You are on page 1of 74

TATACARA PENGURUSAN ASET

BAHAGIAN PENGURUSAN ASET AWAM


PERBENDAHARAAN MALAYSIA
TATACARA PENGURUSAN ASET

PENDAHULUAN
1. Definisi Aset
2. Klasifikasi Aset
3. Tanggungjawab Ketua Jabatan
4. Penubuhan Bahagian/Seksyen/Unit Pengurusan Aset
(UPA)
5. Tugas UPA
6. Pelantikan Pegawai Aset
7. Jawatankuasa Pengurusan Aset Kerajaan (JKPAK)
8. Laporan Pengurusan Aset Kerajaan
TATACARA PENGURUSAN ASET

DEFINISI ASET

Aset ialah sumber yang dikawal oleh entiti, hasil


daripada peristiwa lampau dan memberi manfaat
ekonomi masa hadapan atau potensi perkhidmatannya
dijangka mengalir ke dalam entiti.
(Malaysian Public Sector Acounting Standard-MPSAS)

Aset Kerajaan boleh dibahagi kepada Aset Semasa dan


Aset Bukan Semasa. Aset semasa adalah aset yang
boleh ditukar kepada tunai dalam tempoh jangka
pendek manakala aset bukan semasa adalah aset yang
hanya boleh ditukar kepada tunai selepas satu tahun.
PENGURUSAN ASET

KLASIFIKASI DAN JENIS ASET

ASET

ASET BUKAN
ASET SEMASA
SEMASA

Tunai Pelaburan Aset Ketara Aset Tak Ketara

ASET TAK ASET ALIH


STOK
ASET HIDUP
ALIH (Inventori)

Aset Aset Aset Harta Aset Bernilai


Tumbuhan Haiwan Ikan
Tanah Infrastruktur Bangunan Modal Rendah
KLASIFIKASI ASET

ASET KETARA ASET TAK KETARA


• Aset bukan kewangan yang dapat
• Mempunyai kewujudan fizikal dikenalpasti tanpa kewujudan secara
yang boleh disentuh atau fizikal. Aset Tak Ketara meliputi
dipegang untuk kegunaan pelbagai kategori seperti Paten, Hak
dalam pengeluaran atau Cipta, Rekabentuk Susun Atur Litar
pembekalan barangan atau Bersepadu, Perlindungan Varieti
perkhidmatan untuk Baru Tumbuhan, Pengetahuan
disewakan kepada pihak lain, Tradisional dan Penzahiran
atau kegunaan urusan Kebudayaan.
pentadbiran dan dijangka akan
digunakan bagi jangkamasa
• Pangkalan Data, Perjanjian
yang melebihi dari satu
Perlesenan, Perjanjian hak
tempoh pelaporan.
eksklusif/hak lokasi .

• ATK yang terbahagi kepada Harta


Intelek dan Harta Bukan Intelek.
ASET KETARA

• ASET • ASET TAK


Aset atau
ALIH peralatan yang ALIH
boleh
dipindahkan Aset yang kekal
dari satu dan tidak boleh
dialih dari
tempat ke
tempatnya.
tempat lain
secara mudah.

Barang-barang
Aset yang
belum guna dan
bernyawa iaitu
perlu disimpan
Tumbuhan,
atau digunakan
Ikan dan
terus untuk
Haiwan
• STOK tujuan operasi.
• ASET
HIDUP
TATACARA PENGURUSAN ASET

TANGGUNGJAWAB PEGAWAI PENGAWAL


1. Menubuhkan Bahagian/Seksyen/Unit –UPA
(Alih/Hidup/Tak Ketara/Stor)
2. Menubuhkan JKPAK di Kementerian/
Ibupejabat/Jabatan dan Zon/Wilayah
3. Melantik JK Penyiasat bagi kes kehilangan
Kem/Jab/PTJ
4. Memastikan Pengurusan Stor dikawalselia oleh UPA

5. Mengemukakan Laporan Eksekutif Pengurusan Aset


Kerajaan Tahunan ke Perbendaharaan sebelum 15
Mac
TATACARA PENGURUSAN ASET

AM 1.1 TANGGUNGJAWAB
KETUA JABATAN
1. Melantik Pegawai Penerima (Aset Alih/ Hidup/ Stok/ Aset Tak Ketara)
2. Melantik Pembantu Pegawai Aset
3. Memastikan aset didaftarkan dan disimpan ditempat yang selamat
4. Memastikan penyelenggaraan aset dilaksanakan
5. Memastikan hasil penemuan pemeriksaan diambil tindakan
6. Menyediakan pelan perancangan pelupusan
7. Melantik pegawai khusus menjalankan tugas pengurusan Stor di Stor
Pusat dan Stor Utama. Di Stor Unit berasaskan pegangan stok, jika perlu
8. Menyediakan Laporan Awal kehilangan
9. Melantik Pegawai Pemeriksa untuk melaksanakan pemeriksaan Stok
10. Mengemukakan Laporan Suku Tahun Aset (Alih/ Hidup/ Stok/ Aset Tak
Ketara) kepada Urusetia JKPAK dan UPA Kementerian sebelum 15
Februari tahun berikutnya
PENUBUHAN BAHAGIAN/
SEKSYEN/UNIT PENGURUSAN ASET

Kem/Jab/PTJ yang belum


menubuhkan Jabatan yang
Bah/Sek/Unit bagi
menguruskan Aset Alih, UPA diletakkan di ada Caw/
Aset Hidup, Aset Tak Bahagian Agensi /
Ketara dan Stor hendaklah Institut bukan
mengambil tindakan Pengurusan Aset
menubuhkannya. atau Bahagian- bertaraf PTJ
Bilangan dan gred yang
Bahagian lain boleh
perlu diwujudkan adalah yang difikirkan menubuhkan
tertakluk kepada beban sesuai. UPA mengikut
tugas, nilai serta bilangan
aset yang terdapat kesesuaian.
disesebuah Kem/Jab/PTJ.
TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB
BAHAGIAN/SEKSYEN/UNIT PENGURUSAN ASET (UPA)

Pendaftaran
Penggunaan,
Penerimaan Penyimpanan
dan
Uruskan Pemeriksaan
Aset Alih,
Aset
Hidup,
Aset Tak Kehilangan
dan Hapus UPA
Ketara dan Kira
Stor Penyelenggaraan
meliputi: Penjagaan

Pelupusan Pindahan
PELANTIKAN PEGAWAI ASET

1 - Pegawai Aset
Kementerian
1- Pegawai Aset Jabatan BILANGAN
1-Pegawai Aset di Jabatan
Persekutuan di Negeri/PTJ • Tertakluk kepada beban
tugas & bilangan aset.
• Seboleh-bolehnya
KUASA
Pegawai P&P di gred
MELANTIK bersesuaian.
•KSU/KP/Pengerusi • Pegawai Kump. Pelaksana
JKPAK Kementerian/Ibu Gred 19 ke atas (Jika tiada
Pejabat GRED P&P)
•Luar Negara (Dilantik JAWATAN
oleh Perwakilan/Jabatan
di negara berkenaan)
JAWATANKUASA PENGURUSAN ASET
KERAJAAN(JKPAK) - KEANGGOTAAN
MESYUARAT JKPAK

KEKERAPAN MESYUARAT
AGENDA MESYUARAT JKPAK
LAPORAN PENGURUSAN ASET KERAJAAN

AM 1.1 TANGGUNGJAWAB
KETUA JABATAN
1. Laporan Suku Tahun (Aset Hidup TUMBUHAN)
2. Secara Suku Tahun
3. Laporan Suku Tahun JKPAK di Lampiran A

