka bahasanya pun besarlah, kerana sekalian
perkara yang ada dalam dunia dan akhirat itu semuanya
terbit daripadanyalah, menjalankan pekerjaan dan
memberi nama tiap-tiap suatu itu dengan bahasa, dan
mendatangkan kekayaan dan kemuliaan kebesaran bagi
manusia itu pun daripada bahasa datangnya. Maka
bahasa itulah yang amat besar gunanya bagi manusia ini
akhirat adanya. Maka patutkah ia itu tiada engkau
endahkan?’’
Abdullah menekankan keperluan mewujudkan
kitab nahu bahasa Melayu yang menjadi panduan
kepada masyarakat Melayu.
• Keluh Abdullah dalam hikayatnya:
‘’... Bermula bahasa Melayu ini bukankah seperti
hutan rimba besar keadaannya,penuh dengan
semak samun dan duri pun berceracangan dan akar
pun bersengkarut,dan kayu itu pun lintang-pukang
dan lorongnya pun simpang-siur dan tanahnya pun
tinggi rendah? Maka daripada zaman adanya
bahasa itu sampai sekarang ini adakah seorang yang
bernafsu hendak membetulkan atau mengaturkan
jalannya atau hukumnya?’’
Sikap Abdullah terhadap ilmu sangat tinggi
Beliau cukup hargai ilmu yang dimilikinya seperti
yang dijelaskan dalam hikyatnya:
‘’kupohonkan kepada Allah swt agar memberikan
kerahmatan,kesejahteraan dan kebajikan kepada guru-guruku
yang telah memberikan ilmu pengetahuan sehingga aku tidak
terkena emas lancungan atau perak lancungan, dan intan
disangka batu kelikir. Kebanyakan orang yang tidak mempunyai
ilmu pengetahuan, tidak akan menyedari sama ada sesuatu
perkara itu baik jahat ataupun salah benar.’’

You might also like