You are on page 1of 32

BAB 1 WARISAN NEGARA BANGSA

Sinopsis
Bab ini membincangkan tentang pembentukan negara bangsa yang telah pun wujud
sejak Zaman Kesultanan Melayu Melaka sebelum kedatangan Barat. Ciri-ciri negara
bangsa ini meliputi raja, undang-undang, wilayah pengaruh dan rakyat. Sub tajuk
bab ini ialah;
1.1 Latar Belakang Negara Bangsa Sebelum Kedatangan Barat
1.2 Ciri-ciri Negara Bangsa Kesultanan Melayu Melaka
1.3 Keunggulan Sistem Pentadbiran dan Undang-undang
1.4 Peranan Pemerintah dan Rakyat
Pengenalan
• Proses pembentukan negara bangsa dipengaruhi oleh tahap perkembangan
sesebuah kerajaan.
• Kerajaan yang hebat dan agung menunjukkan perkembangan negara bangsa
yang lebih cepat.
• Contohnya kerajaan Alam Melayu seperti kerajaan Funan, Champa, Kedah Tua,
Gangga Negara, Srivijaya, Angkor dan Majapahit.
• Kerajaan ini menunjukkan telah wujud ciri-ciri negara bangsa yang berkembang
dan diwarisi oleh kerajaan Alam Melayu selepasnya sebelum kedatangan Barat.
Ciri-ciri Negara Bangsa Kerajaan Alam Melayu

Semi Pro
Perlu Ingat Keterangan / Huraian
Raja Raja tonggak utama dan dianggap suci
Undang-undang Panduan pentadbiran kerajaan
Wilayah Pengaruh Kawasan rakyatnya menerima dan memperakui raja
Rakyat Penduduk yang setia kepada raja dan tidak menderhaka

Catatan:
• Setiap murid perlu memahami kata kunci dan keterangannya untuk menguasai sub tajuk 1.1.
• Konsep semi pro merujuk perkara asas yang boleh dikuasai oleh murid tanpa mengira aras
kebolehan murid.
IPRO ESEI
Jelaskan ciri-ciri negara bangsa kerajaan Alam Melayu. (Buku teks m.s. 4). [8 markah]

P1: Raja
raja
Ciri-ciri negara bangsa kerajaan Alam Melayu ialah (a)_______________.
tonggak
Hal ini kerana raja menjadi (b)_____________ utama kerajaan. Seterusya
kedudukan
(c)___________________ raja yang kukuh dalam sistem pentadbiran kerana
pembesar
dibantu oleh (d)__________________. Malahan, raja sentiasa ditaati oleh rakyat
suci
kerana dianggap (e)______________. Contohnya, Raja Champa dianggap suci
Siva
dan dikaitkan dengan Dewa (f)_________________.

Catatan:
• P1: merujuk kepada perenggan 1, manakala raja merujuk kepada fakta 1.
• Cara penulisannya ialah fakta, huraian dan contoh.
• Gunakan penanda wacana yang sesuai untuk menyambung ayat.
• Aktiviti P1 sangat sesuai untuk pelajar aras rendah kerana hanya mengisi tempat kosong sahaja,
walau bagaimanapun aktiviti ini perlu disiapkan oleh semua murid.
P2: Undang-undang
H2a: memastikan kesejahteraan
H2b: menjadi panduan
C2: Kerajaan Majapahit mengamalkan undang-undang Kutara Manawa

Berdasarkan fakta, huraian dan contoh yang diberikan, tulis jawapan anda dalam
bentuk esei.

Selain itu ialah undang-undang. Hal ini bertujuan memastikan kesejahteraan


sesebuah kerajaan dan menjadi panduan dalam pentadbiran kerajaan.
Contohnya, kerajaan Majapahit mengamalkan undang-undang Kutara Manawa

Catatan:
• P2: merujuk kepada perenggan 2, manakala undang-undang merujuk kepada fakta 2.
• Murid-murid yang telah menguasai Teknik P1 boleh meneruskan aktiviti ini.
• Gunakan penanda wacana untuk menulis jawapan ini dalam bentuk esei.
P3: Wilayah Pengaruh
H3a: kawasan yang rakyatnya menerima dan memperakui pemerintah
C3: Kerajaan Funan mempunyai wilayah pengaruh yang luas

Berdasarkan fakta, huraian dan contoh yang diberikan, tulis jawapan anda dalam
bentuk esei.