AM 1.1 TANGGUNGJAWAB
PEGAWAI PENGAWAL

1. Laporan Tahunan (Aset Hidup TUMBUHAN)


2. Secara Tahunan
3. Laporan Eksekutif Pengurusan Aset Kerajaan Tahunan
di Lampiran B
TATACARA PENGURUSAN ASET HIDUP

TUMBUHAN
TATACARA PENGURUSAN ASET HIDUP
TUMBUHAN

1. Definisi Tumbuhan
2. Kategori Tumbuhan
3. Penerimaan
4. Pendaftaran
5. Penggunaan dan Penjagaan
6. Pelantikan Pegawai Aset
7. Jawatankuasa Pengurusan Aset Kerajaan (JKPAK)
8. Laporan Pengurusan Aset Kerajaan
TATACARA PENGURUSAN ASET HIDUP TUMBUHAN

Penerimaan

Kehilangan dan
Hapus Kira
Pendaftaran

Pelupusan Penggunaan dan Penjagaan

Pindahan Pemeriksaan
TATACARA PENGURUSAN ASET HIDUP

AM DEFINISI TUMBUHAN
5.1
2. Tumbuhan bermaksud apa-apa jenis tumbuhan
atau apa-apa bahagian daripadanya dan
termasuklah batang, dahan, ubi, bebawang, umbisi,
rhizom, pokok penanti, kayu mata tunas, keratan,
tut, keratan tunas, pelekap, akar, daun, bunga, buah,
biji atau apa-apa jua bahagian atau keluaran lain
dari sesuatu tumbuhan itu sama ada terputus atau
tercantum.
DEFINISI
TUMBUHAN

Atau apa-apa jua bahagian atau keluaran lain dari sesuatu tumbuhan itu
sama ada terputus atau tercantum.
KATEGORI TUMBUHAN
Tumbuhan terbahagi kepada tiga (3) kategori:-

Tanaman Kekal Tanaman Bukan Bahan Tanaman


Kekal
TATACARA PENGURUSAN ASET HIDUP

AM KATEGORI TUMBUHAN
5.1
3. TIGA (3) KATEGORI:

1.Tanaman Kekal
Tanaman yang jangka hayat ekonomik melebihi 3 tahun, ditanam
untuk tujuan pengeluaran hasil, pemerhatian teknologi,
penyelidikan, ameniti dan pemuliharaan genetik Tumbuhan.

2. Tanaman Bukan Kekal


Tanaman yang jangka hayat ekonomik tidak melebihi 3 tahun,
yang ditanam untuk tujuan pengeluaran hasil, pemerhatian
teknologi, penyelidikan, ameniti dan pemuliharaan genetik
Tumbuhan.
TUMBUHAN KEKAL (AMENITI/LANSKAP)

TANAMAN KEKAL – POKOK DOA DAN POKOK SAKURA


TATACARA PENGURUSAN ASET HIDUP

AM DEFINISI TUMBUHAN
5.1
3. Bahan Tanaman
Bermaksud daripadanya dapat digunakan untuk menghasilkan
sesuatu jenis tanaman. Bagi tujuan pengurusan Tumbuhan, pokok
penanti, pokok matatunas, bahan tisu kultur dan debunga
dikategorikan sebagai bahan tanaman. Antara jenis bahan
tanaman ialah:
(i) Biji Benih iaitu biji yang diproses daripada buah yang diambil
daripada pokok induk terpilih dan mencapai piawaian minimum biji
benih seperti ditetapkan oleh Jabatan berkenaan.
(ii) Anak Benih adalah semua jenis tumbuhan yang dihasilkan melalui
kaedah semaian biji benih atau tisu kultur untuk tujuan penanaman.
Piawaian minimum anak benih seperti ditetapkan oleh Jabatan
berkenaan.
TATACARA PENGURUSAN ASET HIDUP

AM.1 DEFINISI TUMBUHAN


3. Bahan Tanaman
(iii) Anak Pokok Cantuman adalah semua jenis tumbuhan
yang dihasilkan melalui kaedah cantuman bahagian
pokok induk/sion dengan pokok penanti. Piawaian
minimum anak pokok cantuman seperti ditetapkan oleh
Jabatan berkenaan.
(iv) Anak Tut adalah pokok yang dibiak hasil daripada ranting
yang berakar setelah diberi aruhan perakaran.
(v) Keratan adalah mana-mana bahagian pokok yang sesuai
digunakan untuk pembiakan.
(vi) Umbisi adalah tumbuhan yang tumbuh daripada ubi.
(vii) Sulur adalah tunas yang tumbuh dari bahagian pokok
induk dan boleh digunakan sebagai anak pokok.
(viii) Pokok penanti adalah anak benih yang digunakan untuk
dicantum dengan sion daripada klon yang dikehendaki.
TATACARA PENGURUSAN ASET HIDUP

AM DEFINISI TUMBUHAN
5.1
3.Bahan Tanaman
(ix) Pokok Mata Tunas adalah pokok yang ditanam di ladang
dan digunakan untuk mendapatkan sion dalam proses
pembiakan tampang. Pokok ini asalnya diperolehi
daripada pokok induk yang dikenal pasti.
(x) Debunga adalah debu bunga yang dihasilkan daripada
bunga jantan.
(xi) Bahan Tisu Kultur adalah bahan pembiakan termasuk in
vitro plantlets yang dihasilkan melalui kaedah tisu kultur.
(xii) Anak Pokok yang ditanam di bekas, polybag dan lain-lain
bentuk tanaman
PUSAT PENGEMBANGAN PERTANIAN
SERDANG

PROSES PEMBIAKAN DARI BAHAN TANAMAN KEPADA TANAMAN KEKAL


PUSAT PENGEMBANGAN PERTANIAN
SERDANG

PROSES PEMBIAKAN DARI BAHAN TANAMAN KEPADA TANAMAN KEKAL


PUSAT PENGEMBANGAN PERTANIAN, SERDANG

PROSES PEMBIAKAN DARI BAHAN TANAMAN KEPADA TANAMAN KEKAL


PROGRAM PENANAMAN SEMULA
TUMBUHAN SEMULAJADI

PROSES PEMBIAKAN/PENANAMAN SEMULA TANAMAN KEKAL


AM5.2 PENERIMAAN
OBJEKTIF

• Memastikan setiap Tumbuhan yang diterima


 menepati spesifikasi yang ditetapkan.

• Menentukan kualiti dan kuantiti sebenar


 mengikut pesanan

• Memastikan Tumbuhan diterima dalam keadaan


 baik dan bebas dari perosak dan penyakit
TATACARA PENGURUSAN ASET HIDUP

AM 5.2 PENERIMAAN TUMBUHAN

2. PELANTIKAN PEGAWAI PENERIMA


Ketua Jabatan hendaklah melantik Pegawai Penerima yang bertanggungjawab menerima dan
memeriksa
Tumbuhan hendaklah memiliki pengetahuan atau berkemahiran
3. PERATURAN PENERIMAAN
Dibuat pemeriksaan bagi menepati spesfikasi
Pemeriksaan berdasarkan kaedah yang bersesuaian oleh Pegawai Berkelayakan
LANGKAH SEMASA PENERIMAAN TUMBUHAN
Menyemak dokumen dan fizikal dengan diperiksa, ditimbang, dikira dalam tempoh 1 minggu
Borang KEW.AT-1 digunakan untuk pengesahan penerimaan
TUMBUHAN hendaklah dikuarantin mengikut keperluan manual kerja Jabatan
Sekiranya tidak dapat disahkan dalam tempoh ditetapkan, maka dokumen hendaklah dicatatkan
“Diterima dengan syarat ianya disahkan kemudian secara diperiksa, dikira, diukur, ditimbang atau
dipastikan status kesihatannya”
TUMBUHAN yang tidak menepati spesifikasi biologi, kualiti dan kuantiti akan ditolak
Borang Penolakan, KEW.AT-2 digunakan untuk penolakan Tumbuhan
Surat Jaminan dari Pembekal hendaklah disertakan
Perolehan TUMBUHAN oleh Ibupejabat/Negeri hendaklah dibekalkan bersekali salinan Pesanan
Rasmi Kerajaan , Nota Serahan, Inbois, Surat Jaminan, dll dokumen
TATACARA PENGURUSAN ASET HIDUP

