Professional Documents
Culture Documents
Bab 13 CPR
Bab 13 CPR
Rawatan Pemulihan
Pernafasan
(CPR)
JANTUNG DAN SISTEM PEREDARAN
DARAH
Jantung merupakan sejenis otot dan saiznya
lebih kurang gengaman tangan dan terletak
ditengah-tengah dada di antara sternum dan
tulang belakang (spina).
Ateri koronari adalah ateri khas yang membawa
darah keotot jantung itu sendiri.
Fungsi Jantung adalah mengepam darah
keparu-paru dimana darah itu memperolehi
oksigen dan seterusnya dialirkan ke seluruh
badan.
Jantung orang dewasa mengepam lebih kurang
5 liter darah seminit.
Oksigen diperlukan oleh sel-sel badan untuk
berfungsi. Apabila jantung terhenti, oksigen tidak lagi
beredar dan oksigen oksigen yang tersimpan diotak dan
organ-organ penting akan cepat kehabisan.
Denyutan jantung yang diterbitkan oleh impuls elektrik
semulajadi, dihantar melalui jantung di antara 60 - 100
kali seminit di dalam badan seseorang dewasa yang
sihat.
Apabila senaman dijalankan jantung biasanya
mengepam darah sehingga 25 liter seminit.
Paru-paru mengandungi pundi-pundi udara (alveoli)
yang dikelilingi oleh saluran-saluran darah halus
(rerambut).
Impuls saraf daripada otak, ke otot dada dan ke
diafragma membolehkan seseorang itu bernafas.
Dengan setiap pernafasan, udara dibawa daripada
saluran pernafasan (hidung, mulut, farinks, larinks,
trakea dan bronki) ke pundi-pundi udara di dalam paru-
paru.
Udara mengandungi lebih kurang 21% oksigen pada
paras laut.
Apabila pundi-pundi udara diparu-paru berisi udara,
darah dikelilingnya mengambil oksigen daripada udara
di paru-paru dan membawanya balik ke jantung, dan
seterusnya mengepamnya keseluruh badan.
Apabila oksigen diambil daripada darah oleh sel-sel
tubuh, karban dioksida di keluarkan sebagai bahan
kumuh.
Ini dikembalikan oleh darah ke pundi-pundi udara di
paru-paru dan dikeluarkan daripada badan semasa
bernafas.
Apabila udara disedut, hanya 1/4 oksigen daripadanya
diserap oleh darah, yang lainnya dihembus keluar.
Inilah sebab mengapa pernafasan mulut ke mulut
memberi mangsa cukup oksigen.
Apabila pernafasan terhenti, jantung akan terus
mengepam darah untuk beberapa minit bagi
mengekalkan bekalan oksigen ke otak dan seluruh
badan.
Usaha menyelamat yang awal dan segera untuk mangsa
pernafasan terhenti atau tercekik (benda tersekat
didalam tekak) akan mencegah jantung daripada
berhenti (jantung terhenti).
Kitar Mandiri
Apabila jantung terhenti CPR sahaja tidak memadai
untuk menyelamatkan nyawa.
Walau bagaimanapun ia adalah penghubung penting
yang mesti dimulakan untuk membantu mangsa
sehingga rawatan pakar dapat diberi merangkumi
tindakan awal bagi perhubungan sistem rawatan
kecemasan, CPR, defibrilasi dan rawatan lanjutan.
Kitar Mandiri
Langkah 6
Ulangi langkah 3
Langkah 7
Ulangi langkah 4
CPR PENYELAMAT TERSEKAT SALURAN
PERNAFASAN ORANG DEWASA YANG SEDAR
BERDIRI DIBELAKANG
MANGSA DAN LETAKKAN
KEDUA-DUA TANGAN ANDA
DI BAWAH KETIAK MANGSA
SUPAYA MENGELILINGI
DADANYA. TEKAN
DENGAN CEPAT ARAH
KEDALAM.
Sekian