Catatan:
• P3: merujuk kepada perenggan 3, manakala wilayah pengaruh merujuk kepada fakta 3.
• Teknik penulisan esei sama seperti perenggan kedua.
P4: Rakyat

Berdasarkan fakta yang diberikan, murid perlu menghuraikan fakta tersebut berserta
contoh yang sesuai.

Catatan:
• P4: merujuk kepada perenggan 4, manakala rakyat merujuk kepada fakta 4.
• Untuk perenggan ini, murid hanya diberikan fakta sahaja.
• Murid perlu menghuraikan fakta ini berserta huraian yang sesuai.
• Aktiviti ini lebih sesuai untuk murid aras tinggi. Namun, murid aras sederhana dan rendah boleh
menyiapkan aktiviti ini sekiranya telah menguasai perenggan sebelumnya.
FOKUS NOTA IPRO
 Sistem pentadbiran, peraturan, masyarakat yang tersusun dan corak politiknya
yang tersendiri memberikan gambaran yang jelas tentang kepentingan
pembinaan dan perkembangan sesebuah negara bangsa.
 Hal ini menggambarkan kehebatan Kesultanan Melayu Melaka yang kukuh
berdasarkan ciri-ciri negara bangsa seperti;
(i) kerajaan,
(ii) rakyat,
(iii) kedaulatan,
(iv) wilayah pengaruh,
(v) undang-undang dan
(vi) lambang kebesaran.
Ciri-ciri Negara Bangsa Kesultanan Melayu Melaka

Semi Pro
Perlu Ingat Keterangan / Huraian
Kerajaan Badan pemerintahan yang diperintah oleh raja dan dibantu
oleh pembesar
Rakyat Golongan diperintah yang terdiri daripada orang Melayu dan
Orang Laut yang mentaati rajanya
Kedaulatan Lambang kekuasaan tertinggi seseorang sultan
Wilayah Pengaruh Kawasan pemerintahan raja, tempat tinggal rakyat dan diakui
oleh rakyat
Undang-undang Untuk mengukuhkan kerajaan dan melindungi rakyat
Lambang Identiti sesebuah kerajaan, keistimewaan sultan dan simbol
Kebesaran kedaulatan sultan yang memerintah
Kerajaan

 Kerajaan wujud disebabkan adanya raja.


 Raja pemerintah tertinggi dan dibantu oleh pembesar.
 Peranan raja dan pembesar menyebabkan wujudnya sistem pentadbiran yang
tersusun.

Apakah sistem pentadbiran yang menjadi tonggak kegemilangan Kesultanan Melayu


Melaka?

Sistem Pembesar Empat Lipatan


Rakyat

 Golongan diperintah terdiri daripada golongan merdeka dan hamba.


 Rakyat perlu taat setia dan mengakui kekuasaan sultan.
 Rakyat juga perlu mematuhi undang-undang.
 Sultan pula menjamin kesejahteraan rakyat Melaka.

Siapakah golongan rakyat Melaka yang termasuk dalam golongan diperintah


berdasarkan hierarki sosial Kesultanan Melayu Melaka?

(i) Orang Melayu


(ii) Orang Laut
Kedaulatan

 Lambang kekuasaan tertinggi sultan.


 Hak mutlak sultan untuk mengawal rakyat dan wilayah.
 Membolehkan Kesultanan Melayu Melaka diakui oleh kerajaan lain.
 Bebas daripada campur tangan kuasa asing.
 Mendapat pengiktirafan daripada kerajaan Dinasti Ming.

Apakah kepentingan kedaulatan sebagai hak mutlak kuasa sultan ?

Untuk mengawal rakyat dan wilayah


Wilayah pengaruh

 Kawasan pemerintahan raja yang diterima dan diakui oleh rakyat.


 Wilayah pengaruh yang luas membuktikan kewibawaan pemerintah kerajaan
tersebut.

Bagaimanakah Kesultanan Melayu Melaka meluaskan wilayah pengaruhnya?

(i) penaklukan
(ii) naungan
(iii) perkahwinan
Undang-undang

 Undang-undang digunakan untuk mengukuhkan kerajaan dan melindungi


rakyat.
 Kesannya Kesultanan Melayu Melaka menjadi sebuah kerajaan yang unggul.

Namakan dua undang-undang bertulis pada zaman Kesultanan Melayu Melaka?

(i) Hukum Kanun Melaka


(ii) Undang-undang Laut Melaka
Lambang Kebesaran

 Identiti sesebuah kerajaan.


 Lambang keistimewaan sultan
 Simbol kedaulatan sultan

Nyatakan lambang kebesaran Kesultanan Melayu Melaka?