AM 5.3 PENDAFTARAN - TUMBUHAN

2. TEMPOH PENDAFTARAN

TUMBUHAN hendaklah didaftarkan dalam tempoh (2) minggu dari


tarikh pengesahan penerimaan
3. TUMBUHAN YANG PERLU DIDAFTARKAN

 Yang diterima melalui pembelian wang kerajaan termasuk


tujuan penyelidikan, hasil penyelidikan, hadiah, pembiakan,
lucuthak, pindahan dan sumber liar
 BAHAN TANAMAN yang akan dijadikan sebagai Tanaman Kekal
atau Tanaman Bukan Kekal hendaklah didaftarkan
4. TUMBUHAN YANG TIDAK PERLU DIDAFTARKAN

 TUMBUHAN yang tumbuh dikawasan hutan yang diwartakan


 Tumbuhan yang tumbuh di tanah/premis hak milik Jabatan yang
tidak memerlukan penjagaan dan penyelenggaraan
TATACARA PENGURUSAN ASET HIDUP

AM 5.3 PENDAFTARAN - TUMBUHAN


5. TUMBUHAN LUCUT HAK

 Kem/Jab yang bercadang menggunakan Tumbuhan


yang dilucut hak hendaklah mendaftarkannya.
6. Tumbuhan lucuthak yang telah dikategorikan di bawah Akta
Kuarantin Tumbuhan 1976 dan Akta-akta lain yang berkaitan
adalah menjadi tanggungjawab Ketua Pengarah Pertanian dan
Pihak Berkuasa berkenaan untuk menentukan tindakan yang
diambil ke atas Tumbuhan berkenaan bagi maksud tersebut
sahaja.
TATACARA PENGURUSAN ASET HIDUP

AM 5.3 PENDAFTARAN TUMBUHAN


7. DOKUMEN RUJUKAN
 TUMBUHAN yang dibeli merujuk LO/Nota Serahan/Invois/
Kontrak
 TUMBUHAN yang disewabeli merujuk Surat Ikatan Perjanjian
dan lain-lain dokumen
 TUMBUHAN yang diterima dari sumber lain seperti surat
kelulusan hadiah (Pekeliling Perkhidmatan 5/2008), Sijil
lucut hak, salinan daftar untuk pindahan
 TUMBUHAN yang tiada maklumat juga perlu didaftarkan

8. DOKUMEN PENDAFTARAN
 KEW.AT-3 untuk DAFTAR TUMBUHAN (Kekal / Bukan Kekal)
 KEW.AT-4 untuk DAFTAR BAHAN TANAMAN
 Maklumat pendaftaran seperti di LAMPIRAN
10. TANDA TANGAN KETUA JABATAN
 Ketua Jabatan/ Bahagian/Seksyen/Unit/Pusat/Stesen hendaklah
menyemak, mengesahkan dan menandatangani pada KEW.AT-3.
 Bagi Daftar yang terdahulu juga perlu ditandatangani oleh Ketua
Jabatan/Bahagian/Seksyen/Unit/Pusat/ Stesen.
TATACARA PENGURUSAN ASET HIDUP

AM 5.3 PENDAFTARAN TUMBUHAN


11. PELAKSANAAN PENDAFTARAN TUMBUHAN
Ketua Jabatan melantik Pegawai yang bersesuaian
membantu mendaftar TUMBUHAN seperti berikut:
 Secara berpusat oleh UPA bagi semua jenis
Tumbuhan atau
 Dilaksanakan oleh Bahagian/ Cawangan /PTJ/
Pusat/Stesen
Sekiranya secara berpusat, salinan KEW.AT-3
hendaklah dikemukakan kepada Bahagian/
Cawangan/PTJ/Pusat/Stesen

12. ANGGARAN NILAI SEMASA


 Dikemaskini pada KEW.AT-3 pada setiap akhir tahun
 Dianggarkan oleh Pegawai yang memiliki pengetahuan
atau kemahiran berdasarkan harga Jabatan atau nilai
pasaran semasa
TATACARA PENGURUSAN ASET HIDUP

AM 5.3 PENDAFTARAN TUMBUHAN (TANAMAN KEKAL DAN


TANAMAN BUKAN KEKAL)
13. PENYEDIAAN SENARAI DAFTAR TUMBUHAN (KEW.AT-5)
 KEW.AT-5 disediakan mengikut tahun semasa
 Dikemaskini apabila dibuat pindahan, Tumbuhan Baru,
Dilupus/Hapus kira
 Penyediaan KEW.AT-5 hendaklah dirujuk kepada KEW.AT-3
14. PENGEMASKINIAN DAFTAR TUMBUHAN
 Apabila berlaku perubahan lokasi, nama pegawai, pemeriksaan,
pindahan,
 Pelupusan dan Hapus Kira
15. NOMBOR SIRI PENDAFTARAN
 No Siri perlu diwujudkan pada Kad Daftar TUMBUHAN
 Tidak perlu dilabelkan pada TUMBUHAN
 Berdasarkan KEM/JAB/PUSAT/TUMBUHAN/TAHUN/No Siri
contoh (MOA/DOF/PPAT/ TK / 18 / 001)
TATACARA PENGURUSAN ASET HIDUP

AM 5.3 PENDAFTARAN TUMBUHAN


16. PENYIMPANAN REKOD DAFTAR TUMBUHAN
 KEW.AT-3, KEW.AT-5, KEW.AT-8 disimpan ditempat yang
selamat
 Daftar Asal KEW.AT-3 disimpan oleh Pegawai Aset dan
salinan disimpan di lokasi
LAPORAN KEDUDUKAN SEMASA TUMBUHAN (KEW.AT-6)
17. LAPORAN KEDUDUKAN SEMASA TUMBUHAN
 KEW.AT-6 disediakan untuk dikemukakan seperti berikut;
 PTJ hantar ke UPA Jabatan/Ibu Pejabat
 UPA Jab/Ibu Pejabat menyenarai semua PTJ/Pusat/Stesen
dibawahnya dan kemukakan kepada UPA KEM sebelum 15
Feb
 UPA KEM hendaklah menyediakan Ringkasan Laporan
Tahunan TUMBUHAN dan mengemukakan kepada
Perbendaharaan sebelum 15 Mac tahun berikutnya.
TATACARA PENGURUSAN ASET HIDUP

