You are on page 1of 23

PRA3101 :

ASAS PENDIDIKAN
AWAL
KANAK-KANAK
Pensyarah : Puan Rajmah Othman
Disediakan oleh :
Norlizah Binti Waimin
 Pendidikan awal kanak-kanak
merupakan pendidikan peringkat awal
usia kanak-kanak.
 Awal kanak-kanak ialah istilah yang
merujuk kepada tempoh masa kanak-
kanak sejak lahir hingga ke tahap
umur lapan tahun.
 Pendidik kanak-kanak menggunakan
istilah awal kanak-kanak iaitu (early
childhood) dan pendidikan awal kanak-
kanak sebagai (early childhood
education).
 Kanak-kanak di bawah umur 4 tahun (Taska)
tertakluk kepada Akta Taman Asuhan 1984
(308) dan kanak-kanak di bawah umur 6 tahun
(Tadika) tertakluk kepada Akta Pendidikan
1996 (550).
 Mengikut ‘ The National Association for The
Education of Young Children (NAEYC)’ atau
Pertubuhan Kebangsaan bagi Pendidikan
Kanak-Kanak Muda, pendidikan awal kanak-
kanak merujuk kepada segala program
pendidikan yang memberi layanan, asuhan
dan bimbingan kepada kanak-kanak dari lahir
hingga ke umur lapan tahun.
Menerangkan konsep
pendidikan awal kanak-
kanak di Malaysia
 Mengikut dua peringkat berdasarkan
tahap umur kanak-kanak.
 Peringkat pertama : Taska untuk
kanak-kanak di bawah 4 tahun.
 Peringkat kedua : Prasekolah/Tadika
untuk kanak-kanak berumur 4 hingga 6
tahun.
 Oleh itu, pendidikan Prasekolah adalah
program yang menyediakan pengalaman
pembelajaran kanak-kanak yang berumur
4-6 tahun selama setahun sebelum
masuk ke tahun 1.
 Memenuhi tahap pertumbuhan dan
perkembangan menyeluruh kanak-
kanak.
 90% daripada perkembangan otak juga
berlaku secara optimum sebelum kanak-
kanak mencapai umur 5 tahun.
 Perkembangan kognitif adalah pesat
semasa berumur 2 tahun hingga 6 tahun.
Agensi Kerajaan Agensi Bukan Kerajaan