(i) Adat istiadat


(ii) Penggunaan warna
(iii) Nobat
(iv) Regalia
(v) Cap mohor
KBAT: Apakah iktibar yang boleh diambil daripada sejarah kegemilangan
Kesultanan Melayu Melaka untuk memperkukuh bangsa dan negara Malaysia?
[4 markah]
FOKUS NOTA IPRO
Kemasyhuran sesebuah kerajaan adalah dipengaruhi oleh sistem pentadbiran yang
sistematik dan pelaksanaan undang-undang yang tersusun.

Semi Pro
Perlu Ingat Keterangan / Huraian
Sistem Tersusun dan berhierarki, iaitu sultan mengetuai pemerintahan
Pentadbiran dan dibantu oleh pembesar
Undang-undang Mempunyai dua undang-undang iaitu Hukum Kanun Melaka
dan Undang-undang Laut Melaka yang berasaskan syariah
dan hukum adat
Sistem Pentadbiran
FOKUS NOTA IPRO
 Sistem pentadbirannya dikenali sebagai Pembesar Empat Lipatan.
 Sultan mengetuai pemerintahan dan berkuasa dalam segala aspek, iaitu
peperangan, hubungan diplomatik dan agama.
 Pembesar Berempat ialah Bendahara, Penghulu Bendahari, Temenggung dan
Laksamana.
 Pembantu dalam pentadbiran ialah Syahbandar, Bentara, Orang Kaya,
hulubalang dan penghulu
IPRO STRUKTUR
Sistem pemerintahan sistematik dan tersusun menjadikan pentadbiran Kesultanan
Melayu Melaka sebagai sebuah kerajaan yang unggul. (Buku teks m.s. 9)

Pentadbiran pusat
Peringkat jajahan

Ketua pentadbir dan ketua turus angkatan tentera


Menguruskan perbendaharaan secara teratur
Menjaga keselamatan kota Melaka
Panglima angkatan laut Melaka

M1: Hubungan dan persefahaman sultan dengan pembesar


M2: Permuafakatan sultan dengan pembesar
M3: Sistem pentadbiran yang teratur
M4: Pemimpin yang cekap
Mana-mana jawapan munasabah
Undang-undang

FOKUS NOTA IPRO


• Kesultanan Melayu Melaka mempunyai dua undang-undang yang berasaskan
syariah dan hukum adat, iaitu;
(i) Hukum Kanun Melaka
Mengandungi 44 Fasal berkaitan jenayah, bidang kuasa sultan dan
pembesar, kekeluargaan dan ekonomi.
(ii) Undang-undang Laut
Mengandungi 25 Fasal berkaitan peranan nakhoda, pelayaran, jenayah di
atas kapal dan percukaian.
PRAKTIS IPRO
Terangkan aspek penting yang dibincangkan dalam Undang-undang Laut Melaka.
(Buku teks m.s. 11) [8 markah]
KBAT: Mengapakah kita perlu mematuhi undang-undang yang ditetapkan oleh
kerajaan? [4 markah]
FOKUS NOTA IPRO
 Golongan pemerintah terdiri daripada sultan, pembesar, kerabat raja dan ulama.
 Golongan rakyat pula terdiri daripada peniaga, petani, tukang, nelayan dan
hamba.

Semi Pro
Perlu Ingat Keterangan / Huraian
Konsep Waadat Taat setia rakyat kepada raja serta melarang rakyat
menderhaka kepada raja
Hubungkait Rakyat ibarat akar dan raja ibarat pohon. Kedua-duanya saling
memerlukan untuk kesejahteraan dan kemakmuran negara
Lengkap jadual di bawah ini berkaitan peranan sultan, pembesar dan rakyat
berdasarkan kata kunci yang diberikan.
Kesultanan Melayu Melaka mewarisi ciri-ciri negara bangsa daripada kerajaan
Alam Melayu? (Buku teks m.s. 13)

Apakah nama kerajaan tersebut?

A. Kerajaan Angkor
B. Kerajaan Srivijaya
C. Kerajaan Majapahit
D. Kerajaan Kedah Tua
Semoga slaid ini dapat memberi

manfaat kepada guru-guru dalam

meningkatkan keberkesanan dalam

proses pengajaran dan pembelajaran. In

sha Allah kami akan sentiasa berusaha

menghasilkan buku-buku Sejarah dan

slaid PdPc selaras dengan keperluan

semasa.

Terima kasih semua atas sokongan


terhadap buku-buku terbitan iPRo Sifu. DAPATKAN NASKHAH GURU BERWARNA

You might also like