AM 5.4 PENGGUNAAN DAN PENJAGAAN


1. OBJEKTIF
 Memanjangkan jangka hayat produktif
 Tumbuhan sentiasa sihat, selamat dan boleh dimanfaatkan
 Tumbuhan sentiasa dalam keadaan baik untuk digunakan
 Mengelakkan kematian dan kehilangan
 Menjimatkan perbelanjaan Kerajaan
2. PENGGUNAAN TUMBUHAN
 Menjalankan aktiviti pengeluaran hasil, ameniti, pembiakan bahan
tanaman, pemerhatian teknologi penyelidikan, pemuliharaan dan
pemuliharaan alam sekitar.
 Menghasilkan bahan tanaman berkualiti
 Membangunkan teknologi pertanian, perladangan, perhutanan,
hutan bandar dan perkhidmatan ekologi yang berdaya saing.
 Kerjasama teknikal, pembangunan kepakaran dan pertukaran
maklumat; dan
 Latihan
TATACARA PENGURUSAN ASET HIDUP

AM 5.4 PENGGUNAAN DAN PENJAGAAN

3. PENJAGAAN
 Berpandukan Amalan Pertanian Baik (APB), Skim Organik
Malaysia (SOM) atau mengikut piawaian yang diperakui oleh
pihak berkuasa berkenaan.
 Penjagaan terbahagi 2 jenis:
i. Penjagaan Berjadual - aktiviti yang dijalankan mengikut
manual tanaman berkenaan
ii. Penjagaan Pemulihan – aktiviti rawatan yang dijalankan
untuk memulihkan tahap kesuburan, tumbesaran dan
pembentukan semula Tumbuhan
4. REKOD PENJAGAAN DAN RAWATAN
 Direkodkan di REKOD PENJAGAAN & RAWATAN TUMBUHAN KEW.AT-7
 Maklumat mengenai Tarikh Penjagaan/Rawatan, Butir Penjagaan, No
Kontrak/Pesanan Rasmi Kerajaan, Nama Syarikat/Nama Jabatan dan Kos
Penjagaan
TATACARA PENGURUSAN ASET HIDUP

AM 5.4 PENGGUNAAN DAN PENJAGAAN

5. PENJAGAAN OLEH PIHAK SWASTA


 Hendaklah diiktiraf oleh Kerajaan sekiranya tiada
kemudahan disediakan Kerajaan
 Berdasarkan piawaian manual penjagaan/rawatan yang
ditetapkan Kerajaan

6. PENJAGAAN TUMBUHAN YANG DISEWA/PAJAK


 Hendaklah mengikut APB atau SOM yang mengikut piawaian
pihak berkuasa yang berkenaan
7. BORANG PERGERAKAN /PINJAMAN TUMBUHAN(TANAMAN KEKAL
DAN BUKAN KEKAL
 Hendaklah direkodkan pada KEW.AT-8
TATACARA PENGURUSAN ASET HIDUP

AM 5.4 PENGGUNAAN DAN PENJAGAAN


8. PENGURUSAN BAHAN TANAMAM
Hendaklah diuruskan seperti berikut:
8.1 Pengeluaran Bahan Tanaman untuk tujuan program
pengembangan, latihan, penyelidikan, pemuliharaan,
pindahan, hadiah dan jualan hendaklah diluluskan oleh
Ketua Jabatan mengikut Garis Panduan Jabatan.
8.2 Harga Jualan hendaklah ditetapkan oleh Jabatan
8.3 Hasil jualan dimasukkan ke Akaun Hasil Kerajaan
8.4 KEW.AT-4 hendaklah dikemaskini

9. PENGURUSAN HASIL TUMBUHAN


Hendaklah diuruskan seperti berikut;
9.1 Hasil dari TUMBUHAN seperti buah, sayur, bunga, ubi, getah dll
hendaklah direkodkan mengikut peraturan Jabatan
9.2 Harga hendaklah ditetapkan oleh Jabatan
9.3 Hasil jualan hendaklah dimasukkan ke Akaun Hasil Kerajaan
TATACARA PENGURUSAN ASET HIDUP

AM 5.4 PENGGUNAAN DAN PENJAGAAN


10. LAPORAN KEKURANGAN/ROSAK/MUSNAH/MATI TUMBUHAN
(KEW.AT-9)
Jika berlaku kerosakan/kemusnahan laporan hendaklah dibuat kepada
Jabatan
11. KAWALAN DAN KESELAMATAN
Semua TUMBUHAN hendaklah diletakan ditempat yang sesuai dan
selamat. Ketua Jabatan bertanggungjawab memastikan langkah
keselamatan yang sesuai dilaksanakan

12. LAPORAN PENJAGAAN DAN HASIL JUALAN TUMBUHAN KEW.AT-10


Hendaklah disediakan seperti berikut:
 PTJ/Pusat/Stesen mengemukakan kepada UPA Jabatan/Ibu Pejabat
 UPA Jabatan/Ibu Pejabat menyenaraikan semua PTJ/Pusat/Stesen
dibawahnya dan mengemukakan kepada UPA Kementerian sebelum 15
Feb tahun berikutnya
 UPA Kementerian hendaklah menyediakan Ringkasan Laporan Tahunan
Penjagaan dan Rawatan TUMBUHAN Kerajaan dan mengemukakan ke
Perbendaharaan Malaysia sebelum 15 Mac tahun berikutnya
TATACARA PENGURUSAN ASET HIDUP

AM 5.5 PEMERIKSAAN TUMBUHAN


1. OBJEKTIF
Pemeriksaan dilakukan keatas Fizikel, Rekod dan Lokasi bertujuan;
 mengetahui keadaan TUMBUHAN bagi perancangan penyelenggaraan
 memastikan setiap TUMBUHAN mempunyai daftar/rekod yang tepat
 mengenalpasti TUMBUHAN yang perlu dilupus atau dihapuskira
 memastikan TUMBUHAN dalam keadaan selamat
2. PELAKSANAAN PEMERIKSAAN
 Pemeriksaan dilaksanakan sekurang-kurang sekali (1) setahun keatas
TANAMAN KEKAL dan TANAMAN BUKAN KEKAL
 Pegawai Pengawal/Ketua Pengarah/Pengerusi JKPAK hendaklah melantik
sekurangnya dua (2) orang Pegawai Pemeriksa daripada Gred 17 dan keatas
yang memiliki pengetahuan atau kemahiran dalam bidang berkaitan
 Pemeriksaan hendaklah direkodkan di dalam KEW.AT-3

3. TANGGUNGJAWAB KETUA JABATAN


 Ketua Jabatan hendaklah mengambil tindakan ke atas hasil penemuan
pemeriksaan di KEW.AT-11. Bagi TUMBUHAN yang tidak dapat dikesan semasa
pemeriksaan hendaklah diambil tindakan Hapus Kira
TATACARA PENGURUSAN ASET HIDUP

AM 5.5 PEMERIKSAAN
PELAKSANAAN PEMERIKSAAN

 Pegawai Pemeriksa hendaklah mengemukakan BORANG PEMERIKSAAN


TUMBUHAN KEW.AT-11 dan dikemukan kepada Ketua Jabatan dalam tempoh dua
(2) minggu dari tarikh pemeriksaan selesai dijalankan
 Ketua Jabatan hendaklah mengambil tindakan penemuan pemeriksaan KEW.AT-11
LAPORAN PEMERIKSAAN

 LAPORAN PEMERIKSAAN TUMBUHAN KEW.AT-12 hendaklah disediakan Pegawai Aset


untuk dilaporkan dalam mesyuarat JKPAK
 Laporan Pemeriksaan hendaklah dikemukakan kepada UPA Jabatan/Ibu Pejabat
 UPA Jabatan/Ibu Pejabat hendaklah menyenaraikan semua PTJ dan mengemukakan
 kepada UPA Kementerian sebelum 15 Februari tahun berikutnya
 UPA Kementerian hendaklah menyediakan Ringkasan Laporan Tahunan Pemeriksaan
TUMBUHAN dan mengemukakan ke Perbendaharaan sebelum 15 Mac tahun berikut.
SIJIL TAHUNAN PEMERIKSAAN TUMBUHAN

 Ketua Jabatan di PTJ/Pusat/ Stesen hendaklah menyediakan SIJIL PEMERIKSAAN


TUMBUHAN KEW.AT-13
 KEW.AT-13 hendaklah dikemukakan kepada UPA Kementerian/Ibu Pejabat
TATACARA PENGURUSAN ASET HIDUP

AM 5.6 PINDAHAN
TAFSIRAN

 Pindahan bermaksud proses untuk memindahkan TUMBUHAN antara PTJ Persekutuan


dengan PTJ Persekutuan yang lain.