Kementerian Pelajaran Malaysia Tadika di bawah badan keagamaan


seperti PERKIM, ABIM, PASTI
Kementerian Luar Bandar & Tadika di bawah NGO seperti
Kemajuan Masyarakat (KEMAS) KIWANIS, SPASTIK
Kementerian Perpaduan Negara Tadika di universiti seperti
Persatuan Wanita Universiti Malaya
Tadika di bawah badan-badan
korporat seperti PROTON,
TELEKOM
Tadika persendirian
 Bermaksud Taman Asuhan Kanak-kanak.
 Menerima pendaftaran 10 orang atau lebih kanak-
kanak yang berumur di bawah 4 tahun.
 Perkhidmatan adalah sepanjang hari, separuh hari
dan mengikut kadar jam.
 Jenis aktiviti di taska adalah mengikut peringkat
umur.
 Makanan adalah seimbang dan berkhasiat untuk
tumbesaran kanak-kanak.
 Maklumat berkaitan boleh dirujuk pada Akta Taman
Asuhan Kanak-kanak 1984 (Akta 308).
 Menyediakan perkhidmatan pengasuhan kanak-
kanak dalam suasana yang selamat, ceria dan selesa.
 Menggalakkan pertumbuhan dan perkembangan
kanak-kanak yang menyeluruh, seimbang dan
bersepadu.
 Menyediakan makanan seimbang dan berkhasiat
serta mengamalkan gaya hidup sihat.
 Menerapkan nilai-nilai murni supaya kanak-kanak
dapat menghayati dan mengamalkannya sejak kecil.
 Menggalakkan kecerdasan dan kemahiran fizikal
serta amalan kesihatan, kebersihan dan keselamatan
yang baik melalui aktiviti fizikal.
 Tempoh masa pengasuhan sehari di TASKA ialah jam
7.30 pagi hingga 5.00 petang selama 6 hari seminggu.
 Terdapat juga perkhidmatan TASKA, terutamanya di
luar bandar beroperasi separuh hari dari jam 7.30 pagi
hingga 1.00 tengah hari sahaja selama 5 hari
seminggu.
 Ahli Jawatankuasa TASKA bertanggungjawab
menetapkan tempoh masa mengikut kesesuaian waktu
bekerja ibu bapa dan masyarakat setempat.
 Menggunakan Modul Asuhan Kanak-Kanak, Jabatan
Kebajikan Masyarakat yang di integrasikan dengan
Kurikulum Prasekolah Kebangsaan, Kementerian
Pendidikan Malaysia.
 Aktiviti dilaksanakan mengikut kebolehan, minat dan
peringkat umur kanak-kanak 2 hingga 4 tahun.
 Bahasa dan Komunikasi
 Pendidikan Kerohanian dan Moral
 Perkembangan Kognitif
 Perkembangan Sosioemosi
 Perkembangan Fizikal
 Kreativiti dan Estetika
 Bermaksud Taman Didikan Kanak-kanak.
 Beroperasi berpandukan Kurikulum
Prasekolah Kebangsaan.
 Jumlah kanak-kanak adalah seramai 25
orang.
 Kanak-kanak berdaftar berumur antara 4-6
tahun.
 Tempoh pengajaran dan pembelajaran
tidak kurang daripada 3 jam sehari dalam 5
hari seminggu.
 Maklumat berkaitan boleh merujuk Akta
Pendidikan 1996 (Akta 550).
 Bermaksud Taman Bimbingan Kanak-kanak (Tabika) iaitu
program yang memberi peluang pendidikan awal bagi
kanak-kanak yang berumur 4 hingga 6 tahun.
 Konsep Tabika KEMAS ialah ‘Belajar Melalui Bermain’
yang diselaraskan dengan sifat semula jadi kanak-kanak
iaitu bermain, ingin tahu dan mencuba.
 Konsep tersebut telah diperluaskan kepada menguasai
kemahiran 4M (Membaca, Menulis, Mengira dan
Menaakul) yang bertujuan untuk memberi peluang dan
galakan kepada kanak-kanak untuk menguasai
kemahiran asas dan pengalaman yang akan memudahkan
mereka menerima pendidikan formal di sekolah rendah
kelak.
 Menggalakkan perkembangan Sosial, Emosi, Fizikal, Intelek dan
Rohani (SEFIR) kanak-kanak melalui pelbagai pendedahan dan
interaksi.
 Menyedia dan mengembangkan kemahiran asas 4M (Membaca,
Menulis, Mengira dan Menaakul) sebagai persediaan ke alam
persekolahan.
 Meluaskan pengalaman, peluang belajar dan mengembangkan
potensi individu kanak-kanak melalui pengajaran dan
pembelajaran yang terancang, sesuai dengan peringkat umur,
kemampuan, kebolehan dan minat kanak-kanak.
 Membentuk sifat peribadi, perwatakan dan konsep diri yang
positif untuk menjadi warganegara yang patriotik.
 Memupuk dan mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan
seharian, kreatif dan mengembangkan sifat ingin tahu.
 Menggalakkan kecerdasan dan kemahiran fizikal serta amalan
kesihatan, kebersihan dan keselamatan yang baik melalui
makanan tambahan yang seimbang, aktiviti fizikal dan rutin
harian.
 Kurikulum Tabika KEMAS menggunakan Kurikulum Standard
Prasekolah Kebangsaan (KSPK) yang telah diwajibkan
penggunaannya pada 1 Januari 2010 mengikut Akta Pendidikan
1996 (Pindaan 2002) yang digubal oleh Kementerian Pelajaran
Malaysia.
 Kanak-kanak yang belajar di Tabika KEMAS akan belajar
mengikut 6 Tunjang Pembelajaran yang dilaksanakan secara
bersepadu iaitu :
 i ) Komunikasi
ii) Kerohanian, Sikap dan Nilai
iii) Kemanusiaan
iv) Keterampilan diri
v) Perkembangan Fizikal dan Estetika
vi) Sains dan Teknologi
 Tempoh pengajaran dan pembelajaran di Tabika KEMAS adalah 4
jam mulai jam 7.30 pagi hingga 11.30 pagi atau 8.00 pagi hingga
12.00 tengah hari.
Pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan tahap
perkembangan diri, keperluan, kebolehan, bakat dan minat serta latar
belakang kanak-kanak. Tujuannya ialah untuk menjadikan pengajaran dan
pembelajaran lebih bermakna, berkesan dan menggembirakan
berasaskan konsep dan prinsip pendidikan prasekolah iaitu :

 Belajar Melalui Bermain


Proses yang memberikan pengalaman bermakna dan membantu
perkembangan ke tahap maksimum. Ia membantu meningkatkan
keupayaan kognitif, keinginan untuk meneroka bagi memenuhi perasaan
ingin tahu, kemahiran motor kasar dan halus, serta membantu mengatasi
perasaan bimbang dan tertekan.

