You are on page 1of 28

JABATAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN

PEKERJAAN KEDAH

PENGENALPASTIAN HAZARD, PENAKSIRAN


RISIKO DAN KAWALAN RISIKO
“HAZARD IDENTIFICATION, RISK ASSESSMENT
AND RISK CONTROL (HIRARC)”

HAZEHA BINTI ABDULLAH


1. Pengenalan
2. Prinsip Asas Pengurusan Risiko
3. HIRARC
 Elemen
 Langkah
 Kenalpasti Hazard
 Matrik Risiko
 Kawalan
4. Latihan Amali
Tempat Kerja Selamat dan Sihat
DEFINASI

• Hazard: sesuatu punca atau sesuatu keadaan yang mempunyai potensi


dimana boleh mendatangkan mudarat dalam bentuk kecederaan atau
kesihatan yang buruk kepada manusia, kerosakan harta, kerosakan alam
sekitar atau gabungan daripada mana-mana mudarat tersebut

4
DEFINASI

• Risiko: gabungan faktor “kemungkinan berlakunya sesuatu


kejadian berhazard dalam sesuatu tempoh khusus yang
ditetapkan atau dalam keadaan yang ditetapkan” dengan faktor
“keterukannya iaitu kecederaan atau kesan buruk ke atas
kesihatan manusia, harta, alam sekitar atau gabungan mana-
mana daripada ini yang disebabkan oleh kejadian tersebut”.

5
TUJUAN HIRARC
 Untuk kenalpasti semua faktor yang boleh
mendatangkan bahaya kepada pekerja dan orang lain
(hazard)

 Untuk menimbangkan peluang untuk berlakunya sesuatu


kejadian dalam sesuatu keadaan dan kesan akibatnya
(risiko)

 Untuk membolehkan majikan merancang,


memperkenalkan dan memantau langkah-langkah
pencegahan untuk memastikan risiko dapat dikawal pada
setiap masa.

6
KEPENTINGAN HIRARC
1. Tanggungjawab undang-undang
- Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (Sek.
15(1),(2))
- Akta Kilang dan Jentera 1967

2. Untuk membolehkan organisasi menguruskan


hazard dengan lebih berkesan

3. Keperluan piawaian sistem pengurusan KKP


(MS 1722:2003, OHSAS 18001, ISO 14001, dll.)

4. Untuk kenalpasti samada kawalan sedia ada


memadai atau tidak.
7
PERSONAL ATAU PASUKAN HIRARC

1. Seseorang yang terlatih dalam mengenal pasti


hazard dan penaksiran risiko
# Sesetengah kes memerlukan orang yang kompeten
mengikut undang-undang
(contoh: Pengapit – Chemical Health Risk Assessor,
Orang Kompeten Major Hazard)

2. Jawatankuasa keselamatan dan Kesihatan

3. Pegawai Keselamatan dan Kesihatan

8
BILA PERLU LAKSANAKAN HIRARC

•Untuk situasi -
 di mana wujudnya hazard yang boleh membahayakan
 keadaan tidak pasti samada kawalan sedia ada
memadai atau tidak
 sebelum melaksanakan langkah pembetulan atau
pencegahan

• Oleh organisasi yang melakukan penambahbaikan


pengurusan keselamatan secara berterusan.

9
PERANCANGAN HIRARC
 Aktiviti HIRARC berterusan
 HIRARC meliputi
Aktiviti rutin dan tidak rutin
Aktiviti setiap personal termasuk bukan kakitangan
(kontraktor, pelawat)
Kemudahan setiap tempat kerja (makmal, workshop,
dewan kuliah, dll.)
 Hasil analisa risiko didokumenkan dan digunakan
untuk:
Kawalan risiko dalam Pengurusan KKP
Rujukan dan semakan masa hadapan

10
PRINSIP ASAS PENGURUSAN RISIKO

 Pengurusan risiko perlu diintegrasi di dalam aktiviti


perancangan pada semua peringkat urusan

 Terima dan ambil perhatian terhadap semua risiko

 Buat keputusan risiko yang sesuai (berdasar


kepada tahap risiko)

 Urus risiko yang wujud

11
SEMAKAN SEMULA PENILAIAN RISIKO

Semakan perlu dibuat sekiranya terdapat


perubahan:
– Dalaman
• Sebelum pengubahsuaian, perubahan serta
pengenalan bahan-bahan, jentera atau proses,
prosedur kerja yang baru
– Luaran
• Pindaan Akta dan Peraturan
• Pembangunan pengetahuan dan teknologi
berkaitan KKP

12
ELEMEN HIRARC

1. MENGENALPASTI
HAZARD
> Mengecam
permasalahan

2. MENILAI RISIKO
> Memahami
permasalahan

3. MENGAWAL
RISIKO
> Menangani
masalah
13
LANGKAH HIRARC

1. Kelaskan aktiviti kerja


2. Lakukan
pengenalpastian
hazard
3. Dapatkan tahap risiko
4. Kawal risiko yang
tinggi
5. Kaji semula
keberkesanan
kawalan