TATACARA PINDAHAN

 Tempoh pendaftaran dalam masa (2) minggu dari tarikh pengesahan penerimaan.
 PTJ bercadang memindahkan TUMBUHAN hendaklah memaklumkan kepada mana –mana PTJ
yang berminat setelah mendapat kelulusan Ketua Jabatan.
 Permohonan daripada PTJ/Pusat/Stesen hendaklah menggunakan BORANG PINDAHAN
TUMBUHAN (TK & TBK) (KEW.AT-14)
 PTJ/Pusat/Stesen Pemberi hendaklah mengemaskini Daftar TUMBUHAN yang dipindah
 PTJ/Pusat/Stesen Penerima hendaklah mendaftarkan semula TUMBUHAN tersebut
LAPORAN PINDAHAN TUMBUHAN

 Laporan Pindahan TUMBUHAN (KEW.AT-15) hendaklah disediakan oleh Pegawai Aset


 Pegawai Aset mengemukakan kepada UPA Jabatan/ Ibu Pejabat
 UPA Jabatan/Ibu Pejabat hendaklah menyenaraikan semua TUMBUHAN bawahnya dan
mengemukakan kepada UPA Kementerian sebelum 15 Februari tahun berikutnya
 UPA Kementerian hendaklah menyediakan Ringkasan Laporan Kedudukan TUMBUHAN
dan mengemukakan ke Perbendaharaan sebelum 15 Mac tahun berikutnya.
TUMBUHAN KEKAL (AMENITI/LANSKAP)

PROSES PEMBIAKAN DARI BAHAN TANAMAN KEPADA TANAMAN KEKAL (EMINITI)

JAPANESE GRASS/MUTIARA GRASS/COW


GRASS/RUMPUT KARPET
TATACARA PENGURUSAN ASET HIDUP

AM 5.7 PELUPUSAN TUMBUHAN


1. OBJEKTIF

 Menjimatkan ruang/tempat pemeliharaan


 Menjimatkan kos penjagaan
 Memberi pulangan hasil kepada Kerajaan
2. JUSTIFIKASI PELUPUSAN
TUMBUHAN DILUPUSKAN berdasarkan justifikasi seperti berikut:
 Tidak Produktif  Cacat
 Melebihi keperluan  Tidak ekonomi untuk dipulihkan
 Mengancam kualiti baka  Tidak selamat disimpan
 Kepentingan Awam
3. KUASA MELULUS PELUPUSAN
 Tertakluk kepada Seksyen 5, Akta Pewakilan Kuasa 1956
 Pegawai yang diwakilkan kuasa, tidak boleh mewakilkan kuasa kepada
pegawai lain
 Permohonan pelupusan untuk kelulusan Perbendaharaan hendaklah
melalui UPA Kementerian/Jabatan
TATACARA PENGURUSAN ASET HIDUP

KUASA MELULUS DI BAWAH PERWAKILAN KUASA SEKSYEN 5 – P.U.(B) 485


BERTARIKH 27 OOKTOBER 2014

KEMENTERIAN IBU PEJABAT NEGERI


Tidak lebih RM400,000 bagi tiap- • Tidak lebih RM300,000 bagi tiap- Tidak lebih RM50,000
tiap barang individu dan tidak tiap barang individu dan tidak bagi tiap-tiap barang
lebih RM4 juta nilai agregatnya. lebih RM3 Juta nilai agregatnya. individu dan tidak lebih
• KSU • Ketua Pengarah RM500,000 nilai
• TKSU agregatnya.
• Tim KP
• Pengarah Negeri
• BAHAGIAN KEM • Bahagian Ibu Pejabat • Timbalan Pengarah
• Tidak lebih • Tidak lebih RM100,000 dan tidak Negeri
• RM200,000 lebih RM1 Juta
• Dan RM2 juta • Pengarah Bahagian
• SUB(Aset) • (Pengurusan Aset)
TATACARA PENGURUSAN ASET HIDUP

AM 5.7 PELUPUSAN
4. Tumbuhan Di Bawah Akta Kuarantin

Pelupusan Tumbuhan yang dinyatakan Di Bawah Seksyen 6, Akta


Kuarantin Tumbuhan 1976 tidak tertakluk di bawah peraturan ini.

5. Cara Pelupusan Tumbuhan (Tanaman Kekal dan Tanaman


Bukan Kekal)

 Melalui Lembaga Pemeriksa bagi pelupusan Tanaman


Kekal atau Tanaman Bukan Kekal yang mempunyai PPT;
atau

 Melalui Tanpa Lembaga Pemeriksa bagi pelupusan


Tanaman Kekal atau Tanaman Bukan Kekal yang
dikecualikan PPT dengan merujuk kepada Laporan
Kerosakan/Kemusnahan Tumbuhan KEW.AT-9.
TATACARA PENGURUSAN ASET HIDUP

AM 5.7 PELUPUSAN
6. PERAKUAN PELUPUSAN TUMBUHAN KEW.AT-16
6.1 Perakuan Pelupusan KEW.AT-13 diperlukan atas sebab-sebab seperti
berikut:
Melebihi had umur Cacat
Percambahan kurang Tidak produktif
Tidak tulen Memudaratkan/Mendatangkan bahaya
Tidak Digunakan/Tidak Diperlukan

6.2 PPT hendaklah disahkan oleh (2) orang pegawai dan salah seorang
adalah pegawai yang memiliki pengetahuan atau kemahiran dalam
bidang berkaitan dari pusat/stesen yang sama atau pusat/stesen
yang berlainan; dan

6.3 PPT dikecualikan bagi TUMBUHAN atas sebab-sebab berikut:


 Rosak disebabkan gangguan haiwan liar dan bencana alam
 TUMBUHAN Mati
 Berpenyakit dan tidak ekonomi dikawal/dirawat
 Perumah kepada perosak atau patogen
TATACARA PENGURUSAN ASET HIDUP

AM 5.7 PELUPUSAN
7. Pelupusan Melalui LEMBAGA PEMERIKSA PELUPUSAN

7.1 Pelantikan Lembaga Pemeriksa Pelupusan KEW.AT-17;

7.1.1 Pegawai Pengawal/Ketua Pengarah/Pengerusi JKPAK hendaklah melantik


Lembaga Pemeriksa menggunakan borang KEW.AT-14
7.1.2 Lembaga Pemeriksa Terdiri Daripada:
i. Sekurang-kurangnya (2) orang Pegawai Gred 17 keatas dan salah seorang
adalah dari Pegawai yang memiliki pengetahuan dan kemahiran dalam
bidang berkaitan
ii. Pengerusi dan Ahli boleh dilantik dari pusat/stesen yang sama atau
pusat/stesen yang berlainan dengan menggunakan format KEW.AT-17