 Bertema
Melalui satu tema atau topik yang dipilih bersesuaian dengan masa,
tempat, minat dan latar belakang kanak-kanak dijadikan sebagai alat
untuk menguasai sesuatu kemahiran seperti bertutur, membaca, menulis,
asas matematik dan berfikir di samping memberi peluang kanak-kanak
meluaskan pengetahuan melalui tema yang dipilih.
 Bersepadu
Membantu kanak-kanak memahami hakikat kehidupan sebenar
yang saling berkaitan antara satu sama lain . Ini menyediakan
kanak-kanak meneroka sesuatu topik, menimbulkan kepuasan
belajar, pembelajaran lebih aktif, menggembirakan, bermakna,
meningkatkan daya imaginasi, kreatif, kemahiran berbahasa dan
nilai murni.
 Teknologi Maklumat dan Komunikasi
Membantu proses pengajaran dan pembelajaran, memperoleh
maklumat, berinteraksi dengan bahan untuk belajar sendiri dan
serta memperkaya pengalaman pembelajaran.
 Penilaian dan Rekod Perkembangan Kanak-kanak
Pemaju Masyarakat/guru Tabika akan membuat penilaian melalui
proses pengumpulan maklumat perkembangan dan kemajuan
kanak-kanak secara berterusan. Ia bertujuan mengenal pasti
pelbagai kecerdasan dan potensi untuk dipertingkatkan serta
pengukuhan. Hasil penilaian membolehkan guru mengambil
tindakan susulan yang berkesan bagi mengembangkan potensi
kanak-kanak. Rekod kesihatan dinilai dengan kerjasama Jabatan
Kesihatan di peringkat daerah yang membuat pemeriksaan fizikal
dan gigi secara berkala di Tabika.
 Program Tabika Perpaduan diperkenalkan pada tahun 1976.
Ianya merupakan program pendidikan prasekolah yang
disediakan untuk penyertaan kanak-kanak berbilang kaum
yang berumur dalam lingkungan 5-6 tahun.
 Tabika Perpaduan dibuka di taman-taman perumahan dan
kawasan pinggir bandar terutamanya di kawasan yang
mempunyai Skim Rukun Tetangga bertujuan untuk
menyemai nilai-nilai perpaduan sejak dari awal lagi.
 Di samping itu, tabika perpaduan juga bertujuan untuk
mewujudkan peluang kepada ibu bapa kanak-kanak daripada
pelbagai keturunan untuk berinteraksi bagi meningkatkan
lagi kesefahaman di antara mereka.
 Program Tabika Perpaduan bertujuan
membolehkan kanak-kanak berbilang kaum
menghayati nilai-nilai hidup bermasyarakat
dan membentuk anak-anak yang memahami
adat dan budaya yang pelbagai.
 Menggunakan Kurikulum Prasekolah
Kebangsaan dengan penggunaan pelbagai
pendekatan supaya aspek pengajaran dan
pembelajaran menjadi lebih menarik,
berkesan serta menggembirakan kanak-kanak
berasaskan konsep dan prinsip pendidikan
prasekolah.
 Masa pengajaran dan pembelajaran adalah
selama 3 jam sehari di samping aktiviti
kokurikulum yang dijalankan di luar waktu
kelas dan dilaksanakan mengikut kesesuaian
dengan persetujuan ibu bapa/penjaga.
• PASTI ialah institusi pendidikan yang ditubuhkan
sebagai pilihan kepada masyarakat yang
mencintai pendidikan Islam.
• PASTI memainkan peranan yang penting dalam
memberi alternatif pendidikan Islam kepada
masyarakat.
• Visi PASTI cukup jelas iaitu melahirkan insan
yang beriman dan beramal soleh.
• Kurikulum PASTI dibangunkan untuk mencapai
matlamat 5M iaitu membaca, menulis, mengira,
menghafal dan mengamalkan ilmu yang
dipelajari.
• Bertujuan mengembangkan potensi SETIAP ANAK PERMATA
NEGARA secara holistik bagi mewujudkan modal insan negara
yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi, jasmani, sosial
dan komunikasi.
• Program Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak PERMATA
memberi peluang kepada kanak-kanak di bawah umur 4 tahun
untuk mengalami proses pembelajaran awal yang berkualiti
dalam suasana pembelajaran yang menyeronokkan.
•Program PERMATA Negara memfokuskan pada asuhan dan
didikan awal untuk kanak-kanak yang memenuhi kriteria
berikut:
I. Berumur satu hingga empat tahun
ii. Menetap di pinggir/luar bandar
iii. Keluarga berpendapatan rendah
iv. Berbilang kaum dan agama
 Pendidikan prasekolah di Malaysia
bertujuan untuk menyuburkan potensi
murid dalam semua aspek perkembangan,
menguasai kemahiran asas dan memupuk
sikap positif sebagai persediaan masuk ke
sekolah rendah.
 Secara keseluruhannya, pendidikan
prasekolah membolehkan murid
mempunyai peribadi, perwatakan dan
konsep diri yang positif untuk menjadi
warganegara yang patriotik. Selain itu,
mengamalkan nilai-nilai murni dalam
kehidupan seharian.
Sesungguhnya takdir itu indah…
putryliza90@yahoo.com

You might also like