14
KAEDAH KENAL PASTI HAZARD
1 Concept Hazard Analysis 20 Structural Reliability Analysis
2 Concept Safety Review 21 Reliability Block diagram
3 Preliminary Hazard Analysis 22 Human reliability Analysis
4 Pre-HAZOP 23 Action Error Analysis
5 HAZOP 24 Task Analysis
6 "What if?" Analysis 25 Maintenance and Operability study
7 Checklists 26 Predictive Human Error Analysis
8 Standards/Codes of practice 27 Pattern Search method
9 FMEA 28 Vulnerability Assessment
10 Functional FMEA 29 DEFI method
11 FMECA 30 Maintenance Analysis
12 Safety Audit 31 Matrices
13 HAZOP 32 GOFA
14 Critical Examination of System Safety 33 MOSAR
15 Cause-Consequences Analysis 34 FIHI
16 Fault Tree Analysis 35 State-Transition Diagrams
17 Structured methods 36 GRAFCET
18 PETRI NETS 37 Inherent Hazard Analysis
15
19 Sneak Analysis 38 Hierarchical Task Analysis
PUNCA HAZARD
MANUSIA
• Perbuatan berbahaya

JENTERA
• Pepasangan, susun atur dan reka bentuk peralatan

BAHAN
• Bahan-bahan seperti kimia dan larutan yang digunakan

KAEDAH
• Cara pekerja melaksanakan kerja

SUASANA
• Keadaan persekitaran kerja seperti kualiti
udara, pencahayaan, kebisingan, getaran.
16
KUMPULAN UMUM HAZARD

Untuk memudahkan
pengecaman Kimia
hazard, ia boleh  Fizikal
dikategorikan  Biologi
seperti berikut,  Ergonomik
contohnya:  Psikososial
 Mekanikal
1) Hazard  Elektrik
Keselamatan  Mesin
2) Hazard Kesihatan
3) Hazard
Persekitaran

17
Hazard

18
ANALISIS DAN JANGKAAN RISIKO
• Menentukan tahap kebarangkalian

KEMUNGKINAN (L) CONTOH KADAR

Berkemungkinan besar berlaku hasil daripada bahaya /


Kemungkinan Besar 5
acara

Mempunyai peluang yang tinggi untuk berlaku dan


Mungkin 4
bukan luar biasa

Dapat Difikirkan Mungkin berlaku pada pada masa depan 3

Terpencil Tidak diketahui berlaku selepas bertahun-tahun 2

Mustahil Adalah mustahil dan tidak pernah berlaku 1


ANALISIS DAN JANGKAAN RISIKO
• Menentukan tahap keterukan
KETERUKAN (S) CONTOH KADAR

Banyak kematian, kerosakan harta benda dan daya


Bencana 5
pengeluaran yang tidak dapat dipulihkan

Menyebabkan kira-kira satu kes kematian tunggal dan


Maut 4
kerosakan harta besar jika berlakunya bahaya

Serius Kecederaan yang tidak membawa maut, hilang upaya kekal 3

Ringan Melumpuhkan tetapi tidak menyebabkan kecederaan kekal 2

Melecet kecil, lebam, luka, jenis kecederaan untuk


Boleh Diabaikan 1
pertolongan cemas
ANALISIS DAN JANGKAAN RISIKO
Penaksiran Risiko
ANALISIS DAN JANGKAAN RISIKO
•Penilaian risiko
RISIKO PENERANGAN TINDAKAN

Risiko TINGGI memerlukan tindakan segera untuk pengawalan


bahaya seperti yang diperincikan dalam hierarki kawalan.
15 – 25 TINGGI
Tindakan yang diambil mestilah didokumentasikan di borang
penilaian risiko termasuk tarikh siap.

Risiko SEDERHANA memerlukan pendekatan terancang untuk


pengawalan bahaya dan langkah kawalan sementara hendaklah
5 – 12 SEDERHANA diambil jika perlu. Tindakan yang diambil mestilah
didokumentasikan didokumentasikan di borang penilaian risiko
termasuk tarikh siap.

Sesuatu risiko yang dikenal pasti sebagai RENDAH boleh


dianggap sebagai boleh diterima dan pengurangan risiko
1–4 RENDAH selanjutnya mungkin tidak perlu. Walau bagaimanapun, jika
risiko boleh diselesaikan dengan cepat dan cekap, langkah-
langkah kawalan hendaklah dilaksanakan dan direkodkan.
KAWALAN RISIKO
iv. Pengawalan Risiko
 Hazad boleh dikawal semada di punca (at source),
medium antara punca dan pekerja (along the path) atau
penerima (reciever).

 Pemilihan jenis pengawalan melibatkan perkara-perkara


tersebut seperti:
a) Menilai dan memilih kawalan jangka masa pendek &
panjang
b) Melaksanakan kawalan jangka masa pendek sebelum
kawalan jangka masa panjang dilaksanakan
c) Melaksanakan kawalan jangka masa panjang.

23 Jenis-jenis kawalan risiko9/16/2019


adalah seperti berikut
JENIS KAWALAN RISIKO

a)Penghapusan (elimination)
b)Pengantian (substitution)
c) Kawalan Kejuruteraan (engineering control)
d)Kawalan Pentadbiran (administrative control)
e)Kelengkapan Pelindungan Diri (PPE)

24 9/16/2019
PROSES HIRARC

26
KESIMPULAN

 Pengenalpastian hazard, penilaian risiko, kawalan dan


semakan semula bukanlah suatu tugas yang dibuat sekali
sahaja dan dilupakan tetapi ianya suatu aktiviti yang
berterusan.

 HIRARC hendaklah didokumentasikan walaupun


seringkas mana sekalipun.

 HIRARC hendaklah jalankan dengan penilaian teliti ke


atas kebarangkalian dan juga kesan akibat manakala
langkah kawalan yang dicadangkan hendaklah menepati
hirarki kawalan.

27
28

You might also like