7.2 TUGAS-TUGAS Lembaga Pemeriksa adalah seperti berikut;


 Menyediakan jadual pemeriksaan
 Memberitahu Jabatan ini membuat persediaan
 Memeriksa Tanaman Kekal dan Bukan Kekal serta rekod yang berkaitan
 Melengkapkan BORANG PELUPUSAN TUMBUHAN KEW.AT-18
 Mengesyorkan kaedah pelupusan dan justifikasi di KEW.AT-18
 Menandatangani dan mengemukakan kepada Urusetia Pelupusan
TATACARA PENGURUSAN ASET HIDUP

AM 5.7 PELUPUSAN
9. KAEDAH-KAEDAH PELUPUSAN
 JUALAN – Tender, Sebut Harga, Jualan Terus
 SERAHAN
 MUSNAH – Dibuang, Ditimbus, Dibakar dan Dirincih

 CARA-CARA LAIN YANG BERSESUAIAN

10. KAEDAH PELUPUSAN SECARA JUALAN


10.1 TENDER
 Dipelawa bagi nilai semasa agregetnya tidak melebihi
RM500,000 pada satu masa.
 Dokumen Tender
Kenyataan Tawaran Tender Tumbuhan KEW.AT-21
Borang Tender Pelupusan Tumbuhan KEW.AT-22
Jadual Tender Pelupusan Tumbuhan KEW.AT-23
TATACARA PENGURUSAN ASET HIDUP

AM 5.7 PELUPUSAN
10.2 JUALAN SEBUT HARGA

 Dipelawa bagi nilai semasa agregetnya tidak melebihi


RM500,000 pada satu masa.
 Dokumen Sebut Harga
 Kenyataan Tawaran Sebut Harga TUMBUHAN KEW.AT-24
 Borang Sebut Harga Pelupusan TUMBUHAN KEW.AT-25
 Jadual Sebut Harga Pelupusan TUMBUHAN KEW.AT-26

10.3 JUALAN TERUS


 Dipelawa bagi nilai semasa agregetnya tidak melebihi
RM10,000 pada satu masa.
 Ditawarkan kepada orang awam secara terbuka
 Kualitinya akan terjejas jika disimpan lama
 Tempat penyimpanan terhad/melebihi keperluan;
 Kadar harga ditetapkan oleh Ketua Jabatan;
 Hasil jualan direkodkan/dimasukkan ke Akaun Hasil
Kerajaan
TATACARA PENGURUSAN ASET HIDUP

AM 5.6 PELUPUSAN
11. Serahan
 Dari PTJ kepada Kerajaan Negeri, PBT dan Badan Berkanun
 Dari PTJ kepada Kumpulan Sasar seperti petani, penternak dan nelayan
 Dikecualikan daripada Perakuan Pelupusan KEW.AT-16
 Berasaskan permohonan dan kos ditanggung penerima
 Surat Akuan Penerimaan hendaklah dikemukakan kepada Kuasa Melulus beserta
KEW.AT-20 selepas TUMBUHAN diterima pemohon
 Sesalinan KEW.AT-3 hendaklah diserahkan kepada Kerajaan Negeri, PBT dan
Badan Berkanun

12. Musnah
 Seperti dibakar atau ditanam kerana berpenyakit.
 Mendapat kelulusan tempat pemusnahan dari PBT.
 Mematuhi peraturan dan garis panduan yang ditetapkan.
 SIJIL PENYAKSIAN PEMUSNAHAN TUMBUHAN KEW.AT-19.

13. Kaedah-Kaedah Lain


 Semua kaedah (para 12) hendaklah mendapat kelulusan Pegawai Pengawal tanpa
mengambil kira harga perolehan asal .
 Pelupusan kepada Pihak Swasta hendaklah mendapat kelulusan Perbendaharaan
tanpa mengambil kira harga perolehan asal.
TATACARA PENGURUSAN ASET HIDUP

AM 5.7 PELUPUSAN
14. TEMPOH TINDAKAN PELUPUSAN
Tempoh Pelupusan TUMBUHAN mengikut kaedah diluluskan oleh Kuasa
Melulus hendaklah diselesaikan dalam tempoh 2 Bulan dari tarikh surat
kelulusan

15. PELANJUTAN TEMPOH


Permohonan melanjutkan tempoh pelupusan hendaklah dikemukakan kepada
Kuasa Melulus 2 Minggu sebelum tamat tempoh kelulusan pelupusan yang
pertama. Dibenarkan sekali sahaja bagi tempoh tidak lebih (1) bulan.

16. PINDA KAEDAH PELUPUSAN


Permohonan untuk meminda kaedah pelupusan hendaklah dikemukakan kepada
Kuasa Melulus sebelum tamat tempoh kelulusan pelupusan. Kuasa Melulus
hendaklah memberi kelulusan untuk tempoh 1 Bulan dari tarikh kelulusan Pinda
Kaedah kepada Kementerian/Jabatan. Sekiranya tempoh pelupusan telah tamat,
kelulusan adalah terbatal dan permohonan baru hendaklah dikemukakan
TATACARA PENGURUSAN ASET HIDUP

AM 5.7 PELUPUSAN

17. URUS SETIA PELUPUSAN

Unit Pengurusan Aset bertanggungjawab sebagai Urus Setia


Pelupusan TUMBUHAN

Tugas & Tanggungjawab Urus Setia Pelupusan;


 Mendapat Perakuan Pelupusan TUMBUHAN – KEW.AT-16.
 Menguruskan Pelantikan Ahli Lembaga Pemeriksa
Pelupusan (KEW.AT-17) berdasarkan kemahiran dan
kepakaran dalam bidang berkaitan.
 Mendapatkan Laporan Borang Pelupusan (KEW.AT-18).
 Menyemak dan memastikan permohonan pelupusan
lengkap dan teratur.
 Mengemukakan permohonan kepada Kuasa Melulus.
TATACARA PENGURUSAN ASET HIDUP

AM 5.7 PELUPUSAN
URUS SETIA PELUPUSAN

UPA Kementerian/Jabatan adalah bertanggungjawab sebagai Urusetia Pelupusan Tumbuhan


Tugas & Tanggungjawab Urus Setia Pelupusan:

 Mendapatkan Perakuan Pelupusan Tumbuhan KEW.AT-16


 Menguruskan pelantikan Ahli Lembaga Pemeriksa Pelupusan menggunakan KEW.AT-17
berdasarkan kemahiran dan kepakaran dalam bidang berkaitan.
 Mendapatkan Borang Pelupusan Tumbuhan KEW.AT-18 apabila pemusnahan pelupusan telah
selesai dilaksanakan dan dikemukakan kepada Kuasa Melulus.
 Memohon pelanjutan tempoh pelupusan, jika perlu
 Memohon kelulusan meminda kaedah pelupusan, jika perlu
 Mendapatkan Sijil Penyaksian Pemusnahan Tumbuhan KEW.AT-19 apabila pemusnahan
pelupusan telah selesai dilaksanakan dan dikemukakan kepada Kuasa Melulus.
 Memperolehi SIJIL PELUPUSAN TUMBUHAN (KEW.AT-20) bagi pelupusan yang telah
dilaksanakan
 Mengemukakan KEW.AT-16 dan KEW.AT-18 kepada Kuasa Melulus
 Mengemaskini KEW.AT-3, KEW.AT-5 dan KEW.AT-6.
TATACARA PENGURUSAN ASET HIDUP

PTJ/Pusat/Stesen mengemukakan kepada


Laporan UPA Jabatan/Ibu Pejabat
Pelupusan
Tumbuhan
KEW.AT-27
hendaklah UPA Jabatan/Ibu Pejabat menyenaraikan semua PTJ
disediakan dan dibawahnya dan mengemukakan kepada UPA
Kementerian sebelum 15 Februari tahun berikutnya.
dikemukakan
seperti berikut:

UPA Kementerian hendaklah menyediakan Ringkasan


Laporan Tahunan Pelupusan Tumbuhan dan
mengemukakan ke Perbendaharan Malaysia sebelum 15
Mac tahun berikutnya.
AM5.8 KEHILANGAN DAN HAPUS KIRA

2. Objektif

7. Carta
3. Kuasa
Aliran dan
Melulus
Proses Kerja

1.Tafsiran

6. Laporan 4. Proses
Hapus Kira Hapus Kira

5. Urus Setia
Kehilangan
dan Hapus
Kira
TATACARA PENGURUSAN ASET HIDUP

• AM5.8 KEHILANGAN DAN HAPUS KIRA

• Kehilangan bermaksud kehilangan


Tumbuhan (Tanaman Kekal dan
KEHILANGAN Tanaman Bukan Kekal) disebabkan
oleh kecurian, penipuan atau
kecuaian Pegawai Awam.

• Hapus Kira ialah proses untuk


membatalkan rekod bagi Tumbuhan
HAPUS KIRA Tanaman Kekal dan Tanaman Bukan
Kekal) yang hilang.
TATACARA PENGURUSAN ASET HIDUP

AM 5.8 KEHILANGAN DAN HAPUS KIRA

1. OBJEKTIF
 Menyelaras rekod
 Mengawal kerugian yang ditanggung Kerajaan
 Meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan keselamatan
TUMBUHAN
 Membolehkan tindakan surcaj dikenakan atas kecuaian pegawai

2. KUASA MELULUS HAPUS KIRA

 Tertakluk kepada Seksyen 5, Akta Perwakilan Kuasa 1956 (Akta 358)


 Pegawai-Pegawai yang diwakilkan kuasa tidak boleh mewakilkan
kuasa selanjutnya
 Permohonan untuk kelulusan Perbendaharaan Malaysia hendaklah
melalui UPA Kementerian/Jabatan
KEHILANGAN DAN HAPUS KIRA

3. Kuasa Melulus Hapus Kira adalah tertakluk kepada Seksyen 5 Akta Perwakilan
Kuasa 1956 [Akta 358] Melalui P.U.(B) 485 Bertarikh 27 Oktober 2014

KEMENTERIAN IBU PEJABAT NEGERI


Tidak lebih RM400,000 bagi tiap- • Tidak lebih RM300,000 bagi tiap- Tidak lebih RM50,000
tiap barang individu dan tidak tiap barang individu dan tidak bagi tiap-tiap barang
lebih RM4 juta nilai agregatnya. lebih RM3 Juta nilai agregatnya. individu dan tidak lebih
• KSU • Ketua Pengarah RM500,000 nilai
• TKSU agregatnya.
• Tim KP
• Pengarah Negeri
• BAHAGIAN KEM • Bahagian Ibu Pejabat • Timbalan Pengarah
• Tidak lebih • Tidak lebih RM100,000 dan tidak Negeri
• RM200,000 lebih RM1 Juta
• Dan RM2 juta • Pengarah Bahagian
• SUB(Aset) • (Pengurusan Aset)
TATACARA PENGURUSAN ASET HIDUP

AM 5.8 KEHILANGAN DAN HAPUS KIRA

4. PROSES HAPUS KIRA ‘TUMBUHAN KEKAL dan BUKAN KEKAL’


i. Melapor Kehilangan
Apabila terdapat apa-apa kehilangan Tanaman Kekal dan Tanaman
Bukan Kekal, tindakan yang perlu diambil seperti berikut:-

 Pegawai yang mengetahui kehilangan hendaklah


melaporkannya kepada Ketua Jabatan dengan serta merta.

 Ketua Jabatan atau pegawai bertanggungjawab ke atas


kehilangan atau yang menjaga TUMBUHAN atau yang
mengetahui kehilangan berlaku, hendaklah
membuat laporan Polis dengan segera, tidak lewat dari 24
jam dari masa kehilangan telah diketahui jika ia ada alasan
mempercayai kesalahan jenayah telah dilakukan berhubung
dengan kehilangan itu.
TATACARA PENGURUSAN ASET HIDUP

AM 5.8 KEHILANGAN DAN HAPUS KIRA


4. PROSES HAPUS KIRA ‘TUMBUHAN KEKAL dan BUKAN KEKAL’

ii. Menyediakan LAPORAN AWAL KEHILANGAN TUMBUHAN KEW.AT-28

 Ketua Jabatan hendaklah menyediakan Laporan Awal Kehilangan Tumbuhan


KEW.AT-28 bagi kehilangan Tumbuhan yang telah berlaku di jabatan di bawah
kawalannya. Bagi kehilangan yang melibatkan seseorang Ketua Jabatan, Laporan
Awal hendaklah disediakan oleh pegawai atasannya di peringkat Kementerian atau
Ibu Pejabat.

 Ketua Jabatan di mana kehilangan berlaku hendaklah dengan segera,


dalam tempoh 2 hari bekerja selepas Laporan Polis dibuat, menghantar Laporan
Awal serta salinan Laporan Polis terus kepada:

i) Pegawai Pengawal bagi Kementerian atau Jabatan berlakunya


kehilangan
ii) Ketua Setiausaha Perbendaharaan

 Salinan Laporan Awal hendaklah dihantar kepada Akauntan Negara, Ketua Audit
Negara dan wakil tempatan Ketua Audit Negara
1PP – KEHILANGAN DAN HAPUS KIRA

AM 5.8 KEHILANGAN DAN HAPUS KIRA


4. PROSES HAPUS KIRA
iii. Pelantikan Jawatankuasa Penyiasat KEW.AT-29
 Pegawai Pengawal hendaklah melantik JK Penyiasat menggunakan
KEW.AT-29 dalam tempoh 2 minggu dari tarikh Laporan Awal ditandatangani.
 Keanggotaan JK Penyiasat;
 Pegawai yang tidak terlibat dengan kehilangan dan bukan dari
bahagian/unit yang sama
 Sekurang-kurangnya 2 orang, ketuanya dari P&P
 Mempunyai pengetahuan atau kemahiran dlm pengurusan
TUMBUHAN
 Bagi Anggota Keselamatan penubuhan JK Penyiasat adalah
mengikut AKTA atau Peraturan Agensi Keselamatan

Tugas dan Tanggungjawab JK Penyiasat


a) Menjalankan siasatan dengan segera dengan mengambil tindakan seperti berikut:
 Mengenalpasti pegawai-pegawai yang bertanggungjawab keatas kehilangan.
 Menyoalsiasat pegawai yang terlibat atau mana-mana pegawai yang difikirkan
perlu.
 Meneliti rekod, laporan polis (jika ada) dan Laporan Awal.
 Melawat dan memeriksa tempat kejadian.
 Mendapatkan bukti bergambar, salinan dokumen-dokumen yang berkaitan.
 Tindakan lain yang difikirkan sesuai untuk melengkapkan siasatan.
TATACARA PENGURUSAN ASET HIDUP

AM 5.8 KEHILANGAN DAN HAPUS KIRA


4. PROSES HAPUS KIRA
 Tugas-tugas JK Penyiasat (SAMBUNGAN)
b) Mengenalpasti sama ada Arahan Perbendaharaan dan peraturan Aset Hidup dan
Arahan Keselamatan Kerajaan dipatuhi.
c) Mendapatkan keterangan sama ada kehilangan berpunca kecuaian pegawai,
kegagalan mematuhi peraturan yang disengajakan, kegagalan penyeliaan atau
tidak mempunyai pengetahuan dalam Aset Hidup.
d) Mendapat penjelasan terhadap kelemahan yang menyebabkan kehilangan
e) Mengenalpasti risiko keselamatan serta mengesyorkan langkah kawalan
dan pencegahan.
f) Menyatakan sama ada tindakan surcaj patut dikenakan atau tidak dengan
memberikan justifikasi.
g) Menyediakan Laporan Akhir dan menandatangani untuk dikemukakan
kepada Pegawai Pengawal untuk ulasan dan syor
iv. Penyediaan LAPORAN AKHIR KEHILANGAN TUMBUHAN KEW.AT-30
 JK Penyiasat bertanggungjawab menyediakan KEW.AT-30 dan mengemukakan
kepada Urus Setia Kehilangan dalam tempoh 1 Bulan dari tarikh pelantikan.
 KEW.AT-30 hendaklah disertakan dengan dokumen salinan seperti salinan Daftar
Pergerakan, Gambar, Laporan Polis (jika ada), keterangan bertullis dari
Pegawai terlibat
TATACARA PENGURUSAN ASET HIDUP
AM 5.8 KEHILANGAN DAN HAPUS KIRA
4. PROSES HAPUS KIRA
iv. Penyediaan Laporan Akhir KEW.AT-30 (SAMBUNGAN)
Pegawai Pengawal setelah berpuashati dengan hasil siasatan:

(a) Mengesorkan tindakan menghapus kira TUMBUHAN yang


hilang dengan surcaj atau tatatertib atau kedua-duanya
sekali jika terdapat kecuaian, penipuan atau kecurian oleh Pegawai Awam
untuk pertimbangan Perbendaharaan Malaysia.
Bagi syor tindakan tatatertib, ulasan dan syor hendaklah dihantar kepada
Suruhanjaya Perkhidmatan yang berkenaan bersama salinan Laporan
Awal dan Akhir sebagaimana dinyatakan dalam Perbendaharaan atau

(b) Mengesorkan tindakan menghapus kira TUMBUHAN yang hilang


tanpa surcaj atau tatatertib, atau

(c) Meluluskan hapus kira TUMBUHAN yang hilang jika terdapat kecuaian,
penipuan atau kecurian oleh Pegawai Awam tertakluk kepada Kuasa
Melulus. Bagi hapus kira di bawah Kuasa Melulus Perbendaharaan
Malaysia untuk pertimbangan dan kelulusan.
TATACARA PENGURUSAN ASET HIDUP
AM 5.8 KEHILANGAN DAN HAPUS KIRA

Laporan Akhir KEW.AT-30 hendaklah


dikemukakan kepada Kuasa Melulus dalam
tempoh dua (2) bulan dari tarikh Laporan Awal
(KEW.AT-28) disediakan.

Sekiranya Pegawai Pengawal tidak berpuas hati dengan


hasil siasatan di KEW.AT-30, maka Pegawai Pengawal
boleh mengarahkan siasatan semula dengan mengambil
tindakan seperti berikut:-

• Mengarahkan siasatan semula oleh Jawatankuasa


Penyiasat sedia ada; atau
• Melantik Jawatankuasa Penyiasat yang lain untuk
menjalankan siasatan semula.
TATACARA PENGURUSAN ASET HIDUP

AM 5.8KEHILANGAN DAN HAPUS KIRA


4. PROSES HAPUS KIRA
(v) Tindakan Kementerian/Jabatan Selepas Kelulusan

Kelulusan Hapus Kira hendaklah dicatatkan di KEW.AT-3

Mengemukakan SIJIL HAPUS KIRA TUMBUHAN KEW.AT-31


kepada Kuasa Melulus dalam 1 Bulan dari tarikh kelulusan dan
salinan kepada Perbendaharaan Malaysia

Syor Surcaj hendaklah dibawa kepada Pihak Berkuasa Tatatertib


(PBT) Kem/Jab dalam tempoh 3 Bulan dari tarikh kelulusan
Perbendaharaan Malaysia

Keputusan PBT keatas syor surcaj hendaklah dimaklumkan kepada


Perbendaharaan Malaysia dalam tempoh 6 Bulan dari tarikh surat
kelulusan Perbendaharaan Malaysia
TATACARA PENGURUSAN ASET HIDUP

AM 5.8 URUSETIA KEHILANGAN DAN HAPUS KIRA


Unit Pengurusan Aset adalah Urus Setia Kehilangan Hapuskira

Tugas Urus Setia Kehilangan dan Hapuskira:

 Menerima dan menyemak Laporan Awal KEW.AT-28


 Mengemukakan KEW.AT-28 dan Laporan Polis (jika ada) kepada
Pegawai Pengawal dan Perbendaharaan Malaysia serta salinan laporan
dikemukakan kepada salinan Akauntan Negara, Ketua Audit Negara dan
Wakil Tempatan Ketua Audit Negara
 Menguruskan pelantikan Jawatankuasa Penyiasat dengan menggunakan
KEW.AT-29
 Mendapatkan Laporan Penyiasatan Polis, jika ada
 Mendapatkan KEW.AT-30, Laporan Akhir daripada Jawatankuasa
Penyiasat
 Menyemak dan memastikan dokumen permohonan yang akan
dikemukakan kepada Pegawai Pengawal lengkap dan teratur.
 Mengemukakan KEW.AT-30 kepada Pegawai Pengawal untuk
mendapatkan ulasan dan syor
TATACARA PENGURUSAN ASET HIDUP

AM 5.8 URUSETIA KEHILANGAN DAN HAPUS KIRA

URUS SETIA KEHILANGAN DAN HAPUSKIRA (SAMBUNGAN)


 Mengemukakan permohonan hapus kira kepada KUASA MELULUS
dalam tempoh 2 bulan dari tarikh KEW.AT-28 dikemukakan
walaupun hasil penyiasatan polis belum diterima.
 Memaklumkan keputusan kepada Jabatan pemohon untuk
tindakan kemaskini rekod TUMBUHAN.
 Memaklumkan keputusan kepada Jabatan pemohon untuk
tindakan kemas kini rekod dan Daftar Tumbuhan.
 Memaklumkan syor surcaj kepada Urus Setia Pihak Berkuasa
Tatatertib untuk tindakan selanjutnya.
 Mendapatkan Sijil Hapuskira KEW.AT-31 dari Jabatan.
 Mengemukakan sesalinan KEW.AT-31 kepada KUASA MELULUS
dalam tempoh 1 bulan dari tarikh kelulusan Kuasa Melulus.
 Mendapatkan maklumbalas kedudukan tindakan surcaj atau
tatatertib daripada Urusetia PBT dan memaklumkan kepada
Perbendaharaan Malaysia.
TATACARA PENGURUSAN ASET HIDUP

AM 5.8 KEHILANGAN DAN HAPUS KIRA

vi. LAPORAN HAPUS KIRA TUMBUHAN

KEW.AT-32 hendaklah disediakan dan dikemukakan seperti berikut:-


 PTJ mengemukakan kepada UPA Jabatan/Ibu
Pejabat
 UPA Jabatan/Ibu Pejabat menyenaraikan semua
PTJ dibawahnya dan mengemukakan kepada
UPA Kementerian sebelum 15 Februari tahun
berikutnya; dan
 UPA Kementerian hendaklah menyediakan
Ringkasan Laporan Tahunan Hapuskira Tumbuhan
dan mengemukakan ke Perbendaharaan Malaysia
sebelum 15 Mac tahun berikutnya
1 2 3 4

sppa1pp@treasury.gov.my

You might also like